Post on 04-Feb-2021
Tanah TinggiLojing
Gunung Rabong Kuala Koh
TAMAN NEGARA KUALA KOH
Mata Air PanasSungai Ber
Gua Cha
Gua Ikan
Tokong SweetNyet Kong
KampungRenok BaruHomestay
Kem Ethnobotani
Pulai
Gua Musang
Kuala Betis
Nen
ggiri
Riv
er C
ruise
Merapoh
Setar
Air TerjunLata Rek
Air TerjunJelawang Air TerjunLata Beringin
Air TerjunJeram Lenang
Air TerjunJeram Pasu
Gunung Chamah
Gunung Stong
Gunung Reng
Kusial
Pantai Bisikan Bayu
Pantai Melawi
Pantai Irama
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Kuala Pak Amat
Pantai Sabak
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
Pengkalan Kok Majid JettyPantai Seri Tujuh
Wat Machimmaram
Pengkalan Kubor
Wat Mai Suvankhiri
Wat Photivihan
Makam Tok Janggut
Wakaf Bharu
Kampung PantaiSuri Homestay
Jeti Tok Bali
KampungBukit JeringHomestayTasik Pergau
66
4
4
4
3
3
33
8
129
134
Dabong
PulaiChondong
Nilam Puri
KampungBlok Ulu Kusial
Homestay
Kuala Krai
Jeli
Tanah Merah
Machang
Pasir Puteh
KOTA BHARU
Rantau Panjang
Pasir Mas
Tumpat
Bachok
Mata AirPanas Jeli
Mata Air PanasKampung Labok
BukitBunga
GUA MUSANG
PAHANG
TERENGGANU
PERAK
KUALA KRAI
JELI
TANAHMERAH
MACHANG
PASIRPUTEH
BACHOK
KOTABHARUPASIR MAS
TUMPAT
THAILAND
KELANTAN
LAUT CHINA
SELATAN
101º 20’E 1 2 3 4 5 6 7 8101º 30’E 101º 40’E 101º 50’E 102º 00’E 102º 10’E 102º 20’E 102º 30’E 102º 40’E
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L4º
35’
N4º
45’
N4º
55’
N5º
05’
N5º
15’
N5º
25’
N5º
35’
N5º
45’
N5º
55’
N6º
05’
N6º
15’
N
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
4º 3
5’N
4º 4
5’N
4º 5
5’N
5º 0
5’N
5º 1
5’N
5º 2
5’N
5º 3
5’N
5º 4
5’N
5º 5
5’N
6º 0
5’N
6º 1
5’N
101º 20’E 1 2 3 4 5 6 7 8101º 30’E 101º 40’E 101º 50’E 102º 00’E 102º 10’E 102º 20’E 102º 30’E 102º 40’E
Peta Panduan Jalan KELANTAN
PenginapanBankStesen MinyakHospital / KlinikJalan Satu HalaStesen BasBalai PolisMasjidPusat Maklumat
MuziumPasaraya
KompleksMembeli-belah
Jalan PedestarianStesen TeksiPejabat PosTempat MenarikRestoranR
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
R
Jln. Tengku Besar
Jln.
Sek
olah
Mer
bau
Jln. Hilir Kota
Jln. Maa
had
Jln.
Pas
ar L
ama
Jln. Tengku Chik
Jln. Tg. Putera Jln. Tok Hakim
Jln. Tengku Putera Semerak
Jln. Che SuJln. Hilir Pasar
Jln. Hulu Pasar
Jln.
Tem
engg
ong
Jln.
Ism
ail
Jln.
Bel
akan
g S
tadi
um
Jln.
Dat
o’ P
ati
Jln.
Dok
tor
Jln. Gajah Mati
JLN
. SU
LTA
NA
H Z
AIN
AB
JLN
. MA
HM
OO
D
JLN. SULTAN IBRAHIM
Jln. Zainal
Abidin
Jln. Maju
Jln. SuaraMuda
Jln. Seri Wangsa
JLN.
KE
BUN
SU
LTA
N
JLN.
KE
BUN
SU
LTA
N
Lorong Nyor Raja
Jln. Seri Cemerlang
JLN. PENGKALAN CHEPA JLN.
PENG
KALA
N CHE
PA
JLN
. DU
SU
N R
AJA
JLN. DUSUN RAJA
JLN
. DU
SU
N M
UD
A
JLN. ABDUL KADIR ADABI
JLN. BAYAM
Jln. Hospital
JLN. PADANG GARONG
JLN. BULUH KUBU
JLN. PINTU PONG
Jln.
Blkg
. Hosp
ital
JLN. HOSPITAL
Padang Merdeka
PusatPeneranganPelancongan
Stadium SultanMuhamad Ke-4
Hentian Bas ke PCB
TourismMalaysia
Feri keKampung
Laut
Tambatandi Raja
MenaraTinjau
IstanaBatu
MuziumPerang
Ridel
Dynasty
GrandRiverview KFC
Suntwo
Selesa
Raudhah
Habib
Pej. Kesihatan
TM BhdTeksi
Teksi
KlinikPergigian
GeraiMakanan
Perpustakaan
Bazar Tok Guru
GelanggangSeni
PakarPerdana
KFC
Kelantan Trade Center
KTCApartmen
Dinasty Inn
Vegetarian
MasjidPakistan Muslim
Muzium Negeri
Bazar TuanPadang
HarmoniHotel
Hover
CrystalLodge
Indah
MasjidMuhammadi
IstanaJahar
IstanaBalai Besar
Kg. KrafTangan &MuziumKraf
NasiUlam
Bazar Tengku Anis
E’ E Inn
IdealGuesthouse
KhalifaApartment
RoyalGuesthouse
Crown Garden
KFC
Mydin
Mydin
Muzdalfa FriedChicken
TheStore Sabrina
CourtPizzaHut Garden
City
Azam
Bas
Parkson/Giant
Temenggong
JuiteInn
ArenaSeni Suara
Burung
China Town
Mc’Donalds
FloraPlace
MAXIS Centre
MGUFirdaus
Star Family
Payang Serai
Kota Timur Hostel
Sri Chiang Mai
Oriental Kopitiam
KB Mutiara Inn
Sri CemerlangHostel
Four Season
CELCOM Centre
New Pacific
Hospital Besar
Unit Perubatan Jiwa
Sutera Inn
Ani Sup Utara
Sham
JL Fara
GG GardenHostel
Pasar Malam
BazarBuluhKubu
Pasar BesarSiti Khadijah
PantaiTimur
Money Changer
MuziumIslam
MoneyChanger
N
Ibu Negeri
Daerah
Pekan
Sempadan Antarabangsa
Sempadan Negeri
Sempadan Daerah
Jalanraya Persekutuan
Nombor Jalan Persekutuan
Landasan Keretapi
Pelayaran Sungai / Berakit Sungai
Bukit
Gua
Air Terjun
Pantai
Tasik
Jeti
Sungai
Mata Air Panas
Stesen Keretapi
Lapangan Terbang
Masjid
PETUNJUK
SENARAI HOTEL
TEMPAT MENARIK
Masjid NegeriAl-MuhammadiBazar Buluh KubuBazar Tengku AnisChina TownGelanggang SeniKampung NelayanKampung KraftanganIstana Balai BesarIstana JaharIstana Kota LamaMuzium IslamKota Sultan Ismail PetraMasjid LanggarMasjid Kg. LautPadang MerdekaPantai Cahaya BulanPasar Siti KhadijahMuzium DiRajaMuzium NegeriPasar MalamWakaf Che YehMuzium Perang
Masjid BeijingRantau Panjang
Jambatan Gantung Sg. NalAir Terjun Jelawang, Gunung StongAir Terjun Lata Beringin
B6 / A1B6 / B2B6 / A2B6 / A3B6 / D3
B6B6 / A2B6 / B2B6 / B1
B6B6 / A1B6 / B1
B6B6
B6 / B1B6
B6 / B2B6 / A2B6 / C2
B6 / B2B6 / A1
C4C4
F6G4G6
KOTA BHARU
PASIR MAS
KUALA KRAI
PASIR PUTEH
JELI
TUMPAT
GUA MUSANG
BACHOK
MACHANG
TANAH MERAH
Air Terjun Lata RekPasu Mambong
Air Terjun Jeram LinangAir Terjun Jeram PasuTok Bali
Bukit BungaJambatan Guillemard
Gunung RengTaman Santuari, Tasik Pergau
Pantai GetingPantai Sri TujohPengkalan KuborKuil Wat MachimmaramKuil Wat Phothirihan
Tokong Sweet Nyet KongKolam Air Panas BerSungai NenggiriTaman Negara Kuala Koh
Pantai Irama
Kolam Air Panas, Tok Bok
G6F5
D7D7D7
D4E5
E3F3
B5B5B5B5B6
J4J2I3J7
C7
E6
Kampung-kampung‘Homestay’
Tokong Buddha/ Cina
• KOTA BHARU •
• BACHOK •
• GUA MUSANG •
• TUMPAT •
• JELI •
Tel: 09 - 743 9988Rooms Tariffs RM 235 - 650
Grand Riverview HotelRoom : 312
Tel: 09 - 746 2233Rooms Tariffs RM 320 - 3300
RenaissanceRoom : 298
Tel: 09 - 747 0888Rooms Tariffs RM 89 - 299
Crystal LodgeRoom : 50
Tel: 09 - 744 6888Rooms Tariffs RM 150 - 440
Juita InnRoom : 67
Tel: 09 - 774 4000Rooms Tariffs RM 99 - 189
Perdana ResortRoom : 117
Tel: 09 - 748 3844Rooms Tariffs RM 75 - 135
Hotel Temenggong Room : 37
Tel: 09 - 747 7000Rooms Tariffs RM 104 - 184
Ridel Hotel Room : 85
Tel: 09 - 747 3000Rooms Tariffs RM 118 - 168
Dynasty InnRoom : 52
Tel: 09 - 747 0055Rooms Tariffs RM 122 - 196
Hotel RaudhahRoom : 56
Tel: 09 - 744 1000Rooms Tariffs RM 159 - 399
Sutera Inn PrimaRoom : 90
Tel: 09 - 796 4040Rooms Tariffs RM 65 - 218
PCB ResortRoom : 97
Tel: 09 - 745 6555Rooms Tariffs RM 188 - 1000
New Pacific HotelRoom : 217
Tel: 019 - 944 5222Rooms Tariffs RM 10 - 110
KB Backpackers LodgeRoom : 33
Tel: 09 - 747 7888Rooms Tariffs RM 100 - 198
Flora PlaceRoom : 45
Tel: 09 - 743 0008Rooms Tariffs RM 89 - 199
Royal Guest HouseRoom : 45
Tel: 09 - 747 0508Rooms Tariffs RM 70 - 200
Hotel AzamRoom : 51
Tel: 09 - 747 4788Rooms Tariffs RM 150 - 170
Hotel HabibRoom : 32
Tel: 09 - 747 7046Rooms Tariffs RM 130 - 190
Pasir Belanda ResortRoom : 6
Tel: 09 - 743 0320Rooms Tariffs RM 120 - 166
Sudara Beach ResortRoom : 6
Tel: 013 - 961 6000Rooms Tariffs RM 265 - 1200
Villa DaniallaRoom : 59
Tel: 09 - 912 3311Rooms Tariffs RM 60 - 120
Fully InnRoom : 39
Tel: 09 - 912 1229Rooms Tariffs RM 72 - 273
Kesedar InnRoom : 65
Tel: 09 - 796 4148Rooms Tariffs RM 48 - 150
Chalet Sri TujohRoom : 51
Tel: 09 - 936 0001Rooms Tariffs RM 20 - 120
Stong Hill StatePark ResortRoom : 51
Wau BulanPermainan wau adalah salah satu permainan tradisional di Kelantan. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai. Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi, wau kucing, wau merak, wau bulan dan lain-lain lagi. Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
Gasing Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau. Paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya dibuat dari tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik. Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat dari kayu keranji. Perusahaan ini terdapat di Kampung Ana Jal Besar, Tumpat, Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu dan Kampung Kubang Telaga, Bachok.
KertokPermainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Paluan Kertok juga mempunyai lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis dan lain-lain. Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.
Rebana UbiMerupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh dan Palekbang.
Wayang KulitWayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan, biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu dan Kampung Sri Tanjong, Tumpat.
Sepak Bulu AyamPermainan ini dimainkan dengan membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunakan kaki, buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagih-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan.
Seni Silat TariSeni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat yang biasanya, dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.
CongkakDipercayai bermula dari perkataan ‘congak’ yang bermaksud pengiraan menggunakan minda. Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua orang pemain.
Perusahaan BatikNegeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilan batik.
SongketSongket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai “Cloth of Gold”. Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.
Perak Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang menarik. Produk yang dihasilkan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang serta pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita. Perusahaan terdapat di Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak, Tumpat.
Ukiran KayuKraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi ialah cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.
BuluhPerusahaan membuat peralatan berasaskan buluh boleh di dapati di Kampung Tok Oh seperti bakul, perhiasan dinding, tikar dan sebagainya. Ia amat popular dan mendapat tempahan dari seluruh negeri di Malaysia. Ianya diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di sekitar Kampung Tok Oh, Kampung Ana, Kampung Padang Mandol dan Kampung Jal Besar, Tumpat.
RotanRotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.
TembikarTembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Produk ini dihasilkan daripada tanah liat yang berkualiti untuk menjaga ketahanan dan kehalusan barangan tersebut.
Pertukangan BesiKampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas terkenal dengan pertukangan menempa senjata tradisional seperti keris, parang, pedang, badik dan sebagainya. Ianya mendapat tempahan seluruh negeri di Malaysia. Perusahaan tradisional ini merupakan warisan turun temurun.
Kampung Pantai Suri, TumpatAdalah sebuah kampung pulau yang unik terletak di Tumpat. Pengunjung boleh menikmati kehidupan nelayan yang boleh dirasai di kampung. Jarak Pantai Suri ke Kota Bharu ialah 18 km iaitu kira-kira 45 minit dan jarak dari Tumpat ialah 10 km iaitu kira-kira 30 minit dengan menaiki bot. Tarikan utamanya adalah menganyam tikar, bermain wau, mencari belalang rusa, menyuluh ketam, mencari kelip-kelip, menyusuri sungai di kepulauan Tumpat dan sebagainya.
Kampung Renok Baru, Gua MusangKampung ini pernah dinobatkan sebagai kampung terbersih dan tercantik. Kampung ini terkenal dalam sektor pertanian dan pembiakan ikan. Aktiviti yang terdapat di sini ialah berakit di Sungai Nenggiri, merentas kawasan penempatan orang asli, berkhemah dan mandi-manda di air terjun, melawat Taman Etnobotani, Gunung Rabong dan Air Terjun Pelangi. Kampung ini terletak lebih kurang 20 minit dari Gua Musang dengan menaiki kereta.
Kampung Bukit Jering, JeliIanya mendapat namanya sempena sejenis tumbuhan ‘Jering’ yang boleh dimakan sebagai ulaman. Lokasinya terletak lebih kurang 130 km dari Kota Bharu. Ianya terletak berdekatan dengan tarikan alam semulajadi seperti Taman Negeri Stong, Air Terjun Jelawang dan Sungai Pergau. Pengunjung boleh menikmati aktiviti “jungle tracking”, aktiviti air, memancing, menangkap ikan, menyertai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional.
Kampung Batu Papan, Gua MusangIanya mendapat nama daripada sebuah batu besar seumpama papan dan batu yang boleh dilihat dengan jelasnya apabila paras air Sungai Galas surut. Ianya menjadi tarikan kepada pengunjung. Selain itu, para pengunjung yang bertandang ke sini akan diadakan majlis menyambut kedatangan, melawat kampung, persembahan kebudayaan dan aktiviti sungai.
Kampung Seterpa, Kota BharuTerletak 16 km dari Kota Bharu dan 1.5 km dari Kampung Peringat. Kampung Seterpa mandapat nama daripada perkataan ‘serepak’ (terjumpa) dalam bahasa Kelantan. Selain menikmati suasana kampung, pengunjung juga dapat melihat demostrasi membuat wau, memungut sekerap getah, mencanting batik, memarut kelapa, persembahan kebudayaan.
Kampung Kubang Telaga, BachokKampung ini 40 km dari Kota Bharu dan 12 km dari Pasir Puteh. Antara aktivitinya ialah menikmati keindahan panorama dan persembahan kebudayaan.
Kampung Kemuchup, MachangIanya mendapat nama dari sejenis tumbuhan renek iaitu kemucup. Aktiviti di sini ialah membuat wau, barangan tembikar, memungut sekerap getah, persembahan kebudayaan, berkelah di Hutan Simpan Bukit Bakar dan air terjun Jeram Linang.
Kampung Jelawang, DabongTerletak sejauh 45 km dari Jeli dan 45 km dari Gua Musang. Keunikan kampung ini ialah ianya menjadi pintu utama untuk ke Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara. Aktiviti di sini ialah persembahan kebudayaan dan cara memungut sekerap getah, mendaki Gunung Stong serta menjelajah ke Gua Ikan.
Rantau PanjangMerupakan tempat terkenal sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand yang terpisah dengan Sungai Golok. Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Kepelbagaian produk seperti pinggan-mangkuk, makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah. Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
Pengkalan KuborPengkalan Kubur dikenali sebagai pusat membeli-belah dan merupakan kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Kawasan ini terletak kira-kira 35 km dari Kota Bharu. Ianya sentiasa menarik perhatian pengunjung tempatan dan juga pengunjung luar.
Pasar Besar Siti KhadijahPasar Siti Khadijah merupakan tempat menjual pelbagai jenis makanan termasuklah barangan keperluan harian. Pasar ini beroperasi seawal 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Keunikan pasar ini ialah pemandangan dalam pasar yang boleh dilihat dari tingkat 3 iaitu para penjual dimonopoli oleh golongan wanita. Pasar ini dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad s.a.w. Pasar ini berbentuk heksagon. Kedudukan yang amat strategik di pusat Bandar Kota Bharu memudahkan para pengunjung untuk bertandang.
Bazar Buluh KubuMerupakan bazar yang terkenal sebagai pusat jualan batik dengan kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi serta penjualan songket dan barangan kraftangan dengan harga yang perpatutan. Bazar ini terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar. Konsep bazar ini ialah pasar terbuka di mana pengunjung dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan.
Bukit BungaBukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. Deretan kedai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan pasti menggamit naluri pelancong untuk membeli-belah. Ianya beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.
Bazar Tok GuruBazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang baru siap dibina dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan pada Julai 2011. Bazar ini antara lokasi pusat membeli belah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.
KB BazarKB Bazar merupakan lokasi perniagaan yang baru di Kota Bharu. KB Bazar terletak dilokasi perniagaan yang strategik. Ianya terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan KB Mall. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah batik, barangan perak, perabot rumah, pakaian dan barangan antik yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Kelantan.
Wakaf Che YehIa adalah merupakan pasar malam terbesar di Pantai Timur. Uniknya lokasi ini kerana ia beroperasi dari siang hinggalah ke malam malah hingga ke lewat pagi. Barang-barang yang dijual di sini terdiri daripada barangan tempatan dan diimport dari Thailand seperti pakaian, barangan perhiasan dan keperluan harian serta makanan.
Muzium NegeriMuzium ini terletak berdekatan dengan menara jam atau pusingan Tuan Padang di Kota Bharu. Muzium ini memaparkan kepelbagaian gambar dan artifak yang mencoretkan sejarah negeri Kelantan.
Muzium PerangMenyimpan pelbagai simbol memori penjajahan Jepun dan menyimpan dokumen yang merekodkan sejarah perang dunia ke-2.
Istana JaharMerupakan sebuah muzium tradisional dan kebudayaan diraja Kelantan yang dibina pada tahun 1887. Ia memaparkan koleksi pakaian dan amalan tradisi diraja Kelantan pada suatu ketika dulu untuk tatapan umum.
Istana BatuMerupakan muzium diraja yang memaparkan barang-barang, gambar-gambar, dan salah silah diraja Kelantan.
Kota Sultan Ismail PetraMerupakan simbol Negeri Kelantan yang terkenal sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa monumen dan bangunan bersejarah yang berdekatan dengan Kota Sultan Ismail Petra seperti Pintu Gerbang Besar dan Balai Besar yang mempunyai kisahnya tersendiri.
Kampung KraftanganKampung Kraftangan ini dibina dari elemen kayu. Ia digunakan sebagai pusat perniagaan untuk menjual songket, batik, barangan perak dan seni kraftangan yang mempunyai nilai estatika yang tinggi yang mana akan menarik perhatian setiap pelancong.
Gelanggang SeniDikenali sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri Kelantan. Persembahan tersebut diwarnai oleh pelbagai persembahan tradisional seperti wayang kulit, seni silat tari, permainan gasing, demo buat wau dan persembahan muzik.
Tokong Wat Machimmaram (Buddha Duduk)Ketinggian Buddha duduk bersamaan 10 tingkat bangunan. Ia mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dan menelan kos sebanyak RM 4 juta. Ia dikelilingi oleh beberapa patung Buddha yang berpengaruh dan dihiasi dengan ukiran naga. Buddha duduk merupakan Buddha terbesar di Asia Tenggara.
Tokong Wat Photiviham (Buddha Tidur)Buddha tidur terletak di daerah Tumpat dan memiliki ukuran sepanjang 40 meter dari bahagian kepala hingga bahagian kaki, 9 meter lebar dan 11 meter tinggi. Ia dibina pada tahun 1973 dan merupakan simbol kebanggaan pengikut Buddha di Malaysia dan di Asia Tenggara.
Pantai Cahaya Bulan, Kota BharuPantai ini terkenal dengan nama ‘PCB’ yang terletak 10 km dari Kota Bharu. Pengunjung dapat menikmati minuman buah kelapa muda yang segar dan dapat menjamu selera dengan makanan ringan sambil menyedut udara laut yang nyaman. Selain itu, permandangan desa yang tenang dan dikelilingi pepohon yang meredup adalah menjadi punca tarikan di ‘PCB’. Antara yang menarik untuk dilawati ialah perusahaan industri desa seperti batik, makanan dan barangan kraf yang terdapat di sepanjang jalan menuju ke pantai ini.
Pantai Tok Bali, Pasir PutehPantai ini adalah antara pantai yang paling mempersonakan di Kelantan kerana ia amat sesuai sekali untuk para pengunjung yang inginkan suasana yang sunyi dan tenang. Pulau Salji dan Pulau Susu Dara dapat dilihat dari persisiran pantai ini dengan diiringi lambaian pepohon nyiur yang redup, pasir yang keemasan dan lautannya yang membiru. Terdapat beberapa jenis penginapan yang terdapat di sini seperti chalet dan resort yang moden mengikut arus peredaran masa. Pantai Tok Bali terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu.
Pantai Melawi, BachokPengunjung akan terpegun dengan suasana yang permai sepanjang jalan melalui perkampungan desa yang membawa pengunjung ke Pantai Melawi yang cantik. Barisan pepohon rhu yang tersenggam indah yang terdapat di tepi pantai ini meredupkan lagi dan menjadikan Pantai Melawi amat sesuai untuk bersiar-siar. Terdapat gazebo, resort dan juga sebuah taman permainan di pantai ini yang mana Pantai Melawi merupakan pantai yang amat sesuai untuk percutian keluarga. Pantai Melawi terletak kira-kira 30 km dari Kota Bharu.
Pantai Irama, BachokPelbagai pilihan juadah dan makanan ringan tempatan ada dijual di sini seperti pisang goreng, cucur, bebola daging, naget dan minuman sejuk yang menjadikan Pantai Irama destinasi yang diminati. Tambahan pula dengan adanya banyak tempat duduk dan gazebo yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang datang. Penduduk tempatan juga turut gemar datang ke sini untuk bersantai sambil menjamu selera. Pantai Irama terletak kira-kira 25 km dari Kota Bharu.
Pantai Seri Tujuh, TumpatPantai yang bersih ini menjadi tapak Pesta Pertandingan Wau Antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun. Chalet air yang terdapat di sini menjadi punca tarikan dan gerai-gerai makanan yang ada di sini turut menambah populariti Pantai Seri Tujuh. Pantai ini juga merupakan tempat persinggahan bagi pelancong-pelancong yang sedang dalam perjalanan ke zon bebas cukai, Pengkalan Kubur. Pantai ini terletak kira-kira 22 km dari Kota Bharu.
Pantai Bisikan Bayu, Pasir PutehPantai ini mendapat namanya dari bunyi angin laut yang lembut seakan berbisik apabila bergesek dengan dedaun pohon rhu. Ia juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu. Berkelah di bawah pohon-pohon yang redup menjadi kegemaran pengunjung. Ombak besar pada masa-masa tertentu menjadikan pantai ini lokasi yang sesuai untuk sukan meluncur angin. Pantai Bisikan Bayu terletak berdekatan Semerak, kira-kira 50 km dari Kota Bharu.
Perkampungan Nelayan Pantai Sabak, Kota BharuBot-bot nelayan yang dihias cantik dengan warna-warna yang terang adalah salah satu ciri keunikan negeri Kelantan. Tempat untuk melihat bot-bot nelayan ini adalah di perkampungan nelayan Pantai Sabak. Kemeriahan dapat dirasai di jeti ini terutama sekali menjelang pukul 3.00 petang, apabila nelayan kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Kawasan tepi pantai bertukar menjadi pasar niaga dengan aktiviti jual-beli dan tawar menawar.
Lojing merupakan kawasan tanah tinggi di negeri Kelantan. Ketinggian puncak Lojing adalah 2,000 meter dari aras laut, berbanding dengan ketinggian Cameron Highland setinggi 1,500 meter dengan suhu antara 18 OC hingga 25 OC. Lojing bersempadan dengan Pahang, berhampiran Cameron Highland. Tanah tinggi Lojing boleh dihubungi melalui lebuh raya Simpang Pulai (Berhampiran Ipoh) - Kampung Raja (Berhampiran Cameron Highland) - Gua Musang (Di Kelantan). Kawasan Lojing terletak betul-betul di Sempadan Pahang dan terletak kira-kira 120 km dari Gua Musang. Kawasan penempatan Lojing yang asal adalah satu kawasan lembah yang di kelilingi oleh gunung-ganang. Lojing dipercayai berasal daripada perkataan Lodging. Perkataan Inggeris yang bermakna lodge, accommodation, rooms, place to stay or quarters. Mungkin berkaitan dengan penempatan orang asli. Asalnya, Lojing hanyalah satu penempatan orang asli iaitu di Pos Hendrop, Pos Mandrop, Pos Tuel, Pos Sendrop dan Pos Brooke. Kemudian, telah dijadikan satu kawasan penyelidikan tanaman tanah tinggi yang dibina di sini. Lojing terkenal dengan kawasan pertanian dan berpotensi untuk dijadikan pusat agro-tourism untuk pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan tanah tinggi yang cantik dengan persekitaran semulajadi yang masih terpelihara serta lokasi yang strategik. Selain itu, sejenis bunga “reflesia” yang kedua terbesar di dunia telah dijumpai di sini. Lojing merupakan satu kawasan kedamaian untuk dilawati oleh sesiapa yang inginkan kawasan yang dingin yang jauh dari kesibukan kota.
Masjid LanggarKemegahan istana - mempunyai elemen ukiran kayu, masjid ini telah dibina pada abad ke-19 dan masih digunakan lagi di negeri ini. Ia dikatakan telah dibina pada tahun 1874 dan pada tahun 1987 sebuah bangunan baru telah dibina di atas tapak yang sama. Menara Pulau Chondong di Machang merupakan salah satu masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1856.
Masjid Negeri Al- MuhammadiSalah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al-Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini. Bangunan ini telah dibina bermula pada tahun 1925 semasa pemerintahan Sultan Ismail. Pada abad ke-18. Masjid ini merupakan pusat penyebaran dakwah islamiah oleh tokoh ulamak tersohor seperti Tuan Taba dan Tok Kenali yang telah mengajar di sini. Setelah menamatkan pembelajaran di masjid ini, pelajar akan menyambung pelajaran di Mekah. Pada hari ini, masjid ini telah dijadikan masjid rasmi untuk aktiviti keagamaan seperti majlis berbuka puasa bersama Sultan Kelantan.
Masjid Kampung LautMasjid Kg. Laut merupakan masjid tertua yang dibina semenjak 300 tahun yang lalu. Ia dibina oleh sekumpulan pendakwah dan keluarga diraja Jawa. Masjid ini telah dipindahkan dari tempat asal disebabkan oleh banjir besar yang melanda pada tahun 1966. Sekarang ia terletak di Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri dan masih lagi mengekalkan reka bentuk yang asal.
Masjid BeijingMasjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra dan merupakan masjid pertama berkonsepkan cina di negeri ini. Ia mempunyai reka bentuk yang unik yang menggabungkan arkitek cina dan islam yang menyamai Masjid Neujie di Beijing yang berusia lebih 1000 tahun. Ciri-ciri masjid ini menyentuh konsep kaum India dan Uzbekistan yang mana turut dimasukkan ke dalam reka bentuk dalaman masjid ini. Selain itu, masjid ini mempunyai dua tingkat yang utama, bahagian pertama terletak di bahagian bawah masjid dengan adanya kemudahan seperti dewan, perpustakaan, taman permainan kanak-kanak dan bazaar. Sementara tingkat kedua merupakan dewan solat utama dan bilik VIP.
Nasi KerabuNasi kerabu merupakan satu jenis makanan yang mempunyai pelbagai variasi warna. Ia selalunya dihidangkan bersama ulam-ulaman yang segar dan ikan.
Nasi DagangNasi dagang dibuat daripada beras pulut merah dan ia disajikan bersama lauk ikan tongkol berserta acar timun.
Nasi BerlaukNasi berlauk merupakan nasi putih yang disajikan bersama lauk pauk tradisional seperti gulai ikan dan ayam.
Nasi TumpangMerupakan nasi yang dicampur bersama makanan lain (ikan dan daging) dan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon.
LaksamLaksam dibuat daripada tepung beras yang dihidangkan bersama kuah lemak santan kelapa dan ulam-ulaman yang segar.
Sambal Daging (Serunding Daging)Merupakan satu makanan kering dimana dagingnya dimasak bersama rempah ratus.
BuduBudu merupakan satu sos yang dibuat daripada ikan dan boleh disajikan bersama ikan dan sayuran.
Ayam PercikAyam bakar yang disediakan bersama sos santan kelapa yang istimewa (berwarna putih).
Jala MasJuga dikenali sebagai makanan diraja. Bahan-bahan utama adalah telur dan gula.
Lompat TikamMerupakan satu makanan yang terkenal yang selalunya disajikan dalam majlis-majlis tertentu.
Ketupat SotongIa dibuat daripada beras pulut, sotong dan gula merah sebagai sos.
LempokDibuat daripada durian dan gula tetapi proses membuatnya memakan masa yang agak lama sehingga ia melekit.
Taik ItekBahan-bahan utamanya ialah telur, santan, dan gula.
Buah TanjungRasanya manis seperti jala mas dan merupakan makanan warisan kerabat diraja Kelantan.
Puteri MandiDiperbuat daripada beras pulut dan dihidangkan bersama kelapa manis (sambal).
AkokJuga dikenali sebagai akok Kelantan kerana mempunyai bau yang harum dan dibuat daripada telur dan gula merah.
Jeram LenangJeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Air terjun Jeram Lenang setinggi 12 meter sering menjadi tumpuan untuk lokasi perkelahan. Jeram Lenang terletak kira-kira 65 km daripada Kota Bharu, 15 km dari Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong) dan 10 km dari Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang). Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.
Jeram PasuTerletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh dikunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan orang ramai ke air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman pastinya akan menggembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
Lata RekLata Rek merupakan salah satu air terjun yang menjadi tarikan di Kelantan. Ia merupakan air terjun dengan ketinggiannya tidak lebih dari 20 meter dan 100 meter panjang. Terletak 27 km dari Kuala Krai melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai - Gua Musang. Ia juga merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana kedalaman air yang cetek dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.
Lata BeringinLata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter. Terletak di Sungai Pas dan boleh dikunjungi melalui laluan lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang. Keindahan pemandangan dan kawasan sekeliling yang menarik di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah. Lokasi sebenarnya terletak di Gua Ikan dan nama Gua Ikan diperolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan.
Air Terjun Kuala KohTerletak kira-kira 290 km dari Kuala Lumpur, 185 km dari Kota Bharu dan 90 km dari Gua Musang. Hutan tropika di sini kaya dengan flora dan fauna, sesuai untuk aktiviti berkayak, mengayuh rakit, fotografi, memancing dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Perhilitan dan Taman Negara di Kuala Koh. Selain itu, sebuah jambatan gantung telah siap dibina berhampiran Kuala Koh memberikan peluang kepada para pengunjungnya untuk menyaksikan keajaiban hutan hujan tropika yang menyimpan sejuta rahsia.
Air Terjun Jelawang Gunung StongTerletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan yang kaya dengan khazanah alam dan hidupan liar. Ketinggiannya ialah 1433 meter, menempatkan Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 305 meter yang tertinggi di Asia Tenggara.
Tasik PergauAdalah destinasi terbaik yang berkonsepkan ‘back to nature’ dengan keluasan 54 km persegi. Tasik Pergau yang terkenal dengan projek hidroelektrik ini amat sesuai untuk aktiviti merentas hutan, berkayak dan berkhemah. Ianya terletak berhampiran Lebuhraya Grik-Jeli, kira-kira 18 km dari Bandar Jeli. Tarikan unik yang terdapat di sini ialah chalet-chalet terapung.
Mata Air Panas, Labok KolamAir panas ini terletak di Kampung Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Machang. Terletak berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.
Air Terjun Kraf Pusat Membeli Belah Permainan Tradisional Kelantan Tempat-tempat Menarik
Homestay Pantai Tanah Tinggi Lojing Makanan Tradisional Masjid