Seni Malaysia 2003

Post on 05-Dec-2014

303 views 6 download

Transcript of Seni Malaysia 2003

UNIT PISM PSV2/BM/PJ

Nama ahli kumpulan:Norshafiqah bt RamliAtikah bt Mohd TaibMohd Haziq bin MarhaimiMohsin b Mohd Nor

SENI MALAYSIA

SENI 2D: CATAN,LUKISAN, CETAKAN,

SENI 3D : ARCA, TEMBIKAR,UKIRAN

GRAFIK

SYED AHMAD JAMAL -Seni lukis merupakan pembangunan minda

masyarakat.

ABDUL LATIF MOHIDIN -Apa-apa yang dilukis adalah manifestasi seseorang

seniman

seni untuk masyarakat

seni untuk nilai dan bangsa

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja.

Minat pelukis dipengaruhi oleh aliran naturalis dari barat dengan cara mengamati alam sekeliling melalui karya-karya landskap, alam benda dan potret.

Pada peringkat awal, karya-karya yang dihasilkan lebih condong kepada gambaran bersifat sentimental terhadap perkara yang indah dan permai.

Pendidikan seni mula dimasukkan dalam kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Maktab ini melatih guru-guru sekolah rendah yang mengajar lukisan dan kerja tangan.

Pelukis semasa seperti Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng yang dikaitkan dengan seni halus menumpukan pada karya bertemakan tempatan.

Peter Harris menubuhkan Wednesday Art Group pada tahun 1952 dengan ahli yang terdiri daripada berbilang kaum dan berpendidikan Inggeris.

Aktiviti kumpulan ini dijalankan pada hari rabu dan sabtu. Antara ahlinya ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong dan Ho Kai Peng. Penang Art Teachers Council ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Tay Hooi Keat. Antara ahlinya ialah Tan Tin Kok, Abdullah Ariff dan Chee Wee Sun.

Majlis kesenian Melayu diasaskan oleh Mohd Hoessein Enas dan Idris Salam pada tahun 1956, tetapi kemudian diubah namanya kepada Angkatan Pelukis semenanjung pada tahun 1957. kumpulan ini dikaitkan dengan identiti dan imej figura melayu.

Thursday Art Group ditubuhkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan menhjalankan aktiviti pada hari khamis. Ahli-ahlinya terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay Hooi Keat, Lee Joo For dan Willian K.K. Lau.

Pada tahun 1958, Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan sebagai pengiktirafan rasmi pihak kerajaan terhadap bidang seni lukis. Dua orang pelukis iaitu Tay Hooi Keat dan Syed Ahmad Jamal telah mendapat latihan formal di London.

Mereka pulang dengan membawa pendekatan dan aliran seni dari barat. Gaya karya mereka telah menjadi ikutan dan meluaskan pandangan artis tempatan terhadap perkembangan-perkembangan seni di Barat.

Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1960 menawarkan kursus dalam bidang pendidikan seni.

Kursus seni lukis dan Seni Reka di institut Teknlogi Mara telah diperkenalkan pada tahun 1967. kursus ini telah dapat melahirkan golongan bumiputra sebagai pendidik, pelukis dan pereka bentuk yang lebih peka serta terlatih dalam bidang dan cabang tertentu pendidikan seni di negara ini.

Pelukis-pelukis abstrak mula mendapat tempat untuk mempamerkan karya-karya mereka di luar negara.

Munculnya pelukis-pelukis New Scene pada tahun 1969 yang mempunyai manifesto asas menyarankan new habit of seeing (kebiasaan-kebiasaan yang baharu apabila melihat), berkreatif dan pendekatan yang perlu bersifat intelektual, impersonal, dan non-symbolic.

Penubuhan Kogres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang membincangkan isu-isu berhubung dengan masyarakat mula mempengaruhi pemikiran dalam bidang seni secara terus.

Kumpulan Anak Alam telah ditubuhkan oleh Latiff Mohidin pada tahun 1974. kumpulan Utara ditubuhkan pada tahun 1977, yang terdiri daripada pelukis-pelukis yang berasal dari utara semenanjung Malaysia.

Dekad 60-an kemuncak bagi aliran Abstrak ekspressionis. Aliran ini berkembang di Malaysia menerusi pendidikan yang diterima oleh pelukis tempatan.

Walaubagaimanapun konsep dan stail sedemikian tidaklah menguasai keseluruhan aktiviti seni di Malaysia

Ini kerana terdapat pengolahan figuratif terutamanya dalam karya potret dan landskap daripada seniman yang berkonsepkan seni untuk masyarakat dan seni untuk nilai dan bangsa.

Menjelang akhir 1960-an unsur-unsur abstrak ekspressionis mula longgar dengan kemunculan aliran baru iaitu pop art.

Gadis Melayu - Dato' Hoessein Enas

Gadis Melayu(1950) Cat Minyak 49 x 39 cm

CONTOH-CONTOH KARYA CATAN MALAYSIA

Pertarungan – Amron OmarCat minyak

Malay Couple - Reza Piyadasa (1988)

Mixed media collage, 60 x 50 cm

Self Potret- Amron Omar TAJUK KARYA : SELF POTRAIT

(1982)PENGKARYA : AMRON OMAR

Umpan - Dato' Syed Ahmad Jamal

TAJUK KARYA : THE BAIT (1959)PENGKARYA : DATO SYED AHMAD

JAMAL

Siti Zainon Ismail- Gelombang Jugra

Gelora Gelombang Jugra ", Pastel, 51x54 cm

Gunung Ledang/Tanjung Kupang (1978) Syed Ahmad Jamal

Abdul Latif Mohidin(1941)Pago-pago (1963)Media : cat minyak

Dr. Zakaria AliThe Last of the White Elephants

Oil on Canvas86 x 124cm 2005

Yeoh Jin Leng (1929)Sawah, dusun,bukit ,langit

Pengkarya: Peter Harris(1923) Tajuk: Rumah Rakit-Sungai Pahang Media: Dakwat Tema: Pemandangan lanskap rumah rakit tempatan di Sungai Pahang Gaya: Pelukis menggunakan catannya dengan gaya impresionis. Kesan gaya warna yang harmoni kekuning-kuningan mengukuhkan

gaya catan dan kesan suasana keindahan dan ketenangan alam semula jadi Nilai: Pelukis berjaya menonjolkan suasana hidup masyarakat di persisiran Sungai Pahang

Pengkarya: Dzulkafli Buyong(1948) Tajuk: Kelambu(1965) Media: Pastel Tema: Suasana di kampung sebelum tidur Gaya: Pelukis menggambarkan dengan gaya impresionis gambar kanak-kanak sebelum tidur. Lima figura sedang beraksi di sekeliling kelambu dengan gaya masing- masing Nilai: Menggambarkan budaya tempatan, terutama budaya di kampung ketika

waktu sebelum tidur

Pengkarya: Dzulkafli Buyong Tajuk: Kapal Kertas(1966) Media: Pastel Tema: Permaianan kanak-kanak Gaya: pelukis menggambarkan dengan gaya

impresionis gambar kanak-kanak bermain lipatan kertas untuk dijadikan kapal kertas. Digambarkan dengan gaya bersahaja menampakkan pelukis peka dengan peniruan alam sebenar

Nilai: Pelukis berjaya menggambarkan suasana budaya tempatan, terutama di kampung.

Gambaran yang ditunjukkan adalah melambangkan kanak-kanak Melayu di kampung. Kesan ini dibuktikan dengan pakaian baju kurung dan kertas akhbar tulisan jawi

Pengkarya: Mazeli Mat Som(1938) Tajuk: Yati (1964) Media: Pastel Tema: Potret seorang anak gadis Melayu Gaya: Gaya realisme, menggunakan warna yang

minimum, iaitu warna coklat dan hitam. Terdapat garisan tepipada figura untuk menegaskan bentuk

Nilai: Pelukis menggambarkan suasana masyarakat desa. Seorang anak gadis sedang duduk termenung tidak berbaju dan hanya sehelai kain ikat di pinggang

Pengkarya: Uneh (Hasren Ismail) Tajuk: Parut Media: Pensil warna

TEMBIKAR

TEMBIKAR SAYONG

TEMBIKAR PULAU TIGA

TEMBIKAR MAMBONG

GELUK

BATIL/GAYUNG

TERENANG

JAMBANGAN

TEMBIKAR BEKAS PERASAPAN

BEKAS PEREMBUNAN

TEMBIKAR SARAWAK

menurut Peter Bellwood, dalam artikelnya Prehistoric Technology and Art turut mencatatkan:

However, while most prehistoric earthenware revolved around the need for food and drink, vessels were also utilized for religious ceremonies, orin rituals associated with prehistoric beliefs. For example, at Gua Cha, at the Niah caves, and later at the Protohistoric settlement site of KualaSelinsing in Perak, earthenware was found together with human burials.This suggests that these communities had a belief in the afterlife.

Menurut Othman Mohd Yatim: Tempayan-tempayan ini juga telah

di gunakan di dalam upacara-upacara menyambut kelahiran bayi, perkahwinan (di mana bagi kaum Murut tempayan adalah merupakan salah satu hantaran perkahwinan yang dimestikan) dan juga kematian.11

Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Ia telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku Lembu, Perlis; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tamabun, Perak dan Guah Niah, Sarawak.

Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain itu tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai. Ia terdiri daripada ‘kulit dan tanah liat endapan’.

Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak : di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.

Penghasilan barangan tembikar, penciptaan tembikar bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika.

Ragam hias pada tembikar prasejarah telah membuktikan bahawa masyarakat ketika itu sudah mula berkomunikasi dengan mengapresasikan alam semula jadi sebagai motif dan reka corak pada permukaan tembikar.

Alam semula jadi dijadikan subjek dalam luahan rasa.

Seni tembikar telah lama dilahirkan dalam sejarah objek seni negara dan ia juga telah mengalami beberapa proses perubahan mengikut zaman-zaman yang tertentu.

Dari zaman Neolitik ke zaman Logam, zaman Kerajaan–Kerajaan Awal, zaman Awal Islam,Zaman Penjajahan dan Moden serta hingga kini.

Perubahan zaman dan peredaran waktu telah mematangkan serta memaparkan satu rantaian kesinambungan seni penghasilan tembikar di Malaysia.

Setelah mendapat pengaruh agama Islam, masyarakat mula mentauhidkan unsur unsur Islam dalam penghasilan barangan tembikar mereka.

Pegangan kuat pada ajaran Islam sebenarnya telah turut mengembangkan lagi proses kreativiti dalam penghasilan tembikar.

“Seni cetakan ialah hasil inspirasi kehidupan. “

By ANI AWANG, UTUSAN MALAYSIA 26 JUN 2000

Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi.

Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya.

Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas.

Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.

Antara tokoh cetakan di Malaysia adalah Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili.

Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air.

Go Block dikurator oleh Badrolhisham Mohamad Tahir dengan mengetengahkan 15 hasil karya terbaru artis tempatan yang bertujuan mengajak orang ramai meneroka seni cetak sebagai satu bahantara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini.

Secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia.

Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah syelek, lino, lekar dan media campuran.

Manakala teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring.

Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung(kain terap hitam) sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan.

KARYA IZAN TAHIR

“ GARDEN TWO “

KARYA IZAN TAHIR“ WHERE ARE YOU”

KARYA IZAN TAHIR

“ TIME OUT OF TIME“

KARYA IZAN TAHIR“ COME MY FRIEND

KARYA IZAN TAHIR

“ COMING HOME “

KARYA IZAN TAHIR“ T “

Tajuk : Alif Ba Ta (1971), Koleksi Balai Seni Lukis Negara

Media: Cetakan sutera saring Pengkarya: Ahmad Khalid Yusof Tema : Kaligrafi Jawi Gaya: Pelukis menggunakan huruf-huruf

jawi sebagai penyataan seninya. Susunan huruf pula disusun menegak dan melintang untuk memberi kesan dinamik. Tambahan puladengan bayangan huruf memeberi kesan ilusi yang menarik.

Nilai : Estetika seni Islam dan budaya Melayu

Tajuk : Dua Orang Wanita Melayu (1984) Media: Cetakan Pengkarya: Redza Piyadasa Tema: Masyarakat Melayu tradisi Gaya: Pelukis menggunakan media

cetak untuk mendapatkan imej duo orang wanita Melayu yang memakai pakaian tradisional. Warna yang digunakan memberi keyakinan tradisi terhadap karya.

Nilai: Pelukis berjaya tonjolkan pakaianmelayu tradisi

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kebanyakkan motif ukiran adalah berdasarkan objek alam sekitar.

Menurut Abdullah Mohamad (Nakula), seorang budayawan di Kelantan, beliau menyatakan motif ukiran adalah berlandaskan ajaran sufi.

Misalnya reka corak bermula pada 1 tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar memenuhi ruang.

Hal ini menunjukkan alam ini berasal daripada 1 kejadian ; seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangan dan menabur zuriat.

Reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah/ menunduk.

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan/beberapa keping papan yang ditebuk denggan menggunakan gerudi gergaji (gerudi menggergaji) supaya tembus bentuk-bentuk bunga/corak.

Terdapat dua jenis ukiran,iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar,lambur, dinding, pintu,perabot, dan mimbar masjid.

Bentuk bunga ukir ialah awan larat, silang, dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta

melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian

yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat,

silang, dan simetri

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang

disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot,mimbar masjid,

barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata

Bunga ukirnya sama seperti ukiran tembuk.

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan, dan banyak lagi.

Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus.

Melarik merupakan 1 cara orang Melayu mengukir kayu.

Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan bergerlang-gerlang dan bergenting-gentat yang menarik

Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang –tiang rumah,dan sebagainya.

Ukiran ini dianggap masih baru.Diperkenalkan oleh Perbadanna Kraftangan Malaysia,ukiran ini hiasan semata-mata.

Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentukmenyerupai ikan, burung, dan sebagainya.

Kayu induknya diambil daripada kayu/akar yang terdapat di dalam sungai.

Seni untuk masyarakat Seni untuk nilai dan bangsa

Sejarah awal seniman dalam bidang arca tidak dianggap terlalu lama.

Ia berkisar aktif sejak awal tahun 1960-an. Antaranya ialah Ahmad Syed Jamal,

Anthony Lau dan Ahmad Latif Mohidin Dianggap sebagai pelopor pembuatan

arca walaupun pada penglibatan awal mereka kurang mendapat perhatian masyarakat

Penglibatan pelukis terutamanya dalam bidang arca semakin menyerlah pada dekad 70-an,80-an dan 90-an.

Pada mulanya seni arca malaysia banyak mendapat pengaruh Hindu melalui Srivijaya.

Namun begitu, selepas kedatangan Islam, seni arca Malaysia mula berubah dengan memasukkan unsur-unsur Islamik.

Kini, pengarca-pengarca Malaysia seperti Raja Shariman dan Bayu Utomo mula memasukkan nilai-nilai Melayu dalam karya mereka. Contohnya, gerak tempur dan bujang berani.

Bayu Utomo Radjkin Media : kimpalan

besi, keluli dan logam Gaya : pengkarya

membina arcanya peniruan pahlawan yang dibina daripada kimpalan besi, keluli dan logam

Nilai : Perkarya berjaya menunjukan satu aspek kekuatan seseorang pahlawan

Raja shariman raja aziddin

Media – kimpalan besi dan logam

Gaya – pengkarya menterjemahkan sesuatu yang tersembunyi dalam pemikiran beliau.

Nilai – menonjolkan kekuatan dan jati diri melayu

Anthony lau Media : besi / logam gaya : peniruan alam

daripada ranting2 Nilai : satu aspek

keindahan alam iaitu ranting-ranting

Karya ini menunjukkan pencintaan kepada alam sekitar

Bayu utomo radjikin Media : kimpalan

besi, logam Gaya : peniruan

gaya pahlawan Nilai : kekuatan

seorang pahlawan

Raja shariman raja aziddin

Media : kimpalan logam/ besi

Gaya : menonjolkan pengetahuannya tentang agama dan perayaan dalam karyanya

Nilai : kecantikan estatika

Adobe Illustrator

Adobe Photoshop

Adobe Illustrator

Adobe Photoshop