Post on 02-Feb-2018
Idea untuk anda
Resepi Pesakit Dialisis2013
Kata-kata aluanKata-kata aluanMenurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry, terdapat hampir 26,000 pesakit menjalanirawatan dialisis secara kekal di Malaysia pada tahun 2011, manakala jumlah unit dialisis di seluruh negara hampir mencecah 700. Peningkatan jumlah pesakit dan kemudahan rawatan dialisis bukan sahaja menunjukan jumlah pesakit yang ramai tetapi juga keupayaan negara kita memberi rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan fungsi ginjal.
Walaubagaimanpun, adalah penting untuk semua pihak yang berkaitan dengan pesakit atau yang memberi perkhidmatan dialisis menyedari bahawa keperluan optima penjagaan pesakit kegagalan ginjal bukan hanya melibatkan rawatan dialisis yang mencukupi atau berkualiti tetapi juga melibatkan perkhidmatan sokongan lain termasuk perkhidmatan farmasi, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan kebajikan perubatan serta kaunsel-ing dan lain-lain lagi.
Pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang berlebihan atau tidak sesuai dengan keadaan penyakit mereka. Disebalik keunikan negara kita yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza dan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit buah pinggang serta anggota keluarga mereka adalah untuk menentukan apa yang selamat dan boleh dimakan oleh pesakit atau sebaliknya.
Pegawai dietetik di Hospital Kuala Lumpur sejak sekian lama , telah memainkan peranan yang aktif untuk memberi kaunseling secara peribadi atau kumpulan kepada pesakit-pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis disamping menganjurkan beberapa sesi demonstrasi
memasak untuk di pelajari oleh pesakit dan keluarga mereka. Sebagai kelansungan kepada semangat profesional dan sikap proaktif, Pegawai-Pegawai Dietetik yang terlatih dan berpengalaman di Hospital Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menyediakan buku ini yang memuatkan resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba dan digunakan sebagai panduan oleh pesakit pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis sekaligus membantu pakar buah pinggang untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan.
Buku ini berupaya untuk menambah nilai kepada sesi kauseling pemakanan yang diberikan oleh pegawai dietetik, tetapi tidak akan menggantikan keperluan pesakit untuk mendapat nasihat kaunseling Pengawai Dietetik secara khusus bagi masalah yang akan timbul dari masa ke semasa.
Saya mengucapkan syabas kepada usaha dan hasil kerja yang murni serta bermanafaat ini dan berharap ianya akan digunakan oleh pesakit atau keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan Pengarah Hospital Kuala Lumpur untuk menghasilkan buku resipi ini.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJAKITA”
Datuk Dr. Ghazali Bin AhmadPakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan NefrologiJabatan NefrologiHospital Kuala Lumpur
Kata-kata aluanKata-kata aluanTerlebih dahulu, saya ingin memanjangkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merestui penerbitan buku resepi ini untukkepentingan individu yang menjalani dialisis.
Penjagaan pemakanan adalah penting untuk melengkapkan rawatan yang dijalani individu yang mengalami kegagalan ginjal kronik. Melaluinya, pengambilan kalori dan protin boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengambilan sodium, potasium dan fosfat boleh dkawal supaya seiring dengan rawatan yang dijalankan.
Buku resepi ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk individu ini dengan tujuan:a. Menerangkan keperluan dan sekatan makanan
yang perlu diikuti.b. Mendedahkan cara pemakanan yang sesuai
untuk keadaan kesihatan.c. Membincangkan kaedah modifikasi masakan
yang boleh dibuat.d. Memberi maklumat terperinci kandungan
nutrien selepas modifikasi menu dilakukan.
Penghasilan buku ini melibatkan proses memilih, mengubahsuai, menganalisa, mengujirasa menu, mengambil gambar seterusnya mengadunkannya menjadi sebuah buku. Keseluruhan proses ini mengambil masa sembilan bulan dan melibatkan 12 pegawai Jabatan Dietetik & Sajian, HKL. Proses mengujirasa melibatkan Pegawai Perubatan dari Jabatan Nefrologi, HKL dan individu yang menjalani dialisis di Unit Dialisis, HKL.
Diharapkan, dengan adanya buku resepi ini, ianya akan memberi manfaat kepada individu yang menjalani dialisis secara khususnya dan keseluruhan anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA”
Ridzoni SulaimanKetua Profesion Pegawai DietetikKementerian Kesihatan Malaysia
Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ramai yang tertanya-tanya apakah pantang larang dalam penyediaan makanan seharian. Kehidupan sebagai pesakit akan lebih selesa sekiranya anda mematuhi nasihat Pegawai Dietetik (Dietitian). Pesakit yang menjalani dialisis perlulah mengawal kandungan air dan garam untuk mengelakkan bengkak (terutamanya pada bahagian kaki) dan paru-paru berair.
Buku resepi ini diterbitkan khas untuk pesakit buah pinggang terutamanya yang menjalani rawatan dialisis. Kami yang terdiri daripada sekumpulan Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur, telah bergabung tenaga untuk mengumpulkan resepi-resepi yang lazat dan diubahsuaikan supaya boleh dinikmati oleh semua pesakit dialisis. Resepi yang tersedia di dalam buku ini adalah hasil yang diperolehi setelah diperbaiki berdasarkan komen dari pesakit dan Pengawai Perubatan setelah sesi ujirasa dijalankan.
Resepi-resepi ini, telah mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan, selain itu analisis makanan juga akan menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protin, potasium dan fosfat di dalam makanan tersebut. Cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau penjaga pesakit.
Bagi pesakit dialisis, jumlah protin yang diambil perlulah ditingkatkan untuk menampung jumlah protin yang hilang melalui proses dialisis. Oleh itu, sila pastikan anda menghabiskan seketul lauk (seperti saiz potongan di kedai) untuk makan tengahari dan malam. Keperluan protin harian adalah berbeza mengikut saiz badan seseorang, untuk jumlah yang tepat silalah berhubung dengan Dietitian anda.
Jumlah fosfat dapat dikawal dengan mengelakkan pengambilan susu dan hasil tenusu. Sila pastikan (sekiranya ada) ubat kalsium karbonat (CaCO3) diambil bersama-sama dengan makanan. Sila minimakan penggunaan santan kerana santan juga mengandungi fosfat dan potasium.
Bagi pesakit yang sering mengalami masalah tinggi potasium, silalah teliti tip yang disertakan di dalam buku ini untuk dijadikan panduan semasa penyediaan makanan seharian.
Penghasilan buku ini diharapkan dapat memberikan idea kepada anda dan keluarga bahawa pesakit dialisis masih boleh menikmati makanan kegemaran dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan penyakit buah pinggang. Diharapkan buku resepi ini memberikan garis panduan tentang cara melakukan ubahsuaian ke atas resepi asal yang lain. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada pesakit dan keluarga untuk terus menyediakan hidangan yang bersesuaian dengan keadaan penyakit buah pinggang.
Selamat menjamu selera!
Datin Nor Sharita Mohd SaadDietitianZon Nefrologi & UrologiHospital Kuala Lumpur
PengenalanPengenalan
Senarai Ahli Jawatankuasa KerjaPegawai Dietetik yang terlibat dalam penghasilan buku ini:
Berdiri (dari kiri):
Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad, Puan Kamariah Nawawi danCik Low Phei Keow
Duduk (dari kiri):
Encik Mohd Hairil Muzammil Tokijan dan Encik Mohd Hafiz Mohd Rosli
Dari kiri:
Encik Wan Ahmad Fazli Johari dan Encik Muhammad Fakhri Mohd Mat Noor
Senarai Ahli Jawatankuasa KerjaPembantu penyediaan makanan yang terlibat sama:
Dari kiri:
Puan Norfadhilah Hassan dan Cik Syafila Suhaini
Tiada dalam Gambar:
Encik Mohd Safuan Mohd Kamil dan Puan Salina Said
Sekalung budi:
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakitUnit Dialisis 1, HKL dan anggota HKL yang terlibat secara langsungdan tidak langsung dalam menjayakan projek buku resepi ini.
6
Isi Kandungan 1Penerangan RingkasTip Masakan Sihat _____________________________________________ 8
Ukuran Rumahtangga __________________________________________ 9
Senarai Kandungan Potasium dalam Makanan/Minuman__________ 10 - 11
Senarai Kandungan Fosfat dalam Makanan/Minuman ____________ 12 - 13
Menu UtamaIkan Berkuah Asam Pedas ___________________________________ 14 - 15
Ikan Bawal Tiga Rasa _______________________________________ 16 - 17
Ikan Tenggiri Masak Kari ____________________________________ 18 - 19
Ikan Cencaru Sumbat Cili ____________________________________ 20 - 21
Ayam Bersos Lemon________________________________________ 22 - 23
Ayam Goreng Kunyit _______________________________________ 24 - 25
Ayam BBQ ________________________________________________ 26 - 27
Ayam Goreng Berempah ____________________________________ 28 - 29
Ayam Masak Merah ________________________________________ 30 - 31
Telur Berinti_______________________________________________ 32 - 33
Telur Sambal ______________________________________________ 34 - 35
Daging Masak Halia ________________________________________ 36 - 37
Jelatah___________________________________________________ 38 - 39
Terung Sambal ____________________________________________ 40 - 41
Sayur Campur _____________________________________________ 42 - 43
Sayur Kobis & Lobak Merah __________________________________ 44 - 45
7
Isi Kandungan 2Nasi & Aneka Jenis MeeNasi Goreng Cina __________________________________________ 46 - 47
Nasi Kerabu Ikan___________________________________________ 48 - 49
Mee Goreng ______________________________________________ 50 - 51
Mee Berkuah______________________________________________ 52 - 53
Meehoon Goreng Tomyam __________________________________ 54 - 55
Kueh Teow Goreng Udang ___________________________________ 56 - 57
Spageti Goreng ___________________________________________ 58 - 59
Asam Laksa _______________________________________________ 60 - 61
Kuih-MuihPopiah Goreng Bersos ______________________________________ 62 - 63
Samosa __________________________________________________ 64 - 65
Karipap Ayam _____________________________________________ 66 - 67
Kuih Cara Berlauk __________________________________________ 68 - 69
Pencuci MulutAgar-agar Cendol __________________________________________ 70 - 71
Agar-agar Mangga _________________________________________ 72 - 73
Jeli Konnyaku ________________________________________________ 74
Smoothie Strawberi ___________________________________________ 75
8
Tip Masakan Sihat
Tip Pengawalan Sodium (garam)
1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan: a. Hadkan sodium kepada ¼ - ½ sudu teh rata (hidangan untuk empat orang). b. Hadkan kicap kepada ½ sudu besar (hidangan untuk empat orang). c. Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan. d. Rendamkan ikan bilis dalam air panas, dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah
juga dihadkan.
2. Tambahkan rempah asli (seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam/perencah masakan.
3. Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan dengan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi.
Tip Pengawalan Potasium
1. Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan: a. Rebus ubi kentang di dalam air yang banyak dan buangkan airnya. b. Pilih sayur dari jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan
ketola bagi membekalkan keperluan serat harian. c. Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan. d. Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya.
2. Untuk meningkatkan kandungan potasium makanan: a. Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan. b. Tingkatkan penggunaan daun sup dan daun bawang.
Tip Pengawalan Fosfat
1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat: a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum
digoreng. b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam
cincang yang diproses. c. Elakkan mengambil kuning telur. d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.
9
Ukuran Rumah Tangga
Untuk mengawal jumlah pengambilan air/cecair, gunakanlah ukuran berikut sebagai panduan.
Sudu cina(20ml)
Senduk nasi(60ml)
Cawan(150ml-200ml)
Mug(300ml)
Gelas(300ml)
Botol air(500-600ml)
Senduk(80ml)
Mangkuk cina(230ml)
Sudumeja
(20ml)
Sudusup
(10ml)
Sudumakan(10ml)
Sudu teh
(5ml)
Bawang besar
Pucuk ubi kayu
Pasli
Terung
Daun bawang
Kacang botor
Taugeh
Kacang panjang
Ketola ular
Kobis
Ketola air
Kacang pea, tin
Cili padi
Timun
Daun salad
Cili hijau
Jew’s ear (mook yi)
Daun pudina
Kacang buncis
Kacang bendi
Lobak putih
1 biji
½ cawan
1 sudu makan
½ cawan
¼ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
5 biji
½ cawan
½ cawan
5 biji
½ cawan
½ cawan
½ cawan
5 biji
½ cawan
6mg
9mg
23mg
24mg
25mg
28mg
30mg
31mg
33mg
35mg
35mg
36mg
37mg
37mg
37mg
40mg
41mg
42mg
43mg
47mg
47mg
Daun kesom
Asparagus
Sengkuang
Murunggai/ kelor
Kangkung
Lada benggala hijau
Cili merah
Bawang putih
Peria
Ulam raja
Kundur
Cendawan tiram
Labu jantung
Labu merah
Pegaga
Karot
Rebung
Ketola segi
½ cup
5 pucuk
½ cup
½ cawan
½ cawan
½ cawan
2 biji
5 ulas
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
51mg
55mg
56mg
58mg
61mg
62mg
64mg
70mg
72mg
72mg
76mg
77mg
80mg
81mg
83mg
88mg
94mg
100mg
Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda
RENDAH(Kurang daripada 50mg/hidangan)
SEDERHANA(50mg - 100mg/hidangan)
TINGGI(Lebih daripada 100mg/hidangan)
SAYUR-SAYURAN
1 keping
1 sudu makan
1 sudu teh
0mg
1mg
4mg
1 sudu makan
1 sudu makan
1 sudu makan
1 pek
1 sudu makan
52mg
54mg
56mg
57mg
84mg
Air tebu
Air kacang soya
Susu UHT
Yogurt
Isi kelapa muda
Tau foo fah
Serbuk koko
Air kelapa
250ml
1 gelas
1 paket
1 cawan
½ cawan
1 bekas
2 sudu makan
250ml
150mg
158mg
211mg
230mg
241mg
290mg
362mg
496mg
MINUMAN/PENCUCI MULUT/BAHAN BANCUHAN
Gula merah
Susu pekat manis
Santan
Krimer bukan tenusu
Serbuk susu skim
Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan
10
Kantan
Brokoli
Kacang pea, segar
Bunga Kobis
Timun bulu
Tomato
Watercress
Bawang merah
Cekur manis
Cendawan kering
Daun seladeri
Pak choy
Akar teratai
Petai
Kailan
Bayam merah
Bayam pasir
Jantung pisang
Pucuk paku
Kucai
Sawi
Sengkuang cina
Rumpai laut kering
¼ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
2 biji
½ cawan
5 biji
½ cawan
5 keping
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
5 biji
½ cawan
101mg
107mg
118mg
120mg
121mg
125mg
162mg
172mg
173mg
180mg
190mg
193mg
193mg
224mg
237mg
268mg
300mg
324mg
326mg
364mg
406mg
414mg
536mg
Gula melaka
Air sirap
Serbuk kopi
Betik
Limau bali
Epal hijau
Epal merah
Pir hijau
Oren
Limau cina
Mangga
Salak
Belimbing
1 potong
1 keping
1 biji
1 biji
½ biji
1 biji
1 biji
½ biji
1 biji
1 biji
62mg
65mg
75mg
76mg
79mg
79mg
79mg
81mg
99mg
100mg
Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda
BUAH-BUAHAN
Sago
Taucu
¼ cawan
1 sudumakan
3mg
45mg
½ cawan
5 biji
½ cawan
10 biji
½ cawan
½ cawan
1 potong
1 biji
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
½ cawan
101mg
116mg
247mg
310mg
247mg
160mg
163mg
166mg
184mg
235mg
300mg
644mg
714mg
Badam
Biji gajus
Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan
11
Laici
Anggur
Tembikai
Jambu air
Pisang kaki
Nenas
Pisang mas
Buah lai
Prun
Cempedak
Buah kurma
Duku
Kiwi
Buah pic
Langsat
Durian belanda
Buah nona
Pisang berangan
Jambu batu + asam boi
Kismis
Kedondong
Nangka
5 biji
8 biji
1 potong
5 biji
1 biji
1 potong
1 biji
1 biji
4 biji
4 biji
3 biji
10 biji
1 biji
1 biji
10 biji
1 potong
1 biji
1 biji
1 potong
¼ cawan
6 biji
5 biji
102mg
104mg
104mg
120mg
124mg
126mg
131mg
138mg
142mg
147mg
168mg
170mg
180mg
207mg
209mg
220mg
224mg
228mg
233mg
249mg
382mg
552mg
Ciku
Strawberi
Jambu batu
Plum
Rambutan
Manggis
Pulasan
1 biji
5 biji
1 potong
1 biji
5 biji
3 biji
5 biji
17mg
31mg
32mg
38mg
41mg
43mg
45mg
RENDAH(Kurang daripada 50mg/hidangan)
SEDERHANA(50mg - 100mg/hidangan)
TINGGI(Lebih daripada 100mg/hidangan)
60mg
69mg
KACANG-KEKACANG, UBI-UBIAN DAN LEGUM
10 biji
10 biji
Biji tembikai
Buah berangan
Kacang tanah
Walnut
Ubi keledek putih
Ubi kayu
Sukun
Ubi kentang
Keladi
Kacang panggang, tin
Dhal kuning
Kacang hijau
Kacang merah
Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah
SAYUR-SAYURAN
Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan
Keledek 1 bijisederhana
218mg
RENDAH(Kurang daripada 40mg/hidangan)
SEDERHANA(40mg - 80mg/hidangan)
TINGGI(Lebih daripada 80mg/hidangan)
2 ceduk
SUSU & PRODUK TENUSU
Ais krim 70mg
3 biji
1 biji kecil
1 potong
1 potong
1 potong
1 biji kecil
5 ulas
½ biji
5mg
10mg
11mg
13mg
15mg
17mg
21mg
22mg
BUAH-BUAHAN
*Sayur-sayuran amnya mengandungi fosfat yang rendah
Bayam goreng
Ubi kentang
½ cawan
1 biji kecil
46mg
60mg
Jambu air
Epal merah
Nenas
Betik
Tembikai
Pisang
Nangka
Jambu batu
Keju
Susu pekat manis
Yogurt
Susu penuh krim
Susu tepung skim
1 keping
2 sudu makan
½ cawan
1 gelas
4 sudu makan
83mg
93mg
170mg
207mg
272mg
½ biji
6 keping
2 sudumakan
DAGING, IKAN, AYAM DAN KEKACANG
Telur rebus dengan kuning telur
Bebola ikan
Udang kering
Sardin dalam tin
Ayam panggang
Kacang panggang
Ikan bilis
45mg
45mg
51mg
54mg
68mg
79mg
79mg
1 biji
½ cawan
6 keping
6 keping kecil
2 sudu makan
5 keping kecil
1 keping
1 ekor sederhana
10 cucuk
90mg
99mg
132mg
138mg
188mg
205mg
281mg
544mg
693mg
Telur goreng
Dhal
Nuget ayam
Rendang kambing
Sambal ikan bilis
Ayam masak kicap
Taufu goreng
Kari ikan
Satay daging lembu
½ biji
5 biji kecil
1 sudu makan
1 ketul
1 ketul
½ cawan
2 sudu makan
45mg
33mg
37mg
12
Kailan goreng
Timun
Kobis goreng
Kacang panjang goreng
Taugeh goreng
½ cawan
6 hiris
½ cawan
½ cawan
½ cawan
4mg
5mg
9mg
15mg
16mg
*Buah-buahan amnya mengandungi fosfat yang rendah
Telur rebus(tanpa kuning telur)
Daging khinzir (Char siew)
Kacang tanah goreng
Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah
BIJIRIN
Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan
Mee segera
Makaroni
Lemang
Nasi lemak
Roti canai
Roti telur
Mee wantan
Capati
Nasi dagang
Nasi kerabu
Nasi ayam
1 bungkus
1 cawan
1 keping (4inci)
1 pinggan
1 keping
1 keping
1 pinggan
1 keping
1 pinggan
1 pinggan
1 pinggan
118mg
126mg
144mg
150mg
155mg
208mg
222mg
244mg
271mg
348mg
467mg
Biskut krim kraker
Mee kuning
Serbuk kastard
Laksa basah
Kuih apam
Ban kosong
Tepung jagung
Kuey teow
Meehoon
Idli
Oat
2 keping
1 cawan
2 sudumakan
1 cawan
1 ketul
1 biji
2 sudumakan
1 cawan
1 cawan
1 ketul
2 sudumakan
0mg
2mg
2mg
6mg
8mg
14mg
26mg
29mg
33mg
5mg
38mg
RENDAH(Kurang daripada 40mg/hidangan)
SEDERHANA(40mg - 80mg/hidangan)
TINGGI(Lebih daripada 80mg/hidangan)
Nasi putih
Roti putih
Roti mil penuh
Barli
Putu mayam
Dosai
Bubur ikan
Sandwic telur
1 cawan
2 keping
2 keping
2 sudu makan
1 keping
1 keping
1 mangkuk (m)
2 keping
43mg
44mg
50mg
58mg
66mg
73mg
73mg
75mg
Bertih jagung
Mufin
Keropok ikan
Keledek goreng
Biskut coklat
Kuih lapis
1 keping
1 mangkuk
2 sudu makan
1 keping
1 keping
1 biji
1 biji
1 keping
1 sederhana
1 keping
2 keping
84mg
89mg
92mg
94mg
103mg
119mg
126mg
145mg
179mg
229mg
236mg
Kek buah-buahan
Cendol
Mentega kacang
Kek Mentega
Vadai
Burger
Pau inti daging
Cakoi
Jagung
Papadom
Keropok lekorgoreng
1 paket
1 biji
6 keping
1 ketul
4 keping
1 keping
MINUMAN
Air kacang soya
Air kola
Serbuk koko
41mg
46mg
77mg
1 gelas
1 cawan
98mg
126mg
Teh tarik
Kopi susu
1 gelas
1 tin (325ml)
2 sudu makan
13
Air sirap
Teh cina
Air tebu
Air kelapa
Krimer bukan tenusu
1 gelas
1 gelas
1 gelas
1 gelas
1 paket
0mg
0mg
22mg
30mg
30mg
Marjerin
Jem buah-buahan
Kuih sago
Kuih apam Cina
Pau kacang merah
Popiah goreng
Apam balik
Karipap
Pisang goreng
Kuih ang koo
Donut
1 sudumakan
1 sudumakan
1 keping
1 keping
1 biji
1 keping
1 keping
1 keping
1 keping
1 keping
1 keping
0mg
2mg
8mg
8mg
10mg
15mg
21mg
23mg
26mg
34mg
39mg
42mg
46mg
54mg
65mg
68mg
78mg
SNEK
14
Menu Utama
Ikan Berkuah Asam Pedas (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 keping ikan merah• 1 cawan minyak - untuk menggoreng• 2 sudu makan minyak - untuk menumis
Bahan A: Bahan Tumis• 4 biji cili kering• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 inci halia• 5g belacan
Bahan B: Bahan Perasa• 2 cawan air• 4 keping asam keping• ½ batang daun kesom• 1 kuntum bunga kantan, belah dua• 1 batang serai, diketuk• 2 helai daun limau purut• ¼ sudu teh garam
Bahan C: Bahan Hiasan• ½ kuntum bunga kantan• 1 biji bawang besar• 1 biji cili merah
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Tos dan ketepikan.2. Tumbuk bahan tumis sehingga halus.3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.4. Masukkan air dan diikuti dengan bahan perasa. Masukkan garam setelah kuah mendidih
dan padamkan api.5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hias dengan bahan hiasan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
250 6 18 17 185 273 125
hiris nipis dan halus
15
Menu Utama
16
Ikan Bawal Tiga Rasa (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 keping ikan bawal• 2 sudu makan serbuk kunyit• 1 cawan minyak - untuk menggoreng • 3 sudu makan minyak masak - untuk menumis• ½ cawan air
Bahan A: Bahan Penumis• 4 biji bawang merah• 4 ulas bawang putih• 1 inci halia
Bahan B: Bahan Sos• 2 biji cili kering, dipotong kecil• 2 sudu makan sos tiram• 2 sudu teh gula• 1 batang serai• 5 helai daun limau purut
Bahan C: Bahan Sayur• ½ biji lada benggala merah• ½ biji lada benggala hijau• 3 biji tomato
Bahan D: Bahan Hiasan• Sedikit daun bawang• Sedikit daun sup
Cara Penyediaan:1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan.2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.3. Masukkan pula bahan sos satu per satu. Tambah ½ cawan air dan biarkan mendidih dan
sedikit pekat.4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika.5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Tabur dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong
kecil.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
238 86 19 15 316 219 253
17
Menu Utama
18
Ikan Tenggiri Masak Kari (4 hidangan)
Bahan A• 4 potong ikan tenggiri• 2 cawan air• 1 biji terung bulat, belah terung kepada 4 bahagian• 4 biji kacang bendi, buangkan tangkai• 1 sudu teh asam jawa• ½ sudu teh rata garam• 1 biji cili hijau• 1 biji limau nipis, saiz kecil
Bahan B: Bahan Tumis• ¼ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 1 sudu teh halba campur• 1 tangkai daun kari• 4 sudu makan rata rempah kari• ¼ biji asam limau
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga
naik bau. 2. Masukkan pula bawang tumbuk yang telah dicampur dengan rempah kari dan sedikit
air. Masak sehingga naik minyak.3. Buang lebihan minyak yang timbul apabila rempah kari sudah masak.4. Masukkan ikan. Balik-balikkan sehingga masak.5. Keluarkan semula ikan dengan menggunakan penyepit.6. Masukkan 2 cawan air, terung dan bendi. Masak sehingga empuk.7. Masukkan semula ikan tadi.8. Masukkan asam jawa, garam dan cili hijau.9. Padamkan api. Perahkan asam limau.
Cara Menghidang:Setiap satu keping ikan:• Tambah satu biji bendi, satu potong terung dan 3 sudu makan kuah sahaja.
Tip:• Penggunaan rempah serbuk meningkatkan aras potasium makanan. Oleh itu,
pengambilan kuah perlu dihadkan kepada 2-3 sudu makan sahaja.• Untuk pesakit CAPD, masukkan tomato untuk meningkatkan aras potasium makanan
disebabkan kandungan potasium yang tinggi dalam tomato.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
238 11 19 13 349 287 236
bahagikan kepada 2 bahagianhiris nipis satu bahagian dan tumbuk satu bahagian lagi
19
Menu Utama
20
Ikan Cencaru Sumbat Cili (2 hidangan)
Bahan-bahan• 2 ekor ikan cencaru• 2 biji limau kasturi• 2 helai daun kunyit
Bahan A• 4 biji cili merah• 3 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 biji buah keras• ¼ sudu teh gula• ¼ inci halia• ¼ sudu teh rata belacan, dibakar
Cara Penyediaan:1. Ikan dibersihkan tetapi jangan dibuang kulit keras.2. Basuh dan belah belakang ikan.3. Tumbuk lumat bahan A.4. Apabila lumat, perahkan air limau kasturi. Gaul rata.5. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam belahan belakang ikan.6. Balut ikan dengan daun kunyit.7. Setelah itu bolehlah dibakar.
Tip:• Ikan akan berkalori rendah apabila dibakar. Sekiranya anda memerlukan lebih kalori,
gorengkan ikan tersebut.• Jumlah belacan dikurangkan kepada ¼ sudu teh rata untuk mengawal jumlah kandungan
sodium.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
120 6 19 2 81 309 268
21
Menu Utama
22
Ayam Bersos Lemon (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 ketul ayam
Bahan A: Bahan Perap• ½ biji lemon, perahkan jusnya• 2 ulas bawang putih, dihiris nipis• ½ sudu teh lada hitam
Bahan B: Bahan Sos Lemon• 100 ml air• 1 biji cili merah, potong dadu halus• 2 ulas bawang putih, potong dadu halus• 2 sudu makan madu• 1 sudu teh gula• ¼ sudu teh garam• ½ biji lemon, perahkan jusnya• 2 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 2 sudu makan air
Cara Penyediaan:1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit.2. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150°C, selama 30 minit, atau sehingga masak.3. Untuk sos lemon, masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain
kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih.4. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi
pekat.5. Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
185 14 17 7 135 328 195
23
24
Menu Utama
Ayam Goreng Kunyit (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar)• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis• 1 batang lobak merah, dipotong memanjang• 1 cawan kacang buncis• 2 biji cili hijau, dihiris
Bahan-bahan A: Bahan Penumis• 3 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 1 inci halia
Bahan-bahan B: Bahan Perasa• 2 sudu makan serbuk kunyit• ½ sudu teh jintan manis (biji)• ½ sudu teh jintan putih (biji)• ¼ sudu teh garam
Cara Penyediaan:1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya.2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis
dan cili hijau.4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika.5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
221 9 15 14 150 348 166
25
Ayam BBQ (4 hidangan)
Bahan-bahan4 ketul ayam
Bahan A: Bahan Kisar• 1 ulas bawang putih• ½ biji bawang besar (kisarkan)• ½ inci halia• 1 batang serai• ½ sudu besar ketumbar
Bahan B: Bahan Perasa• ½ sudu makan serbuk cili• 1 sudu teh serbuk kunyit• ½ sudu teh garam• ½ sudu makan serbuk jintan manis• 1 sudu teh serbuk jintan putih• 4 sudu makan gula pasir
Cara Penyediaan:1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa.2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150˚C selama 30 minit atau
sehingga masak.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
204 11 29 4 372 368 232
Menu Utama
26
27
Ayam Goreng Berempah (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 ketul ayam• 2 sudu teh serbuk kari ayam• ½ sudu makan serbuk kunyit• ½ sudu makan cili kering, dikisar kering tanpa biji• ¼ sudu teh garam• 1 biji telur, ambil putih telur sahaja• ½ sudu makan tepung jagung• 1 tangkai daun kari• 1 cawan minyak - untuk menggoreng
Bahan Kisar• 2 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar, saiz sederhana• ½ inci halia• 1 batang serai• ½ sudu makan ketumbar, disangai
Cara Penyediaan:1. Perap ayam dengan bahan yang dikisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit, cili kering
dan garam. Perap selama setengah jam.2. Tuang telur putih di atas ayam, tabur tepung jagung dan gaulkan.3. Gorengkan bersama daun kari.4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
324 10 19 23 155 393 224
Menu Utama
28
29
Menu Utama
30
Bahan C: Bahan Tumbuk• ½ sudu teh jintan manis• ½ sudu teh jintan putih• ½ sudu teh ketumbar
Bahan D• ½ sudu teh gula• ¼ sudu teh garam• 1sudu teh asam jawa
Ayam Masak Merah (4 hidangan)
Bahan-bahan• 4 ketul ayam tanpa kulit• ¼ sudu teh serbuk kunyit• 1 cawan minyak untuk menggoreng• 4 sudu teh minyak masak untuk menumis• ¼ cawan air
Bahan A: Bahan Penumis• 1 batang kayu manis• 1 kuntum bunga lawang• 1 batang daun kari
Bahan B: Bahan Tumis Tumbuk• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• ½ inci panjang halia• 4 tangkai cili kering
Cara Penyediaan:1. Taburkan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga
garing dan toskan menggunakan tisu bersih.2. Panaskan 4 sudu teh minyak. Tumiskan bahan A dan bahan B sehingga naik bau.3. Tambahkan ayam yang telah digoreng. Masukkan bahan C dan diikuti ¼ cawan air.4. Tambahkan bahan D. Gaul seketika dan angkat apabila kering.
Tip:• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan 2 biji
tomato ke dalam masakan ini.• Untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dan minyak dalam masakan ini, potong
ayam dalam saiz yang lebih kecil, masukkan ayam yang tidak digoreng selepas bahan tumis naik bau dan tambah ½ cawan air untuk memasakkan ayam tersebut.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
350 9 17 27 217 326 211
31
32
Menu Utama
Telur Berinti (4 hidangan)
Bahan-bahan• 16 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja)• 1 sudu kecil serbuk lada hitam• 5 sudu kecil minyak masak - untuk menumis• 1 ketul dada ayam, dipotong kecil• 1 batang lobak merah• 1 biji lada benggala• 1 tangkai kacang panjang• 4 sudu makan air
Bahan A: Bahan Tumis• 1 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih
Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu teh sos tomato• 1 sudu teh sos cili
Cara Penyediaan:1. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam dan bahagikan kepada 4 bahagian. Gorengkan
telur dan ketepikan.2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga
naik bau.3. Masukkan ayam, sayur, air dan bahan perasa.4. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.5. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi.6. Hidangkan.
Tip:• Guna kuali tidak melekat (non-stick pan) semasa menggoreng telur untuk mengurangkan
penggunaan minyak masak.• Untuk pesakit CAPD, tambahkan daun salad untuk meningkatkan kandungan potassium.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
124 8 20 1 323 321 87
dihiris
33
Menu Utama
34
Telur Sambal (4 hidangan)
Bahan A• 16 biji telur ayam - rebus dan buang kuning telur dan gorengkan dalam sedikit minyak• 4 sudu teh minyak - untuk menumis• 2 sudu teh rata sos cili
Bahan B: Bahan Tumis• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• 4 tangkai cili kering - dikisar
Bahan C: Bahan Hiasan• 4 sudu teh bawang merah yang digoreng• 1 sudu teh daun bawang yang dipotong halus• 1 sudu teh daun sup yang dipotong halus
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.2. Masukkan telur.3. Tambahkan sos cili dan gaul rata.
Cara Menghidang:• Taburkan dengan sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.
Tip:• Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan kerana kandungan
potasium yang tinggi.• Untuk pesakit CAPD, penggunaan daun sup dan daun bawang boleh ditambahkan untuk
meningkatkan aras potasium makanan.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (4 biji putih telur)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
227 8 15 15 281 220 41
35
Menu Utama
36
Daging Masak Halia (2 hidangan)
Bahan-bahan• 180g daging, dipotong nipis• 1 sudu makan rempah 5• ½ sudu makan kicap manis• ½ sudu makan serbuk lada hitam• 2 ulas bawang merah• 1 ulas bawang putih• ½ inci halia• 1 batang serai, diketuk• ½ sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air• 1 sudu makan cuka• 1 biji cili merah, sebagai hiasan• 3 sudu makan minyak - untuk menumis
Cara Penyediaan:1. Gaulkan daging dengan rempah 5, kicap dan serbuk lada hitam dan perapkan selama 15
minit.2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.3. Masukkan halia dan serai.4. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata sehingga masak.5. Tambahkan tepung jagung.6. Masukkan cuka.7. Taburkan daun bawang dan cili sebagai hiasan.8. Hidangkan.
Tip:• Jumlah kicap telah dikurangkan kepada hanya ½ sudu besar untuk mengawal jumlah
kandungan sodium.• Rempah 5 boleh didapati di pasar raya besar (hypermarket) di bahagian rempah ratus.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
247 7 21 14 284 295 91
dimayang halus
37
Menu Utama
38
Jelatah (4 hidangan)
Bahan A• ½ biji timun• 1 potong nenas• 60g kobis ungu• ½ biji lobak merah - dipotong halus• 1 biji bawang besar• 3 biji cili merah
Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu makan gula• ¼ sudu teh garam• 1 biji limau nipis
Cara Penyediaan:1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.2. Masukkan bahan perasa dan gaul sebati.
Tip:Limau nipis diguna untuk menggantikan cuka buatan yang biasa digunakan dalam jelatah.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
84 18 2 0 160 224 59
dihiris nipis
dihiris nipis membulat
39
Terung Sambal (4 hidangan)
Bahan A• 1 biji terung panjang, buang separuh kulit dan potong serong• 4 sudu teh minyak• ½ cawan air
Bahan B: Bahan Tumbuk• 2 biji cili kering, dikisar• ¼ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 4 ekor ikan bilis kecil, rendam dalam air panas selama 10 minit dan ditumbuk halus
Bahan C: Bahan Hiasan• ½ biji bawang merah, dibuat bawang goreng• 2 sudu teh minyak
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak.2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.3. Masukkan terung.4. Masukkan air dan masakkan sehingga terung menjadi lembut dan airnya kering.5. Angkat dan hidangkan.
Cara menghidang:• Hiaskan dengan sedikit bawang goreng.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (½ cawan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
94 5 2 8 10 35 27
Menu Utama
40
41
Menu Utama
42
Sayur Campur (4 hidangan)
Bahan-bahan• 1 batang lobak merah• ¼ biji bunga kobis• 20 biji kacang buncis• 1 biji lada benggala• ¼ cawan air• 2 sudu teh sos tiram
Bahan A: Bahan Penumis• 2 ulas bawang putih• 2 sudu makan minyak
Cara Penyediaan:1. Potong sayur mengikut citarasa.2. Tumis bawang putih sehingga naik bau3. Masukkan sayur satu persatu. Tambahkan air.4. Perisakan dengan sos tiram dan masak sehingga sayur empuk.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
77 7 3 4 289 166 41
43
Menu Utama
44
Sayur Kobis & Lobak Merah (4 hidangan)
Bahan-bahan• 1 ulas bawang putih• ½ biji bawang besar• 1 biji cili merah• 1 ketul dada ayam - dihiris nipis• 1 biji lobak merah - dihiris nipis• ½ biji kobis - dipotong kecil• ½ sudu kecil lada sulah• ¼ sudu kecil garam• 2 sudu teh minyak masak
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili merah sehingga naik bau.2. Masukkan ayam. Goreng selama 1 hingga 2 minit.3. Masukkan lobak merah dan kobis. Masak sehingga sayur empuk.4. Perisakan dengan lada sulah dan garam.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
96 7 9 3 65 290 98
dimayang
45
Nasi dan Aneka Jenis Mee
46
Nasi Goreng Cina (2 hidangan)
Bahan-bahan• 2 cawan nasi sejuk• 100g isi ayam - dipotong kecil• ½ biji lobak merah - dipotong dadu• 2 batang kacang panjang - dipotong pendek• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja• ¼ sudu teh garam• ½ sudu teh lada hitam• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis
Bahan Tumis• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih
Bahan Hiasan• ¼ biji timun - dihiris nipis• 2 sudu makan daun sup yang dihiris nipis• 2 sudu makan daun bawang yang dihiris nipis• 1 biji cili merah• 1 biji cili hijau• 2 biji bawang merah - digoreng
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.2. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang.3. Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi supaya ada ruang di tengah kuali untuk telur
putih.4. Masukkan putih telur. Kacau sehingga masak.5. Gaul rata. Perisakan dengan garam dan lada hitam6. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan.
Tip:• Putih teluh boleh juga dibuat telur dadar dan dipotong halus. Taburkan di atas nasi
goreng sebagai hiasan.• Untuk pesakit CAPD, makan bersama tomato dan daun salad bagi meningkatkan
kandungan potassium.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
376 48 18 12 315 404 165
47
Nasi dan Aneka Jenis Mee
48
Nasi Kerabu Ikan (4 hidangan)
Bahan-bahan• 2 cawan beras• Pewarna biru secukupnya• 2 ½ cawan air• 4 ekor ikan kembung
saiz sederhana• 2 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan A: Bahan Tumis Kerabu• 6 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 inci halia• 3 biji cili kering• 2 batang serai - dititik• 1 keping asam keping• 5 peket kecil serbuk krimer• 100ml air• ½ sudu kecil garam• 4 sudu besar minyak masak
Cara Penyediaan:1. Masak nasi dengan sedikit pewarna biru dan air. Goreng ikan kembong sehingga garing.2. Untuk bahan A, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serai, asam keping, bancuhan serbuk krimer dan garam. Kacau sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Untuk menyediakan bahan sambal pula, goreng suhun sehingga kembang dan toskan. Ketepikan.
4. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja. 5. Sangai bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam,
gula dan lada hitam dan kacau seketika.6. Akhir sekali, gaulkan suhun, isi ikan kembung dan bahan yang disangai di dalam
mangkuk besar, ketepikan.7. Nasi kerabu dimakan bersama dengan ikan goreng, tumis kerabu, sambal dan bahan
ulam.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
393 46 19 15 196 412 360
Bahan B: Bahan Sambal• 50g suhun• 2 ekor ikan kembong• ½ inci halia• 3 ulas bawang merah• 2 batang serai - dititik• ½ sudu kecil garam• ½ sudu kecil gula• 1 sudu kecil lada hitam• minyak - untuk menggoreng
Bahan-bahan C: Bahan ulam• 200g taugeh• 1 kuntum bunga kantan• 1 batang timun• 5 tangkai kacang panjang
dihiris halus
dihiris nipis
49
Nasi dan Aneka Jenis Mee
50
Mee Goreng (5 hidangan)
Bahan-bahan• 1 bungkus (450g) mee kuning• ½ sudu makan serbuk kari• 5 ketul ayam (bahagian dada), direbus dan dipotong panjang• 100g taugeh• 1 batang sawi, potong pendek• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja• 5 sudu makan minyak - untuk menumis
Bahan A: Bahan Tumis• ½ biji bawang besar - dipotong halus• 3 ulas bawang putih - dipotong halus• 3 biji cili kering - dikisar halus
Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu teh kicap• 2 sudu makan sos cili
Bahan C: Bahan Hiasan• 1 biji cili merah, dihiris nipis• 1 biji cili hijau, dihiris nipis• 5 biji limau kasturi• 2 sudu teh bawang merah yang digoreng
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.2. Masukkan serbuk kari dan kacau seketika. Masukkan isi ayam.3. Masukkan mee kuning, diikuti taugeh dan sawi. Goreng sehingga masak.4. Masukkan bahan perasa dan gaul rata.5. Goreng putih telur berasingan gulungkan dan hiris nipis serta tabur di atas mee semasa
menghidang.6. Hiaskan dengan bahan hiasan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
428 50 20 16 406 399 168
51
Nasi dan Aneka Jenis Mee
52
Mee Berkuah (4 hidangan)
Bahan-bahan• 1 bungkus mee kuning• 2 ketul dada ayam - dihiris nipis• 2 helai daun sawi, dipotong kecil dan direndam seketika• 1 cawan taugeh• 2 cawan air• ½ biji keledek - dibuang kulit, direbus, dibuangkan airnya dan dilenyek• 4 biji telur ayam• ½ sudu teh garam• 4 sudu teh minyak - untuk menumis
Bahan A: Bahan Kisar• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• 1 tangkai cili kering• 4 ekor udang kering
Bahan B: Bahan Hiasan• 1 biji cili merah - dihiris nipis• 2 biji limau kasturi - dibelah 2
Cara Penyediaan:1. Celur mee kuning. Tos dan ketepikan.2. Rebus ayam sehingga masak dan buang air rebusannya. Ketepikan.3. Untuk kuah, panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.4. Masukkan air dan ubi keledek. Biarkan mendidih.5. Masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga masak. Perisakan dengan garam6. Curahkan kuah yang telah siap ke atas mee kuning.7. Makan bersama ayam, sawi dan taugeh dan cili merah. Perahkan asam limau jika perlu.
Tip:• Gunakan garfu dan bukan sudu ketika makan bagi menghadkan pengambilan cecair.• Semasa makan, ambil putih telur sahaja bagi mengawal pengambilan fosfat.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
441 63 19 12 278 367 192
celurkan sehingga masak
53
Nasi dan Aneka Jenis Mee
54
Meehoon Goreng Tomyam (2 hidangan)
Bahan-bahan• ¼ bungkus meehoon (anggaran 2 cawan basah)• 1 ketul dada ayam - dipotong kecil• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis• ½ biji bawang besar - ditumbuk halus• 1 batang serai - diketuk• 2 helai daun limau purut - dihiris halus• 3 biji cili padi - diketuk• 2 sudu teh sos tomato• ¼ sudu teh garam• ½ biji tomato - dipotong dadu• 4 helai daun ketumbar - dihiris• ½ biji timun, dibuang kulit untuk hiasan• 2 biji limau kasturi - dibelah 2• 2 sudu makan minyak
Cara Penyediaan:1. Rendam meehoon sehingga kembang.2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.3. Masukkan ayam, kacau sehingga masak.4. Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi.5. Masukkan meehoon dan gaul rata.6. Perisakan dengan sos tomato dan garam. Tambah sedikit air jika perlu.7. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.8. Angkat dan hidangkan bersama timun dan limau kasturi.
Tip:• Putih telur boleh ditambah sedikit kunyit untuk memberikan warna kuning.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
377 49 20 10 389 290 157
55
Nasi dan Aneka Jenis Mee
56
Kuey Teow Goreng Udang (5 hidangan)
Bahan-bahan• 1 peket (500g) kuey teow halus• 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan kulit• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis• 1 batang lobak merah - dihiris memanjang• 1 batang saderi - dihiris nipis• 3 sudu makan minyak masak
Bahan A: Bahan Penumis• 5 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 3 sudu makan cili kering, digiling
Bahan B: Bahan Perasa• ½ sudu kecil garam• 2 sudu kecil lada sulah• 2 sudu teh sos tiram
Bahan C: Bahan Hiasan• 5 sudu teh daun bawang yang dihiris nipis• 1 biji cili merah - dihiris nipis
Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis sehingga naik bau.2. Masukkan lobak merah dan batang saderi. Masakkan seketika.3. Masukkan udang, biarkan sehingga udang kemerahan.4. Masukkan kuey teow, gaul sebati sehingga masak. 5. Perisakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Angkat dan hidangkan.6. Makan kuey teow bersama putih telur.7. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
297 38 17 8 292 231 177
ditumbuk
57
Nasi dan Aneka Jenis Mee
58
Spageti Goreng (4 hidangan)
Bahan A• 4 ketul dada ayam - dipotong kecil• 2 sudu teh sos tiram• 1 sudu teh daun oregano kering• ½ sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar
Bahan B• 4 sudu teh minyak masak• 2 ulas bawang putih, dicincang halus/ditumbuk• ½ biji bawang besar, dihiris bulat• 1 biji lada benggala (merah, kuning dan hijau) dipotong tebal• ½ batang lobak merah - dipotong halus
Bahan C• 150g spageti - direbus sehingga masak dan digaulkan dengan sedikit minyak• Sedikit daun pasli - dihiris halus• ½ teh lada sulah
Cara Penyediaan:1. Campurkan semua bahan A. Perapkan selama 30 minit.2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Tambahkan dengan bawang
besar.3. Masukkan bahan A. Masakkan seketika.4. Masukkan lada benggala dan lobak merah.5. Masukkan spageti dan kacau rata.6. Angkat dan hidangkan.
Cara Menghidang:• Taburkan dengan sedikit daun pasli dan lada sulah.
Tip:• Sos spageti tidak digunakan untuk mengurangkan kandungan potasium dan fosfat.• Gunakan spageti berwarna cerah disebabkan kandungan fosfat dan potasium yang lebih
rendah berbanding spageti berwarna lebih gelap.• Penggunaan rempah asli (bawang, sedikit lada hitam dan lada sulah serta daun pasli)
untuk membangkitkan rasa makanan tanpa meningkatkan kandungan sodium.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1pinggan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
358 41 23 12 193 409 290
59
Nasi dan Aneka Jenis Mee
60
Asam Laksa (5 hidangan)
Bahan-bahan• 1 bungkus (600g) laksa• 5 ekor ikan kembung• 2 keping asam keping• 2 kuntum bunga kantan - belah dua• 2 sudu makan asam jawa• ¼ sudu teh garam• 5 biji telur - rebus dan ambil putih telur sahaja
Bahan A: Bahan Kuah• 2 cawan air• 2 keping asam keping• 1 batang daun kesom
Bahan B: Bahan Kisar• 8 biji cili kering• 4 biji bawang merah• 5g belacan
Bahan C: Bahan Hiasan• ¼ biji timun - dipotong halus• ½ kuntum bunga kantan - dihiris nipis• 1 biji bawang besar - dihiris nipis• 5 helai daun salad• 1 biji cili merah - dihiris nipis• 10 helai daun pudina• 2 biji limau kasturi - dibelah dua dan diperah
Cara Penyediaan:1. Rebuskan ikan bersama asam keping sehingga masak.2. Buang air rebusan dan ambil isi ikan sahaja. Ramaskan ikan atau tumbuk kasar jika perlu.3. Didihkan bahan kuah dan masukkan isi ikan.4. Masukkan bahan kisar, bunga kantan dan asam jawa.5. Didihkan selama 10 minit, tambahkan garam dan padamkan api.6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas laksa7. Makan bersama putih telur dan hiaskan dengan bahan hiasan.
Tip:• Semasa makan, elakkan dari menghirup kuah untuk mengawal pengambilan cecair.• Nenas tidak digunakan bagi mengawal jumlah kandungan potasium dalam masakan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
318 56 18 3 416 399 195
61
62
Kuih-Muih
Popiah Goreng Bersos (4 hidangan)
Bahan-bahan• 8 keping kulit popiah
Bahan A: Bahan Untuk Inti• 1/8 biji kobis - dipotong kecil• ½ biji lobak merah - dihiris halus• ½ biji bawang besar• ½ ulas bawang putih• ¼ sudu teh lada sulah• 3 sudu teh minyak masak
Bahan B: Bahan Untuk Sambal• ½ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 3 tangkai cili kering• 4 sudu makan air• ½ sudu makan gula perang• ½ sudu makan kicap manis• 1 sudu teh minyak masak
Cara Penyediaan:
Inti1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.2. Masukkan kobis dan lobak merah. Biar seketika3. Perisakan dengan lada sulah.
Sambal1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.2. Masukkan cili kering dan biar sehingga masak.3. Masukkan air, gula perang dan kicap manis.4. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Padamkan api.
Popiah1. Ambil kulit popiah, letakkan inti yang telah siap dimasak.2. Gulung dan letak sedikit air di hujung untuk melekatkan kulit popiah.3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.4. Makan popiah goreng bersama sambalnya.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
187 15 3 13 187 232 36
dicincang halus
ditumbuk berasingan
63
64
Kuih-Muih
Samosa (4 hidangan)
Bahan-bahan• 8 keping kulit samosa
Bahan A: Bahan Inti Tumis• ¼ biji bawang besar - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil• Sedikit daun kari• 1 sudu makan rempah kari• 1 biji kecil kentang - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil• ¼ cawan air• 1 ketul isi ayam - potong kecil• 2 sudu teh minyak masak
Bahan B: Bahan Samosa• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja
Cara Penyediaan:
Inti1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga naik bau.2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak.3. Masukkan kentang dan ¼ cawan air.4. Tambah isi ayam apabila kentang hampir masak.5. Keluarkan semula daun kari apabila inti sudah masak.
Samosa1. Ambil kulit popiah, masukkan 1 sudu makan inti yang telah dimasak.2. Lipat menjadi bentuk segi tiga dan lekatkan dengan putih telur.3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
Tip:• Tiada garam ditambah ke dalam inti samosa memandangkan sedikit garam telah ada di
dalam kulit samosa.• Untuk mengurangkan jumlah kandungan fosfat dalam samosa ini, rebuskan ayam
sehingga masak dan buang air rebusan. Carik halus ayam dan masukkan ke dalam inti kentang yang sudah masak.
• Untuk meningkatkan jumlah kandungan protin rebuskan 4 biji telur. Buang kuning telur dan parutkan putih telur. Masukkan putih telur itu ke dalam inti yang telah masak.
• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan daun sup dan daun bawang ke dalam inti apabila inti telah siap dimasak.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (2 biji)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
311 19 8 25 130 147 116
65
66
Kuih-Muih
Karipap Ayam (4 hidangan)
Bahan-bahan• ¾ cawan tepung gandum• ¼ cawan minyak
Bahan Inti• 1 biji kecil ubi kentang - dipotong dadu• ½ isi ketul dada ayam - dipotong dadu• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 sudu makan rempah kari ayam• 1 helai daun kari• 1 cawan kari• ¼ sudu teh garam• 4 sudu teh minyak - untuk menumis
Cara Penyediaan:
Kulit Karipap1. Gaulkan tepung gandum dan minyak.2. Tambahkan sedikit air jika perlu. Uli sehingga rata.3. Tudung dan perapkan kira-kira 15 minit.
Inti1. Panaskan minyak.2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.3. Masukkan rempah kari, tumis sehingga naik minyak.4. Tambahkan daun kari.5. Masukkan ubi kentang, air dan garam. Kacau sesekali sekala sehingga empuk.6. Masukkan isi ayam bila ubi hampir masak. Gaul rata.7. Angkat dan ketepikan.
Kuih Karipap1. Ambil doh dalam kuantiti sedikit, gelek menggunakan penggelek dan masukkan ke
dalam acuan karipap.2. Masukkan inti karipap, katupkan acuan dan buang lebihan doh.3. Gorengkan dalam minyak dengan api sederhana.
Tip:• Untuk mengurangkan kandungan potassium dan fosfat ubi kentang, ianya boleh direbus,
dibuangkan air rebusannya dan dimasukkan ke dalam inti yang hampir masak.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
263 25 7 15 115 145 113
67
Kuih-Muih
68
Kuih-Muih
Kuih Cara Berlauk (10 hidangan)
Bahan-bahan• 150g tepung gandum• 50ml santan pekat• 1 biji telur• Air secukupnya• Pewarna kuning secukupnya
Bahan A: Bahan Penumis• 4 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis
Bahan B: Bahan Inti• 1 sudu makan rempah kari• 100g daging kisar• 2 sudu makan udang kering - ditumbuk• ½ sudu teh lada sulah• ¼ sudu teh garam
Bahan C: Bahan Hiasan• 2 biji cili merah• 2 sudu makan daun sup yang dipotong kecil• 2 sudu makan daun bawang yang dipotong pendek
Cara Penyediaan:1. Campurkan tepung gandum, santan, telur, air dan pewarna kuning dan gaul sebati.
Tambahkan air sehingga kepekatan yang sesuai. Ketepikan.2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan bahan inti satu persatu
sehingga masak. Ketepikan.3. Panaskan acuan dan lenselkan dengan sedikit minyak.4. Masukkan adunan campuran tepung ke dalam acuan.5. Tambahkan inti daging dan bahan hiasan.6. Tutup acuan dan keluarkan kuih cara dari acuan apabila masak.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
124 13 6 5 104 99 77
69
70
Pencuci Mulut
Agar-agar Cendol (10 hidangan)
Bahan-bahan• 25g agar-agar kering• 1.5 liter air• 5 helai daun pandan• 300g gula• Sedikit pewarna merah• 30g serbuk krimer bukan tenusu• 100g cendol• Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan:1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua (2) bahagian (Bahagian A dan Bahagian B).4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam Bahagian A.5. Masukkan cendol dan pewarna hijau ke dalam Bahagian B.6. Masukkan Bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai dan biar sehingga separa
keras.7. Masukkan Bahagian B dan biarkan sehingga keras.8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
157 38 0.5 0.1 10 27 14
71
72
Pencuci Mulut
Agar-agar Mangga (4 hidangan)
Bahan-bahan• 10g serbuk agar-agar• 2 cawan air• 2 sudu makan gula pasir• 1 biji mangga• 100ml air perisa mangga• 20g serbuk krimer bukan tenusu
Cara Penyediaan:1. Masak agar-agar dengan air sehingga larut.2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.3. Padamkan api.4. Masukkan mangga yang telah dikisar dan kacau rata.5. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga keras.6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
98 22 1.5 0.3 18 137 31
dikisar bersama
73
74
Pencuci Mulut
Jeli Konnyaku (36 hidangan)
Bahan-bahan• 2 tin (474ml) Nepro®• 10g serbuk Jeli Konnyaku• 2 cawan (475ml) air• 250g gula• 3 bahagian (180g) buah pic - tin, toskan dan cincang kecil
Nota: Anda boleh gantikan buah pic dengan buah-buahan lain seperti pir dan limau mandarin.
Cara Penyediaan:1. Campurkan serbuk Konnyaku bersama gula di dalam mangkuk. 2. Campurkan air bersama Nepro® di dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan.3. Tuangkan campuran serbuk Konnyaku dengan gula ke dalam periuk yang mengandungi
campuran air dan Nepro® dan kacau sepanjang masa dengan api yang kecil sehingga larut.
4. Terus mengacau campuran selama 8 minit. Padamkan api. Pindahkan campuran ke dalam jag mencurah.
5. Sediakan acuan jeli. Bahagikan sama jumlah buah ke dalam acuan. Tuangkan campuran jeli Konnyaku ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Pindahkan jeli daripada acuan. Hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
55 10 1 1 12 20 10
75
Pencuci Mulut
Smoothie Strawberi (2 hidangan)
Bahan-bahan• 1 tin (237ml) Nepro® sejuk• ½ cawan strawberi dibekukan• 2 sudu makan pemanis tiruan• 4 sudu makan air
Cara Penyediaan:1. Campurkan bahan-bahan ke dalam balang pengisar.2. Kisarkan sehingga halus.3. Hidangkan segera.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
274 35 9 12 101 183 92
Pernerbitan oleh:
Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:
Hospital Kuala Lumpur
ABBVIE SDN BHD