Post on 02-Aug-2015
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 1-8)
2011
Unit Tatatertib & Keutuhan Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
1
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 1)
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
1. PENDAHULUAN
Kawalan tatatertib merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi
mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi
serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah
Jabatan.
2. PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota
perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Secara keseluruhannya
peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut:
Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta
larangan/kesalahan khusus;
Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib;
Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
Hukuman tatatertib; dan
Peruntukan pelbagai yang berkaitan.
3. TATAKELAKUAN (CODE OF CONDUCTS)
Tatatekelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam
adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, peraturan-peraturan
tersebut iaitu:
2
4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada yang di Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah bahawa-
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri; (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan
nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang
boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh-
(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual,
atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau
3
(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.
(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang
bersifat seksual kepada orang lain-
(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;
(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja
atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
4. KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN
Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan ini
dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan
dikenakan tindakan tatatertib. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar
peruntukan peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa
perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau disifatkan sebagai
bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan.
5. SURAT AKU JANJI
Kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki
atau gagal mematuhi terma-terma janji juga merupakan pelanggaran
tatatertib.
6. TUGAS KAWALAN TATATERTIB
Tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan
yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab
ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak
bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
4
7. GLOSARI PENGURUSAN TATATERTIB
Bil.
Singkatan
Nama Penuh
1.
PBT
Pihak Berkuasa Tatatertib
2.
LTT
Lembaga Tatatertib
3.
SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
4.
JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam
5.
LRTT
Lembaga Rayuan Tatatertib
6.
P & P
Pengurusan dan Profesional
7.
Unit TT, BSM
Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia
8.
KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia
9.
IPKKM
Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
5
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 2)
PIHAK BERKUASA TATATERTIB PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 2)
PIHAK BERKUASA TAB
1. PENDAHULUAN
Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah
melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah
Pihak Berkuasa Tatatertib atau Lembaga Tatatertib yang mempunyai
bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang
berkaitan.
2. PENUBUHAN LEMBAGA-LEMBAGA TATATERTIB
Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan
sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan
adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A)396] serta Jadual
di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah
mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan
dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah
berasaskan kepada:
Kumpulan perkhidmatan pegawai yang diambil tindakan tatatertib;
(ie: Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional, Sokongan)
Tempat bertugas pegawai yang diambil tindakan tatatertib; dan
Lembaga Tatatertib adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua (2)
orang Ahli.
Lembaga Tatatertib di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan Institusi,
Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah / Bahagian / Kawasan hanya
mempunyai bidang kuasa terhadap pegawai Kumpulan Sokongan serta
adalah bertujuan bukan untuk buang kerja atau turun pangkat.
6
3. SENARAI PIHAK BERKUASA TATATERTIB YANG MELIBATKAN PEGAWAI KKM
BIL LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN
PERKHIDMATAN BIDANG KUASA URUSETIA
1.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
P & P
Dengan tujuan buang kerja / turun pangkat termasuk kes jenayah
dan notis
SPA
2.
LTT Kump. Pengurusan (No.1), JPA
P & P (Gred 48 & ke atas)
Bukan dengan tujuan buang kerja / turun
pangkat
JPA
3.
LTT Kump. Pengurusan (No.2), Ibu Pejabat, KKM
P & P, (Gred 44 & ke bawah)
Bukan dengan tujuan buang kerja / turun
pangkat
Unit TT, BSM, IPKKM
4.
LTT Kump. Pengurusan (No.2), Jabatan & Institusi
P & P (Gred 44 & ke bawah)
yang bertugas di Jabatan & Institusi
Bukan dengan tujuan buang kerja / turun
pangkat
Unit TT, BSM, IPKKM
5.
LTT Kump. Sokongan (No.1), Jabatan & Institusi
Sokongan (Gred 40 & ke bawah)
yang bertugas di Jabatan & Institusi
Dengan tujuan buang kerja / turun pangkat termasuk kes jenayah
dan notis
Unit TT, BSM, IPKKM
6.
LTT Kump. Sokongan (No.1), IPKKM
Sokongan (Gred 40 & ke bawah)
yang bertugas di IPKKM
Dengan tujuan buang kerja/turun pangkat termasuk kes jenayah
dan notis
Unit TT, BSM, IPKKM
7.
LTT Kump. Sokongan (No.2), IPKKM
Sokongan (Gred 40 & ke bawah)
yang bertugas di IPKKM
Bukan dengan tujuan buang kerja / turun
pangkat
Unit TT, BSM, IPKKM
8.
LTT Kump. Sokongan (No.2), Jabatan & Institusi
Sokongan, (Gred 40 & ke bawah)
yang bertugas di Jabatan & Institusi
Bukan dengan tujuan buang kerja / turun
pangkat
Jabatan & Institusi masing-masing
7
4. KUORUM MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB (Peraturan 2(4))
Kuorum bagi sesuatu Mesyuarat Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri
daripada:
Pengerusi
Mana-mana seorang ahli
5. PENGGANTIAN ANGGOTA LEMBAGA TATATERTIB
Penggantian Anggota Lembaga Tatatertib adalah perlu sekiranya:
Pengerusi / Ahli Lembaga Tatatertib menjadi pengadu
Pegawai yang menanggung kerja jawatan Pengerusi / Ahli Lembaga
Tatatertib
Pelaksanaan penggantian anggota Lembaga Tatatertib ini hendaklah mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 tahun 1995.
6. HUKUMAN TATATERTIB
Dalam melaksanakan tindakan tatatertib, hukuman-hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 adalah seperti berikut :
Amaran
Denda
Lucuthak emolumen
Tangguh Pergerakan Gaji
Turun Gaji
Turun Pangkat
Buang Kerja
8
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 3)
TATACARA TINDAKAN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS SECARA BERTERUSAN DAN TIDAK DAPAT DIKESAN
1. PENDAHULUAN
Tatacara tindakan bagi kes tidak hadir bertugas secara berterusan dan tidak
dapat dikesan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 26, Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.
2. PIHAK BERKUASA TATATERTIB YANG TERLIBAT
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam : Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Ibu Pejabat, KKM
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan & Institusi
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Jabatan atau Institusi
3. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Laporan Ketua Jabatan
Salinan Kenyataan Perkhidmatan (kemaskini)
Salinan Kad Perakam Waktu
Salinan Surat Arahan Kembali Bertugas secara Pos Berdaftar Akuan Terima
Salinan Kad Akuan Terima
Salinan Sampul Surat
Pengesahan Alamat Kediaman Terakhir Pegawai
9
4. CARTA ALIRAN TINDAKAN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS
10
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 4)
TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BIASA BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
1. PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib biasa adalah diperuntukkan di bawah Peraturan
35, 36 dan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.
2. PIHAK BERKUASA TATATERTIB
Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk
mempertimbangkan kes tatatertib biasa adalah tertakluk kepada penentuan
pengerusi (Peraturan 35):
Lembaga Tatatertib
Penentuan
Pengerusi LTT
Hukuman
LTT Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan & Institusi
Peraturan 37
Patut dijatuhkan hukuman termasuk hukuman buang kerja atau turun pangkat
LTT Kumpulan Sokongan (No.2) Jabatan & Institusi
Peraturan 36
Patut dijatuhkan hukuman tidak termasuk hukuman buang kerja atau turun pangkat
3. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i. Laporan Ketua Jabatan
ii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan (kemaskini)
iii. Pengesahan Alamat Kediaman Terakhir Pegawai
iv. Lain-lain bukti yang berkaitan
11
4. CARTA ALIRAN TATACARA TATATERTIB BIASA KUMPULAN SOKONGAN
12
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 5)
TATACARA TATATERTIB BAGI KES PERINTAH TAHANAN, BUANG NEGERI DAN LAIN-LAIN
1. PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib bagi kes yang berbangkit daripada perintah
tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya adalah
diperuntukkan di bawah Peraturan 32 dan 33, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
2. PIHAK BERKUASA TATATERTIB
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam : Pegawai Dalam Kumpulan
Pengurusan & Profesional
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Ibu Pejabat, KKM
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan & Institusi
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Jabatan atau Institusi
3. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Laporan Ketua Jabatan
Salinan Kenyataan Perkhidmatan (Kemaskini)
Salinan Perintah
Perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 32(2)
Pengesahan Alamat Kediaman Terakhir Pegawai
13
4. PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR
Pegawai tidak perlu dihadapkan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak
untuk didengar.
Ketua Jabatan tidak perlu:
- Menyedia Kertas Penentuan Untuk Pengerusi LTT
- Menyedia Kertas Prima Facie
5. CARTA ALIRAN TATATERTIB BAGI KES PERINTAH TAHANAN, BUANG NEGERI SEBAGAINYA
Ketua Jabatan dapatkan sesalinan perintah
daripada pihak berkenaan
Ketua Jabatan kemukakan dokumen-dokumen
kepada Unit Tatatertib, BSM
Mesyuarat Lembaga Tatatertib
Ketua Jabatan hantar surat keputusan
kepada pegawai
Rekod dalam Kenyataan Perkhidmatan
TAMAT
14
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 6)
TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES SABITAN / PEGAWAI TERTAKLUK KEPADA PROSIDING JENAYAH
1. PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib bagi pegawai tertakluk kepada prosiding
jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 & 33,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib)1993
2. TAFSIRAN ‘SABITAN’, KESALAHAN JENAYAH DAN MAHKAMAH
[PERATURAN 3]
„Sabitan‟ ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana
undang-undang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu
kesalahan jenayah.
„Kesalahan Jenayah‟ ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan
fraud, ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.
„Mahkamah‟ ertinya mahkamah yang termasuklah Mahkamah Syariah
yang mempunyai bidang kuasa.
3. PIHAK BERKUASA TATATERTIB
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam : Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Ibu Pejabat, KKM
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan & Institusi
: Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Berkhidmat di Jabatan atau Institusi
15
4. CARTA ALIRAN UNTUK TATACARA TAHAN KERJA
Pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan sebagainya
16
5. CARTA ALIRAN UNTUK TATACARA GANTUNG KERJA
17
6. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i. Salinan Kenyataan Perkhidmatan (Kemaskini)
ii. Laporan Ketua Jabatan
iii. Salinan Laporan Tangkapan
iv. Salinan Kertas Pertuduhan
v. Pengesahan Alamat Kediaman Terakhir
vi. Syor Ketua Jabatan samada pegawai patut ditahan kerja /
gantung kerja
vii. Salinan Keputusan mahkamah mengenai sabitan kesalahan
viii. Salinan Pengesahan mahkamah mengenai status rayuan
Perintah Tahan Kerja : Dokumen ( i ) – ( vi )
Perintah Gantung Kerja : Dokumen ( i ) – ( vii )
Perintah Tindakan Tatatertib : Dokumen ( i ) – ( viii )
7. PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR
Pegawai tidak perlu dihadapkan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak
untuk didengar.
Ketua Jabatan tidak perlu:
- Menyedia Kertas Penentuan Untuk Pengerusi LTT
- Menyedia Kertas Prima Facie
18
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 7)
RAYUAN TATATERTIB
1 PENDAHULUAN
Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukan di bawah
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993
[P.U.(A)396].
2 LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM [PERATURAN 12]
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak
di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad
3 TINDAKAN URUSETIA LEMBAGA TATATERTIB
Apabila menerima rayuan itu, Urusetia Lembaga Tatatertib hendaklah tidak
lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut
mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding
tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan
tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan
Awam melalui Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia.
4. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan
(jika ada)
Salinan Surat pertuduhan
Salinan Jawapan pembelaan diri (representasi)
19
Salinan Ulasan Ketua Jabatan terhadap jawapan
Salinan Minit Mesyuarat LTT
Salinan Surat Keputusan LTT
Surat rayuan pegawai
Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan
Alasan Pengerusi LTT terhadap rayuan
Salinan Kertas Pertuduhan mahkamah / keputusan mahkamah*
Salinan Perintah tahanan dan sebagainya*
Salinan Surat perintah tahan kerja / gantung kerja*
* Jika Berkenaan (Nota: Semua dokumen yang berkaitan hendaklah disediakan dalam 3 salinan)
20
5. CARTA ALIRAN RAYUAN TATATERTIB
21
PENGURUSAN TATATERTIB (SIRI 8)
KESILAPAN LAZIM DALAM URUSAN TINDAKAN TATATERTIB Pengurusan tatatertib yang teratur dan berkesan adalah amat penting dalam
memastikan segala tindakan tatatertib yang telah diambil tidak melanggari prinsip-
prinsip perundangan.
Sebagai salah satu usaha untuk mempertingkatkan pengurusan tatatertib dan
mengurangkan berlakunya kesilapan, berikut disenaraikan di bawah kesilapan lazim
yang dilakukan oleh LTT untuk dijadikan iktibar dan panduan agar kesilapan yang
sama tidak berulang.
Panduan ini diharapkan dapat membantu pihak yang berkenaan khususnya
pegawai/urusetia yang terlibat secara langsung di dalam urusan tindakan tatatertib
ke arah mewujudkan pengurusan tatatertib yang lebih cekap dan berkesan.
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
PERIHAL PENGURUSAN TATATERTIB ASAS
1. Tanggungjawab Ketua Jabatan :
Dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah dipinda dan dikuatkuasakan pada 20 Jun 2002, peruntukan mengenai tanggungjawab Ketua Jabatan dalam urusan tatatertib telah diletakkan di bahagian awal, iaitu Peraturan 3C. Ini sebagai usaha hendak memberikan penekanan akan betapa pentingnya peranan mereka.
Tahap kesedaran Ketua Jabatan mengenai tanggungjawab mereka menguatkuasakan peraturan tatatertib di agensi masing-masing masih boleh dipertingkatkan. Integriti seseorang Ketua Jabatan itu dan agensi mereka akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika mereka tidak melihat bukti bahawa ketua mereka bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan 3C, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
22
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
2. Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dipanggil Bertugas Untuk Dibuang Kerja :
Terdapat pegawai yang dipanggil bertugas semula setelah tidak hadir bertugas selama setahun. Selepas mereka bertugas semula, tindakan tatatertib pun dimulakan dan pegawai akhirnya dikenakan tindakan buang kerja.
Dalam rayuannya pegawai melahirkan rasa hairan mengapa dia dibuang kerja sedangkan Ketua Jabatan telah memanggil beliau bertugas semula.
Tindakan mengarahkan pegawai bertugas semula perlu dilakukan di peringkat awal kerana mereka tidak hadir bertugas.
Sama ada pegawai kembali bertugas ataupun tidak, proses tindakan tatatertib perlu diteruskan bagi tarikh yang mereka telah tidak hadir bertugas itu.
Tindakan mengarahkan pegawai bertugas akan menimbulkan anggapan bahawa kesalahan mereka telah dimaafkan.
Hukuman yang dijatuhkan setelah pegawai bertugas semula, terutama hukuman buang kerja, akan kelihatan pelik kepada mereka yang tidak memahami prosedur tatatertib.
3. Kelewatan Mengambil Tindakan Tatatertib
Kelewatan berlaku dalam mengambil tindakan tatatertib di mana :
(i) Surat pertuduhan lewat dikeluarkan;
(ii) Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pegawai lewat dikemukakan;
(iii) LTT lewat bersidang
(iv) Surat keputusan LTT lewat disampaikan
Surat pertuduhan bagi kesalahan tatatertib hendaklah dikeluarkan dalam tempoh yang munasabah bagi mengelakkan unsur kemaafan (condonation) yang boleh menjejaskan kekukuhan sesuatu kes tatatertib.
Keputusan LTT hendaklah disampaikan kepada pegawai dengan segera bagi membolehkan pegawai menyediakan representasi pembelaan diri.
23
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
4. Kesalahan Menggunakan Peraturan :
Terdapat LTT yang mengambil tindakan tatatertib menggunakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002).
Nama peraturan yang dimaksudkan itu tidak wujud. Hanya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mana di dalamnya telah termasuk pindaan yang telah diluluskan dalam tahun 2002 boleh digunakan.
Adalah diingat bahawa apa yang berlaku dalam tahun 2002 ialah pindaan terhadap peraturan tahun 1993 sahaja, dan bukannya penggubalan satu peraturan yang baru bagi menggantikan Peraturan 1993.
5. Kesalahan Menggunakan Peraturan 36 dan 37 :
Terdapat LTT yang menggunakan peraturan yang tidak tepat dalam menentukan jenis kesalahan atau tujuan tindakan tatatertib.
Jenis atau tujuan tindakan tatatertib yang dinyatakan di dalam surat pertuduhan hendaklah selaras dengan bidang kuasa LTT, iaitu mengikut jenis hukuman tatatertib yang dicadang hendak dikenakan kepada pegawai, sama ada dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 37) atau bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36)
6. Kes Diputuskan dalam LTT Yang Tidak Mempunyai Bidang Kuasa:
Ada LTT di peringkat Jabatan / Institusi yang memutuskan kes yang melibatkan Kumpulan Pengurusan & Profesional.
Kes yang melibatkan pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia untuk dibawa dalam LTT Kumpulan Pengurusan di peringkat KKM.
Ada LTT di peringkat Jabatan / Institusi yang mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat.
Kes yang melibatkan hukuman buang kerja atau turun pangkat perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia untuk dibawa dalam LTT Kumpulan Sokongan (No.1) di peringkat Kementerian.
24
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
PERIHAL HUKUMAN
7. Hanya dikenakan Tindakan Potong Gaji:
Pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah biasanya hanya dikehendaki memulangkan gaji bagi hari yang mereka tidak hadir bertugas itu.
Tiada sebarang tindakan tatatertib diambil selepas itu kerana Ketua Jabatan beranggapan tindakan memotong gaji itu sudah memadai.
Jika terbukti pegawai telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, maka tindakan tatatertib hendaklah dipertimbangkan walaupun gaji mereka telah dipotong.
Adalah diingat bahawa pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A Bab „C‟ merupakan tindakan secara pentadbiran sahaja berdasarkan kepada prinsip „tidak hadir bekerja maka tidak ada gaji‟ (rate for the job).
Jika pegawai bersalah, LTT boleh mengenakan hukuman tatatertib „lucut hak emolumen‟ bagi tarikh-tarikh pegawai tidak hadir bertugas. Walau bagaimanapun pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dibuat lagi sekali.
8. Keputusan Yang Berbeza :
Keputusan yang disampaikan kepada pegawai berbeza dengan keputusan Mesyuarat LTT
Terdapat keputusan yang dicatatkan dalam minit mesyuarat LTT berbeza dengan keputusan yang disampaikan kepada pegawai. LTT hendaklah memastikan keputusan yang disampaikan kepada pegawai adalah sama dengan keputusan yang tercatat dalam minit mesyuaratnya.
Tidak boleh dimasukkan sebarang tokok-tambah sama ada dalam surat keputusan tatatertib atau dalam minit mesyuarat.
25
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
9. Hukuman Yang Tidak Setimpal :
Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan, iaitu sama ada hukumannya terlalu berat bagi kesalahan yang ringan, atau kesalahannya berat tetapi hukumannya ringan.
Terdapat pegawai yang telah dijatuhi hukuman buang kerja kerana didapati bersalah menukarkan cek kerajaan milik pegawai di jabatannya dengan wang tunai, sedangkan perkara itu pernah menjadi amalan di jabatan beliau tidak lama sebelum beliau dituduh. Tidak dinafikan perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak menyebabkan sebarang kerugian wang kepada kerajaan.
Ada pula pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah berbulan-bulan atau bertahun lamanya tetapi hanya dikenakan hukuman „lucut hak emolumen‟.
Hukuman yang dijatuhkan, terutama hukuman buang kerja ataupun turun pangkat, mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai.
Ini penting kerana mahkamah kini telah mula menunjukkan kecenderungan mempersoalkan kemunasabahan hukuman yang dijatuhkan oleh LTT.
10. Hukuman Yang Tidak Tepat :
Terdapat LTT yang menjatuhkan hukuman yang berbeza dengan hukuman yang ditetapkan dalam peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Terdapat kes di mana pegawai dijatuhi hukuman menggantikan hari yang mereka tidak hadir bertugas dengan tugas lebih masa; atau diminta mengganti kerugian akibat kerosakan harta jabatan sebagai denda. Setiap hukuman yang hendak dijatuhkan hendaklah selaras dengan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Jika pegawai hendak dikenakan hukuman denda, gunakan peraturan 38(b) dan 39(2), (3), (4), (5) dan (6) dalam Peraturan itu, iaitu tidak lebih 7 hari emolumen.
26
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
PERIHAL PERTUDUHAN
11. Surat Pertuduhan Tidak Dialamatkan Ke Alamat Kediaman Pegawai :
Surat pertuduhan dialamatkan ke tempat pegawai bertugas.
Menurut Sub peraturan 52(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penyampaian apa-apa notis atau dokumen di bawah Peraturan-peraturan ini hendaklah dialamatkan kepada alamat kediaman pegawai yang berkenaan.
12. Surat Pertuduhan Tidak Dikeluarkan :
Terdapat LTT tidak mengeluarkan surat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan ) 1983.
Perintah Pengawasan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut tidak dianggap sebagai sabitan jenayah. Oleh itu, surat pertuduhan perlu dikemukakan bagi memastikan hak didengar oleh pegawai diberikan.
13. Pertuduhan Yang Kabur:
Pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah.
Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurang-kurangnya jenis kesalahan serta tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut dilakukan.
Sebagai contoh, jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Kes akan menjadi lebih kukuh, sekiranya dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu.
27
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
14. Surat Keputusan LTT Tidak Ditandatangani Oleh Pengerusinya Atau Ahli Bagi Pihak Pengerusi :
Surat keputusan LTT ditandatangani oleh pegawai lain.
Mengikut Peraturan 53, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mengkehendaki semua surat-menyurat antara Pihak Berkuasa Tatatertib dengan pegawai yang dituduh hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana ahli bagi pihak Pengerusi.
15. Pertuduhan Yang Tidak Tepat :
Terdapat LTT yang mengenakan tuduhan yang tidak tepat.
Sebagai contoh, tuduhan yang dikenakan ialah untuk tindakan surcaj tetapi pegawai dikenakan hukuman amaran, sedangkan dalam surat pertuduhan tidak ada dinyatakan pegawai akan dikenakan tindakan tatatertib.
Tindakan tatatertib yang diambil ke atas pegawai hendaklah jelas dan spesifik. Jika LTT bercadang untuk mengenakan juga hukuman tatatertib di samping tindakan surcaj, perkara itu hendaklah dinyatakan dalam surat pertuduhan supaya pegawai boleh membela diri.
16. Bilangan Pertuduhan Dalam Surat Pertuduhan Dan Dalam Minit Mesyuarat LTT Berbeza:
Terdapat keputusan LTT menyatakan hukuman yang dikenakan ialah bagi 2 pertuduhan, tetapi dalam surat pertuduhan pegawai hanya dihadapkan dengan satu pertuduhan sahaja.
LTT hendaklah mempastikan hukuman yang diputuskan adalah konsisten dengan pertuduhan yang dihadapkan kepada pegawai. Jika pegawai dihadapkan dengan satu pertuduhan maka LTT hendaklah menimbangkan kes tersebut berdasarkan kepada satu pertuduhan itu sahaja.
LTT tidak boleh mengambil kira pertuduhan lain yang tidak termasuk dalam surat pertuduhan tersebut. Penambahan sebarang pertuduhan lain dalam surat keputusan akan menjejaskan hak pegawai membela diri.
28
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
PERIHAL RAYUAN
17. Surat Rayuan Lewat dan Salah Alamat
Rayuan tatatertib lewat dikemukakan dan dialamatkan kepada Ketua Jabatan atau Pengerusi LTT.
Peraturan 15(1) & 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 mengkehendaki pegawai untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan disampaikan dan Ketua Jabatan pula perlu mengedarkannya kepada LTT dalam tempoh 30 hari dari tarikh rayuan diterima.
Pegawai hendaklah mengalamatkan rayuan mereka kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, iaitu SPA melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Dari segi undang-undang SPA tidak perlu menimbang rayuan yang lewat diterima dan tidak dialamatkan kepadanya kerana rayuan itu dianggap tidak wujud.
18. Ulasan Ketua Jabatan Terhadap Rayuan :
Ketua Jabatan tidak memberikan sebarang ulasan terhadap rayuan pegawai.
Ini bercanggah dengan kehendak Peraturan 15(2) dalam Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.
Ulasan Ketua Jabatan penting kerana ia dapat memudahkan Lembaga Rayuan Tatatertib membuat pertimbangan. Ulasan yang dimaksudkan termasuklah kenyataan “Tiada Ulasan” Ketua Jabatan wajar memberi ulasan terhadap rayuan pegawai terutama mengenai kenyataan yang membabitkan jabatan dan pegawai lain.
Sebagai contoh, pegawai mendakwa telah memohon cuti rehat pada salah satu tarikh yang beliau dituduh tidak hadir bertugas tetapi tidak diluluskan oleh ketuanya. Jika dakwaan ini tidak diulas, keputusan boleh memihak kepada pegawai.
29
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
19. Ulasan Tidak Dibuat Oleh Ketua Jabatan:
Terdapat ulasan terhadap sesuatu rayuan tatatertib dibuat dan ditandatangani oleh pegawai yang bukan Ketua Jabatan pegawai.
Peraturan 15(2) dalam Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 memberi tanggungjawab kepada Ketua Jabatan untuk mengulas rayuan pegawai (jika ada), dan bukannya pegawai yang lain.
Takrif “Ketua Jabatan” yang diberikan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993 amat luas untuk memudahkan jabatan mendapatkan pegawai yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab ini.
Tindakan meminta pegawai yang menganggotai LTT memainkan peranan sebagai Ketua Jabatan kepada pegawai yang dituduh hendaklah dielakkan.
20. Ulasan Yang Tidak Relevan :
Terdapat Ketua Jabatan atau Pengerusi LTT yang memasukkan ulasan yang tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai.
Sebagai contoh, Ketua Jabatan atau Pengerusi LTT mengungkit kesalahan pegawai yang lepas yang telah pun diambil tindakan.
Elakkan daripada memasukkan kenyataan yang tidak relevan dan yang boleh menimbulkan prejudis atau bias terhadap pegawai yang dituduh.
Tindakan ini juga boleh menyebabkan pegawai dibebaskan jika mereka membuat rayuan ke mahkamah.
30
BIL KESILAPAN PEMBETULAN
21. LTT Tidak Memberikan Alasan Keputusannya:
Kebanyakan LTT tidak menyatakan alasan yang telah digunakan semasa mencapai keputusannya. Apabila pegawai membuat rayuan, Pengerusi LTT memberikan ulasan, dan bukannya alasan penghakiman LTT seperti yang dikehendaki oleh peraturan 15(3) dalam Peraturan –peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.
Menurut Peraturan 15(3) dalam Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, yang perlu disertakan bersama-sama dengan rayuan pegawai ialah alasan penghakiman yang telah digunakan oleh LTT.
Jika alasan tersebut telah dicatatkan dalam minit mesyuaratnya, LTT tidak perlu memberikan ulasan tambahan.
22. Kesilapan Tarikh / Tiada Tarikh :
Terdapat LTT yang mengeluarkan surat pertuduhan pada tarikh yang sama dengan tarikh LTT menjatuhkan hukuman.
Hukuman tatatertib tidak boleh dijatuhkan pada tarikh yang sama dengan tarikh surat pertuduhan. Jika persamaan tarikh itu bukan satu kesilapan, ini bermakna “natural justice” dan “right to be heard” telah tidak dipatuhi.
Menurut Peraturan 36(1) dan 37(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai yang dituduh diberi peluang mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan.
Surat pertuduhan, surat representasi pegawai, surat keputusan tatatertib tidak bertarikh.
Surat-menyurat berkaitan dengan tindakan tatatertib perlu lengkap dengan tarikh bagi memastikan tempoh masa yang bersesuaian mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipatuhi.
Surat keputusan tindakan tatatertib tidak menyatakan tarikh kuatkuasanya hukuman
Surat keputusan tindakan tatatertib perlu ada tarikh kuatkuasa hukuman bagi jenis hukuman tertentu supaya pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan itu adalah jelas dan tepat.
31