SIFAT BAHAN, logam dan bukan logam, contoh logam dan bukan logam

Post on 30-Dec-2014

689 views 7 download

description

sains, science, sains tingkatan 4, science form 4, jirim dan bahan, sifat bahan, bahan logam, bahan bukan logam, sifat logam, sifat bukan logam, contoh logam dan bukan logam.

Transcript of SIFAT BAHAN, logam dan bukan logam, contoh logam dan bukan logam

SIFAT BAHAN

ATOM

• Zarah paling kecil dalam suatu unsur

MOLEKUL

• Kumpulan atom yang bergabung bersama.• Terdiri daripada dua atau lebih atom

ION

• Zarah membawa cas positif atau negatif

Aspek Zarah

Atom Molekul Ion

Kekerasan keras lembut Keras

Keadaan pada suhu

bilik

Pepejal kecuali merkuri

Gas, cecair meruap

Pepejal (habluran)

Daya tarikan Ikatan logam yang kuat

Daya Van der Waals yang

lemah antara molekul

Ikatan ionik kuat yang

mengikat ion-ion cas yang

bertentangan

Takat lebur dan takat

didih

Sangat tinggi Rendah dan mungkin

memejalwap

tinggi

Kekonduksian elektrik

Sangat tinggi Tidak boleh mengkonduksi

kan elektrik

Hanya boleh mengkonduksi

kan elektrik dalam

keadaan leburan atau larutan berair

Keterlarutan dalam air

Tidak boleh larut

Kebanyakan tidak boleh

larut

Kebanyakan boleh larut

Keterlarutan dalam pelarut organik

Tidak boleh larut

Boleh larut Tidak boleh larut

contoh Logam seperti kuprum

Bukan logam seperti

sulfur dan iodin

Natrium klorida

Na+ , Cl-

Sifat dan Kegunaan Logam dan bukan logam

1. Unsur dapat dikelaskan kepada logam dan bukan logam.

2. Besi, aluminium, zink, kuprum, emas, plumbum dan timah adalah contoh logam.

3. Karbon, iodin, bromin, sulfur, fosforus dan klorin ialah contoh bukan logam.

SIFAT FIZIKAL LOGAM• Permukaan yang berkilau/berkilat• Mulur• Boleh ditempa iaitu mudah

digelek atau diketuk untuk menjadi kerajang atau kepingan nipis• Kekuatan regangan yang tinggi

• Konduktor elektrik yang baik• Konduktor haba yang baik• Takat lebur dan takat didih yang

tinggi• Ketumpatan tinggi• Pada suhu bilik dalam keadaan

pepejal kecuali merkuri dalam keadaan cecair

MERKURI

Sifat Fizikal Bukan Logam

• Mempunyai permukaan yang pudar• Tidak mulur iaitu rapuh dan

mudah pecah• Tidak dapat ditempa• Kekuatan regangannya rendah

• Tidak mengkonduksikan arus elektrik kecuali karbon, C• Konduktor haba yang lemah, lebih

sesuai sebagai penebat haba,• Takat lebur dan takat didih adalah

rendah• Ketumpatan juga rendah• Keadaan jirim pada suhu bilik adalah

pepejal, cecair atau gas

SULFUR

JADUAL 4.8 M/S 102

Kegunaan logam

Logam Sifat Fizik Kegunaan

Ferum Kekuatan regangan yang tinggi

Membina landasan keretapi dan rangka jambatan

Aluminium •Ringan•Konduktor elektrik dan haba yang baik

Membuat alatan dapur, pembungkus makanan dan kabel elektrik

Kuprum •Mulur dan mudah ditempa•Konduktor elektrik dan haba yang baik

Membuat dawai elektrik

Stanum (timah)

•Tidak berkarat Menyadur tin makanan

Aurum (emas)

•Tidak berkarat dan berkilat

Membuat barangan kemas

Plumbum •Mulur•Dapat ditempa

Membuat pembalut kabel

Kegunaan bukan logam

Bukan Logam

Sifat Fizik Kegunaan

Karbon (grafit)

•Lembut dan licin•Konduktor elektrik yang baik

•Membuat mata pensel•Elektrod dalam proses elektrolisis•Elektrod sel kering

Karbon (intan)

•keras •Membuat mata gerudi pemotong batu

Gas neon dan kripton

•Konduktor haba yang lemah

•Mengisi lampu iklan

Klorin •Bersifat asid •Digunakan untuk membunuh kuman dalam air minuman dan kolam renang.