sajak f5-Tukang Gunting

Post on 14-Jun-2015

569 views 2 download

Transcript of sajak f5-Tukang Gunting

DISEDIAKAN OLEH:Afiq Amin Anwar

Amir Hamzah Hasan

TUKANG GUNTING

MAKSUD

• Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api

• Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .

• Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan bersemangat.Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .

• Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .

TEMA

Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.

PERSOALAN

1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.

2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .

3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .

BENTUK

1. Lima rangkap.

2. Lima dan enam baris serangkap .

3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.

4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris

GAYA BAHASA

1. Asonansi. Contohnya: di lumpur sungai manusia ( pengulangan vokal ?u?)

2. Aliterasi. Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya ( pengulangan konsonan ?k?)

3. Anafora (pergulangan di awal baris ) Contohnya :di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia

4. Metafora. Contohnya : sungai manusia , perahu hidup .

5. Simile. Contohnya : seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .

6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.

NILAI

1. Kasih sayang .Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.

2. Kerajinan .Contohnya ,tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan

3. Ketabahan .Contohnya , tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap

4. Berdikari.Contohnya , berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting

PENGAJARAN

1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa - apa sahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di pandang rendah oleh orang lain.

2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah .s.w.t.

3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri dan anak -anak.