Post on 31-Aug-2019
PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP TAHAP KESEDIAAN
MEREKA MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS DAN
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
SABARIAH BINTI SARIGAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA TERHADAP TAHAP KESEDIAAN MEREKA MENGAJAR MATA
PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
SABARIAH BINTI SARIGAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Untuk nenek yang disanjungi
Hanya doaku untukmu
Untuk ibu yang dihormati
Jasamu sumber kejayaanku
Untuk adinda yang diingati
Kejayaanku ini cabaran buat kalian
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan kuabadi dalam ingatan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. Dengan keizinan serta limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta
salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para
syuhada’, para ambia’ serta para pejuang Islam keseluruhannya.
Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Othman
Bin Md. Johan selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah memberi panduan,
kerjasama serta iltizam sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala
kerumitan dapat diatasi.
Penghargaan juga ditujukan khas buat keluarga dan sahabat handai yang sentiasa
memberi dorongan dan nasihat dari segenap bidang meniti perjuangan serta kesabaran
menanti kejayaan ini.
Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi bakal-bakal guru terhadap
tahap kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris. Tahap kesediaan dalam kajian berbentuk deskriptif ini difokuskan
kepada tiga aspek utama iaitu minat, keyakinan dan kemampuan bakal-bakal guru untuk
mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir yang
mengikuti jurusan Pendidikan Sains dan Matematik di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai telah dipilih secara rawak sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan
ialah soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian di mana Bahagian A mengandungi
maklumat berkenaan latarbelakang responden manakala Bahagian B dan Bahagian C
mengandungi maklum balas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklum
balas yang diterima diukur menggunakan skala lima mata dan seterusnya dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil
kajian mendapati bahawa kesediaan responden untuk mengajar Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Majoriti
responden (46.4%) berminat untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris, namun mempunyai keyakinan yang sederhana (45.6%) dan kemampuan yang
sederhana (45.9%) disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan.
Tahap kesediaan bakal-bakal guru yang sederhana ini memerlukan bakal-bakal guru
mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap
penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya dalam kemahiran bertutur
dalam bahasa Inggeris.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to evaluate trainee teachers’ perception about their
readiness to teach Science and Mathematics in English. In this descriptive research,
trainee teachers’ enthusiasm, confidence and ability to use that language are studied. A
total of 220 education undergraduates from Universiti Teknologi Malaysia, Skudai were
randomly selected to participate in this study. Questionnaire was divided into three
sections namely Section A for respondents’ personal details and Section B and Section C
for respondents’ response on enthusiasm, confidence and ability to use the language.
Responses of five points scale were analyzed using the Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 11.5 software. The overall results show that future teacher’s
readiness to teach Science and Mathematics subject in English are in moderate level.
Majority of trainee teachers (46.4%) enthusiastic to teach Science and Mathematics in
English. However, their confidence and ability are in moderate level (45.6% and 45.9%)
because lack of English knowledge and skills. Based on this findings, trainee teachers
are suggested to equip themselves with more knowledge and skills especially in
speaking.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Perlunya Pengajaran Sains Dan Matematik 19
Menggunakan Bahasa Inggeris
2.3 Kesediaan Guru Mengajar Sains Dan 20
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
2.3.1 Penguasaan Nilai Afektif 21
2.3.2 Penguasaan Kemahiran Menggunakan 23
Bahasa Inggeris
2.4 Kesimpulan 26
BAB III METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Penganalisisan Data 36
BAB IV DAPATAN KAJIAN 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A - Analisis Latarbelakang Responden 38
4.2.1 Bidang Pengkhususan 38
4.2.2 Jantina 39
4.2.3 Etnik 39
ix
4.2.4 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris SPM 40
4.2.5 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris Matrikulasi 40
4.2.6 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris MUET 41
4.2.7 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris UHB 42
4.2.8 Peperiksaan Bahasa Inggeris Lain 46
4.2.9 Pengalaman Mengajar 46
4.3 Bahagian B - Analisis Penguasaan Dan Kemahiran 47
Bahasa Inggeris Responden
4.3.1 Persoalan Kajian 1 48
4.3.2 Persoalan Kajian 2 50
4.3.3 Persoalan Kajian 3 51
4.3.4 Persoalan Kajian 4 53
4.4 Bahagian C - Analisis Kesediaan Responden Untuk 55
Mengajar Sains Dan Matematik Menggunakan
Bahasa Inggeris
4.4.1 Persoalan Kajian 1 56
4.4.2 Persoalan Kajian 2 58
4.4.3 Persoalan Kajian 3 60
4.5 Ringkasan Dapatan Persoalan-Persoalan Kajian 62
4.5.1 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 1 - 4 62
4.5.2 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 5 - 7 63
4.6 Kesimpulan 65
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66
5.1 Pengenalan 66
5.2 Bahagian A - Perbincangan Latarbelakang 67
Responden
5.2.1 Taburan Responden Mengikut Bidang 67
Pengkhususan
x
5.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 67
5.2.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 68
5.2.4 Taburan Responden Mengikut Gred 68
Peperiksaan Kertas Bahasa Inggeris
5.2.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 70
Mengajar
5.3 Bahagian B dan C - Perbincangan Persoalan Kajian 71
5.3.1 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 71
Membaca Dalam Bahasa Inggeris
5.3.2 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 73
Mendengar Dalam Bahasa Inggeris
5.3.3 Persepsi Responden Terhadap Kefasihan 76
Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
5.3.4 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 78
Menulis Dalam Bahasa Inggeris
5.3.5 Persepsi Responden Terhadap Minat 79
Untuk Mengajar Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris
5.3.6 Persepsi Responden Terhadap Keyakinan 81
Untuk Mengajar Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.3.7 Persepsi Responden Terhadap Kemampuan 84
Untuk Mengajar Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.4 Rumusan Perbincangan 85
5.5 Implikasi Kajian 86
5.6 Cadangan Kajian 87
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 89
5.8 Penutup 90
xi
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 91
LAMPIRAN 96
Lampiran A - Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 96
Lampiran B - Perangkaan Pelajar Fakulti Pendidikan 97
Lampiran C - Borang Soal Selidik 100
Lampiran D - Kebolehpercayaan Kajian Rintis 106
Lampiran E - Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 107
Populasi Krejcie Dan Morgan
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B 31
3.2 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian C 32
3.3 Rasional Setiap Soalan Dalam Soal Selidik 32
3.4 Prosedur Kajian 34
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 38
Mengikut Bidang Pengkhususan
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 39
Mengikut Jantina
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 39
Mengikut Etnik
4.4 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 40
Kertas Bahasa Inggeris SPM
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 41
Kertas Bahasa Inggeris Matrikulasi
4.6 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 42
Kertas Bahasa Inggeris MUET
4.7 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 43
Kertas Bahasa Inggeris UHB 1112
4.8 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 44
Kertas Bahasa Inggeris UHB 1222
4.9 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 45
Kertas Bahasa Inggeris UHB 2232
xiii
4.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Yang 46
Menduduki Peperiksaan Bahasa Inggeris Lain
4.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 46
Mengikut Pengalaman Mengajar, Tidak Termasuk
Latihan Mengajar
4.12 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 49
Persepsi Terhadap Kemahiran Membaca Dalam
Bahasa Inggeris
4.13 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 50
Persepsi Terhadap Kemahiran Mendengar Dalam
Bahasa Inggeris
4.14 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 52
Persepsi Terhadap Kefasihan Bertutur Dalam Bahasa
Inggeris
4.15 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 54
Persepsi Terhadap Kemahiran Menulis Dalam Bahasa
Inggeris
4.16 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 56
Minat Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
4.17 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 58
Keyakinan Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
4.18 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 60
Kemampuan Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
4.19 Peratus Tahap Penguasaan Dan Kemahiran Bakal-bakal 63
Guru Terhadap Bahasa Inggeris
4.20 Peratus Tahap Kesediaan Bakal-bakal Guru Untuk 64
Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 96
B Perangkaan Pelajar Fakulti Pendidikan 97
C Borang Soal Selidik 100
D Kebolehpercayaan Kajian Rintis 106
E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 107
Populasi Krejcie Dan Morgan
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
MUET - Malaysia University English Test
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
UHB - Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Di Universiti Teknologi Malaysia
UMNO - United Malay National Organization
UiTM - Universiti Teknologi MARA
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
“Kerajaan akan melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai
tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja. Langkah melaksanakan secara
serentak itu perlu diambil memandangkan kesan pengajaran bahasa Inggeris
dalam dua mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu sahaja akan
mengambil masa selama 11 tahun untuk menampakkan hasilnya. Pengajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan tetap diteruskan
dan tidak akan berpatah balik......” (Utusan Malaysia, Ahad 16 Jun 2002).
Kenyataan tersebut yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Jun 2002 jelas mempamerkan pelbagai
reaksi daripada pelbagai pihak. Sesetengah pihak seperti Kelab UMNO luar negara
memandang secara positif dengan menyifatkan pengajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris dapat meningkatkan martabat Melayu secara
menyeluruh kerana pelajar Melayu akan lebih dihormati oleh bangsa lain (Utusan
2
Malaysia, Sabtu 22 Jun 2002). Namun demikian, sesetengah pihak yang lain ternyata
tidak bersetuju kerana menganggap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran akan
menggugat kewibawaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi (Utusan Malaysia,
Jumaat 14 Jun 2002).
Sejarah pendidikan di negara ini yang bermula dengan pendidikan agama Islam
melalui sistem pendidikan pondok mengalami reformasi yang ketara selepas Laporan
Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan dikeluarkan pada tahun 1979.
Jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, bertujuan mengkaji semula pelaksanaan
dan keberkesanan sistem pendidikan sebelum ini. Laporan jawatankuasa itu berperanan
merangka sistem pendidikan yang akan mewujudkan generasi berdisiplin, patriotik dan
beridentiti Malaysia. Dan antara hasil yang paling penting daripada laporan
jawatankuasa tersebut ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
KBSR berteraskan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping
pemupukan nilai-nilai etika dan estetika, manakala KBSM pula bercorak umum dan
liberal di mana murid-murid mengikuti pelajaran dalam komponen bahasa, sains sosial,
sains dan vokasional.
Ternyata, setelah melalui beberapa zaman dan perubahan iaitu sebelum
penjajahan, zaman penjajahan, Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, lahir satu
Dasar Pendidikan Negara yang menumpu kepada perpaduan negara ke arah
mewujudkan generasi berilmu, berbudaya maju, berteknologi dan berketerampilan.
Pendidikan negara kini telah memasuki era global dengan pelbagai anjakan
paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan
keperluan semasa. Seiring itu, kurikulum yang lebih menumpu ke arah masa hadapan
adalah wajar untuk dibentuk. Sehubungan itu, kaedah pengajaran Sains dan Matematik
3
menggunakan bahasa Inggeris diperkenalkan pada awal tahun 2003. Ia antara lain,
bertujuan memahirkan pelajar dalam bahasa tersebut di samping memudahkan mereka
menimba ilmu kerana kebanyakan buku-buku Sains dan teknologi ditulis dalam bahasa
Inggeris.
Sains dan Matematik sememangnya merupakan suatu bidang ilmu yang sangat
dinamik dengan pelbagai inovasi. Hampir setiap hari ada sahaja penemuan baru ditemui
melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada
kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini berkenaan
Sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
dijangka akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menguatkan asas bagi
memperoleh maklumat dan ilmu, selain menambah masa kontak terhadap bahasa
Inggeris (Utusan Malaysia, Rabu 17 Julai 2002).
Sungguhpun demikian, persoalannya, adakah masyarakat Malaysia sudah benar-
benar bersedia untuk berbuat seperti yang diputuskan? Berdasarkan jaminan beberapa
pemimpin kesatuan yang diminta pandangan mereka, kemampuan guru mata pelajaran
terbabit mengajar menggunakan bahasa Inggeris nampaknya tidak perlu disangsikan
(Utusan Malaysia, Ahad 23 Jun 2002). Apakah jaminan mereka selari dengan
kemampuan guru pada peringkat akar umbi? Perkara ini harus dilihat dari segi realiti,
bukan semata-mata mengikut arus apabila membuat kenyataan.
Pengukur yang paling jelas ialah masih ramai guru Sains dan Matematik,
terutama di kawasan luar bandar, tidak mempunyai tahap kemahiran yang sepatutnya
walaupun telah mengikuti pelbagai kursus dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Apakah dalam tempoh tidak sampai setengah tahun semua guru mata pelajaran Sains
dan Matematik berupaya menyampaikan pengajaran dalam bahasa Inggeris dengan
berkesan serta dapat difahami pelajar setelah mereka mengikuti kursus? Bagaimanakah
pula dengan bakal-bakal guru yang sememangnya belum banyak pengalaman dalam
proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah mereka sudah benar-benar bersedia untuk
4
mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris
sekaligus?
Walau apapun persoalan dan pandangan masyarakat terhadap isu ini, yang nyata,
kerajaan tidak pernah terburu-buru apabila memutuskan untuk menggunakan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Kenyataan ini disahkan
sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad yang menyatakan
bahawa pelbagai kajian dan pertemuan telah diadakan oleh kementerian sebelum
memutuskan melaksanakan dasar itu. Beliau juga telah menjelaskan bahawa
kementeriannya telah mengadakan sekurang-kurangnya tujuh perjumpaan dan
perbincangan secara formal dengan pelbagai pihak termasuk badan pendidikan seperti
Persatuan Pengetua Kebangsaan Malaysia dan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia
(Utusan Malaysia, Selasa 17 September 2002).
Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi bakal-bakal guru
terhadap tahap kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik
menggunakan bahasa Inggeris.
1.2 Latarbelakang Masalah
Polemik mengenai kedudukan dan masa depan bahasa Malaysia timbul lagi baru-
baru ini setelah Perdana Menteri mengisytiharkan kembali penggunaan bahasa Inggeris
dalam sistem pendidikan di sekolah. Keputusan pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris yang dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah dan
menengah mulai Januari 2003 lalu bukan setakat tahun satu sahaja ternyata masih lagi
mengejutkan para guru dan ibu bapa. Malahan, masih ada di antara mereka yang tidak
dapat mengubah persepsi dan mentaliti yang negatif sehingga mewujudkan ‘English
5
Phobia’ di kalangan pelajar (Utusan Malaysia, Sabtu 8 Mac 2003). Namun, tugas berat
yang terpikul di bahu para pendidik sewajarnya dipandang lebih serius walaupun
pelbagai persepsi pro dan kontra terhadap isu ini daripada pihak lain sering menerjah
media-media massa tidak kiralah melalui media cetak mahupun media elektronik. Ini
disebabkan guru merupakan nadi utama yang melaksanakan dasar tersebut.
Kepentingan kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dunia
pendidikan sememangnya tidak dapat dinafikan sejak dulu lagi. Ini demikian kerana
Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang utama
kepada pembangunan negara sama ada dalam sistem sosial, ekonomi mahupun
perdagangan. Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian juga bergantung besar
kepada bidang Sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan Sains dan
Matematik pada peringkat awal akan menjamin sebuah masyarakat berpengetahuan yang
mampu bersaing di arena antarabangsa.
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan
agar proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah dilaksanakan
dengan menggunakan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa
komunikasi antarabangsa. Langkah ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat
mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik di samping
meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber (Berita Harian,
Selasa 18 Jun 2002).
Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik
sememangnya perlu bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu pencapaian pelajar dalam
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Namun demikian, ianya tidaklah semudah yang
disangkakan. Setiap dasar baru seharusnya melalui fasa-fasa tertentu bermula dengan
perancangan, rintis, transisi dan semak semula (Utusan Malaysia, Isnin 28 April 2003).
6
Bahasa merupakan alat perhubungan manusia. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, guru dan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara
satu sama lain dengan menggunakan bahasa (Halijah, 1995).
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, peranan bahasa Malaysia
sebagai bahasa penyatuan, bahasa rasmi dan bahasa penyampai ilmu sangat perlu
direalisasikan melalui kurikulum (Halijah, 1995). Atas kesedaran inilah, maka
penyerapan penggunaan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan di semua sekolah
rendah dan menengah secara beransur-ansur telah dimulakan sejak tahun 1950-an
dahulu. Peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
persekolahan ini kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan Kebangsaan
(1996) di mana semua mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik diwajibkan diajar
menggunakan bahasa Malaysia.
Pelbagai usaha seperti kursus kebahasaan untuk guru-guru, penterjemahan dan
penulisan buku-buku ilmiah dalam bahasa Malaysia serta penggubalan pelbagai istilah
terutamanya istilah Sains dalam bahasa Malaysia telah dilakukan demi mendaulatkan
bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu (Asiah, 1995). Disebabkan itu, maka perubahan
dasar yang mendadak seperti penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik
mendapat bantahan dan tidak dapat diterima sepenuhnya, lebih-lebih lagi oleh golongan
pendidik. Impak perubahan drastik ini bukan sahaja terhadap golongan guru yang telah
lama berkhidmat dalam sektor pendidikan dan punyai banyak pengalaman, tetapi juga
terhadap bakal-bakal guru di institusi pengajian tinggi.
Selain guru dan bakal-bakal guru, sebilangan besar pensyarah di institusi-
institusi pengajian tinggi juga kurang bersetuju terhadap penggunaan bahasa Inggeris
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelaksanaan
dasar tersebut mungkin sukar dilaksanakan memandangkan pelajar telah mengikuti
sistem persekolahan dalam bahasa Malaysia selama sekurang-kurangnya 11 tahun, iaitu
sejak dari tahun satu. Justeru, mentaliti para pensyarah juga mempengaruhi persepsi dan
7
kesediaan bakal-bakal guru untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Persepsi-persepsi seperti inilah yang ingin dilihat oleh penyelidik dalam kajian
ini. Iaitu adakah bakal-bakal guru telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Sains
dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris? Apakah pula faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kesediaan mereka? Sekiranya bakal-bakal guru didapati masih
belum bersedia, apakah pula inisiatif-inisiatif yang sewajarnya dipertimbangkan oleh
golongan yang bertanggungjawab?
Institusi yang terlibat dalam kajian ini ialah Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Diharap agar kajian ini dapat membantu pihak kementerian dalam usaha
melancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
dengan segera dan berkesan. Akhir sekali, semoga pelaksanaan sistem pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan menjadikan masyarakat Malaysia sebuah
masyarakat yang berdaya saing dan mampu untuk menghadapi cabaran dunia yang
begitu mencabar.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris telahpun
bermula sejak awal 2003 yang lalu dengan bermulanya semester pertama persekolahan.
Selain guru-guru, persepsi bakal-bakal guru terhadap tahap kesediaan mereka dalam
8
melaksanakan perancangan ini juga adalah sangat penting kerana golongan inilah yang
perlu bertanggungjawab dan berganding bahu menjayakan program tersebut.
Penggunaan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan di semua sekolah rendah
dan menengah telah dimulakan secara beransur-ansur sejak tahun 1950-an dahulu.
Kepentingan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem persekolahan ini kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan
Kebangsaan (1996) di mana semua mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik
diwajibkan diajar menggunakan bahasa Malaysia. Justeru, isu penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik menimbulkan keraguan di kalangan
masyarakat Malaysia, khususnya terhadap golongan bakal-bakal guru. Oleh yang
demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan menyelidik persepsi bakal-bakal guru
lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap tahap kesediaan mereka untuk
mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.
Tahap kesediaan bakal-bakal guru dalam kajian ini ditinjau dari segi minat,
keyakinan dan kemampuan di mana penguasaan terhadap kemahiran tertentu seperti
kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris, kebolehan memahami perkara-perkara yang
didengari dalam bahasa Inggeris, kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris serta
kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris diambil kira sebagai aspek-aspek utama yang
mempengaruhi kesediaan bakal-bakal guru untuk menyampaikan pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan demi :
9
1.4.1 Meninjau persepsi bakal-bakal guru lepasan Universiti Teknologi
Malaysia terhadap tahap kesediaan mereka untuk mengajar Sains dan
Matematik menggunakan bahasa Inggeris.
1.4.2 Meninjau faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi terhadap
tahap kesediaan bakal-bakal guru lepasan Universiti Teknologi Malaysia
untuk mengajar Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan
adalah seperti berikut:
1.5.1 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh membaca
bahan-bahan bacaan atau karya-karya yang ditulis dalam bahasa Inggeris
dengan baik?
1.5.2 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh memahami
perkara-perkara yang didengari dalam bahasa Inggeris dengan baik?
1.5.3 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka fasih berbahasa
Inggeris?
1.5.4 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh menulis
dalam bahasa Inggeris dengan baik?
10
1.5.5 Adakah bakal-bakal guru berminat untuk menyampaikan pengajaran
Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris?
1.5.6 Adakah bakal-bakal guru berkeyakinan untuk menyampaikan pengajaran
Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris?
1.5.7 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka berkemampuan
menyampaikan pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa
Inggeris?