Post on 09-Jan-2016
description
SEKOLAH MENENGAH KEN HWA,89008 KENINGAU, SABAH
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANTINGKATAN 5
LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
TEMACABARAN MASA DEPAN
TAJUK PROJEKKEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL
Disediakan oleh:
Claudia JoyJacinta MansiwKathy JahMischel V. LovedOrnella JosephRista ChiaVaironicka VooWanda JohnISI KANDUNGAN1. Penghargaan2. Tema3. Tajuk Projek4. Tarikh / Tempoh Pelaksanaan Projek5. Objektif Projek6. Senarai Ahli dan Tugasan7. Pelaksanaan Projek7.1 Perancangan7.2 Kerja Amali8. Penghargaan9. Lampiran
PENGHARGAAN
Kami mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua SM Ken Hwa kerana memberi kami kebenaran untuk menggunakan kawasan sekolah dan Dewan Lee See bagi menjayakan projek kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan.
Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Esha selaku penceramah bagi Kempen Mengatasi Gejala Sosial. Tanpa bantuan dari beliau, nescaya kempen ini dapat berlangsung dengan jayanya dan informasi yang ingin disampaikan kepada para pelajar dapat dilaksanakan.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran kami, Puan Kerana memberi kami peluang unutk melaksanakan projek sedemikian dan memberi kami bimbingan sepanjang menjayakan projek ini.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada ahli Lembaga Pengawas kerana sudi membantu untuk melicinkan lagi sepanjang kempen ini berlangsung.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG kerana sudi memberi bantuan dari segi kewangan untuk menyempurnakan kempen ini. Tanpa bantuan dari pihak PIBG, kami tidak akan mendapat sumber yang mencukupi untuk melaksanakan kempen ini.
Tidak lupa juga kepada kedua dua ibu bapa kami yang telah memberikan kami sokongan moral, buah fikiran dan bantuan material dan pengangkutan. Tanpa bantuan utuh daripada mereka, pelaksanaa projek ini pasti akan tergendala atau tidak dapat disempurnaka dengan jaya.
1. Tema: Cabaran Masa Depan2. Nama Projek: Kempen Gejala Sosial3. Tarikh Pelaksanaan: 14 Ogos 2015Tempat: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa
4. Objektif Projek: a) Membantu masyarakat setempat mengatasi gejala socialb) Mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian dalam kalangan remajac) Mewujudkan perasaan prihatin dalam kalangan masyarakatd) Menyedarkan para remaja tentang kesan gejala sosiale) Menepati tuntutan folio kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
5. Senarai Ahli dan Tugasana) Guru Penasihat:b) Ahli kumpulani. Pengerusi: Claudia Joyii. Naib Pengerusi: Jacinta Mansiwiii. Setiausaha: Kathy Jahiv. Bendahari: Mischel V. Lovedv. AJK: Ornella Joseph : Rista Chia : Vaironicka Voo : Wanda John6. Pelaksanaan Projek6.1 Membuat perancanganPerancangan untuk melaksanakan projek ini telah dimulakan pada awal bulan Ogos. Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial ini dipilih berdasarkan gejala gejala social yang semakin menjadi jadi daam kalangan remaja seperti ponteng sekolah, merokok, menagih dadah, perlumbaan haram dan sebagainya. Walaupun gejala ini semakin serius namun tiada mana mana pihak yang cuba membendungnya. Sekiranya aktiviti tidak sihat ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri remaja remaja tersebut akan melakukan aktivit yang lebih memudaratkan diri mereka. Langkah langkah perlu diambil bagi menangani gejala sosial ini.
Projek ini dinamakan Kempen Menangani Gejala Sosial bagi menyedarkan para remaja bahawa pentingnya membendung aktiviti aktivit yang membahayakan diri mereka dan betapa sia sianya hidup mereka jika tidak kembali ke jaan benar. Projek ini juga mengajak remaja untuk menghargai dan menyayangi nyawa mereka. Diharap projek ini dapat membantu para remaja menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Bagi memastikan objektif projek ini tercapai dan mendapat sambutan, kerjasama daripada beberapa persatuan sekolah amat diperlukan. Mereka telah memberi sokongan moral dan material bagi menjayakan projek ini.
Aktiviti aktiviti berikut telah dikenal pasti untuk mengisi projek ini :
a) Ceramah kesedaran bertajuk Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja yang akan disampaikan oleh Puan Esha selaku guru kaunseling SM Ken Hwa.b) Pameran pameran kesan gejla sosial
Untuk melaksanakan aktivit ini, ahli kumpulan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan ditetapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
KumpulanNama AhliTugasan
AClaudia JoyJacinta Mansiw Memohon kebenaran pihak sekolah Memohon kebenaran menggunakan dewan
BKathy JahMischel V. LovedOrnella Joseph Meminta Puan Esha mengadakan slot ceramah Menyusun kerusi dewan Mengemas dewan
CRista ChiaVaironicka VooWanda John Membantu menyediakan bahan pameran Mengatur pelajar setiap kelas ke dewan dengan bantuan Lembaga Pengawas Membersihkan kawasan pameran
Mesyuarat perancangan juga telah membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi menjayakan projek ini agar tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.
Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialPendapatanRMPerbelanjaanRM
Sumbangan PIBG200.00Cenderamata penceramah
Jamuan ringan50.00
150.00
Jumlah200.00Jumlah200.00
6.2 Kerja AmaliKumpulan APada awal bulan Ogos, ahli kumpulan A telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah unutk mengadakan aktiviti tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Sehubungan itu, ahli kumpulan A juga meminta kebenarand daripada Pengetua Sekolah untuk menggunakan Dewan Lee Sen unutk mengadakan aktiviti ceramah.
Kumpulan BPada awal bulan Ogos, kumpulan B telah meminta Puan Esha unutk mengadakan sesi ceramah yang berkaitan dengan tajuk projek memandangkan beliau juga merupakan bekas penceramah yang sering dijemput oleh agensi di sekitar Keningau. Beliau telah bersetuju untuk hadir dan memberi ceramah secara percuma.
Kumpulan CKumpulan C telah mencari bahan bahan berkaitan dengan kempen tersebut dan menyusun catalog catalog pada papan pameran. Kumpulan C juga mengatur jadual pelajar untuk masuk ke dewan dengan bantuan ahli Lembaga Pengawas SM Ken Hwa.
Pada pagi 14 Ogos 2015, ahli kumpulan C telah menyediakan tapak pameran untuk pelaksanaan kempen tersebut.
Pada petang 14 Ogos 2015, jam 9.50 pagi, semua ahli jawatankuasa telah berada di Dewan Lee Sen bagi memastikan segala persiapan telah disempurnakan. Para pelajar juga telah dipanggil masuk ke dewan sebelum sesi ceramah dimulakan. Sambutan daripada remaja adalah sangat menggalakkan. Puan Esha menekankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh golongan remaja untuk kecemerlangan negara pada masa akan datang.
Selepas sesi ceramah sampai ke penghujungnya, murid murid bergerak ke tapak pameran. Semua ahli kumpulan berada di stesen masing masing untuk memberi sedikit keterangan mengenai bahan bahan yang dipamerkan.
Selepas jamuan ringan pada jam 11.35 pagi, semua ahli kumpulan bergotong royong membersihkan kawasan dewan dan padang, menyusun semula kerusi dan menyusun bahan pameran.
LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT
Tajuk: Mesyuarat Perancangan Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialTempat: Pusat Sumber SM Ken Hwa, KeningauTarikh: 2 Ogos 2015Masa: 2.15 pm 3.00 pmKehadiran: Claudia JoyOrnella Joseph Rista Chia Jacinta Mansiw Kathy JahVaironicka Voo Mischel V. LovedWanda John Tujuan: Membuat Perancangan Projek Khidmat MasyarakatKeputusan: - Saudari Claudia Joy dilantik menjadi pengerusi projek Mesyuarat telah melantik ahli jawatankuasa dan membahagi ahli kepada 3 kumpulan Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan projek pada 14 Ogos 2015Tindakan susulan: - Mesyuarat kedua akan diadakan pada 6 Ogos 2015
Disediakan oleh
(KATHY JAH)Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialMINIT MESYUARAT
Tajuk: Mesyuarat Perancangan ProjekTempat: Pusat Sumber SM Ken Hwa, KeningauTarikh: 6 Ogos 2015Masa: 1.50 pm 2.45 pmKehadiran: Claudia JoyOrnella Joseph Rista ChiaJacinta Mansiw Vaironicka VooWanda John Mischel V. LovedKathy Jah
Tujuan: Merangka Program ProjekKeputusan : - Permohonan penggunaan Dewan Lee Sen untuk melaksanakan projek Permohonan peruntukan kewangan daripada pihak PIBG Jemputan penceramah Puan Esha Jemputan ahli Lembaga Pengawas untuk membantu
Disediakan oleh
(KATHY JAH)Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
SENARAI TUGAS JAWATANKUASATajuk Projek : Kempen Mengatasi Gejala Sosial
PengerusiClaudia Joy Rosemo mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa. mewakili jawwatankuasa membuat perbincangan dengan guru penasihat.
Naib PengerusiJacinta Mansiw Mengambil alih tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi membantu tugas pengerusi
SetiausahaKathy Jah mengurus surat mesyuarat mencatatkan minit mesyuarat membuat laporan projek
BendahariMischel Vrechell menguruskan hal kewangan menyediakan rekod penggunaan wang
JawantankuasaOrnella JosephRista ChiaWanda JohnVaironicka Voo menghadiri mesyuarat membantu kerja-kerja jawatankuasa yang lain
SM Ken Hwa,89008 Keningau,Sabah.
Kepada, 6 Ogos 2015Puan Esha, SM Ken Hwa, 89008 Keningau,Sabah.
Puan,Jemputan Ceramah Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.Sehubungan dengan itu, Puan dijemput untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada golongan remaja SM Ken Hwa. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 14 Ogos 2015Tempat: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa, KeningauMasa: 10.00 pagiTajuk: Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
4. Kehadiran dan kerjasama puan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas
(KATHY JAH)Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialSM Ken Hwa, Keningau
SM Ken Hwa,89008 Keningau,Sabah.
Kepada, 6 Ogos 2015Tuan Pengetua, SM Ken Hwa, 89008 Keningau,Sabah.
Tuan,Memohon Penggunaan Dewan Lee Sen
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.Sehubungan dengan itu, Kami ingin memohon untuk meminjam Dewan Lee Sen untuk pelaksanaan program tersebut. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 14 Ogos 2015Tempat: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa, KeningauMasa: 10.00 pagiTajuk: Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
4. Kerjasama tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas
(KATHY JAH)Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialSM Ken Hwa, Keningau
SM Ken Hwa,89008 Keningau,Sabah.
Kepada, 6 Ogos 2015Pengerusi PIBG, SM Ken Hwa, 89008 Keningau,Sabah.
Puan,Memohon Peruntukan Untuk Menjayakan Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.Sehubungan dengan itu, Kami ingin memohon peruntukan daripada pihak tuan. Program ini diadakan dengan objektif utama memberi kesedaran kepada para remaja khususnya kepada pelajar SM Ken Hwa tentang bahana gejala sosial yang kian berleluasa.
4. Kami telah menjalankan analisis terperinci mengenai kes disiplin yang kerap berlaku di sekolah. Sehubungan itu, kami bertekad untuk membantu dalam membendung masalah tersebut dengan melaksanakan projek ini
5.Kerjasama tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas
(KATHY JAH)Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala SosialSM Ken Hwa, Keningau
ATUR CARA PROJEK KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL
PROGRAMKempen Mengatasi Gejala Sosial
TARIKH14 . 08. 2015
MASA10.00 am
TEMPATDewan Datuk Lee Sen, SM Ken Hwa, Keningau
ATUR CARA10.00 am
Para pelajar masuk ke dewan
10.10 am
Ceramah Punca & Langkah Mengatasi Gejala Sosial
11.00 am
Sesi pameran
11.30 am
Jamuan ringanBersurai