PROSES DAN PROSEDUR PENDAKWAAN...Akta ini hendaklah terpakai bagi semua perusahaan yang mempunyai...

Post on 15-Aug-2021

10 views 0 download

Transcript of PROSES DAN PROSEDUR PENDAKWAAN...Akta ini hendaklah terpakai bagi semua perusahaan yang mempunyai...

PROSES DAN PROSEDUR

PENDAKWAANDISEDIAKAN OLEH :

YUZAIN MOHD YUSOF

KETUA UNIT PENDAKWAAN

CAWANGAN PENGUATKUASAAN

PERINGKAT PROSES

PENDAKWAAN

Syor Pendakwaan;

Semakan Kertas Siasatan di Ibupejabat;

Izin Pendakwaan di Pejabat TimbalanPendakwa Raya;

Pendaftaran kes pendakwaan di Mahkamah;

Serahan saman;

Sebutan dan bicara; dan

Perlaksanaan Perintah Mahkamah.

PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN

KS merupakan suatu proses siasatan yang disusun

secara sistematik mengikut prosedur-prosedur yang

termaktub didalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)

bagi memudahkan pengumpulan dan penilaian

bukti berdasarkan kepada Akta Keterangan (AK)

samada ianya sudah memenuhi kehendak-

kehendak pembuktian sekiranya kes dibawah ke

Mahkamah.

Penyediaan Kertas Siasatan (KS) akan mengikut

sepertimana Senarai Semak yang digunakan bagi

setiap jenis-jenis kesalahan.

PENILAIAN TERHADAP KERTAS

SIASATAN

Nilai Pembuktian (Evidential Value);

Akta Keterangan 1950

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja

1971

Kaedah dan Prosedur (Prosedural Requirements);

Kanun Prosedur Jenayah

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja

1971

PRINSIP PEMBUKTIAN❑ Fakta isu dan fakta relevan hendaklah dibuktikan;

❑ 1 fakta 1 bukti;

❑ Bukti lompang / defektif – bukti sokongan

‘corroborative evidence’;

❑ Saksi yang relevan dengan fakta yang hendak

dibuktikan;

❑ ‘1st in time 1st in law’

❑ ‘rights to be heard’

❑ ‘deemed to be employment injury unless contrary

proven’

❑ ‘Res ipsa loquitor’

Bahawa kamu, Asia Moon Sdn. Bhd., pada 16 Ogos 2018

kira-kira jam 8.30 pagi, di Lot 303C Level 3, Suria KLCC,

Jalan Ampang, 50888 Kuala Lumpur sebagai majikan

utama kepada Nurzira Binti Ab Ghapal, No. KPPN: 850530-

05-5430, telah didapati gagal membayar kepada

Pertubuhan Keselamatan Sosial, kedua-dua caruman

majikan dan pekerja bagi bulan Julai 2018 berjumlah

RM19.10 dalam tempoh yang tidak lewat dari hari kelima

belas bulan yang mengikuti bulan yang berkenaan

dengannya caruman itu kena dibayar sebagaimana

dikehendaki di bawah Seksyen 6(1) dan (8), Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Peraturan

32, Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja

1971, dan dengan itu melakukan suatu kesalahan di

bawah Seksyen 94(a), Akta Keselamatan Sosial Pekerja

1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 94,

Akta yang sama.

TUNGGAKAN

CARUMAN / FCLB

s. 6(1) & 6(8)

Caruman

Masa untukmembayar

p. 32

➢ 8A

Had tempoh yang ditetapkanuntuk bayaran caruman

➢ Resit bayaran

➢ CPO Majikan

s. 2(10)

Perusahaan

s. 2(19) / s. 2(9)

Majikan Utama /

Majikan Langsung

➢ Borang 1 / 2

➢ SSM / Borang 49

➢ Slip gaji / Surat

Tawaran Kerja /

➢ Pekerja

s. 90A AK 1950

➢ CPO Pekerja

➢ DokumenPengimejan

➢ CPO Majikan

Seksyen 12

Pegawai Pemeriksa

➢ Diari Siasatan

➢ ArahanPematuhan

➢ LaporanPemeriksaan

➢ Pernyataan

➢ Rekod Gaji

➢ Punch Card

➢ Rekod Pekerja

➢ Pegawai Pemeriksa / Penerima Aduan

s. 12C

➢ Pekerja

➢Majikan / Wakil

➢ Rakan sekerja

Pekerja

s. 2(5)

➢ Surat Tawaran

Kerja

➢ Slip gaji

➢ Pernyataan

➢ Kontrak

perkhidmatan

atau kontrak

perantisan

Bahawa kamu, Magnificient Diagraph Sdn Bhd., pada

16.08.2018 kira-kira jam 10.00 pagi, di Pertubuhan

Keselamatan Sosial, Kuala Lumpur, sebagai majikan

utama kepada Mariappan A/L R Alagamalai, No. KPPN

: 580201-11-6009 telah didapati gagal menghantar

Laporan Kemalangan dalam Borang 34 dalam masa

48 jam selepas diterima pemberitahuan atau dari

masa kemalangan itu sampai ke pengetahuan kamu

atau mana-mana pegawai lain yang di bawah

pengawasan kamu sebagaimana dikehendaki di bawah

Peraturan 71(1) dan (2), Peraturan-Peraturan (Am)

Keselamatan Sosial Pekerja 1971, dan dengan itu

melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 94(e),

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang

boleh dihukum di bawah Seksyen 94, Akta yang sama.

GAGAL / LEWAT

LAPOR KEMALANGAN

p. 71(1) & (2)

Had tempoh yang ditetapkanuntuk melaporkan kemalangan

➢Melebihi 48 jam daritarikh kemalangandimaklumkan dandiketahui oleh majikan

s. 2(10)

Perusahaan

s. 2(19) / s. 2(9)

Majikan Utama /

Majikan Langsung

➢ Borang 1 / 2

➢ SSM / Borang 49

➢ Slip gaji / Surat

Tawaran Kerja /

➢ Pekerja

s. 90A AK 1950

➢ CPO Majikan

➢ CPO Pekerja

➢ Dokumen Pengimejan

Seksyen 12

Pegawai Pemeriksa

➢ Diari Siasatan

➢ ArahanPematuhan

➢ Laporan Pemeriksaan

➢ Pernyataan

➢ Rekod Gaji

➢ Punch Card

➢ Rekod Pekerja

➢ Laporan Perubatan

➢ Sijil Cuti Sakit (MC)

s. 12C

➢ Pekerja :✓ Bila maklumkankepada majikan

➢Wakil Majikan✓ Bila dimaklumkantentang kemalangan

➢ Rakan Sekerja atau pihak ketiga✓ Bila maklumkan kepada majikan

Pekerja

s. 2(5)

➢ Surat Tawaran Kerja

➢ Slip gaji

➢ Pernyataan

➢ Kontrakperkhidmatanatau kontrakperantisan

Bahawa kamu, Razak Bin Mukri, No. KPPN: 510701-08-6135 pada

31/12/2017 kira-kira jam 10.00 pagi, di Pertubuhan Keselamatan Sosial,

Taiping,Perak didapati telah membuat pernyataan palsu iaitu kamu telah

menyatakan terlibat dalam kemalangan pada 21.7.2007, kira-kira 6.00

petang ketika dalam perjalanan dari rumah di Tanjung Piandang ke

tempat kerja di Kilang Tai-Am Parit Buntar, Perak, sedangkan kemalangan

itu sebenarnya berlaku pada 21.7.2007 jam 3.00 petang ketika pulang dari

kebun kamu di Sungai Kecil ke rumah kamu di Sungai Bahru Darat, dan

dengan itu melakukan suatu kesalahan membuat atau menyebabkan dibuat

apa-apa pernyataan palsu atau representasi palsu di bawah Seksyen 93(a),

Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum dibawah

Seksyen 93, Akta yang sama.

MENGEMUKAKAN

MAKLUMAT PALSU

Seksyen 12

Pegawai Pemeriksa

➢ Laporan Pemeriksaan

➢Diari Siasatan

➢Dokumen ataupernyataan yang dipalsukan

➢Dokumen, pernyataanatau bukti-bukti lain yang akan membuktikan bahawaterdapat dokumen ataupernyataan yang dipalsukan

s. 12C

➢ Pekerja

➢Wakil Majikan

➢Rakan Sekerja

s. 93

Actus ReusMens Rea

➢ tambahan pembayaran atau faedah;

➢ pembayaran atau faedah yang tidak dibenarkan;

➢mengelakkan bayaran olehnya sendiri;

➢Membolehkan mana-mana orang lain mengelakkan bayaran

➢ membuat ataumenyebabkan dibuatpernyataan palsu ataurepresentasi palsu

➢membuat secarabertulis ataumenandatangani apa-apaakuan, borang, laporan, peerakuan atau dokumenlain yang mengandungibutir yang tidak benar

Bahawa kamu, Thavaki A/P Muniandy, No. KPPN:

701230-10-6444 T/A Aspra Bridal & Beauty Academy

pada 31 Mei 2005 kira-kira jam 8.30 pagi, di 1st Floor

Menara Manickavasagam, No. 1 Jalan Rahmat, 50350

Kuala Lumpur, sebagai majikan utama telah didapati gagal

mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan

Keselamatan Sosial, Wilayah Persekutuan, Kuala

Lumpur tidak lewat dari 30 hari Akta dipakai bagi

perusahaan itu sebagaimana dikehendaki di bawah

Seksyen 4, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)

dan Peraturan 10(3), Peraturan-Peraturan (Am)

Keselamatan Sosial Pekerja 1971, dan dengan itu

melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 94(g), Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang boleh

dihukum di bawah Seksyen 94, Akta yang sama.

GAGAL / LEWAT

DAFTAR PERUSAHAAN

s. 2(10)

Perusahaan

s. 2(19) / s. 2(9)

Majikan Utama / Majikan Langsung

➢ Borang 1 / 2

➢ SSM / Borang 49

➢ Slip gaji / Surat Tawaran Kerja /

➢ Pekerja

Seksyen 12

Pegawai Pemeriksa

➢ Diari Siasatan

➢ Arahan Pematuhan

➢ Laporan Pemeriksaan

➢ Pernyataan

➢ Rekod Gaji

➢ Punch Card

➢ Rekod Pekerjas. 12C

➢ Pekerja :✓ Bila mula bekerja

➢Wakil Majikan✓ Bila mula menggaji seorang pekerja

s. 4

Tiap-tiap perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai

p. 10(3)

Pendaftaran tidak lewat dari 30 hari akta dipakai bagiperusahaan itu

Akta ini hendaklah terpakaibagi semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerjaatau lebih

s. 3(1)

Pekerja

s. 2(5)

➢ Surat Tawaran Kerja

➢ Slip gaji

➢ Pernyataan

➢ Kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan

PENILAIAN KETERANGAN

DEFINASI KETERANGAN

Seksyen 3 Akta Keterangan 1950:

“keterangan” – meliputi –

(a) segala pernyataan yang dibenarkan ataudikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi-saksi berhubung denganperkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataansedemikian disebut keterangan lisan;

(b) segala dokumen yang dikemukakan bagipemeriksaan mahkamah : dokumen-dokumensedemikian disebut keterangan dokumen:

KETERANGAN LISAN

(ORAL EVIDENCE)

S. 59 – Membuktikan fakta-fakta dengan

keterangan lisan.

Segala fakta, kecuali kandungan

dokumen-dokumen, boleh dibuktikan dengan

keterangan lisan.

KETERANGAN LANGSUNG

(DIRECT EVIDENCE)

S. 60 :

Keterangan lisan mengenai sesuatu fakta

yang boleh :

Dilihat

Didengar

Melalui deria lain

Pendapat atau alasan

KETERANGAN LANGSUNG

(DIRECT EVIDENCE)

Pegawai Pemeriksa dan Pegawai-Pegawai yang berkaitan

Pekerja

Wakil majikan

Rakan sekerja

Pihak Ketiga

Polis

Doktor

Pegawai Jabatan yang lain

KETERANGAN LANGSUNG

(DIRECT EVIDENCE)

Untuk mengesahkan sesuatu fakta yang

tiada direkodkan secara dokumentari

Pembuktian fakta tersebut hanya

berlandaskan kepada keterangan langsung

semata-mata

Pembuktian melalui pancaindera

KETERANGAN IKUT KEADAAN

(CIRCUMSTANCIAL EVIDENCE)

Wujud melalui inferen atau anggapan

Setiap fakta relevan adalah sebahagian

daripada keterangan ikut keadaan

KETERANGAN DENGAR CAKAP

(HEARSAY)

Pernyataan lisan atau bertulis seseorang yang tidak dipanggil sebagai saksi

Subramaniam v PP (1956) MLJ 220

“it is hearsay and not admissible, if the object of evidence is to establish the truth of what is contained in the statement”

“It is not hearsay and admissible, if the object of evidence id to establish the fact the statement was made”

SAKSI YANG TIDAK DAPAT HADIR

S. 32 :

Telah meninggal dunia

Tidak dapat dikesan

Keuzuran

Memakan masa yang lama atau perbelanjaan

yang banyak

KETERANGAN DOKUMENTARI

1. Keterangan Primer (s. 62) Dokumen-Dokumen yang asal dan dikemukakan oleh pembuat dokumen-

dokumen tersebut.

2. Keterangan Sekunder (s. 63) Salinan fotostat dokumen-dokumen yang asal yang telah disahkan benar

Cop salinan diakui benar mestilah dicop di bahagian akhir pada sebelahkanan dokumen yang berkenaan dan mestilah dinyatakan nama danjawatan pengesah beserta tarikh pengesahan;

Kesemua salinan dokumen yang telah diakui benar mestilah dikemukakankepada pihak pembela sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh bicara.

3. Keterangan Anggapan di dalam Statut Seksyen 90A Akta Keterangan 1950

Seksyen 94C Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Seksyen 108A Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969

❑ Penggunaan “blanco/liquid paper”;

✓ PKS(f)47, Penyata FCLB, Saman Jabatan.

❑ Tiada “initial” pada potongan (cancellation);

❑ Ruang yang tidak diisi;

✓ Pernyataan Bertulis 12C.

✓ Nama;

✓ Tarikh;

✓ Tandatangan.

❑ Tiada dokumen asal;

❑ Kesilapan menaip (i.e seksyen);

✓ Izin pendakwaan, pertuduhan;

KECACATAN TEKNIKAL KETERANGAN

DOKUMENTARI

❑ Saksi Hostil➢ Keterangan bercanggah;

➢ Masih bekerja di syarikat OKS;

➢ Mempunyai pertalian darah;

➢ Diugut, diancam atau didesak;

❑ Saksi tidak dapat dijumpai➢ Warganegara asing;

➢ Berpindah;

❑ Bahasa

❑ Tidak faham, lupa keterangan 12C yang

telah direkodkan.

KECACATAN PADA SAKSI-SAKSI

KESALAHAN DI BAWAH AKTA &

PERATURAN

BIL Seksyen &

Peraturan

Kesalahan Tarikh Kesalahan

Dilakukan

1. S3, S4 &

P10(2)

Gagal Daftar

Perusahaan

Tidak lewat dari 30 hari

selepas majikan

menggajikan seorang

pekerja.

2. S3, S5 &

P12(1)

Gagal Daftar Pekerja Satu bulan dari bulan

pengambilan bekerja.

3. S6(1),

S6(8), P32

Gagal Bayar Caruman tidak lewat dari hari

kelima belas bulan

yang mengikuti bulan

yang berkenaan

dengannya caruman

itu kena dibayar

BIL Seksyen &

Peraturan

Kesalahan Tarikh Kesalahan

Dilakukan

4. S14A,

P33(3)

Gagal Bayar FCLB Empat belas hari dari

tarikh notis tuntutan

5. P68, P71 Gagal Lapor

Kemalangan

48 jam daripada tarikh

kemalangan

dimaklumkan kepada

majikan.

6. S93 Mengemukakan

Maklumat Palsu

Tarikh pengemukaan

maklumat yang

dipercayai palsu.

7. S110 Gagal Hadir Saman

Jabatan

Tarikh dikehendaki hadir

seperti di dalam Saman

Jabatan.

8. P34 Gagal Selenggara /

Simpan Rekod

Tarikh pemeriksaan

SEKSYEN 12C AKTA KESELAMATAN SOSIAL

PERKERJA 1969

KUASA UNTUK MEMERIKSA ORANG

Seksyen ini adalah adaptasi daripada seksyen 112 KPJ

Samada pendakwaan boleh membekalkan rakaman percakapan s. 12C kepada pembelaan:

Tidak boleh kerana : Untuk melindungi saksi daripada ‘defamation suite’ –

Martin Rhienue v Sher Singh (1949) MLJ 201.

Untuk melindungi saksi daripada diganggu – Husdi v PP (1979) 2 MLJ 304

SEKSYEN 12C AKTA KESELAMATAN SOSIAL

PERKERJA 1969

KUASA UNTUK MEMERIKSA ORANG

Seseorang Pemeriksa yang memeriksa

seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah

terlebih dahulu memaklumkan orang itu

tentang subseksyen (2) dan (3)

SEKSYEN 12C AKTA KESELAMATAN SOSIAL

PERKERJA 1969

KUASA UNTUK MEMERIKSA ORANG

Diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh

orang yang membuatnya atau dicapkan dengan

cap ibu jarinya;

Pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam

bahasa pernyataan itu dibuat olehnya;

Diberi peluang untuk membuat apa-apa

pembetulan yang dia mahu;

SEKSYEN 12C AKTA KESELAMATAN SOSIAL

PERKERJA 1969

KUASA UNTUK MEMERIKSA ORANG

❑ Menggantikan keterangan saksi

(pengecualian dengar cakap);

Saksi tidak dapat dikesan.

❑ Asas tindakan untuk mencabar

kebolehpercayaan saksi semasa

perbicaraan (impeachment);

Membuang keterangan saksi keseluruhannya.

❑ Asas tindakan untuk mengisytiharkan saksi

sebagai saksi yang berpaling tadah (hostile)

Menilai keterangan saksi.

KAEDAH & PROSEDUR

(PROCEDURAL REQUIREMENT)

SERAHAN SAMAN

KANUN PROSEDUR JENAYAH

[AKTA 593]

Bab V – Proses Memaksa Kehadiran seksyen 34

- seksyen 37

SERAHAN

KEDIRI

PREMIS PERNIAGAAN

KEDIAMAN

TAMPALAN

Jenis-jenis serahan saman boleh

dikategorikan seperti berikut:1. Serahan secara Kediri;

2. Serahan di premis perniagaan;

3. Serahan di tempat kediaman;

4. Serahan secara tampalan

SERAHAN KEDIRI

Sekiranya serahan saman dibuat kepada seorangindividu secara khusus, pemilik tunggal, rakan kongsiatau pengarah syarikat, cara serahan yang terbaikadalah serahan secara kediri individu tersebut.

Namun, sekiranya individu tersebut enggan untukmengaku terima saman tersebut pegawai yangmenyerahkan saman tersebut mestilah memfailkanaffidavit penyampaian sebagai membuktikan bahawasaman tersebut telahpun diserahkan kepada individutersebut.

SERAHAN DI PREMIS

PERNIAGAAN

Bagi serahan saman kepada syarikat, perniagaan atau

perkongsian, saman boleh diserahkan di premis perniagaan.

Apabila telah dipastikan bahawa alamat premis perniagaan

tersebut adalah alamat yang betul, maka pegawai yang

menyerahkan saman tersebut boleh menyerahkan saman

tersebut kepada:

➢ Pengarah syarikat; atau

➢ Pegawai-pegawai lain syarikat; atau

➢ Mana-mana individu yang ditugaskan untuk menerima

dokumen bagi pihak syarikat (penyambut tetamu).

SERAHAN DI TEMPAT KEDIAMAN

Undang-undang juga membenarkan untuk saman

tersebut diserahkan di tempat tinggal atau rumah

OKS sekiranya saman tersebut tidak dapat

diserahkah kediri OKS setelah berusaha

mencarinya.

Setelah memastikan bahawa tempat tinggal

tersebut adalah tempat tinggal OKS, saman

boleh diserahkan kepada mana-mana

orang dewasa ahli keluarganya. Pegawai

yang menyerahkan saman mestilah

mengesahkan bahawa penerima saman

tersebut mestilah orang dewasa ahli

keluarganya. Ini bermakna pegawai yang

menyerahkan saman mestilah memastikan

hubungan kekeluargaan diantara individu

tersebut dengan OKS disamping

mendapatkan butir-butir lain seperti nama

individu tersebut.

Selain daripada orang dewasa ahli keluarga,

saman tersebut juga boleh diserahkan kepada

orang gaji OKS. Seperti sebelumnya, pegawai

yang menyerahkan saman juga mestilah

mengesahkan bahawa individu tersebut adalah

orang gaji OKS dan dapatkan butirannya seperti

nama orang gaji berkenaan.

Yang paling utama, samada orang dewasa ahli

keluarganya atau orang gajinya mereka ini

mestilah orang yang tinggal bersama-sama

dengan OKS.

Orang Dewasa

Ahli Keluarga

Orang Gaji

Tinggal

Bersama

Berusaha Untuk

Mencari OKS

SERAHAN SECARA TAMPALAN

Pegawai yang menyerahkan saman mestilah

sekurang-kurangnya telah membuat sekurang-

kurangnya 3 kali percubaan untuk menyerahkan

saman kepada OKS di tempat tinggalnya tetapi

kesemua percubaan tersebut telah gagal.

Semasa membuat tampalan, saman tersebut

mestilah ditampal di mana-mana bahagian

rumah itu yang dapat dilihat seperti di pintu

hadapan atau pintu pagar hadapan.

3 X Percubaan

Tampal

Yang Dapat

Dilihat

Sebelum /

Selepas

Perintah

Mahkamah

ISU SERAHAN SAMAN

Kuasa untuk mengeluarkan saman

Serahan terhadap enterprise, perkongsian, pemilik

tunggal v serahan terhadap syarikat Sdn. Bhd.;

Serahan kepada bukan ‘pegawai’ perbadanan;

Mengemukakan dokumen BUKAN bayaran;

Serahan kepada ahli keluarga HANYA di tempat

kediaman sahaja;

Serahan hendaklah selewat-lewatnya 14 hari

sebelum tarikh hadir.

Pindaan tarikh hadir keluarkan saman yang baru.

Affidavit penyampaian

Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 mentafsirkan ‘officer’ sebagai

“officer” in relation to a corporation includes –Any director, secretary or employee of the corporation;

Pihak pendakwa merujuk kepada kes LIM KEE BUT v PUBLIC PROSECUTOR (1954) 20 MLJ 35dimana Mahkamah telah memutuskan bahawa seorang ‘temporary clerk’ adalah seorang ‘officer’ dalam maksud tafsiran ‘Penjawat Awam’.

SEBUTAN KES DI MAHKAMAH

Tarikh yang telah dtetapkan dan dinyatakan di

dalam saman untuk OKS hadir di Mahkamah;

Ianya adalah bukan tarikh bicara;

Kehadiran saksi-saksi adalah tidak diperlukan

SEBUTAN KES

OKS mengaku salah;

Sebutan lanjut;

OKS tidak hadir;

Pengesahan bayaran;

Permohonan Pelbagai;

OKS tidak mengaku salah;

Situasi tertentu yang dibangkitkan i.e.

1. Bayaran telahpun dibuat;

2. Tangguh sebentar (stand down) ataupohon tarikh sebutan baru untuk buatsemakan;

3. Menunggu penyelesaian;

4. Semakan atau pengesahan terhadapisu-isu yang dibangkitkan samada olehpeguambela atau Majistret;

5. OKS / peguambela mohon penangguhan i.e. Lantik peguam, baru dilantik, MC (Klinik / Hospital kerajaan sahaja) etc.

6. Pindaan terhadap pertuduhan;

7. Saman belum diserahkan / tidak dapatdiserahkan.

➢ Maksimum 3 kali penangguhan.

PENARIKAN BALIK KES PENDAKWAAN

PN dan PPT hendaklah mengemukakan KertasSiasatan bersama minit yang menyatakanalasan cadangan penarikan balik kespendakwaan dan Kertas Siasatan hendaklahdikemukakan kepada TPR untukpertimbangan dan arahan lanjut.

Sekiranya cadangan penarikan balik kespendakwaan ditolak oleh TPR maka kespendakwaan hendaklah diteruskan dengansebutan.

WARAN TANGKAP

PN dan PPT hendaklah membuat tindakan susulan diBalai Polis yang berkenaan bagi memastikan warantangkap telah diserahkan terhadap OKS atau saksisebelum tarikh sebutan atau tarikh bicara.

Sekiranya waran tangkap telah diserahkan tetapiOKS masih gagal hadir semasa sebutan kes,Pegawai Pendakwa hendaklah memohon warantangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap OKS.

Pegawai Pendakwa hendaklah memohon agardibekalkan dengan diari siasatan pegawai yangmenyerahkan waran tangkap tersebut untuk tujuanpengesahan di Mahkamah.

RUNDINGAN PRABICARA

Rundingan Prabicara adalah bagi mereka yang telah dituduh di mahkamah dan minta dibicarakan semasa proses sebutan dan ianya melibatkan rundingan diantara peguam (yang mewakili tertuduh) dan Pegawai Pendakwa.

Rundingan Prabicara bermula dalam masa 30 hari daripada tarikh OKS dituduh atau bila-bila masa yang munasabah sebelum pengurusan kes. Rundingan Prabicara boleh dijalankan lebih daripada sekali didalam tempoh tersebut, sebelum Pengurusan Kes bermula.

Sekiranya OKS tidak diwakili peguam dan memilih

untuk mewakili diri sendiri, peruntukan seksyen 172B

KTJ akan terpakai serta merta.

Walau bagaimanapun, sekiranya peguam dilantik

sebelum Pengurusan Kes bermula, maka Rundingan

Prabicara perlu diadakan. Dalam hal keadaan ini,

maka Rundingan Prabicara akan diadakan pada

had masa yang munasabah sebelum Pengurusan

Kes bermula.

PENGURUSAN KES

Pengurusan Kes mesti ditetapkan oleh

Mahkamah dalam masa 60 hari dari

tarikh OKS dituduh.(Seksyen 172B(1) KTJ)

Pengurusan kes hanya boleh dibuat di

hadapan Majistret, Hakim Mahkamah

Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi.

(Seksyen 172B(1) KTJ)

Pengurusan Kes boleh diadakan lebih daripada

sekali, jika perlu, tidak kurang daripada dua (2)

minggu sebelum perbicaraan bermula. (Seksyen

172B(3) KTJ)

Tarikh perbicaraan akan ditetapkan tidak lewat

daripada 90 hari dari tarikh OKS dituduh oleh

Mahkamah. (Seksyen 172B(4) KTJ)

Sekiranya Mahkamah tidak menetapkan tarikh

Pengurusan Kes, Pegawai Pendakwa hendaklah

memohon agar Mahkamah menetapkan tarikh

tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

RUNDINGAN AKUAN

Hak untuk memohon Rundingan Akuan

diberikan kepada OKS yang dituduh

dengan kesalahan di Mahkamah Tinggi,

Sesyen atau Majistret dan minta

dibicarakan [Rujuk Subseksyen 172C (1)

KTJ].

OKS boleh membuat permohonan untuk

Rundingan Akuan–

Setelah OKT dituduh dengan sesuatu kesalahan

tetapi sebelum perbicaraan bermula;

Semasa perbicaraan berlangsung atau;

Secara automatik setelah beliau mengaku salah

sebelum bicara. [Rujuk Seksyen 172G KTJ]

SERAHAN SEPINA

Pegawai Pendakwa hendaklah menyenaraikan

kesemua saksi-saksi yang terlibat di dalam kes

tersebut dan mengasingkan nama saksi-saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan di dalam

perbicaraan.

Pastikan sepina telah dikeluarkan terhadap kesemua

saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan.

Sekiranya saksi enggan bekerjasama atau enggan

hadir walaupun setelah diserahkan dengan sepina

mohon kepada Mahkamah agar waran tangkap

dikeluarkan terhadap saksi tersebut.

Sepina hendaklah dikeluarkan dan cuba diserahkan

terhadap saksi walaupun saksi tersebut tidak dapat

dikesan.

Sekiranya sepina tidak dapat diserahkan kepada

saksi sebagai contoh saksi telah berpindah dan

tidak dapat dihubungi maka serahan sepina

hendaklah dibuat secara pengiklanan di dalam

akhbar.

Sebelum serahan secara pengiklanan dapat

dilaksanakan cubaan untuk serahan hendaklah

terlebih dahulu dibuat untuk cuba menyerahkan

sepina secara kediri di alamat terakhir saksi

berkenaan.

BICARA

Peringkat perbicaraan

Kes Pendakwaan

Hujahan Di Akhir Kes Pendakwaan

Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan

Kes Pembelaan

Hujahan Di Akhir Kes Pembelaan

Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan

Di peringkat kes pendakwaan pihak pendakwa akan memanggil saksi-saksi yang berkaitan untuk memberikan keterangan. Saksi pendakwaan akan dikenali sebagai ‘SP’;

Pihak pendakwaan akan memasukkan bukti-bukti matan seperti dokumen-dokumen yang dikenali sebagai ekshibit;

Ekshibit yang diterima masuk akan ditandakan sebagai ‘P’ manakala ekshibit yang tidak diterima masuk oleh Mahkamah akan ditandakan sebagai ‘ID’

Mana-mana saksi yang tidak dipanggil untuk memberikan keterangan hendaklah ditawarkan kepada pihak pembelaan.

Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa

pihak pendakwa telah berjaya membuktikan

suatu kes prima facie terhadap OKS maka OKS

akan dipanggil untuk membela diri.

OKS akan diberikan 3 pilihan:

Berdiam diri;

Memberikan keterangan bersumpah dari

kandang saksi;

Memberikan keterangan dari kandang tertuduh.

Semasa kes pembelaan, pihak pembela akan

mengemukakan saksi-saksi mereka untuk

memberikan keterangan;

Saksi pihak pembelaan akan dikenali sebagai ‘SD’;

Ekshibit yang diterima masuk di peringkat

pembelaan akan ditandakan sebagai ‘D’

manakala yang tidak diterima masuk akan

ditandakan sebagai ‘IDD’

HUJAHAN

Hujahan di akhir kes pendakwaan (end of

prosecution case) untuk membuktikan kes prima-

facie.

Hujahan di akhir kes pembelaan (end of defence

case) atau perbicaraan untuk membuktikan

melampaui keraguan yang munasabah (beyond

reasonable doubt).

Hujahan terhadap bantahan awal

(preliminary objection).

Hujahan terhadap bantahan undang-

undang mengenai kebolehterimaan

keterangan (admissibility of evidence)

samada sesuatu keterangan boleh diterima-

pakai atau diterima-masuk sebagai ekshibit.

KEPUTUSAN DAN PERINTAH

MAHKAMAH

Pegawai Pendakwa hendaklah memohon suatu perintah

agar OKS membayar keseluruhan jumlah tunggakan

caruman atau FCLB yang tertunggak kepada PERKESO mengikut jumlah sepertimana yang dinyatakan di dalam

Sijil Perakuan Akauntan.

Berdasarkan kepada kes Public Prosecutor v. Kats Cleaning

Services (S) Sdn. Bhd. (1995) 1 CLJ 561, Mahkamah

hendaklah mengeluarkan suatu perintah agar jumlah

caruman atau FCLB yang tertunggak dibayar sepenuhnya

kepada PERKESO.

Sekiranya OKS tidak membuat bayaran

seperti yang diperintahkan, Pegawai

Pendakwa boleh memohon agar kes

ditetapkan semula untuk sebutan bagi

mendapatkan perintah perlaksanaan seperti

Writ Penyitaan Secara Distress atau prosiding

menghina Mahkamah.

s. 94A(1) AKSP 1969

➢ “… membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman, bersama dengan bunga yang dikreditkan kepadanya, ….. sebelum tarikh dia didapati bersalah itu”

s. 94(2) AKSP 1969

➢ “… seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]”

➢ “... dibuat secara ansuran ….. dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran”

Sekiranya OKS masih lagi gagal membayar walaupun

setelah diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat

demikian, pohon satu perintah writ penyitaan dan

penjualan dikeluarkan terhadap OKS (dan pengarah-

pengarahnya)

Failkan deraf perintah ke Mahkamah dan kemudian

disusuli dengan perintah bersih untuk diendorskan dan

dimeterai oleh Mahkamah.

Failkan Writ Penyitaan ke Mahkamah untuk

dimeterai.

Setelah writ penyitaan yang telah dimeterai

tersebut dikeluarkan daripada Mahkamah,

serahkan kepada bailif mahkamah untuk

menetapkan tarikh perlaksanaan writ tersebut dan

dapatkan tarikh perlaksanaan writ penyitaan.

Aturkan dengan bailif untuk lantikan pengawal

keselamatan dan pelelong.

OKS akan diberikan masa 14 hari untuk

menyelesaikan jumlah bayaran yang diperintahkan,

writ akan ditampalkan di premis yang berkaitan dan

seorang pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk menjaga premis tersebut.

Sekiranya OKS gagal untuk menyelesaikan dalam

tempoh 14 hari, pelelong berdaftar yang dilantik

akan melelong barang-barang di dalam premis

tersebut.

TOBANG SATU DUO GHOBAH

GHOBAHNYO KAYU TIMPO MENIMPO

TOGHANGKAN HATI SI HAMBO ALLAH

SOPORTI HATI YA RASULLAH

SEBOGHANG-MENYOBOGHANG DAPEK

GELIGO LINTAH

TOGHANG TELINGO TOGHGANG SUMBEK

HUJUNG LIDAH

TOGHANGKAN HATI SI HAMBO ALLAH

SOPORTI HATI YA RASULLAH

SEKIAN, TERIMA KASIH