Seni bina islam

Post on 17-Jun-2015

11.760 views 13 download

Transcript of Seni bina islam

Seni Bina Islam

Seni Bina Islam

Mohd Akmal Bin Din

Mohd Firdaus Bin Ismail

Asihwiniy a/p Francisco

Seni Bina Islam Seni Bina Islam • Seni bina Islam mempunyai persamaan dan

kesinambungan bentuk-bentuk dan ciri-cirinya.

• Terdapat berbagai-bagai jenis binaan atau bangunan Islam sama ada yang berbentuk keagamaan mahupun yang berbentuk sekular.

• Di antara bangunan yang berbentuk sekular yang terpenting ialah istana-istana diraja.

• Bangunan –bangunan bertujuan sekular yang lain adalah terdiri daripada hamam (tempat mandi), maristan(hospital awam), suq ( bazaar atau pasar bertutup) dan wakaf ataupun tempat persinggahan yang didirikan di sepanjang jalan perdagangan.

Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak.-Ketika Istana ini mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku. -Kini menjadi muzium Diraja Perak.

Contoh hamam (tempat mandi)Contoh hamam (tempat mandi)

Contoh maristan (hospital awam)Contoh maristan (hospital awam)

• Maristan mempunyai wad khas untuk mengasingkan penyakit, seperti demam, ophthalmia, dan disenteri. Terdapat tab mandi, dispensari, dapur, dan bilik stor.

Contoh suq (bazaar atau pasar bertutup)

Contoh suq (bazaar atau pasar bertutup)

Contoh Wakaf-wakaf Contoh Wakaf-wakaf

• Wakaf-wakaf ini ada yang didirikan oleh pihak pemerintah dan ada yang dibina oleh orang-orang perseorangan yang berada.

• Fungsi wakaf ialah sebagai tempat istirahat para pengembara dan tempat mereka bersembahyang bila tiba waktunya.

• Satu lagi binaan yang termasuk di dalam bentuk-bentuk seni bina Islam ialah tugu-tugu, kota-kota ataupun tembok-tembok.

• Di peringkat awal perkembangan Islam di negara-negara Arab, tugu-tugu atau kota-kota ini digunakan sebagai benteng pertahanan iaitu untuk mempertahankan kota-kota/ bandar-bandar Islam daripada serangan pihak musuh.

• Bangunan-bangunan bercorak keagamaan pula adalah terdiri daripada masjid, madrasah, tempat belajar agama yang khusus (monastery) dan makam-makam.

• Pembinaan masjid adalah untuk mengisi tujuan keperluan sembahyang berjemaah.

• Selain tempat untuk mengerjakan solat, masjid juga menjadi tempat urusan pentadbiran, keadilan pengajaran agama Islam dan juga tempat bermesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat pada suatu ketika dahulu.

• Pada dinding di bahagian hadapan sesebuah masjid itu ditandai oleh sebuah mihrab pada arah kiblat di mana mereka yang bersembayang perlu menghadapkan mukanya ke arah tersebut.

• Mihrab ini pada kebanyakkan masjid telah dihiasi dengan ukiran-ukiran yang menarik.

• Madrasah pula ialah sejenis bangunan yang mula diperkenalkan sejak abad ke-12 masihi.

• Pada mulanya, ia bertujuan sebagai tempat untuk memperdalam ilmu-ilmu agama.

• Kini, di Malaysia, madrasah adalah tempat orang-orang Islam menunaikan sembahyang fardhu kecuali sembahyang Jumaat.

• Makam-makam yang besar telah diperkenalkan kepada masyarakat Islam oleh orang-orang Seljuk.

• Pada asalnya ia terdiri daripada dua bentuk yang telah mula diperkembangkan di Korasan, Parsi.

• Bentuk yang pertama ialah makam yang mempunyai menara/ bumbung dan bahagian dasarnya yang berbentuk bersegi-segi atau bentuk bintang.

• Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai kubah di Afrika Utara, mempunyai bahagian dasarnya berbentuk segi empat dan bahagian atasnya berkubah.

• Di India selalunya makam-makam ini mempunyai empat menara, satu di tiap-tiap sudutnya. (cth: Makam Humayun dan Taj Mahal)

Makam Humayun, New Delhi, India Taj Mahal, Agra, India

Makam diraja Kedah, Langgar, Alor Setar, Kedah

Ciri-ciri Seni Bina Islam

Ciri-ciri Seni Bina Islam

• Titus Burckhardt berpendapat bahawa luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan merupakan ciri-ciri tamadun Islam.

• Seni bina Islam sememangnya mempunyai cirinya tersendiri seperti yang diterangkan oleh I.H. Qureshi yang mengatakan bahawa kemasukan cahaya ke dalam bangunan sebanyak- banyak yang boleh adalah merupakan ciri utama seni bina Islam.

• Hiasan dalaman dan luaran yang indah seperti yang terdapat pada dinding, arked dan bumbung telah disarankan oleh E.J. Grube sebagai tambahan kepada ciri-ciri seni bina Islam. (bhn hiasan yg paling menonjol ialah tulisan atau kaligrafi)

• Masjid yang pertama dan tertua dalam dunia Islam ialah Masjid Madinah yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. dalam tahun 622 masihi.

Seni Bina MasjidSeni Bina Masjid• Salah satu bangunan bercorak keagamaan.• Bersama-sama dengan masjid terdapat

beberapa struktur bangunan yang diperlukan semasa beribadah.

• Tiga struktur yang terpenting di dalam sesebuah masjid ialah menara, mihrab dan mimbar.

• Menara diperlukan sebagai tempat bilal melafazkan azan atau bang, menyeru umat Islam datang mengerjakan solat.

• Mihrab ialah satu ruang di bahagian dalam paling hadapan bangunan masjid berhampiran tempat Imam mengepalai sembahyang.

• Mimbar pula ialah tempat Imam membaca khutbah Jumaat.

• Ia bertangga dan dibuat sama ada daripada batu bata, kayu ataupun batu marmar.

• Ketiga- tiga struktur itu telah dihiasi indah dengan motif-motif Islam yang terdiri daripada kaligrafi, bunga-bungaan, geometri dan sebagainya.

Menara Masjid

Mihrab Masjid

Mimbar Masjid

Mimbar Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

• Motif-motif tersebut berfungsi untuk memberikan ketenangan dan keselesaan yang seterusnya akan melahirkan keharmonian dalam beribadah.

• Pembinaan menara yang tinggi akan membolehkan suara azan terbesar luas.

• Di Negeri China bukan sahaja menara-menara masjidnya yang kebanyakkannya berbentuk pagoda iaitu satu ciri seni bina China malahan seluruh bentuk masjidnya adalah berbentuk seni bina China.

Masjid di Rusia

Masjid Sulaimaniye, Istanbul, Turki Masjid Kristal di Kuala Terengganu

Masjid Sultan, Singgapura

• Masjid Yung An He yang mengekalkan tradisi seni bina masyarakat China, Beijing.

Madrasah Madrasah • Bangunan yang berunsur Islam dan

dimasukkan di dalam seni bina Islam. • Tempat-tempat ibadah yang khusus selain

daripada masjid dan surau dan bangunan-bangunan yang di dalamnya terdapat makam-makam sultan dan wali.

• Bangunan madrasah tidak banyak di Nusantara dan bentuknya agak moden sungguhpun fungsi tradisinya masih kekal.

Keramat Keramat • Orang-orang tertentu yang semasa hidupnya

mempunyai sesuatu keistimewaan, khususnya di dalam bidang keagamaan dan perbomohan dianggap sebagai wali.

• Setelah beliau mati kuburnya dianggap sebagai keramat.

• Seni bina Islam juga mempunyai simbolnya yang tersendiri.

• M.A.J. Beg (1980) berpendapat bahawa bulan sabit adalah lambang kepada seni bina Islam.

Keramat Iskandar Shah, atau Iskandar Shah Shrine

KesimpulanKesimpulan• Dalam usaha untuk memenuhi ciri-ciri dan fungsi

utama bangunan itu, iaitu keselesaan telah memunculkan satu lagi tema seni Islam, Keindahan.

• Keindahan dipaparkan melalui penggunaan elemen-elemen seni reka yang mencerminkan doktrin Islam yang sebenarnya.

• Doktrin-doktrin ini kesemuanya mempunyai satu tema iaitu tauhid.

• Ia dijelmakan melalui kaligrafi, motif-motif dan lambang-lambang dengan perantaraan media-media

Sekian, Terima Kasih…

Sekian, Terima Kasih…