Post on 07-Feb-2018
Edaran dalaman sahaja
PERMOHONAN RUMAWIP KAMPUNG WIRAJAYA BAGI
KAKITANGAN/PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
1. Maklumat Projek RUMAWIP Kampung Wirajaya (Kakitangan/Pegawai DBKL):
i. Jumlah keseluruhan unit : 515 unit
ii. Kuota unit untuk DBKL : 300 unit
iii. Luas unit (kaki persegi) : 850 kaki persegi
iv. Harga jualan seunit : RM230,000.00 seunit
v. Taraf kediaman : Apartment
vi. Pegangan Tanah : Pajakan 99 Tahun
vii. Tingkat kediaman : 27 tingkat
viii. Kemudahan : 1 tingkat kemudahan penduduk, 8 tingkat podium tempat letak
kereta, sebuah pondok pengawal
2. Syarat-syarat permohonan RUMAWIP Kampung Wirajaya (kakitangan/pegawai DBKL):
i. Kakitangan/pegawai warganegara Malaysia yang masih berkhidmat;
ii. Keutamaan diberikan kepada kakitangan/pegawai yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun dan bertaraf jawatan tetap;
iii. Keutamaan kepada kakitangan/pegawai yang telah berkahwin;
iv. Keutamaan diberikan kepada kakitangan/pegawai yang belum
memiliki rumah di Wilayah Persekutuan;
v. Pendapatan kasar isi rumah bagi kakitangan/pegawai individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada
RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;
Edaran dalaman sahaja
vi. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di
mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran Datuk Bandar kecuali kepada waris terdekat seperti
suami/isteri atau anak-anak sahaja;
vii. Kakitangan/pegawai hendaklah mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan; dan
viii. Kakitangan/pegawai tidak diisytiharkan muflis.
3. Tempoh buka dan tarikh tutup permohonan atas talian:
9 Mei hingga 30 Ogos 2017
4. Serahan dokumen sokongan
i. Secara serahan tangan kepada Jabatan Perancangan
Ekonomi dan Pembangunan setelah pemohon mendapat perakuan Mesyuarat/Jawatankuasa Khas. Pemohon akan
dihubungi melalui emel yang telah didaftarkan. ii. Tempoh diberikan adalah 7 hari kalender dan serahan
selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.
5. Dokumen permohonan:
Rujuk Lampiran I
6. Maklumat mengenai permohonan
i. Pemohon mestilah memohon secara online melalui
https://rumawip.kwp.gov.my/wirajaya
ii. Pemohon terpilih dikehendaki mengemukakan cetakan borang permohonan online RUMAWIP bersama-sama dokumen
permohonan lain seperti di Lampiran I.
Edaran dalaman sahaja
7. Dokumen permohonan diserahkan secara serahan tangan kepada Urus
Setia RUMAWIP DBKL di alamat berikut :
Alamat Penghantaran:
Unit RUMAWIP, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan
Tingkat 25, Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Waktu Urusan:
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 1.00 tengah hari
2.30 petang – 5.00 petang
8. Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sila lawati https://rumawip.kwp.gov.my/wirajaya atau talian 03 –
2617 9925 atau 03- 2617 9139
Edaran dalaman sahaja
Lampiran I
SENARAI SEMAK PERMOHONAN RUMAWIP KAMPUNG WIRAJAYA
BAGI KAKITANGAN/PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
BIL ITEM CATATAN
1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
2.
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)/Pasport
Pasangan (jika berkaitan)
3. Penyata Gaji Terbaharu Pemohon
4.
Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (jika
berkaitan)
5. Surat Pengesahan Majikan Pemohon daripada
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
6. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang
dimiliki (jika berkaitan)
7. Borang Permohonan / Pendaftaran