Post on 25-Jul-2015
Pra Tulisan
Oleh : ASUWANI THAYER
Takrif Pra Tulisan
• Pra : Sebelum
Tulisan: Lambang-lambang bunyi bahasa yang telah
dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang
tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-
bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi.
• Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui
oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah
melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat.
Kenapa perlunya Pra Tulisan?
Supaya kanak-kanak kenal semua huruf.
Supaya kanak-kanak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar.
Supaya kanak-kanak menulis dari arah yang betul.
Supaya kanak-kanak menulis huruf
dalam posisi dan arah yang betul
Supaya kanak-kanak dapat mengikut
urutan huruf yang betul.
Kelebihan Pra Tulisan
• Menyediakan kanak-kanak sebelum
beralih kepada kemahiran tulisan.
• Kanak-kanak yang melalui pra tulisan
akan lebih cepat mengenal huruf dan lebih
cekap menulis huruf.
•Kanak-kanak yang melalui peringkat pra
tulisan akan lebih minat untuk belajar kerana
mereka dapat memahami peringkat tulisan
dengan lebih baik.
•Guru yang mengajar kemahiran tulisan
tidak menghadapi banyak masalah dalam
mengajar kanak-kanak yang sudah melalui
peringkat pra tulisan.
Pra Tulisan menitikberatkan:
Menguasai gerak tangan yang bebas
supaya boleh menulis dengan selesa
Latihan pergerakan tangan
Melakukan koordinasi pergerakan
tangan dan mata
Melakukan latihan pergerakan mata
Aktiviti Pra TulisanLatihan pergerakan tangan:
•Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh.
•Menggoyangkan tangan
•Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di
meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa
mengunakan alat tulis
Latihan pergerakan jari:
•Memainkan jari
•Mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang
dilakarkan di atas kertas
•Menguntai manik
Pergerakan tangan dan jari
• Mewarna secara bebas dan secara terkawal• Menyurih • Melukis • Mengoyak • Menampal • Melipat• Menggentel• Menguntai• Menggunting• Menjahit• Manganyam
Nyanyian dan pergerakan tangan
• Murid – murid bernyanyi sambil menggerakkan
tangan dengan bimbingan guru.
• Aktiviti melukis di udara, pasir, air dan cermin
• aktiviti mencari jalan keluar,• memandankan huruf, • menyambung titik
Latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata:
•Mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari
kiri ke kanan
•Mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke
kanan atau dari kanan ke kiri
•Membentuk corak-corak gabungan antara
bulatan dan garis lurus secara bebas
Latihan Pergerakan Mata
• menutup kedua-dua mata murid dengan tangan,
membuka mata dan menyebut benda-benda yang
ditunjuk atau dipegang oleh guru.
• Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda
pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya
guru boleh menyuruh murid menyebut warna
benda atau menyebut bentuk asas objek.
CONTOH AKTIVITI PRA TULISAN
Mari Menabung
• Alat yang diperlukan:
– Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan
lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini
agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan.
– Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)
• Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata
tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta
pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling
/butang baju dengan pelbagai posisi lubang.
Membantu menjemur
• Alat yang diperlukan:
– Penyepit kain
– Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin
– Tali diikat diantara dua kerusi)
• Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari),
melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua
tangan serta koordinasi mata-tangan.
~SEKIAN~