Soalan kuiz 2

Post on 16-Jul-2015

886 views 3 download

Transcript of Soalan kuiz 2

SINONIM

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara

sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi

mendesak ialah ____________.

Jawaban : memaksa

2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak

projek itu.

Perkataan seerti bagi memantau ialah ________________.

Jawaban : memerhati

3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak

iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti

bagi iktibar ialah ___________.

Jawaban : pengajaran

4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang .

Perkataan seerti bagi mengeluh ialah ______________.

Jawaban : merintih

ANTONIM

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin

terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah

_________________.

Jawaban : mempercayai

2 . Pengawal tidak membenarkan sesiapapun masuk melalui

pintu itu kecuali mereka yang dibenarkan sahaja. Perkataan

berlawan bagi masuk ialah _____________.

Jawaban : keluar

3 Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban

dalam pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan

bagi setia ialah ______________.

Jawaban : derhaka

4 . Kapal kargo yang penuh muatan dagangan sedang berlabuh

itu milik Syarikat Melati Jaya Berhad. Perkataan berlawan bagi

berlabuh ialah _______________.

Jawaban : belayar

PANTUN

1. Lengkapkan pantun 2 kerat ini .

Gendang gendut tali kecapi ,

-------------------------------------------

Jawapan : Kenyang perut senang hati .

2. Lengkapkan pantun 4 kerat ini .

Pulau Pandan jauh ke tengah ,

Gunung Daik bercabang tiga ,

_____________________________,

_____________________________.

Jawapan : Hancur badan di kandung tanah

Budi yang dikenang juga .

3. Lengkapkan pantun 4 kerat ini .

Pisang emas dibawa belayar ,

Masak sebiji di atas peti ,

_____________________________,

_____________________________.

Jawapan : Hutang emas bolehku bayar ,

Hutang budi kebawa mati .

PERIBAHASA

1. Berikan maksud peribahasa ini .

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga.

Jawapan : Perselisihan dalam kalangan keluarga sendiri

akhirnya berbaik-baik semula.

2. Berikan maksud peribahasa ini .

Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang

lembu menguak .

Jawapan : Perlu menyesuaikan diri dengan tempat

di mana kita berada.

3. Berikan peribahasa bagi pernyataan berikut .

Sang Kerbau telah digigit oleh Sang Bedal setelah

terlepas dari tindihan kayu .

Jawapan : Seperti melepas anjing tersepit

Seperti kacang lupakan kulit

BANDINGAN SEMACAM

1. Rakyat negeri Melaka hidup dengan aman dan sejahtera

kerana negeri nya diperintah oleh seorang raja yang adil.

Berikan kata bandingan semacam bagi adil.

Adil seperti ………………………..

Jawapan : Adil seperti Hakim

2. Rasa kopi yang dibuat oleh ibu sangat pahit .

Berikan kata bandingan semacam bagi pahit .

Pahit seperti ………………………..

Jawapan : Pahit seperti hempedu / jadam

3. Pemain bola sepak dari benua Eropah itu tinggi seperti

……………………………..

Jawapan : Tinggi seperti galah.

TEKA – TEKI MAIN-MAIN

1. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila

di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

2. Banyak-banyak bunga, bunga apa yang disiram

mati? ( bunga api)

3. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok?

( nanas)

4. . Malam hidup, siang mati (ikan)

5. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)

6. Potong panjang tak potong pun panjang?(kacang

panjang)

7. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan

ais? (milo)