Post on 22-Dec-2015
description
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................2
2.0 FUNGSI TEMBOK PENAHAN..............................................................................2
3.0 PRINSIP REKABENTUK........................................................................................3
4.0 BAHAGIAN DALAM TEMBOK PENAHAN...........................................................5
5.0 JENIS-JENIS TEMBOK PENAHAN.........................................................................6
6.0 KEGAGALAN TEMBOK......................................................................................11
7.0 KESIMPULAN..........................................................................................................13
8.0 RUJUKAN ………………………………………………………………………14
1
1.0 PENGENALAN
Pembinaan tembok penahan adalah merupakan salah satu ciri utama dalam proses
pembinaan jalan. Ia biasanya dibina di kawasan berbukit ataupun kawasan cerun. Ia
dibina di kawasan bukit kerana biasanya kawasan berkenaan mempunyai tekanan yang
kuat. Tembok penahan juga merupakan penahan tanah yang berair.
Ia merupakan satu penahan tanah untuk mengelakkan berlakunya tanah runtuh.
Tembok penahan juga bertujuan untuk mengukuhkan tembok penahan. Bagi menghalang
hakisan tanah tembok , penahan dibina di setiap jalan yang berhampiran dengan bukit
ataupu tanah yang berisiko berlakunya hakisan.
Kecerunan yang membolehkan tanah berada dalam keadaan stabil dikenali sebagai
sudut rehat. Sudut ini diukur antara permukaan tanah yang curam dengan permukaan
mendatar sebelah bawah. Kebanyakkan jenis tanah mempunyai sudut rehat dalam
lingkungan 30 darjah. Oleh itu, apabila sesuatu jenis tanah mempunyai kecerunan
melebihi sudut rehat, tembok penahan perlu dibina.
2.0 FUNGSI TEMBOK PENAHAN
Tembok penahan biasanya dibina di kawasan-kawasan jalan di lereng
bukit.Tembok penahan dibina bertujuan untuk menghalang berlakunya hakisan sesuatu
tegangan. Tembok penahan juga menghalang daripada berlakunya tanah runtuh semasa
berlakunya hujan lebat. Ini kerana tembok penahan juga dapat menanggung beban air
yang kuat.
Dalam pembinaan tembok penahan perlu dibina wheep hole (lubang salir) agar air
di belakang tembok dapat dialir keluar. Beban tambahan yang terdapat di permukaan
tanah yang disokong oleh tembok penahan juga perlu diambil kira.
2
Rajah 1 : Binaan tembok penahan
3.0 PRINSIP REKABENTUK
Tembok penahan perlu dibina kukuh dan stabil bagi menjamin kestabilan tanah yang
disokong olehnya. Tembok mungkin akan terbalik sekiranya tanah yang disokong
mempunyai beban melebihi keupayaan tanggung tembok tersebut. Tekanan tanah di
belakang tembok dikenali sebagai tekanan aktif. Tembok akan stabil sekiranya berat
tembok melebihi tekanan aktif. Walaubagaimanapun kos untuk membina tembok yang
besar dan berat adalah terlalu mahal. Oleh itu, tembok penahan perlu dibina kecil bagi
menjimatkan kos. Tembok penahan perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus
berada dalam keadaan stabil, iaitu tidak mudah terbalik. Kekuatan tersebut boleh
diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif.
3
Wheep hole
Tembok Penahan
Konkrit penapis air bumi
Aras bumi
Rajah 2 : Tekanan aktif dan tekanan pasif pada tembok penahan
Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Ini dapat
diatasi dengan dua cara :
1. Membina tembok tebal dan berat.
2. Tembok yang nipis diperkukuhkan dengan tetulang bagi binaan
konkrit.
Kegagalan tembok juga boleh berlaku melalu gelinciran. Biasanya berlaku pada
tanah liat apabila terdapat lebihan beban yang ditanggung oleh tembok.
4
Tekanan Aktif
Tekanan Pasif
Tekanan Pasif
Tekanan Pasif
Tekanan Pasif
Tekanan Aktif
Kaedah mengatasinya ialah dengan membina tumit tembok dengan lebih dalam.
Sebaliknya sekiranya kegagalan telah berlaku, pergerakan seterusnya boleh dihalang
dengan memasang cerucuk keeping di bahagian hadapan tembok sehingga melebihi
aras gelinciran di bawah tembok penahan tersebut.
Rajah 3: Kegelinciran Tembok Penahan
4.0 BAHAGIAN DALAM TEMBOK PENAHAN
Tembok konkrit : Binaan daripada konkrit, nisbah bancuhan berdasarkan jenis
binaan tembok penahan. Berfungsi menahan beban dan tekanan yang dikenakan
diatasnya dan menstabilkan belakang tembok.
Lubang salir (wheelphole) : Mengeluarkan air bumi dibelakang tembok bagi
merendahkan beban dan tekanan air dibelakang tembok.
5
Tembok Penahan
Aras bumi
Dinding teralih ke depan dan condong
Tanah Terbonjol
Permukaan tanah yang terenap
Garisan Gelinciran
Konkrit penapis : Dibina untuk menapis air yang di salirkan melalui hole agar ia
tidak tersumbat.
5.0 JENIS-JENIS TEMBOK PENAHAN
5.1 TEMBOK PENAHAN GRAVITY
Bergantung sepenuhnya pada beratnya sendiri untuk menyokong tanah supaya dalam
keadaan stabil. Dibina daripada bahan konkrit, bata dan batu; dengan nisbah
campuran 1:3:6. Hanya terhad pada ketinggian 1.80 meter.
Rajah 4 : Tembok Penahan Graviti
5.2 TEMBOK PENAHAN JULUR
6
Dikenali sebagai dinding T kerana bentuknya seperti T yang terbalik. Ketinggiannya
antara 1.2 m – 6.0 m. Menggunakan konkrit bertetulang untuk menentang tegangan
yang berat dan juga mengurangkan saiz struktur.
Rajah 5 : Tembok Penahan Julur
5.3 TEMBOK PENAHAN PENEGANG
Apabila tembok penahan yang tinggi diperlukan, contohnya 6 m; seperti
empangan yang besar, tembok tegak hendaklah disokong dengan topang. Kaedah
binaan ini dinamakan penegang. Tembok penahan penegang sesuai untuk tembok
yang tingginya melebihi 6 m.
7
Rajah 6 Tembok Penahan Penegang
5.4 TEMBOK PENAHAN SAGANG
Serupa dengan tembok penahan penegang, tetapi topangnya dibina di sebelah luar.
Kaedah pembinaan ini boleh dilakukan supaya tembok sagang dan juga kegunaan
ruang berlebihan tidak menjadi halangan.
8
Rajah 7 Tembok Penahan Sagang
5.5 TEMBOK PENAHAN KRIB
Sejenis pembinaan bagi menahan tanah di tepi bukit. Tembok ini boleh dibina dengan
bahan kayu, besi, dan konkrit tuang dulu, disusunkan. Bahagian dalamnya diisi
dengan tanah peroi atau batu kelikir yang mudah mengalirkan air hujan. Pembinaan
tembok jenis ini sesuai untuk menahan tanah yang static dan tingginya tidak melebihi
6.3 m.
9
Rajah 8 Tembok Penahan Krib
5.6 TEMBOK PENAHAN GABION
Tembok gabion terdiri daripada ketulan batu sederhana besar yang dimasukkan
ke dalam sangkar jaring yang berbentuk bongkah segiempat. Biasanya, batu yang
digunakan ialah batu granit. Tembok gabion dibina menggunakan sangkar dawai
keluli yang dibentuk menjadi segiempat dengan saiz yang tertentu. Sangkar jaring
disusun padi kaki bukit cerun dan batu granit dimasukkan sehingga penuh. Tembok
gabion ini adakalanya disusun samaada secara melebar atau disusun secara bertingkat
dan berfungsi seperti tembok penahan.
10
Rajah 9 Tembok Penahan Gabion
6.0 KEGAGALAN TEMBOK
Kegagalan tembok boleh berlaku melalui gelinciran. Contohnya, tanah liat yang
menerima beban melebihi tembok. Bagi mengatasi masalah ini, tumit dibina dengan
lebih dalam. Sebaliknya sekirannya kegagalan telah berlaku pergerakan seterusnya
boleh dihalang dengan memasang cerucuk keping dibahagian hadapan tembok
sehingga melebihi aras gelinciran dibawah tembok penahan tersebut.
11
Rajah 10 Kegagalan Tembok
Rajah 11 Pembinaan Tembok Penahan
12
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, contoh tembok penahan yang dibincangkan
terdapat 6 jenis iaitu penahan penegang, sagang, gabion, tembok krib, tembok penahan
julur dan tembok gravity atau dikenali juga sebagai tembok jisim.
Faktor-faktor seperti beban, kejeleketan tanah, penyaliran, tekanan air liang, kecerunan
dan geologi mempengaruhi kestabilan cerun. Cerun boleh distabilkan dengan cara
membina tembok gabion, menanam rumput, membina penambat, membina teres,
melandaikan cerun dan memasang geosintetik. Tetapi dalam tugasan ini kami hanya
membincangkan berkaitan tembok penahan sahaja.
Tembok penahan amat penting di kawasan jalan yang berbukit bukau dan tanah curam.
Ia juga digunakan untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah.
13
8.0 RUJUKAN
1) Nota Panduan Politeknik Malaysia,1987, Binaan Bangunan, Delta Publication.
2) Tan Boon Tong, 2000 . Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3) Mat Lazim Zakaria, 1997. Bahan dan Binaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
14