Post on 21-Sep-2019
PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN
SAHSIAH DI PENJARA
MOHD AFEZAN BIN MD GHANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Nama Penuh : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI
Tarikh Lahir : 14 FEBRUARI 1987
Judul : PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN
SAHSIAH DI PENJARA
Sesi Pengajian : 2010 / 2011
Saya mengakui tesis ini disahkan benar:
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Akta
Rahsia Rasmi 1972 ) *
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa kajian saya ini boleh diterbitkan
sebagai rangkaian talian terus
Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh :
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 996 BATU 12, JALAN KUALA KRAI,
16450 KETEREH
KOTA BHARU
KELANTAN
TEL: 0137113679
Nama Penyelia:
PROF. MADYA HJ.AZMI SHAH BIN
SURATMAN
Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZMI SHAH BIN
SURATMAN
Tarikh : 13 MEI 2011
PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
DI PENJARA
MOHD AFEZAN BIN MD GHANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI
Tarikh : 13 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Istimewa Buat...
Ayahanda yang dihormati dan disanjungi
Md Ghani Bin Mat Jujoh
Sokongan dan dorongan Ayahanda menguatkan azam anakanda
Bonda yang disayangi dan dikasihi
Kelsom Binti Mustapha
Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbananmu,
Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku Tanpa Mengharapkan Balasan
Ya Allah, Ampunkan Dosaku Kedua Ibu Bapaku Ya Allah
Ampunkan Dosaku Ya Allah Sekiranya Aku Berdosa Kepada Ibu Bapa Ku Ya Allah
Buat kekandaku,
Saidi Bin Md Ghani,, Che Rahimah Binti Md Ghani dan Adnan Bin Md Ghani
Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan membantu di saat aku buntu.
Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Khas Buat Para Guru Dan Pensyarah,
Jasa Mu Akanku Kenang,Kerana Mendidik Diri Ini Mejadi Insan Yang Berguna,
Untuk Agama, Bangsa Dan Negara
Buat Teman Seperjuangan,
Sahabat-Sahabat 4SPI dan khairill helme
Hargailah Persahabatan Yang Terjalin Selama Ini,
Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Disanubariku,
Sekiranya Di Dunia Ini Kita Tidak Bertemu Lagi, Insyaallah Kita Bertemu Di Syurga
Nanti.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat
serta Salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait baginda dan
para Sahabah RadiyaAllahu’ anhum ajmin. Pada Allah SWT saya bersyukur kerana
dengan limpah dan kurniaNya maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda
bertajuk “Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara”
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya
iaitu Prof. Madya Hj.Azmi Shah bin Suratman yang telah banyak membantu
membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti
Pendidikan. Di samping itu, dorongan dan semangat daripada sahabat-sahabat
berikan kepada saya telah banyak membantu saya agar sentiasa tabah dalam
mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam apa jua keadaan bagi menyiapkan
projek ini.
Penghargaan setinggi-tingginya kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia dan
pihak Jabatan Penjara Kluang kerana membenarkan dan memberi kerjasama yang
baik kepada saya sewaktu menjalankan penyelidikan di penjara. Saya juga
mendoakan supaya banduan-banduan yang sedang menjalani tahanan itu akan diberi
hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya antara kita tidak ada bezanya
disisi Allah SWT kecuali taqwa kepada Allah SWT.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat
kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan banduan terhadap
program pembangunan sahsiah dan faktor-faktor penerimaan program pembangunan
sahsiah di penjara. Disamping itu juga, ia juga bertujuan untuk mencari
penambahbaikkan terhadap program pembangunan sahsiah. Seramai 50 orang
responden yang terdiri daripada banduan dari program Halaqah. Program halaqah
adalah terdiri daripada banduan-banduan Islam yang mempunyai pengetahuan yang
cetek dalam agama Islam. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal
selidik yang mengandungi 35 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Nilai kebolehpercayaan soal
selidik ialah α = 0.910. Hasil kajian menunjukkan persepsi banduan terhadap
program pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara adalah baik dan perlunya
dipertingkatkan lagi program-program pembangunan sahsiah yang lebih kepada
berbentuk kerohanian.
vi
ABSTRACT
This research aims to identify the views of prisoners on personal development
programs and the factors of acceptance regarding personal development programs in
prisons. Besides, this research also aims to seek improvement of personal
development programs. A total of 50 respondents are selected from the prisoners of
the Halaqah programs. Halaqah program is for muslim prisoners who have
superficial knowledge of Islam. Research instrument that has been used was
questionnaires which contain 35 items. The data was analyzed descriptively to get
the value for mode, mean and percentage using Statistical Package for Social
Science (SPSS) with 15.0 versions. Questionnaire reliability value is α = 0.910. The
results of this research recognized that perceptions of prisoners on personal
development programs conducted at the prison were good and the need to enhance
personal development programs towards spirituality programs.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 12
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Definisi Banduan Dalam Penjara 15
2.3 Definisi Pembangunan Sahsiah 15
2.4 Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 17
2.4.1 Seksyen Perusahaan Dan Vokasional 17
2.4.1.1 Bengkel Perusahaan 17
2.4.1.2 Bengkel Akaun Amanah 18
2.4.1.3 Bengkel Skim Usahasama 18
2.4.2 Seksyen Pendidikan Dan Kebajikan 19
2.4.2.1 Pendidikan Kerohanian 19
2.4.2.2 Pendidikan Akademik 19
2.4.2.3 Kebajikan 20
2.4.3 Seksyen Rawatan, Pemulihan Dadah Dan
Kesihatan Am 21
2.5 Faktor-Faktor Penerimaan Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 21
2.5.1 Mengikut Situasi Banduan 21
2.5.2 Komunikasi Dan Penyampaian 22
2.5.3 Mempunyai Nilai-Nilai Murni 23
2.6 Punca-Punca Berlakunya Bekas Banduan Yang
Keluar Masuk Penjara 24
2.6.1 Kefahaman Agama Yang Lemah 24
2.6.2 Peluang Pekerjaan 27
2.6.3 Penerimaan Ahli Keluarga 28
2.6.4 Pengaruh Rakan Sebaya 30
2.6.5 Masalah Kemiskinan 31
2.6.6 Kurang Motivasi Diri 32
2.6.7 Penerimaan Negatif Masyarakat 33
2.6.8 Pendidikan 34
2.6.9 Keluarga Yang Bermasalah 35
2.7 Kajian Lepas 36
2.8 Kesimpulan 37
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 39
3.4 Instrumen Kajian 40
3.4.1 Bahagian A 40
3.4.2 Bahagian B, C Dan D 41
3.5 Prosedur Kajian 42
3.5.1 Kajian Rintis 43
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 43
3.6.1 Pengumpulan Data Primer 43
3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 44
3.7 Analisis Data 45
3.8 Jangka Masa Kajian 46
3.9 Kesimpulan 47
BAB 1V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 49
4.2 Analisis Bahagian A : Latar Belakang Responden 50
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Program
Pembangunan Sahsiah Yang Anda Minati. 53
4.3 Analisis Bahagian B, C Dan D 57
4.3.1 Analisis Data Berkenaan Dengan Pandangan
Banduan Terhadap Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 57
4.3.2 Analisis Data Berkenaan Faktor-Faktor
Penerimaan Program-Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 65
4.3.3 Analisis Data Berkenaan Cadangan
Penambahbaikkan Terhadap Program-
x
Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 70
4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 77
4.4.1 Mengenalpasti Pandangan Banduan
Terhadap Program-Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 78
4.4.2 Mengenalpasti Faktor-Faktor Penerimaan
Program-Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 79
4.4.3 Mengenalpasti Cadangan Penambahbaikkan
Terhadap Program-Program Pembangunan
Sahsiah Di Penjara 80
4.5 Kesimpulan 81
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 82
5.2 Perbincangan 82
5.2.1 Latar Belakang Responden 83
5.2.2 Pandangan Banduan Terhadap Program-
Program Pembangunan Sahsiah 86
5.2.3 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program
Pembangunan Sahsiah Di Penjara 90
5.2.4 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-
Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 92
5.3 Rumusan 95
5.3.1 Pandangan Banduan Terhadap Program-
Program Pembangunan Sahsiah 96
5.3.2 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program
Pembangunan Sahsiah Di Penjara 96
5.3.3 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-
Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 97
5.4 Cadangan Tindakan 97
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98
5.6 Kesimpulan 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 40
3.2 Pengkelasan Likert 41
3.3 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi
Persoalan Kajian 42
3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 46
3.5 Nilai Skor Min 46
3.6 Carta Alir Jangka Waktu Perlaksanaan Kajian 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 52
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Tahanan 52
4.6 Taburan Responden Yang Minat Pada Qiamullai 53
4.7 Taburan Responden Yang Minat Pada
Menghafaz Al-Quran 53
4.8 Taburan Responden Yang Minat Pada
Pengurusan Jenazah 54
4.9 Taburan Responden Yang Minat Pada
Kursus Imam dan Bilal 54
4.10 Taburan Responden Yang Minat Pada
Belajar Tajwid 55
4.11 Taburan Responden Yang Minat Pada
Ceramah Agama 55
4.12 Taburan Responden Yang Minat Pada
xiii
Belajar Kraftangan 56
4.13 Taburan Responden Yang Minat Pada
Penggunaan Teknologi ICT 56
4.14 Taburan Responden Yang Minat Pada
Belajar Lain-Lain 57
4.15 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 1 58
4.16 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 2 58
4.17 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 3 59
4.18 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 4 59
4.19 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 5 60
4.20 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 6 61
4.21 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 7 61
4.22 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 8 62
4.23 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 9 62
4.24 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 10 63
4.25 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 11 64
4.26 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 12 64
4.27 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 13 65
4.28 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 14 66
4.29 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
xiv
Bagi Item 15 66
4.30 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 16 67
4.31 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 17 67
4.32 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 18 68
4.33 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 19 68
4.34 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 20 69
4.35 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 21 69
4.36 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 22 70
4.37 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 23 71
4.38 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 24 71
4.39 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 25 72
4.40 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 26 72
4.41 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 27 73
4.42 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 28 73
4.43 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 29 74
4.44 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 30 74
4.45 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 31 75
4.46 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
xv
Bagi Item 32 75
4.47 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 33 76
4.48 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 34 76
4.49 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Item 35 77
4.50 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Pandangan
Banduan Terhadap Program-Program
Pembangunan Sahsiah Di Penjara 78
4.51 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Faktor-
Faktor Penerimaan Program-Program
Pembangunan Sahsiah Di Penjara 79
4.52 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Cadangan
Penambahbaikan Terhadap Program-
Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 80
4.53 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 81
xvi
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Komunikasi Maklumat
KS - Kurang Setuju
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SAW - Sallallahu ‘alaihi wasallam
SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SWT - Subhanallahu Wa Ta’ala
TS - Tidak Setuju
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
VCD - Cakera Keras Video
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT. Islam bermakna patuh
kepada Allah SWT dan Rasulnya. Individu itu dikatakan muslim apabila individu itu
melakukan penghambaan diri kepada Allah SWT. Kenapa manusia dituntut untuk
melakukan kepatuhan kepada Allah SWT dan Rasul, ini adalah kerana demi
kesejahteraan dan kebaikan manusia itu sendiri. Apa yang dituntut oleh Allah SWT
adalah berbeza dengan tuntuan yang disuruh oleh manusia yang berkuasa, yang mana
tuntutan itu adalah demi kepentingan diri manusia itu sendiri berbeza daripada Allah
SWT yang mana tidak memerlukan apa pun dari manusia. Kehidupan ini tidak boleh
lari dari mencintai Allah SWT, kerana Allah SWT yang paling mencintai
makhluknya, dan lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, yang sedang atau yang
akan mencintai sesama makhluk.
Pada hari ini telah banyak berlakunya masalah-masalah sosial, jenayah
kejam, keruntuhan institusi rumah tangga dan kekurangan nilai-nilai murni dalam
diri masyarakat. Ini berkait rapat dengan masalah hati manusia, semakin jauh hati itu
dengan Allah SWT, semakin banyak perkara yang dilarang oleh Allah SWT akan
dilakukan. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul untuk
membimbing manusia ke arah yang baik mengikut undang-undang dan peraturan
yang telah ditentukan oleh Allah SWT dengan sempurna.
2
Dalam membentuk peribadi manusia ke arah yang baik adalah sesuatu yang
amat sukar, kerana ia melibatkan jiwa dan hati manusia bukan melibatkan harta,
sebab itu manusia disuruh untuk memintanya daripada yang selayaknya iaitu Allah
SWT. Allah SWT berfirman :
“ Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang
beriman itu). kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang
ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di
antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara
(hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Anfal 8:63)
Akibat daripada timbulnya masalah jenayah dan sosial sebegini, kerajaan
telah mencari jalan penyelesaian dengan menubuhkan institusi-institusi yang mana
tujuannya adalah untuk membantu kerajaan menangani masalah yang berlaku.
Antara institusi yang ditubuhkan adalah institusi Jabatan Penjara Malaysia iaitu
sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan penjara
ditubuhkan dengan mempunyai tujuan dan fungsinya.
Dalam konteks Islam, penjara merupakan sebuah tempat yang tujuannya
adalah sebagai pusat pemulihan atau satu tempat platform perubahan yang mana dari
kurang baik kepada baik. Penjara merupakan satu tempat untuk melahirkan
keinsafan kepada banduan dan akan melalui satu proses taubat yang mana bertujuan
untuk meminta ampun kepada Allah SWT di atas perbutan dosa dan kesalahan yang
telah dilakukan. Menurut Siti Zalikhah Md. Nor (2008:112) taubat ialah
meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan dosa dan tidak mungkin seseorang
meninggalkannya kecuali setelah pesalah itu telah mengetahuinya. Penjara juga
merupakan satu platform yang terbaik untuk melakukan perubahan dan proses taubat
kepada Allah SWT. Apabila pesalah dipenjarakan akan berlaku satu proses
3
perubahan sikap yang baik yang mana pada waktu itu proses taubat kepada Allah
SWT berlaku. Perubahan ini berlaku sekiranya banduan itu betul ingin ke arah
perubahan dan insaf dengan apa yang telah di lakukannya.
Dalam Islam penjara dikelaskan dalam hukuman Ta’zir. Menurut Paizah
Ismail (1991:4) Ta’zir ialah penolakan dan pencegahan ataupun membawa maksud
pertolongan. Ta’zir juga membawa maksud hukuman yang tidak ditentukan
kadarnya oleh syarak yang merupakan hak Allah SWT, hak manusia yang mana
hukumannya tidak ada dalam hukuman had. Penjara adalah merupakan satu denda
yang dikenakan kepada pesalah yang telah melakukan kesalahan. Denda ini
bertujuan untuk memberi pengajaran dan memulihkan sahsiah peribadi pesalah
supaya dapat melakukan perubahan dan insaf dengan apa yang telah mereka
dilakukan.
Kesimpulannya, program pemulihan yang telah dirangka oleh Jabatan Penjara
Malaysia ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan Penjara Malaysia untuk
menyediakan banduan itu ke arah kehidupan yang lebih baik dan pembangunan
sahsiah individu banduan yang sempurna apabila bebas nanti.
1.2 Latar Belakang Masalah
Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi,
politik, sosial dan sebagainya. Walaupun berlakunya pembangunan yang pesat,
Malaysia telah dicemari dengan pelbagai masalah sosial, jenayah kejam, keruntuhan
institusi kekeluargaan dan sebagainya. Keadaan Malaysia dapat dilihat amat berbeza
sekali berbanding ketika Malaysia mula-mula ditubuhkan, kerana rakyat Malaysia
waktu itu lebih menghormati antara satu sama lain. Berbeza dengan Malaysia di
zaman sekarang yang semakin membimbangkan. Untuk membantu dan memantau
masalah ini, kerajaan Malaysia menubuhkan beberapa institusi untuk membantu dan
menyelesaikan masalah-masalah sebegini, yang diantaranya adalah institusi Jabatan
Penjara Malaysia.
4
Institusi Jabatan Penjara Malaysia yang mana merupakan sebuah institusi
yang bertujuan sebagai tempat penahanan dan pemulihan kepada pesalah-pesalah
yang di hukum oleh pihak mahkamah. Penjara bukan sahaja sebagai pusat
penahanan kepada banduan-banduan yang bersalah tetapi adalah sebagai pusat
pemulihan kepada banduan untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang berguna
dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam institusi Jabatan
Penjara Malaysia, mempunyai program-program pembangunan sahsiah yang
disediakan untuk banduan-banduan semasa menjalani tahanan. Antaranya ialah
aktiviti pemulihan yang menjadi peranan utama dalam memberi pemulihan dan
pendedahan kepada banduan-banduan untuk ke arah perubahan yang lebih baik.
Antara objektifnya ialah :
a) Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti
perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi
warganegara yang berguna dan produktif.
b) Menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di
kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai
positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia
yang baik.
Menurut Abdullah Muhammad Zin et, al (1998:155), pembangunan sahsiah
Islam adalah perkara yang amat penting dan perkara ini diberi perhatian oleh
beberapa orang ulama terkemuka seperti Al-Muhasibi, Ibn Arabi, Al-Ghazali dan
lain-lain. Dalam memandukan sahsiah, mengikut Ibn Arabi, jalan menuju Allah
Taala yang dilalui oleh profesional dalam kerohanian mempunyai empat tahap iaitu
dorongan (bawa’ith), motivasi (dawa’i), akhlak (akhlaq) dan realiti sebenar
(haqa’iq). Program-program pembangunan sahsiah ini dijalankan kepada banduan
supaya berlaku satu perubahan sikap ataupun satu tranformasi terhadap banduan itu.
Seperti yang telah dimaklumkan telah banyak program-program
pembangunan sahsiah yang telah di jalankan oleh pihak jabatan penjara dan pihak-
5
pihak lain, namun begitu masih ramai lagi banduan-banduan dibebaskan dari penjara
masuk kembali ke penjara. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan perubahan yang
berlaku terhadap banduan-banduan yang bebas ini. Banduan-banduan yang keluar
masuk penjara seolah-olah tidak menjalani apa-apa program di penjara. Malah ada
segelintir yang menjadikan penjara sebagai tempat yang boleh keluar masuk.
Apakah punca yang menyebabkan berlakunya hal sedemikian, walaupun mereka
telah melalui pelbagai program di penjara semata-mata untuk melihat akan ada
perubahan ke atas banduan yang di penjarakan. Dalam kajian ini, penyelidik cuba
untuk menyingkap apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara ini.
Antara faktor yang menyebabkan mengapa berlakunya banduan yang keluar
masuk ke penjara adalah kerana banduan tidak mengambil berat tentang apa yang
telah diberikan kepada banduan ketika di penjara. Ini adalah kerana kurangnya
kesedaran banduan terhadap kepentingan program-program sebegini apabila mereka
keluar nanti. Sebahagian banduan juga hanya menjalani program-program yang
diaturkan hanya sekadar memenuhi apa yang telah diaturkan dan tidak cuba untuk
memahami berkenaan dengan apa yang disampaikan. Selain itu juga, keberkesanan
program-program pembangunan sahsiah terhadap banduan amat kurang. Ini
disebabkan program-program yang dilaksanakan tidak meninggalkan kesan terhadap
diri banduan dan banduan tidak mahu melakukan perubahan atau memotivasikan diri
untuk melakukan perubahan kerana mereka tidak mahu terlibat dan malu dengan
masyarakat. Apabila berlakunya perkara seperti ini mereka lebih gemar berdamping
dengan rakan-rakan mereka yang bermasalah kerana bagi bekas banduan rakan-rakan
mereka lebih memahami mereka.
Pada masa sekarang, dari segi kebajikan ataupun peluang untuk bekas
banduan yang dibebaskan untuk mendapat kemudahan seperti orang lain adalah amat
terbatas. Antara faktornya kerana sikap dan pandangan negatif dalam penerimaan
masyarakat terhadap bekas banduan penjara yang dibebaskan. Kebanyakan
masyarakat memandang serong kepada bekas-bekas banduan kerana kesalahan yang
telah dilakukan sebelum ini. Bekas-bekas banduan perlu diberi peluang oleh
masyarakat kerana itu adalah hak mereka untuk mendapat kemudahan seperti
6
masyarakat yang lain. Masyarakat perlulah saling hormat-menghormati antara satu
sama lain, kerana ia akan mewujudkan suasana yang positif.
Antara faktor lain yang menunjukkan bekas banduan tidak menerima hak
seperti orang lain adalah kerana sikap bekas banduan itu sendiri yang tidak mahu
berubah dan terus melakukan masalah sosial dan jenayah. Walaupun banduan tidak
mempunyai pilihan untuk menampung kehidupan mereka selepas dibebaskan,
melakukan jenayah bukanlah cara yang terbaik bagi banduan kerana ia bertentangan
dengan tujuan program pembangunan sahsiah yang dilakukan oleh pihak penjara.
Pihak penjara menyediakan pelbagai program-program pembangunan sahsiah untuk
membantu mereka melakukan perubahan apabila keluar daripada penjara nanti tetapi
hasilnya masih ada lagi bekas banduan yang melakukan jenayah dan masalah sosial.
Ini menunjukkan tahap keberkesanan program-program pembangunan sahsiah yang
di jalankan di penjara tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Penyelidik juga
menyoalkan, adakah disebabkan cara penyampaian yang dilakukan oleh pihak
penjara kepada banduan tidak berkesan kerana masih lagi ada banduan yang tidak
memahami faedah dan kepentingannya kepada banduan ataupun ada faktor-faktor
lain yang mempengaruhi.
Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk mencari
masalah yang berlaku dengan mengkaji pandangan banduan terhadap program-
program pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara kerana walaupu sudah
menjalani program-program pembangunan sahsiah di penjara tetapi masih lagi tidak
memberi kesan yang baik kepada sebahagian banduan.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah sosial dan
jenayah yang berlaku di negara ini, yang mana sebahagiannya adalah melibatkan
bekas-bekas banduan yang keluar dari penjara. Masalah sosial dan jenayah yang
berlaku ini semakin parah dan membingungkan semua pihak terutamanya bagi
7
pihak kerajaan sendiri untuk mencari jalan penyelesaian dan membanteras masalah
ini.
Kajian ini lebih memfokuskan kepada program-program pembangunan
sahsiah kepada banduan, ini kerana jikalau diamati walaupun banduan telah
menjalani aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara tetapi
masih ada lagi sebahagian daripada banduan yang telah bebas melakukan masalah
sosial dan jenayah. Semasa berada di penjara, banduan telah diberikan latihan dan
menjalani program pembangunan sahsiah sepatutnya apabila banduan bebas dari
penjara, sikap dan sahsiah peribadi banduan adalah lebih baik dari sebelumnya.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, dimana bekas banduan mengulangi kesalahan
mereka.
Kajian ini memfokuskan berkenaan dengan adakah program-program
pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara terhadap banduan-
banduan memberi kesan atau tidak kepada diri banduan. Ini kerana penyelidik
melihat kepada berlakunya masalah keluar masuk penjara dan sikap banduan yang
tidak pernah berubah walaupun telah menjalani pelbagai program di penjara.
Sesetengah daripada banduan, berjaya dalam kehidupan mereka apabila
mereka bebas dari penjara. Namun masih lagi ada bekas-bekas banduan yang
keluar masuk dalam penjara kembali akibat daripada kesalahan-kesalahan yang
mereka lakukan. Perkara ini amat membimbangkan kerana tempat untuk
menampung jumlah kapasiti banduan adalah terhad dan kerajaan terpaksa
menanggung beban yang besar. Selain itu, masyarakat ingin melihat rakyat
Malaysia sebagai modal insan yang cemerlang untuk kepentingan masa hadapan.
Menurut Richard (1970:34), sahsiah adalah punca-punca perlakuan manusia
di mana perlakuannya dapat dilihat dari pengalaman subjektif. Walaupun hasil
daripada program pembangunan sahsiah yang di jalankan oleh pihak penjara
khususnya, masih ada lagi sebahagian daripada banduan ini apabila keluar daripada
penjara, mereka masih berada di takuk yang lama, tiada perubahan yang berlaku dan
8
apa yang menyedihkan apabila banduan-banduan ingin melakukan perubahan dalam
dirinya, masyarakat memandang negatif terhadap banduan. Ini adalah satu halangan
terhadap banduan untuk melakukan perubahan.
Diharapkan dengan adanya kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti masalah
yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian untuk penambahbaikkan program-
program pembangunan sahsiah yang dijalankan seperti keberkesanan program-
program pembangunan sahsiah kepada banduan. Dengan adanya kajian sebegini
diharapkan masyarakat dapat bermuhasabah dan mengembling tenaga mencari jalan
penyelesaian dalam menangani masalah ini
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti pandangan banduan terhadap program-program pembangunan
sahsiah di penjara.
1.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan
sahsiah di penjara.
1.4.3 Mengenalpasti cadangan penambahbaikkan terhadap program-program
pembangunan sahsiah di penjara.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah pandangan banduan terhadap program-program pembangunan
sahsiah di penjara?
9
1.5.2 Apakah faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan sahsiah di
penjara?
1.5.3 Apakah cadangan terbaik untuk penambahbaikkan terhadap program-
program pembangunan sahsiah di penjara?