Sesi taklimat untuk ibu bapa - hougangpri.moe.edu.sg Files/2018 Parents... · Bacaan Penerangan...

Post on 16-Aug-2019

220 views 0 download

Transcript of Sesi taklimat untuk ibu bapa - hougangpri.moe.edu.sg Files/2018 Parents... · Bacaan Penerangan...

Sesi taklimat untuk ibu bapa

9hb Februari 2018

Guru Bahasa Melayu

Cikgu Nurhayati

•Bertujuan supaya ibu bapa sedia maklum dan peka akan perkara-perkara yang dijalankan oleh pihak sekolah

•Mendapatkan sokongan dan kerjasama dari rumah

Format Kertas Peperiksaan

4 Bahagian

Karangan 15 markah

Bahasa 45 markah

Kefahaman Mendengar 10 markah

Lisan 30 markah

Bacaan

Penerangan Gambar

10 markah

Kelemahan murid-murid : • Tidak menggunakan Bahasa Melayu • Tidak menggunakan sebutan baku apabila membaca dan berbual. • Terhad kosa kata dalam bahasa Melayu penggunaan Bahasa Inggeris

Perbualan berkaitan gambar

4 gambar bersiri

Kelemahan murid-

murid :

• Lemah dari segi kosa

kata

• Penggunaan Bahasa

Inggeris

• Ayat tidak gramatis

• Sekurang-kurangnya 80 patah perkataan

Item Jumlah Soalan Markah

Imbuhan 5 10

Peribahasa 4 8

Melengkapkan Teks 5 10

Kefahaman 1 4 8

Kefahaman 2 5

(soalan terakhir

-seerti/seiras)

9

Bahagian A: Kata Berimbuhan (10 markah) Arahan: Pilih perkataan yang sesuai bagi setiap tempat kosong dalam

petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.

1. Afiqah gemar _____________ semasa mandi di bilik air. 1) penyanyi 2) nyanyian 3) menyanyi 4) menyanyikan ( )

Bahagian B: Peribahasa (8 markah) Arahan : Setiap ayat di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan ayat tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan [ ] yang disediakan.

anak emas cari jalan lurus akal kaki bangku campur tangan kecil hati

6. Shireen sangat disayangi oleh guru-gurunya kerana dia seorang murid yang

cerdik dan rajin belajar. (_______)

7. Danish diketawakan oleh rakan-rakannya kerana dia tidak pandai bermain

bola. (_______)

Bahagian C: Melengkapkan Teks (10 markah) Arahan: Pilih sepatah perkataan yang sesuai daripada senarai di bawah ini

bagi setiap tempat kosong. Tulis jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang disediakan.

akan

seperti

menyimpan mengumpul

dibawa tikar

Pada pagi itu, Nurul bangun lebih awal daripada biasa. Nurul dan keluarganya

10)____________ pergi berkelah di Pantai East Coast. Setelah membersihkan diri,

Nurul membantu ibunya untuk menyiapkan bekalan yang akan 11) ____________ ke

pantai.

Bahagian D: Kefahaman Objektif (8 markah) Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih

jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang mengikutinya dan tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.

Ibunya menyuruh Afiq pergi ke Pasar Serbaneka NTUC untuk membeli gula

pasir. Ibunya hendak membuat kek sempena hari lahir ayahnya.

Afiq berbasikal ke pasar serbaneka itu. Sewaktu dalam perjalanan, dia ternampak seorang lelaki tua sedang terbaring di tepi jalan itu. Orang tua itu menjerit kesakitan. Afiq berhenti di sebelahnya untuk memberi pertolongan. Orang tua itu mengatakan dia terjatuh dari motosikalnya

15 Afiq pergi membeli gula dengan ____________________________.

(1) menaiki kereta

(2) menumpang lori

(3) menunggang basikal

(4) menunggang motosikal ( )

Perbezaan komponen (Hanya untuk Darjah 4)

Kefahaman 1

• 2 soalan mcq (4 markah)

• *1 soalan Interaksi Penulisan (4 markah)

17. Faleq tidak dapat hadir untuk majlis hari lahir Anisah. Farah ingin menceritakan

pengalamannya menghadiri majlis itu kepada Faleq. Tuliskan pesanan ringkas itu

dengan menggunakan informasi dalam petikan di halaman 4. Kemudian, tulis

jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (4 markah)

Faleq, Majlis hari lahir Anisah sangat meriah. Majlis itu bermula

dengan meniup lilin. Para tetamu menyanyikan lagu hari

lahir, memotong kek dan kami makan pelbagai makanan

yang dimasak oleh ibu Anisah. Selepas makan, kami

______________________________________________

__________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

______________________________________________

Kelemahan murid-murid :

•Tidak belajar peribahasa •Tidak menjawab kehendak soalan kefahaman •Kesilapan dari segi ejaan •Kesilapan BET (bahasa, ejaan, tanda baca)

• Kerjasama antara guru dan ibu bapa

• Menggalakkan anak-anak membaca bahan bacaan

bahasa Melayu (buku, majalah, surat khabar)

• Bertutur menggunakan bahasa Melayu di rumah

Hubungilah kami di:

nurhayati_rosli@moe.edu.sg

Talian sekolah: 6489 7445

*Please scan the QR Code or use the link to give us your

valuable feedback. Thank you.

https://tinyurl.com/y9m65zxr