Post on 23-Jun-2015
RANCANGAN MENGAJAR
Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas KelantanSubjek: Lukisan Kejuruteraan Tarikh : 27 April 2013 Tingkatan: 4 GigihMasa : 80 minitKehadiran: 45/45 orangTopik: Lukisan Geometri
Hasil Pembelajaran :Di akhir topik ini, pelajar diharap dapat menerangkan definisi, konsep, aplikasi dan kaedah membina lakaran di dalam lukisan geometri.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
i. Menyatakan klasifikasi mengenai lukisan geometri dengan betul dan tepat.ii. Menerangkan konsep elemen grafik iaitu titik garisan dan satah.
iii. Menjelaskan pelbagai jenis sudut, ciri dan pembinaan segi tiga, segi empat, poligon dan jenis-jenis skala, cara menyatakan skala dan aplikasinya.
iv. Menerangkan konsep pengecilan dan pembesaran, rajah sama luas serta mempelajari ciri-ciri bulatan, elips dan parabola serta pembinaannya.
v. Mengaplikasikan konsep ketangenan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan geometri satah.
Pengetahuan Sedia Adai. Guru perlu mengetahui tentang pengenalan terhadap lukisan kejuruteraan.
ii. Guru mestilah mahir dalam pelbagai teknik-teknik lakaran mengenai tajuk yang akan diterangkan kepada pelajar.
iii. Guru mempunyai pengalaman dalam pengajaran kepada topik ini.
Strategi aktiviti : Berpusatkan guru
i. Guru memberi penerangan kepada pelajar.ii. Kaedah penyoalan digunakan untuk menguji kefahaman pelajar.
Penerapan Nilai: Sabar, bekerjasama, kasih sayang, kekemasan kerja , bertanggunjawab, keberanian dan keyakinan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
i. Projektorii. Skrin
iii. Set lukisan kejuruteraaniv. Buku rujukan
v. Persembahan Power Pointvi. Lembaran Kerja
vii. Klip videoviii. Gambar Rajah
1
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
Sumber/Nilai
Set Induksi(5 minit)
(9.00-9.05)
Pada permulaan kelas, guru menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran.
Pengenalan kepada tajuk pengajaran dan pembelajaran iaitu lukisan geometri.
Gambar-gambar lakaran mengenai lukisan geometri.
Guru memberi salam kepada pelajar.
Guru memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video.
Guru merangsang minda pelajar untuk meneka tajuk pelajaran.
Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah mengenai lukisan geometri dimana pelajar perlu melakarkannya.
Oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah lukisan geometri yang merupakan unit 4 dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4.
Pelajar menjawab salam guru.
Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan.
Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi.
Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan mendengar penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran.
Strategi :Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah :Mendengar dan Soal jawab
BBM :Gambar lukisan-lukisan geometri, paparan slaid powerpoint dan klip video
Nilai :Menghormati guru, patuh pada arahan, teliti dan berkeyakinan.
KBKK :Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran.
Langkah 1(10 minit)
(9:05-9:15)
Penerangan alatan dan bahan lukisan kejuruteraan dan kegunaannya.
Alatan dan bahan lukisan kejuruteraan yang
Guru memulakan tajuk pengajaran dengan menerangkan dan menjelaskan tentang alatan dan bahan-bahan yang akan digunakan di dalam pengajaran pada hari ini.
Guru memberikan
Pelajar mula memberikan perhatian kepada penerangan guru.
Pelajar mendengar dengan penuh teliti bagi setiap penerangan guru dan fokus kepada paparan slaid yang dipaparkan oleh
Strategi:Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah:Penerangan dan soal jawab
BBM:Peralatan lukisan
2
biasa digunakan: 1. Papan
lukisan2. Sesiku-T.3. Pensel dan
pemadam.4. Set square
iaitu sesiku set 45°, 30°/60°.
5. Jangka lukis
6. Kertas Lukisan
7. Pelekat8. Klip
lukisan9. Lengkung
perancis
Kegunaannya (Rujuk lampiran 1)
contoh-contoh untuk menambahkan tahap kefahaman pelajar.
Guru menjelaskan kepada pelajar tentang kegunaan alatan dan bahan-bahan yang perlu difahami oleh pelajar melalui penerangan di hadapan.
Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang faham dengan penerangan guru tadi.
Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya apa yang mereka tidak faham mengenai kegunaan alatan dan bahan-bahan lukisan kejuruteraan.
guru. Pelajar mula
menunjukkan respon kepada guru dengan kemukakan contoh-contoh yang ada di fikiran mereka.
Pelajar begitu tertarik dengan paparan slaid tersebut sehinggakan mereka kelihatan memberi sepenuh perhatian.
Pelajar boleh bertanya sekiranya kurang faham dengan penerangan guru.
kejuruteraan, LCD projektor dan slaid powerpoint.
Nilai:Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan.
KBKK: Pelajar dapat
menjana minda dengan idea-idea dan pengetahuan baru dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada.
Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru
Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman.
Pelajar dapat berfikir dan membentuk kefahaman.
Langkah 2(20 minit)
(9:15-9:35)
Gambar rajah Demonstrasi
langkah-langkah membina garisan, membahagikan garisan beberapa bahagian dan nisbah,
Guru menerangkan bentuk-bentuk geometri untuk menghasilkan rupa bentuk sesuatu lakaran.
Guru menayangkan gambar rajah cara menghasilkan lukisan-lukisan
Pelajar memberi fokus pada penerangan guru mengenai cara penghasilan lukisan bentuk geometri ini.
Pelajar-pelajar membezakan antara teknik-teknik pembinaan
Strategi:Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah:Kelas
BBM:LCD projektor, slaid powerpoint, gambar rajah dan
3
penunjukkan sudut, langkah membahagi dua sama sudut, langkah memindahkan sudut, langkah membina segi tiga dan segi empat, langkah melukis poligon, langkah pengecilan dan pembesaran, elips dan langkah menentukan titik ketangenan.
Menerangkan pelbagai teknik di dalam lukisan geometri.
teknik melakar garisan menggunakan geometri.
Guru menerangkan beberapa teknik berpandukan gambar rajah kepada pelajar iaitu teknik-teknik seperti melukis garisan dengan cara betul dan sebagainya.
Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambarajah-gambarajah berkenaan lukisan geometri tersebut.
Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang jelas dengan teknik-teknik tersebut.
dan titik yang dikehendaki.
Pelajar cuba memahami isi penting yang disampaikan oleh guru bagi setiap teknik tersebut.
Paparan slaid yang ditunjukkan oleh guru berjaya menarik perhatian pelajar dan membuatkan pelajar lebih fokus.
Pelajar mengemukakan soalan kepada guru.
peralatan lukisan kejuruteraan.
Nilai:Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan.
KBKK: Pelajar dapat
berfikir dan menjana idea berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru.
Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru.
Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman.
4
Langkah 3(15 minit)
(9:35-9:50)
Gerak kerja Penghasilan
garisan dan bentuk dalam lukisan geometri.
Agihan kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8 Kumpulan 9
Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
Guru memberikan bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan pembinaan garisan yang dikehendaki oleh soalan.
Guru memantau setiap aktiviti pelajar.
Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki melakukan aktiviti pembentangan hasil kerja.
Pelajar melengkapkan lakaran dengan menambahkan titik pada garisan dan membahagikan mengikut nisbah dan cara kreativiti kumpulan masing-masing.
Pelajar-pelajar menentukan titik dan garisan tersebut membentuk bentuk geometri.
Pelajar-pelajar dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas.
Strategi:Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah:Kumpulan
BBM:LCD projektor, slaid powerpoint dan peralatan lukisan kejuruteraan.
Nilai:Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri, bekerjasama dan ketekunan.
KBKK: Pelajar dapat
berfikir dan menjana idea berdasarkan perbincangan antara pelajar lain.
Pelajar dapat menganalisis apa kehendak guru.
5
Langkah 4 (25 minit)
(9:50-10:15)
Aktiviti pengukuhan iaitu aktiviti pembentangan hasil kerja. Pembinaan
garisan. Pembinaan
sudut. Pembinaan
segi tiga dan segi empat.
Pembinaan bentuk poligon.
Penyataan skala.
Penentuan pengecilan dan pembesaran.
Pembinaan bulatan.
Pembinaan elips.
Penentuan titik ketangenan.
Guru meminta wakil dari setiap kumpulan datang ke hadapan untuk membentangkan jawapan hasil daripada perbincangan mereka bersama dengan kad manila yang disediakan.
Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengadakan perbincangan mengenai jawapan yang diberikan oleh pelajar tadi.
Wakil setiap kumpulan membentangkan jawapan yang telah mereka dapati daripada perbincangan bersama ahli kumpulan tadi.
Pelajar memberi perhatian dan respon dalam perbincangan jawapan dengan guru.
Strategi:Berpusatkan guru, pelajar, tugas dan bahan paparan
Kaedah:Kooperatif, soal jawab dan perbincangan
BBM:LCD projektor, slaid powerpoint dan peralatan lukisan kejuruteraan.
Nilai:Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri, bertanggungjawab, bekerjasama dan ketekunan.
KBKK: Pelajar dapat
menyusun mengikut urutan
6
Penutup (5 minit)
(10:15-10:20)
Sesi perumusan isi pelajaran /Kesimpulan
Alatan dan bahan serta kegunaannya.
Gambarajah-gambarajah serta huraiannya.
Teknik-teknik melukis pelbagai lakaran berkaitan dengan lukisan geometri.
Guru mengadakan pop kuiz mengikut prinsip siapa cepat dia dapat dan pelajar yang berjaya akan diberi hadiah.
Guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid.
Pelajar disoal secara rawak tentang 3 jenis alatan dan bahan serta satu kegunaannya setiap satu alatan.
Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.
Guru memberikan nota ringkas dan soalan latihan serta meminta pelajar membuat ulangkaji di rumah.
Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar.
Pelajar mengambil bahagian dalam pop kuiz dan menjawab soalan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru.
Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus fokus.
Pelajar memberi respon atau bertindak balas kepada penerangan guru.
Pelajar menjawab salam guru.
Strategi:Berpusatkan guru dan pelajar.
Kaedah:Perbincangan, refleksi, kuiz dan penyoalan.
Nilai:Patuh pada arahan, jujur, berani, berkenyakinan dan menghormati guru.
KBKK:Menguji kefahaman dan dapat membuat refleksi.
Refleksi : -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7