Post on 10-Mar-2019
1
“RAHSIA KEAGUNGAN RAMADAN” (9 Ramadan 1439H / 25 Mei 2018M)
شهر رمضان على غيره من شهور ل فض ن عام، الحمد لله ذي الفضل وال اهلل وحده ل إله إ ل ن عام، أشهد أن ل العام، خصه بمزيد من الفضل والكرم وا
وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أفضل من صلى وصام، صلى اهلل شريك له ل را أما ب عد د ، ف يا عباعليه وعلى آله وأصحابه الب ررة الكرام، وسلم تسليما كثي قون .اهلل، ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته، ف قد فاز المت
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita mengambil peluang pada bulan Ramadan yang mulia
ini dengan mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Juga mohonlah kepada Allah SWT agar menolong kita dalam mengisi bulan
barakah ini dengan kebaikan dan ketaatan kerana adalah sesuatu yang agung
juga hadiah daripada Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang sentiasa
mendambakan petunjuk dan kebenaran sebagaimana firman Allah SWT :
ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ﴿
ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ
ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې
﴾ ې ې ې
Maksudnya : Bulan Ramadaan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).
Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka
2
hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia
berbuka) maka (wajib baginya berpuasa)sebanyak hari yang ditinggalkannya
itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Baqarah, Ayat 185)
Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk :“ Rahsia Keagungan Ramadan ”.
SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saat ini kita didatangi tetamu yang sangat agung. Tetamu yang menawarkan
pelbagai keuntungan yang luar biasa. Tetamu itu adalah bulan Ramadan
penghulu segala bulan.
Apabila Ramadan tiba, Rasulullah SAW memberi motivasi kepada para sahabat
agar hatinya gembira. Betapa hebatnya bulan yang agung itu. Bulan yang penuh
rahmat, bulan pengampunan, bulan pembebasan dari api neraka, bulan al-
Quran, bulan dilipatgandakan pahala, bulan Lailatul Qadar, bulan doa
dikabulkan dan terlalu banyak kelebihannya.
Rasulullah SAW menggambarkan, andai umat manusia mengetahui kehebatan
bulan Ramadan, maka mereka akan mengharapkan agar setahun itu selamanya
di penuhi Ramadan. Walau perlu berlapar, berdahaga, menahan nafsu, menahan
amarah, meningkatkan sedekah, bersolat tarawikh, membaca al-Quran dan
ibadah lain, semuanya itu tidak keberatan dan yang utama boleh meraih
kehebatan bulan suci yang agung itu. Selain itu jaminan Baginda SAW
bahawasanya dalam bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka seluasnya, pintu-
pintu neraka di tutup serapatnya. Serta iblis dan syaitan dibelenggu. Ini
bermakna, sebagai perangsang supaya kita semua mempertingkatkan amal
ibadah dan masa yang sama menjauhi perbuatan yang tercela dan pujukan rayu
nafsu. Rasulullah SAW bersabda :
3
ماء وغلقت أب واب جهنم وسلسلت إذا دخل شهر رمضان ف تحت أب واب السياطي .الش
Maksudnya : “Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu langit dan
ditutup pintu-pintu neraka serta diikat para syaitan.”(Hadis Riwayat Al-
Bukhari).
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT
Antara rahsia keagungan bulan Ramadan ialah :
Pertama : Meneladani Sifat Allah SWT. Di dalam bulan Ramadan ini kita
secara langsung dilatih meneladani sifat-sifat mulia yang dimiliki Allah SWT
untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang sesempurna mungkin (Insan
Kamil) dengan memiliki sifat lahir dan batin yang terbaik dan terpuji. Di dalam
Hadits Qudsi Allah SWT berfirman :
لي وأنا أجزي به فإنه الصيام ل كل عمل ابن آدم له إ Maksudnya : “Setiap amal anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu
milik-Ku dan Aku yang membalasnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari ibadah puasa, kita dapat meneladani sifat-sifat Allah SWT yang
terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna. Misalnya al-Sabur ( روبلصا )– sabar.
Al-Rahim ( يملرحا )– pengasih. Al-Wasi’( عساالو )– luas dan lapang dada. Al-
Ghafur ( رالغفو )– pengampun, dan banyak lagi. Sifat-sifat mulia Allah SWT itu
akan mampu diteladani melalui ibadah puasa Ramadan dan umat Islam akan
dimuliakan dengan sifat-sifat sedemikian.
Kedua : Bulan Pengampunan. Manusia tidak lari daripada kesalahan, lupa dan
dosa. Akan tetapi walau dosa dan salah manusia setinggi langit, namun Allah
4
SWT telah menyediakan masa dan waktu untuk mengampuni hamba-
hambaNya. Itulah bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda:
رجل دخل عليه رمضان ثم انسلخ ق بل أن ي غفر له ورغم أنف Maksudnya : “Dan rugi benar seseorang apabila telah datang kepadanya
bulan Ramadan, kemudian (Ramadan itu) meninggalkan, tetapi belum diampuni
(dosa-dosa)nya”. (Riwayat Al-Tirmidzi).
Hadis ini sebagai bukti bulan Ramadan adalah bulan pengampunan. Bagi yang
beribadah dengan bersungguh-sungguh di dalam bulan ini maka dia akan
mendapat pengampunan dan begitulah sebaliknya siapa yang leka maka sia-
sialah mereka menempuhi bulan Ramadan tanpa sebarang pengampunan
daripada Allah Azza wa Jalla.
Ketiga : Doa dimakbulkan. Allah SWT amat menyukai hamba-hamba-Nya
yang memohon kepada-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-
Baqarah ayat 186:
ى ائ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ﴿
ېئ ىئ ىئ ىئ ﴾
Maksudnya : “Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku, maka
(jawablah): Sesungguhnya Aku amat hampir, Aku perkenankan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya
mereka menjadi baik dan betul”.
Keistimewaan orang yang berpuasa adalah doa-doanya tidak ditolak
sebagaimana hadis Nabi SAW,
مام العادل ت رد دعوت هم ال ل ليه وسلم ثلثة قال رسول الله صلى الله ع :عن أب هري رة قال ائم حت ي فطر ودعوة المظلوم والص
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya;iaitu
5
imam yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang
teraniaya”. (Sunan Ibnu Majah).
Keempat : Keistimewaan Malam al-Qadar. Satu malam yang diimpikan dan
didambakan umat Islam sedunia ialah “Lailatul Qadar”, malam penuh
keistimewaan, malam penentuan. Di bulan Ramadan Allah SWT menurunkan
satu malam yang sangat mulia. Nilainya lebih baik dari seribu bulan. Firman
Allah SWT:
﴾ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ﴿
Maksudnya:“Malam Qadar (itu) lebih baik dari pada seribu bulan” . (Surah
al-Qadr ayat : 3)
Rasulullah SAW membangunkan keluarga dan menjauhi isterinya semata-mata
untuk mengintip Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.
Rasulullah SAW meningkatkan ibadah pada malam-malam itu untuk
mendapatkan malam penuh kemuliaan ini.
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT
Kelima : Peningkatan Taqwa
Sebuah cita-cita luhur bagi setiap insan, yaitu “taqwa”. Sasaran terakhir
diwajibkannya puasa Ramadan adalah peningkatan taqwa. Dengan
memperbanyakkan ibadah wajib dan sunnah di dalam bulan suci ini, seseorang
akan mencapai impian untuk menjadi insan bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa,
hubungannya dengan Allah semakin dekat. Dimudahkan segala urusan. Dalam
keadaan apapun, dia sentiasa damai dan sejahtera. Sebagaimana firman Allah
SWT:
ں ں ڻڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ڱ ڱ ڱ ڱ ﴿
﴾ۆ ۆ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ
6
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang
menyusahkannya).Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di
hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya. Sesungguhnya Allah melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu”.(surah at-Talaaq: 2-3)
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil kesimpulan
yang berharga untuk kita amalkan.
Pertama : Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan
keagungan.
Kedua: Hayati kefardhuan puasa dan amalan-amalan sunat padanya agar
mencapai ketaqwaan dan kebaikan.
Ketiga: Menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan mentarbiah diri agar
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.