Post on 15-May-2018
SISTEM MAKLUMAT GUNA TANAH LEMBAH BERNAM: SATU KAJIAN.
PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA DIGITAL MENGGUNAKAN SISTEMMAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
EN. MOHD FARIS DZIAUDDIN
JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS2003
KANDUNGAN
Muka Surat
KandunganSenarai JadualSenarai RajahAbstrakAbstract
11
III
IV
V
1.0: Latar Belakang Kajian
1.1 Pentingnya Penyelidikan Terhadap Perancangan Guna Tanah 2
1.2 Permasalahan Kajian 6
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 7
1.4 Kajian Lampau 8
1.5 Reka Bentuk Kajian 13
1.6. Kawasan Kajian 23
1.7 Reka Bentuk Pangkalan Data Sistem Maklumat Guna Tanah Lembah 32
Bemam
1.8 Kesimpulan 37
1.9 Rujukan 38
1.10 Lampiran 40
SENARAI JADUAL
Muka Surat
Jadual 1: Rekabentuk Pangkalan Data Sistem Maklumat Guna TanahLembah Bemam
32
ladual2: Data Elemen yang digunakan di dalam Kajian 33
Jadual 3: Taburan Guna Tanah di Kawasan Kajian 35
11
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Peringkat-peringkat dalam Proses Perancangan
Rajah 2: Reka Bentuk Kajian
Rajah 3: Lokasi Kawasan Kajian
Muka Surat
3
14
24
III
ABSTRAK
Kajian yang telah dijalankan ini telah berjaya menyediakan sebuah pangkalan data digital
yang mengandungi maklumat guna tanah bagi kawasan Tanjong Malim menerusi
penggunaan sistem maklumat geografi (GIS). Perisian ArcView versi PC telah dikenal
pasti sebagai perisian GIS yang telah digunakan untuk pembangunan pangkalan data digital
LEMBAH BERNAM. Pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan jangka masa 1990
hingga 2000. Data sekunder berbentuk reruang seperti data lot, guna tanah, jalan raya,
sungai, dan kemudahan awam telah dikumpulkan daripada Jabatan-jabatan kerajaan dan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. Seterusnya, pangkalan data digital ini
menyediakan capaian mudah kepada pengkaji-pengkaji yang berminat untuk membuat
kajian berhubung aspek pembangunan guna tanah di Tanjong Malim. Di samping itu,
menerusi pembangunan pangkalan data digital ini ia dapat digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar yang mengambil kursus pengenalan sistem
maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi di UPSI. Kajian ini Juga
merupakan kajian rintis kepada kajian yang lebih besar pada masa hadapan iaitu
pembangunan pangkalan data digital bagi Lembah Bemam secara keseluruhannya.
IV
ABSTRACT
This study which was conducted has succeeded in substantiating a digital data base which
contains the land use information for Tanjong Malim area through using Geographic
Information Systems (GIS). The ArcView Software version PC was identified as GIS
software that was used for the development of BERNAM VALLEY digital data base. The
data collection for this study involves the years 1990 until 2000. Secondary data is iJ:J. the
spatial form such as lot map, land use, main road, river, and public facilities were gathered
from govemment offices and the Department of Rural and Town Planning in state of Perak.
In addition to that, this digital data base providing easy access to the researchers that
interested to study about the aspect of land use development' in Tanjong Malim. Besides
that, through the digital data base which has been developed also can be used in the
teaching and learning process to the students who will take the Introduction to Geographic
Information Systems and An Application of Geographic Information Systems courses at
UPSI. This study also is the pioneer to the large study namely the development of digital
data base on the whole area ofBernam Valley in the future.
v
1.0 Latar Belakang Kajian
Guna tanah merujuk kepada tujuan-tujuan eksploitasi yang dilakukan oleh manusia ke atas
tanah. Guna tanah ditafsirkan juga sebagai aktiviti manusia ke atas tanah, sama ada untuk
tujuan peribadi mahupun untuk tujuan komersiI. Ielasnya tanah merupakan aset yang paling
utama bagi manusia sama ada ia sebagai tempat kediaman, untuk tujuan ekonomi dan
sebagainya. Penggunaan tanah mempunyai perkaitan rapat dengan beberapa prinsip asas
ekonomi. Tanah adalah terhad, sedangkan kehendak manusia tidak terbatas. Pertumbuhan
ekonomi yang meningkat, pertambahan penduduk yang pesat, tingginya permintaan untuk
barangan dan perkhidmatan telah menyebabkan tanah digunakan secara lebih intensif.
Menurut Rhind (1980) sifat-sifat tanah yang mempunyai perletakan yang tetap, terhad dan
berubah mengikut keadaan fizikal dan persekitaran telah merumitkan penentuan dalam
penggunaannya. Putnam (1967) menjelaskan bahawa penggunaan tanah tertakluk kepada
beberapa prinsip iaitu guna tanah secara optimum, guna tanah pelbagai dan prinsip
pengeluaran secara maksimum.
Perubahan guna tanah adalah penentu utama perubahan alam sekitar semula jadi yang
secara langsung berinteraksi an tara guna tanah dan atmosfera, sistem akuatik dan keadaan
tanah di sekitar. Perubahan alam sekitar semula jadi secara langsung mempengaruhi
kehidupan manusia. Menyedari hakikat ini, pendekatan sistematik perlu apabila usaha
memajukan tanah ingin dilakukan. Oleh itu pembangunan guna tanah harus dirancang.
Perancangan guna tanah arnat menekankan keseluruhan proses apabila rnanusia merancang
untuk mengubah tanah berasaskan matlamat dan objektif yang digabungkan dengan
maklumat kefungsian sistem guna tanah.
1.1 Pentingnya Penyelidikan Terhadap Perancangan Guna Tanah
Seperti dinyatakan di atas bahawa pembangunan guna tanah harus dirancang. Perancangan
boleh dinyatakan sebagai satu cara memilih sesuatu tindakan untuk masa depan (Ghani,
1998). Justeru itu, perancangan menjadi elemen yang amat penting kepada pembangunan
guna tanah. Perancangan yang terperinci dan tersusun akan memberi kesan langsung
terhadap perkembangan dan penyusunan ruang bagi sesuatu kawasan atau lokasi. Bagi
Chapin dan Kaiser (1979) perancangan guna tanah secara terperinci dan tersusun amat
perlu bagi menjamin sumber tanah yang berharga dapat digunakan dengan lebih efektif,
terkawal dan membawa keuntungan maksimum. Perancangan yang berhubung dengan
pencapaian sesuatu objektif dan diikuti pula oleh susunatur dalam satu jujukan yang
bertertib dapat menjamin keuntungan yang berpanjangan. Ratcliffe (1974) berpendapat
bahawa perancangan untuk memilih tapak mengimbangi kepentingan pelbagai pihak.
Jelasnya, perancangan bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai masalah yang kompleks
sifatnya yang terhasil apabila sesuatu pembangunan hendak dilakukan, seterusnya mencari
jalan penyelesiannya.
Walau bagaimanapun proses perancangan pembangunan guna tanah kebiasannya mengikuti
suatu urutan tertentu iaitu melalui peringkat seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah I. Tempoh proses perancangan ini mernakan masa daripada beberapa bulan hingga
beberapa tahun. la bermula dengan peringkat mengenal pasti masalah tentang
pembangunan yang akan dilakukan. Ini kerana setiap jenis pembangunan ada masalah yang
2
Pengenalpastian dan Penganalisisan Masalah
Membentuk matlamat dan Objektif
Membuat Ramalan dan Jangkaan
Menghasil dan Menilai Tindakan Altematif
Analisis Kebolehlaksanaan
Membuat Penilaian
Implementasi
Rajah 1: Peringkat-peringkat dalam Proses Perancangan
Sum ber: Alexander et a!. (l979)
3
tersendiri. Begitu juga dengan pembangunan guna tanah. Oleh itu sebelum sesuatu
pembangunan dilakukan peringkat pengenalpastian masalah merupakan peringkat yang
amat penting. Misalnya antara masalah yang sering wujud dalam pembangunan guna tanah
ialah terdapatnya pertembungan dan persaingan antara pelbagai jenis kegunaan tanah di
atas tapak yang sama (Eastmen et aI, 1995; Ruslan Rainis, 1991a). Situasi begini terjadi
apabila sesuatu kawasan "yang berpotensi sesuai dibangunkan untuk pelbagai jenis guna
tanah. Contohnya kawasan pertanian yang berdekatan dengan bandar sesuai untuk guna
tanah perumahan atau komersil. Oleh yang demikian penggunaan tanah sedia ada selalunya
akan ditukarkan kepada kegunaan yang lebih menguntungkan. Masalah begini akan dapat
di atasi dengan adanya perancangan yang rapi meliputi keperluan penduduk dan
perkembangan bandar di masa depan.
Setelah masalah yang ada dikenal pasti, peringkat kedua proses perancangan pembangunan
guna tanah ialah membentuk matlamat dan objektif-objektif yap..g lebih khusus dan dapat
diukur. Matlamat dan objektif yang dibentuk ini hams selari dan berkait dengan masalah
yang telah dikenal pasti tadi. Ini bagi mewujudkan pembangunan guna tanah yang lebih
teratur bagi perancangan fizikal, sosial dan alam sekitar dan menyelaraskan pembangunan
guna tanah terutama antara bandar dan luar bandar supaya proses perbandaran berjalan
dengan lancar tanpa menjejaskan produktiviti dan kepentingan sesuatu kawasan serta
membantu mewujudkan ruang dan peluang bagi meningkatkan pelbagai sektor ekonomi.
Peringkat seterusnya ialah membuat ramalan dan jangkaan ten tang keadaan masa depan.
Persoalannya bolehkah kita meramal masa depan? Jawapannya "ya" bagi sesetengah
4
perkara tetapi tidak untuk semua. Namun begitu bagi memastikan sesuatu ramalan yang
dibuat itu berjaya dan selari dengan matlamat dan objektif pembangunan, maka kedapatan
maklumat menjadi elemen perlu. Misalnya ahli perancang cuba meramal arah
pembangunan guna tanah pada masa depan di sesuatu kawasan. Oleh itu maklumat tentang
guna tanah pada masa lepas diperlukan. Oaripada maklumat ini barulah jangkaan masa
depan dapat dibuat. Peringkat keempat ialah berhubung dengan proses menghasil dan
menilai tindakan alternatif yang perlu diambil. Peringkat ini memberi kesan langsung
terhadap kualiti keputusan akhir. Tindakan-tindakan alternatif yang perlu diambil ini
berpandukan pula kepada kombinasi maklumat-maklumat sedia ada. Pada peringkat ini
juga tindakan percambahan fikiran "brainstorming" perlu dil�kukan. Tindakan ini penting
agar alternatif-alternatif yang dikemukakan adalah kreatif dan berkesan.
Proses perancangan yang seterusnya ialah analisis kebolehlaksanaan. Pada peringkat ini
ahli perancang harus mengkaji dan meneliti kemungkinan-kemungkinan yang mungkin
timbul apabila sesuatu projek pembangunan itu dilakukan. Misalnya ahli perancang boleh
menanyakan apakah impak sekiranya kawasan ini dibangunkan sebagai kawasan industri?
Sejauh manakah perancangan pembangunan guna tanah yang dibuat mencapai matlamat
dan objektif pembangunan yang sebenarnya? Ini bermakna ahli perancang perlu membuat
anal isis bagi menentukan sama ada sesuatu pembangunan boleh dilaksanakan di kawasan
tersebut atau tidak. Proses perancangan seterusnya ialah melibatkan aspek penilaian.
Menurut Catanesa dan Snyder (1979) peringkat penilaian bermula apabila ahli perancang
mempunyai beberapa alternatif untuk diimplementasikan. Oleh itu ahli perancang harus
menentukan apakah alternatif yang terbaik. Bagi tujuan menilai alternatif-alternatif yang
5
dipilih tadi, maka ahli perancang perlu menggunakan kaedah-kaedah penilaian yang
terbaik. Misalnya pada tahun 1950an, analisis kos- faedah telah digunakan. Kini kaedah
matrik pencapaian matlamat dan "planning balance sheet" digunakan dalam membuat
penilaian terhadap altematif tindakan. Walau bagaimanapun setiap analisis penilaian yang
dipilih harus sesuai dengan altematif yang hendak dinilai. Oleh itu pengetahuan dan
pengalaman yang tinggi perlu ada pada diri setiap ahli perancang. Peringkat terakhir dalam
proses perancangan ialah implementasi. Pada peringkat ini ahli perancang akan bertindak
mengimplementasikan altematif terbaik yang dipilih ke dunia sebenar. Proses-proses
perancangan yang dinyatakan ini berlaku secara berterusan.
1.2 Permasalahan Kajian
Oaripada proses perancangan yang kompleks itu ahli perancang seringkali menghadapi
pelbagai masalah. Oaripada perbincangan di atas peringkat ketiga dalam proses
perancangan ialah peringkat membuat ramalan dan jangkaan. Proses membuat ramalan dan
jangkaan memerlukan banyak maklumat masa lepas dan masa kini. Walau bagaimanapun
ahli perancang menghadapi masalah mendapatkan dan menguruskan maklumat. Harris
(1965) berpendapat bahawa ramalan dan jangkaan memerlukan banyak maklumat yang
berbentuk reruang dan bukan reruang. Ahris (1990) menyatakan maklumat amat penting
bagi tujuan perancangan dan pengurusan. Maklumat mempunyai peranan dalam proses
pembuatan keputusan mengenai tindakan yang akan diambil, termasuk pengambilan
keputusan strategik dan pengendalian. Kedua, proses bagaimana aktiviti-aktiviti dalarn satu
organisasi disusun dalam bentuk kawalan penyelenggaraan.
6
Dengan memiliki maklumat yang lengkap, terkini, tersusun, dan terperinci membolehkan
ahli perancang membuat ramalan dan bertindak dengan lebih reponsif untuk mengatasi
masalah yang mungkin timbul. Hanya dengan maklumat yang lebih sempuma tentang
sesuatu pembangunan yang hendak dilakukan sahaja ketidaktentuan dalam proses membuat
keputusan dapat dikurangkan. Ini kerana pembuatan keputusan yang lebih yakin sahaja
memungkinkan keuntungan yang optimum dapat dicapai._ Namun begitu kebanyakan
maklumat yang wujud ini adalah dalam bentuk analog seperti peta dan jadual (Burrough,
1986). Dalam peta analog pula, maklumat bukan reruang akan dipaparkan dalam bentuk
lorekan, warna atau perkataan dan simbol. Sungguhpun begitu, pengurusan dan perwakilan
maklumat dalam bentuk ini amat terhad (Narimah, 1995)., Proses perancangan yang
melibatkan penganalisisan banyak maklumat reruang dan bukan reruang sukar dijalankan
dengan berkesan melalui peta berbentuk analog yang hanya membenarkan pertimbangan
maklumat yang terhad. Selain daripada menggunakan data yang banyak, perancangan juga
memerlukan data yang terkini dan konsisten. Tujuannya adalah untuk menjamin keputusan
yang diperoleh adalah tepat. Tambahan pula pengurusan dan pengemaskinian data secara
manual adalah kompleks. Justeru itu, kajian ini secara langsung cuba menyelesaikan
masalah-masalah yang dinyatakan di atas menerusi pembangunan pangkalan data digital
menggunakan SMG.
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Daripada isu-isu dan masalah yang telah dibincangkan di atas, kajian ini mempunyai
matlamat untuk mengaplikasikan teknologi SMG dalam pembangunan pangkalan data guna
tanah digital. Kajian yang dijalankan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertarna
7
kajian ini akan memfokuskan kepada pembangunan pangkalan data guna tanah digital bagi
kawasan Tanjong Malim. Fasa kedua kajian ini kelak akan membangunkan pangkalan data
guna tanah digital bagi Lembah Bemam secara keseluruhannya. Untuk memastikan ia dapat
mencapai matlamat tersebut maka kajian ini mempunyai objektif:
a) untuk mengaplikasikan teknologi SMG bagi pembangunan pangkalan data guna tanah
digital.
b) memaparkan potensi dan keberkesanan aplikasi teknologi SMG dalam perancangan guna
tanah.
1.4 Kajian Lampau
Semenjak kewujudannya sekitar 1960an, SMG telah digunakan dengan begitu meluas
sekali, terutamanya dalam menyelesaikan masalah yang berhubung dengan ruang. Bidang
yang banyak mendapat faedah daripada perkembangan SMG ialah bidang perancangan.
Ramai penyelidik yang mengaplikasikan SMG untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
wujud dalam perancangan. Keupayaan SMG sebagai alat yang mampu menyediakan
maklumat yang lengkap dan kemaskini membantu ahli perancang untuk membuat
perancangan dengan lebih tepat, cepat dan menguntungkan, di samping tidak membawa
impak negatifterhadap persekitaran.
Menurut Tomlin dan Johnston (1988), SMG berperanan dalam perancangan melalui tiga
aspek iaitu pengurusan data secara umum, generalisasi data kepada sesuatu maklumat yang
tertentu dan penggunaan maklumat yang tertentu dan seterusnya penggunaan maklumat
tersebut dalam proses pembuatan keputusan.
8
(a) SMO dalam pembangunan tanah secara ekonomi dan meninggalkan impakpersekitaran yang minimum
Kajian yang telah dilakukan oleh Bright (1992) telah menggunakan SMG bagi membantu
proses perancangan guna tanah. Model yang dikemukakan oleh Bright (1992) iaitu "A
Land Location and Optimization Technique (ALLOT)", dibentuk dengan tujuan untuk
menyediakan satu garis panduan bagi membangunkan tanah dengan lebih ekonomi dan
meninggalkan impak persekitaran yang minimum. Model ini telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu CREATE dan MACRO. CREATE merupakan sebahagian daripada model
ini yang berfungsi dengan mengambil kira faktor kos pembangunan dan impak
persekitaran. Analisis kesesuaian tanah telah dijalankan dalam bahagian ini bagi
memastikan kawasan yang dicadangkan sesuai untuk dibangunkan dengan menggabungkan
faktor hidrologi, geologi, biologi, guna tanah, ketersediaan ada kemudahan prasarana, dan
faktor alam sekitar. Analisis ini memerlukan banyak data yang menerangkan sifat fizikal
kawasan tanah dalam bentuk yang mudah diurus. Teknik tindanan peta (map overlay)
melalui SMG telah digunakan bagi mengurus dan menganalisis data -yang diperlukan.
Model data raster telah digunakan dalam anal isis ini.
Permulaan model ini ialah dengan menginput data ke dalam pangkalan data. Lima faktor
telah dipilih dalam menentukan kesesuaian sesuatu pembangunan bagi kajian ini iaitu tanih,
guna tanah, kawasan banjir dan paya, pemandangan dan Iiputan tumbuhan. Setiap faktor
akan dibahagikan kepada beberapa kategori yang akan menjadi penentu dalam menilai kos
pembangunan dan impak persekitaran. Contohnya tanah akan dibahagikan kepada lapan
9
kumpulan yang mempunyai perbezaan kesesuaian bagi sesuatu pembangunan. Nilai bag!
setiap guna tanah yang dicadangkan akan dicampurkan bagi menghasilkan nilai tahap
kesesuaian bagi setiap penggunaan tanah yang dicadangkan. Peta yang menunjukkan
kawasan yang sesuai bagi sesuatu kegunaan boleh dihasilkan diperingkat ini. Kebanyakan
perisian dalam SMG berupaya menjalankan analisis ini bagi menentukan kesesuaian
sesuatu lokasi bagi sesuatu kegunaan tertentu. Namun penggunaan yang dicadangkan
bukanlah satu penggunaan yang optimum. Selain daripada itu, bahagian ini tidak
mempunyai kawalan terhadap pertembungan antara dua kegunaan tanah.
Bahagian kedua model ini, MACRO menggunakan hasil an�lisis kesesuaian tanah dan
mengagihkan perletakan yang sesuai bagi sesuatu aktiviti bagi menjamin kegunaan yang
paling optimum. Bahagian ini akan mengambil kira kesesuaian tanah, permintaan terhadap
tanah dan pertembungan antara dua jenis penggunaan yang sesuai. Model ini akan
membandingkan nilai tahap kesesuaian yang paling tinggi. Sesuatu lokasi dipilih sebagai
tapak yang paling sesuai jika penggunaan tanah tersebut memenuhi permintaan dan
mempunyai nilai kesesuaian yang tinggi. Oleh itu, model ini difikirkan baik bagi
perancangan kerana selain daripada menjalankan analisis kesesuaian tanah, ia telah
mengambil kira permintaan terhadap penggunaan tanah dan pertembungan antara beberapa
penggunaan tanah dalam menentukan perletakan lokasi sesuatu aktiviti. Walau
bagaimanapun model ini telah dibentuk dengan menggunakan kepakaran dalam bidang
komputer yang jarang didapati oleh ahli perancang. Penggunaan SMG dalam kajian ini
hanya sekadar membantu dalam anal isis kesesuaian tanah.
10
(b) SMG dalam Penilaian Multi-Kriteria dan Multi-Objektif
Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Eastman et al. (1995) telah mengaplikasikan
SMG dalam perancangan guna tanah yang bersifat multi-kriteria dan multi-objektif. Dalam
kajian ini SMG diaplikasikan sebagai alat sokongan keputusan dalam proses pembuatan
keputusan bersifat multi-kriteria dan multi-objektif. Mereka telah menggunakan perisian
yang terdapat dalam SMG iaitu IORISI melalui prosedur raster. Walau bagaimanapun,
kajian yang dilakukan oleh Eastman et ai. (1995) ini juga memberikan pertimbangan yang
bersifat fizikal dalam menyelesaikan masalah pertembungan antara dua projek
pembangunan di atas lokasi tanah yang sarna. Pertembungan yang wujud ini ialah, ahli
perancang berusaha menentukan kawasan mana yang sesuai untuk dibangunkan industri
permaidani dan dalam masa yang sarna harus menetapkan juga kawasan yang sesuai untuk
aktiviti pertanian. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penilaian multi-kriteria
dan pembuatan keputusan multi-objektif. Penilaian multi-kriteria merupakan sebahagian
daripada kaedah penyelesaiannya yang berperanan untuk memaparkan petunjuk-petunjuk
yang harus diambil kira sebelum pembangunan guna tanah dilakukan. Petunjuk ini
diperoleh dengan menggunakan prosedur biasa iaitu kombinasi pemberat linear dan anal isis
kesejajaran ketidaksejajaran. Walau bagaimanapun kombinasi pemberat linear secara
langsung terdapat dalam raster SMG.
Pembuatan keputusan multi-kriteria dalam SMG seperti yang dinyatakan di atas berasaskan
kepada kombinasi pemberat linear. Dalam kajian ini, lORIS I melalui model yang dikenali
sebagai MCE telah dibentuk untuk proses tersebut. Walau bagaimanapun dalam skala yang
berbeza sesetengah kriteria tidak boleh menjadi ukurannya. Oleh itu ia mernerlukan faktor
II
yang telah dipiawaikan sebelum melakukan kombinasi dalam persamaan yang telah
dinyatakan. Dalam kes IORISI, modul STRETCH digunakan kepada skala linear iaitu
dengan nilainya daripada 0-255, 8-bit julat integer. Sementara itu dalam pembuatan
keputusan multi-objektif masalah yang timbul melibatkan aspek objektif yang saling
lengkap melengkapi dan objektif berkonflik. Untuk menyelesaikan masalah objektif yang
saling lengkap-melengkapi ia boleh menggunakan proses penilaian multi-kriteria. Antara
langkahnya ialah dengan mendapatkan satu set peta kesesuaian, satu terbitan dalam konteks
objektif yang spesifik, kemudian hantarkan faktor untuk penilaian baru dalam mana-mana
objektif pemberat dan gabungkan dengan ringkasan linear. Walau bagaimanapun bagi
objektif berkonflik, tanah boleh dibahagikan kepada satu objektif tetapi tidak boleh lebih
daripada satu. Tetapi cadangan objektif pilihan harus dibuat. Untuk tujuan ini SMG telah
menyediakan suatu model yang terdapat dalam IORISI iaitu RANK dan RECLASS.
Sungguhpun begitu, masalah multi-objektif diselesaikan dengan pendekatan matematik
yang berada di luar SMG. Terdapat juga modul lain yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah multi-objektif. Modul yang dimaksudkan ialah modul MOLA
(Multi-Objective Land Allocation).
Seterusnya Eastman et al. (1995) telah mengemukakan langkah-langkah penyelesaian bagi
kedua-dua bahagian. Dalam menyelesaikan masalah yang berhubung dengan penilaian
multi-kriteria beliau mewujudkan empat langkah iaitu "establish criteria", "standardize
factors", "establish faktors weights", dan "weighted linear combination". Sementara itu
untuk penyelesaian masalah bagi pengagihan tanah multi-objektif pula rnereka
menggunakan tiga langkah iaitu "rank standardize suitability maps", establish objectives
weights" dan "interactively resolve conflicts". Setiap langkah-Iangkah yang dinyatakan ini
12
menggunakan modul-modul atau prosedur-prosedur yang terdapat dalam SMG. Jelasnya
kajian ini telah menunjukkan keupayaan SMG dalam menyelesaikan masalah dalam
perancangan guna tanah dengan lebih jelas. Kajian yang dilakukan oleh Eastman et al.
(I995) telah mengaplikasikan SMG dalam perancangan guna tanah yang bersifat multi
kriteria dan multi-objektif
Walaupun SMG mempunyai keupayaan untuk mengubah, menggabungkan atribut,
menghitung jarak dan menghasilkan statistik, namun ia masih belum digunakan
semaksimum mungkin (Tomlin dan Johnston, 1988). Kerana itu menurut Bright (1992),
kebanyakan proses pembuatan keputusan yang melibatkan aspek pengagihan guna tanah
dan penentuan penggunaan guna tanah, SMG hanya dijadikan sebagai alat teknologi
sampingan. Jika diperhatikan, penggunaan SMG pada masa kini masih terhad kepada
proses mencan kesesuaian perletakan sesuatu aktiviti di sesuatu kawasan sahaja.
Nampaknya SMG hanya digunakan secara pasif dan tidak bersungguh-sunggu. Namun
begitu, peningkatan dalam keupayaan-keupayaan yang ada dalam SMG apabila diintegrasi
dengan analisis statistik diharapkan ia dapat digunakan dengan lebih berkesan dan lebih
meluas. Kini SMG semakin diketahui umum dan penggunaannya boleh dikatakan semakin
mendapat pertimbangan apabila sesuatu pembangunan yang berhubung dengan elemen
reruang hendak dilakukan.
1.5 Reka Bentuk Kajian
Dalam bahagian ini pengkaji mengarahkan perbincangan kepada reka bentuk kajian. Ini
penting kerana, reka bentuk kajian akan menjadi asas kepada kajian ini kelak. Kajian yang
13
dijalankan ini bertujuan untuk menggunakan SMG dalam pembangunan pangkalan data
digital. Reka bentuk kajian ini dipaparkan dalam Rajah 2. Peringkat pertama berhubung
dengan mengenal pasti sumber-sumber data. Peringkat kedua, berhubung dengan
penyediaan pangkalan data yang melibatkan aspek reka bentuk pangkalan data. Peringkat
ketiga ialah peta analog dan jadual yang dikumpulkan dan kemudian diinput ke dalam
pangkalan data.
Data
I Peta Lot I I Jadual I I Peta Topografi ]
�.
Pendigitan
,,.
Pengeditan Data
Digital
,.
Pangkalan Data
Digital TanjongMalim
Rajah 2: Reka Bentuk Kajian
14
(AJ Mengenal Pasti Sumber-sumberData
Sistem maklumat geografi pada asasnya terlibat dengan data yang dirujuk mengikut
reruang. Data reruang biasanya diperoleh daripada sumber-sumber seperti peta-peta sedia
ada, foto udara, imej satelit, data daripada pengimbas pesawat udara, pengukuran di
lapangan dan pangkalan data SMG lain. Data reruang yang diperoleh akan diter�ngkan oleh
data atribut. Data atribut mungkin diperoleh daripada pengamatan di lapangan,
persampelan, soal selidik, data banci dan sebagainya. Secara umumnya, sumber data ini
terbahagi kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sekunder sarna ada dalam bentuk digital
atau bukan digital. Sumber-sumber primer melibatkan pengumpulan sarna ada pengrekodan
langsung seperti kerja ukur, pengamatan lapangan, soal selidik atau pengukuran instrumen
atau pengrekodan secara jarak jauh iaitu pengukuran dan pengrekodan dibuat di lokasi
berasingan seperti temu bual melalui telefon, pengira lalu lintas, perekod hujan automatik,
sistem kedudukan global atau kaedah penderiaan jauh yang lain.
Sementara itu, sumber sekunder pula boleh terdiri daripada data pentadbiran yang
dihasilkan daripada fungsi penyimpanan data harian agensi kerajaan atau swasta seperti
rekod kelahiran atau kematian, data lot harta ataupun rekod hujan atau data survei yang
dikumpulkan untuk tujuan tertentu sarna ada secara khusus atau dikemas kini mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Dalam kategori ini termasuklah data daripada banci hinggalah
imej yang diambil dengan sistem penderiaan jauh awam. Bagi data reruang, data sekunder
yang lazim digunakan ialah peta-peta yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti
Jabatan Pemetaan dan Ukur Negara (peta topografi, peta sempadan, peta bentuk bum i),
Jabatan Geologi dan Kajibumi (peta geologi), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (peta
15
guna tanah bandar), labatan Kerja Raya (peta jalan terperinci), labatan Parit dan Saliran
(peta saliran), Jabatan Berkuasa Air (talian paip) dan Tenaga NasionaI (talian elektrik).
Peta-peta yang dinyatakan ini diperoleh dalam pelbagai skala dan ada juga terhad yang
boleh diperoleh cuma selepas mendapat kelulusan khas daripada pihak-pihak tertentu.
(B) Reka Bentuk Pangkalan Data
Kebiasaannya sesuatu perlaksanaan atau projek SMG melibatkan langkah utama iaitu
menentukan objektif, pembinaan pangkalan data dan melaksanakan analisis dan
mempersembahkan hasilan. Objektif projek SMG banyak bergantung pada masalah yang
hendak ditangani atau tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, hasilan akhir dan kumpulan
sasaran. Setelah objektif ditentukan, langkah seterusnya yang paling kritikal dan memakan
masa yang lama ialah pembangunan pangkalan data. Pangkalan data yang lengkap dan
tepat adalah penting dalam menentukan kualiti produk akhir SMG. Oleh itu, pangkalan data
SMG mestilah direka bentuk dengan baik. Reka bentuk pangkalan data ini melibatkan tiga
langkah penting iaitu menentukan isi kandungan pangkalan data, definisikan parameter
storan setiap atribut dan tentukan pendaftaran koordinat (ESRI, 1990).
(i) KenaI Pasti lsi Kandungan Pangkalan Data
Langkah pertama dalam mereka bentuk pangkalan data ialah menentukan data yang akan
dimasukkan ke dalam pangkalan data tersebut. Proses ini melibatkan tiga langkah iaitu
mengenaI pasti sifat-sifat geografi dan atribut yang diperIukan, menyusun lapisan-Iapisan
data dan mengenal pasti peta yang perlu didigitkan. Sifat-sifat geograf dan atribut yang
16
diperlukan ditentukan secara langsung oleh anal isis dan tugasan-tugasan yang akan
dilakukan dan produk peta yang akan dihasilkan. Setiap sifat mungkin akan memerlukan
beberapa atribut. Maklumat keperluan ini biasanya diperoleh melalui analisis keperluan
pengguna atau kriteria analisis yang ditetapkan. Apabila sifat-sifat dan atribut yang
diperlukan telah dikenal pasti, pengkaji akan mengorganisasikan sifat-sifat geografi
tersebut ke dalam lapisan-lapisan peta. Beberapa faktor mempengaruhi organisasi lapisan
dalam pangkalan data dan ia berbeza mengikut aplikasi.
Antara pertimbangan yang paling lazim digunakan untuk mengorganisasi lapisan-Iapisan
peta ialah jenis sifat (titik, garisan atau poJigon) dan kumpulan tema sifat. Umumnya,
lapisan-Iapisan disusun supaya titik-titik, garisan-garisan dan poligon-poligon disimpan
dalam lapisan yang berasingan. Misalnya, sekolah-sekolah atau pusat bandar yang
diwakilkan sebagai titik disimpan dalam satu lapisan, manakala sungai atau jalan raya
diwakilkan sebagai garisan dan disusun sebagai satu lapisan yang lain. Sifat-sifat ini boleh
juga disusun mengikut tema yang diwakilkannya. Misalnya, sungai mungkin disusun
sebagai satu lapisan dan jalan raya sebagai lapisan yang lain. Walaupun sungai dan jalan
raya diwujudkan dalam bentuk garisan, namun adalah munasabah untuk menyimpannya
berasingan. Ini kerana atribut kedua-dua sifat ini sangat berbeza, jadi ia harus disimpan
sebagai lapisan berasingan yang merujuk kawasan yang sarna. Sungai mungkin mempunyai
atribut seperti nama, kelas sungai dan kadar aliran, manakala atribut bagi jalan pula
termasuklah nama, jenis permukaan, bilangan lorong dan had laju.
Proses mengenal pasti sifat-sifat geografi dan atributnya dan mengorganisasi maklumat ini
ke dalam bentuk lapisan akan menentukan peta-peta yang akan terkandung dalam
17
pangkalan data digital yang dibina. Dalam sesetengah kes, lapisan-lapisan peta ini mungkin
tersedia dalam peta-peta yang berbeza (seperti peta kadaster yang menunjukkan hanya
sempadan lot tanah) atau tanah tersedia dalam format digital. Dalam kes yang lain,
pengguna mungkin perlu mengautomasikan Iapisan-lapisan daripada satu peta asas seperti
peta topografi. Dalam hal yang sedemikian, adalah lebih baik diwujudkan manuskrip
manuskrip peta yang berasingan bagi setiap lapisan memandangkan maklumat yang begitu
banyak pada peta asas itu akan menyukarkan proses automasi. Ini biasanya dilakukan
dengan menyurih sifat-sifat diperlukan ke dalam bahan lut sinar yang lain.
(ii) Mendefinisikan Setiap Atribut
Apabila atribut-atribut yang diperlukan bagi setiap lapisan telah dikenal pasti, langkah
seterusnya ialah untuk menentukan parameter-parameter khas bagi setiap atribut dan jenis
jenis nilai data yang akan disimpan. Langkah ini akan memudahkan pembangunan faik-fail
data bagi menyimpan nilai-nilai atribut tersebut, Pada peringkat ini pengkaji akan
menentukan atribut yang akan disimpan sebagai aksara sarna seperti nama asalnya,
manakala atribut yang mewakili nilai numerik (seperti panjang atau lebar jalan) seharusnya
disimpan sebagai nilai sebenar.
Tcrdapat sebilangan atribut diterangkan sebagai untaian aksara yang lebih baik diwakilkan
sebagai kod di dalam komputer. Sekiranya atribut menerangkan satu kelas, mungkin lebih
mudah dan lebih cekap untuk menyimpan kod untuk kelas tersebut dibandingkan dengan
satu penerangan. Misalnya, perkataan 'komersil' mungkin boleh disimpan sebagai kod
aksara 'C' atau kod nurnerik '02'. Penggunaan nilai atribut dalam bentuk kod memudahkan
18