Post on 11-Jun-2021
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 1/12
1. OBJEKTIF
Menghasilkan imej digital dan imej terlaras berortorektifikasi yang memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan untuk digunakan bagi proses penawanan data secara
fotogrametri.
2. SKOP
Prosedur ini digunapakai bagi menghasilkan Foto Udara Digital untuk tujuan pemetaan
Topografi Siri MY701T/A dan MY711T/A oleh Cawangan Fotografi Udara, Bahagian
Pemetaan Topografi. Ia juga digunapakai bagi menghasilkan foto udara terlaras serta
penyediaan Digital Surface Model (DSM), Digital Terrain Model (DTM) dan Ortofoto di
Cawangan Geodata, Bahagian Pemetaan Topografi untuk tujuan pemetaan
Topografi.
3. RUJUKAN
3.1 Profil SPK JUPEM Profil Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM.
3.2 PK.JUPEM.02 Pengurusan Backup Data Berdigit.
3.3 PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial.
3.4 AK.PK.02.TOPO.01 Perolehan Data Bawaan Udara.
3.5 AK.PK.02.TOPO.02 Penyediaan Ortofoto.
3.6 AK.PK.02.TOPO.03 Semakan Kualiti LiDAR/SAR/Imej Satelit.
4. DEFINISI
4.1 Data Bawaan Udara Data foto udara.
4.2 Foto Udara Digital Foto udara yang diperolehi daripada fotografi udara
menggunakan kamera udara digital.
4.3 Fotografi Udara Proses mengambil foto udara bagi sesuatu kawasan
untuk tujuan pemetaan secara fotogrametri dengan
menggunakan kamera udara yang dipasang pada
bahagian pesawat.
4.4 Kamera Udara Kamera metrik yang dipasang pada bahagian
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 2/12
Digital pesawat untuk menjalankan fotografi udara.
4.5 Rajah Indeks Penerbangan
Rajah yang menunjukkan laluan penerbangan sebenar
dengan kedudukan dedahan yang dilakarkan di atas
peta topografi sedia ada setelah selesai proses
fotografi udara.
4.6 Flight Management System
Perisian yang digunakan untuk perancangan
penerbangan.
4.7 Digital Surface Model (DSM)
Model ketinggian yang memaparkan ketinggian
permukaan pertama di atas tanah seperti ketinggian
ciri-ciri kawasan, bangunan, menara, hidro, dan
tumbuh-tumbuhan seperti pokok besar atau hutan.
4.8 Digital Terrain
Model (DTM)
DSM yang digunakan untuk membuat DTM secara
digital dengan menghapuskan semua ciri-ciri
permukaan pertama di atas tanah, yang
mengambarkan terhadap permukaan rupa bumi.
4.9 Metadata Maklumat mengenai lembar yang dipetakan.
4.10 Operator/Jurufoto Udara
Pemproses yang ditugaskan melaksanakan kerja
fotografi udara dan bagi menghasilkan imej data
bawaan udara.
4.11 Pemprosesan
Imej Data
Bawaan Udara
Aktiviti yang melibatkan proses penyegitigaan udara,
penjanaan DSM dan DTM serta penghasilan ortofoto.
4.12 AOI (Area of
Interest)
Lembar yang hendak dipetakan.
4.13 Penyegitigaan
Udara
Proses pelarasan bagi mendapatkan foto udara
terlaras.
4.14 Foto Udara
Terlaras
Foto udara yang telah dibuat pembetulan geometri.
4.15 Foto Udara
Berektifikasi
Foto udara terlaras yang telah dibuat ortorektifikasi.
4.16 Ortofoto Hasil gabungan dan susunan foto udara berektifikasi.
4.17 Pemproses Penolong Juruukur yang ditugaskan untuk
melaksanakan kerja Pemprosesan Imej Data Bawaan
Udara.
4.18 Metadata Maklumat mengenai lembar yang dipetakan.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 3/12
5. SINGKATAN
5.1 PUB (PT) Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi
Semenanjung/Sabah/Sarawak)
5.2 TPUB (PT) Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan
Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak)
5.3 PUS (F) Pengarah Ukur Seksyen (Fotogrametri)
5.4 PUS (PDT) Pengarah Ukur Seksyen (Pangkalan Data Topografi)
5.5 PUS (TUMG) Pengarah Ukur Seksyen (Tadbir Urus dan Maklumat
Geospatial)
5.6 PUS (PMG) Pengarah Ukur Seksyen (Pentadbiran dan Maklumat
Geospatial)
5.7 PUS (PgD) Pengarah Ukur Seksyen (Pangkalan Data)
5.8 PPU (FU) Penolong Pengarah Ukur (Foto Udara)
5.9 PPU (GD) Penolong Pengarah Ukur (Geodata)
5.10 PPU (PS) Penolong Pengarah Ukur (Pendigitan Stereo)
5.11 PPU (TUMG) Penolong Pengarah Ukur (Tadbir Urus dan Maklumat
Geospatial)
5.12 PPU (PgD) Penolong Pengarah Ukur (Pangkalan Data)
5.13 PPU (SPMG) Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Pentadbiran dan
Maklumat Geospatial)
5.14 KU (FU) Ketua Unit (Foto Udara)
5.15 KU (PGD) Ketua Unit (Pentadbir Geodata)
5.16 KU (GD) Ketua Unit (Geodata)
5.17 KU (PMG) Ketua Unit (Pengurusan Maklumat Geospatial)
5.18 KC (FU) Ketua Cawangan (Foto Udara)
5.19 KC (F) Ketua Cawangan (Fotogrametri)
5.20 KC (P) Ketua Cawangan (Pemetaan)
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 4/12
5.21 KC (TU) Ketua Cawangan (Triangulasi Udara)
5.22 KC (SF) Ketua Cawangan (Suntingan Fotogrametri)
5.23 Pemproses (GD) Pemproses (Geodata)
5.24 Pemproses (FU) Pemproses (Foto Udara)
5.25 Pemproses (F) Pemproses (Fotogrametri)
5.26 Pemproses (P) Pemproses (Pemetaan)
5.27 Pemproses (TU) Pemproses (Triangulasi Udara)
5.28 Pemproses (SF) Pemprosesan (Suntingan Fotogrametri)
5.29 JFU Jurufoto Udara
5.30 DGS Direct Georeferencing System
5.31 DEM Digital Elevation Model
5.32 DACS Digital Aerial Camera System
5.33 RTKnet Real Time Kinematic Network
5.34 IMU Inertial Measurement Unit
5.35 GNSS Global Navigation Satellite System
5.36 BDPP Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan
5.37 DTKB Dokumentasi Titik Kawal Bumi
5.38 MIT Maklumat Imej Terlaras
5.39 LiDAR Light Detection and Ranging
5.40 SAR Synthetic Aperture Radar
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 5/12
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Tanggungjawab Tindakan
PUB (PT)/
TPUB (PT)
a. Terima Arahan Pemetaan daripada BDPP.
b. Minit kepada PUS (TUMG)/PUS (PMG)/PUS (F)
untuk tindakan selanjutnya.
PUS (TUMG)/
PUS (PMG)/
PUS (F)
6.1 Sumber Geodata
a. Teliti minit PUB (T)/TPUB (T). Arahkan PPU (FU)/
PPU (GD) untuk siasat sama ada terdapat atau
geodata bagi kawasan berkenaan.
PPU (FU)/
PPU (GD)
b. Siasat sumber geodata digital:
i. Foto udara digital sedia ada sesuai
digunakan, rujuk para 6.1.1; atau
ii. Foto udara digital sedia ada tidak sesuai
digunakan atau tiada foto udara digital dan
memerlukan tindakan fotografi udara baru,
rujuk para 6.1.2; atau
iii. Data dari perolehan LiDAR/SAR/Imej Satelit
rujuk para 6.4.
PPU (FU)/
PPU (GD)
6.1.1 Foto Udara Digital Sedia Ada
a. Minit kepada Operator/JFU/KC (FU) untuk
menyediakan foto udara digital, rajah indeks
penerbangan dan koordinat dedahan kamera.
Operator/JFU/
KC (FU)
b. Terima dan teliti minit. Sediakan rajah indeks
penerbangan dan serahkan bahan-bahan berikut
kepada PPU (FU)/PPU(GD) untuk semakan:
i. Foto udara digital;
ii. Rajah indeks penerbangan; dan
iii. Koordinat dedahan kamera.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 6/12
Tanggungjawab Tindakan
PPU (FU)/
PPU (GD)
c. Terima dan teliti minit. Semak bahan-bahan,
sekiranya sempurna minit kepada PUS (TUMG)/
PUS (PMG)/PUS (F) untuk tindakan para 6.2
Georektifikasi.
d. Jika tidak sempurna, kemukakan kepada
Operator/JFU/KC (FU) untuk dilengkapkan.
PPU (FU)/
PPU (GD)
6.1.2 Perolehan Foto Udara Digital
a. Terima dan teliti minit PUS (F). Sekiranya Foto Udara
Digital tiada atau ada dalam simpanan tetapi
didapati tidak sesuai, maka perolehan Foto Udara
Digital baharu perlu dijalankan.
b. Minitkan kepada KC (FU) untuk menyediakan
perancangan penerbangan.
KC (FU) c. Terima dan teliti minit PPU (FU)/PPU (GD). Sediakan
perancangan penerbangan untuk AOI berdasarkan
spesifikasi berikut;
i. Ground Sample Distance;
ii. Skala foto udara;
iii. Peratusan tindihan hadapan dan tindihan
sisi;
iv. Jenis kamera udara dan jenis kanta;
v. Ketinggian penerbangan; dan
vi. format kawasan fotografi.
d. Maklumkan tarikh keperluan pesawat untuk fotografi
udara kepada syarikat penerbangan.
e. Kemukakan permohonan penggunaan ruang udara
bagi AOI fotografi udara kepada Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
f. Minitkan kepada Operator/JFU/Pemproses (FU)
untuk menjalankan misi fotografi udara mengikut
perancangan penerbangan yang telah dibuat.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 7/12
Tanggungjawab Tindakan
Operator/JFU/
Pemproses (FU)
g. Terima dan teliti minit. Laksanakan perancangan
penerbangan dengan berpandukan
AK.PK.02.TOPO.01 - Perolehan Data Bawaan
Udara.
h. Jalankan misi fotografi udara dengan berpandukan
AK.PK.02.TOPO.01 - Perolehan Data Bawaan
Udara.
i. Setelah siap misi fotografi udara, jalankan kerja
pemprosesan data GNSS berpandukan
AK.PK.02.TOPO.01 - Perolehan Data Bawaan
Udara.
j. Jalankan proses imej digital berpandukan
AK.PK.02.TOPO.01 - Perolehan Data Bawaan
Udara. Pastikan foto udara digital tersebut boleh
diterima pakai. Jika tidak, maklumkan kepada PPU
(FU) untuk tindakan fotografi udara semula.
k. Jalankan proses penyediaan rajah indeks pener-
bangan berpandukan AK.PK.02.TOPO.01 -
Perolehan Data Bawaan Udara.
l. Minitkan kepada PPU (FU)/KC (FU) dengan
kemukakan bahan-bahan berikut untuk semakan:
i. Foto udara digital;
ii. Koordinat dedahan kamera; dan
iii. Rajah indeks penerbangan.
PPU (FU)/
KC (FU)
m. Terima bahan-bahan daripada Operator/JFU/
Pemproses (FU). Semak kelengkapan bahan-bahan.
Lengkapkan maklumat metadata.
n. Minitkan dan kemukakan bahan-bahan berserta
maklumat metadata kepada PPU (GD)/PPU (PD)
untuk tindakan di bawah AK.PK.02.TOPO.02 -
Penyediaan Ortofoto.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 8/12
Tanggungjawab Tindakan
PPU (GD)
6.2 Georektifikasi
a. Terima minit daripada PPU (FU)/KC (FU) .
b. Minitkan kepada KU (GD)/KC (F)/KC (TU) untuk
jalankan kerja Georektifikasi.
KU (GD)/KC (F)/
KC (TU)
c. Terima dan teliti minit PPU (GD)/PPU (FU). Tentukan
AOI, kemaskini Map Sheet ID dan salin data Tiff, EO
serta Titik Kawal (jika ada) ke dalam server. Agihkan
tugas kepada Pemproses (GD)/ Pemproses (TU)
untuk menjalankan kerja Georektifikasi.
Pemposes (GD)/
Pemproses (TU)
d. Jalankan proses Georektifikasi.
e. Setelah siap Georektifikasi serahkan foto udara
terlaras kepada KU (GD)/KC (TU).
KU (GD)/KC (TU) f. Teliti hasil kerja Georektifikasi. Sekiranya hasil
memenuhi spesifikasi (Rujuk AK.PK.02.TOPO.02 -
Penyediaan Ortofoto). Sekiranya tidak memenuhi
spesifikasi, serah semula kepada Pemposes (GD)/
(TU) untuk tindakan pembetulan. Makluman kerja
siap kepada PPU (GD)/PPU (PD).
PPU (GD)/
PPU (PD)
PUS (TUMG)/
PUS (PMG)/
PUS (F)
g. Semak dan minit kepada PUS (TUMG)/PUS (PMG)/
PUS (F) keputusan georektifikasi.
h. Minit kepada PUS (PDT)/PPU (PD) bagi ortofoto
yang telah siap untuk tindakan PK.03.TOPO -
Penyediaan Dataset Geospatial.
KU (GD)/KC (F)/
KC (TU)
6.3 Penyediaan DSM, DTM dan Ortofoto dari Foto Udara
a. Wujudkan kerja penjanaan DSM dan DTM serta
Ortofoto. Tentukan AOI dan seterusnya serahkan
tugasan kepada Pemproses (GD)/(TU) untuk
menjalankan kerja penjanaan DSM dan DTM serta
Ortofoto.
Pemproses
(GD)/(TU)
b. Jalankan proses penjanaan DSM dan DTM serta
Ortofoto.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 9/12
Tanggungjawab Tindakan
KU (GD)/KC (TU)
c. Setelah siap pemprosesan kerja DSM dan DTM serta
Ortofoto, serahkan kerja kepada KU (GD)/KC (TU)
untuk semakan.
d. Sekiranya tiada pembetulan, muat naik ke dalam
Pangkalan Data Imej.
e. Teliti kualiti DSM dan DTM serta Ortofoto.
f. Sekiranya hasil DSM dan DTM serta Ortofoto
memenuhi spesifikasi (Rujuk AK.PK.02.TOPO.02 -
Penyediaan Ortofoto) minit kerja siap kepada PPU
(GD)/PPU (PD).
g. Sekiranya tidak memenuhi spesifikasi, serah semula
kepada pemproses(GD)/(TU) untuk tindakan
pembetulan.
PPU (GD) h. Minit kepada PUS (F) kerja siap untuk diserah
kepada PUS (PDT)/PUS (PgD).
PUS (F) i. Minit kepada PUS (PDT)/ PPU (PD) bagi ortofoto
yang telah siap untuk tindakan PK.03.TOPO -
Penyediaan Dataset Geospatial.
PPU (GD)
KU (GD)/KC (F)/
KC (SF)
PPU (GD)
6.4 Penyediaan dan Kawalan Kualiti DSM, DTM dan
Ortofoto dari Perolehan LiDAR/ SAR/ Imej Satelit
a. Terima minit daripada PUS (F).
b. Arahkan KU (GD)/KC (F)/KC (SF) untuk jalankan
kerja semakan kawalan kualiti (Rujuk
AK.PK.02.TOPO.03 - Semakan Kualiti LiDAR/
SAR/Imej Satelit).
c. Sekiranya data DSM/DTM dan ortofoto dari sumber
tersebut telah ada. Serah kepada pemproses (GD)
untuk tindakan semakan.
d. Sekiranya data tersebut memenuhi spesifikasi
perolehan, minit kepada PPU (GD) untuk makluman.
e. Sekiranya tidak memenuhi spesifikasi perolehan,
sediakan laporan untuk diserahkan PPU (GD).
f. Sekiranya data tersebut memenuhi spesifikasi
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 10/12
Tanggungjawab Tindakan
perolehan, minit kepada PUS (F) untuk makluman.
g. Sekiranya tidak memenuhi spesifikasi perolehan,
terima laporan dan serahkan kepada pihak
kontraktor untuk tindakan pembetulan.
PPU (GD)/
PPU (PD)
KU (GD)/KC (F)/
KC (TU)
PPU (GD)/
PPU (PD)
PUS (F)/PUS (PD)
6.5 Penyimpanan dan Pengendalian imej terlaras,
LiDAR/SAR/Imej Satelit
a. Terima minit daripada PUS (F)/PUS (PD).
b. Minitkan kepada KU (GD)/KC (F)/KC (TU) untuk
jalankan kerja Penyimpanan dan Pengendalian imej
terlaras, LiDAR, IFSAR dan Imej Satelit.
c. Terima dan teliti minit dari PPU (GD)/PPU (PD).
Menjalankan kerja Penyimpanan dan Pengendalian
imej terlaras, LiDAR, IFSAR dan Imej Satelit.
d. Minitkan kepada PPU (GD)/PPU (PD)
memaklumkan kerja telah siap.
e. Minit kepada PUS (F)/PUS (PD) kerja siap untuk
diserah kepada PUS (PDT)/PUS (PD).
f. Minit kepada PUS (PDT)/PPU (PD) bagi ortofoto
yang telah siap untuk tindakan PK.03.TOPO -
Penyediaan Dataset Geospatial.
g. Fail kerja akan disimpan di Seksyen Fotogrametri/
Cawangan Triangulasi Udara manakala data akan
disimpan di dalam server Oracle di tingkat 5,
Seksyen Pengurusan Sistem (SPS) setelah kerja
selesai dilaksanakan.
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 11/12
7. CARTA ALIR
7.1 Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Semak data DSM,DTM dan Ortofoto
Laksanakan perancangan penerbangan
Jalankan misi fotografi udara Proses data GNSS
Mula
Terima Arahan Pemetaan
Semak punca Geodata Digital
Proses imej digital
Foto udara sedia ada
Proses penyediaan rajah indeks penerbangan
Jalankan kerja Georektifikasi
Tentukan AOI, kemaskini Map Sheet ID dan salin data Tiff, EO serta Titik Kawal (jika ada) ke dalam server
LiDAR/SAR/ Satelit
Tentukan AOI dan jana DSM dan DTM serta Ortofoto
Muat naik ke dalam Pangkalan Data Imej untuk tujuan penyimpanan
Tamat
MS ISO 9001:2015
PK.02.TOPO Penyediaan dan Pengurusan Geodata
Muka 12/12
8. REKOD
Jenis rekod Tempoh penyimpanan
Tempat simpanan
8.1 Borang Rekod Fotografi Udara (Kamera Udara Digital)
5 tahun Cawangan Perolehan Data Bawaan Udara
8.2 Rajah Indeks Penerbangan
Kekal Perpustakaan Peta Negara
8.3 Data GNSS 5 tahun Cawangan Perolehan Data Bawaan Udara
8.4 Koordinat Dedahan Kamera
5 tahun Cawangan Perolehan Data Bawaan Udara
8.5 Foto Udara Digital Kekal Cawangan Perolehan Data Bawaan Udara
8.6 Data Hasil Penyegitigaan Udara
5 tahun Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak
8.7 Foto UdaraTerlaras 5 tahun Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak
8.8 Citraan Berortorektifikasi
5 tahun Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak
8.9 DSM & DTM 5 tahun Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak
8.10 Ortofoto 5 tahun Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak
9. LAMPIRAN
Tiada.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 1/7
1. OBJEKTIF
Bertujuan untuk menghasilkan Foto Udara Digital yang memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1. Misi Penerbangan Menggunakan Kamera Udara Digital.
2.2. Pemprosesan Data GNSS.
2.3. Pemprosesan Imej Digital; dan
2.4. Penyediaan Rajah Indek Penerbangan
3. RUJUKAN
3.1. Misi Penerbangan Menggunakan Kamera Udara Digital.
3.1.1. Manual Kamera Udara.
a) Sistem Kamera Udara Digital.
b) Sistem Kawalan dan Pengurusan Penerbangan.
3.2. Panduan Pengguna Bagi Pemprosesan Data GNSS/IMU
(contoh: IPAS, POS AV dan lain-lain).
3.3. Panduan Pengguna Bagi Pemprosesan Imej Digital
(contoh: Image Post Processing, Mission Pro, Image Analyst, UltraMap dan
lain-lain).
3.4. Panduan Pengguna Perisian GIS Bagi Penyediaan Rajah Indek
Penerbangan
(contoh: ArcGIS, Mapinfo, Global Mapper dan lain-lain).
4. SINGKATAN
4.1. AOI Area of Interest
4.2. EO Exterior Orientation
4.3. Flight Managemant
and Control System
Perisian yang menyediakan navigasi, masa dan
kedudukan dedahan foto yang direkod
4.4. GNSS Global Navigation Satellite System
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 2/7
4.5. GSD Ground Sample Distance
4.6. Mission Flight
Planning System
Perisian perancangan laluan dan ketinggian
penerbangan.
4.7. Rajah Indeks
Penerbangan
Rajah yang menunjukkan laluan penerbangan
sebenar dengan kedudukan dedahan yang
dilakarkan di atas peta topografi sedia ada setelah
selesai proses fotografi udara
4.8. SOP Prosedur Operasi Standard
4.9. WGS84 World Geodetic System 1984
5. TINDAKAN
5.1. Misi Penerbangan Menggunakan Kamera Udara Digital
5.1.1. Perancangan Penerbangan
a) Perancangan penerbangan perlu dilakukan bagi memastikan
kerja perolehan data bawaan udara dapat dilaksanakan mengikut
spesifikasi pemetaan yang ditetapkan.
b) Perancangan misi penerbangan sesuatu AOI dibuat
menggunakan perisian Mission Flight Planning System mengikut
jenis kamera. Maklumat penerbangan untuk projek yang
dirancang perlu dimasukkan ke dalam perisian perancangan
penerbangan seperti Koordinat sistem WGS84, GSD, Skala
Penerbangan, Altitude, Tindihan Hadapan dan Tindihan Sisi.
c) Semak perancangan penerbangan agar paparan di atas imej
raster, larian arah penerbangan, titik dedahan foto dan koordinat
adalah mengikut spesifikasi pemetaan yang telah ditetapkan.
d) Eksport hasil perancangan misi fotografi ke Flight Managemant
and Control System yang akan digunakan di dalam pesawat
udara.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 3/7
5.1.2. Pemasangan Peralatan Kamera Udara Digital
a) Pasang peralatan Kamera Udara Digital dan kelengkapan
sokongan pada pesawat mengikut Manual Kamera Udara.
b) Jalankan ujian pemasangan peralatan Kamera Udara Digital dan
pastikan semua sistem berada dalam keadaan baik.
5.1.3. Misi Penerbangan Menggunakan Kamera Udara Digital
a) Sebelum enjin pesawat dihidupkan.
i. Penerangan kepada juruterbang mengenai perkara-perkara
berikut;
a. lokasi-lokasi misi fotografi;
b. jangka masa penerbangan;
c. keluasan kawasan;
d. larian penerbangan yang dikehendaki; dan
e. tinggi penerbangan dalam unit kaki.
ii. Bersihkan cermin kanta kamera sekiranya terdapat kotoran
menggunakan kain yang sesuai.
iii. Masukan media storan pada kamera.
iv. Pastikan semua kabel dipasang dengan betul dan baik
termasuk kabel paparan skrin operator.
b) Setelah enjin Pesawat Dihidupkan.
Aktifkan Kamera Udara Digital mengikut prosedur yang
ditetapkan dalam SOP Fotografi Udara.
c) Semasa Penerbangan.
i. Tinjau keadaan cuaca di lokasi dan jalankan misi jika
keadaan cuaca sesuai. Jika tidak, pindah ke lokasi yang
seterusnya.
ii. Buat ujian untuk memastikan sistem Kamera Udara Digital
beroperasi dengan sempurna.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 4/7
iii. Pastikan perkara-perkara berikut menepati perancangan:
a. lokasi kawasan fotografi;
b. ketepatan di antara setiap larian; dan
c. ketinggian penerbangan yang betul dan selamat bagi
kawalan tindihan hadapan dan sisi.
iv. Maklumkan pembetulan navigasi larian penerbangan
kepada juruterbang jika perlu.
v. Semasa merekod imej foto, pastikan kamera berada dalam
photo flight mode dan jika terdapat sebarang masalah perlu
dibuat pembetulan segera bagi memastikan kualiti imej
terpelihara.
vi. Setelah selesai proses merekod imej fotografi, maklumat
fotografi dipindahkan ke media storan.
d) Selepas Pesawat Mendarat.
i. Maklumkan kepada juruterbang supaya menunggu selama
5 – 10 minit di kedudukan statik sebelum mematikan enjin
pesawat bagi menstabilkan kembali sistem kamera.
ii. Matikan sistem kamera mengikut prosedur yang telah
ditetapkan dalam SOP Fotografi Udara.
i. Tanda tangan pengesahan Buku Log Penerbangan
oleh Juruterbang dan Jurukamera.
5.1.4. Memuat turun data mentah Kamera Udara Digital dan data mentah
GNSS penerbangan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam SOP
Fotografi Udara.
5.2. Pemprosesan Data GNSS
Dapatkan Exterior Orientation (EO) atau koordinat dedahan kamera daripada
data GNSS yang dicerap semasa misi fotografi udara. Pemprosesan Data
GNSS bertujuan membuat pembetulan terhadap kedudukan gambar udara
yang diambil bagi memperolehi nilai X, Y, Z , omega (ω), phi (φ) dan kappa (κ)
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 5/7
bagi setiap gambar udara digital yang dikenali sebagai EO. Data ini adalah
format text file (.txt).
5.2.1. Persediaan Awal
Data-data yang diperlukan untuk prosesan data GNSS adalah seperti
berikut:
a) Muat turun data GNSS daripada media storan.
b) Nilai offset GNSS Lever Arm.
c) Data GNSS Stesen Kawalan Bumi / Stesen MyRTKnet.
d) Data Parameter Transformasi.
e) Data Konfigurasi Kamera terkini.
f) Laporan Kalibrasi Kamera terkini.
5.2.2. Proses data GNSS mengikut prosedur yang ditetapkan dalam SOP
Fotografi Udara.
5.2.3. Semakan dan Analisis.
a) Bagi mendapatkan penyelesaian pemprosesan data GNSS
dengan ketepatan yang tinggi, pastikan jarak baseline di antara
penerima GNSS rover dan penerima GNSS bumi yang
digunakan adalah kurang dari 30km.
b) Pastikan masa dedahan kamera dan masa cerapan penerima
GNSS bumi adalah sama.
c) Pastikan parameter output akan menghasilkan koordinat WGS84
dalam setiap dedahan foto udara.
d) Semak kawasan yang memerlukan suntingan.
e) Pastikan laporan-laporan kesemua fail yang telah diproses
akan menghasilkan EO.
5.2.4. Storan.
a) Data mentah GNSS dan hasil yang telah disahkan disimpan di
dalam server dan dibuat backup.
b) Data yang telah dibackup direkodkan dalam buku daftar
backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 6/7
5.3. Pemprosesan Imej Digital
5.3.1. Persediaan Awal
Proses untuk mendapatkan data mentah imej udara berdigit adalah
seperti berikut:
a) Data mentah daripada media storan dimuat turun ke dalam
server di pejabat.
b) Data mentah hendaklah diberikan nama projek seperti contoh
berikut;
:\fu.my702a.AM2312.AM2313.AM2314.AM2317.tg.manis.raw
c) Pastikan terdapat data kalibrasi kamera sebelum operasi
prosesan imej dijalankan.
5.3.2. Pemprosesan Imej Udara Berdigit.
Pemprosesan Imej Udara berdigit adalah merupakan proses
cantuman beberapa imej daripada sensor yang berbilang dan
membuat pelarasan warna untuk menghasilkan gambar udara digital
mengikut prosedur yang ditetapkan dalam SOP Fotografi Udara.
5.3.3. Semakan dan Analisis.
a) Pastikan warna imej adalah sama dengan persekitaran asal
supaya butiran dapat dilihat dengan jelas.
b) Pastikan semua dedahan diproses dan tiada yang tertinggal,
disemak dan disahkan.
5.3.4. Storan
a) Imej yang telah disahkan disimpan ke dalam server mengikut
Output Project Folder dan dibuat backup.
b) Data yang telah dibackup direkodkan dalam buku daftar
backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.01
Perolehan Data Bawaan Udara
Muka 7/7
5.4. Penyediaan Rajah Indeks Penerbangan.
Rajah Indeks Penerbangan dihasilkan bagi menentukan kedudukan titik-titik
fotografi udara untuk rujukan dan perancangan.
5.4.1. Persediaan Awal.
Data-data yang di perlukan:
a) Data GNSS penerbangan yang telah diproses dan disahkan.
b) Peta-peta Topografi yang telah diimbas bagi kawasan yang
terlibat.
c) Mozek Tidak Terkawal bagi AOI tersebut.
5.4.2. Pemprosesan Data menggunakan perisian GIS.
a) Pastikan Data GNSS yang telah diproses adalah dalam format
text file (.txt) dan sistem koordinat adalah WGS84.
b) Sediakan Rajah Indeks Penerbangan berpandukan kepada
maklumat-maklumat berikut;
i. Nombor ID Foto Udara
ii. Nombor-nombor Lembar yang terlibat
iii. Tarikh Fotografi Udara
iv. Ground Sample Distance (GSD); dan
v. Jenis Kamera.
c) Sediakan Rajah Indeks Penerbangan dalam bentuk salinan
digital (.pdf) dan salinan keras (hardcopy).
5.4.3. Semakan dan Analisis
Rajah Indeks Penebangan akan disemak, disah dan diluluskan.
5.4.4. Storan
a) Rajah Indeks Penebangan yang telah diluluskan disimpan ke
dalam server mengikut Output Project Folder dan dibuat
backup.
b) Data yang telah dibackup direkodkan dalam buku daftar backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.02 Penyediaan Ortofoto
Muka 1/4
1. OBJEKTIF
Menghasilkan Ortofoto mengikut spesifikasi pemetaan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1. Georektifikasi.
2.2. Penjanaan DSM dan DTM.
2.3. Penghasilan Ortofoto.
3. RUJUKAN
3.1. PK.02.TOPO - Penyediaan dan Pengurusan Geodata
3.2. Panduan Pengguna Georektifikasi.
3.3. Panduan Pengguna Penjanaan DSM dan DTM.
3.4. Panduan Pengguna Penghasilan Ortofoto.
4. SINGKATAN
4.1. AOI Area of Interest
4.2. APM Automatic Point Measurement
4.3. DSM Digital Surface Model
4.4. DTM Digital Terrain Model
4.5. EO Exterior Orientation
4.6. RMS Root Mean Square
4.7. SOP Prosedur Operasi Standard
5. TINDAKAN
5.1. Georektifikasi
Menghasilkan foto udara terlaras mengikut spesifikasi pemetaan.
5.1.1. Persediaan Awal
a) Akses storan foto udara dan pastikan nama fail dan nombor
imej bagi EO dan data imej (.tif) adalah sepadan.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.02 Penyediaan Ortofoto
Muka 2/4
b) Sediakan folder-folder di dalam storan mengikut nama
proses kerja seperti ditetapkan SOP Ortofoto.
5.1.2. Input Data
a) Wujudkan ruang kerja dengan sistem koordinat yang betul.
b) Muat naik EO dan data imej ke dalam ruang kerja.
c) Muat naik koordinat titik kawal dan cerap kedudukannya yang
sepadan pada imej (jika ada).
d) Semak keseluruhan imej dan pastikan imej dipaparkan
mengikut larian penerbangan.
e) Lakukan semakan stereo.
5.1.3. Proses Padanan Imej (Tie Point).
a) Laksanakan APM untuk membuat tie point di antara imej.
b) Buat semakan dan jika nilai RMS melebihi had yang
dibenarkan, pembetulan tie point hendaklah dilakukan dengan
membuat cerapan tie point tambahan.
c) Semak nilai RMS terkini, sekiranya masih belum memuaskan,
proses di atas diulang sehingga mendapat nilai RMS yang
dibenarkan.
5.1.4. Semakan dan Analisis.
Foto Udara terlaras disemak secara stereo dan disahkan.
5.1.5. Storan.
a) Foto udara terlaras yang telah disahkan perlu disimpan ke
dalam server mengikut Output Project Folder dan dibuat
backup.
b) Data yang telah dibackup perlu di rekodkan dalam buku daftar
backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.02 Penyediaan Ortofoto
Muka 3/4
5.2. Penjanaan Digital Surface Model (DSM) dan Digital Terrain Model (DTM)
Menyediakan DSM dan DTM mengikut spesifikasi pemetaan.
5.2.1. Persediaan Awal
Semak semua data foto udara terlaras yang diperlukan agar berada
dalam storan.
5.2.2. Penjanaan DSM
a) Wujudkan ruang kerja dengan sistem koordinat yang betul.
b) Laksanakan proses janaan DSM secara automatik.
c) Simpan hasil DSM di dalam format ASCII text (.asc) dan
geoTIFF (.tif).
5.2.3. Penyediaan DTM
a) Buka DSM berserta support file yang terlibat.
b) Namakan DSM dengan nama baharu sebelum memulakan
suntingan DTM.
c) Jalankan proses klasifikasi untuk kelas kawasan tanah,
tanaman, air dan bangunan.
d) Semak kawasan yang memerlukan suntingan.
e) Gunakan pandangan stereo untuk melaksanakan suntingan
DTM menggunakan tools DTM.
f) Simpan hasil DTM di dalam format ASCII text (.asc) dan
geoTIFF (.tif).
5.2.4. Semakan dan Analisis
DTM yang dihasilkan disemak disahkan dan diluluskan.
5.2.5. Storan
a) DSM dan DTM yang telah diluluskan disimpan ke dalam server
mengikut Output Project Folder dan dibuat backup.
b) Data yang telah dibackup direkodkan dalam buku daftar
backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.02 Penyediaan Ortofoto
Muka 4/4
5.3. Penyediaan Ortofoto
Menyediakan ortofoto mengikut kehendak spesifikasi pemetaan.
5.3.1. Persediaan Awal
Semak semua data foto udara terlaras dan DTM yang diperlukan
agar berada dalam storan.
5.3.2. Proses Seamline
a) Wujudkan ruang kerja dengan sistem koordinat yang betul.
b) Laksanakan penjanaan seamline.
c) Laksanakan suntingan seamline mengikut kesesuaian imej
bersebelahan supaya butiran dapat bercantum dengan baik.
d) Simpan seamline yang telah disunting untuk digunakan di
dalam penjanaan ortofoto.
5.3.3. Penjanaan ortofoto
a) Laksanakan ketetapan bagi feathering, smoothing, colour
balancing dan background colour mengikut kesesuaian.
b) Jalankan proses penjanaan ortofoto.
5.3.4. Semakan dan Analisis
Ortofoto yang dihasilkan disemak dan disahkan.
5.3.5. Storan
a) Ortofoto yang telah disahkan disimpan ke dalam server
mengikut Output Project Folder dan dibuat backup.
b) Data yang telah dibackup direkodkan dalam buku daftar
backup.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.03 Semakan Kualiti LiDAR/SAR/Imej Satelit
Muka 1/2
1. OBJEKTIF
Memastikan kualiti data LiDAR, SAR dan Imej satelit bagi mematuhi spesifikasi
perolehan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1. Semakan Kualiti
3. RUJUKAN
3.1. PK.02.TOPO - Penyediaan dan Pengurusan Geodata
3.2. Panduan Pengguna Georektifikasi.
3.3. Panduan Pengguna Penjanaan DSM dan DTM.
3.4. Panduan Pengguna Penghasilan Ortofoto.
4. SINGKATAN
4.1. AOI Area of Interest
4.2. DSM Digital Surface Model
4.3. DTM Digital Terrain Model
4.4. LiDAR Light Detection and Ranging
4.5. SAR Synthetic Aperture Radar
4.6. RMS Root Mean Square
4.7. SOP Prosedur Operasi Standard
4.8. ORI Ortho Rectified Radar Imagery
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.02.TOPO.03 Semakan Kualiti LiDAR/SAR/Imej Satelit
Muka 2/2
5. TINDAKAN
5.1. Semakan dan Analisis
Menjalankan semakan ke atas data LiDAR, SAR dan imej satelit yang terdiri
daripada data DTM, DSM, ORI dan ortofoto.
5.1.1. Persediaan Awal
a) Akses storan yang mengandungi data DTM, DSM, ORI, ortofoto
dan imej satelit.
5.1.2. Semakan dan Analisis.
a) Semakan kualiti berdasarkan kedudukan x, y dan z serta
semakan kualiti ke atas data completeness.
5.1.3. Storan.
a) Data DSM, DTM, ORI, ortofoto dan imej satelit yang telah
dijalankan semakan kualiti perlu disimpan ke dalam server
mengikut folder yang ditetapkan.
b) Data yang telah dibackup perlu direkodkan dalam buku daftar
backup/excelsenarai data.