Post on 03-Oct-2019
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN
KATA ALUAN PENGARAH
CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM DAN
PEMBANGUNAN PELAJAR
Lawatan KEDUTAAN MAURITIUS KE UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA
PROFESOR MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY
Harumkan Nama UPM di Mauritius
PROGRAM VARSITY INTENSIVE BUSINESS EXPOSURE
(VIBE) 2017
PELAJAR UPM ANJUR PROGRAM MOBILITI KE BALI,
INDONESIA
HIGHER INSTITUTION NATIONAL EXPLORATION &
CAMPING (HINEX CAMP)
SEMINAR KEMAHIRAN INSANIAH KEBANGSAAN
(SKIK) 2016
PENDUDUK SAMBUT BAIK ‘FREE MARKET’
PUTRA TAEKWONDO OPEN DAY 2016 “Happy
Healthy Kids”
Program Menyemai Kasih DI SERDANG ERATKAN
HUBUNGAN
1
2
3
5
6
9
10
12
14
16
18
PENASIHAT
PROF. MADYA
DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY
KETUA EDITOR
SAHEH SAID
EDITOR
PROF. MADYA DR. SITI
SALWA ABD. GANI
EDITOR
MOHD SYAWAL SAUTI
EDITOR
SITI AFIQAH MASTOR
EDITOR
NOOR HABIBAH
MOHAMED DAUD
FOTOGRAFI
HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1
KATA ALUAN
PENGARAH
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas
penerbitan Majalah PKKMAG bil 1/2017. Sejak penubuhan PKPP yang
dahulunya dikenali sebagai Pusat Kokurikulum pada 9 Ogos 2006, PKPP
berperanan untuk membantu universiti dalam melahirkan graduan yang
berkualiti, berdaya saing dan berupaya terus maju melalui pembelajaran
berterusan dengan memiliki elemen kemahiran insaniah yang tinggi untuk
menjadi graduan universiti yang hebat dan mantap.
PKPP melangkah setapak demi setapak ke arah kecemerlangan
dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak
pengurusan atasan dan juga warga kerja PKPP yang telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan PKPP sentiasa
cemerlang. Sikap kerjasama dan komitmen itu yang ditunjukkan oleh
warga PKPP ini telah menjadikan setiap amanah yang diberikan
dapat dijalankan dengan sempurna.
Bermula dengan penawaran Kursus Kokurikulum Berkredit,
PKPP meluaskan bidang fungsinya dengan menawarkan dua
lagi kursus untuk pelajar UPM iaitu Kursus Permulaan Graduan
(Starting School) dan Kursus Ketrampilan Graduan (Finishing
School). Melalui ketiga-tiga kursus ini, elemen kemahiran
insaniah sememangnya menjadi tulang belakang asas kepada
pelaksanaannya.
Setelah kejayaan demi kejayaan dikecapi, PKPP telah
membuat penjenamaan semula kursus ini dengan mewujudkan
Kursus Putra Success, Putra Journey dan Putra Excellent.
Selain itu, PKPP juga sedang berusaha untuk menganjurkan
beberapa kursus pendek yang berkaitan kemahiran dengan menawarkan pensijilan dari badan-badan yang diiktiraf
sebagai nilai tambah kepada pelajar UPM. Kini, PKPP sedang merancang untuk mengadakan beberapa kursus
pendek seperti Selam Skuba, Batik Canting, Kursus Manikayu, Sukarelawan Sukan dan beberapa kursus lain yang
dilihat berpotensi untuk dipasarkan.
Akhir kata, semoga segala kejayaan yang dikecapi sepanjang penubuhan PKPP dapat diteruskan dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa dan setiap yang dirancang dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
“BERILMU BERBAKTI”
PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY
Pengarah
Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
2
PENGARAH
PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY
TIMBALAN PENGARAH
PROF. MADYA DR. SITI SALWA ABD. GANI
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
SAHEH SAID
SEKSYEN
KOKURIKULUM BERKREDIT
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
MOHD SYAWAL SAUTI
PEMBANTU TADBIR (P/O) KANAN
HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI
PEMBANTU TADBIR (P/O)
MOHAMAD AMIRUDDIN ZAWAWI
SEKSYEN
PENTADBIRAN & KEWANGAN
PEMBANTU TADBIR (P/O)
FARAH DAYANA JAMALUDDIN
PEMBANTU OPERASI
NORAZRIHAN MISNGAN
PEMANDU
MOHD ZALI HAMID
SEKSYEN
PEMBANGUNAN PELAJAR
PEMBANTU TADBIR (P/O)
NOOR HABIBAH MOHAMMED DAUD
PEMBANTU TADBIR (P/O)
SITI AFIQAH MASTOR
SETIAUSAHA PEJABAT
HAFIDZAH NOR ISMAIL
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
3
SERDANG, 10 Mac – H. E. Issop Patel dari
Kedutaan Mauritius telah mengadakan lawatan
ke Universiti Putra Malaysia bagi mengadakan
perbincangan program dua hala UPM – Mauritius. Dalam
lawatan tersebut beliau telah berkunjung ke Pejabat
Naib Canselor, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan
Pelajar dan Muzium Warisan, Fakulti Bahasa Moden &
Komunikasi UPM.
Hasil daripada perbincangan tersebut, banyak perkara
telah dibincangkan. Antaranya adalah Pusat Kokurikulum
dan Pembangunan Pelajar mencadangkan untuk
mengadakan Program Mobiliti yang melibatkan pelajar
Kursus Bakti Siswa. Program tersebut akan dapat
membantu pelajar menimba pengalaman dalam aspek
kepimpinan, perkongsian ilmu serta mengenali budaya
masyarakat luar.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
4
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
5
PORT LOUIS (Mauritius), 18 Mac - Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, Pengarah PKPP telah menerima Anugerah Khas Sijil Pengiktirafan
Mauritius daripada Perdana Menteri Mauritius, Pravind Kumar Jugnauth dalam satu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-80 Mauritius Tamil League.
Majlis turut dihadiri seramai 800 orang termasuk Timbalan Presiden Mauritius, menteri-menteri, dif-dif kehormat, ahli pertubuhan badan-badan NGO Mauritius, para pensyarah, penderma dan orang ramai.
Pengiktirafan diberi kepada Dr. Param kerana sumbangannya di Mauritius selama 21 tahun di mana beliau telah berusaha mengembangkan ilmu kesarjanaan (Language and Culture) di Mauritius melalui pelbagai aktiviti seperti Penyelidikan dan Penerbitan, Seminar & Persidangan, Students Cultural Exchange Program, Foster Family Program, Malaysian Food Festival dan Entrepreneur tour.
Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau yang merupakan penerbitan UPM telah menjadi buku rujukan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Mauritius . Dr. Param berkata beliau telah mengunjungi Mauritius sebanyak 50 kali, kali pertama semasa beliau menjadi pelajar program Ijazah Bacelor UPM iaitu pada 1996. “Perhubungan Malaysia-Mauritius diteruskan lagi semasa saya mula bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. “Perhubungan dua hala Malaysia-Mauritius masih berterusan bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar melalui pelbagai aktiviti pelajar,” katanya.
Kini, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar sedang dalam usaha untuk mengadakan hubungan dua hala Malaysia-Mauritius dalam program Bakti Siswa dan pertukaran budaya antara dua negara.
Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy membuat kunjungan hormat bertemu Presiden Mauritius, Prof. Dr. Ameenah Gurib-Fakim.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
6
SERDANG, 11 MAC 2017- Pusat Kokurikulum dan
Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra
Malaysia dengan kerjasama Fizo Omar Channel
(FOC) telah menganjurkan Program Varsity Intensive
Business Exposure (VIBE) “Softskills Enhancement”
2017 yang menampilkan penceramah hebat iaitu:
• Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad (Pakar Motivasi)
• WanHaizolWanOmar@FizoOmar(Keusahawanan)• Abang Abu Mekanik Wang (Pengurusan Kewangan
Pelajar)
• Abu Talib Husin (Pengacara TV9)
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
7
VIBE 2017 ini telah dihadiri oleh 3,000 pelajar
Kokurikulum Berkredit. Program ini bagi memberi
pengetahuan yang lebih luas mengenai keusahawanan.
Program ini juga merupakan salah satu usaha PKPP
UPM untuk membantu perkongsian ilmu kepada pelajar
terutama dalam strategi keusahawanan masa kini.
Apabila melihat kepada unjuran fakta kira-kira
200,000 mahasiswa yang dilahirkan seluruh negara
setiap tahun, dengan kadar pengangguran yang agak
membimbangkan serta bebanan hutang pelajaran yang
tidak dapat dilangsaikan pada waktunya dan tambah
malang, secara purata rakyat Malaysia seawal usia 25
tahun, terjerumus dalam kancah kebankrapan yang
majoritinya mengakui punca utama adalah kerana kurang
ilmu pengurusan kewangan dan bebanan hutang keliling
pinggang. Pihak PKPP memandang serius perkara ini
dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah
dalam kalangan pelajar demi menghadapi masa depan
selepas bergraduat kelak.
VIBE 2017 merupakan landasan terbaik
sebagai nilai tambah kepada pelajar disamping
memantapkan ilmu sebagai persiapan mahasiswa untuk
menghadapi dunia selepas bergraduat termasuk dalam
bidang keusahawanan selain dapat mengukuhkan
kebolehpasaran mahasiswa didalam dunia kerjaya.
Program yang telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo,
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
8
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan
Masyarakat) ini juga dilihat salah satu usaha PKPP UPM
dalam melahirkan graduan holistik yang mempunyai jati diri
yang tinggi dan penguasaan serta penghayatan terhadap
elemen kemahiran insaniah, graduan yang berkualiti,
berketrampilan dan berdaya saing serta seimbang dalam
bidang akademik dan pembangunan sahsiah diri bagi
membentuk pemimpin masa hadapan negara kerana
program seumpama ini dapat meningkatkan penghayatan
kemahiran insaniah sejajar dengan matlamat negara untuk
menghasilkan insan yang cemerlang demi pembangunan
negara serta meningkatkan imej universiti sebagai
pemangkin pembangunan insan.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyokong hasrat universiti dalam
menghasilkan pelajar yang berketrampilan,
berdaya saing dan mampu untuk terus
maju
2. Menjalankan usaha membantu universiti
untuk melahirkan graduan holistik yang
seimbang dalam pencapaian akademik
dan kokurikulum sebagai nilai tambah
kemahiran pelajar sekaligus menanam
nilai keusahawanan
3. Mendedahkan peri pentingnya pengurusan
kewangan yang berkesan semasa dan
selepas pengajian di UPM & komunikasi
berkesan
4. Menambah kemahiran komunikasi
berkesan kepada pelajar Kokurikulum
Berkredit
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
9
SERDANG 8 Dis. - Persatuan Teater dan Drama Pentas Kumpulan 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP),
Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menyahut cabaran untuk mengadakan mobiliti ke luar negara selama empat hari di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Pengarah program Layar Pariwisata, Aditya Hutama berkata program yang mendapat kerjasama Universiti Udayana, Denpasar, Indonesia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya serta keunikan Indonesia selain memperkenalkan budaya Malaysia di Indonesia.
“Program ini adalah platform untuk memperkenalkan UPM sebagai landasan kepada pembangunan dan kepimpinan anak muda pada era globalisasi ini dan saya berharap rakan-rakan menerapkan ilmu baharu,” katanya.
Tambah beliau, objektif program adalah untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia kepada Indonesia khususnya di Bali serta mengetengahkan pengetahuan dan silang budaya negara lain kepada pelajar-pelajar UPM.
“Saya bersyukur diberi peluang untuk mengikuti program ini. Pada saya, pengalaman ke negara orang sangat berharga selain dapat meningkatkan kemahiran insaniah daripada segi komunikasi serta kepimpinan dalam diri,” kata Nurunnajwa Nor Aripin daripada Bacelor Ekonomi ketika ditemubual.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini telah dirancang selama setahun dan alhamdulillah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya pengarah program,” kata En Qadry sebagai fasilatator kumpulan ini.
Antara aktiviti utama program termasuklah persembahan Tarian Saraswati daripada pihak Universiti Udayana dan persembahan sajak daripada UPM selain perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat mengenai budaya oleh kedua-dua universiti.
Turut mengikuti program ini adalah pemantau program, Puan Farah Dayana Jamaluddin dan dua orang fasilator kumpulan, En Qadry Basri dan En Khalrul Amin Mirsa Husain. - UPM
PELAJAR UPM ANJUR PROGRAM MOBILITI KE BALI, INDONESIA
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 0
BINTULU, 10 Okt - Universiti Putra Malaysia bercadang menubuhkan Akademi
sebagai sokongan kuat kepada aktiviti kesukarelawanan yang boleh dimanfaatkan oleh institusi pengajian tinggi yang mempunyai Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM).
“UPM menyambut cabaran yang dicadangkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM), Prof Madya Dr Abdul Rashid Mohamad supaya UPM menerajui usaha aktiviti-aktiviti pengakap dengan KLKM universiti lain.
“Usaha KLKM dan elemen-elemen pergerakan pengakap sememangnya sangat signiikandengan keperluan pelajar pada masa kini kerana selaras dengan konsep IHSAN sebagai tonggak kecemerlangan UPM iaitu pekerjaan dilaksanakan dengan eisien untuk mencapai kualitikecemerlangan dalam berbakti kepada masyarakat dan Negara,” katanya selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah UPM.
Beliau mengulas cadangan Dr Rashid semasa merasmikan program Higher Institution National Exploration & Camping (HINEX CAMP) kali ke-14, di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu (UPMKB), di sini, kelmarin di mana UPM dipilih sebagai tuan rumah dengan penyertaan seramai 205 peserta dan pegawai pengiring menyertai program HINEX bermula 9 hingga 15 Oktober depan.
Beliau berkata, pengurusan UPM juga menyalurkan sejumlah peruntukan RM150,000 bagi tujuan menaik taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana di UPMKB sebagai sokongan padu UPM yang menjadi tuan rumah dalam menjayakan program berkenaan.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 1
Naib Canselor sudah melakukan lawatan tapak ke kawasan perkhemahan ini, dan yakin dengan kenaikan taraf ini dapat merealisasikan harapan untuk menjadikan program ini sebagai program yang akan dikenang dan memberikan impak yang tinggi kepada peserta.
“Kita berharap dengan program ini akan dapat melahirkan pelajar yang cergas serta mempunyai ketahanan dari segi mental dan izikal melalui aktivitiizikaldanaktivitipengakap,”katanya.
Selain Dr Abdul Rashid, turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Daerah UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin dan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB Prof. Madya Dr. Zamri Rosli.
Program itu adalah anjuran KLKM daerah UPM membabitkan pelajar UPM, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Politeknik Mukah.
Program itu turut dijayakan dengan kerjasama UPM Kampus Bintulu, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Persatuan Pengakap Negeri KLKM dan Persatuan Pengakap Malaysia.
Antara aktiviti peserta kem itu ialah Similajau Jungle Tracking, Night Walk Kem Hutan Nirwana, Malam Mesra Alumni selain menyertai ekspedisi ke Gua Niah, lawatan ke rumah panjang dan program seperti khidmat komuniti di Kuala Tatau dan Sebauh.
Sehari sebelum perasmian, Prof Datin Paduka Dr Aini membuat tinjauan HINEX CAMP di Kem Hutan Nirwana untuk meninjau persiapan program peserta HINEX CAMP dan menanam pokok Kapur (Dipterocarpaceace) di kawasan perkhemahan itu sebagai simbolik perasmian HINEX.
Sempena HINEX 2016, UPM Kampus Bintulu julung kalinya mengadakan International Youth Forum selama dua hari yang bertujuan membolehkan peserta bertukar idea dalam pelbagai isu dari pelbagai negara seperti Ghana, Bangladesh, Nigeria, Indonesia dan Brunei yang akan menyertai forum ini selama 2 hari.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 2
SERDANG, 12 NOVEMBER 2016 - Pusat
Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP)
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan
Seminar Kemahiran Insaniah Kebangsaan (SKIK) 2016
selama 1 hari yang menampilkan penceramah hebat
iaitu:
• YH.Prof.Dato’Dr.MohammadShatarSabran
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UPM
• YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose,
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara
• Encik Afdlin Shauki, Pelakon/ Pengacara/
Pelawak dan Penerbit Filem
• Encik Wan Haizol Wan Omar (Fizo Omar), Pelakon/ Pengacara dan Usahawan
Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 2,500 pelajar
seluruh IPTA dan IPTS dalam negara bertujuan untuk
berkongsi idea, pengalaman dan pandangan tentang
sejauh mana pelaksanaan dan penghayatan elemen
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar
IPTA/IPTS di seluruh negara semasa mereka belajar dan
bekerja.
Selain itu, ia juga merupakan sebagai platform
untuk menjana idea dan pandangan yang baharu melalui
pertukaran idea dan perkongsian pelaksanaan elemen
kemahiran insaniah di setiap IPTA dan IPTS serta
perkongsian dan maklum balas agensi kerajaan dan
swasta terhadap graduan masa kini.
Program yang telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi ini juga dilihat salah satu
usaha PKPP UPM dalam melahirkan graduan holistik
yang mempunyai jati diri yang tinggi dan penguasaan
serta penghayatan terhadap elemen kemahiran insaniah,
graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya
saing serta seimbang dalam bidang akademik dan
pembangunan sahsiah diri bagi membentuk pemimpin
masa hadapan negara kerana program seumpama ini
dapat meningkatkan penghayatan kemahiran insaniah
sejajar dengan matlamat negara untuk menghasilkan
insan yang cemerlang demi pembangunan negara
serta meningkatkan imej universiti sebagai pemangkin
pembangunan insan.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 3
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 4
KOTA TINGGI – Free market yang menjadi salah satu pengisian sempena Projek Mega Siswa@Kampung Bukit Lintang 2016 mendapat sambutan
menggalakkan penduduk kampung.
Pengarah program, Muhammad Aqil Rifqi Mohamed Azlan berkata, program inisiatif pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan KPJ Healthcare University College kampus Nilai, mengumpulkan pakaian terpakai, buku dan juga mainan untuk diberi secara percuma kepada penduduk.
Menurutnya, ia dijayakan 57 pelajar UPM menerusi Kursus Bakti Siswa, turut melibatkan empat pelajar KPJ Healthcare University College, berkolaborasi bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Lintang.
“Program ini bertujuan untuk beri pendedahan dan pembelajaran secara berterusan kepada ahli kumpulan dalam merancang dan menguruskan program yang berskala besar.
“Program sebegini mendidik siswa tentang tatacara pelaksanaan program pada setiap fasa daripada prapersediaan program, perangkaan kertas kerja, pengumpalan dana, kerjasama antara mahasiswa dan pihak – pihak berkepentingan dan segala yang berkaitan dengan pelaksanaan projek berskala besar.
“Ia juga untuk mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar yang sealiran dengan usaha UPM untuk menerapkan sebilangan kemahiran insaniah dalam siswa - siswinya.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 5
“Program yang mempunyai tema ‘Menjalin Budi,Mengeratkan Kasih’ berkemampuan untuk memberipeluang kepada siswa untuk berbakti serta meringankan beban warga kampung dengan menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada komuniti setempat,” katanya.
Muhammad Aqil Rifqi berkata, program turut mengukuhkan ukhuwah sesama penduduk setempat dan siswa UPM dan KPJ Healthcare University College.
Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik dijayakan sepanjang program memberikan impak positif kepada siswa secara individual mahupun kolektif.
“Melalui program ini, pelbagai aktiviti sesuai untuk segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan bangsa diadakan. Antaranya program kampungku hijau. Aktiviti yang dijalankan dalam program sehari itu seperti melukis mural, pertandingan mewarna, program kesedaran kesihatan, gotong – royong bersama penduduk kampung dan juga Free Market.
“Turut dimeriahkan adalah aktiviti kebudayaan bersama warga kampung, selain program bersama ibu bapa angkat bagi mewujudkan ikatan erat antara mahasiswa dan keluarga angkat.
“Program berunsur kerohanian, majlis tahlil dan bacaan Yasin turut diadakan bagi memantapkan nilai insani dalam masyarakat,” katanya.
Jelasnya, Projek Mega Siswa@Kampung BukitLintang 2016 dilihat mampu menjadi satu wahana berkesan membentuk masyarakat bersatu padu, penyayang dan sentiasa dahagakan nilai murni sepanjang hayat.
Terdahulu, program berkenaan disempurnakan wakil rasmi ahli parlimen Tenggara, Datuk baderi Dasuki yang juga merupakan Adun Panti.
Hadir sama, Ketua Kampung Lukut, Mohn Nor Lawang, Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Tenggara, Zulkeri Yusof dan Guru Besar SK Bukit Lintang, Samsiah Hussin.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 6
BANTING -22Oktober2016, seramai 60 pelajar
daripada Kursus Pengenalan taekwondo UPM
telah mengajurkan Program Putra Taekwondo
Open Day 2016 bersama anak-anak yatim daripada
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting.
Kursus taekwondo dibimbing oleh Encik Selvakkumar
dan Encik Azrin.
Programyangbertemakan “HappyHealthyKids’ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anak-
anak yatim mengenai gaya hidup sihat, kepentingan
keselamatan diri, cara-cara mempertahankan diri
disamping mengajar beberapa teknik asas seni
taekwondo yang boleh digunakan dalam keadaan
kecemasan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab, kepimpinan
dan kasih sayang dalam kalangan pelajar. Program
ini telah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris bagi
meningkatkan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 7
Program dimulakan
dengan ketibaan anak-
anak yatim seramai 38
orang yang berumur 7
hingga 18 tahun daripada
Rumah Anak Yatim dan
Asnaf As-Solihin, Banting.
Program ini bertempat di
sekitar Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan,
UPM. Selepas bersarapan
program diteruskan dengan
perbentangan mengenai
gaya hidup sihat dan
pemakanan seimbang.
Seterusnya, anak-anak
yatim tersebut didedahkan
mengenai keadaan
berbahaya dalam kehidupan
seharian serta cara-cara
mengatasinya. Selain itu,
mereka telah diajar tentang
cara-cara mempertahankan
diri sekiranya didatangi oleh
orang yang tidak dikenali. Semua perbentangan dan
bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar KKB
Kursus Pengenalan Takewando Semester 1 2016/2017.
Melalui program ini, pelajar dapat memupuk
sifat kepimpinan, tanggungjawab, kesabaran dan
rasa kesyukuran atas nikmat dalam kalangan pelajar
UPM. Pengarah program berharap agar program
ini dapat dijalankan pada setiap tahun agar dapat
melahirkan graduan bersahsiah tinggi, berkepimpinan,
bertanggungjawab, berdaya saing serta mempunyai ciri-
ciri semnagat berpasukan dan kasih sayang yang mampu
menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara
serta menaikkan nama UPM ke pentas dunia.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 8
Serdang, 4 Disember- Kehadiran pelajar Bakti
Siswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
seramai 60 orang pada pagi Ahad lalu sempena
penganjuran program Menyemai Kasih bersama Warga
Taman Sri Serdang di Surau Al-Hidayah disini sangat
mengembirakan warga Taman Sri Serdang. Seawal jam
7.00 pagi mereka telah tiba untuk membuat persiapan
bagi menjayakan program mereka bersama komuniti
Taman Sri Serdang.
Menurut salah seorang penduduk disitu, beliau
sangat mengalu-alukan kedatangan para pelajar
ke tempat mereka. Pagi itu, warga taman sangat
bersemangat dalam menjayakan program pelajar
university itu. Ia jelas terbukti apabila penduduk taman
telah berkumpul di anjung surau untuk bersarapan
setelah selesai tazkirah subuh pada pagi itu ketika mana
para pelajar sedang aktif melakukan persiapan tempat.
Mereka pulang hanya untuk menukar pakaian sahaja
dan kemudian terus kesurau untuk menyertai program
yang dianjurkan oleh pelajar Bakti Siswa (Baksis) dari
kumpulan 3 dan 11.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelajar
yang berbilang kaum dan agama itu sangat tinggi apabila
mereka sepenuh hati melaksanakan tugasan yang
telah diberikan. Antara aktiviti yang paling ketara dapat
dilihat adalah ketika gotong-royong. Kebanyakan pelajar
berbangsa Cina aktif membersihkan kawasan surau
tidak kira di dalam surau mahupun di sekitar kawasan
surau. Mereka tidak menunjukkan sikap perkauman
ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut
walaupun jelas terbukti bahawa surau adalah tempat
ibadat umat Islam. Tidak kurang juga usaha yang
ditunjukkan oleh pelajar berbangsa Melayu dan India.
Mereka semua bekerjasama dalam melakukan pekerjaan
tersebut.
Pengerusi surau Al-Hidayah iaitu Encik Haji Meor
Nazri Bin Meor Razlan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada para pelajar kerana sudi berbakti kepada
masyarakat. Beliau berharap program sebegini dapat
dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.
“Saya bagi pihak AJK surau Al-Hidayah
mengucapkan setinggi tahniah dan berbanyak terima
kasih diatas sumbangan gotong royong daripada pihak
UPM serta En. Saheh Bin Said selaku Pengerusi
KRT Taman Sri Serdang. Semoga akan ada lagi
kesinambungannya pada masa akan datang. Terima
kasih sekali lagi.” Ucapan Encik Haji Meor Nazri Bin
Meor Razlan.
Bagi pihak pelajar pula, mereka sangat berpuas
hati dan gembira dengan program yang dianjurkan kerana
melalui program sebegini mereka dapat membantu
golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu
tunggal dan OKU. Melalui sumbangan yang diberikan
oleh mereka itu dapat meringankan beban mereka yang
kurang kemampuan.
Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan secara
berterusan agar masyarakat setempat khususnya
mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu. Sama-
samalah kita memupuk sikap saling membantu dalam
kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Pengerusi Surau Al-Hidayah, Tuan Haji Meor Nazri Bin Meor
Razlan sedang berucap ketika majlis perasmian.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
1 9
Gambar pelajar-pelajar Bakti Siswa UPM.
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
2 0
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
2 1
P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R
2 2