Post on 30-Nov-2014
description
SAWAN BABI.
PENGENALAN
Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi
sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang
kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau
mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara
terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut.
Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin
mengalami kecederaan yang serius.
Struktur otak
Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau
gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gila
babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu.
Sel saraf
Otak biasanya menerima dan menghantar maklumat dalam bentuk impuls
elektrik. Jika berlaku aktiviti/penghantaran impuls elektrik yang luar biasa atau
pertambahan mengejut impuls elektrik di dalam otak, ia akan dilahirkan dalam bentuk
sawan yang merupakan kejadian sementara sahaja.
Epilepsi dikategorikan sebagai kejadian sawan yang berulang-ulang, berlaku
secara tiba-tiba dan sekejap sahaja. Sifat dan kekuatannya berbeza-beza daripada seorang
ke seorang. Epilepsi tidak menjejaskan kepintaran. Kebanyakan orang yang menghidap
epilepsi berupaya mendapatkan pendidikan yang normal, malah mampu memperolehi
ijazah. Kita tidak perlu takut kepada penyakit epilepsi atau mengubah sikap apabila
berhadapan dengan mereka yang menghidap epilepsi. Seseorang yang menghidap
epilepsi masih boleh menikmati gaya hidup yang aktif jika sawannya dapat dikawal
dengan baik
SEJARAH EPILEPSI
Pandangan asal tentang epilepsi diselubungi oleh keadaan takut dan ilmu tarikat.
Zaman Purba Babylon menyangkakan gangguan terjadi bila seseorang dirasuk hantu. Ia
menekankan keadaan epilepsi ada kena-mengena dengan kuasa ghaib, dengan setiap jenis
sawan dikaitkan dengan nama jin atau tuhan – biasanya jahat. Oleh sebab itu, cara
perubatan mereka adalah melalui ilmu kebatinan. Orang Yunani berkepercayaan jika
seseorang itu diserang sawan ini bermakna ia telah melakukan kesilapan dengan
tuhannya. Pada tahun 400 S.M., tabib Yunani Hippocrates adalah orang yang pertama
membuktikan teori epilepsinya, waktu itu dikenali sebagai “penyakit keramat”, akibat
sumpahan hantu atau tuhan-tuhan mereka. Dia mengesyorkan perubatan secara
jasmani/fizikal dan memaklumkan bahawa sekiranya penyakit bertambah teruk, ia tidak
dapat diubati lagi.
Malangnya, pandangan ini tidak diterima ramai dan dalam tahun 1494, kejadian
penderaan perempuan-perempuan sihir menyemarak menyebabkan kematian ke atas
200,000 wanita. Gangguan ini dipercayai merupakan salah satu sifat yang ada pada
perempuan sihir. Apakan daya bukti yang diberikan oleh Hippocrates tidak dapat
menjiwai kefahaman mereka, pengertian sebenar epilepsi tidak dapat diterima
sehinggalah abad yang ke 18 dan 19 Masihi.
Dalam waktu perantraan 2000 tahun ini, orang-orang yang mengalami epilepsi
dianggap menakutkan, mencurigakan dan disalah fahamkan dan nasibnya terdedah pada
celaan sosial. Orang berepilepsi dianggap orang terbuang dan dihukum. Walau
bagaimanapun, ada juga yang berjaya menjadi orang yang masyhur di seluruh dunia.
Antaranya adalah Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Czar Peter the Great dari Rusia,
Pope Pius IX, penulis Fedor Dostoevsky, penyajak Lord Byron dan beberapa ahli sukan
Olimpik.
Dalam abad yang ke 19, apabila muncul neurologi sebagai satu disiplin baru
dalam psikiatri, penerangan konsep epilepsi sebagai satu keadaan gangguan di dalam otak
semakin diterima ramai, terutama sekali di Eropah dan Amerika Syarikat (USA). Ini
banyak membantu pencelaan yang bersangkutan dengan gangguan serupa ini. Bromid,
ubat anti-epileptik yang pertama mujarab diperkenalkan dalam tahun 1857, begitu meluas
digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat dalam separuh abad yang lalu.
Hans Berger, seorang pakar jiwa (psikiatris) bekerja di Jerman dalam tahun
1920an, menghasilkan elektroensefalograf manusia (EEG – gelombang otak). Pengunaan
utamanya bermula dari tahun 1930an iaitu dibidang epilepsi. EEG mendedahkan
kehadiran pelepasan elektrikal dalam otak dan ini kemudiannya menghasilkan suatu
harapan yang memungkinkan rawatan bedahan neuro, yang kemudiannya dalam tahun
1950an, mudah diperolehi di London, Montreal dan Paris.
Selama beberapa dekad yang lalu perhatian yang lebih besar diberikan pada
penghidupan berkualiti, contohnya, isu kejiwaan (psikolojikal) dan sosial, bagi orang
yang mengalami gangguan epilepsi, walaupun perkembangannya agak lembap dan
khidmatnya masih lemah.
Hari ini, masih ada lagi orang yang fikir bahawa gangguan epileptik adalah akibat
‘buatan orang’ atau ‘kena sumpah’. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang tidak
tahu perihal epilepsi lebih gemar menyamakan ia dengan gila atau cacat otak. Ini tidak
benar, kerana kebanyakan pesakit epilepsi mempunyai kecerdasan otak yang normal atau
melebihi purata normal. Epilepsi tidak mengenal bezantara satu dengan yang lain. Ia
menyerang kedua-dua perempuan dan lelaki, tidak kira umur, bangsa dan tahap
sosioekonomi
APA ITU EPILEPSI
Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi
sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang
kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion
neuron (sel saraf). Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui
aktiviti elektrik. Aktiviti elektrik yang kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utama
bagi kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika neuron-neuron ini mengalami
masalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang
serius.
Neuron bertukar ganti maklumat sesama sendiri melalui proses elektrokimia.
Proses ini boleh dikesan dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG). Kadangkala,
gangguan keadaan kimia di otak boleh mengganggu proses elektrokimia ini dan
mengakibatkan sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan akan
menunjukkan corak aktiviti elektrik otak yang tidak normal melalui pemeriksaan EEG.
Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau
mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara
terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut.
Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin
mengalami kecederaan yang serius. Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan
gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia
boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari
semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.
Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali
dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun.
Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf
(neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam
sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek.
Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkan
pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu
aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.
Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan
bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung
pada sel otak yang khususnya terlibat. Ada sawan
yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh
pelepasan elektrikal yang tersibar secara meluas
diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-
klonik.
Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana
pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagai
sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang
subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas,
samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian
otak, menjadi sawan tonik-klonik. Serangan sawan mungkin tidak melibatkan
goncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak
sedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih
dibahagian perut.
Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakit
sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalami
perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yang
mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip atau
mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulan
sekali.
PUNCA BERLAKUNYA EPILEPSI
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit
sebanyak berhubungkait dengan umur.
Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:
1. Penyebab yang biasa
Faktor genetik.
Faktor risiko utama yang diketahui ialah keturunan. Kajian mengatakan bahawa terdapat
lebih 500 gen yang memainkan peranan penting sebagai penyebab penyakit epilepsi.
Pengaliran ion didalam tubuh manusia yang mengalir masuk dan keluar dari sel melalui
isyarat saraf di kendalikan oleh gen. kalau gen telah kehilangan myoclnus epilepsy atau
dipanggil cystatin B boleh menyebabkan sawan ini. Ini adalah protin yang berfungsi
memecahkan atau menguraikan protin yang lain mengalami kecacatan. Terdapat juga
kecacatan gen yang dipanggil lafora’s disease yang berfungsi untuk menguraikan
karbohidrat.
Samping itu ada juga gen yang tidak normal dimana ia tidak dapat berfungsi untuk
sesetengah ubat yang dapat mengawal epilepsi. Ada juga gen yang boleh menyebabkan
epilepsi walaupun tidak ada pesakit dalam sejarah keluarga mereka.
Kecederaaan di kepala.
Kecederaan di kepala seperti selepas jatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaan
semasa bersukan.
Alkohol
Alkohol boleh menyebabkan sawan dengan beberapa cara. Mestilah ditekankan pesakit
epilepsi tidak boleh mabuk, kerana alkohol boleh merendahkan pengawalan sawan dan
sawan yang sebelum ini terkawal akan kembali semula. Alkohol boleh merendahkan
tahap dadah antiepileptik dalam badan, yang boleh menyebabkan sawan. Setengah orang
yang mempunyai ‘Epilepsi Juvenil Myoclonus’ patut lebih berhati-hati kerana kuantiti
yang kecil juga boleh menyebabkan sawan. Walau bagaimanapun, secara
keseluruhannya, bolehlah dikatakan segelas dua, samada spirit, bir atau wain, diambil
secara sederhana, tidak membahayakan orang yang mempunyai epilepsi.
Merokok
Tidak ada bukti sehingga hari ini yang tembakau boleh menyebabkan sawan. Walau
bagaimanapun, merokok menyebabkan lain-lain jenis penyakit utama, termasuklah barah,
strok dan penyakit jantung dan ia patut dielakkan.
Darah gula rendah
Kekurangan gula dalam darah boleh menyebabkan sawan berlaku. Oleh itu, adalah
penting untuk makan makanan pada waktu yang ditetapkan .Ia juga membahayakan jika
menunggu lama sebelum makan, terutama jika sebab lambat makan adalah kerana
bermain sukan.
Tidur
Ramai orang terkena sawan kerana kurang tidur. Jika mereka tidur lambat, seperti pulang
lewat dari majlis, mereka masti bangun lambat keesokkan harinya. Kerja syif boleh
mendatangkan sawan – selalunya seseorang menghadapi kesukaran untuk tidur, bila
waktu tidur bertukar-tukar. Ia mungkin boleh membantu, setelah berbincang dengan
doktor anda, untuk mengambil pil tidur untuk menyesuaikan waktu perantaraan. Jika ia
diperlukan dengan kerap, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk bekerja syif
sama sekali.
Tekanan
Tekanan mental lebih mendatangkan sawan berbanding dengan tekanan jasmani.
Sewaktu peperiksaan, se-seorang itu patut merancang kerja mereka supaya dapat
mengelakkan dari membuat semua kerja sibuk beberapa hari sebelum pemeriksaan. Jika
seseorang mengalami sawan sebelum atau sewaktu peperiksaan, ubat bagi
mententeramkan pesakit yang kekuatannya sederhana sahaja boleh membantu
mengurangkan tekanan. Ia jarang membahayakan untuk bekerja dengan penuh
konsentrasi. Adalah sedia maklum, apabila seseorang itu leka membuat sesuatu, terutama
sekali bila sesuatu yang menyeronokkan, ia mengurangkan kecenderungan terkena
sawan. Tekanan pada diri boleh menyebabkan sawan palsu - pseudoseizure iaitu serangan
yang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja.
Mereka yang selalu mengikut emosi yan tertekan mengalami risiko yang tinggi untuk
mendapatkan sawan. Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan
termasuklah dadah antiepilepsi.
Kerosakan otak
Banyak kes epilepsi adalah akibat dari kerosakan yang berlaku di otak seperti barah otak,
kecerdaan di otak, pendarahan otak dan sebagainya. Adalah mustahak bagi orang yang
mempunyai epilepsi yang tidak bersekolah atau bekerja, belajar mengisi masa lapangnya
dengan konstraktif. Tidak digalakkan bagi duduk dan menonton TV sepanjang hari.
Pilihan-pilihan lain adalah seperti membuat kerja rumah, hobi dan kerja sukarela yang
agak mencukupi.
2. Penyebab pada orang dewasa adalah seperti berikut
o Sklerosis (parutan) hipokampus - bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam
otak).
o penyalahgunaan alkohol atau dadah.
o Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres,
antipsikotik atau dadah antiepilepsi.
o Jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis.
o Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.
o penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).
3. Penyebab pada kanak-kanak
o Demam yang kuat.
o Suntikan vaksin - sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
o Sawan aruhan televisyen - sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen
terlalu lama.
o Kecacatan sewaktu lahir.
o Kerosakan otak.
o Keracunan.
o Kecederaan di kepala.
o Ubat-ubatan seperti melatonin - sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur
tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.
Pada sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Ia
biasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.
JENIS-JENIS EPILEPSI.
Terdapat dua jenis sawan.
Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:
1. Sawan menyeluruh
Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak.
Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:
o tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal).
o ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal).
o Mioklonik.
Sawan menyeluruh.
Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawan
menyeluruh:
I. Sawan menyeluruh tonik-klonik
o tidak sedarkan diri.
o menggigit lidah atau pipi.
o mengalami sentakan kaki dan tangan.
o pernafasan terhenti sementara.
o hilang kawalan usus dan pundi kencing.
o sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.
II. Petit mal
o tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.
o keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong).
o kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor.
o serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 . 100 kali setiap hari).
o sering terjadi di zaman kanak-kanak.
o boleh mengganggu pembelajaran.
Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil
“Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik). Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit
kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau
mengalami konvulsi.
2. Sawan separa
Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh
merebak ke bahagian otak yang lain. Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan boleh
dikategorikan kepada dua jenis: Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua
kategori:
separa kompleks
separa ringkas
I. Separa Ringkas
Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba
di bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakit
berada dalam keadaan tersangat bingung. Seperti gambarajah berikut:
o masih sedarkan diri.
o gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik
contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki
dan lain-lain lagi.
o mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata.
o keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan
terhadap bau dan rasa.
II. Sawan kompleks
Sawan ‘absens’ (Absence seizure atau Epilepsi Petit Mal). Ini banyak terjadi di antara
penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar
diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau
goncangan badan (konvulsi). Gangguan Temporal Lobe (juga dikenali sebagai Sawan
fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor).
Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba
di bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakit
berada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatan
yang tidak menyenangkan. Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidak
sedar apa yang sedang dilakukannya.
Tanda-tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan,
seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, dengan
wajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan.Sewaktu serangan sawan
Forkal kompleks ini, pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat
menjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap yang bukan-bukan, pandangannya
kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah dengan
pakaiannya. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan
perbuatannya.
Sawan ini banyak terjadi di antara penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan
berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30
saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Mungkin matanya kerap
berkedipan atau anak mata pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan setengah
bahagian badan atau mukanya akan mengerenyut.
Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah
anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian
sepenuhnya. Terdapat kes-kes bilamana pesakit diserang berkali-kali sehari dan boleh
menganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.
Separuh dari kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabila
mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, sangatlah penting bagi mereka menerima
perubatan untuk mengawal dan mengelakkan dari mendapat jenis sawan yang lain.
o Seringkali bermula dengan rasa tidak selesa pada abdomen atau gangguan
terhadap deria rasa tertentu (seperti berbau sesuatu yang aneh).
o Mungkin mengalami pening, berpeluh, kulit menjadi merah atau anak mata
membesar.
o Pergerakan yang tidak dapat dikawal berlaku secara berulang-ulang
(automatisma) seperti mengunyah, mengecap bibir atau menelan.
o Mungkin hilang pertimbangan.
o Tidak sedarkan diri tetapi tidak mengalami perubahan postur
o Amnesia.
o Sembuh secara perlahan-lahan.
Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit diserang sawan jenis ini:
Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ketempat yang merbahayakan
bagi dirinya.
Jauhkan objek yang membahayakan yang ada berhampiran.
Jangan menenangkan pesakit dengan mengoncang badannya atau menjerit padanya.
Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak
sedar di mana dia berada. Jika ini berlaku, temani pesakit sehingga sawan berhenti,
dan kemudian beritahu apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Ini dapat
membantunya untuk meneruskan apa yang sedang ia lakukan sebelum diserang tadi.
Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau 2 minit, dan kemudian orang itu balik
seperti sediakala. Sekiranya sawan mengambil masa 2 minit, atau pesakit mengalami
kecederaan atau pernafasan terhenti, hubungilah ambulans. Jika pesakit tidak dapat
bernafas dengan betul, hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke
mulut
Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih.
APAKAH UJIAN YANG DILAKUKAN UNTUK MENENTUKAN EPILEPSI?
Jarang-jarang sekali doktor berada disisi pesakit sewaktu pesakit diserang sawan,
oleh sebab itu, keterangan yang diberikan oleh anda dan ahli keluarga anda atau saksi
yang lain sangatlah mustahak. Walau bagaimana, sekalipun tepat atau keterangan yang
diberi itu lengkap, setengah-setengah kejadian masih sukar untuk di diagnosa dengan
tepat, begitu juga untuk pakar-pakar.
Tanda-tanda yang paling ketara yang dapat membezakan epilepsi dengan kejadian
lain ialah apabila sawan itu berulang (datang dan pergi), ada waktu bebas di antara dua
sawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-
tanda serangan yang sama setiap kali). Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa
bingung, termenung dan sakit kepala.
Oleh kerana pesakit selalunya tidak sedar atau tidak ingat apa yang berlaku,
doktor akan menyoal keluarga anda atau penjaga pesakit untuk memberi maklumat
perihal serangan sawan yang terjadi. Apabila pergi berjumpa doktor, temujanji yang
dikenali sebagai catatan latar-belakang, adalah yang paling utama dan mustahak. Anda
disuruh memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu. Yang mustahak,
sekiranya anda boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian,
sebab anda berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan. Walaupun
anda fikir yang anda sedar sewaktu kejadian, kemungkinan besar anda tidak mengingati
aspek utama sawan itu. Doktor bukan sahaja mahu mengetahui perihal sawan itu, tetapi
juga apa yang terjadi sebelum dan selepas serangan sawan itu sendiri.
Doktor akan memeriksa anda dan mungkin ada pemeriksaan khas yang perlu
dijalankan. Ini mungkin dapat membantu mencari sebab-musabab, dan anda boleh
mendapat tahu apakah jenis epilepsi yang anda hadapi. Bukan semua orang perlu
menjalani pemeriksaan yang disebutkan di sini, sebaliknya doktor yang akan
menentukannya. Jenis perubatan dan pengesyoran boleh diberi oleh doktor selepas
temujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yang diperlukan diperolehi, tetapi
kadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuat selepas melakukan ujian yang
lebih lanjut.
Pemeriksaan doktor yang lebih terperinci akan dijalankan dan mungkin akan
mengesyorkan pesakit menjalani beberapa jenis ujian. Jenis perubatan dan pengesyoran
boleh diberi oleh doktor selepas temujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yang
diperlukan diperolehi, tetapi kadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuat
selepas melakukan ujian yang lebih lanjut.
APAKAH JENIS UJIAN DAN KAJIAN YANG AKAN DIJALANKAN?
Untuk menentukan penyebab atau punca epilepsi adalah sangat mencabar kerana
ianya mungkin berpunca dari faktor-faktor neurologi, psikologi, kardiovaskular dan lain-
lain lagi. Cara terbaik untuk menilai sawan epilepsi ini ialah dengan memantau
gelombang otak dan rentak jantung semasa serangan berlaku, sama ada di klinik atau di
hospital. Walau bagaimanapun, diagnosis bagi epilepsi adalah berdasarkan sejarah
pesakit yang diperolehi dari pesakit itu sendiri serta saksi-saksi yang boleh dipercayai.
Pemeriksaan fizikal serta ujian-ujian makmal akan menyokong sejarah pesakit bagi
menentukan keseluruhan sindrom epilepsi.
Ujian-ujian yang boleh dijalankan :
Ujian paras kalsium dan magnesium dalam darah.
Paras glukosa dalam darah.
Ujian fungsi hati dan buah pinggang.
Elektroensefalogram (EEG).
Pemantauan video-EEG.
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI - Magnetic Resonance Imaging) atau
Tomografi Berkomputer (CT - Computed Tomography) pada otak.
Penilaian neuropsikologi.
Paras GABA - GABA adalah asid amino yang terdapat dalam sistem saraf pusat
terutamanya dalam otak.
PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN SEJARAH PERUBATAN
Gejala-gejala, penyakit, kecederaan, sejarah keluarga yang menghidap epilepsi serta
faktor-faktor lain yang berkaitan akan disiasat. Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan.
Ujian darah
Ujian darah dijalankan untuk menilai keadaan keseluruhan kesihatan seseorang individu
dan mengesan keadaan-keadaan lain yang mungkin bertanggungjawab ke atas kejadian
sawan yang berulang.
Elektroensefalogram (EEG)
Gambarajah Elektroensefalogram
Perakam elektrod yang kecil di lekapkan pada kepala, merakamkan aktiviti
elektrikal dalam otak. Rakaman bacaan akan dicetak pada kertas atau dalam komputer.
Ujian ini selalunya dijalankan di klinik. Anda selalunya perlu baring atau duduk diam
sewaktu pemeriksaan ini, ia langsung tidak mendatangkan kesakitan. Sewaktu ujian ini,
anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan cahaya (strobe) pengimbasan yang akan
dipancarkan pada mata anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mendapat serangan
sewaktu pemeriksaan ini dijalankan,EEG akan membuat bacaan normal, tetapi ini tidak
semestinya anda tiada epilepsi. EEG digunakan khas bagi menentukan jenis epilepsi yang
anda hadapi, ia jarang-jarang digunakan untuk tujuan diagnosis. Merakamkan aktiviti
elektrik otak. EEG dirakamkan semasa sawan berlaku untuk melihat corak aktiviti otak
yang tidak normal.
Ambulatori EEG
Ujian ini adalah lebih kurang sama dengan ujian EEG, tetapi untuk ini, elektrod akan
dipasang untuk waktu yang lebih lama. Video kamera mungkin akan digunakan untuk
merakamkan perlakuan pesakit. Tujuan ujian sebegini dilakukan agar dapat merakamkan
titik permulaan sawan supaya dapat menentukan bahagian otak manakah yang terlibat.
Skan/Imbasan CAT (Computerised Axial Tomography)
Ini adalah jenis x-ray yang istimewa, yang menghasilkan siri gambar keratan-keratan
dalam otak. Kadangkala, kontras mungkin digunakan. Kontras dapat membantu
menjelaskan dan memaparkan struktur dalam otak dengan lebih nyata.
Pemantauan video-EEG
Video serta peralatan pemantauan EEG berkomputer digunakan untuk memantau pesakit
24 jam sehari.
Skan/Imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging)
Ini menyamai dengan skan CAT tetapi hasil gambarnya adalah lebih terperinci. Ia
memakan masa 20 hingga 30 minit dan anda perlu baring dan disorong masuk ke dalam
alat pengimbas. Ia membuat sedikit bunyi bising. Kali ini juga, suntikan kontras akan
diberi jika perlu. Anda tidak boleh bergerak sewaktu ujian ini dijalankan. Jika anda takut
untuk berada dalam tempat yang bertutup, sila beritahu jabatan imbasan ini terlebih
dahulu. MRI boleh mengenalpasti kawasan yang rosak atau berparut di otak dengan
jenis-jenis sawan yang tertentu. Imej yang terhasil boleh membantu sama ada
ketidakaturan ini boleh dirawat dengan pembedahan ataupun tidak. Ia juga mungkin
berguna sebagai panduan kepada para doktor.
Tomografi Berkomputer
Menggunakan X-ray untuk memberikan gambaran 3 dimensi struktur otak. Ujian ini
boleh mengenalpasti kewujudan tumor, strok serta keabnormalan lain yang menyebabkan
sawan.
Penilaian neuropsikologi
Teknik ini digunakan untuk menilai bahagian-bahagian seperti memori, bahasa, persepsi,
pemikiran dan fungsi emosi.
Aras GABA (kajian sahaja)
Pengukuran paras GABA bersama dengan rakaman EEG boleh membantu menilai sawan
yang berulang dan mengenalpasti pesakit yang boleh mendapat faedah dari ubat yang
boleh meransang fungsi GABA.
RAWATAN
Rawatan pertolongan cemas
Sawan yang berulang biasanya boleh berakhir dengan sendiri. Walau bagaimanapun, ia
juga mungkin satu petanda bagi sesuatu penyakit yang lebih serius. Bantuan perubatan
diperlukan apabila:
Sawan berlanjutan sehingga lebih dari 10 minit.
Sawan berlaku secara perlahan-lahan atau mangsa mengalami kesukaran untuk
bernafas.
Sawan di kalangan wanita hamil atau sawan yang datang bersama-sama penyakit lain.
Berlaku kecederaan yang serius disebabkan oleh serangan sawan (seperti jatuh,
terhantuk atau menggigit diri sendiri).
Adalah penting untuk bertenang apabila seseorang itu mengalami serangan sawan. Anda
perlu lakukan pekara-perkara berikut untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang
serius.
Jangan masukkan sebarang benda ke dalam mulut mangsa.
Lap segala air liur yang berlebihan.
Lapangkan kawasan tersebut dari segala perabot serta benda-benda lain yang boleh
menyebabkan kecederaan.
Jangan cuba memegang mangsa untuk mengelakkan mangsa bergoyang.
Sokong kepala pesakit dengan menggunakan bantal ataupun sebarang objek yang
lembut. Jika boleh, alihkan pesakit mengiring bagi membolehkan ia bernafas dengan
lebih mudah.
Sentiasa bersama pesakit sehingga ia pulih sepenuhnya.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan alternatif termasuklah:
1. Pembedahan.
2. Diet/pemakanan khas.
3. Rangsangan saraf vagus.
1. Pembedahan
Pembedahan merupakan satu pilihan dalam kes-kes epilepsi yang disebabkan oleh
tumor ataupun sklerosis hipokampus atau apabila ubat-ubatan gagal mengawal sawan.
Keputusan ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah kekerapan serta
keterukan sawan, risiko kerosakan otak, kesannya terhadap kualiti hidup, keadaan
keseluruhan kesihatan pesakit dan kebarangkalian pembedahan boleh mengawal
episod sawan.
2. Diet/pemakanan khas
Doktor mungkin mengesyorkan sejenis diet khas jika ubat-ubatan tidak mampu
menghentikan sawan. Diet ini yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang
tinggi diberi untuk kanak-kanak yang menghidap sawan tertentu. Kadangkala, sawan
disebabkan oleh kekurangan vitamin B dan magnesium. Para doktor mungkin
memberi vitamin tambahan, tetapi fungsinya hanyalah untuk menggantikan
kehilangan vitamin yang disebabkan oleh dadah-dadah tertentu.
3. Rangsangan saraf vagus
Ini merupakan satu terapi yang baru diluluskan di mana satu peralatan elektrik akan
diletakkan di bahagian atas dada pesakit untuk merangsang saraf vagus yang terletak
di leher.
Saraf
Rawatan farmakologi
Terapi dadah
Ubat yang biasa diberikan kepada pesakit epilepsi ialah sejenis ubat anti-epileptik
(AEDs). Ubat moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi
mempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.
Terdapat beberapa jenis ubat seperti berikut :
Ubatan pertama yang paling lazim dipergunakan :
(seperti: sodium valporat, Phenobarbital dan phenytoin)
Ini adalah preskripsi bagi pesakit epilepsi yang baru.
Ubat-ubat ini mungkin akan memberi kesan sampingan seperti bengkak gusi, pening,
pitam, jerawat, muka dan badan berbulu (hirsutisma), bengkak biji kelenjar dan
osteomalakia.
Ubatan kedua yang lazim digunakan:
(seperti: lamotrigin, tiagabin dan gabapetin)
Jika tidak terdapat perubahan kepada pesakit setelah mengambil ubatan pertama,
ubatnya akan di tambah dengan ubatan kedua.
Lamotrigin telah diluluskan sebagai ubatan pertama di Malaysia.
Ubatan baru yang diperkenalkan dikatakan menghasilkan kurang kesan sampingan,
terutama dalam hal kecacatan sewaktu kelahiran.
Mencari antikonvulsi yang bersesuaian
Setiap orang yang menggunakan antikonvulsi ini akan mengalami reaksi yang
berbeza antara satu dengan yang lain seperti mana juga makanan atau apa-apa yang
memasuki tubuh kita. Satu pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan tidak pula
pada pesakit yang lain.Seseorang pesakit itu mungkin dapat mengawal sawan sebaik
sahaja mengambil ubat, manakala pesakit lain mengambil masa yang lebih panjang.
Terdapat juda pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupun
mengambil perubatan antikonvulsi.
Doktor akan cuba untuk memberikan antikonvulsi yang paling mujarab bagi jenis
sawan seseorang pesakit itu dan akan menyediakan preskripsi program yang paling sesuai
untuk pesakit itu. Doktor akan berusaha memberi pesakit supaya mendapat kawalan
sawan paling baik dengan kesan sampingan yang paling kurang bagi pesakit.
Perubatan antikonvulsi
Dalam pembentukan program perubatan bagi setiap individu pesakit epilepsi, ada
beberapa perkara yang harus doktor itu pertimbangkan:
1. Jenis antikonvulsi. Ini akan dipilih berasaskan:-
o Jenis sawan yang sudah dikenalpasti
o Umur pesakit
o Memastikan pesakit tidak mempunyai interaksi dengan ubat-ubatan lain.
o Faktor-faktor lain sperti keadaan kesihatan, kehamilan dan lain-lain.
2. Bilangan antikonvulsi. Selalunya program perubatan bagi pesakit akan bermula
dengan satu antikonvulsi sahaja, sukatan yang disediakan khas mengikut keperluan
pesakit. Sukatan ini bertujuan untuk mengawal sawan sepenuhnya dan kalau boleh
hanya dari satu antikonvulsi. Walau bagaimanapun, ada juga kes-kes yang
memerlukan lebih dari satu antikonvulsi bagi mencapai tahap maksima mengawal
sawan.
3. Lawatan seterusnya dan ujian darah. Pesakit akan diberi nasihat oleh doktor bila dia
perlu datang semula, dan mungkin akan disuruh menjalankan ujian darah supaya
dapat memeriksa tahap antikonvulsi didalam saluran darah pesakit. Ini selalunya
dilakukan seminggu selepas rawatan bermula, atau perubahan cara rawatan, kerana
saluran darah mengambil masa 7 hari selepas pengambilan antikonvulsi bagi
menunjukkan bacaan yang berguna.
Pertukaran maklumat antara doktor dan pesakit . Ini adalah satu unsur yang begitu
penting dalam apa jua program epilepsi, kerana pesakit dan doktor harus berkerjasama
untuk mencapai keputusan yang baik bagi rawatan sebegini. Jumlah dan jenis terapi
dadah yang diberikan bergantung pada umur pesakit serta jenis, kekerapan dan penyebab
sawan. Jika terdapat kesan buruk yang serius, penggunaan dadah perlulah ditarik balik
secara perlahan-lahan apabila dadah yang baru diberikan. Didapati bahawa, epilepsi dapat
dikawal dengan menggunakan satu dadah dan diambil secara tetap dan berterusan. Jika
ini gagal, doktor mungkin memberi dadah tambahan atau menambah dos dadah kedua.
Dadah yang mungkin digunakan termasuklah:
Karbamazepin (Tegretol)
Berkesan untuk sawan separa ataupun sawan tonik-klonik menyeluruh apabila digunakan
bersendirian ataupun digabungkan dengan dadah-dadah lain. Ia biasanya digunakan untuk
kanak-kanak kerana kesan sampingannya terhadap pemikiran dan perlakuan adalah
kurang. Kesan sampingan yang lain termasuklah penglihatan kabur, sakit kepala, rasa
mengantuk, pening serta gangguan pada perut. Pesakit perlu memberitahu doktor mereka
jika terdapat sebarang tanda-tanda degupan jantung yang tidak tetap, sakit tekak, demam,
lebam atau sebarang pendarahan yang luarbiasa. Rawatan jangka panjang boleh
menyebabkan osteoporosis pada wanita, oleh itu mereka dinasihatkan supaya mengambil
kalsium dan vitamin D tambahan.
Fenitoin (Dilantin)
Berkesan bagi mereka yang menghidap epilepsi tonik-klonik menyeluruh serta sawan
separa ringkas dan kompleks. Sesetengah doktor memberi fenitoin untuk pesakit yang
mengalami kecederaan di kepala dan mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk
memperolehi sawan. Kesan sampingannya termasuklah pertambahan bulu pada badan,
kulit menjadi melepuh dan kasar serta anoreksia ataupun bagi kes-kes tertentu berlakunya
kerosakan pada hati.
Valproate (Depakene)
Biasanya digunakan untuk sawan menyeluruh dan berguna untuk hampir kesemua sawan
yang biasa berlaku. Ia TIDAK disarankan untuk kanak-kanak. Kesan sampingannya
kurang tetapi pesakit mungkin mengalami masalah pada perut dan usus seperti rasa loya,
muntah-muntah serta pedih ulu hati.
Fenobarbital (Luminal)
Berkesan untuk sawan tonik-klonik menyeluruh dan sawan separa ringkas. Kesan
sampingan yang paling biasa ialah pening serta gangguan ingatan. Kanak-kanak serta
warga tua boleh mengalami hiperaktiviti manakala orang dewasa pula mengalami
kemurungan.
Pirimidon (Misolin)
Ia ditukarkan kepada fenobarbital dalam tubuh dan memberi faedah serta kesan
sampingan yang sama seperti fenobarbital.
Etosuksimid (Zarontin)
Berkesan untuk sawan ketidakwujudan sahaja. Kesan sampingan yang biasa termasuklah
masalah perut, pening kepala, kehilangan koordinasi serta terasa letih.
Klonazepam (Klonazepam)
Ia disarankan bagi mereka yang menghidap sawan mioklonik dan atonik dan yang tidak
dapat dikawal oleh dadah-dadah lain. Ia juga boleh digunakan untuk sawan menyeluruh
atau sawan separa. Pesakit mungkin mengalami rasa mengantuk, gangguan imbangan
serta menggigil, rasa tidak selesa, menjadi lebih agresif, masalah pada otot mata,
gangguan pertuturan, mengalami ketaran (tremor), masalah kulit dan perut serta
hiperaktiviti (pada kanak-kanak).
Dadah tambahan atau dadah alternatif seperti gabapentin, amotrigin, topiramat serta
vigabatrin. Ia biasanya merupakan gabungan beberapa jenis dadah yang menawarkan
faedah yang tertentu. Malangnya, ia memiliki pelbagai kesan sampingan yang buruk.
RAWATAN BANTUAN
Pesakit epilepsi disyorkan supaya meneliti cara hidup mereka dan mengubah mana yang
patut untuk hidup lebih selesa. Rawatan bantuan termasuklah:
Mengubah cara hidup seperti elakkan dari keluar jauh malam, lampu yang terang,
keadaan yang membawa tekanan jiwa dan makan pada waktu yang sama supaya
kadar gula dalam badan tidak jatuh, yang boleh menyebabkan anda pening dan mual.
Seperti juga pesakit epilepsi yang lain, anda perlu mengenal pasti apakah puncanya
anda diserang sawan samada kurang tidur, lampu terang, tekanan, minum arak atau
sesuatu perbuatan yang tertentu seperti berjalan jauh atau menghadiri majlis dan
ikutilah langkah berjaga-jaga.
Lagi satu jenis rawatan bantuan ialah pemakanan bersekat (diet) ‘Kategonic’, dimana
pemakanannya tinggi dalam lemak dan rendah dalam karbohidrat. Ada kajian yang
menunjukkan kanak-kanak mungkin kurang diserang sawan jika mereka mengikut
diet Kategonic ini.
Ia bukanlan diet yang mudah diikuti, dan ia mempunyai kesan sampingan seperti
pertumbuhan tergencat, kadar urik asid yang tinggi dan batu dalam buah pinggang,
jadi kanak-kanak patut mengikuti diet ini dengan tegas di bawah petunjuk pediatrik
pemakanan.
APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK
EPILEPSI?
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH DIAMBIL?
Pada peringkat ini, masih belum ada garis panduan mengenai pencegahan terhadap
epilepsi. Dalam kebanyakan kes, ubat-ubat yang diberi serta rawatan perubatan yang lain
seperti pembedahan digunakan hanya untuk mengawal epilepsi. Dalam kes-kes yang
tertentu, epilepsi boleh dikawal dengan mengelakkan diri dari sinaran matahari yang
terang, lampu yang berkelip dan bunyi yang kuat.
Di bawah ini ada beberapa garis panduan bagi pesakit epilepsi :
Bawa bersama anda pengenalan perubatan yang menunjukkan anda menghidap
epilepsi.
Elakkan dari menceburi bidang sukan yang berisiko tinggi seperti sukan ski air,
bolasepak dan menyelam. Jika anda ingin bersukan, pilihlah sukan-sukan yang ringan
dan pastikan ada orang lain yang menemani anda.
Jangan memandu, berenang ataupun mengendali mesin-mesin yang berat kecuali
mendapat kebenaran doktor anda.
Jangan melakukan kerja-kerja yang berat atau mendedahkan diri anda kepada cahaya
matahari yang terang serta bunyi yang kuat.
Ambil diet yang seimbang serta berkhasiat dan dapatkan rehat secukupnya.
Makan ubat anda sebagaimana yang telah diberikan oleh doktor.
Elakkan keadaan yang boleh menimbulkan tekanan mental serta keresahan.
Banyak dadah boleh membahayakan janin, oleh itu adalah sangat penting bagi
wanita yang boleh hamil untuk melakukan pencegahan kehamilan jika mereka
mengambil rawatan epilepsi. Apabila epilepsi dapat dikawal, (biasanya selepas setahun
rawatan), ubat-ubatan tersebut boleh dikurangkan secara perlahan-lahan dan pesakit
boleh memikirkan untuk hamil semula. Pemantauan paras dadah di dalam plasma adalah
penting bagi dadah-dadah tertentu. Pesakit perlu berjumpa doktor sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun. Kiraan sel darah dan/atau ujian fungsi hati mungkin dijalankan
untuk mengesan sebarang tanda-tanda anemia ataupun kerosakan pada hati.
Anda juga boleh mengurangkan kekerapan serangan epilepsi dengan melakukan perkara-
perkara berikut:
Pastikan semua ubat yang diberikan diambil mengikut nasihat doktor anda. Jangan
terlupa mengambil ubat anda kerana ini boleh menyebabkan serangan epilepsi
berulang.
Cuba elakkan dari mengambil bahan perangsang atau sebatian yang boleh
menyebabkan ketagihan seperti rokok, alkohol, kafein serta pil tidur kerana ia boleh
meningkatkan kekerapan berulangnya serangan sawan.
Kawal keresahan dan tekanan mental anda. Rujuk kepada doktor anda mengenai cara
untuk menangani keresahan dan tekanan.
Pesakit epilepsi disyorkan supaya meneliti cara hidup mereka dan mengubah mana yang
patut untuk hidup lebih selesa. Rawatan bantuan termasuklah:
Mengubah cara hidup seperti elakkan dari keluar jauh malam, lampu yang terang,
keadaan yang membawa tekanan jiwa dan makan pada waktu yang sama supaya
kadar gula dalam badan tidak jatuh, yang boleh menyebabkan anda pening dan mual.
Seperti juga pesakit epilepsi yang lain, anda perlu mengenal pasti apakah puncanya
anda diserang sawan samada kurang tidur, lampu terang, tekanan, minum arak atau
sesuatu perbuatan yang tertentu seperti berjalan jauh atau menghadiri majlis dan
ikutilah langkah berjaga-jaga.
Lagi satu jenis rawatan bantuan ialah pemakanan bersekat (diet) ‘Kategonic’, dimana
pemakanannya tinggi dalam lemak dan rendah dalam karbohidrat. Ada kajian yang
menunjukkan kanak-kanak mungkin kurang diserang sawan jika mereka mengikut
diet Kategonic ini.
Ia bukanlan diet yang mudah diikuti, dan ia mempunyai kesan sampingan seperti
pertumbuhan tergencat, kadar urik asid yang tinggi dan batu dalam buah pinggang,
jadi kanak-kanak patut mengikuti diet ini dengan tegas di bawah petunjuk pediatrik
pemakanan.
Jika anda mempunyai epilepsi dan sawan anda tidak boleh dikawal dengan baik, anda
harus berhati-hati tentang hal keselamatan anak anda.
• Kalau boleh, jangan mandikan anak anda seorang diri
• Gunakan besin mandi khas yang diletakkan di atas lantai, bukan di tempat yang tinggi
• Suap makanan atau tukar lampin bayi anda di atas lantai atau di atas permukaan yang
rendah
• Jangan tidur bersama anak anda. Dia boleh mendapat kecedaraan apabila anda
diserang sawan sewaktu tidur
• Gunakan sejenis tali khas/’leash’(tali yang ditambat ditangan anda dan di hujung lagi
satu ke badan anak supaya anda dan anak anda tidak boleh dipisahkan) bila berjalan
dengan anak anda. Ini boleh mengelakkan anak anda dari pergi ke tempat bahaya atau
hilang, sekiranya anda diserang sawan.
• Jelaskan pada anak-anak anda yang sudah besar tentang epilepsi supaya mereka dapat
memahaminya dan apa yang akan terjadi bila anda diserang sawan. Terangkan
dengan jelas apa yang perlu dia lakukan bila anda diserang sawan.
• Bantu anak-anak anda yang sudah besar menjelaskannya kepada kawan-kawan
mereka, supaya mereka tidak akan hampa jika mereka berada bersama anda diwaktu
anda diserang sawan.
Anda berhak mendapat apa yang terbaik – anda sepatutnya melalui kehidupan
yang sebaik mungkin. Beritahu doktor anda jika sawan anda, walaupun jarang-jarang
sekali, atau rawatan anda, mengganggu kehidupan anda. Mungkin terdapat ubat atau
rawatan lain-lain, atau yang lebih baru yang lebih baik untuk anda. Bila anda benar-benar
berpuas hati dengan rawatan yang diterima, anda bolehlah menumpukan perhatian pada
perkara yang benar-benar penting dalam hidup anda.
Penjagaan anak yang mempunyai epilepsi
Ada segolongan ibubapa, bilamana mengetahui anak-anak mereka mengidap
penyakit epilepsi, mereka mungkin menyalahi diri mereka sendiri. Jika begitu, mereka
harus berjumpa dengan kaunselor. Epilepsi mungkin akan menakutkan anda dan anak
anda. Anda mungkin takut yang anak anda boleh mendapat kecederaan. Anda mugkin
risau kalau kanak-kanak lain tidak mahu berkawan dengan anak anda. Walau
bagaimanpun, anda tidak harus terlalu melindunginya. Anak anda akan lebih tabah jika
anda membantunya menghadapi dugaan-dugaan epilepsinya.
Jangan keterlaluan, jika anda menunjukkan rasa hampa atau risau akan sawannya,
dia akan turut hampa dan risau. Bertindaklah dengan tenang sewaktu sawan dan jangan
tunjukkan yang ianya satu masalah, cara ini anak anda akan bersikap positif bagi
mengatasi masalahnya. Jangan terlalu beria-ia sewaktu memberi ubat sebaliknya jadikan
ia satu aktiviti normal. Jangan biarkan anak anda menggunakan epilepsi sebagai sebab ia
berkelakuan buruk. Seorang anak yang berepileptik patut menerima disiplin yang serupa
dengan anak-anak lain dalam keluarga anda.
Semakin besar anak anda, semakin bertambah keresahan anda akan reaksi orang
lain terhadap epilepsinya. Dia mungkin diejek atau mendapat layanan yang berlainan dari
guru-gurunya. Anda boleh membantu mengelakkan dari kejadian ini dengan membantu
rakan sedarjah, kawan-kawan, jiran-jiran dan guru-guru memahami apa itu epilepsi.
Walau apapun yang anda lakukan, janganlah sampai epilepsi anak anda dijadikan satu
rahsia yang memalukan. Jika begitu, anda akhirnya akan benar-benar malu dengan
keadaannya.
Anda boleh membantu anak anda supaya mereka berasa bangga dengan diri
mereka. Malangnya, ada orang ramai yang suka menyakat dan memalukan orang.
Dengan membantu anak anda membina imej diri yang positif, ia akan memudahkan anak
anda mengendalikan orang-orang seperti ini. Orang yang selalu memberi masalah kepada
orang lain, yang selalunya bermasalah. Seorang anak yang mempunyai keyakinan diri
selalunya lebih mudah mendapat kawan.
Semua guru-guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang epilepsi kerana ia adalah
satu penyakit kerap berlaku melibatkan 5 orang dalam setiap 1000 orang dan kebanyakan
kes bermula sewaktu kanak-kanak atau remaja. Akan berlaku diskriminasi terhadap
pesakit epilepsi dari golongan mereka yang kurang berpengetahuan dalam isu-isu
berkaitan dengan penyakit ini. Ini termasuklah guru-guru, pentadbir dan juga kanak-
kanak lain. Kadang-kadang guru tidak membenarkan kanak-kanak yang mengidap
penyakit ini dari menyertai sebarang aktiviti, kerana kurang mengetahui apa yang boleh
atau tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak ini. Kanak-kanak lain mungkin mengejek
dan menyakat sesiapa sahaja yang berlainan sedikit dari mereka. Ibubapa perlu
memberitahu pihak sekolah sekiranya kanak-kanak mempunyai epilepsi.
Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengidap epilepsi boleh dan digalakkan
mengambil bahagian dalam semua lawatan biasa, aktiviti kem dan jasmani yang diatur
oleh pihak sekolah. Adalah penting bagi guru memberi galakan kepada kanak-kanak
tersebut menyertai sebanyak aktiviti yang mungkin, kerana seorang kanak-kanak patut
melalui berbagai jenis pengalaman hidup pembesarannya. Terdapat 2 aspek (aktiviti)
penting yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak yang kerap mendapat sawan.
Ini adalah memanjat dan berenang. Aktiviti memanjat mungkin memerlukan preskripsi,
berenang pula patut digalakkan tetapi memerlukan satu pengawas bagi kanak-kanak
sepanjang waktu dia di dalam kolam air.
Kebanyakan orang yang epilepsinya terkawal atau jarang-jarang mendapat sawan
boleh bekerja sebarang kerjaya. Apabila membuat permohonan kerja, anda patut berterus
terang yang anda mempunyai epilepsi. Ramai yang melakukannya dan ramai disuruh,
memberi sijil rawatan sewaktu membuat permohonan yang tertentu. Dari pengamalan
yang dilalui, yang lain-lainnya sudah belajar menunggu sehingga mereka sudah dikenali
dan disenangi sebelum memberitahu keadaan mereka.
Diskriminasi masih menjadi masalah, selalunya kerana takut, kejahilan atau sikap
majikan yang fikir seseorang yang mempunyai epilepsi tidak dapat bekerja keras seperti
orang lain. Terpulanglah pada anda untuk membantu majikan anda dan rakan pejabat
memahami bagaimana epilepsi mempengaruhi dan tidak mempengaruhi hidup anda.
Terangkan kepada mereka bahawa epilepsi ialah adalah perkara biasa dan tidak
mempengaruhi kepandaian atau perangai seharian.
Anda mungkin bercadang untuk memberitahu hanya beberapa orang atau semua
orang di tempat kerja anda mengenai epilepsi anda. Adalah dinasihatkan anda
memberitahu sekurang-kurangnya 2 rakan pejabat mengenai epilepsi anda (2, kerana 1
rakan mungkin bercuti bila anda diserang sawan), jika ada risiko yang anda boleh
diserang sawan waktu pejabat dan bagaimana mereka boleh membantu anda. Jika sawan
terjadi hanya waktu tidur, anda tidak semestinya memberitahu sesiapa.
Nyata, terdapat beberapa jenis kerja yang terhad yang tidak membenarkan
seseorang yang diserang sawan bekerja. Pekerjaan yang tidak sesuai bagi orang yang
mempunyai epilepsi termasuklah:
• Juruterbang (samada komersial atau ketenteraan)
• Pekerjaan yang melibatkan pengendalian senjata api, cth: pasukan bersenjata, polis,
pegawai penjara, dll.
• Pemandu jentera berat, cth. Pemandu lori jarak jauh, pemandu keretapi, pemandu bas
dll
• Ahli politik
• Ahli bomba
• Pemandu ambulan
• Penjaga bayi (baby sitter)
• Beberapa jenis sukan, contoh: Ahli tinju profesional, pemandu kereta berpacu dll.
Epilepsi boleh mengubah cara seseorang berhubung dengan yang lain dan
bagaimana yang lain berhubung balas. Sangatlah mustahak bagi ahli keluarga berbincang
dan meluahkan rasa isi hati mereka antara satu sama lain. Suami dan isteri dan anak-anak
merupakan satu sumber besar bagi kekuatan emosi. Rakan-rakan juga boleh menjadi
sumber bantuan, jika anda izinkan mereka. Oleh kerana tidak ada apa yang hendak
dimalukan tentang epilepsi, apa yang anda perlu buat ialah berterus terang mengenai
keadaan anda. Kebanyakkannya akan menerima hakikat yang anda seorang pesakit
epilepsi, sekiranya anda menerima hakikatnya.
Dalam hal berpasangan, menjadi lumrah jika anda risau anda mungkin diasingkan
kerana epilepsi anda. Tapi ingat, semua orang takut ditolak disebabkan oleh sesuatu –
rupa, latar belakang, dll. Jangan biarkan pengasingan dari masyarakat, menghancuri
keyakinan diri anda atau menyalahkan epilepsi anda. Jika anda memilih dengan teliti
teman atau pasangan anda, berterus terang dan bantu mereka memahami epilepsi,
peluang anda untuk berpasangan adalah jauh lebih baik. Kebanyakan orang yang
mengidap penyakit epilepsi mempunyai nafsu seks yang normal dan kehidupan seks yang
normal. Apa yang paling mustahak perlu difikirkan ialah perancangan keluarga. Jika anda
tidak mahu mempunyai anak buat masa itu, gunalah cara perancangan keluarga yang
sesuai untuk anda.
Bagi wanita yang menerima rawatan antikonvulsi, adalah mustahak untuk
mengingati setengah-setengah ubat ini boleh merosakkan pil perancang keluarga anda.
Adalah dinasihatkan untuk menggunakan jenis perancang keluarga kedua atau tambahan
juga. Wanita-wanita yang mengidap penyakit epilepsi yang boleh hamil adalah
dinasihatkan supaya makan pil asid Folik sebagai tambahan, walaupun sebelum hamil,
kerana kekurangan asid Folik selalu dikaitkan dengan kecacatan bayi sewaktu kelahiran.
Pengurusan sendiri
Memahami mengenai epilepsi yang anda hidapi. Ambil ubat seperti yang diarahkan
supaya ia dapat dikawal dan anda boleh menjalani kehidupan yang normal. Ubat-ubatan
tidak dapat menyembuhkan epilepsi tetapi ia membantu menghilangkan sawan atau
mengurangkan kekerapannya. Pengambilan ubat mestilah diteruskan walaupun tiada
serangan dalam tempoh beberapa tahun kecuali jika doktor mengarahkan sebaliknya.
Pakai topi keledar keselamatan apabila menunggang basikal, kuda dan lain-lain.
Pakai gelang amaran perubatan.
Apabila berenang pastikan anda tidak bersendirian.
Elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan epilepsi anda.
Elakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan
kecederaan/membahayakan diri anda ataupun orang lain di sekeliling anda
(contohnya, mendaki gunung, memandu kereta atau mengendalikan mesin) kecuali
sawan anda dapat dikawal dengan baik dan doktor telah mengesahkan bahawa anda
mampu melakukannya.
KAJIAN
Saya telah memilih Muhammad Hafiz Najmi B Mohd Amin, 000510-08-0515
yang mempunyai kecacatan otak dan sawan. Berikut adalah latar belakang dia.
No K/P : 000510-08-0515
Tarikh Lahir : 10-05-2000
Umur : 7
Alamat : KKB 156, Kg Kedah, 34200 Parit Buntar, Perak
Nama bapa : Mohd Amin Bin Ismail
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Nama ibu : Hasni Bt Zainol
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Hafiz ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Titi Serong dan telah mendapat
kelulusan daripada JPN Perak untuk melalui tempoh percubaan yang bermula dari 8-1-
2007 hingga 8-2-2007. Kemudian dia telah disahkan sebagai murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran.
Laporan status murid
Pertuturan
Hafiz hanya boleh mengeluarkan bunyi sahaja. Dia tidak dapat menyebut perkataan atau
berkomunikasi. Unutk berkomunikasi Hafiz hanya menunjukkan sesuatu dengan jarinya.
Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada satu perkara untuk suatu masa. Dia
juga tidak memahami arahan-arahan yang lebih mendalam. Dalam lebih kurang 4 bulan,
dia hanya dapat memahami arahan untuk mengambil dan meletakkan sesuatu barang.
Tingkah laku
Hafiz adalah seorang murid yang sentiasa bergerak, di mana dia dikategorikan sebagai
murid hiperaktif. Pergerakannya tidak dapat dikawal dan melakukan sesuatu perkara
secara berulang-ulangan seperti mengunyah, mengecap bibir atau menelan. Hafiz
kadang-kadang suka mengasingkan diri. Dia tidak dapat berkawan dengan murid-murid
ynag lain. Ini mungkin kerana pergerakan yang terlalu aktif dan juga mempunyai masalah
komunikasi. Jika dia mengalami tekanan emosi seperti marah, hafiz akan menunjukkan
emosi itu kepada orang yang berada bersebelahan dengannya.
Hafiz boleh makan makanan yang telah dihidangkan dengan sendirinya. Tetapi, dia tidak
boleh dipaksa untuk makan. Dia lebih gemar makan makanan yang ringan berbanding
dengan makanan seperti nasi dan lauk. Hafiz perlukan bantuan untuk memakai pakaian
dan juga untuk pergi ke tandas. Dia tidak boleh menjaga kebersihan dirinya dengan
sendiri.
Hafiz boleh memegang pensil dan menconteng, dan hasil conteng dia boleh dilihat di
muka surat sebelah. Dia hanya boleh duduk setempat dan menconteng selama lebih
kurnag 10 minit. Dia lebih suka memagang dan bermain alat-alat seperti alat permainan.
Dia juga suka berbaring-baring di atas lantai. Namun begitu, sejak memasuki ke sekolah,
dia hanya dapat belajar menyebut perkataan satu, dua, tiga dan empat. Itu pun masih
tidak jelas.
Rawatan
Hafiz sedang menjalankan rawatan farmakologi. Dia akan menerima rawatan sekali pada
setiap bulan. Dia juga mengambil ubat untuk masalah lemah jantung. Dia juga perlu
malakukan pembedahan jantung pada masa akan datang seperti yang akan ditetapkan
oleh doktor. Hafiz juga sedang menjalani terapi psikomotor di kelas pendidikan khas.
Kini dia dapat memegang benda-benda dengan betul dan jua dengan kuat.
Kesimpulan hasil kajian
Pengurusan yang praktikal bagi sekolah yang mempunyai kanak-kanak yang
megidap penyakit epilepsi
Kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi perlu diberi perhatian yang sama seperti
kanak-kanak lain dalam hal-hal disiplin, galakan, dan apa yang diharapkan dari setiap
performa individu di sekolah. Jangan memanjakan anak anda atau membenarkannya
membuat tipu helah disebabkan oleh keadaaannya. Aktiviti normal, bagi mental dan
jasmani, akan menguntungkan kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi, dan
membaiki penerimaan oleh rakan-rakannya.
Bertemubual dengan ibubapa
Sekiranya seorang kanak-kanak mengalami epilepsi, adalah mustahak bagi guru
mendapatkan maklumat daripada ibubapanya mengenai sawannya, ubatnya, dan mana-
mana aktiviti yang memerlukan apa-apa sekatan. Walau bagaimanapun, ibubapa
dinasihatkan supaya tidak mengenakan banyak sekatan selain dari yang diperlukan bagi
menjaga keselamatannya.
Rancangan awal dengan kanak-kanak
Jika seorang kanak-kanak pernah diserang sawan di sekolah, rancang lebih awal
bersamanya dan rakan-rakannya tentang langkah-langkah yang patut diambil sekiranya
dia diserang sawan di dalam bilik darjah atau di padang permainan. Anda mungkin dapat
membantunya mengenal pasti samada dia mempunyai ‘Aura’ atau tanda amaran sebelum
mendapat serangan, dengan berbincang dengannya tentang perasaannya sebaik sahaja
sebelum sawan bermula. Walau bagaimanapun, harus diambil perhatian yang ramai orang
yang biasa diserang sawan tidak mendapat langsung sebarang amaran.
Mengenal pasti faktor yang mungkin merangsangkan sawan
Mungkin anda dapat membuat perhatian yang sawan boleh terjadi bila ada rangsangan
yang tertentu, seperti menonton T.V. atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.
Ia mungkin terjadi bila kanak-kanak nampaknya pasif atau berdiam diri, kepenatan atau
kurang sihat. Jika rangsangan yang tertentu itu selalunya meyebabkan sawan, elakkan
anak dari melakukan perbuatan tersebut tanpa dia menyedarinya. Berbincanglah perkara
ini dengan ibubapanya, mungkin mereka boleh memberi nasihat yang praktikal.
Bantuan dari rakan sedarjah
Jika pelajar sering diserang sawan absens/petit mal sewaktu di sekolah, dia tidak akan
dapat mengikuti mata pelajaran yang dipelajari dalam kelasnya. Jika ia mempunyai
seorang rakan yang dapat membantu mengembalikan ingatan pelajarannya, dia tidak akan
jauh ketinggalan disebabkan oleh ingatan kosong yang kerap berulang, dan ini akan
mengurangkan masalah untuk mengejar pelajarannya di dalam bilik darjah.
Epilepsi – Pelajaran dan kelakuan
Ada pelajar yang mengidap epilepsi menghadapai kesulitan dengan kerja sekolah.
Mereka nampak pening, kurang faham dan kurang perhatian, atau mempunyai masalah
ingatan. Mereka juga mungkin akan menghadapi masalah pelajaran tertentu yang ada
kaitan dengan bacaan atau ilmu kira-kira. Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini
juga biasa bagi kanak-kanak lain, dan tidak boleh terus dianggap masalah kerana epilepsi.
Ada juga pelajar yang mengidap epilepsi yang menunjukkan kelakuan yang agak ganjil
akibat epilepsi mereka, atau disebabkan oleh perubahan dalam ubat-ubatan mereka.
Gangguan perlakuan boleh terjadi akibat terlalu dilindungi dan dimanjai di rumah atau
kurang disiplin dan tidak diterima baik oleh sekolah.
Peranan guru
Guru memainkan peranan yang unik untuk memerhati dan memberi maklumat tentang
sawan pelajar . Butir-butir punca sawan yang diceritakan pada ibubapa dan doktor dapat
membantu menentukan jenis sawan. Dalam epilepsi petit mal keadaan tidak sedar diri
yang sementara selalunya bersahaja, dan tanda-tanda pesakit sedang diserang hanyalah
mungkin seperti kurang perhatian atau pandangan kosong. Apabila menceritakan
kejadian kepada ibubapa, eloklah pemerhatian sebelum, sewaktu dan selepas sawan
diberitahu dengan teliti dan elakkan dari menggolongkan pelajar sebagai epilepsi,
terutama sekali apabila kanak-kanak belum disahkan mempunyai epilepsi. Apa-apa
sangkaan sawan, atau tanda perubahan pada sawan di sekolah mesti dilapurkan kepada
ibubapa. Pening yang berlarutan atau perhatian pelajar yang lemah patut diambil tahu,
kerana ini mungkin satu petanda yang rawatan yang diterima tidak menyesuainya.
Penerangan sawan kepada kanak-kanak lain
Jika kanak-kanak lain melihat kejadian sawan berlaku di sekolah, ambil peluang ini untuk
menerangkan secara mudah apa yang telah terjadi dan bagaimana mereka boleh
membantu. Tegaskan kepada mereka yang sawan tidak membahayakan dan tidak boleh
‘dijangkiti’.
Perbincangan dan latihan bantuan kecemasan yang mudah bagi epilepsi dan pelajar yang
diserang sawan akan memberi kesan positif terhadap seluruh kelas. Mulanya, sawan yang
ketara mungkin menakutkan, tapi setelah dikenalpasti dan tahu cara bantuan kecemasan,
ia tidak akan ditakuti. Sikap penyayang dan dapat menerima keadaan menggalakkan satu
tindakbalas yang positif dari kanak-kanak juga orang dewasa. Semua guru-guru patut
dapat mengenal pasti bila sawan berlaku dan tahu apa yang harus dilakukan bila
berhadapan dengannya di padang permainan atau di bilik darjah.
Apakah prognosis bagi penyakit epilepsi?
Epilepsi biasanya merupakan keadaan yang akan berlanjutan hingga ke akhir hayat.
Lebih kurang 80% individu yang menghidap sawan boleh dikawal menggunakan ubat-
ubatan. Manakala selebihnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap dadah
antiepilepsi boleh dirawat dengan terapi lain seperti pembedahan.
ANGGAPAN PALSU MASYARAKAT MENGENAI SAWAN
1. Ada orang yang salah anggap dan merujuk gangguan ini sebagai “penyakit gila babi”.
Lain-lain nama yang disalah gunakan ialah sawan babi atau sakit gila babi, lalu
menghasilkan ertikata yang negatif terhadap penyakit ini.
Lain-lain budaya mempunyai nama yang tersendiri bagi epilepsi: seperti "kaka elupa"
(‘tarikan gagak’ bagi orang Tamil) dan "ding-YANG" (kambing-gila bagi orang
Cina).
2. Kehadiran epilepsi bukan petanda buruk dalam hidup anda. Ia juga bukanlah
hukuman dari Tuhan, dan ia BUKANlah sesuatu yang memalukan. Ia adalah keadaan
gangguan dibahagian otak, yang boleh dikawal dengan perubatan.
3. Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan menghidap epilepsi sekiranya ia
duduk berhampiran atau bekerja dengan pesakit epilepsi.
4. Epilepsi tidak akan mendatangkan masalah mental atau melakukan jenayah. Rujukan
seseorang ‘bersifat epileptik’ sebenarnya tidak wujud. Orang yang ada gangguan
epilepsi boleh mengalami masalah psikiatrik, seperti orang lain.
5. Epilepsi dengan sendirinya tidak memburukkan keadaan mental. Selalunya sulaman
penyakit-penyakit lain yang dialami dengan epilepsi, yang selalunya memburukkan
keadaan mental. Ini tidak terjadi dalam kumpulan minoriti dikalangan manusia.
Epilepsi akan mengubah hidup anda, tetapi selalunya, ia adalah penghidupan yang
terkawal. Yang penting ialah pengetahuan, tentang apa yang patut dan tak patut
dilakukan.
SESI SOAL JAWAB MENGENAI SAWAN
Soalan:
Adakah epilepsi merupakan penyakit keturunan?
Jawapan:
Risiko anak seorang pesakit epilepsi terkena gangguan ini adalah kecil. Jika salah
seorang, ibu atau bapa kanak-kanak mengidap penyakit epilepsi jenis keseluruhan
(generalised epilepsy), risiko bagi anaknya adalah 4%. Jika kedua-dua ibu bapanya
menghadapi gangguan jenis ini, risikonya meningkat sebanyak – 20%. Epilepsi
fokal/partial pula mengalami risiko lebih rendah.
Soalan:
Apakah epilepsi akan menghalang peluang saya untuk mendapat anak?
Jawapan:
Tidak selalunya, tapi ada terdapat bukti yang peluang pesakit epilepsi untuk hamil
nampaknya agak tipis. Terdapat juga bukti bahawa terdapat kekurangan nafsu seks pada
pesakit epilepsi dan juga terdapat ubat-ubatannya yang mengurangkan nafsu seks.
Walau bagaimanapun, kesuburan bergantung kepada beberapa faktor, seperti mana juga
nafsu seks dan jawapan bagi soalan ini hanya terdapat pada individu tersebut.
Soalan:
Adakah kehamilan merbahaya kepada pesakit epilepsi?
Jawapan:
Separuh dari jumlah pesakit epilepsi yang hamil tidak akan mengalami sebarang
perubahan gangguan epilepsi mereka, tapi seperempat menunjukkan sawan yang terkawal
dan seperempat lagi mendapat lebih serangan sawan. Jika epilepsi adalah di bawah
kawalan atau serangan yang jarang berlaku (iaitu setahun sekali), kemungkinan pesakit
mengalami sawan adalah kurang berbanding dengan pesakit yang kerap mengalami
epilepsi keseluruhan (generalized) dan lebih berkemungkinan bagi yang mengalami
epilepsi fokal/partial.
Pertambahan gangguan sewaktu hamil mungkin disebabkan oleh perubahan dalam tubuh
badan, perubahan tahap darah anti-konvulsi (ubat) atau kegagalan mengambil ubat
sawan, ataupun kerana berasa lebih penat dan kurang tidur.
Soalan:
Adakah epilepsi saya akan bertambah baik jika saya mendapat anak?
Jawapan:
Adalah mustahil untuk membuat ramalan kesan terhadap epilepsi anda sekiranya anda
kehamilan. Tiada bukti kukuh yang dapat digunakan bagi mana-mana jenis epilepsi untuk
meramal apa akan dilalui kelak, juga tiada bukti kukuh dapat menentukan apa yang
dilalui semasa kehamilan yang lepas menyerupai kehamilan yang akan datang.
Soalan:
Patutkah saya berhenti makan ubat kerana saya hamil?
Jawapan:
Semua pakar khusus dalam bidang epilepsi bersetuju bahawa ibu yang hamil harus terus
mengambil ubat anti-epileptiknya kerana bayi kandungan akan menghadapi risiko yang
lebih tinggi jika ibu mengalami serangan sawan. Oleh sebab bayi kandungan boleh
mengalami bahaya daripada dalam bulan yang pertama, selalunya sebelum ibu itu sendiri
tahu ia sudah hamil, cara yang paling baik ialah cuba menghentikan semua anti-konvulsi
sebelum seorang ibu itu hamil. Ini boleh diatur dalam kes-kes yang istimewa, dengan
kepastian anti-konvulsinya dan jika sawannya agak sederhana dan tidak kerap, tapi anda
perlu mendapatkan nasihat pakar. Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi dan ia tidak
membahayakan bayi kerana hanya sedikit sahaja kandungan ubat sawan dari ibu akan
didapati didalam susunya.
Soalan:
Adakah sukatan ubat saya perlu ditukar sewaktu saya hamil?
Jawapan:
Kehamilan mungkin akan mengubah kandungan dan sifat-sifat didalam tubuh badan dan
sebab itulah sukatan ubat juga berubah didalam tubuh badan. Oleh sebab itu, anda
mungkin terpaksa menambah sukatan ubat agar tidak terkena gangguan. Jumlah sukatan
ubatan didalam tubuh badan (drug level) ini dapat membantu doktor menentukan samada
sukatan ubat anda perlu diubah atau tidak
Soalan:
Bolehkah saya berhenti mengambil ubat sekiranya saya ingin hamil?
Jawapan:
Anda tidak patut berhenti mengambil ubat sekiranya anda ingin hamil kerana ini
bermakna anda mengambil risiko tinggi, yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi
kandungan sekiranya anda mengalami serangan sawan.