Post on 05-Dec-2014
description
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ
PAGE 1 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ
Isi Kandungan Muka Surat
Lesen & Peraturan 4
Penghargaan 5
Pengenalan 6
Tutorial Buat Facebook Page - Semudah ABC! 8
Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Facebook 12
Pages Untuk Bisnes
Meningkatkan Jualan Di Facebook – Strategi 16
Menetapkan KPI
Bagaimana Menetapkan KPI Pemasaran 17
Facebook?
Kaedah Halus Pemasaran Facebook – Hebahan 18
Sosial
3 Tip Bagi Mengelakkan Kerugian Promosi Di 21
Tingkatkan Kepercayaan Bisnes Di Facebook 25
Menggunakan Social Proof
Focus Timing – Kaedah Promosi Efektif Di 29
5 Cara Menambah Perisa Jualan Facebook Pages 38
Teknik Menghasilkan Iklan Yang Memukau 47
Teknik Menghasilkan Jualan Berkali-kali - Gaya Air 52
Asia
Teknik SMS Berapi - Ledakkan Jualan Berkali-kali 54
Teknik Sense Of Urgency 56
Teknik Seni Penceritaan 57
Teknik Pemasaran Keizinan 58
5 Cara Untuk Menjayakan Teknik Pemasaran 60
Keizinan
10 Teknik SEO Facebook Pages 63
Teknik Pemasaran Bawah Sedar 77
Teknik Pemasaran Gerila 79
PAGE 2 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ
Isi Kandungan Muka Surat
7 Langkah untuk Menjadi Pemasar Gerila yang 82
hebat
Teknik Menghasilkan Headline Killer 90
30 Jenis Headline Killer 91
Wujudkan Hubungan Pemasaran Dengan 3 Jenis 100
Audiens
Ciri- Ciri Usahawan Berjaya 101
13 Kunci Pemasaran Berjaya 102
Tips Murah Rezeki 104
Penutup 108
* Dalam Edisi Preview Ebook Seni Pemasaran FB ini cuma beberapa bab pengenalan dimasukkan. Dapatkan keseluruhan Bab dalam Edisi Penuh Ebook Seni Pemasaran FB hanya di sini
PAGE 3 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Lesen & Peraturan [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan dilakukan [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya
Ebook ini Adalah Hak Cipta Terpelihara SeniPemasaranFB
Anda Dilarang Sama Sekali Samada Mengubah, Mengedar, Atau Menjual Ebook Ini Kepada Pihak Lain.
Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang.
Oleh Itu, Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin Jika Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui laman web SeniPemasaranFB
Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Sebegini. Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Mendapatkannya Secara Sah Dari SeniPemasaranFB sahaja.
Jika Anda Memilikinya Secara Tidak Sah, Saya Tidak Menghalalkannya Di Dunia Mahupun Akhirat.
Penafian: Nukilan ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan menyampaikan beberapa
idea dan teknik dalam memperoleh pendapatan sampingan. Tidak ada jaminan yang
diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam nukilan ini adalah tepat dan
lengkap. Penulis tidak bertanggungjawab di atas apa-apa risiko kehilangan, kerugian atau
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan nukilan ini, secara langsung atau tidak. Teknik yang ditunjukkan adalah
berdasarkan pengalaman Usahawan yang ditemubual serta penulis sendiri dan tidak ada
jaminan ianya berhasil untuk semua pihak.
PAGE 4 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Penghargaan
Syukur ke Hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Ebook Seni Pemasaran FB ini
telah berjaya dihasilkan khas buat semua. Saya juga mahu mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Mastam Bin Nodo
dan Hamidah Binti Abuseman atas sokongan padu mereka.
Ebook Seni Pemasaran FB ini mengandungi pelbagai Tips, Teknik & Rashia Pemasaran
yang anda boleh praktikan terus untuk perniagaan anda secara online ataupun offline.
Kini rahsia bukan rahsia lagi kerana seni pemasaran fb akan didedahkan kepada anda
dalam Ebook ini!
Kita dapat belajar dan memahami langkah demi langkah, bagaimana untuk
memanipulasi pemasaran di Facebook dengan berkesan. Semoga kita semua mendapat
pelbagai ilmu baru yang berguna selepas membaca Ebook Seni Pemasaran FB ini.
Setiap ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada Ebook Seni Pemasaran FB ini perlu
dipraktikan. Tanpa tindakan, ilmu pengetahuan itu hanya sia-sia. Anda pasti teruja dan
terkejut bertapa mudahnya mahu memberikan hasil yang maksima kepada perniagaan
anda dengan hanya merubah beberapa teknik pemasaran sedia ada menjadi teknik
pemasaran yang berkesan. Semua ini adalah seni pemasaran yang mudah untuk
dilakukan apabila anda membaca Ebook Seni Pemasaran FB.
Selamat membaca! :)
Amirul Hafiz Bin Mastam Penulis Ebook Seni Pemasaran
FB SeniPemasaranFb
PAGE 5 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Ebook Seni Pemasaran FB
Pengenalan Pemasaran melalui medium Facebook adalah salah satu cara yang paling berkesan di
kalangan perniagaan media sosial masa kini. Dengan berjuta-juta pengguna di laman
rangkaian sosial ini, untuk mendedahkah perniagaan anda kepada berjuta-juta prospek
adalah benar-benar mudah sekali. Walaupun begitu, bagaimana sebenarnya anda boleh
mendapatkan pelanggan melalui Facebook? Apakah perkara yang perlu anda lakukan?
Perkara pertama yang anda perlu buat jika anda mahu melibatkan diri dalam pemasaran
di Facebook ialah dengan menubuhkan akaun perniagaan anda di Facebook. Walaupun
anda mungkin sudah mempunyai akaun Facebook peribadi, ia amat disyorkan untuk
anda membuat satu halaman yang berasingan khusus untuk perniagaan anda. Iaitu anda
boleh membuat satu Facebook Page khas untuk perniagaan anda.
Sebagai laman rangkaian sosial, Facebook mempunyai banyak alat dan aplikasi yang
boleh membantu para usahawan untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk
memasarkan produk/perkhidmatan mereka di internet. Salah satu di antaranya adalah
"Facebook Page" yang kita telah disebutkan tadi.
Facebook Page adalah fungsi yang boleh digunakan secara bebas oleh individu
untuk memasarkan produk atau perkhidmatan di Facebook. Anda boleh gunakan ia
untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Facebook Pages pada dasarnya adalah sama dengan akaun profil peribadi pengguna
tetapi terdapat beberapa perbezaan yang ketara iaitu akaun profil peribadi cuma boleh
ADD rakan sehingga 5000 orang sahaja.
PAGE 6 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Namun Facebook Pages ramai yang boleh LIKE tanpa had. Di samping itu, anda boleh
mengemas kini di Newsfeed untuk memberikan maklumat terkini kepada pengguna
yang LIKE halaman Facebook Page anda. Maklumat yang dikemaskini akan muncul
pada halaman utama Newsfeed mereka.
Maklumat terkini tentang perniagaan boleh anda kemaskini terus dari Facebook Page
anda. Selain itu, bagi anda untuk membuat analisis mengenai strategi pemasaran
anda berkesan atau tidak. Facebook Page juga membolehkan anda mengakses
pandangan bebas dan respon peminat yang LIKE Facebook Page anda.
Jadi, adakah anda mahu memanfaatkan lombong emas yang terdiri lebih daripada 500
juta pengguna Facebook dan mendapatkan mereka sebagai pelanggan baru dan
peminat produk / perkhidmatan anda?
Ia adalah sangat mudah. Jawapannya adalah dengan menggunakan strategi
pemasaran facebook yang berkesan. Bukan sahaja ia berkesan, ia juga adalah mudah!
Sebagai seorang usahawan yang ingin membuat keuntungan, ini adalah perkara yang
terbaik mungkin anda boleh lakukan untuk memasarkan produk/perkhidmatan anda.
Facebook menawarkan keistimewaan ini.
Jom kita terus bertindak pada hari ini. Bawa segala pengalaman rangkaian sosial anda ke
tahap yang seterusnya dan mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk perniagaan anda
ke satu tahap yang luar biasa. Ayuh kita mulakan!
PAGE 7 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Tutorial Buat Facebook Page - Semudah ABC!
Berikut ialah cara mudah bagaimana anda boleh buat Facebook Page. 1. Klik link berikut https://www.facebook.com/pages/create.php dan akan keluar
seperti berikut. Pilih salah satu yang sesuai dengan niche perniagaan anda.
PAGE 8 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 2. Sebagai contoh penulis memilih “Cause or Community” kerana Fanpage saya
adalah umum.
3. Masukkan gambar di Facebook Page anda dan klik “Save Photo”. Anda boleh tekan butang “Skip” sekiranya mahu pilih gambar dimasa hadapan.
PAGE 9 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 4. Masukkan info berkaitan dengan perniagaan anda di dalam kotak “About”. Info yang
lengkap serta padat dapat meningkatkan ranking anda pada carian di Facebook
dan Google. Anda boleh tekan butang “Skip” sekiranya mahu isi dimasa hadapan.
Disini penulis galakkan anda masukkan nama perniagaan, no perniagaan,
alamat, laman web, no telefon dan masa urus niaga bagi memudahkan para
pelanggan anda. Selepas selesai klik butang “Save Info”.
PAGE 10 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 5. Siap Facebook Page! Ayuh mulakan eksplorasi fungsi-fungsi di Facebook Page
anda sekarang :)
PAGE 11 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Facebook Pages Untuk Bisnes
Saya telah gagal lebih dan lebih dan lebih lagi dalam hidup saya dan itulah sebabnya
saya berjaya. -Michael Jordan
Penggunaan Facebook Pages sebagai medium pemasaran baru khususnya untuk bisnes
kecil sudah menjadi satu revolusi. Kuasa internet kini sudah terbukti mampu
mengurangkan kos promosi dan pemasaran, serta meningkatkan keuntungan dengan
drastik sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul.
Kita boleh lihat sendiri bagaimana Coca-cola, Pepsi, Mc Donalds, Starbucks dan pelbagai
syarikat besar juga turut menggunakan Facebook Pages untuk mencapai sasaran
pelanggan mereka. Ini bermakna ketua eksekutif pemasaran syarikat ini sedar akan
kuasa dan potensi penggunaan laman Facebook bagi tujuan bisnes.
Bahkan syarikat besar dalam usaha mereka untuk dekat di hati para pelanggan
mereka, mereka telah membina satu pasukan khas bagi “mengempur” pasaran.
Strategi-strategi syarikat besar ini juga sebenarnya boleh digunakan bagi pemilik bisnes
kecil dalam mempromosikan bisnes mereka.
Bagi bisnes kecil pula, hanya segelintir syarikat sahaja yang berjaya memaksimakan
penggunaan Facebook Pages. Ini kerana mereka kekurangan ilmu dan pendedahan
strategi untuk melakukan pemasaran di laman sosial yang kini mempunyai 500 juta
pengguna di seluruh dunia ini.
PAGE 12 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Laman Sosial Adalah Untuk Bisnes Berkomunikasi
Dalam usaha untuk berjaya anda mesti gagal, supaya anda tahu dan tidak akan
melakukan kesilapan di masa depan. -Anthony J. D'Angelo
Pengurus komuniti syarikat PETCO, Daniel Sundin berkata, apabila pengguna Facebook
tekan pada butang „Like‟ di Facebook Pages kita, ini bermakna mereka sudah
meletakkan kepercayaan terhadap bisnes kita. Jadi adalah perlu bagi kita sebagai pemilik
bisnes memberikan perhatian kepada bilangan orang yang “Like” ini.
Justeru itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mendorong mereka menjadi pelanggan,
menerusi hubungan komunikasi dua hala yang efektif, yakni dengan berkongsi
sesuatu yang berkaitan dengan industri kita.
Sebelum itu, penggunaan Facebook Pages lebih kepada merapatkan jurang komunikasi
antara pemilik bisnes dan prospek. Kesilapan orang ramai adalah menganggap ia
sebagai medium untuk menjual semata-mata.
PAGE 13 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Sentiasa Berkomunikasi Dengan Prospek
Apabila menggunakan Facebook Pages, tulis lebih banyak status yang mendorong
pengguna lain untuk memberi respon pada kita. Sebagai contoh, kita boleh
tanyakan soalan yang berkaitan dengan industri.
Sekiranya kita adalah pemilik bisnes tudung, kita boleh ajukan soalan-soalan
seperti berikut, bagi mendapatkan respon daripada pengguna Facebook:
Apakah jenis tudung yang saudara dan saudari gemar pakai ketika berada di kawasan pantai?
Apakah pendapat kalian mengenai fesyen tudung pashmina? Adakah ia merupakan trend baru dalam industri fesyen muslimah?
Kami sedang berusaha untuk menghasilkan tudung yang terbaik untuk saudara dan saudari. Jika tidak keberatan, mohon nyatakan pendapat kalian mengenai corak, warna dan tema yang diminati menerusi ruangan di bawah.
Teori Michael A. Stelzner menyatakan, lebih banyak kita berkomunikasi, lebih tinggi peluang untuk prospek mempercayai jenama bisnes kita.
PAGE 14 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Kongsi Video Berkaitan Dengan Industri
Selain daripada mengajukan soalan, kita juga boleh muat naik atau berkongsi video-video
yang berkaitan dengan industri bisnes. Pengguna Facebook biasanya gemar untuk
melihat persembahan berbentuk multimedia.
Contohnya, bagi pemilik bisnes tudung, kita boleh berkongsi cara-cara memakai tudung
dengan mengupah pelajar-pelajar Universiti yang mahu menambah pendapatan untuk
jadi model video tudung kita. Untuk mengurangkan kos, boleh juga minta bantuan ahli
keluarga sendiri.
Perkongsian ini juga bagus kerana ia menjadikan jenama kita viral dengan meletakkan
“Watermark” di dalam video tersebut. Watermark yang boleh dimasukkan ialah seperti
link Facebook Pages kita atau link laman web kita sendiri.
Kita mempunyai dua pilihan untuk berkongsi video ini. Pertama, gunakan diri kita
sebagai individu dalam video. Kedua, pilih video-video yang terdapat di Youtube,
kemudian kongsikan.
Apabila kita memegang prinsip untuk memberi sebelum menjual, prospek akan lebih
mudah untuk mempercayai bisnes kita. Menerusi Facebook Pages, ia dapat
membantu kita membina kepercayaan, tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.
PAGE 15 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Tips Murah Rezeki Beribadat Sebagai seorang usahawan yang hebat, setiap hari sentiasa sempatkan diri kita untuk
beribadat walaupun sesibuk manapun kita. Ambil masa cuma lebih kurang 5 hingga
10 minit sahaja untuk menunaikan solat.
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu
kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – Riwayat Ahmad,
Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a. Bersyukur Setiap hari sentiasa bersyukur, kajian di barat mendapati apabila kita bersyukur
setiap hari, bukan sahaja kita bertambah ceria, malah kita bertambah lebih produktif
ketika menjalankan tugas harian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang
mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang
diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” - Riwayat At-Tabrani
PAGE 16 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Berdoa kepada kedua ibu bapa setiap hari Adalah penting bagi kita untuk mendoakan untuk kedua-dua ibu bapa kita setiap hari
tidak kira sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Amalan ini dapat membuka pintu
rezeki kita dengan luas.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” -Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami
Mengeratkan tali silaturahim Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia
menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]
Banyak Beristighfar Memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak
terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap
hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara
daripada dosa besar dan kecil.
Selain daripada murah rezeki, orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan
merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang
dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan
putus asa atau lemah.
PAGE 17 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a]
Banyak Melakukan Kebajikan Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan
jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh
menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan
makhluk lain mengutuknya."
Menunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, Sabda Nabi S.A.W.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – Riwayat Muslim
PAGE 18 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Menunaikan zakat & sedekah Sebagai seorang usahawan selalulah menunaikan zakat dan sedekah kerana banyak
kelebihannya. Antara kelebihannya ialah memanjangkan umur, dimurahkan rezeki
dan mengelak dari bala. Selain itu ia juga menghapuskan sifat sombong, takbur dan
menunjuk-nunjuk.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah
seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan
teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur
dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” - HR Bukhari
Sedekah yang paling mudah untuk dilakukan ialah senyum. Setiap kali berjumpa
dengan para pelanggan dan orang ramai senyumlah dari hati yang tulus ikhlas.
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang
makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau
(semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang
manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke
dalam bekas air yang dibawanya.”
Sedekah tidak mengurangkan harta. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan
kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan
Allah mengangkatnya.” - HR Muslim, ad-Darimi dan Ahmad
PAGE 19 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Penutup Terima kasih kerana membaca hingga ke halaman ini. Menurut kajian, jarang benar
seseorang yang membeli ebook untuk membacanya sehingga selesai.
Kebiasaannya mereka membaca sekitar 10 % sahaja daripada isi kandungan.
Terima kasih kerana download Preview Ebook Seni Pemasaran FB ini dan
membacanya hingga ke halaman ini. Dapatkan Edisi Penuh Ebook Seni Pemasaran FB
di sini
Salam kejayaan!
Amirul Hafiz Bin Mastam
Penulis Ebook Seni Pemasaran FB Seni Pemasaran Fb
PAGE 20 OF 21
EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ
PAGE 21 OF 21