Post on 02-Aug-2015
SEJARAH PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH :-
Saidina Ali mati dibunuh. Golongan Syiah melantik Saidina Hasan sebagai khalifah. Saidina Hasan tidak mampu menyelesaikan huru hara. Saidina Hasan menyerahkan jawatan kepada Muawiyah. Muawiyah dilantik sebagai khalifah.
PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH :-
Nama Umayyah diambil sempena nama moyang pengasasnya khalifah pertama kerajaan bu iaitu Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umayyah.
Umayyah ialah seorang pembesar dan hartawan quraisy yang dihormati pada zaman jahiliah. Muawiyah bin Abi Sufian memeluk islam bersama keluarganya semasa pembukaan kota Mekah.
PERINGKAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH :-
1. Zaman kelahiran – bermula dengan Muawiyah bin Abi Sufian 40-60 Hijrah / 660-680 Masihi dan berakhir dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid 64 Hijrah / 684 Masihi.
2. Zaman keturunan pemerintahn Marwan bin Alhakam atau dikenali Zaman Kemajuan bani Umayyah – bermula dngan Abdul Malik bin Marwan 65-86 Hijrah / 684 -685 Masihi hingga kepada kejatuhan bu iaitu pemerintahan Marwan bin Muhammad 127 – 132 / 744 – 749 Masihi yang berpusat di Damsyik.
3. Diasaskan oleh Abd Rahman Aldhakhil 137 Hijrah dan berakhir dengan pemerintahan Hisyam 399 Hijrah berpusat di Cordova Andalus (Sepanyol).
PERKEMBANGAN KETENTERAAN :-
1. Kemaskini angkatan tentera dan tiru corak gerakan tentera Parsi.
2. Tubuhkan angkatan perang teratur lengkap dengan peralatan moden dan canggih.
3. Angkatan tentera – angkatan berkuda, pasukan berkenderaan dan tentera berjalan kaki.
4. Latihan peperangan pada musim panas dan sejuk – langkah berjaga-jaga hadapi angkatan tentera rom di Eropah.
5. Angkatan laut disusun teratur. Terdapat 1700 kapal perang dan membina pengkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia, pelabuhan Syria dan Iskandariah di Mesir – Dimajukan sebagai pengkalan perang.
6. Khalifah Abdul Malik bin Marwan mewajibkan rakyatnya menjadi tentera dan menubuhkan jabatan khas yang dikenali Diwani Al Jundi yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan.
TOKOH TERKENAL :-
1. Muhammad Bin Al-Qasim ~ Membuka Wilayah Sind Di India.
2. ‘Tariq Bin Ziad ~ Membuka Andalus (Sepanyol).
3. Qutaibah bin Muslim ~ Membuka Negeri “Ma Warak An Nahar”.
4. Musa bin Nasir ~ Membuka Afrika Utara.
5. Maslamah bin Abdul Malik ~ Berjaya memusnahkan Kubu Rom.
KETENTERAAN KERAJAN UMAYYAH & KHULAFA’ ARRASYIDIN
KETENTERAAN KHULAFA’ ARRASYIDIN KERAJAAN UMAYYAH
CARA PEMILIHAN SukarelaAwal : SukarelaKemudian : Kerahan tenaga kepada rakyat Arab yang memenuhi syarat.
JENIS TENTERA Tentera darat dan laut.
PANGLIMA TENTERA Tiada keutamaan pada sesuatu bangsa.
Mengutamakan orang Arab
LATIHAN Latihan umum Dilatih khas di musim panas dan musim sejuk.
TUJUAN Menyebarkan dakwah, mempertahankan negara dan perluasan kuasa.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN :-
Khalifah bertindak sebagai penggalak perkembangan ilmu, contoh khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abd Aziz adalah ulamak yang alim dalam bidang Al-Quran, tafsir hadis dan nahu yang menjadi tumpuan pendidikan pada waktu itu.
Lahir ulamak ekoran perkembangan ilmu. Contoh Imam Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malik di Madinah.
Basrah terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu. Antara tokoh yang lahir ialah Khalil bin Ahmad, Sibuwaih dalam bahasa Arab, Abul Aswad Al Dauli
memperkenalkan tanda baris bagi membantu membaca Al-Quran dengan betul. Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Sasterawan turut mendapat tempat di Istana Khalifah. Antaranya ialah Al Farazdaq, Jarir Amru bin
Abi Rabiah dan Jamil Al Azri. Masjid masih menjadi tempat perkembangan ilmu. Bidang ilmu adalah menyeluruh dan bukan tertumpu kepada ilmu agama sahaja. Bidang baru turut diteroka seperti Sejarah dan geografi. Kegiatan penulisan,pembukuan dan pembinaan perpustakaan Berjaya mewujudkan beberapa disiplin
ilmu dikenali sebagai “Al Tadwin”. Penyebaran ilmu naqli seperti ilmu tafsir, qiraat, tauhid dan ilmu naqli seperti mantiq , hisab dan
geografi berjalan lancar dan melahirkan ramai ulamak yang kesannya masih didapati hingga sekarang.
KESAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH KEPADA TAMADUN EROPAH:-
Pemerintahan Umayyah diasaskan oleh Abd Rahman Ad Dhalil di Cordova dan Andalus memberi sumbangan besar kepada tamadun Islam.
Kurun ke 10 kota Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah. Al Hakam ke-2 menubuhkan perpustakaan besar yang menjadi tempat rujukan para sarjana. Terdapat beberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di Andalus. Pusat ilmu yang utama ialah Sarvil, Toledo dan Granada. Ramai pelajar eropah datang untuk
mempelajari ilmu. Kegiatan ilmu pengetahuan yang pesat melahirkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang. Melahirkan ramai sarjana. Antaranya Ibnu Hazim dan Ibni Zaid dalam bidang bahasa dan sastera arab,
Zarib dan Ibnu Azzahrawi dalam ilmu perubatan dan Ibnu Rusyd, Ibnu Bajah dan Alfarabi dalam bidang falsafah. Karya mereka telah dibawah ke eropah dan diterjemah kedalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Inggeris.
KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABD AZIZ:-
Umar Abd Aziz khalifah ke 8 daripada 14 orang khalifah Umaiyah. Beliau dari keturunan Umar Al Khatab.
Sejarawan menganggap beliau khulafa arrasyidin ke 5 kerana sikap, sifat dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan dengan pemerintahan khulafa’ arrasyidin.
Khalifah Umar Abd Aziz berperibadi luhur, tawadduk, dan menyayangi rakyat. Beliau membina masjid-masjid serta memberi penumpuan kepada kebajikan rakyatnya. Beliau memecat pegawai yang kurang cekap. Menjalankan hukuman dengan seadilnya. Menghapuskan cukai jizyah dari golongan mawali. Beliau memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam. Pada zaman Umar bin Abd Aziz ekonomi negara berada di tahap tertinggi. Kewangan negara melebihi keperluan. Rakyat berada dalam keadaan senang dan aman serta dapat menumpukan perhatian terhadap
pendidikan. Beliau merupakan khalifah pertama meminta hadis rasul ditulis dan dibukukan. Pada zamannya lahir ramai tokoh – antaranya Urwah Ibnu Az-Zubair dalam bidang ilmu Hadi, Ibnu
Jarir dalam bidang tafsir dan Al Quran, Hassan Al Basri dan Wasil Bin Ata’ dalam bidang usuluddin.
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM:-
1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.2. Penguasaan ilmu pengetahuan.3. Ekonomi yang stabil.4. Kekuatan tentera.5. Hubungan baik antara rakyat dan kerajaan.6. Semangat jihad yang tinggi.
SEKTOR EKONOMI ~ Pertanian dan Perdagangan
USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN B.U MENINGKATKAN EKONOMI:-
Membina saliran untuk mengairi kawasan pertanian. Melakukan penyelidikan dalam bidang pertanian dan penternakan. Meluaskan bidang perdagangan dan kemudahan import dan eksport. Membina jalanraya dan pelabuhan.
FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UMAYYAH:-
Sikap pemerintah yang mementingkan diri sendiri. Sikap pemerintah yang terpengaruh dengan dunia. Pemilihan pemimpin tidak mengikut syura. Penentangan ulama terhadap pemerintah. Pemerintah yang dilantik tidak layak.
PERANAN GENERASI SEKARANG:-
Mencontohi umat islam yang berjaya menaikkan nama Islam seperti mana abad lalu. Hidupkan semangat jihad – iaitu berusaha bersungguh-sungguh kuasai pelbagai bidang ilmu dan
kemahiran. Sentiasa bersatupadu.
LATAR BELAKANG KERAJAAN ABBASIYYAH:-
“Abbasiyyah” diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah al-Abbas. Penubuhannya untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menggangap tampuk
pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka. Tempoh pemerintahan bermula 132 Hijrah / 750 Masihi hingga 650 Hijrah / 1258 Masihi (5 kurun).
STRUKTUR KERAJAAN ABBASIYYAH:-
Diperintah secara warisan. Pentadbiran diadaptasi daripada sistem pentadbiran kerajaan Parsi kerana jawatan penting dikuasai oleh
orang parsi yang beragama Islam. Dipimpin oleh 37 orang khalifah.
SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH:-
Keagungan kerajaan Abbasiyah menjadi bahan kajian para sejarawan hingga kini. Ia menjadi bahan kajian para sejarawan hingga kini. Mereka meluaskan konsep jihad hingga meliputi penguasaan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah mengangkat martabat mereka sebagai umat yang
paling maju ketika itu.
KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM:-
Menghapuskan sistem perhambaan. Mengajar konsep keadilan. Memberi peluang bukan Arab khususnya Parsi untuk memegang jawatan utama negara. Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
AL-KHALIFAHKhalifah ialah ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam.
AL-WAZIR (Perdana Menteri)
Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri.
AL-DAWARIN (Jabatan Kerajaan)
Dibawah pengawasan sekratari (Al-Kuttab)
KHALIFAH KERAJAAN ABBASIYAH YANG TERKENALKHALIFAH BIODATA SUMBANGAN
Abu Abbas Abdullah al-
Saffah
Khalifah Abbasiyah yang pertama. Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan, bermula tahun 132 Hijrah hingga tahun 136 Hijrah bersamaan 750 Masihi – 754 Masihi.
Pengasas kerajaan Abbasiyah. Menghapuskan pemberontakan.
Abu Jaafar al-Mansur Saudara kandung as-Saffah, menjadi
khalifah selama 22 tahun bermula dari tahun 136 Hijrah hingga 158 Hijrah bersamaan 754 Masihi – 775 Masihi.
Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya.
Memperbaiki sistem cukai. Membuat saliran-saliran. Menyediakan pasar-pasar ditempat-tempat yang
strategik.
Harun al-Rasyid Khalifah yang paling warak dan
terkenal. Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan, bermula dari tahun 170 Hijrah hinggah 192 Hijrah bersamaan 786 Masihi – 809 Masihi.
Mewujudkan jawatan al-Qadi Al-Quda Menubuhkan Baitulhikmah. Menjadikan Baghdad sebagai pusat
perkembangan ilmu, kebudayaan dan perdagangan.
Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian.
Al-Makmun Nama sebenarnya Abdullah Abu Abbas al-Makmun. Putera Harun al-Rasyid. Menjadi khalifah selama 20 tahun, bermula dari tahun 198 Hijrah hingga tahun 218 Hijrah bersamaan 813 Masihi hingga 833 Masihi.
Menggiatkan usaha pertejemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.
FAKTOR PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASIYAHFAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik kepada Islam.
Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas daripada Baitul Mal.
Dasar kerajaan Abbassiyah yang menyamakan bangsa Arab dan bukan Arab.
Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.
Pembukaan wilayah baru.
Penggunaan bahasa Arab secara meluas membawa kepada pemahaman al-Quran dan hadis.
Usaha pedagang Islam berdakwah.
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA ZAMAN ABBASIYYAH:-
Usaha dan galakan para khalifah. Aktiviti penterjemahan. Kestabilan politik dan kewangan. Kreativiti para ulama. Hubungan diplomatic dengan negara luar. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu.
INSTITUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN ABBASIYYAH:-
1. Masjid
2. Istana Khalifah : Tempat perbincangan para ulama dan menyampaikan ilmu pada masyarakat.
3. Perpustakaan : Tempat menyimpan khazanah karya ilmu dan tempat rujukan.
a. Baitul Hikmah (dibina oleh Harul al-Rasyid) – Antara kegiatannya :i. Pusat pertemuan para sarjana.
ii. Pusat perterjemahan.iii. Pusat sumber.iv. Pusat penyelidikan Ilmiah.v. Pusat latihan para Ilmuan.
b. Darul Hikmah di Kaherah Mesir.
4. Pusat Pengajiana. Pusat pengajian pada zaman Abbasiyyah yang didirikan oleh para khalifah, menteri, dan orang
kaya di atas milik kerajaan, tanah wakaf atau tanah persendirian.
b. Sumber kewangan menggunakan hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan negara. Seperti Madrasah Al-Nizamiyyah yang dibina pada tahun 457 Hijrah / 1065 Masihi yang dibina oleh seorang menteri yang berketurunan Saljuk iaitu Nizam al-Mulk (485 Hijrah/1092 Masihi). Antara ulama yang terkenal yang belajar di sini ialah Imam Al-Ghazali dan Imam Al-Shirazi.
BUKTI KECINTAAN KHALIFAH TERHADAP ILMU PENGETAHUAN :-
Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera-tentera Rom yang ditawan. Menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab. Memberi banyak hadiah kepada kerajaan Rom untuk mendapatkan kerja dalam bidang perubatan.
BIDANG ILMU YANG DITEROKAI PADA ZAMAN ABBASIYYAH
ILMU BERTERASKAN WAHYU PERKEMBANGAN
ILMU TAFSIR
Mula disusun mengikut susunan surah oleh : Yahya bin Ziyad al-fara’ (maani al-quran).
Diteruskan oleh ibnu jarir at-tobari (tafsir at-tobari).
ILMU HADIS
Zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis. Muncul pakar hadis yang terkenal seperti :
- Imam Bukhari (Sahih Bukhari)- Imam Muslim (Sahih Muslim)- Abu Daud- At-Tirmizi- An-nasa’i- Ibnu Majah
ILMU FEKAH
Muncul ulamak muktabar pengasas mazhab - - Imam Abu Hanifah- Imam Syafie- Imam Imam Ahmad bin Hambali
Selain mereka terdapat ulama’ lain yang masyhur antaranya:- Qadhi Abu Yusuf- Al-Mawardi- Ibnu Qudamah
ILMU TAUHID
Perkembangan ilmu falsafah memberi kesan buruk kepada akidah Islam.
Para ulamak bermati-matian memurnikan akidah umat Islam.
Perbahasan ilmu tauhid semakin luas berbanding zaman sebelumnya.
Lahir tokoh seperti : Imam Abu Hassan Al-Asyari, Imam Al-Ghazali.
ILMU BERTERASKAN AKAL PERKEMBANGAN
ILMU MATEMATIK
Formula baru Matematik telah dihasilkan oleh sarjana Islam. Antaranya:-- Trigonometri- Algebra- Geometri- Logarithm- Sistem angka dalam abjad arab- Memperkenalkan 0 dalam sistem angka
Tokoh : Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi Bukunya : Hisab Al-Jabr Wa Al-Muqabalah
ILMU FALAK
Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim.
Mencipta alat pengukur sudut (astrolabe). Tokoh : Al-Batani
Penemuannya:- Cara mengukur jarak antara bumi dan matahari.- Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang.
ILMU KIMIA
Membetulkan beberapa teori kimia dan mengasaskan fakta kimia berdasarkan ujikaji.
Penemuan :- Asid galian seperti asid nitric, asid sulfurik dan asid
hidroklorik.- Teori penghasilan petroleum.- Teori penghasilan alkohol.- Membaiki proses pembuatan kaca.
Tokoh : Jabir bin Hayyan
Penemuannya:- Orang pertama menemui asid sulfurik.- Menghasilkan 8 buah karya tentang kimia.
ILMU FIZIK
Mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya. Menjelaskan tentang lapisan mata dan proses penglihatan. Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya. Mencipta cermin mata. Tokoh : Al-Hassan bin Haisan.
Penemuannya:- Menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan
cahay pada retina.- Menghasilkan 200 karya.
GEOGRAFI
Penemuan baru:- Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan
bumi.- Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.
Tokoh : Al-Syarif Al-Idrisi Beliau pernah dijemput oleh King Roger ll dari Silicy membuat peta dunia
yang terkini pada masa itu. Berjaya menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob. Antara karya agung beliau ialah Ensiklopedia yang lengkap mengenai
Eropah Nuzhatul Musytaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq.
PERUBATAN
Pencapaian :- Mejelaskan kesan kuman dalam penyakit.- Menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB.- Menemui pelbagai jenis penyakit seperti nubella, alahan
(allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa.- Mencipta ubat untuk pelbagai jenis penyakit kronik.- Mencipta picagari, ubat bius dan benang yang khusus untuk
jahitan luka pembedahan.
Tokoh : Ibnu Sina Pada (428 Hijrah / 1037 Masihi), menghasilkan 116 karya perubatan.
Antara karya beliau ialah Al-Qanun Fi Tib. Pada kurun ke 10 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid
terdapat 10 buah hospital. Pada kurun ke 11 Masihi, hospital bergerak telah diperkenalkan untuk kes-
kes kecemerlangan semasa peperangan.
FAKTOR PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN ABBASIYYAH
GALAKAN KHALIFAH / PROGRAM UNTUK MEMAJUKAN BIDANG SAINS
1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan seluruh dunia dimusim haji.
2. Menyediakan prntkan yg banyak dlm penyelidikan, Spt: Ada khalifah yg sanggup membeli kitab terjemahan dgn emas pd kadar timb. kitab tersebut.
3. Membina pusat penyelidikan Sains: spt Khalifah al-Ma’amun membina Balai Cerap & mengarah buat penyelidikan dlm bidang astronomi , Al-Mu’tasim membina makmal pembedahan.
Aktiviti Penterjemahan
1. Pelbagai jenis karya dlm bidang falsafah, astronomi,kimia,fizik,biologi, dan perubatan diterjemahkan dlm B. Yunani , Parsi dan Hindi.
2. Zaman Khalifah Al-Ma’mun: dilakukan dgn lebih terancang. Baitul Hikmah pusat penterjemahan Negara. Yuhana b. Masawih & Hunain b. Ishak bertugas di sana.
GLOBALISASI ILMU
1. Aktiviti perdagangan meluas di Andalus dan Sicily.2. Sicily, Itali banyak menyimpan khazanah ilmu astronomi dan perubatan.3. Andalus : menjadi tumpuan masyarakat Eropah, terdapat 700 buah masjid, sebuah Universiti, 70 buah
perpustakaan & meyimpan 500.000 manuskrip.
KESAN PENEMUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN ABBASIYYAH:-
Mengubah cara hidup dan status umat Islam. Meletakkan status umat Islam tinggi sehingga ramai orang bukan Islam tertarik utk peluk Islam. Peluang untuk mereka hidup maju daripada umat sebelumnya.
KEPENTINGAN MENGUASAI ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI:-
Tidak ketinggalan dalam arus kemodenan. Mampu bersaing. Tidak mudah ditindas.
SEKTOR UTAMA EKONOMI:-
Perdagangan Perindustrian Pertanian
LANGKAH MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA :-
Beri tumpuan kepada tiga sector utama iaitu pertanian, perindustrian dan perdagangan. Mengurangkan cukai tanah. Menaikkan taraf saliran dan tali air.
USAHA MEMAJUKAN PERTANIAN :-
Membina saliran. Melebarkan sungai dan terusan. Membuat empangan. Membuka tanah pertanian baru. Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.
FAKTOR KEPESATAN PERDAGANGAN:-
Pembukaan wilayah baru yang banyak ruang pasaran perniagaan. Perkembangan industry perkapalan memudahkan pergerakan para-para perdagangan. Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman Jahiliyah. Sarjana Islam menghasilkan yang menjelaskan hukum hakam perniagaan serta galakkan terhadapnya.
LANGKAH UNTUK MENGGIATKAN AKTIVITI PERDAGANGAN:-
Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi dijalan-jalan utama. Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan. Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun.
SUMBANGAN SARJANA MUSLIM DAN MENGGIATKAN AKTIVITI PERDAGANGAN:-
AL-BUKHARI : memperuntuk bab khusus dalam “sahihnya” tentang perniagaan (bab al-buyu’). MUHAMMAD bin HASAN as-SYAIBANI : membincangkan tentang perniagaan serta pandangan
syarak terhadapnya dalam kitab “al-makasib” dan “As-siar”. Al-Kassani : Membincangkan tentang jenis-jenis syarikat dalam kitab “Bada’I’ as-sana’i”.
SUMBER KEWANGAN KERAJAAN ABBASIYYAHZAKAT Kadar harta tertentu yang dikeluarankan atas harta tertentu oleh umat Islam setelah cukup
syarat.FAI’ Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah musuh menyerah kalah.
JIZYAH Bayaran yang dikenakan ke atas orang bukan Islam.GHANIMAH Harta rampasan perang.
KHARAJ Cukai tanah milik orang bukan Islam.USYUR Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah
di pelabuhan negara Islam untuk tujuan perniagaan.
PERANAN BAITULMAL:-
Mengurus sumber pendapat negara (Dewan Al-Kharaj). Mengawal belanjawan negara (Dewan An-Nafaqah).
KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI TERHADAP RAKYAT:-
Menjadikan umat Islam menikmati taraf kehidupan yang tinggi. Pendapatan negara yang tinggi pada masa itu telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti tali
air, jalan, masjid sekolah dan sebagainya. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
STRUKTUR ORGANISASI KETENTERAAN KERAJAAN ABBASIYYAH ~ Khalifah-wazir-diwan al-jundi (kementerian pertahanan).
PEMBAHARUAN DALAM KETENTERAAN :-
Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab. Mengemaskinikan sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan. Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.
FUNGSI KETENTERAAN DALAM MENJAGA KEAMANAN NEGARATUGAS UTAMA TUGAS BANTUAN
1. Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan.
2. Menentang musuh negara.
3. Menghadapi sebarang keadaan darurat.
1. Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan.
2. Membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan malapetaka dan pembangunan negara.
FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYYAH:-
Kelemahan pemerintah kerajaan Abbasiyyah – penguasaan pengaruh turki dan parsi. Perpecahan wilayah-wilayah dibawah kekuasan kerajaan Abbasiyyah – pembentukan kerajaan kecil. Perubatan kuasa. Kegawatan ekonomi – akibat rusuhan dan pemberontakan. Perselisihan aliran fahaman keagamaan – pemberontakan syiah dan khawarij.
KEMENTERIAN FUNGSI
MAJLIS TAKRIR (Bahagian Kewangan)
Hal gaji dan imbuhan belanjawan pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan.
MAJLIS MUQABALAH (Bahagian Latihan)
Pengambilan dan latihan tentera baru.
MASSAHUN (Bahagian Peninjau)
Membuat panduan dan menasihatkan panglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu tempat.
DIWAN TASNIF (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Kenaikan pangkat. Penyusunan tentera mengikut pasukan
1. Pasukan pengawal khalifah.2. Pasukan bergaji tetap.3. Pasukan sukarelawan.
DIWAN AL’ARDHI (Depot Simpanan)
Menguruskan stor dan kelengkapan persenjataan. Diketuai oleh Pengarah Depot iaitu; Al-Musyrif ‘alaal-Sina’ah al-Mahazin.
JAWASIS (Perisikan) / AL-UYUN
Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam.
DAERAH MUHANDISIN (Kejuteraan)
Pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan.
BAHRIYYAH (Tentera Laut)
Mengawasi perairan serta kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang dan penyusunan angkatan tentera laut.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA PADA ZAMAN ABBASIYYAH:-
1. Dasar Ketenteraan Yang Terbuka:- Keanggotaan terbuka kepada bukan arab. Penyertaan pelbagai bangsa seperti bangsa Turki dan Parsi memantapkan tentera Islam.
2. Pemimpin Yang Berkaliber:- Kerajaan Abbasiyyah dipimpin oleh Khalifah yang berkaliber. Memberi perhatian kepada kebajikan tentera. Melantik pemimpin tentera yang berkaliber tanpa mengira bangsa.
3. Peralatan Ketenteraan Yang Canggih:-
Pedang, lembing, panah. Menjanik – berfungsi seperti meriam. Dabbabah – kayu pelantak, merempuh tentera yang ramai. Barud (gun powder) dan pelbagai jenis kapal perang.
4. Strategi Ketenteraan Yang Berkesan:- Membahagikan tentera kepada 5 ketumbuhan yang besar yang mempunyai peranan masing-masing
(diwarisi dari zaman khalifah Umar bin Al-Khattab) – Al – Karadis.
5. Keimanan dan Semangat Jihad Tentera Islam:- Sebahagian besar tentera berkhidmat sebagai sukarelawan.
KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYYAH – FAKTOR KEGEMILANGAN:-
Kestabilan politik – pemberontakan dapat dikawal. Dasar politik kerajaan – keadilan dan kesamarataan. Kedudukan Baghdad yang strategik. Perpaduan antara kaum – layanan adil. Penghayatan konsep kerja sebagai satu ibadat.
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYYAH DARI ASPEK PENTADBIRAN:-
Mengamalkan sistem penteadbiran berpusat. Mewujudkan beberapa jabatan baru. Bidang kuasa jabatan dinilai dari masa ke semasa.
IKTIBAR DARI SEJARAH KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYYAH:-
Umat Islam mesti menguasai kemajuan Sains dan teknologi. Menghidupkan semangat jihad untuk memartabat agama. Sentiasa bersatu padu.
IKTIBAR DARI SEJARAH KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYYAH:-
Sentiasa hidup bersatu padu. Setiap keputusan hendaklah dibuat secara mesyuarat. Elakkan daripada berlaku permusuhan di antara kaum. Jangan mudah percaya kepada musuh. Setiap pemimpin hendaklah mentadbir dengan ikhlas dan berwibawa.
UMAYYAH ABBASIYYAH
Pengasas : Muawiyyah Bin Abi Sufian Nama Umayyah diambil sempena nama moyang
pengasasnya Muawiyah Bin Ani Sufian Bin Harb Bin Umayyah.
Pengasas : Abu Abbas Abdullah Assafah “Abbasiyyah” diambil sempena nama bapa saudara
Rasullah Al-Abbas.
KETENTERAAN Meniru corak tentera Parsi.
Strategi Al-Karadis (Zaman Saidina Umar) pembahagian tentera kepada 5 pasukan.
Sektor Ekonomi:- Pertanian Perdagangan
Sektor Ekonomi:- Pertanian Perdagangan Perindustrian
FAKTOR KEGEMILANGAN:-1. Kecekapan dan kebijaksaan khalifah.2. Penguasaan ilmu pengetahuan.3. Ekonomi yang stabil.4. Kekuatan tentera.5. Hubungan baik antara rakyat dan kerajaan.6. Semangat jihad yang tinggi
FAKTOR KEGEMILANGAN:-1. Kestabilan politik - pemberontakan dapat dikawal.2. Dasar politik kerajaan – keadilan dan
kesamarataan.3. Kedudukan Baghdad yang strategik.4. Perpaduan antara kaum – layanan adil.5. Penghayatan konsep kerja sebagai satu ibadat.
FAKTOR KEJATUHAN UMAYYAH:-1. Sikap pemerintah yang mementingkan diri sendiri.2. Sikap pemerintah yang leka dengan kemewahan.3. Pemilihan pemimpin tidak mengikut syura.4. Penentangan ulama terhadap pemerintah.5. Pemerintahan yang dilantik tidak layak.
FAKTOR KEJATUHAN ABBASIYYAH:-1. Kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiyyah
penguasaan pengaruh turki dan parsi.2. Perpecahan wilayah-wilayah.3. Perebutan kuasa.4. Kegawatan ekonomi – akibat rusuhan dan
pemberontakan.
IKTIBAR
SUMBER KEWANGAN KERAJAAN UMAYYAH & ABBASIYYAH
ZAKAT Kadar harta tertentu yang dikeluar-
kan atas harta tertentu oleh umat Islam setelah cukuo syarat.
GHANIMAH Harta rampasan perang.
FAI’ Harta yang diperolehi melalui jalan
perdamaian setelah musuh menyerah kalah.
KHARAJ Cukai tanah milik orang Islam.
JIZYAH Bayaran yang dikenakan ke atas
orang bukan Islam, USYUR
Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan negara Islam untk tujuan perniagaan.
Sentiasa hidup bersatu padu. Elakkan daripada berlaku permusuhan di antara kaum.
Hidupkan semangat jihad – bersungguh-sungguh kuasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran.