Post on 06-Apr-2018
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
1/19
akan terbit di pasaran
RAHSIA Surah Al-Fatihah sebuah penelitian metamatika
RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR PERSEPSI &VERSI ISLAMIK
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya adaukurannya.
(Q.S. Ar-Radu 13 : 8 )
Kata ukuran membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita
akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk bahasa
sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah
bilangannya. Tidak kiralah bahasa apa sebutan yang digunakan untuk memanggil
angka ini, ia merujuk kepada perkara (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan
ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali),
UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia
merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol
universal. Ia adalah BAHASA ALAM.
Maha hebat penciptaan ALLAH, simbol ini TERTULIS pada alam dalam berbagai ragam
wajah atau bentuknya. Wajah-wajah Allah ada yang tertulis dalam kitab suci Al Quran
sebagai ayat-ayat yang nyata dan terselindung (tersirat), dan ada pula yang tidak
http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/08/akan-terbit-di-pasaran/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/08/akan-terbit-di-pasaran/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/17/rahsia-surah-al-fatihah-sebuah-penelitian-metamatika/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/17/rahsia-surah-al-fatihah-sebuah-penelitian-metamatika/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/08/akan-terbit-di-pasaran/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
2/19
tertulis di dalamnya, iaitu yang terbentang di seluruh jagat raya. Ada yang terhitung dan
ada yang tidak. Lihatlah jumlah matahari yang ada di langit. Lihat juga jumlah bulan.
Bukankah jumlahnya 1. Lihat pula bintang-bintang. Terhitungkan jumlahnya? Tidak perlu
terlalu jauh, lihat sahaja yang terbentang pada alam diri. Satu hidung dengan dualubangnya. Satu mulut dengan satu lidahnya. Dua telinga, dua tangan, dua kaki, 20 jari
jemari, satu unit kepala, satu leher, satu dubur, satu kemaluan dan sebagainya. Yang
tak terhitung pula; rambut, bulu roma, kening dan berbagai bulu-bulu lagi pada diri.
Malah yang terbina di dalam tubuh juga ada jumlah-jumlah bilangannya.
Ayat 8 dari surat ke-13 di atas menjelaskan bahwa Allah menciptakan segala sesuatu
dengan kadar ukuran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, tidak ada wajah atau
ayat Allah, baik yang tertulis maupun yang terbentang itu ada atau terjadi begitu saja,
tanpa disengaja. Semuanya sudah direncanakan, diperhitungkan, dan diatur oleh-Nya,
bukan merupakan sesuatu yang kebetulan. Apabila disengaja, tentu ada maksud dan
tujuannya.
Ada wajah atau ayat yang mampu difahami secara tersurat namun ada juga yang
memerlukan penafsiran untuk merungkai yang tersirat. Ada yang jelas bentuk rupanya
namun ada juga yang tersembunyi atau RAHSIA. Malah ada yang memiliki yang tersurat
dan tersiratnya. Di saat sesuatu itu mampu difahami dari berbagai penafsiran, makna
sebenarnya dari ayat-ayat Allah itu mula tersingkap, tetapi mungkin juga penafsiran itutidak atau belum mencapai makna sebenarnya. Hanya yang maha tahu yang tahu.
Namun yang pasti, manusia memang diperintahkan untuk terus menelaah dan mengkaji
wajah-wajah atau ayat-ayat Allah.
Begitu jugalah sesuatu pada sisi-Nya yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah
berbicara tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui
kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu terlihat dan jelas terbentang namun
ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi.
Benarlah firmanNya yang bermaksud: Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-
Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Q.S. Yunus 10: 5)
RAHSIA Surah Al-Fatihah
Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca
berulang-ulang dan Al Quran yang agung. (Q.S. Al Hijr 15: 87).
Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah
surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
3/19
diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga
ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali
solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca
di majlis-majlis.
Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali
Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini.
Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan
WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-
Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Surah inilah yang
bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika
diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat
pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Walaupun kita bakal bertemu kalam
Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah
tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari
ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Ia adalah adab membaca ayat-ayat Al-
Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah
pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang
seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). Adakah
fenomena ini kebetulan atau ada ilmu yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di
surah Al-Fatihah ini bertanda ayat 1 manakala Bismillah pada awal surah yang lain
tidak bertanda??
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
4/19
Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA
ini.
Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan
19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah
cukup lama dibicarakan namun tidak semua minda muslim mahu melihatnya dan
menghayatinya. Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju
bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8 dan 9. Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9.
Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah
ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni DIALAH YANG AWAL
DAN YANG AKHIR sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang
bermaksud:
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan YangZahir serta Yang Batin dan Dialah Yang MahaMengetahui akan tiap-tiap sesuatu. QS 57:3
Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik
agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA
KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan
angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu
SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT
PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.
Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran
telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU
METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:
AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak
bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat
ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam
surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27
yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19
surah surah.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
5/19
dan banyak lagi.
RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN
KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. Banyak
pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. Contoh lainnya adalah; perkataan-
perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-
Quran pada JUMLAH YANG SAMA.
AL-HAYAH (HIDUP) 145XMAWT (MATI)
AN NAF (MANFAAT) 50X AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS) 4X AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN) 167XAS SAYYIAT (KEBURUKAN)
AL THUMANINAH (KETENANGAN) 13X AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS) 8X AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN) 17X AL IMAN (KEIMANAN)
Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang
begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti
yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang
lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga
memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM
ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami.
Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka
masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah
ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah
Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau BERADA DALAM
UKURAN-NYA??.
Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat
yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia
berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha
Mengetahui segala sesuatu. (Q.S. Al Baqarah 2: 29)
Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat
yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh
ayat iaitu dalam surah:
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
6/19
1. Al Baqarah 2: 29,
2. Al Mukminuun 23: 17,
3. Fushshilat 41: 12,
4. Ath-Thalaq 65: 12,
5. Al Mulk 67: 3,
6. Nuh 71: 15, dan
7. An Naba 78: 12.
Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat
Al-Quran. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Lihat sahaja contoh-contoh ini:
5 Rukun Islam
6 Rukun Iman
5 Rukun Umrah
6 Rukun Haji
5 X Solat
7 X tawaf
7 X larian Saie
30 Juzuk
114 Surah
17 Rakaat
17 X Ruku
34 X Sujud
4 Kitab Allah
99 Nama Allah
99 Nama Rasul
20 Sifat Allah
25 Rasul
dan sebagainya
Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut
demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
7/19
RAHSIA DI SEBALIK SOLAT - Ruku & Sujud
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17
rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya dan 3 untuk Maghrib.
Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan
1 X Ruku dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya.
Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan
bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah
melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku dan dua kali sujud. Saat ruku
kita membentuk sudut 90 posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk
sudut 90+45=135 dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku
dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90 + 135 + 135 = 360 atau satu
lingkaran penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK
AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.
Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu
kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan.
Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana
penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari
semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360) atau PUSARAN
LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7
(pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-
satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama
bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
8/19
Rasullullah sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Manakala, Dan segala sesuatu pada
sisi-Nya ada ukurannya. (Q.S. Ar-Radu 13 : 8 ). Menariknya untuk kita renungi
lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN
MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat
Gerhana. Aisyah r.a. berkata, Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi
gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah.
Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4
kali ruku dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.(Sahih Muslim)
Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi, perputaran dalam Solat Gerhana
yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360 + 90 (kerana 2 x ruku) = 0 + 90 = 90
Rakaat 2 = 360 + 90 (kerana 2 x ruku) = 0 + 90 = 90
Maka, 90 +90 = 180 = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama
duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk
satu garis lurus.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
9/19
Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku dan sujud melalui
diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA LINGKARAN PENUH atau PUSARAN
LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku dan sujud yang dilakukan. Jika
lingkaran penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka
kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku
kerana hakikatnya roh si mati telahpun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah
himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati
seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:
Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa
kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya
(kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari
segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan
gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang
lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan
peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau
memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi
saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah
menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah!
Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
NOMBOR DAN TARIKH ISLAM
Ilmu Numerologi (ilmu nombor) adalah ilmu yang membicarakan tentang
nombor (angka) dan makna-makna kehadirannya. Setiap satu digit nombor memiliki
MAKNA DAN NILAI. Makna ini hadir dari kajian tentang SIFAT-SIFAT yang disandarkan
pada digit nombor tersebut. Sifat-sifat ini memampukan seseorang untuk mentafsir.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
10/19
Maka, sejumlah nombor umpama sejumlah skrip cerita yang mampu diolah dan
difahami. Ilmu Numerologi amat berkaitan dengan TARIKH KELAHIRAN. Ini kerana tarikh
adalah susunan nombor-nombor.
Tarikh adalah PENGUKURAN PEREDARAN MASA. Tarikh adalah PENANDA PEREDARAN
MASA (kalendar). Tarikh adalah JUMLAH PEREDARAN MASA. Susunan tarikh dimulakan
dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun.
Kita juga maklum set bilangan hari adalah antara 1 hingga 28 atau 29 atau 30 atau 31
hari. Manakala set bilangan bulan adalah antara 1 hingga 12 bulan. Manakala bagi tahun
adalah jumlah penggiraan bilangan tahun yang berlalu sejak tahun 1 sesuatu kalendar
dimulakan (dicatatkan penggiraannya). Ringkasnya susunan tarikh akan ditulis sebagai:
HH / BB / TTTT.
Zaman ini, kita telah diperkenalkan sejak seawal usia
lagi akan KALENDAR MASIHI yang merujuk kepada PEREDARAN MATAHARI. Perhitungan
kalendar inilah yang kita sandar dan gunakan untuk penetapan perjalanan hidup
seharian kita. Bermula dari TARIKH KELAHIRAN yang dicatatkan dalam Sijil Kelahiran
kita hinggalah penetapan untuk segala agenda hidup kita adalah berpandukan
KALENDAR MASIHI. Kita diprogramkan dengannya dan kita mengaplikasikannya secara
terus dalam hidup kita. Malah kita terlalu bergantung kepadanya!!
Dalam masa yang sama kita sedia maklum akan kehadiran KALENDAR HIJRAH yang
merujuk kepada kalendar ISLAM. Sebagai orang Islam, kita juga didedahkan kepada
perhitungan KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada PEREDARAN BULAN. Kira turut
aplikasikannya untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Islam termasuk di dalam
soal ibadat. PUN BEGITU, PROGRAM ini terhad hanya tujuan itu. Aplikasinya tidaklah
semaksima kalendar masihi.
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
11/19
MENGAPA HARUS BEGITU???
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik
dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-
apa yang mereka tidak ketahui. (QS 36:36)
Hakikatnya kita menerima bahawa setiap sesuatu ALLAH jadikan BERPASANG-
PASANGAN. Siang malam, lelaki perempuan, syurga neraka, kebaikkan
kejahatan, kiri kanan dan sebagainya lagi. Begitulah halnya dengan MATAHARI
BULAN! Bukankah ia berpasangan! Siang dengan mataharinya dan malam dengan
kehadiran bulannya. Justeru itu, MENGAPA TARIKH ISLAM dipinggirkan aplikasinya
dalam hidup kita??. Mengapa hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu?? Cuma
ambil kisah dan tahu bila perlu??
Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH
kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah
adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan
kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH
untuk:
Sambut Awal Muharam
Maulidul Rasul
Hari Nisfu Syaaban
Nuzul Al-Quran
Berpuasa di bulan Ramadhan
Hari Raya Eidul Fitri Zakat Fitrah
Hari Raya Eidul Adha Ibadah Qurban
Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
Menentukan tarikh mula PUASA
Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
Menentukan Hari Wukuf di Arafah
JUGA
Memahami tarikh PERISTIWA SIRAH RASUL
Mengetahui tarikh TURUNNYA AL-QURAN
Mengetahui tarikh ISRA MIKRAJ
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
12/19
Mencari malam LAILATUL QADAR
dan sebagainya lagi
MAMPUKAH KITA MENAFIKANNYA. Hanya menerima aplikasinya untuk tujuan
tertentu sedangkan di masa yang lain kita membiarkan diri (minda) diikat
dengan software kalendar masihi. Atau mungkin kita ambil tahu tarikh-tarikh
hijrah semata-mata nak tahu bila nak CUTI UMUM sedangkan ia tidak terkesan
(memberi bekas) pada penghayatan dalam ibadah kita. Apakah ibadah (agama)
itu terpisah dengan realiti kita di bumi ini?? Atau apakah ini suatu HELAH atau
PERDAYA yang telah secara sulitnya diatur untuk MELEMAHKAN MINDA
MUSLIM??? Ayuh renung dan fikirkan
MENGAPA ISU INI PENTING?? APA KAITANNYADENGAN KITA???
Dewasa ini BICARA RAHSIA TARIKH LAHIR menjadi TOPIK HANGAT. Seminar besar-
besaran dianjurkan untuk mengajar ILMU NUMEROLOGI dan RAHSIA TARIKH LAHIR bagi
membongkar POTENSI DIRI. Melalui tarikh lahir, banyak rahsia diri dapat dibongkarkan.
Umpama ilmu mengenal diri!. Hipotesis ini tiada salahnya, malah ia amat PERLU dan
BERGUNA. Ia mampu mengajar kita akan sesuatu yang sedia ada namun masih
tersembunyi untuk minda kita tafsirkan atau hayati. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta
maka tiadalah PENGHASILANNYA atau kadang-kala menjadi sia-sia. Tatkala formula
kejayaan tidak dibongkar akibat tidak mengenal potensi yang ada, maka kejayaan tidak
berhasil atau tidak maksima. Lebih malang jika segala langkah mencipta kejayaan
berlangsung dalam kekelaman. Yang berlaku hanyalah kemalangan atau bertemu
tembok penghalang.
Namun, sedarkah kita BAHAWA ADA BAHAGIAN DIRI YANG MASIH BELUM HABIS
DIBONGKAR kerana KETERBATASAN KAEDAH dan PEMAHAMAN (ILMU) untukMEMBONGKARNYA. Jika KAEDAH RAHSIA TARIKH LAHIR kita sandarkan pada tarikh
mengikut KALENDAR MASIHI, RAHSIA yang ditemui barulah SEPARUH dari
segenap POTENSI yang sememangnya SEDIA ADA pada alam diri kita. Ini
kerana, kita BELUMPUNMELIHAT TARIKH KELAHIRAN KITA mengikut KAEDAH
NUMEROLOGI ISLAMIK yang terasnya berpandukan KALENDAR HIJRAH. Bolehkah kita
menafikan bahawa pada tarikh kita dilahirkan, kalendar hijrah tidak wujud??? Umpama
menafikan adanya sang bulan di tarikh tersebut. Bolehkah kita hanya nak terima apa
yang kita rasa nak terima sahaja semata-mata ketololan kita sendiri??
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
13/19
Tentulah tidak.. justeru itu, kita harus MENELAN HAKIKAT INI PERLAHAN-LAHAN.
Kita harus belajar untuk menerima, apa yang ada di tarikh kelahiran kalendar masihi
kita adalahBARU SEBAHAGIAN dari RAHSIA POTENSI KITA. Ada bahagian yang
masih TERSIMPAN dan TERSEMBUNYI namunMENANTI UNTUK DIBONGKAR. Dansetiap bahagian ini memiliki pengkhususannya sendiri iaitu ada yang mempengaruhi
urusan fizikal (jasmaniah) dan minda kita serta ada yang mempengaruhi aspek emosi
dan spiritual (roh) kita. Seperti mana kita tak dapat menafikan bahawa ENERGI HIDUP
(roh) kita berjiwakan ISLAM, seperti itulah juga kita tak dapat menafikan bahawa
KALENDAR HIJRAH itu adalah NADI ISLAM.
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH HIJRAH HARI INI?? Bulan Islam
keberapakah bulan ini?? Tahun Hijrah keberapakah tahun ini??
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH LAHIR HIJRAH ANDA??
(jawaplah secara jujur janganlah menipu diri sendiri)
Jika tak tahu atau tak pernah ambil tahu, bagaimana mahu mencarinya??
Sesudah itu, apakah MAKNA NOMBOR-NOMBOR YANG TERBINA pada tarikh lahir Hijrah
anda ini? Bagaimana mahu mentafsirkannya?? Adakah cara menganalisanya sama
seperti ilmu tarikh lahir Masihi?? Apakah kelebihan-kelebihan yang anda miliki?? Apakah
ada kaitannya dengan nombor-nombor dalam Islam?? Apakah pula nilai GEMATRIKAL
ISLAMIK pada tarikh lahir dan nama anda?? Bagaimana mahu mencarinya?? Apakah
kaitannya dengan ibadah?? Apakah ada kaitannya dengan asma ALLAH dan RASUL??
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi,
dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang
demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui. (QS 30:22)
JIKA ANDA BENAR-BENAR SERIUS MENCARI JAWAPAN INI.. anda adalah antara
mereka-mereka yang TERPILIH UNTUK MEMBONGKAR POTENSI DIRI SECARA
TOTAL melalui RAHSIA TARIKH LAHIR MASIHI & HIJRAH (ISLAMIK). Untuk itu
anda dijemput ke MAJLIS ILMU NUMEROLOGI saya. Dapatkan jadualnya dengan
menghubungi 017-333 2349.
Sekian perkongsian kita untuk kali ini. Salam Aura Kedamaian
Mir Hazil Azran Ramli a.k.a Master G
Islamic Numerology Analysis System Founder & Coach
PS: SESI ADALAH TERHAD!! Tempat adalah TERHAD!! Penyampaian SECARA
INTERPERSONAL. ONE to ONE. Maka, segala persoalan bakal terjawab (masa yang
8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
14/19
cukup). Contoh penggiraan untuk setiap aspek diberikan secara khusus untuk setiap
peserta. Pengkhususan dalam berkongsi ILMU. Ingat!! Jika ilmu RAHSIA disampai
secara AWAM (ramai), ia bukanlah KAEDAH ASAL PENGAJIAN ILMU SEBEGINI.
Awas dengan model pengajian yang berorentasikan keuntungan semata-mata.
This entry was posted on June 16, 2009 at 2:58 am and is filed underIlmu Nombor,kata
shifoo, Rahsia Tarikh Lahir . You can follow any responses to this entry through theRSS 2.0 feed
You can leave a response, ortrackback from your own site.
Like
Be the first to like this post.
23 Responses to RAHSIA DI SEBALIKNOMBOR PERSEPSI & VERSI ISLAMIK
1.
Pn. Shuha (IQBC) Says:June 16, 2009 at 9:46 am
Kursus Numerologi Islamik & I-Ching akan diadakan pada 27 &
28 Jun 2009, jam 9.30pg 5.00ptg bertempat di IQBC Training
Center, Shah Alam.
Kuasai & Hijrah Diri melalui Rahsia Numerologi Hijrah & Masihi
anda. KUNCI MENGENAL DIRI !!!
Daftar Segera : Yuran hanya RM770 sahaja (Diskaun 30% dari
RM1100) 7 peserta yang terawal layak mengikuti KURSUS
ULANGAN SECARA PERCUMA bernilai RM200.
Hubungi IQBC 03-58804349 /Master Luthfi 017-3332349 /
Master Ismi 017-3002349.
2.
LuthSays:June 16, 2009 at 10:17 am
Wah.. Panjangnya artikel.. best..
http://en.wordpress.com/tag/ilmu-nombor/http://en.wordpress.com/tag/ilmu-nombor/http://en.wordpress.com/tag/ilmu-nombor/http://en.wordpress.com/tag/kata-shifoo/http://en.wordpress.com/tag/kata-shifoo/http://en.wordpress.com/tag/rahsia-tarikh-lahir/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/feed/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/feed/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/trackback/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/?like=1&_wpnonce=3db0c4c1f9http://luthfikir.blogspot.com/http://luthfikir.blogspot.com/http://en.wordpress.com/tag/ilmu-nombor/http://en.wordpress.com/tag/kata-shifoo/http://en.wordpress.com/tag/kata-shifoo/http://en.wordpress.com/tag/rahsia-tarikh-lahir/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/feed/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/trackback/http://mastershifoo.wordpress.com/2009/06/16/rahsia-di-sebalik-nombor-%E2%80%93-persepsi-versi-islamik/?like=1&_wpnonce=3db0c4c1f9http://luthfikir.blogspot.com/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
15/19
3.
Fadzli Nordin Says:June 22, 2009 at 11:43 pm
Best . lama tak baca artikel sebegini .
4.
taufek Says:July 6, 2009 at 2:13 pm
cite la lg..
5.
SMADA NGAWI Says:July 22, 2009 at 8:57 pm
Mbok yo ojo dowo2 aku males moco..!!!
6.
norizan@mohd arif bin dahlan Says:July 25, 2009 at 2:47 pm
apa nombornya?kata ada rahsia disebalik nombor.
7.
mastershifoo Says:July 25, 2009 at 8:57 pm
hijab.. oh hijab
8.
farhana Says:August 7, 2009 at 2:42 pm
bnyak yg perlu sy tau lg.. panjangkanlah lg artikel ini.. menarik
sangat2..
9.
MOHAMMAD AZLAN BIN SARPON Says:November 16, 2009 at 1:08 am
http://www.fadzlinordin.com/http://www.smada10e.blogspot.com/http://www.fadzlinordin.com/http://www.smada10e.blogspot.com/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
16/19
salam cikgu hazil,ade rezki saya memang teruja sgt2 najk
mengikuti
kelas cikgu
10.
Nur Jannah binti Mohd ZIn Says:February 6, 2010 at 3:39 pm
Salam. Artikel yg menarik dan berguna utk sy. TQ
11.
salina Says:
March 12, 2010 at 4:54 pm
Saya tertarik dengan banyak artikel yang diberikan. Saya juga
masih mencari arah kejayaan dan kekayaan. Bolehkah saya
memohon bantuan saudara?
12.
mastershifoo Says:March 12, 2010 at 6:52 pm
boleh insyaAllah.
sila email masterhazil@yahoo.com
13.
mariam Says:March 23, 2010 at 5:33 pm
ilmu yang jarang2 diketahui.
14.
Child MoeslimSays:March 29, 2010 at 11:39 pm
Maha Suci Allah dengan segala yang ada padaNYA. Kalau kita
bijak Al-Quran adalah gudangnya ilmu yang tidak habis dikaji
hingga akhir zaman, mengandung semua unsur Ilmu dan
berbagai pernik kehidupan.
mailto:masterhazil@yahoo.comhttp://google/http://www.balemountaingirls.com/http://www.balemountaingirls.com/mailto:masterhazil@yahoo.comhttp://google/http://www.balemountaingirls.com/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
17/19
15.
mohd zawawi mohd Says:May 20, 2010 at 5:43 pm
banyak lagi yg.sya kena blajar..
16.
kembara Says:June 14, 2010 at 2:57 am
salam.
ada kelainan ..ternyata anda memilki akal fikiran serta
berkeinginan pd kebenaran.menampakkan ciri2 keupayaan
menyingkap rahsia kejadian [ciptaan Allah] lantas lihatlah pd
perjalanan anbia sebelum mereka berada pd landasan
kenabian.renungi setiap ungkapan mereka yg terpahat melalui
Quranangka 4 melambangkan Zat , Sifat , Asma dan Afal
.angka 7 melambangkan DIRI manusia yg terbina di alam nyata
[alam zahir].ya teruskanwasalam
17.
Mohamad Uzuman Bin Nordin Ali Says:September 7, 2010 at 9:53 pm
Bagus. Patut dipelajari untuk mengenali potensi diri dan
berusaha mencapai kejayaan. Bila kursus sebegin akan diadakan
lagi?
18.
hakiki Says:September 20, 2010 at 2:31 am
salam..hebat saudara kembara.aliff lam lam hajgn di lupa
juga hu..kerana ia yg meghidupkan yg hidup.bila nyawa
bersatu roh4 awal 4 akhir4+4 = 88 tidak pernah kenal erti
matikrn kita hidup tak mengenal matiangka 7 alam zahir
mesti juga BERGANDING dgn alam bathin..br terbentuk 7+7 =
14, 1+4 = 5 br sempurna ISLAM kitawaulahhualam
http://www.mhaventerprise.com/http://mustaparomli.blogspot.com/http://www.mhaventerprise.com/http://mustaparomli.blogspot.com/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
18/19
19.
rafikasastrasSays:January 11, 2011 at 10:47 am
Salam saudara, bolehkah saya copy paste kan artikel ini ke blog
saya dgn memberi kredit kepada blog saudara ini ini? Ini ilmu
yang bernilai. Saya tidak berani berkongsi dgn orang lain tanpa
kebenaran.
20.
mastershifoo Says:January 11, 2011 at 11:35 am
Salam
silakan.. semoga ada kebaikan bersama.
21.
rafikasastrasSays:January 11, 2011 at 4:35 pm
terima kasih
22.
hamba ALLAH Says:January 29, 2011 at 8:57 am
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
maaf jika apa yang saya katakan ini akan menyingung saudara &
saudari.
saya ingin memberitahu bahawa ILMU ALLAH TIDAK TIADA JUAL
BELI.
jadi di sini saya ingin maklumkan, jadi lah hamba ALLAH yang
pemurah dan ikhlas. sedangkan ALLAH LAGI MAHA PEMURAH ini
kan kita hamba NYA yang tiada apa apa hanya untuk DIA, ALLAH
MAHA ESA.
YA ALLAH, maaf kan lah hamba-MU ini jika hamba-MU ini telah
membuat saudara saudara ISLAM ini tersinggung dengan kata
kata hamba.
http://rafikasastras.blogspot.com/http://rafikasastras.blogspot.com/http://rafikasastras.blogspot.com/http://rafikasastras.blogspot.com/http://rafikasastras.blogspot.com/http://rafikasastras.blogspot.com/8/3/2019 Rahsia Di Sebalik Nombor
19/19
23.
Mohd Razib Says:April 9, 2011 at 1:28 pm