Post on 06-Feb-2018
OUM BUSINESS SCHOOL
SEMESTER 9/2014
BBEK1103
PRINSIP MIKROEKONOMI
BBEK1103
2
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Prinsip Mikroekonomi – BBEK1103 ini.
Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada e-tutor
iaitu Pn. Hamidah Bt Ramlan di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam
forum serta banyak membantu dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah
dalam e-forum bagi memperolehi data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk
tugasan yang diberi.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan
anak-anak tercinta, ibu bapa dan mertua yang dikasihi yang pemudahcara dan memberi
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejabat dan
kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna .
Sekian, terima kasih.
BBEK1103
3
1.0 KONSEP KEANJALAN
Keanjalan merupakan satu konsep penting di dalam bidang ekonomi. Secara
umum, ia merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur darjah responsif unit
ekonomi (pengguna dan pengeluar) terhadap kuantiti barang diminta atau ditawarkan
apabila berlaku perubahan terhadap pembolehubah atau faktor yang mempengaruhi
kuantiti barang diminta atau ditawarkan.
Konsep keanjalan yang berkait dengan pengguna ialah konsep keanjalan
permintaan. Keanjalan permintaan dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan
permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang.
Konsep keanjalan yang berkait dengan pengeluar pula terdiri daripada keanjalan
penawaran dan keanjalan pengguna input.
Keanjalan permintaan dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan perubahan
terhadap beberapa penentu utama yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang seperti
berikut :
a) Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti diminta barang
berkenaan dikenali sebagai keanjalan permintaan harga.
b) Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan sesuatu barang
dikenali sebagai keanjalan permintaan pendapatan.
c) Kesan perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang dikenali sebagai
keanjalan silang.
1.1 Keanjalan Permintaan Harga
Dari segi konsep, keanjalan permintaan harga didefinisikan sebagai ukuran darjah
responsif atau kadar perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri
dengan andaian ceteris paribus. Manakala dari segi operasi, keanjalan permintaan harga
merujuk kepada peratus perubahan kuantiti barang diminta kesan daripada satu peratus
perubahan harga itu sendiri (andaian ceteris paribus).
BBEK1103
4
Nilai keanjalan permintaan harga boleh ditentukan dengan menggunakan
pendekatan keanjalan lengkuk dan keanjalan titik. Keanjalan lengkuk mengukur
keanjalan perminaan harga pada satu keluk permintaan kesan perubahan antara dua
tingkat harga. Nilai keanjalan boleh diperoleh dengan menggunakan rumus koefisien
keanjalan (Ed) berikut :
Ed = Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan harga
Nilai pekali keanjalan permintaan harga boleh dikelaskan kepada lima darjah
keanjalan harga yang berbeza iaitu anjal, tak anjal, anjal satu (uniti), anjal sempurna dan
tak anjal sempurna.
a) Anjal
Permintaan dikatakan anjal sekiranya peratusan perubahan kuantiti
diminta bagi sesuatu barang lebih besar daripada peratusan perubahan
harga barang tersebut. Misalnya, apabila harga sesuatu barang meningkat
sebanyak 10%, kuantiti diminta terhadap barang berkenaan berkurangan
melebihi 10%. Permintaan anjal mempunyai nilai keanjalan (atau nilai
mutlaknya) lebih daripada satu tetapi kurang daripada infiniti atau
1 < Ed < ∞. Keluk permintaan anjal biasanya mempunyai kecerunan yang
lebih landai.
b) Tak anjal
Permintaan dikatakan tak anjal sekiranya peratusan perubahan kuantiti
diminta bagi sesuatu barang lebih kecil daripada peratusan perubahan
harga barang tersebut. Misalnya , jika harga sesuatu barang mengalami
kenaikan 10% tetapi kuantiti dimintanya jatuh kurang daripada 10%,
permintaan barang berkenaan adalah tak anjal. Keluk permintaan tak anjal
adalah lebih curam. Permintaan tak anjal mempunyai nilai pekali
keanjalan permintaan harga lebih daripada kosong tetapi kurang daripada
satu ( atau dalam nilai mutlak), 0 < Ed < 1.
BBEK1103
5
c) Anjal satu (uniti)
Permintaan dikatakan anjal satu sekiranya peratusan perubahan kuantiti
barang diminta adalah sama dengan peratusan perubahan harga barang
tersebut. Ini bermakna sekiranya harga meningkat sebanyak 10%, kuantiti
barang diminta juga akan merosot sebanyak 10%. Keluk permintaan anjal
satu berbentuk hiperbola tepat. Nilai keanjalan permintaan harga
bersamaan satu atau Ed = 1.
d) Anjal sempurna
Pengguna hanya akan membeli atau meminta sesuatu barang pada tingkat
harga P0 dan tidak akan membeli langsung barang tersebut pada tingkat
harga melebihi P0 . Keluk permintaan anjal sempurna berbentuk mendatar
atau selari dengan paksi kuantiti. Nilai keanjalan permintaan harga
bersamaan infiniti atau Ed = ∞.
e) Tak anjal sempurna
Perubahan harga barang tidak akam mempengaruhi kuantiti barang
diminta, iaitu sama ada harga adalah tinggi atau rendah, jumlah kuantiti
diminta adalah tetap sama. Oleh itu, keluk permintaan tak anjal sempurna
berbentuk menegak atau selari dengan paksi harga. Nilai keanjalan
permintaan harga bersamaan sifar atau Ed = 0.
1.2 Keanjalan Permintaan Silang
Keanjalan permintaan silang mengukur perubahan kuantiti permintaan terhadap
sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang lain. Kesan perubahan harga
baranng B terhadap permintaan barang A misalnya dapat diukur melalui nilai koefisien
keanjalan permintaan silang. Penghitungan Keanjalan silang :
Ed = Peratus perubahan kuantiti permintaan barang X
Peratus perubahan harga barang Y
BBEK1103
6
Koefisien atau nilai keanjalan permintaan silang menerangkan hubungan antara
barang. Terdapat tiga nilai keanjalan permintaan silang, iaitu positif, negatif dan sifar.
Keanjalan permintaan silang bernilai positif merujuk kepada barang pengganti. Keanjalan
permintaan silang bernilai negatif pula merujuk kepada barang penggenap manakala
keanjalan permintaan silang bernilai sifar merujuk kepada barang yang tidak berkaitan.
1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan
Keanjalan permintaan pendapatan mengukur perubahan kuantiti permintaan
terhadap sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan pengguna. Kesan
perubahan pendapatann (I) terhadap perubahan permintaan barang X dapat ditentukan
melalui nilai koefisien keanjalan permintaan pendapatan. Keanjalan pendapatan dihitung
daripada :
Ey = Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan pendapatan
Nilai keanjalan permintaan pendapatan digunakan untuk menentukan jenis
barang berkenaan sama ada barang normal, barang mewah, barang bawahan atau barang
mesti.
a) Nilai keanjalan permintaan pendapatan positif menunjukkan permintaan
sesuatu barang meningkat apabila pendapatan meningkat. Barang tersebut
dikategori sebagai barang normal. Peratusan pertambahan permintaan kesan
daripada peratusan pertambahan pendapatan bergantung keada jenis barang
sama ada barang normal, barang keperluan atau barang mewah. Nilai
keanjalan permintaan pendapatan bagi barang normal ialah E1 = 1, iaitu
peratusan pertambahan permintaan adalah sama dengan peratusan
pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang
keperluan ialah 0 <E1 < 1, iaitubperatusan pertambahan permintaan adalah
kurang daripada peratusan pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan
permintaan pendapatan bagi barang mewah ialah E1 > 1, iaitu peratusan
pertambahan permintaan adalah lebih daripada peratusan pertambahan
pendapatan.
BBEK1103
7
b) Nilai keanjalan permintaan pendapatan adalah negatif jika kuantiti
permintaan sesuatu barang semakin berkurang apabila pendapatan bertambah.
Barang tersebut dikategorikan sebagai barang bawahan. Nilai keanjalan
permintaan pendapatan bagi barang bawahan ialah E1 < 0.
c) Nilai keanjalan permintaan pendapatan bersamaan kosong merujuk kepada
barang mesti. Permintaan terhadap barang mesti tidak berubah walaupun
pendapatan meningkat. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi baranng
mesti ialah E1 = 0.
Jenis Keanjalan Permintaan/Penawaran Harga
BBEK1103
8
2.0 PERCUKAIAN
2.1 Pengenalan
Cukai merupakan satu intrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah
Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai digunakan oleh
sesebuah kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan Negara dan juga bagi perbelanjaan
membangunkan Negara.
Cukai yang dikutip akan menjadi hasil kerajaan dan kemudian diagihkan semula
dengan dibelanjakan bagi tujuan keselamatan Negara dan rakyat, pembangunan fizikal
dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah di kampung, pekan dan bandar.
BBEK1103
9
2.2 Jenis-jenis cukai
Cukai boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu :
a) Cukai Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh
diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain yang dikenakan
secara langsung ke atas orang yang dikenakan, pada kebiasaan atas pendapatan
atau perolehan yang diterima. Cukai ini dikenakan ke atas individu menerusi
cukai pendapatan.
b) Cukai Tak Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh
diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain dengan
dikenakan atas barangan atau perkhidmatan, yang mana beban cukai ditanggung
melalui harga barangan atau perkhidmatan. Cukai ini dikenakan atas syarikat
dalam bentuk cukai keuntungan syarikat.
2.3 Jenis dan ciri cukai
a) Cukai Pendapatan Individu - Individu pemastautin yang berpendapatan
RM16,667 (AS$5,208) ke atas setahun (selepas potongan bagi pelepasan diri).
Individu bukan pemastautin (tidak layak untuk pelepasan diri)
b) Cukai Jualan - Cukai jualan dikenakan ke atas barangan buatan diimport
dan tempatan tertentu di bawah Akta Cukai Jualan,1972
c) Cukai Syarikat - Syarikat pemastautin dan bukan pemastautin.
d) Cukai Pendapatan Petroleum - Cukai pendapatan petroleum adalah cukai yang
dikenakan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (PITA) ke atas
pendapatan yang diterima oleh setiaporang yang dikenakan cukai daripada
operasi-operasi Petroleum
e) Cukai Perkhidmatan - Cukai perkhidmatan ini dikenakan ke atas perkhidmatan
dikenakan cukai yang disediakan oleh orang yang dikenakan cukai di bawah
Akta Cukai Perkhidmatan 1975.Perkhidmatan ini termasuk perkhidmatan yang
BBEK1103
10
disediakan ahli profesional (seperti peguam, jurutera, arkitek, juru-ukur, pakar
perunding), syarikat pengiklanan, hospital swasta, syarikat insurans, syarikat
komunikasi, hotel dan restoran.
f) Duti Eksais - Duti eksais dikenakan ke atas barangan buatan diimport dan
tempatan di bawah Akta Eksais, 1976. Barangan berkenaan tersenarai di bawah
Perintah Duti Eksais, 2004 seperti kereta, motosikal, rokok, minuman keras.
2.4 Tujuan cukai
Percukaian penting dalam sistem ekonomi, sosial negara sejak manusia hidup
bertamadun. percukaian berperanan penting dalam perkembangan sistem ekonomi dan
sosial negara sejak manusia hidup bertamadun dan tujuan utama kerajaan mengenakan
cukai dari zaman purba hingga sekarang adalah untuk mendapatkan sumber kewangan
bagi perbelanjaan negara dan rakyat .
Percukaian itu sendiri melalui proses perkembangan berterusan daripada satu
sistem kutipan hasil secara mudah tanpa sebarang peraturan bertulis kepada satu sistem
perundangan dan pentadbiran yang lebih kompleks. Namun prinsip asas percukaian tetap
berkekalan sehingga hari ini iaitu sebagai suatu mekanisme mengumpulkan hasil
daripada individu, syarikat atau entiti lain untuk membangunkan negara dan
menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat.
Dasar percukaian dalam era sistem ekonomi moden tidak lagi dilihat semata-mata
sebagai alat mendapatkan sumber pendapatan kerajaan. Cukai juga dilihat sebagai satu
proses pindahan wajib sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam bagi
mencapai beberapa objektif ekonomi dan sosial negara.
2.5 Kelebihan Cukai
Oleh itu, manfaat sebenar yang diperoleh daripada membayar cukai ialah seperti
keamanan (hasil daripada perbelanjaan negara ke atas keselamatan), nikmat kualiti hidup
BBEK1103
11
lebih baik (hasil daripada kemudahan pendidikan dan kesihatan), peluang pekerjaan dan
pelaburan (hasil binaan rangkaian infrastruktur yang moden).
Cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai berpendapatan tinggi menjadi
sumber hasil kerajaan seterusnya dapat diperuntukkan untuk menambah baik kemudahan
awam bagi manfaat semua, terutama golongan miskin dan mereka berpendapatan rendah.
Percukaian sama ada cukai langsung atau cukai tidak langsung akan kekal
menjadi sumber utama kerajaan bagi pembiayaan perbelanjaan operasi jentera kerajaan
untuk memberi pelbagai kemudahan kepada rakyat serta pembangunan negara pada masa
kini dan di masa hadapan.
3.0 HUBUNGAN ANTARA CUKAI DAN KEANJALAN
Cukai jualan merupakan cukai tak langsung. Cukai jualan menyebabkan harga
barang dan perkhidmatan meningkat di pasaran. Apabila harga barang dan perkhidmatan
meningkat, pengeluar akan meningkatkan pengeluaran output untuk mendapatkan
keuntungan yang lebih tinggi. Sama ada beban cukai ditangggung oleh pembeli atau
pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan penawaran sesuatu barang.
3.1 Keanjalan penawaran dan beban cukai
a) Beban cukai merupakan bahagian yang akan ditanggung oleh penjual atau
pembeli. Untuk menentukan sama ada beban cukai ditanggung oleh penjual
atau pembeli, dirujuk kepada rajah di bawah yang menunjukkan empat jenis
keanjalan penawaran iaitu tak anjal sempurna, tak anjal, anjal dan anjal
sempurna. Dalam keempat-empat keadaan tersebut, diandaikan keluk
permintaan adalah anjal.
b) Keluk penawaran tak anjal sempurna, keseimbangan asal berlaku apabila
keluk permintaan D D bersilang dengan keluk penawaran S S pada titik E
pada harga P dan kuantiti Q. Andainya kerajaan mengenakan cukai jalan
sebanyak P P seunit keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran
meningkat. Memandangkan keluk penawaran adalah tak anjal sempurna,
walaupun kos pengeluaran meningkat, penjual tetap mengeluar pada tingkat
BBEK1103
12
keluaran yang sama iaitu Q dan harga tetap pada . Ini bermaksan penjual
terpaksa menanggung semua beban cukai sebanyak P P seunit keluaran
(PPEE). Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE dan
semua dibayar oleh penjual. Oleh itu, harga yang tetap pada P ( harga pasaran
tidak naik) mmenunjukkan pembeli tidak menanggung beban cukai.
c) Keluk penawaran tak anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan
DD bersilang dengan keluk panawaran SS pada titik E pad harga P dan
kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit
keluaran. Cukai menyebabkab kos penngeluaran meningkat.
d) Oleh itu keluk penawaran beralih ke kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku
apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik
E. Ini mnyebabkan harga naik ke P dan kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil
cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung
oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu
sebanyak PP seunit keluaran (PPEE) dan beban cukai yang ditanggung oleh
penjual sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh itu apabila keluk
penawaran tak anjal, beban cukai yangditanggung oleh penjula adalah lebih
besar daripada beban cukai yang ditanggung oleh pembeli (PP>PP).
e) Keluk penawaran anjal. Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan D
bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pad harga P dan kuantiti Q.
Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP seunit keluaran.
Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu, penjual
mengurangkan keluaran dan keluk penawaran beralih ke kiri ke SS.
Keseimbangann baru bberlaku apabila keluk permintaan DD bersilang dengan
keluk penawaran SS pada titik E. HArga keseimbangan meningkat ke P dan
kuantiti keseimbangan berkurang ke Q. Jumah hasil cukai yang diterima oleh
kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan
oleh kenaikan harga pasarandari P ke P ditangggung oleh penjual sebanyak PP
seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk penawaran adalah anjal, beban
cukai yang ditanggung oleh pembeli dan penjual adalah sama banyak (PP =
PP).
BBEK1103
13
f) Keluk penawaran anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk
permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik e pada harga
P dan kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jalan sebanyak PP
seunit keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu,
pengeluar akan mengurangkan keluaran dan keluk penawaran beralih ke kiri
ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan DD bersilang
dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga meningkat ke P dan kuantiti
berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah PPEE.
Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga
pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Jumlah beban
cukai yang ditanggungoleh pembeli adalah sama dengan jumlah hasil cukai
yang diterima oleh kerajaan. Oleh itu, apabila keluk penawaran adalah anjal
sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli.
3.2 Keanjalan permintaan dan beban cukai
a) Keanjalan permintaan yang berbeza dengan andaian ceteris paribus dapat
menunjukkan perbezaan beban cukai yang ditanggung oleh pembeli atau
penjual. Di dalam rajah menunjukkan empat jenis keanjalan permintaan harga
yang berbeza. Dalam keempat-empat keadaan tersebut, diandaiakn keluk
penawaran adalah anjal.
b) Keluk permintaan tak anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk
DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga P dan
kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit
keluaran. Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Oleh itu, keluk
penawaran beralih ke kiri ke SS, Keseimbangan baru berlaku apabila keluk
permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga
meniingkat ke P dan kuantiti keluaran tidak berubah, iaitu tetap pada Q.
Kerajaan menerima hasil cukaisebanyak PPEE. Beban cukai yang ditanggung
oleh pembeli ditunjukkan oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu
sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan
adalah tak anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli, iaitu
sama dengan jumlah cukai yag ditterima oleh kerajaan sebanyak PPEE.
BBEK1103
14
c) Keluk permintaan tak anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan
DD bersilang dengan keluk panawaran SS pada titik E pada harga P dan
kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak PP seunit
keluaran. Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk penawaran
beralih ke kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan
DD bersilanng dengan keluk penawaran SS pada titik E. Harga meningkat ke
P dan kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan
ialah PPEE. Beban cukai yang dtanggung oleh pembeli ditunjukkan oleh
kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran (PPEE)
dan beban cukai yang ditanggung oleh penjual iaah sebanyak PP seunit
keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan adalah tak anjal, beban
cukai yang ditanggung oleh pembeli adalah lebih besar daripada beban cukai
yang ditanggung oleh penjual ialah sebanyak PP seunit keluaran (PPEE). Oleh
itu, apabila keluk permintaan adalah tak anjal, beban cukai yang ditanggung
oleh pembeli adalah lebih besar daripada beban cukai yang ditanggung oleh
penjual (PP>PP).
d) Keluk permintaan anjal, keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan DD
bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga P dan kuantiti
Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP seunit keluaran.
Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk penawaran beralih ke
kiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk permintaan DD
bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E dan harga meningkat ke P
manakala kuantiti berkurangan ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh
kerajaan ialah PPEE. Beban cukai yang ditanggung oleh pembeli ditunjukkan
oleh kenaikan harga pasaran dari P ke P iaitu sebanyak PP seunit keluaran
(PPEE) dan beban cukai yang ditanggung oleh penjual ialah sebanyak PP
seunit keluaran (PPEE). Oleh itu, apabila keluk permintaan adalah anjal,
beban cukai yang ditanggung oleh pembeli adalah sama banyak dengan beban
cukai yang ditanggung oleh penjual (PP = PP).
e) Keluk permintaan anjal sempurna, keseimbangan berlaku apabila keluk
permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E pada harga
BBEK1103
15
P dan kuantiti Q. Andaikan kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak PP
seunit keluaran. Ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk
penawaran beralih kekiri ke SS. Keseimbangan baru berlaku apabila keluk
permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS pada titik E.
Memandangkan keluk permintaan adalah anjal sempurna, pengurangan
penawaran tidak menaikkan harga. Oleh itu harga adalah tetap pada P tetapi
kuantiti berkurang ke Q. Jumlah hasil cukai yang diterima oleh kerajaan ialah
PPEE dan semua beban cukai ditanggung oleh penjual. Pembeli tidak
menanggung beban cukai kerana tiada kenaikan harga berlaku di pasaran
selepas cukai dikenakan.
f) Kesimpulan, apabila cukai jualan dikenakan oleh kerajaan untuk menentukan
sama ada beban cukai ditanggung oleh pembeli atau penjual, boleh dilihat
daripada kenaikan harga di pasaran. Jika harga pasaran meningkat, kenaikan
harga tersebut menunjukkan beban cukai ditanggunng olehh pembeli,
manakala bakinya ditanggung oleh penjual. Jika tidak berlaku kenaikan harga
selepas cukai jualan dikenakan, semua beban cukai tersebut ditanggung oleh
penjual.
BBEK1103
16
BBEK1103
17
4. KESAN KEANJALAN PADA CUKAI
Konsep keanjalan permintaan dan penawaran adalah sangat penting dalam
menjawab persoalan-persoalan tertentu dalam ekonomi. Satu contoh persoalan yang
dapat diberi jawapan apabila konsep keanjalan digunakan adalah persoalan siapakah
sebenarnya menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
a) Sifat Fizikal
Biasanya cukai dikenakan berasaskan sifat fizikal sesuatu barang tanpa
mengambil kira harganya. Misalnya, cukai jalan dikenakan berasaskan kapasiti
enjin kereta (iaitu cc kereta). Lebih tinggi kapasiti enjin lebih tinggi cukai yang
perlu dibayar.
b) Barang pengganti
Semakin banyak barang pengganti, semakin anjal permintaan barang tersebut.
Perubahan harga yang kecil akan memberi perubahan besar ke atas permintaanya.
dan juga sebaliknya. Contohnya kerajaan telah mewujudkan kedai 1 Malaysia
membolehkan rakyat pendapatan sederhana atau rendah memperolehi barang
ganti dengan harga yang lebih rendah.
c) Nisbah perbelanjaan daripada pendapatan pengguna
Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan ke atas sesuatu barang, semakin
anjal permintaan. Contohnya, kereta yang memerlukan nisbah perbelanjaan yang
besar. Perubahan harga yang sedikit akan memberi pengaruh yang besar terhadap
permintaanya.
d ) Kegunaan barang tersebut
Barang yang banyak kegunaanya seperti komputer mempunyai anjal permintaan.
Jika harga komputer turun, banyak orang akan membelinya. Jika harga komputer
naik, orang akan kurang membelinya. Sebaliknya orang ramai akan membeli
barang yang mempunyai fungsi komputer tertentu seperti mesin taip untuk tujuan
menaip.
BBEK1103
18
e ) Kepentingan sesuatu barang
Barang utama biasanya merupakan bahagian penting kepada pengguna dalam
pengeluara barang pebuatan dan mempunyai pengganti yang sesuai dan murah.
Contoh minyak petrol, oleh itu walaupun harga minyak telah meningkat lebih
daripada 400 peratus sejak tahun 1973, permintaan ke atas minyak tidak
berkurangan.
f ) Jangka masa
Pengeluaran barang-barang pertanian memerlukan masa yang agak lama untuk
menambah dan mengurangkan keluaran mereka. Contohnya pengeluar getah
memerlukan enam tahun sebelum pokok getah menghasilkan susu getah.
Akibatnya adalah sukar bagi pengeluar barang pertanian untuk menambahkan
pengeluaran dengan serta merta apabila harga barangan itu meningkat. Sebaliknya
apabila harag barangan utama jatuh, pengeluar-pengeluar barang pertanan juga
tidak dapat menyekat pengeluaran dengan serta merta.
g) Jenama
Jika pengguna taksub kepada sesebuah jenama, maka ia tak anjal permintaan,
kerana kuantiti tidak berkurang atau berkurang sedikit apabila harga naik dengan
banyak.
h) Produk memudaratkan
Kerajaan akan kenakan tindakan menaikkan harga bagi barang-barangan seperti
minuman keras , rokok dan perjudian. Ini bermakna para pengguna dibebankan
dengan cukai yang lebih besar daripada apa yang ditanggung pleh para penjual.
Keadaan sebaliknya akan berlaku iaitu para penjual menanggung bebm cukai
yang lebih tinggi daripada pengguna apabila keluk permintaan adalah anjal.
BBEK1103
19
i) Pertumbuhan ekonomi
Kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk memastikan pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan seterusnya meningkatkan perdapatan per kapita. Oleh itu
kerajaan akan menggalakkan sector awam dan swasta menggunakan sumber
kekayaan alam dan tenaga buruh yang ada untuk mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi.
j) Pendapatan Pengguna
Kesan pendapatan terhadap permintaan bergantung kepada jenis barang yang
diminta sama ada barang tersebut merupakan barang biasa atau barang giffen.
i) Barang biasa
Hubungan antara pendapatan dengan permintaan terhadap barang biasa
adalah secara selari atau perhubungan positif. Apabila pendapatan
penggguna bertambah, kuasa beli pengguna akan bertambah. Peningkatan
kuasa beli akan menambahkan permintaan terhadap barang biasa.
Sebaliknya pengurangan pendaapatan penngguna kesan daripada cukai
misalnya, menyebabkan perminntaan penguna terhadap barang biasa
berkurangan.
ii) Barang giffen
Tidak seperti barang biasa, hubungan antara pendapatan dengn permintaan
terhadap barang giffen adalah songsang atau berhubungan negative.
Apabila pendapatan penggguna naik, kuasa beli pengguna bertambah.
Peningkatan kuasa beli pengguna menyebabkan pengguna menukar
penggunaan daripada barang giffen yang bermutu rendah dan berharga
murah yang digunakan sebelum ini kepada barang yang lebih bermutu
tinggi pada harga yang lebih tinggi. Oleh demikian kesan kenaikan
pendapatan akan mengurangkan permintaan terhadap barang giffen kerana
pennggguna menukar pembelian terhadap barang yang lebih berkualiti dan
relatif lebih mahal.
BBEK1103
20
k) Cukai barang dan perkhidmatan
Sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai
banyak kelemahan dan kerajaan telah kehilangan banyak hasil. Sebagai langkah
reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil, telus dan
efisien, pihak kerajaan akan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan
yang ada sekarang dan menggantikan dengan cukai barang dan perkhidmatan atau
‘goods and servives tax’ (GST).
BBEK1103
21
5. RUMUSAN
Kadar perubahan kauntiti diminta atau ditawarkan dapat ditentukan melalui
keanjalan permintaan atau keanjalan penawaran. Kenjalan permintaa terbahagi kepada
tiga iaitu keanjalan permintaan harga, kenjalan permintaan silang dan keanjalan
permintaan pendapatan.
Darjah responsif pengguna terhadap perubahan harga dapat ditentukan melalui
keanjalan permintaan harga. Melalui keanjalan permintaan silang, hubungan antara satu
barang dengan satu barang lain iaitu sama sebagai barang pengganti atau barang
penggenap dapat ditentukan. Melalui keanjalan permintaan pendapatn pula, ciri sesuatu
barang sama ada barang biasa, barang mewah atau barang giffen dapat ditentukan.
Kecerunan sesuatu keluk permintaan tidak dapat menentukan nilai keanjalan
pemintaan harga melainkan skala harga dan kuantiti adalah sama. Untuk menentukan
sama ada sesuatu permintaan itu adalah anjal, tidak anjal atau anjal satu, nilai keanjalan
perlu dihitung. Permintaan sesuatu barang dikatakan anjal jika peratus perubahan
kuantiti diminta melebihi peratus perubahan harga barang berkenaan. Sebaliknya berlaku
terhadap terhadap permintaan barang tidak anjal.
Antara faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga ialah kewujudan
barang pengganti, peratus perbelanjaan daripada pendapatan, bbarang keperluan dan
factor jangka masa. Pengeluar perlu menaikkan harga dengan lebih tinggi apabila
permintaan terhadap barangnya adalah tidak anjal. Sebalikny jika permintaan sesuatu
barang adalah anjal, untuk meningkatkan hasil dan seterusnya keuntungan, pengeluar
perlu menetapkan harga yang relatif rendah. Dengan berbuat demikian, jumlah hasil
dapat ditingkatkan.
Penawaran sesuatu barang dikatakan anjal apabila peratus perubahan kuantiti
ditawar bagi sesuatu barang adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang
tersebut. Sebaliknya berlaku terhadap penawaran barang tidak anjal. Antara factor yang
mempengaruhi keanjalan penawaran ialah factor jangka masa, kesediaan dan keboleh
tukar ganti faktor pengeluaran dan peningkatan kos pengeluaran.
3,820 patah perkataan
BBEK1103
22
6.0 RUJUKAN
OUM (2013) BBEK4203- Principles Macroeconomics/Macroeconomics I :Meteor Doc.
Sdn Bhd
Jomo K.S, Ishak Shari. (2003). Mikroekonomi. Jabatan Ekonomi Gunaan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, KL : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Md. Zhahir Kechot, Redzuan Othman dan Sabariah Ali (2003). Mikroekonomi STPM,
Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
http://www.mida.gov.my/.../index.php?...percukaian-di-mal...
http://www.bharian.com.my/articles/Pembayarcukaibantubangunkannegara/Article/print_
html
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/09/hubungan-keanjalan-dengan-cukai-tax.html
BBEK1103
23
MARKING DETAILS
Total Percentage 100%
Final Mark 40 /40
Type : BBEK1103 JAN 2014
Category 4 3 2 1 0 Weightage
Introduction to the concept of elasticity.
Pengenalan
kepada konsep keanjalan.
Clear and detailed introduction to the concept of elasticity.
Pengenalan
tentang konsep keanjalan adalah jelas dan terperinci.
Clear and adequate introduction to the concept of elasticity.
Pengenalan
tentang konsep keanjalan adalah jelas dan mencukupi.
Clear but brief introduction to the concept of elasticity.
Pengenalan
tentang konsep keanjalan adalah jelas tetapi ringkas.
Vague introduction to the concept of elasticity.
Pengenalan
tentang konsep keanjalan adalah samar.
No introduction was given.
Tiada
pengenalan diberikan.
1.5
Description of taxation including the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.
Penjelasan
cukai termasuk yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.
Detailed and clear description and explanation which covered the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.
Penjelasan
dan penerangan yang terperinci dan jelas yang meliputi Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.
Clear description and explanation which covered three of the following the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.
Penjelasan
dan penerangan yang jelas yang meliputi tiga daripada yang berikut: pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.
Clear description and explanation introduction which covered two of the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.
Penjelasan
dan penerangan yang jelas yang meliputi dua daripada yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.
Vague description and explanation which covered one of the following: introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes.
Penjelasan
dan penerangan yang meliputi satu daripada yang berikut: Pengenalan kepada cukai, jenis dan ciri-ciri cukai, tujuan dan kelebihan cukai.
No description was given.
Tiada
penjelasan diberikan.
2
BBEK1103
24
Explanation of relationship between tax and elasticity.
Penerangan
hubungan antara cukai dan keanjalan.
Able to describe clearly and in detail the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were very clear.
Boleh
menjelaskan dengan jelas dan terperinci hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan sangat jelas.
Able to describe clearly and adequately the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were clear.
Boleh
menjelaskan dengan jelas dan mencukupi hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan jelas.
Able to describe clearly but briefly the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were unclear.
Boleh
menjelaskan dengan jelas tetapi ringkas hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi. Rajah yang digunakan tidak jelas.
Able to describe vaguely the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given but without using graph.
Boleh
menjelaskan dengan kabur hubungan antara cukai dan keanjalan. Penerangan hubungan tersebut diberi tetapi tanpa menggunakan rajah.
No explanation was given.
Tiada penjelasan dan penerangan diberikan.
2.5
Discussion on the effects of elasticity on taxation.
Perbincangan
kesan keanjalan pada cukai.
Able to provide 4 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given and very clear.
Dapat memberi 4 kesan
keanjalan pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan dan sangat jelas
Able to provide 3 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given and clear.
Dapat memberi 3 kesan keanjalan
pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan dan jelas.
Able to provide 2 effects of elasticity on taxation. Malaysian examples were given but unclear.
Dapat memberi 2 kesan keanjalan
pada cukai. Contoh-contoh Malaysia telah diberikan tetapi tidak jelas.
Able to provide 1 effect of elasticity on taxation. Discussion given was not supported with Malaysian examples.
Dapat memberi 1
kesan keanjalan pada cukai. Perbincangan tidak disokong dengan contoh-contoh Malaysia.
No discussion was given.
Tiada perbezaan diberikan.
3
Summary
Rumusan
Summary covered at least three relevant key points and presented in
Summary covered two relevant key points and presented in a coherent
Summary covered one relevant key point but presented in an
Irrelevant points were summarized.
Perkara-
perkara yang
No summary was given.
Tiada
rumusan
1
BBEK1103
25
a coherent manner.
Rumusan meliputi sekurang-kurangnya tiga perkara yang
berkaitan dan dibentangkan dengan cara tersusun.
manner.
Rumusan meliputi dua perkara yang berkaitan dan dibentangkan dengan cara
yang tersusun.
incoherent manner.
Rumusan meliputi satu perkara yang berkaitan tetapi dibentangkan
dengan cara yang tidak tersusun.
tidak berkaitan dirumuskan.
diberikan.
OVERALL COMMENTS
Clear and detailed introduction to the concept of elasticity. Detailed and clear description and explanation which covered the introduction to taxation, types and features of tax, purpose and advantages of taxes. Able to describe clearly and in detail the relationship between tax and elasticity. The explanation for the relationship was given. The graphs used were very clear.