Post on 06-Sep-2019
PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR
BAHRU.
MOHD SYAHIR BIN HASSIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL
JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya MOHD SYAHIR BIN HASSIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia:
K-9 LOT 1825,
KG PAUH LIMA,16090 KOTA BHARU, DR.TAMAR JAYA BIN NIZAR
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 013-7909014 Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan :……………………………………………………
Nama Penyelia : DR.TAMAR JAYA BIN NIZAR
Tarikh : 16 MEI 2011
PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR
BAHRU
MOHD SYAHIR BIN HASSIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : MOHD SYAHIR BIN HASSIM
Tarikh : 16 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Setinggi-tinggi Penghargaan Ku Tujukan Buat:
Ayah dan Ibu,
Hassim bin Mohamed & Aesah binti Hasan
Terima kasih atas segala pengorbananmu, Restu dan doamu,
Adalah titian kejayaanku.
Kakak-kakak dan abangku,
Zainab, Khairani dan Mawardi , Terima kasih atas dorongan.
Adik-adikku,
Halim, Rabiatul, Husna, Bazilah, Syahmi dan Masyitah Jangan jemu dalam menuntut ilmu.
Para Pensyarah,
Fakulti Tamadun Islam(FTI) dan Fakulti Pendidikan,
Terima kasih atas ilmu yang diberikan, Semoga Allah membalas jasa dan bakti yang dicurahkan.
Buat Teman Seperjuangan,
SPI(2007-2011)
Terima kasih atas segala-galanya, Pengalaman indah bersama kalian tidak akan ku lupakan,
Teruskan perjuangan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, pertama dan selamanya segala puji bagi Allah Taala serta selawat dan
salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran
dirafa’ka kepada kepadaNya kerana Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan pada
masanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Tamar Jaya Bin Nizar selaku penyelia PSM
yang banyak membimbing, memberikan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar sepanjang satu
tahun bersama beliau. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Fakulti Tamadun
Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang banyak
memberikan kerjasama selama mana saya berada di sini.
Tidak dilupakan kepada ahli keluarga yang banyak memberikan dorongan dan sahabat-
sahabat seperjuangan yang banyak berkongsikan pengalaman dan idea bagi
merealisasikan PSM ini. Semoga tuhan memberkati anda semua.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan PSM ini. Semoga sumbangan
yang sedikit ini memberikan manfaat untuk semua.
v
ABSTRAK
Dewasa ini kita melihat berlaku masalah dalam isu berkaitan logo halal hotel
sekaligus menimbulkan keraguan dalam pengurusan makanan halal di hotel. Ini kerana
makanan itu merupakan nadi bagi orang mukmin dan ia secara langsung berkait rapat
dengan ibadah yang mana dilakukan untuk mencapai redha yang Esa. Seramai 50 orang
telah menjadi respoden terlibat dalam kajian ini yang mana dilakukan kepada pelanggan-
pelanggan hotel dan juga orang awam yang pernah ke hotel. Kajian ini dilakukan secara
kuantitatif dengan mengedarkan borang kaji selidik yang mengandungi 40 item soalan
sebagai instrumen kajian. Data telah dianalisis menggunakan “Statistical Package for
The Social Sciences”(SPSS) versi 14 for windows. Secara keseluruhan, analisis
menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap pengurusan
makanan halal berdasarkan nilai min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.498. Bagi persepsi
penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434
manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah 4.725. Di akhir kajian,
penyelidik juga mencadangkan beberapa cadangan dan penambahbaikan untuk pihak
yang berkaitan dengan kajian.
vi
ABSTRACT
Nowadays, we can see the prevailing problems in the issue of halal logo as well
as to cast doubt in the hotel management of halal food in the hotel. This is because the
food is at the heart of the believer and it is directly linked to the worship which is done
to achieve that pleased God. Totally of 50 respondents who involved in this study which
made the hotel clients and the public who had gone to the hotel. The quantitative study
was conducted by distributing questionnaires containing 40 items as an instrument. Data
was analyzed using by Statistical Package for the Social Sciences( SPSS) version 14 for
windows. Overall, the analysis shows that the respondents have a positive perspective on
the management of halal food based on the mean value obtained by 4.498 supply the
perception of halal food in the food supply, the minimum obtained was 4.434 , while the
perspective of the food supply is 4.725. At the end of the study, researcher also proposed
a number of suggestions and improvements to the relevant parties in connection with the
study.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengertian Makanan Halal 12
2.2.1 Prinsip Makanan Halal-Haram Dalam Islam 14
2.3 Pensyariatan Makanan Halal 16
2.3.1 Sumber Makanan Halal 16
2.3.2 Makanan dan minuman halal 18
2.3.3 Penyembelihan Halal 20
2.3.4 Pembentukan Sahsiah Melalui Pemakanan 20
2.3.5 Kepentingan Logo Makanan Halal 22
2.4 Pengurusan 23
2.4.1 Kepentingan Pengurusan Dalam Organisasi 24
2.4.2 Pengurusan Makanan Halal 25
2.5 Kajian Lepas 26
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Lokasi Kajian 28
ix
3.4 Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Bahagian A 29
3.5.2 Bahagian B 30
3.6 Analisis Data 31
3.7 Prosedur Kajian 31
3.7.1 Kajian Rintis 32
3.8 Jangka Masa Kajian 33
3.9 Penutup 34
Section 1.01 BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Data Bahagian A 36
4.2.1 Latar Belakang responden mengikut jantina 36
4.2.2 Latar Belakang Mengikut Umur 37
4.2.3 Latar Belakang Mengikut Kelulusan Akademik
Tertinggi 37
4.2.4 Latar Belakang Mengikut Pengalaman
Menginap Di Hotel 38
4.2.5 Latar Belakang Mengikut Jenis Hotel Yang
Pernah Responden Menginap 39
4.3 Analisis Data Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Data Berkenaan Persepsi Makanan
Halal dan Pengurusan Makanan Halal di Hotel 39
4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 58
4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Makanan Halal dan
Pengurusan Makanan Halal di Hotel 58
x
4.4.2 Mengenalpasti Persepsi Penyediaan Bahan
Dalam makanan 60
4.4.3 Mengenalpasti Sumber Bekalan Makanan
Yang didapati 62
4.5 Analisis Keseluruhan Persepsi Responden 64
4.6 Kesimpulan 65
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Ringkasan Kajian 66
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 67
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden 68
5.3.2 Persepsi Terhadap Makanan Halal dan 69
Pengurusan Makanan Halal di Hotel
5.3.3 Penyediaan Bahan Dalam Masakan 71
5.3.4 Persepsi Sumber Bekalan Makanan 72
5.4 Rumusan 74
5.4.1 Persepsi Terhadap Makanan Halal dan
Pengurusan Makanan Halal di Hotel 74
5.4.2 Penyediaan Bahan Dalam Makanan 75
5.4.3 Persepsi Sumber Bekalan Makanan 75
5.5 Cadangan 76
5.5.1 Peranan Individu 77
5.5.2 Peranan Pihak Pengurusan Hotel Berkaitan
Makanan Halal 78
5.5.3 Penelitian Terhadap Sumber Bekalan Yang
Didapati 79
xi
5.5.4 Peranan JAKIM 79
5.5.5 Peranan Pelanggan/Pengunjung 80
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.7 Penutup 81
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN 85
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Skala likert 29
3.2 Skala nilai min 30
3.3 Jangka masa kajian 32
4.1 Taburan responden mengikut jantina 34
4.2 Taburan responden mengikut umur 35
4.3 Taburan responden mengikut kelulusan akademik
tertinggi 36
4.4 Taburan responden mengikut pengalaman menginap
di hotel 37
4.5 Taburan responden mengikut jenis hotel yang pernah
mereka menginap 37
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 38
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 39
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 39
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 40
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 40
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 41
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 41
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 42
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 42
xiii
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 43
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 43
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 44
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 44
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 45
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 45
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 46
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 46
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 47
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 47
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 48
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 48
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 49
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 49
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 50
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 50
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 51
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 51
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 52
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 52
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 53
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 53
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 54
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 54
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 55
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 55
4.41 Rumusan peratusan dan min bagi persepsi
terhadap makanan halal dan pengurusan makanan
halal di hotel. 56
4.42 Rumusan peratusan dan min bagi penyediaan
bahan dalam makanan 58
xiv
4.43 Rumusan peratusan dan min bagi sumber
bekalan makanan diperolehi 59
4.44 Taburan min untuk persepsi responden 61
xv
SENARAI SINGKATAN
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAJ Jabatan Agama Johor
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
S Setuju
SAW Sallallahu ’alaihi wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dewasa ini, pembangunan pesat negara Malaysia dalam pelbagai aspek
sememangnya memberikan kelebihan kepada masyarakatnya. Pembangunan ini turut
melibatkan aspek ekonomi di mana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan industri pelancongan. Keadaan sebegini
menggambarkan perkara yang berkaitan dengan kemajuan bagi kedua-dua prospek
ini dan juga masalah yang berkaitan dengannya.
Seperti yang diketahui umum, hotel merupakan tempat yang sering kali
menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datangnya daripada latar belakang berbeza.
Ini berlaku terutamanya pada musim-musim cuti yang banyak program diadakan
pada masa tersebut. Pengunjung yang singgah ke hotel bukan sekadar mahu
menginap di hotel yang dipilih tetapi pada masa yang sama akan menikmati makanan
yang disediakan oleh pihak hotel yang sememangnya berkelas tinggi. Pakej “makan”
2
selalu menjadi pakej yang biasa diamalkan oleh hotel-hotel termasuk dengan pakej
acara-acara lain yang diadakan.
Namun, dewasa ini kita melihat berlaku masalah dalam isu berkaitan logo
halal hotel sekaligus menimbulkan keraguan dalam pengurusan makanan halal di
hotel. Ini kerana makanan itu merupakan nadi bagi orang mukmin dan ia secara
langsung berkait rapat dengan ibadah yang dilakukan untuk mencapai redha yang
Esa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini negara Malaysia yang semakin membangun telah mencapai
kejayaan dari hari ke hari. Hal ini secara langsung menjadikan Malaysia sebagai
salah satu tempat tumpuan juga tempat percutian seperti “Program Cuti-cuti
Malaysia” dan berbagai acara lain yang sering kali di uar-uarkan di dalam media.
Perkara ini juga bersangkut paut dengan industri perhotelan apabila pengunjung
daripada luar negara atau dalam negara yang datang daripada orang beragama Islam
bersinggah ke hotel-hotel ketika sedang bercuti. Ini kerana ia melibatkan makanan
halal yang disediakan oleh pihak hotel dan ini turut melibatkan bagaimana cara
penyediaannya.
Baru-baru ini, timbul ini berkaitan logo halal hotel yang sedikit sebanyak
memberikan satu impak negatif kepada industri perhotelan itu sendiri dan juga para
pengunjung yang sudah atau akan berkunjung ke hotel. Adakah makanan yang
disediakan oleh sesuatu hotel itu halal dari segi pengurusannya?
3
Takrifan sebenar produk makanan halal bukan hanya terbatas kepada bahan
asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata. Ia mengcakupi
konsep yang lebih luas iaitu bermula daripada peringkat awal sehinggalah produk itu
sedia untuk dimakan. Ia juga memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam
keseluruhan makanan tersebut merangkumi penyediaan, pemprosesan,
pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan. Makanan tersebut mestilah
diasingkan dengan mana-mana makanan yang tidak halal.
Diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir r.a.: Aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Yang halal dan yang haram
telah jelas, namun sebahagian besar umat manusia tidak mengetahui
bahawa di antara keduanya terdapat syubhat( sesuatu yang
meragukan).”
(Hadis Riwayat Sahih Al-Bukhari,jilid 1,no 49:Bab Kitab al-Iman).
Orang yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti
orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke
dalam perkara syubhah akan masuk ke dalam yang haram laksana seorang
penggembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke
dalam tempat larangan itu.(Majalah Aniqah,2010: 21 ).
Makanan akan membentuk tingkah laku seseorang. Apa yang banyak
dimakan, itulah yang akan membentuk tingkah laku dan perangai seseorang itu.
Ibarat minyak untuk pelita, kalau minyak kurang atau tidak berkualiti, pelita itu tidak
akan menyala dengan terang. Begitu juga dengan enjin kereta yang menggunakan
minyak kurang berkualiti, ia tidak akan bergerak dengan laju dan lancar.”(Majalah
Aniqah, 2010: 23 ).
4
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang makan makanan halal selama 40 hari,
maka Allah Taala akan menerangi hatinya, lalu mengalirkan sumber-sumber hikmah
dari hatinya (melalui lisannya). (Imam Ghazali, 2009: 204). Islam menitikberatkan
pemakanan halal itu sendiri kerana ia banyak mempengaruhi peribadi seseorang
muslim. Sheikh Paiman berkata “memakan dan menggunakan produk halal adalah
pokok segala ibadah.” (Majalah Aniqah, 2010:29 ). Allah Taala berfirman:
Maksudnya:
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi Yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah Al-Baqarah, 2 :168)
"Prosedur berhubung pemprosesan dan pembungkusan makanan halal juga
perlu diawasi secara berkala memandangkan kebanyakan hotel di negara ini
menggunakan perkhidmatan pakar asing yang mungkin tidak jelas mengenai konsep
makanan halal," katanya. Mengulas isu makanan yang tidak halal di dalam bufet
ramadhan, SM Mohamed berkata gejala itu jelas menunjukkan bagaimana isu
makanan dipandang ringan oleh pihak hotel. Katanya, “ ia jelas menunjukkan sikap
tidak menghormati kesucian amalan Islam terutama pada bulan
Ramadan."(.http://penpasksgb.blogspot.com/2010/08/cap-saran-senaraikan-hotel-
halal-di.html).
5
Perkara ini secara jelas menunjukkan bahawa banyak pihak yang telah
memanipulasikan isu yang berkaitan dengan halal haram terutamanya pihak
pengurusan hotel yang lebih memikirkan keuntungan berbanding dengan dosa dan
pahala. Justeru, antara lain kajian ini dilakukan adalah untuk memberikan sedikit
kesedaran kepada pihak yang berkenaan berkaitan isu halal haram yang merupakan
perkara yang amat penting bagi umat Islam.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan makanan halal ini sebenarnya adalah satu perkara yang amat
penting kerana ia melibatkan proses awal penyediaan makanan kepada pelanggan.
Sekiranya proses yang digunakan bercampur baur dengan perkara haram ia secara
tidak langsung akan memberikan kesan buruk kepada makanan tersebut. Ini akan
menjejaskan banyak perkara rohaniah seseorang muslim termasuk sifat dan
amalannya.
Dalam keadaan negara Malaysia sekarang, boleh dikatakan ramai pelancong
yang datang daripada negara-negara yang berbeza dan semestinya menu yang
disediakan oleh sesuatu hotel itu pasti juga berbeza mengikut pelancong yang datang
dengan bermatlamatkan ingin memberi tarikan kepada pelancong tersebut di samping
ingin memberikan kelainan kepada pengunjung tersebut. Tetapi masalah yang
dihadapi sekarang adalah ramai daripada pihak pengurusan hotel tidak mengambil
berat berkaitan dengan status penyediaan makanan ini dan apabila perkara ini berlaku
ia sedikit sebanyak memberikan keraguan kepada umat Islam itu sendiri. Isu yang
sering kali timbul ialah disebabkan sesetengah hotel terlalu ingin menjaga imej di
mata pelancong, mereka sanggup menggunakan bahan yang tidak halal dan ini
memberikan ketidakselesaan di kalangan orang tempatan yang ramai daripadanya
merupakan pelanggan-pelanggan hotel.
6
Kajian yang dilakukan oleh penulis ini sebenarnya adalah tertumpu dan
berfokus kepada persepsi pengurusan makanan halal dalam suasana hotel tersebut.
Penulis ingin melihat aspek manakah yang sering kali diabaikan atau pun yang sering
kali dipandang remeh oleh pihak pengurusan atau pihak pekerja sendiri berkaitan
dengan penyediaan makanan tersebut. Persoalan yang sering kali penulis lontarkan
ialah “adakah penyediaan makanan halal tersebut memenuhi tuntutan syariah dari
segi penyediaan makanannya?
Oleh hal yang sedemikian, penulis merancang untuk menjalankan satu kajian
terhadap persepsi cara penyediaan makanan halal di hotel daripada bebarapa aspek
yang utama iaitu dari segi persepsi pengurusan makanan halal di hotel, penyediaan
bahan dalam masakan dan sumber bekalan makanan yang diperolehi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif adalah perkara yang ditekankan dalam kajian untuk memastikan ia
berfokus. Antara objektif untuk kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Mengenalpasti persepsi pelanggan hotel berkaitan dengan makanan halal.
2. Mengetahui persepsi pelanggan terhadap bahan yang sepatutnya digunakan oleh
pekerja atau tukang masak dalam penyediaan makanan di hotel.
3. Mengetahui persepsi pelanggan terhadap perlunya sumber bekalan makanan
halal untuk hotel.
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:
1. Apakah persepsi pelanggan hotel berkaitan dengan makanan halal.
2. Apakah persepsi pelanggan hotel terhadap bahan yang sepatutnya digunakan
oleh pekerja atau tukang masak dalam penyediaan makanan di hotel.
3. Apakah bentuk masalah dari segi sumber bekalan makanan halal untuk hotel.