Post on 25-Jun-2015
description
SEJARAH SK RU RENDANG
Nama sekolah diambil sempena nama kampung Ru Rendang yang berasal dari sebatang pokok ru. Lokasi SKRR terletak di atas sebuah bukit yang keluasan keseluruhannya ialah 4.234 hektar dan jaraknya kira-kira 15 km dari bandar Kuala Terengganu dan 3 km dari bandar Marang.
Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 1 Februari 1990 bersamaan 5 Rejab 1410 oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Menteri Pelajaran Malaysia. Keramaian murid ketika itu ialah 380 orang dan guru seramai 20 orang termasuk seorang guru berbangsa Cina. Pada masa itu, hanya terdapat 2 blok bangunan yang boleh menampung 12 bilik darjah, 1 perpustakaan,1 kantin, 1 pejabat, 1 bilik guru dan juga sebuah surau.
Gambar Perasmian SKRR oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Februari 1990
VISI SEKOLAH
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
MISI SEKOLAH
Sekolah unggul penjana generasi terbilang.
MOTO SEKOLAH
Berilmu
Beramal
Bertakwa
Hitam – Melambangkan Negeri Terengganu
Purple – Melambangkan Daerah Marang
GURU BESAREN JOHAN BIN AB. RAHMAN
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRANEN MOHD ASRI BIN AB. RAHMAN
GURU PENOLONG KANAN HEMPUAN NAZURA BINTI ABD RAHMAN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUMEN MOHD OSMARANI BIN IBRAHIM
Lagu Sekolah
Nyalakan pelita bangsaTaburkan segala jasaMendidik hingga berjayaMenuju wawasan kita
Ilmu, amal dan takwaUsaha tangga jayaMemupuk semangat wiraMencapai cita mulia
Padamu SK Ru RendangBergema semangat kamiMengharumkan SK Ru RendangHidupmu dihormati