Post on 11-Feb-2021
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji II
SR2B Set 2
Nama : ____________________________
Catatan Kerja Rumah
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Tapak perkhemahan di Hutan Lipur Lata Jarum itu akan _____
bersihkan sebelum pulang.
A. tuan C. kami
B. dikau D. beliau
2. “Apakah hajat Megat Terawis datang ke teratak _____ ini?”
tanya Pak Mahat sambil menjemput Megat Terawis masuk.
A. patik C. kalian
B. hamba D. baginda
3. Mereka akan menaiki _____ untuk memudiki anak sungai di Laman
Idaman itu.
A. rakit C. lori
B. feri D. jet ski
4. Ayah dan ibu membiarkan adik mandi dengan _____ di dalam
kolam plastik di hadapan chalet.
A. ceria C. riang
B. muram D. lincah
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 1Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahSticky Notesesuatu yg dikehendaki
AsyirahSticky Noterumah
AsyirahSticky Notebelayar mudik di (sesebuah sungai)
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Mereka memberikan makanan kepada empat _____ rusa yang
sungguh jinak di kawasan perkelahan itu.
A. kawan C. orang
B. pasang D. ekor
6. Perpustakaan mini di rumah Hana sangat _____ dan bersih.
A. rapi C. molek
B. kemas D. lawa
7. Danial sangat _____ bertutur dalam bahasa Mandarin kerana
ibunya berketurunan Cina.
A. fasih C. pantas
B. pelat D. kencang
8. Thania berasa sangat _____ semasa menaiki kereta kabel ke
puncak Genting Highland.
A. malu C. gayat
B. malas D. rindu
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 2Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. Rumah yang cantik itu terletak di _____ sebatang anak sungai.
A. bawah C. sudut
B. tepi D. belakang
10. Kami terpaksa memendekkan lawatan ke ladang teh _____
hujan turun dengan lebat.
A. tetapi C. kerana
B. supaya D. sementara
11. Kim Ng berasa pening semasa melalui jalan yang _____ menuju ke
Bukit Fraser.
A. dolak-dalik C. bengkak-bengkil
B. huyung-hayang D. bengkang-bengkok
12. Air tasik itu _____ apabila dilihat dari jauh.
A. kehitam-hitaman C. kebiru-biruan
B. keputih-putihan D. keungu-unguan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 3Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahSticky Notemenyingkatkan; meringkaskan
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13. Audra melihat Pak Rawi _____ kayu yang ditempah oleh
pelanggan di bengkelnya.
A. diukir C. pengukir
B. berukir D. mengukir
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. “Wah, seronoknya saya kerana dapat mengikuti ekspedisi
berakit ini!” kata Kamarul kepada ayahnya.
A. Kamarul menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia berasa
seronok kerana dapat mengikuti ekspedisi berakit itu.
B. Kamarul memberitahu kami bahawa dia berasa seronok kerana
dapat mengikuti ekspedisi berakit itu.
C. Kamarul menyatakan perasaan terujanya kepada ayah kerana
berpeluang mengikuti ekspedisi berakit itu.
D. Ayah memberitahu Kamarul bahawa mereka berasa seronok
kerana dapat mengikuti ekspedisi berakit itu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 4Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahSticky NotePerjalanan
15. Bilik bacaan itu telah dikemaskan oleh mereka pada hari
Ahad secara bergotong-royong.
A. Pada hari Ahad mereka kemaskan bilik bacaan itu secara
bergotong-royong.
B. Mereka telah mengemaskan bilik bacaan itu secara bergotong-
royong pada hari Ahad.
C. Pada hari Ahad, keluarga itu bergotong-royong mengemaskan
bilik bacaan.
D. Mereka pada hari Ahad kemaskan bilik bacaan itu secara
bergotong-royong.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Encik Taha mempunyai koleksi topi-topi menarik yang
dibelinya semasa melancong ke beberapa tempat.
B. Puan Suhaila akan pergi gerai kraf tangannya petang nanti.
C. Buku kamus bergambar dibeli oleh saya di Kedai Buku
Pustaka Ria.
D. Mereka sekeluarga akan melancong ke Pulau Langkawi
pada cuti sekolah nanti.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 5Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada percutian kali ini, kami bercuti di Kampung Tok Senik, Ulu
Melaka. Kampung Tok Senik yang terletak di Pulau Legenda itu sungguh
indah dan mendamaikan.
Pada pagi itu, aku dikejutkan daripada tidur oleh kokokan ayam.
Selepas menunaikan solat Subuh, aku segera membuka jendela bilik yang
menghadap ke sawah padi. Aku berasa sungguh tenang apabila menyedut
udara yang nyaman. Rumah penginapan kami dikelilingi oleh pokok padi
serta keindahan flora dan fauna yang menyejukkan mata memandang.
Pada petang itu, kami sekeluarga minum petang di serambi sambil
berbual-bual.
“Tempat ini mengingatkan ayah semasa zaman remaja ayah di desa
dahulu. Di rumah nenek kamu, ayah, datuk, nenek, mak ngah, pak alang,
dan pak usu kamu menjamah hidangan minum petang dengan bersila
sambil bertukar-tukar cerita,” ujar ayah.
Kini, barulah aku tahu mengapa ayah beria-ria mengajak kami
bercuti di sini. Kata-kata ayah memang benar. Aku dapat merasakan
bercuti di sini seperti berada di kampung sendiri. Apa yang lebih
menarik, tempat penginapan kami ini menawarkan kehidupan ala kampung
yang dilengkapi kemudahan moden.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 6Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahSticky Notetenang
AsyirahSticky Notetingkap
AsyirahSticky Notesegar
AsyirahSticky Notemakan (sedikit) / merasa makanan (sedikit)
“Selain itu, pemandangan di sini juga sungguh cantik. Reka bentuk
rumah penginapan di sini juga menarik,” kataku.
“Untuk pengetahuan kamu, rumah Melayu di sini ada pelbagai
bentuk dan jenis serta gelaran tertentu. Antaranya ialah Rumah Induk,
Rumah Penganyam Tikar, dan sebagainya. Kita perlulah berbangga
dengan kesenian bangsa kita, Haikal. Bangsa kita sememangnya kaya
dengan seni bina yang unik,” tambah ayah.
17. Di manakah letaknya Kampung Tok Senik, Ulu Melaka?
A. Pulau Pangkor
B. Pulau Pinang
C. Pulau Tioman
D. Pulau Langkawi
18. “Aku” berasa damai semasa bangun daripada tidur kerana ...
A. “aku” tidur dengan nyenyak semasa di Kampung Tok Senik.
B. “aku” menghirup udara yang nyaman serta keindahan flora dan
fauna di Kampung Tok Senik.
C. “aku” baru pertama kali bercuti di kawasan kampung.
D. rumah penginapan “aku” dilengkapi dengan alat penyaman udara.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 7Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
19. Apakah faktor yang menyebabkan ayah “aku” bersungguh-
sungguh mengajak mereka sekeluarga bercuti di Kampung Tok
Senik?
A. Kampung Tok Senik ialah kampung halaman ayah “aku”
B. Ayah “aku” hendak menziarahi sanak saudara yang sudah lama
tidak ditemuinya di situ
C. Kemudahan penginapan dan persekitaran Kampung Tok Senik
mirip kepada percutian di kampung tradisional
D. Kemudahan penginapan yang terdapat di Kampung Tok Senik
merupakan yang terbaik di Ulu Melaka
20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Rumah penginapan di Kampung Tok Senik diberikan pelbagai
gelaran.
B. Ayah “aku” merupakan anak bongsu dalam keluarganya.
C. Rumah penginapan “aku” sebuah rumah banglo moden yang
cantik.
D. Rumah penginapan “aku” sekeluarga berhadapan dengan laut
yang membiru.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 8Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberikan.
Aktiviti melancong bersama-sama keluarga di dalam negara pada
cuti sekolah banyak memberikan manfaat kepada kita. Hal ini
disebabkan negara kita juga tidak kalah dengan keindahan flora
__________ faunanya. Tambahan pula, kos melancong di dalam negara
adalah lebih murah. Kita juga dapat mengetahui kebudayaan masyarakat
majmuk __________ terdapat di negara kita. Misalnya, melancong ke
Kampung Budaya Sarawak, kita dapat mempelajari keunikan suku kaum
di Sarawak. __________ melancong bersama-sama keluarga juga dapat
mengeratkan hubunqon kekeluargaan __________ kita dapat
melakukan banyak perkara bersama-sama.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 9Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
_________________________________________________
_________________________________________________
Jawapan: Bekas pensel daripada anyaman manik ini dibeli oleh
Farhana semasa dia bercuti di Sarawak.
[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 10Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
AsyirahSticky NoteSiapakah yang membeli bekas pensel yang diperbuat daripada anyaman manik ini?
AsyirahSticky NoteMengapa ibu memanggil Sofea ke bilik ini.
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang kaya dengan
destinasi pelancongan yang menarik. Antara tarikan pelancong ke Pahang
ialah Lanjut Golden Beach Resort. Destinasi yang terletak di Rompin ini
dikelilingi oleh gugusan flora dan fauna.
Lanjut Golden Beach Resort menawarkan pakej kembara bersama-
sama alam yang sungguh menarik untuk para pengunjung. Antara aktiviti
yang dapat dilakukan oleh pengunjung ialah menimba pengalaman
memukat di tepi pantai bersama-sama dengan penduduk kampung dan
mencari lokan di Pulau Jawa. Untuk kaki pancing, banyak tasik yang
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 11Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
boleh dijejaki oleh mereka untuk mencuba nasib menjinakkan ikan
toman, haruan, dan patin. Selain itu, aktiviti sukan lasak seperti memacu
kenderaan ATV di celah-celah belukar, menuruni lurah, dan mendaki
bukit turut disediakan. Pengunjung juga turut mengenali pokok herba
untuk perubatan tradisional seperti mengkudu dan leban.
Pada sebelah malamnya, pengunjung boleh merasai keseronokan
mengintai kunang-kunang di pokok bemban. Untuk meneruskan cabaran,
pengunjung bolehlah menyertai aktiviti berjalan malam yang sungguh
mencabar. Ternyata kunjungan ke sini tidak akan mengecewakan
pengunjung kerana menjanjikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
a. Lanjut Golden Beach Resort sangat menarik kerana ___________
________________________________________. [1 markah]
b. Mengapakah kunjungan ke kawasan peranginan ini tidak akan
menghampakan para pengunjung?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 12Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Hai Tasya,
Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman bercuti di Bukit
Bendera. Bukit Bendera ialah pusat peranginan tanah tinggi yang sudah
sinonim dengan Pulau Mutiara. Bukit Bendera berada pada kedudukan
830 meter dari aras laut. Udara di sini sungguh sejuk dan nyaman serta
tiupan angin yang menjanjikan suasana yang cukup selesa apabila berada
di puncak bukit meskipun dalam cuaca panas.
Tidak lengkap kunjungan kita ke Bukit Bendera jika tidak menaiki
kereta api elektrik yang merupakan tarikan utama pengunjung ke sini.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 13Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
Perjalanan ke puncak Bukit Bendera mengambil masa yang singkat
dengan menaiki kereta api elektrik. Semasa bercuti di Bukit Bendera,
saya dan keluarga menginap di sebuah bangle yang berkonsepkan seni
bina Inggeris. Banglo-banglo ala Inggeris ini dijaga dengan rapi dan
binaannya masih dalam bentuk asal. Semasa bermalam di slni, saya dapat
melihat lampu yang bergemerlapan di Bandar Raya Georgetown dan
deretan kereta yang melalui Jambatan Pulau Pinang.
Pada hari pertama di Bukit Bendera, saya dan ayah melakukan
aktiviti merentas hutan. Kami menghirup udara yang segar sambil
menikmati keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Semasa
melalui denai yang disediakan, saya dapat mengenali banyak pokok
hutan.
Selepas makan tengah hari, saya menyaksikan persembahan tarian
canggung dan persembahan boria di pentas kebudayaan yang terletak di
tengah-tengah Bukit Bendera. Saya berasa sungguh seronok
menyaksikan persembahan kebudayaan ini. Saya juga tidak melepaskan
peluang untuk bergambar dengan replika kereta api Bukti Bendera yang
diperbuat daripada kayu. Kereta api inilah yang mula-mula digunakan di
Bukit Bendera. Setelah mendaftar keluar, kami membeli-belah di kedai
cenderamata di kaki bukit untuk dibawa pulang.
Semoga berjumpa lagi dalam e-mel yang lain.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 14Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahCross-Out
AsyirahReplacement Textbanglo
AsyirahCross-Out
AsyirahReplacement Textsini
AsyirahSticky Noteberkilat-kilat, berkilauan
AsyirahHighlight
a. Perkataan bergemerlapan dalam petikan boleh juga digantikan
dengan perkataan ___________________________. [1 markah]
b. Mengapakah kunjungan ke Bukit Bendera dikatakan tidak lengkap
jika tidak menaiki kereta api elektrik?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
c. Apakah keunikan banglo-banglo di Bukit Bendera?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
d. Adakah anda berminat untuk bercuti di kawasan peranginan
seperti Bukit Bendera? Mengapa?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 15Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahUnderline
AsyirahUnderline
Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Negeri Kedah banyak sejarahnya,
Kaya dengan warisan berharga,
Pulau Langkawi masyhur namanya,
Legenda Mahsuri pernah tercipta.
Bumi Kenyalang itulah gelarannya,
Negeri yang terbesar di Malaysia,
Taman Negara Bako tarikan utama,
Rahsia khazanah alam terungkai jua.
Negeri Sembilan negeri yang istimewa,
Pendukung Adat Pepatih warisan bangsa,
Bawalah keluarga berkelah di pantainya,
Pasti memori indah terpahat di minda.
Bandar Raya Warisan Dunia itulah Melaka,
Tumpuan pelancong di seluruh dunia,
Kota A Famosa peninggalan berharga,
Kekal utuh sepanjang masa.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 16Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
Sabah terkenal pelbagai budaya,
Masyhur dengan keindahan pantainya,
Pulau Sipadan khazanah yang berharga,
Rahsia alam bersemadi di dasarnya.
a. Apakah maksud rangkap kedua puisi di atas?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[2 markah]
b. Negeri apakah yang digelar Bumi Kenyalang?
_________________________________________________
_________________________________________________
[1 markah]
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan
yang salah berdasarkan pantun tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 17Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahSticky NoteTaman Negara Bako ialah tempat tarikan utama di Negeri Serawak yang menyimpan khazanah alam.
AsyirahHighlight
[1 markah]
d. Terangkan maksud baris-baris puisi tersebut.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 18Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahSticky NoteKota A Famosa ialah tempat peninggalan sejarah dunia Melayu yang akan kekal sepanjang masa.
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan suasana perkhemahan di tepi pantai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana perkhemahan di tepi
pantai berdasarkan gambar.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 19Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
AsyirahSticky NotePelbagai aktiviti boleh dilakukan di tepi pantai seperti ?
AsyirahSticky NoteKanak-kanak dapat bermain dgn siapa? dengan membina (apa?) semasa (dimana).
AsyirahSticky NoteSebuah keluarga sedang menikmati (apa) semasa berkelah di tepi pantai.
AsyirahSticky NoteAngin yang k_nc_ng di tepi (apa) memudahkan l_y_ng-la_a_g dimain oleh siapa?
AsyirahSticky NoteRamai orang akan mengambil peluang berm_ndi-m_nd_ ketika berkunjung ke p_nt_i.
Bahagian B (15 Markah)
Gombar di bawah menunjukkan poster Kempen Membaca.
Tulis ulasan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam bentuk
perenggan. Panjangnya ulasan kamu antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 20Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
AsyirahHighlight
AsyirahSticky NoteKesimpulannya, membaca ialah cara yang terbaik untuk meluaskan (apa?) sejak .... kerana membaca jambatan ilmu.
AsyirahSticky NotePengenalan : Tabiat m_mb_ca dalam k_lan_an k_n_k - ka_a_ patut disemai sejak ? lagi.
AsyirahSticky Note- usaha memupuk minat membaca harus bermula di rumah.- ibu bapa juga perlulah kerap membaca sebagai teladan kepada anak-anak.
AsyirahSticky Note- peranan ibu bapa amat penting dalam mengalakkan anak-anak mereka membaca.- menyediakan (apa?) di rumah- menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka secara berfaedah.
AsyirahSticky Note-mereka dapat membeli bahan bacaan yang diminati mereka.- ibu bapa harus sedia mengeluarkan sedikit wang bagi memenuhi permintaan anak-anak mereka.
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu sekeluarga telah melawat ke sebuah
kawasan peranginan yang menarik.
Tulis catatan kamu sepanjang berada di sana.
ATAU
Soalan 2
Kata-kata hikmat di atas merupakan kepentingan amalan membaca yang
harus diamalkan dalam kehidupan sehari-harian murid.
Berdasarkan kata-kata hikmat tersebut, tulis karangan tentang
manfaat membaca dalam kalangan murid.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B02 21Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
AsyirahHighlight
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my