Post on 12-Jul-2019
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK
DAERAH KOTA SETAR, KEDAH.
MOHD. HANAPIAH BIN AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK
DAERAH KOTA SETAR, KEDAH.
MOHD. HANAPIAH BIN AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendididkan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iv
DEDIKASI
Buat Isteri Tercinta,
Terima kasih di atas pengorbananmu, kesetiaan, kasih sayang, serta doronganmu yang
tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan semangatku dalam
mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.
Buat Emak Dan Ayah Tersayang,
Doa, kasih sayang dan penghormatanmu hanya Allah S.W.T. yang mampu
membalasnya.
Cahaya Mataku,
Nur Alia Athirah,
Pengorbanan ayah adalah untukmu dan jadikanlah sebagai perangsang untukmu
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.
Seluruh Ahli Keluarga Dan Sahabat-Sahabatku,
Terima kasih di atas perhatian kalian.
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNYA, maka
kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada pensyarah penyelia iaitu Encik Mohd Mohsin Bin Uzir di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang
telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan
kajian ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea yang bernas.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai JPN Kedah, semua
pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Reka
Cipta di sekolah menengah akademik, Daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini telah
dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di sekolah
menengah akademik, Daerah Kota Setar, Kedah. Responden kajian ini adalah seramai 48
orang pelajar tingkatan empat. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati faktor kemahiran
memberikan pengaruh yang tinggi dalam persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Reka
Cipta. Di samping itu, terdapat juga beberapa masalah yang timbul semasa membuat dan
menyediakan projek reka cipta. Antaranya ialah ruang bengkel yang padat dan mesin-
mesin mengalami kerosakan semasa kerja amali Reka Cipta dijalankan. Beberapa
cadangan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak pengurusan
sekolah dan ibu bapa dan pelajar untuk dimanafaat oleh semua pihak. Secara langsung
atau tidak langsung, hasil dapatan kajian penyelidik ini boleh membantu untuk kajian
lanjutan.
vii
ABSTRACT
This research is carried out to look at the perception of the secondary academic
school students to Reka Cipta subject within Kota Setar District. The research was done
among students who have taken Reka Cipta subject in secondary academic school within
Kota Setar District, Kedah. 48 form four students were taken as the respondents. Data
collected was analyzed using Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS)
version 11.0 software is based on frequency, percentage and mean. The obtain data
shows that skill factor are high dominant in students perception student to Reka Cipta
subject. Beside that, few problems occurred during completing the invention project.
Among the problems are crowded workshops and machines were not working while the
practical subject has been taught. Suggestions are made to Kementerian Pendidikan
Malaysia, schools, parents, students and all parties involved. Lastly the finding of this
research can be a reference for advanced research in the same area.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
ix
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop Kajian Dan Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kemahiran 16
2.3 Pengetahuan 16
2.4 Minat 18
2.5 Permasalahan 19
2.6 Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Cipta 21
2.7 Penutup 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Analisis Data 32
3.9 Penutup 35
x
BAB IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Bahagian A 37
4.3 Rumusan Bahagian A 39
4.4 Analisis Bahagian B 40
4.5 Penutup 55
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan Kajian 56
5.3 Rumusan Kajian 64
5.4 Cadangan-Cadangan 67
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 69
5.6 Penutup 70
BIBLIOGRAFI 71
LAMPIRAN
Lampiran A – F
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil 4
Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Reka Cipta
di sekolah-sekolah menengah akademik Daerah Kota Setar,
Kedah, bagi tahun 2001 dan 2002
Jadual 2.1 Reka Cipta dalam mata pelajaran elektif sekolah 23
menengah atas
Jadual 3.1 Jumlah pelajar tingkatan empat dan nama sekolah 27
yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta
di Daerah Kota Setar, bagi tahun 2003
Jadual 3.2 Jadual Skala Likert 29
Jadual 3.3 Pemeringkatan Skala Likert 30
Jadual 3.4 Hubungan persoalan kajian dengan bilangan item 30
di dalam soal selidik
Jadual 3.5 Perubahan markat dan skala 34
Jadual 3.6 Markat skala penyelidik 34
Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 37
Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 37
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut aliran 38
Jadual 4.4 Taburan responden mengikut keputusan Kemahiran 38
Hidup Bersepadu dalam PMR
Jadual 4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa/penjaga 39
Jadual 4.6 Analisis faktor kemahiran 43
xii
Jadual 4.7 Analisis faktor pengetahuan 46
Jadual 4.8 Analisis faktor minat 49
Jadual 4.9 Analisis faktor permasalahan 52
Jadual 5.1 Kedudukan persoalan kajian mengikut min yang tertinggi 66
xiii
SENARAI SINGKATAN
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS - Statistical Packages For The Social Sciences
CAD - Computer-aided Drafting and Design
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran BPPDP
C Surat Kebenaran JPN
D Surat Akuan Pelajar
E Analisis Data Kajian Rintis
F Jadual Populasi Krejcie & Morgan
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada 28 Februari 1991, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
mengishtiharkan Wawasan Negara iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara industri
penuh pada tahun 2020. Wawasan 2020 adalah merupakan matlamat baru bagi
menentukan jangkaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Bagi
mencapai matlamat ini, usaha-usaha perlu dipertingkatkan dalam bidang sains dan
teknologi. Malaysia tidak sepatutnya hanya menjadi pengimport teknologi dari negara-
negara luar tetapi perlu menjadi penyumbang kepada dunia teknologi (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1996). Ciri-ciri tersendiri bukan sahaja dari segi penyelarasan dan
peningkatan dalam guna tenaga, eksport dan pendapatan tetapi juga dari segi mortaliti
personaliti dan kepercayaan penduduknya.
Bagi menjawab cabaran yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dasar Pembangunan Negara telah dirancang rapi demi untuk memperkukuhkan
apa yang mahu dicapai bagi jangka masa sepuluh tahun sebagaimana yang diungkapkan
oleh Abu Bakar (1995):
2
Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategi dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden (hlm-248).
Reka Cipta adalah komponen baru yang diperkenalkan dalam kurikulum
Kemahiran Hidup sekolah rendah, menengah rendah serta elektif baru untuk sekolah
menengah atas. Mata pelajaran ini mula dilaksanakan di semua sekolah rendah dan
menengah rendah serta beberapa buah sekolah menengah atas terpilih mulai pada tahun
1996 setelah dilaksanakan secara percubaan pada tahun 1995. Komponen ini
diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif dan
inventif dalam pengeluaran sesuatu produk teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1996).
Mata pelajaran Reka Cipta merupakan satu mata pelajaran elektif di sekolah
menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid.
Reka Cipta digubal dengan hasrat membentuk minda yang kreatif, inovatif dan inventif
sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan dalam
menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alaf baru (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002).
Reka Cipta berdasarkan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda,
kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea
bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran.
Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk model atau
prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seseorang pereka cipta juga penting dalam
memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002).
3
Reka Cipta ialah penghasilan sesuatu produk atau barang baru atau
pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada untuk memenuhi kehendak pengguna
masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri yang
diubahsuai daripada idea orang lain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996). Daripada
pengertian ini, perkataan penghasilan dan pengubahsuaian sesuatu produk merupakan
teras kepada pengertian reka cipta. Kedua-dua unsur tersebut merupakan asas kepada
kefahaman mengenai reka cipta. Seseorang itu mereka cipta ialah untuk menghasilkan
atau mengubahsuai sesuatu barang atau produk yang baru.
Produk ini mestilah bersifat inovatif dan bernilai komersial yang harus
diilhamkan daripada idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Melalui
proses reka cipta pengalaman sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan reka
bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan
potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka. Pengetahuan
tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran membolehkan murid
bersedia menghasilkan produk bagi tujuan tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).
Menurut Kamarudzaman (1994), bagi mencapai status sebagai sebuah negara
pembuat baru di rantau ini yang mampu mengeksport hasil pembuatan negara ke pasaran
antarabangsa, negara kita Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pakar mereka cipta atau
pereka yang terdidik daripada golongan muda. Mata pelajaran Reka Cipta ini akan
memberi pendedahan dan peluang untuk menyediakan diri para pelajar bagi menyahut
cabaran Wawasan 2020. Menurut Kamarudzaman (1994), berdasarkan Wawasan 2020
juga menunjukkan betapa pentingnya mata pelajaran Reka Cipta kerana mata pelajaran
ini adalah cabaran untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan yang bukan sahaja
menjadi penggunaan teknologi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Sukatan Pelajaran Reka Cipta (KBSM), merangkumi Reka Bentuk,
Teknologi Pembuatan, Strategi Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian.
Kurikulum ini melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui
penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002).
Jadual 1.1 : Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah menengah akademik
Daerah Kota Setar, Kedah, bagi tahun 2001 dan 2002
Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.
calon
1 2 3 4 5 6 7 8 9 T
H
Jumlah
lulus
%
lulus
2001 50 8 6 8 16 4 8 0 0 0 0 50
% 16 12 16 32 8 16 0 0 0 0 100
2002 70 4 13 12 12 15 6 4 3 1 0 69
% 5.7 18.6 17.1 17.1 21.5 8.6 5.7 4.3 1.4 0 98.6
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Unit Penilaian & Peperiksaan (2003).
Berpandukan Jadual 1.1 di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat kemerosotan
keputusan mata pelajaran Reka Cipta bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah
menengah akademik Daerah Kota Setar pada tahun 2002 berbanding pada tahun 2001.
Pada tahun 2001 kelulusan Reka Cipta SPM adalah 100% tetapi keputusan ini menurun
pada tahun 2002 kepada 98.6%. Ini menunjukkan bahawa keputusan mata pelajaran
Reka Cipta SPM pada tahun 2002 mengalami kemerosotan.
5
Berdasarkan jadual di atas, terdapat seorang pelajar yang gagal dan tujuh pelajar
yang lulus sahaja dalam mata pelajaran Reka Cipta untuk SPM tahun 2002, bagi tiga
buah sekolah menengah akademik di Daerah Kota Setar, Kedah. Ini menunjukkan
bahawa masih lagi terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam mempelajari subjek
Reka Cipta. Jadi, satu tinjauan perlu dilakukan untuk melihat persepsi pelajar semasa
mempelajari mata pelajaran Reka Cipta.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dibincangkan, maka
pengkaji merasakan perlunya satu kajian dijalankan bagi meninjau Persepsi Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Reka Cipta Di Sekolah-Sekolah Menengah Akademik, Daerah
Kota Setar, Kedah. Kajian ini melibatkan empat faktor utama iaitu kemahiran asas,
pengetahuan asas, minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta dan masalah yang
timbul semasa menyediakan projek reka cipta.
6
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan latar belakang masalah, matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah
untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, kreatif dan inventif serta boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa. Objektif
kajian ini dijalankan adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti sejauh mana pelajar mempunyai kemahiran asas untuk
menghasilkan projek reka cipta.
1.4.2 Mengenalpasti sejauh mana pelajar mempunyai pengetahuan asas untuk
menghasilkan projek reka cipta.
1.4.3 Mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka
Cipta.
1.4.4 Mengetahui masalah yang timbul semasa membuat dan menyediakan
projek reka cipta.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah semata-mata untuk menjawab beberapa persoalan
berikut:
1.5.1 Adakah pelajar mempunyai asas kemahiran untuk menghasilkan projek
reka cipta?
1.5.2 Adakah pelajar mempunyai asas pengetahuan untuk menghasilkan projek
reka cipta?
1.5.3 Adakah pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Reka Cipta?
1.5.4 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa membuat dan
menyediakan projek reka cipta?