Post on 13-Aug-2019
SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN DI
KALANGAN SISWAZAH KEJURUTERAAN DI MAKTAB PERGURUAN
TEKNIK KUALA LUMPUR
MOHD SAHIBUDILAH BIN MAT YUSOF
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan.
Teramat istimewa buat,
Ayahanda MAT YUSOF BIN ADAM
Jasamu dan kasihmu menjadikan aku insan.
Bonda;
Semoga dicucuri rahmat.
Ibu dan Ayah mertuaku
yang memberi ketenangan
Isteriku yang sangat mengerti dan memahami
NORSADEKIN ABDUL AZIZ
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah
s.w.t.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat
PM. Dr. Shariff bin Omar selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah
banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga
membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dan tidak
lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi
menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk isteri, pengorbanan serta dorongan yang diberikan
amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor – faktor yang
mempengaruhi pemilihan profesion perguruan Teknikal di kalangan Siswazah
Kejuruteraan. Seramai 60 orang pelajar semester satu ( Kejuruteraan Jentera,
Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam) yang sedang mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis menunjukkan
faktor keinginan untuk menyampai ilmu, memperkembangkan kemahiran serta
mendidik anak bangsa merupakan motif utama pemilihan kerjaya ini. Manakala
faktor cuti yang panjang , di mana kesesuaian waktu kerja serta keluangan masa
yang cukup untuk bersama keluarga juga mempengaruhi pemilihan profesion ini.
Faktor seterusnya ialah dorongan oleh ahli keluarga terutamanya ibubapa , ini di
ikuti oleh faktor minat terutama minat terhadap bidang teknikal. Faktor gaji dan
rakan sebaya kurang mempengaruhi responden dalam pemilihan kerjaya ini. Dapatan
menunjukkan responden yakin bahawa profesion ini merupakan profesion yang
memberikan kepuasan kerja yang mereka inginkan. Ini menunjukkan profesion ini
bukanlah dipilih sebagai pilihan yang terakhir. Keyakinan ini diharap akan
menjadikan mereka sebahagian daripada golongan pendidik yang mempunyai
komitmen tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab.
vi
ABSTRACT
The study was to identify the factors influencing the engineering graduates
to choose teaching as their profession. Sixty 1st semester students undergoing the
“Kursus Perguruan Lepasan Ijazah,” program (Mechanical, Electrical and Civil
Engineering), were involved in this study. From the analysis done, it was found
that the desire to enhance and impart knowledge and to teach were the main
factors influenced them to choose the teaching profession. Long duration of
holiday, which will allow them to spend more time with families, was also the
reason. Other factors were the support given by family members especially from
their parents and their high interests toward technical field. The wage and the
influence of peers had less effect on their decision. The study shows that the
respondents were confident that the teaching profession would give them
satisfaction. Their confidence hopefully will develop them to be a part of the
highly spirited, committed and responsible teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Definisi 13
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 15
2.3 Faktor Minat Dalam Pemilihan Kerjaya 19
2.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya Dan Keluarga 21
2.5 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 23
2.6 Faktor Gaji Dan Cuti 25
2.7 Kesimpulan 27
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 29
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Pengumpulan Data 32
3.8 Penganalisisan Data 32
BAB IV ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 34
ix
4.2 Analisis Data 34
4.3 Analisa Bahagian A: Biodata Responden 35
4.4 Analisis Bahagian B: Analisis Setiap Item
Mengikut Faktor Pemilihan 37
4.4.1 Faktor Minat 38
4.4.2 Faktor Rakan Sebaya 39
4.4.3 Faktor Keluarga 41
4.4.4 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 43
4.4.5 Faktor Cuti 45
4.4.6 Faktor Gaji 47
4.5 Analisis Keseluruhan 49
4.6 Kesimpulan 51
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan
5.2.1 Faktor Minat 53
5.2.2 Faktor Rakan Sebaya 55
5.2.3 Faktor Keluarga 56
5.2.4 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 58
5.2.5 Faktor Cuti 60
5.2.6 Faktor Gaji 62
5.3 Rumusan 63
5.4 Cadangan Kajian. 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
BIBLIOGRAFI 67
LAMPIRAN
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Kursus dan 28
Jantina.
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang 29
3.3 Pembahagian Item Bahagian B berdasarkan Faktor
Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan. 29
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 30
3.5 Pengkelasan Skor Skala Likert 32
3.6 Analisis Petanda Skor Min 32
4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 34
4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Pengkhususan dan Perkahwinan 34
4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Pengalaman Berkerja 35
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
Min Bagi Faktor Minat. 37
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
Min Bagi Faktor Rakan Sebaya. 39
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
Min Bagi Faktor Dorongan Keluarga 41
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
xi
Min Bagi Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 43
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
Min Bagi Faktor Cuti . 45
4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan
Min Bagi Faktor Gaji . 47
4.12 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pemilihan Profesion
Perguruan. 49
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Hiraki Keperluan A. Maslow 18
4.1 Taburan Min Bagi Faktor Pemilihan
Profesion Perguruan 50
5.1 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Minat 52
5.2 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Rakan Sebaya 54
5.3 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Keluarga 55
5.4 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Keinginan Menyampaikan Ilmu 57
5.5 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Cuti 59
5.6 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor
Gaji 61
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A. Borang Soal Selidik
B. Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
C. Surat Kebenaran Menjalakkan Kajian Dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop da kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda.
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Jentera )”
Tandatangan : ……………………………………………………………..
Nama Penyelia : P. M. Dr. SHARIFF BIN OMAR
Tarikh : ……………………………………………………………..
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada
28 Febuari 1991, telah mengemukakan satu kertas dasar dengan judul “ Malaysia
Melangkah Ke Hadapan", pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Kertas
dasar tersebut mengandungi visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
moden pada tahun 2020, yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Kini 10
tahun telah berlalu, Kerajaan telah berusaha untuk memastikan sembilan cabaran yang
diperincikan dalam kertas dasar tersebut akan dapat dicapai.( Berita Harian, 30 April
1997 )
Wawasan 2020 mencita – citakan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dalam segala segi. Umumnya rakyat Malaysia mengalu-alukannya.Visi mengenai
pembentukan bangsa dan negara ini adalah perancangan jangka panjang memastikan
Malaysia baru yang hendak dibina “dikongsi Bersama”cabaran mencapai wawasan 2020
memang besar. Garis permulaan yang dijadikan landasan penggerak wawasan ini ialah
sekolah. Guru akan menjadi nadi perancang, membentuk dan melaksanakan tugas
wawasan selepas pihak perancang di Kementeriaan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
Negeri.
2
Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang dinyatakan
tadi, sudah pasti rakyat mesti menguasai pengetahuan terutamanya dalam bidang
teknologi bagi melaksanakan usaha tersebut. Pendidikan memainkan peranan yang
penting menyediakan rakyat yang berpengetahuan dan memperolehi kemahiran terutama
dalam bidang teknologi kejuruteraan. Sesuai dengan matlamat tersebut Kementerian
Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf
Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik bermula tahun 1997
dan pada tahun 2000 semua sekolah Menengah Vokasional dinaikkan taraf menjadi
sekolah Menengah Teknik.( Rancangan Malaysia Ke-7 , 1996 – 2000)
Langkah tersebut bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar
mengikuti jurusan teknikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup, Reka cipta, Teknologi
Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan juga diajar di sekolah harian biasa dengan
matlamat menanam minat , memberi pengetahuan asas supaya pelajar akan terus dapat
memperkembangkan idea dan minat terhadap teknologi.
Maklum balas Kementerian Pendidikan dalam laporan yang sama menyatakan
antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan senarai peralatan dan bahan praktikal
sains untuk sekolah rendah dan menengah, menerbitkan buku kemahiran dan strategi
berfikir, mengadakan program sandaran pelajar Rekacipta di Industri Tempatan,
memperkenalkan penggunaan “Electronic Education Kits” dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup dan Rekacipta serta menerapkan pembelajaran secara ‘Contextual
Learning’ dalam sistem pembelajaran teknik dan vokasional.
Penaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada sekolah Menengah
Teknik telah menambah bilangan pelajar jurusan sains dan teknikal. Menurut Menteri
Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1998) pengambilan pelajar
3
aliran teknikal ditambah 40% untuk tahun depan , iaitu pertambahan sebanyak 16,000
pelajar menjadikan jumlahnya sebanyak 35,000 berbanding 19,000 pada tahun ini.
Pertambahan pengambilan pelajar ke aliran teknikal akan terus dipertingkatkan selaras
dengan penaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik.
Perkembangan ini menjadikan keperluan guru teknikal juga bertambah.
Kementerian Pendidikan mewujudkan program untuk menambah bilangan guru teknikal
seperti Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) bagi Siswazah Kejuruteraan dan Program
Perguruan Pertukangan Khas (PTK) untuk lepasan Politeknik yang memiliki sijil
kejuruteraan di Maktab Teknik, Cheras. Universiti teknologi Malaysia juga
menawarkan Kursus Perguruan Teknikal ( Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan )
kepada pemegang Sijil Kejuruteraan Politeknik dan Diploma Kejuruteraan melalui
kemasukan terus ke tahun 2 dan keatas.
1.2 Latar belakang Masalah
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang ( 1992 )
menyatakan bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula awal 80an menuntut
komitmen yang lebih tinggi dari pendidik. Teknologi maklumat contohnya membawa
kepada kepelbagaian alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari dengan itu guru
mestilah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menguasai dan
mengendali sumber tersebut.
Kepentingan tugas guru bukan bermakna guru ataupun profesion perguruan
suatu tugas yang mudah. Malah semakin hari profesion perguruan menghadapi pelbagai
4
cabaran, kritikan , cemuhan dan rungutan terutamanya dari aspek mutu dalam
pengajaran dan pembelajaran,( Mastika, Mei 1995 ). Ketua Pengarah Pendidikan , Datuk
Abdul Rafie Mahat (2001) menyatakan segala apa yang diperkatakan , dianalisis dan
dijadikan perbahasan umum mestilah diterima sebagai maklum balas untuk membantu
memartabatkan profesion perguruan. Menurut beliau profesion perguruan dewasa ini
menghadapi berbagai cabaran , ianya bersaing dengan profesion lain yang menawarkan
ganjaran yang lebih lumayan. Ada sesetengah masyarakat menganggap profesion ini
sebagai kerja yang darjatnya menurun kerana kelakuan anggotanya sendiri yang
dianggap tidak lagi memenuhi kehendak masyarakat.
Kenyataan yang diakui oleh Datuk Rafie Mahat diatas menunjukkan masyarakat
sekarang melihat profesion perguruan secara kritikal serta menyeluruh termasuklah
aspek ganjaran atau gaji, minat dan komitmen guru terhadap tugas dan tanggung jawab.
Tinjauan terhadap golongan remaja yang menuntut di institut pengajian tinggi
menunjukkan bahawa golongan ini berpendapat gaji yang ditawarkan untuk kerjaya
sebagai seorang guru atau pendidik adalah kecil jika dibandingkan dengan kelayakan
yang mereka ada. Mereka juga berpendapat kerjaya pilihan ada kaitan dengan status
hidup, oleh itu ramai remaja memilih untuk menceburi profesion yang lebih berprestij
seperti jurutera dan doktor.
Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid (1990) menyatakan orang
sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki.
Menurut beliau kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain ,
profesion perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila
mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan beralih kepada
profesion perguruan. Apakah fenomena ini menunjukkan mereka yang memilih
profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau bercita – cita
menjadi guru?
5
Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada
seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap
keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan
ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun
kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah
segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan
masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan
sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.
Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji
tidak menimbulkan kepuasan kerja .Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion
perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap
sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang
panjang , mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih
sayang.
Ini menunjukkan ciri kerja separuh hari dan cuti yang panjang dianggap suatu
faktor yang menyebabkan kerjaya perguruan dipilih. Malah tugas guru tidak terhad
kepada kepada waktu persekolahan sahaja, guru perlu mengendalikan kegiatan
kokurikulum seperti permainan dan persatuan serta lain – lain aktiviti yang telah
dirancang oleh pihak pentadbiran. Guru juga terpaksa membawa balik kerja –kerja
menyemak kerja pelajar, menyemak jawapan ujian dan peperiksaan, rekod – rekod
pelajar untuk disiapkan di rumah.
Hakikatnya guru tidaklah diperuntukkan cuti seperti mana cuti persekolahan.
Menurut Surat Pekeliling Iktisas Bil.5/1977 Kementerian Pendidikan menegaskan guru
adalah kakitangan kerajaan, maka semua guru tertakluk kepada Perentah Am Bab C,
perenggan 50 menyatakan
6
“Ketua jabatan boleh memanggil guru-guru menjalankan tugas selain daripada tugas-tugas biasa semasa percutian penggal sekolah.”
Manakala Surat Pekeliling Iktisas 1/1981 Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa
waktu tidak mengajar adalah masa bekerja bagi guru-guru dan pengetua boleh
mengarahkan guru menggunakan masa tersebut mengantikan guru yang tidak hadir,
membuat persediaan mengajar, memeriksa buku latihan dan lain-lain tugas yang
difikirkan perlu.
Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik
darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban tugas yang
banyak. Selain mengajar, menguji, menilai, membimbing dan memulihkan pelajar, Guru
juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku teks, yuran, surat kepada ibubapa,
disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran , juga dalam gerak kerja kokurikulum
seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih, pengangkutan dan jaminan keselamatan
serta tugas perhubungan awam seperti perbincangan dengan ibubapa, masyarakat dan
juga agensi kerajaan /swasta.
Sementara Asmah (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan
berbagai peranan di sekolah . Peranan –peranan yang rencam ini adalah berkait secara
langsung dan tidak langsung antara satu sama lain. Peranan guru adalah seperti pemberi
maklumat pelajar dan pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibubapa,sebagai
kaunselor dan pembimbing, penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum, pembentuk
peraturan sekolah, pembina sahsiah , kadang kala sebagai jurutaip, kerani dan pekerja
am dan juga sebagai pelajar.
Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan
pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibubapa dan juga
pengaruh rakan sebaya. Quek(1991), Hishammuddin(1995), Mat Khailil(2000) dan
7
Mohd.Aniza (2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih
dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.
Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji yang kurang menarik,
waktu kerja dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi
tuntutan bagi meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini
tidak menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih
ramai yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Lulusan Ijazah Kejuruteraan
adalah golongan yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang
kejuruteraan dan mampu memilih kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari dengan
mendapat gaji yang lebih baik, namun ada di antara mereka yang memilih profesion
perguruan sebagai kerjaya.
Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai
kerjaya mereka. Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian
apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan . Dari perbincangan di
atas , pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah minat terhadap
profesion perguruan, faktor rakan sebaya, faktor keluarga, faktor keinginan
menyampaikan ilmu, faktor cuti dan faktor gaji .
8
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini akan dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor yang
menyebabkan lulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan yang sedang mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) semester satu di Maktab Perguruan Teknik Cheras
Kuala Lumpur memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana minat, keinginan menyampai ilmu dan dorongan
keluarga serta pengsruh rakan sebaya menjadi faktor yang mempengaruhi
siswazah kejuruteraan memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.
1.4.2 Mengenalpasti sejauhmana imbuhan (gaji) dan cuti yang panjang menjadi factor
yang mendoron pemilihan profesion perguruan di kalangan siswazah
kejuruteraan yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
9
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah minat menjadi faktor dalam pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
Siswazah Kejuruteraan. (SK)
1.5.2 Adakah faktor dorongan keluarga mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru
di kalangan (SK)
1.5.3 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di
kalangan (SK).
1.5.4 Adakah faktor keinginan menyampaikan ilmu menjadi pendorong pemilihan
kerjaya sebagai guru di kalanga (SK).
1.5.5 Adakah faktor gaji mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
(SK).
1.5.6 Adakah faktor cuti mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
(SK).