Post on 04-Oct-2019
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN,
77200 BEMBAN, MELAKA.
LAPORAN MINGGU SAINS 2015
ANJURAN PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN
Secara keseluruhannya, aktiviti Minggu Sains dijalankan dengan baik dan berjalan dengan lancar
seperti yang telah dirancangkan. Minggu Sains ini telah diadakan pada 12 hingga 16 Oktober 2015.
Semua orang murid berpeluang untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang. Minggu Sains ini
telah dilancarkan pada hari Isnin, 12 Oktober 2015 dan dirasmikan oleh Guru Besar SKSB, Tn Hj
Wahid B Abdullah. Sepanjang minggu ini, beberapa aktiviti telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan ialah:
i. kuiz spontan yang diadakan setiap pagi, pada jam 7.15 – 7.30 pagi,
ii. kuiz bertulis yang diadakan semasa waktu P&P
iii. pertandingan Buku Skrap tajuk “Pengawetan Makanan”
iv. merekacipta haiwan animasi
v. bubble giant
Kekangan yang timbul semasa Minggu Sains dijalankan:
1. pembesar suara tiada semasa kuiz spontan dijalankan. Guru yang mengendalikan kuiz spontan
terpaksa berjalan dari kelas ke kelas supaya suara guru dapat didengar oleh murid-murid.
2. Masa seminggu tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan
lebih mencabar.
Penambahbaikan untuk Minggu Sains pada tahun akan datang:
1. menjalankan pertandingan merekacipta daripada barang-barang terbuang secara berkumpulan.
2. memanjang tempoh pelaksaan Minggu Sains dari seminggu kepada 2 minggu.
3. mengadakan pertandingan TMK.
Disediakan oleh;
………………………
(ASLINAH BT ABDUL RAHMAN)
Ketua Panitia Sains,
Sekolah Kebangsaan Seri Bemban.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU SAINS SKSB 2015
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
SKSB, Tn Hj Wahid B Abdullah.
Majlis Pelancaran Minggu Sains
dipengerusikan oleh KP Sains.
En Kamarulzaman menerangkan cara
melakukan gimik kepada Guru Besar
Guru Besar bersedia melakukan gimik
Gimik yang berjaya dihasilkan
Kuiz spontan
Kuiz bertulis
Buku Skrap “Pengawetan Makanan”
Merekacipta haiwan animasi Giant Bubble
Majlis Penutupan Minggu Sains