Post on 03-Nov-2020
SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN PENDEKATAN INKUIRI
PENEMUAN MENERUSI WEB BERTAJUK PERKONGSIAN MEDIA
DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
FARAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN MENERUSI WEB BERTAJUK PERKONGSIAN MEDIA DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya FARAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)
Alamat Tetap: 46, LORONG HAJI KINDANG, KAMPUNG BUMBUN, PEKAN JABI, 85000 SEGAMAT, JOHOR
Tarikh:_________________________ Tarikh:_________________________
PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN
Nama Penyelia
Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN
Tarikh : .........................................................
SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN PENDEKATAN INKUIRI
PENEMUAN MENERUSI WEB BERTAJUK PERKONGSIAN MEDIA DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
FARAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : FARAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
Tarikh : ...............................................................
untuk Ayahanda, Bonda dan adik-adikku yang di kasihi dan di sayangi
serta semua yang dekat di hati ini, tidak lupa buat rakan-rakan sepejuangan
Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan dan kasih sayang.....
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan kajian ini dalam masa yang ditetapkan.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr. Jamalludin Bin
Harun selaku penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan bantuan di
sepanjang proses pelaksanaan kajian ini di jalankan. Sesungguhnya segala tunjuk ajar
yang diberi amat berguna dan hanya Tuhan sahajalah yang akan membalasnya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Khairiah, Fida, Shima,
Zida dan Ekin serta ahli keluarga tersayang yang banyak memberi bantuan dan
sokongan semasa menyiapkan kajian ini. Budi baik kalian tidak akan saya lupakan
dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Akhir sekali saya sudahi dengan salam
takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kajian
ini.
Sekian. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan sistem
pembelajaran menerusi web menggunakan pendekatan inkuiri penemuan mengikut
ciri-ciri yang dicadangkan oleh National Science Teachers Association Amerika
Syarikat dan aras pembelajaran inkuiri oleh Herron (1971). Pembangunan sistem
pembelajaran ini menggunakan Model Rapid Prototyping. Topik yang dipilih bagi
tujuan ini ialah Perkongsian Media bagi kegunaan guru dalam memahami apakah
yang dimaksudkan dengan Perkongsian Media. Pendekatan inkuiri penemuan ini
digunakan kerana pengguna akan membina kefahaman mereka sendiri hasil daripada
pencarian maklumat. Semasa pengguna menggunakan laman web ini, mereka akan
dikemukakan dengan persoalan dan masalah yang memerlukan mereka mencari
jawapan seperti mana yang dipertekankan oleh pendekatan inkuiri penemuan.
Menerusi teknik pembelajaran sebegini diharapkan penglibatan pengguna menjadi
lebih aktif dan juga mencabar pemikiran pengguna ke aras yang lebih tinggi dalam
menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Bagi melihat potensi sistem
pembelajaran yang telah dibangunkan ini, penilaian formatif telah dijalankan
menerusi sesi temubual bersama kumpulan fokus. Analisis isi kandungan menerusi
teknik pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan
perbincangan yang telah dijalankan, pembangun telah membuat rumusan dan
mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem
pembelajaran berasaskan inkuiri yang dibangunkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to design and develop a web-based learning
system that utilizes inquiry based learning strategies based on the criteria suggested
by National Science Teachers Association United States of America and inquiry
learning level by Herron (1971). This learning system uses Rapid Prototyping Model.
The topic selected for this purpose is Media Sharing for teachers to understand what
Media sharing is all about. This inquiry based learning strategies is applied as user
will develop their own understanding based on web information search experience.
When user searches this website, they will face questions and issues that require
them to find solutions as emphasized by inquiry based learning strategy. Through
this strategy, it is hope that users will participate actively and also challenge their
thinking to a higher level in solving problems aired. Formative evaluation is
conducted through dialogue session with focus group to understand the potential of
developed learning system. Content analysis is performed to identify common
themes. Based on data analysis and discussion, the developer has made conclusion
and several recommendation and details regarding inquiry based learning through the
developed web learning system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Rasional Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 14
1.7 Skop dan Batasan Kajian 15
1.8 Definisi Istilah 15
1.8.1 Web 2.0 15
viii
1.8.2 Perkongsian Media (Media Sharing) 16
1.8.3 Inkuiri Penemuan 16
1.9 Penutup 17
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Sistem Pendidikan Malaysia 19
2.3 Peranan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran 20
2.3.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 21
2.3.2 Kelemahan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 24
2.4 Teknologi Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26
2.4.1 Kelebihan Menggunakan Laman Web dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 26
2.4.2 Kekurangan Menggunakan Laman Web dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 29
2.4.3 Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru 30
2.5 Apa itu Web 2.0 32
2.5.1 Ciri-ciri Web 2.0 32
2.5.2 Kemudahan yang Ditawarkan oleh Web 2.0 33
2.5.3 Perkongsian Media (Media Sharing) dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 34
2.5.4 Kelebihan Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru 35
2.6 Teori Pembelajaran 37
2.6.1 Teori Behaviorisme 37
2.6.2 Teori Kognitivisme 38
2.6.3 Teori Konstruktivisme 39
2.7 Inkuiri Penemuan 41
2.7.1 Empat Aras Inkuiri dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 41
ix
2.7.2 Keberkesanan Inkuiri dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 43
2.7.3 Pendekatan Inkuiri Penemuan dalam Persekitaran
Pembelajaran Elektronik 44
2.8 Teknologi Simulasi 46
2.8.1 Keberkesanan Teknologi Simulasi Web dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 46
2.9 Model Reka Bentuk Instruksional 49
2.9.1 ADDIE 50
2.9.2 Waterfall 51
2.9.3 Rapid Prototyping 52
2.10 Penutup 54
3 REKA BENTUK LAMAN WEB 55
3.1 Pengenalan 55
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang Digunakan dalam
Pembangunan Laman Web 56
3.2.1 Fasa Analisis Feasibiliti dan Keperluan 56
3.2.2 Fasa Mereka Bentuk Laman Web 57
3.2.3 Fasa Pembangunan Laman Web 58
3.2.4 Fasa Kitaran Prototaip 59
3.2.5 Fasa Penilaian dan Pengujian 59
3.2.6 Fasa Implementasi Laman Web 60
3.3 Carta Aliran Laman Web 60
3.4 Reka Bentuk Laman Web yang Dibangunkan 63
3.4.1 Reka bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 63
3.4.2 Reka bentuk Interaksi 65
3.4.3 Reka bentuk Antaramuka / Visual 66
3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Laman Web 66
3.6 Pembangunan Aplikasi yang Dihasilkan 67
3.7 Penyebaran Aplikasi yang Dihasilkan 68
3.8 Penutup 69
x
4 HASIL PEMBANGUNAN 70
4.1 Pengenalan 70
4.2 Objektif dan Isi Pelajaran 71
4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 71
4.4 Reka bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 75
4.4.1 Penyoalan dan Penyediaan Masalah yang Boleh
Diselesaikan 75
4.4.2 Membuat Refleksi dan Membina Pengetahuan
daripada Data 76
4.4.3 Inkuiri Berstruktur 78
4.4.4 Inkuiri Terbimbing 80
4.4.5 Coaching & Scaffolding 81
4.5 Reka bentuk Interaksi 82
4.6 Reka bentuk Antaramuka / Visual 84
4.7 Simulasi Pembelajaran 85
4.8 Penutup 89
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 90
5.1 Pengenalan 90
5.2 Ringkasan Laman Web yang Dibangunkan 90
5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Membangunkan Laman Web 91
5.4 Kelebihan Laman Web yang Dibangunkan 92
5.5 Kelemahan Laman Web yang Dibangunkan 94
5.6 Penilaian Formatif : Maklum Balas Pengguna 95
5.7 Cadangan Penambahbaikan 98
5.8 Penutup 99
RUJUKAN 100
Lampiran A 103
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Empat Aras Pembelajaran Inkuiri 42
(Herron, 1971)
4.1 Penerangan Mengenai Ikon atau Pautan
Utama yang Digunakan di dalam Sistem
Pembelajaran Menerusi Web 72
5.1 Komen Mengenai Sistem dan Isi Pelajaran 96
5.2 Komen Mengenai Strategi Pembelajaran
Inkuiri Penemuan 96
5.3 Komen Mengenai Reka Bentuk Antaramuka
Sistem Pembelajaran 97
5.4 Komen Mengenai Reka Bentuk Interaksi
Sistem Pembelajaran 97
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Lima Peringkat Model ADDIE 50
2.2 Enam Peringkat Model Waterfall 52
2.3 Tujuh Peringkat Model Rapid Prototyping
Bostock dan Drammond (1995, 1998) 53
3.1 Carta Aliran Laman Web 62
4.1 Paparan Antaramuka Laman Utama 73
4.2 Paparan Antaramuka Utama Pengenalan 73
4.3 Paparan Antaramuka Utama Pembelajaran 74
4.4 Paparan Antaramuka Utama Global 74
4.5 Paparan Persoalan Youtube 76
4.6 Paparan Pilihan Maklumat yang Boleh
Digunakan oleh Pengguna 77
4.7 Paparan Soalan Refleksi 77
4.8 Paparan Pop Up Message Sebagai Maklum Balas 78
4.9 Paparan Bagi Aras Inkuiri Berstruktur 79
4.10 Paparan Bagi Aras Inkuiri Terbimbing 80
4.11 Paparan Bagi Coaching & Scaffolding 81
4.12 Paparan Antaramuka Pilihan Menu dan ‘Home’ 82
4.13 Paparan Antaramuka Kawalan Video 83
4.14 Paparan Simulasi Google 86
4.15 Paparan Simulasi Perbualan Telefon 86
4.16 Paparan Simulasi Emel 87
4.17 Paparan Simulasi Yahoo Messenger 88
4.18 Paparan Simulasi Skype 88
xiii
SENARAI SINGKATAN
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia pada masa sekarang tidak hanya tertumpu
kepada kaedah lama iaitu pencarian maklumat yang hanya tertumpu pada buku-buku
sahaja. Sebaliknya sedikit sebanyak telah wujud golongan yang mula menggunakan
komputer dalam pencarian maklumat yang sememangnya menjimatkan masa
pencarian di samping dapat mencari maklumat tidak kira di mana sahaja. Menurut
Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai
media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki
oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
Antara keistimewaannya adalah dari segi hubungan interaktif, pengulangan
dan maklum balas serta peneguhan. Komputer membolehkan wujudnya hubungan di
antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi
dan meningkatkan minat. Selain itu, komputer membolehkan pengguna mengulangi
apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan.
Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para
2
pelajar (Clements, 1995). Media komputer membolehkan pelajar memperoleh
maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang
diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.
Jika dilihat pada masa sekarang, peranan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia masih berada pada tahap awal
sahaja. Kebanyakan guru hanya menggunakan aplikasi komputer untuk
menyampaikan maklumat yang menggunakan Microsoft Power Point dan mungkin
juga untuk menunjukkan video kepada pelajar-pelajar. Selain itu, guru dan pelajar
hanya menggunakan kemudahan Internet seperti menggunakan Yahoo dan Google
dalam pencarian maklumat tambahan yang diperlukan oleh mereka. Sepatutnya
teknologi Internet dan Web yang semakin meluas harus digunakan sebagai medium
pengajaran yang berkesan. Pihak kerajaan Malaysia juga telah memberikan
peruntukan yang besar ke arah menyediakan prasarana ICT yang membolehkan
pembelajaran berasaskan web dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Namun demikian, ia dikatakan masih belum boleh menjamin berlakunya peningkatan
di dalam pencapaian para pelajar terutama di dalam aspek pemikiran tahap tinggi.
Telah wujud kesedaran kepada golongan guru-guru dan pelajar-pelajar
bahawa pencarian maklumat menggunakan kemudahan Internet mampu menjimatkan
masa dan mereka boleh mencari maklumat yang diingini dengan mudah. Jika
sebelum ini, mereka hanya mencari maklumat dengan menggunakan Web 1.0 yang
lebih statik sifatnya serta tidak menawarkan sebarang perkongsian maklmuat. Ini
menunjukkan Web 1.0 lebih kepada pembacaan sahaja tidak kepada perkongsian
video, bahan pengajaran dan sebagainya. Tetapi, dengan kewujudan Web 2.0 yang
mengantikan Web 1.0 telah memberi ruang baru yang lebih baik dalam
pengkongsian maklumat tidak kira berbentuk video, grafik, teks dan sebagainya.
Web 2.0 merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai generasi kedua terhadap
pembangunan web dan reka bentuk web. Ianya digambarkan sebagai kemudahan
3
komunikasi, perkongsian maklumat, reka bentuk berpusatkan pengguna dan
kerjasama di World Wide Web. Ianya juga mendorong kepada pembangunan dan
evolusi kepada masyarakat berasaskan web, perkhidmatan dan aplikasi web. Sebagai
contoh seperti rangkaian sosial, perkongsian video, wiki, blog dan folksonomi. Web
2.0, adalah sebuah istilah yang dicetuskan pertama kali oleh O'Reilly Media pada
tahun 2003, dan dipopularkan pada konferensi Web 2.0 pertama di tahun 2004,
merujuk pada generasi yang dirasakan sebagai generasi kedua layanan berasaskan
web—seperti rangkaian sosial, wiki, rangkaian komunikasi, dan folksonomi—yang
menekankan pada kerjasama online antara pengguna.
Setakat ini, perkongsian pelbagai media seperti video, gambar, audio dan
sebagainya hanya digunakan sebagai hiburan semata-mata. Tetapi alangkah baiknya
jika ada satu sistem yang mampu menawarkan tentang perkongsian pelbagai media
yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memberi
kebaikan dan kelebihan kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang keberkesanan
pengajaran menggunakan Internet. Khan (1999) menyatakan bahawa pengajaran
berasaskan web (web based instruction, WBI) bolehlah dilihat sebagai satu inovatif
dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar iaitu mengunakan web sebagai
medium perantaraan. Antara ciri utama web yang tidak terdapat dalam media lain
ialah kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi
dengan guru, pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi
dengan persekitaran laman web itu sendiri (Sajap Maswan, 2006).
4
Menurut Hambric (1997) telah mendapati bahawa web berkesan dalam
menyelesaikan masalah di kalangan pelajar-pelajar Tahun 5 di Vista California.
Anderson dan Joerg (1996) melaporkan dalam kajian mereka bahawa web
berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar serta pengajar
untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. Ramai pengkaji
seperti Joerg (1995), Day (1996) dan Hambric (1997) mendapati bahawa
pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah
tradisional.
Kelebihan penggunaan Web 2.0 adalah sesebuah web dinamik itu menjadi
semakin mudah dan ringan. Berbanding Web 1.0 ia lebih mengutamakan unsur
tambahan seperti java , shockwave dan javascript. Dengan kehadiran teknologi 2.0
perubahan dari segi penampilan web adalah nampak ketara dimana web tidak lagi
dilihat sebagai tempat yang membosankan. Web 2.0 membolehkan pengguna
memuat turun, memuat naik, berkongsi pandangan, berbincang dengan pengguna
lain secara terus iaitu iaitu melalui alam maya walaupun dimana sahaja individu itu
berada. Jika hendak dibandingkan dengan Web 1.0, pengguna hanya boleh melihat
sahaja paparan yang disediakan. Sebaliknya ini tidak berlaku terhadap Web 2.0 yang
mana pengguna boleh berinteraksi, bergabung, berbincang secara terus.
Kategori Web 2.0 boleh dibahagikan kepada blog, rangkaian sosial (social
networking), wiki, perkongsian media (media sharing), podcast dan sebagainya.
Antara contoh laman web perkongsian media (media sharing) dalam Web 2.0 yang
meluas pada masa sekarang adalah seperti Youtube, TeacherTube, Vimeo, Flickr dan
Shutterfly. Youtube, TeacherTube dan Vimeo adalah perkongsian yang melibatkan
video sahaja, manakala Flickr dan Shutterfly pula berkaitan dengan perkongsian
grafik atau gambar.
Jika dilihat dari semasa ke semasa, kuantiti kewujudan beribu-ribu video
dalam kehidupan kita semua semakin meningkat. Hal ini kerana, kebanyakan kita
5
lebih menyukai maklumat yang disampaikan dalam bentuk video, gambar atau
animasi berbanding hanya mengunakan teks sahaja. Kewujudan pelbagai jenis
teknologi ini lebih bermakna jika dapat digunakan atau diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di sekolah malah di semua institusi
pendidikan negara kita.
Tetapi, persoalannya di sini, adakah para guru bersedia dan mengetahui
tentang kebolehan dalam menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Masalah yang dihadapi dalam merealisasikan penggunaan Internet
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana kemudahan yang tidak mencukupi
(Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa, 2006).
Keadaan ini merupakan punca utama mengapa guru-guru masih kurang
menggunakan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini sekaligus
menyebabkan guru-guru ini lebih cenderung dan berminat menggunakan kaedah
tradisional dalam pengajaran mereka.
Dengan adanya sistem pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Web
2.0 ini akan menolong mengurangkan masalah-masalah yang ada dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kita sememangnya mengetahui bahawa setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran mereka sendiri dan juga mempunyai tahap
kecerdasan yang berlainan. Kebanyakan pelajar lebih cenderung untuk menerima
maklumat secara grafik, animasi dan video. Penggunaan animasi menunjukkan kesan
positif terhadap pelajar yang mengikuti pembelajaran berbantukan komputer dan
memperolehi peningkatan markah yang lebih tinggi (Rizal & Jailani, 2005). Dengan
adanya perkongsian media dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka mempunyai
pilihan untuk belajar mengikut kemampuan dan kemahuan mereka sendiri. Mereka
boleh belajar dengan menonton video pengajaran yang disediakan. Bagi mereka yang
cenderung kepada visual, kaedah ini membolehkan mereka mencerap dan menerima
maklumat dengan lebih baik dan pantas.
6
Selain itu, dengan perkongsian media ini amat sesuai bagi mereka yang
mempunyai tahap penerimaan maklumat yang agak lemah. Mereka boleh belajar
pada masa yang dikehendaki secara berulang-ulang agar mereka lebih faham. Selain
itu, guru dan pelajar lebih cekap dalam pencarian maklumat yang ingin dikongsi atau
diperlukan. Mereka tidak hanya cenderung dalam menggunakan Yahoo dan Google,
tetapi dengan adanya Web 2.0 ini, mereka tahu dimana tempat untuk mencari video,
gambar, audio dan sebagainya. Hal ini kerana, perkongsian maklumat bagi setiap
satu itu berbeza dan ini memudahkan mereka terus mendapat maklumat yang
diingini.
Web 2.0 mempunyai banyak aplikasi yang mampu memberikan kelebihan-
kelebihan kepada penggunanya. Jika dahulu kewujudan Web 1.0 memberikan dan
menawarkan perkhidmatan pencarian maklumat secara sehala sahaja. Di mana
maklumat hanya disampaikan dan pengguna hanya bertindak sebagai penerima tanpa
boleh mengubah, menambah atau berkongsi maklumat tersebut. Tetapi setelah
kewujudan Web 2.0, keadaan ini tidak lagi berlaku. Pengguna-pengguna dengan
bebas mampu memuat turun, memuat naik maklumat yang ingin dikongsi antara
mereka di samping dapat berbincang secara terus walau di mana pun seseorang itu
berada. Pengguna-pengguna boleh bertukar-tukar atau berkongsi segala informasi
yang mereka ada dengan sesiapa sahaja.
Terdapat banyak kategori di dalam Web 2.0 tetapi kajian ini melibatkan
perkongsian media (media sharing) yang merujuk kepada perkongsian maklumat
dari segi gambar-gambar, video-video dan juga audio. Penggunaan Web sebagai
medium pengantaraan semasa penyampaian maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan pendekatan yang amat baik. Terdapat banyak kajian yang
menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran yang menggunakan web lebih baik
berbanding dengan pendekatan tradisional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan
laman web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks, hipermedia dan hiperlink dengan
laman web lain dari seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan penyampaian pengajaran
dapat disampaikan dalam bentuk tidak linear. Format hipermedia memudahkan
7
pendekatan berpusatkan pelajar. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer,
1994).
Laman web juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi, yang
biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high order thinking
skills) (Thuring, Mannemann & Haake, 1995). Pendekatan inkuiri akan memberikan
impak yang lebih baik dalam pendekatan pembelajaran web ini. Hal ini kerana,
dengan penggunaan inkuiri memberi peluang kepada pengguna atau pelajar
menggunakan kefahaman awal atau pengalaman mereka dalam memahami sesuatu
yang baru. Mereka akan menggunakan pengalaman yang mereka ada di samping
meneroka maklumat baru yang ada bagi menerima maklumat baru tersebut. Jika
berlaku perbezaan antara pengalaman dan maklumat yang baru mereka temui, di
sinilah berlakunya asimilasi kepada pelajar-pelajar tersebut dimana mereka akan
memilih maklumat yang betul dan membetulkan fahaman mereka yang pada awalnya
tidak tepat.
Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak
langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan
proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan kepada penyoalan dan
penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti
tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk
mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa inkuiri adalah berpusat kepada
pelajar bukan kepada guru, sebaliknya guru hanya bertindak sebagai pemandu arah
dalam memberikan peluang kepada pelajar menemui maklumat yang sebenar.
Pembelajaran berasaskan laman web merupakan alternatif baru dalam
menyediakan pembelajaran yang lebih bermakna, dan salah satu pendekatan yang
amat berpotensi ialah melalui inkuiri terbimbing. Banyak kajian lampau
8
menunjukkan pendekatan pembelajaran inkuiri terbimbing dapat meningkatkan
pencapaian dan meningkatkan kebolehan memberikan hujahan di kalangan pelajar
(Ivins, 1986; McComas, 1992). Dalam mereka bentuk dan membangunkan laman
web pendidikan menggunakan pendekatan inkuiri terbimbing, aktiviti-aktiviti
penerokaan, penyoalan dan aplikasi adalah amat penting bagi memastikan
pembelajaran lebih berkesan.
Pendekatan inkuiri yang digunakan dalam pembelajaran menerusi web akan
lebih memberi kesan positif kepada kefahaman pelajar jika disokong dengan
teknologi simulasi. Simulasi berasaskan web merupakan teknologi yang terbaik serta
terkini bagi mereka yang bertanggungjawab mereka bentuk sesuatu operasi yang
kompleks atau sistematik. Dari kajian yang dijalankan oleh Chun Hung Chen dan
Insup Lee (1998), simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk
memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet
yang luas serta mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa
mengira platform komputer yang digunakan.
Quinn (1993) serta Magnusson dan Palincsar (1995) telah mendapati bahawa
penggunaan simulasi berkomputer di dalam proses pembelajaran mampu
meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
diberikan dengan berkesan. Mereka berpeluang untuk melakukan latihan dan
seterusnya membentuk kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi. Di samping
itu, simulasi juga merupakan salah satu strategi pengajaran yang terbukti berkesan
dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari pelbagai aspek.
Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat
disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta
diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS
dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi
terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick & Hill, 1999). Antaranya ialah
9
simulasi berkomputer dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang
mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru
bagi setiap pelajar (Les Pang & Hodson, 1999). Dalam penyelidikan yang telah
dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan bahawa integrasi simulasi
berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti tradisi dapat
meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi berkomputer boleh
digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan
membina kemahiran pelajar.
Pelajar-pelajar akan mendapat kefahaman yang lebih baik dengan
menggunakan laman web dalam penerokaan dan pencarian maklumat. Pendekatan
inkuiri yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan
pelajar. Hal ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk memahami sesuatu
matapelajaran dengan gaya pembelajaran mereka sendiri. Hal ini seterusnya
menjadikan pelajar menemui konsep yang sebenar setelah melakukan penerokaan
dengan maklumat baru dan dibandingkan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia
ada mereka. Teknologi simulasi yang menyokong pendekatan inkuiri membawa
pengukuhan kefahaman yang lebih baik kepada setiap pelajar. Dengan itu, pelajar-
pelajar akan dapat menguasai konsep-konsep yang sebenar dengan kefahaman yang
jelas dan tepat.
1.3 Pernyataan Masalah
Oleh yang demikian, berdasarkan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada
Web 2.0, adalah diharapkan ianya boleh digunakan oleh para guru, pelajar dan pihak
pentadbiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sekaligus dapat
membantu para guru dan pelajar menghadapi masalah yang sering terjadi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan dengan adanya penggunaan Web
10
2.0 dapat memberi kemudahan kepada guru dan pelajar berkongsi segala maklumat
kepada sesiapa sahaja. Mereka boleh mendapat maklumat yang dikehendaki dengan
pantas dan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada setiap pelajar belajar
dengan kehendak mereka sendiri kerana ianya berpusatkan pelajar.
Oleh yang demikian, projek ini melibatkan pembangunan satu laman
pembelajaran menerusi web yang bertajuk perkongsian media. Dengan itu, ianya
akan memberi peluang pelajar-pelajar dan guru mempunyai ruang berkongsi
maklumat seperti video, gambar, audio, bahan persembahan dan sebagainya.
Maklumat-maklumat tambahan yang diterima ini akan membolehkan pelajar-pelajar
mengukuhkan kefahaman mereka. Akhir sekali, diharapkan kesan dari penggunaan
Web 2.0 ini terutamanya dalam perkongsian media seperti audio, video dan gambar
dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada semua pihak
terutamanya kepada guru dan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
(i) Mereka bentuk aktiviti pembelajaran menggunakan pendekatan
inkuiri penemuan bagi menyampaikan maklumat berkaitan
perkongsian media menerusi web dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) Membangunkan laman pembelajaran menerusi web yang bertajuk
Perkongsian Media yang berasaskan kepada pendekatan inkuiri
penemuan.