Post on 12-Oct-2019
1
SPP(S).100-1/6/1
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BILANGAN 5 TAHUN 2018
PELAKSANAAN SISTEM ePROPER
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP) berhubung pelaksanaan urusan perkhidmatan secara dalam talian
melalui Sistem Proses Perkhidmatan (ePROPER) bagi Anggota Perkhidmatan
Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP.
LATAR BELAKANG
2. Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh SPP bagi
melaksanakan urusan perkhidmatan secara dalam talian yang merangkumi empat
(4) modul iaitu pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan tempoh percubaan,
pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
3. Syarat-syarat dan dokumen yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan sistem
ini hendaklah merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berikut:
(i) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2018
– Tatacara Pengesahan Pelantikan Tetap;
(ii) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2018
– Tatacara Pelanjutan Tempoh Percubaan;
2
(iii) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 3 Tahun 2018
– Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan
(iv) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun 2018
- Tatacara Pemberian Taraf Berpencen.
4. Sistem ePROPER telah dilaksanakan secara rintis di semua agensi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat melalui Pekeliling
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2016 – Pelaksanaan Sistem
ePROPER (Projek Rintis) dan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis).
DEFINISI
5. Bagi maksud pekeliling ini:
“Anggota Perkhidmatan Pendidikan” bermaksud Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan
Pelaksana lantikan SPP;
“Pegawai” bermaksud pegawai yang dilantik secara tetap oleh SPP;
“Pegawai Bertanggungjawab” bermaksud Pegawai Penyedia, Pegawai
Penyemak dan Pegawai Peraku;
“Pegawai Penyedia” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab
memasukkan maklumat perkhidmatan pegawai ke dalam Sistem ePROPER;
“Pegawai Penyemak” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab
menyemak maklumat perkhidmatan yang dimasukkan oleh Pegawai Penyedia
ke dalam Sistem ePROPER dengan merujuk kepada dokumen dalam fail
peribadi pegawai;
3
“Pegawai Peraku” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab
mengesahkan maklumat perkhidmatan pegawai dalam Sistem ePROPER
adalah benar dan memperakukannya kepada SPP;
“Buku Perkhidmatan Kerajaan” bermaksud buku perkhidmatan pegawai;
“Pusat Tanggungjawab” merujuk kepada agensi yang mengendali dan
mengemaskini buku perkhidmatan Kerajaan bagi APP;
“Bukan Pusat Tanggungjawab” merujuk kepada agensi yang buku
perkhidmatan Kerajaan pegawai dikendalikan dan dikemas kini oleh Pusat
Tanggungjawab; dan
“Ketua Jabatan” bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai
yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak
bagi pihaknya seperti yang berikut:
(i) Pegawai yang berkhidmat di Agensi dan Bahagian di bawah KPM,
Ketua Jabatan ialah Ketua Pengarah, Pengarah atau Setiausaha
Bahagian yang berkenaan;
(ii) Pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dan kampus-kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM
atau Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan;
(iii) Pegawai yang berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej
Matrikulasi, Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang
berkenaan;
(iv) Pegawai yang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua
Jabatan ialah Pengarah Pendidikan Negeri;
4
(v) Pegawai yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua
Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah;
(vi) Pegawai yang berkhidmat di Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah
Pengarah Kolej Vokasional yang berkenaan; dan
(vii) Pegawai yang berkhidmat di sekolah menengah atau rendah Ketua
Jabatan ialah Pengetua atau Guru Besar sekolah yang berkenaan.
PELAKSANAAN SISTEM ePROPER
6. Berikutan kejayaan projek rintis Sistem ePROPER, SPP telah memutuskan
penggunaan sistem ini kepada semua agensi di bawah KPM dalam melaksanakan
urusan perkhidmatan yang merangkumi pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan
tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf
berpencen. Keputusan ini adalah bertujuan bagi mempermudah urusan
perkhidmatan APP, menjimatkan kos Kerajaan dan memberi kepercayaan kepada
Ketua Jabatan untuk membuat perakuan.
TATACARA PENGGUNAAN SISTEM
7. Sistem ePROPER boleh dicapai melalui portal SPP iaitu www.spp.gov.my
atau terus ke pautan URL https://teratai.spp.gov.my. Pegawai Bertanggungjawab
boleh merujuk manual sistem dengan memuat turun Manual Pengguna Sistem
ePROPER seperti di LAMPIRAN A di capaian URL yang sama.
KATEGORI PENGGUNA SISTEM
8. Pelaksanaan urusan perkhidmatan secara dalam talian melalui Sistem
ePROPER melibatkan tiga (3) kategori pengguna sistem yang berperanan sebagai
Pegawai Bertanggungjawab seperti berikut:
5
Kategori Peranan Pegawai
Pegawai
Penyedia
Bertanggungjawab memasukkan maklumat
perkhidmatan pegawai ke dalam Sistem
ePROPER dengan memastikan semua
dokumen yang dikemukakan oleh pegawai
adalah lengkap dan disimpan di dalam fail
pegawai.
Pembantu Tadbir
(Perkeranian/
Operasi)
Pegawai
Penyemak
Bertanggungjawab menyemak maklumat
perkhidmatan yang dimasukkan oleh Pegawai
Penyedia ke dalam Sistem ePROPER.
Sekiranya Pegawai Penyemak berpuas hati,
maklumat pegawai akan disahkan lengkap
dan dihantar kepada Pegawai Peraku.
Ketua Sektor/
Penolong Kanan/
Penolong Pegawai
Tadbir/ Ketua
Pembantu Tadbir
Pegawai
Peraku
Bertanggungjawab memperakukan pegawai
dalam sistem ePROPER berdasarkan
maklumat yang telah disediakan dan disemak
bagi memastikan pegawai yang diperakukan
untuk urusan perkhidmatan ke SPP adalah
betul dan teratur.
Ketua Jabatan
sepertimana
ditakrifkan di
Perenggan 5
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
9. Bagi Ketua Jabatan agensi yang bertaraf PTJ, perakuan urusan perkhidmatan
APP kepada SPP hendaklah menggunakan Sistem ePROPER. Manakala Ketua
Jabatan agensi yang bertaraf bukan PTJ, perakuan urusan perkhidmatan APP
masih kekal dikemukakan secara manual kepada PTJ masing-masing dan PTJ
berkenaan akan mengemukakan perakuan tersebut kepada SPP melalui Sistem
ePROPER.
6
10. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan tindakan seperti berikut:
(i) mengenal pasti kategori Pegawai Bertanggungjawab iaitu Pegawai
Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku;
(ii) mengemukakan permohonan kepada SPP untuk mewujudkan Identiti
Pengguna (ID) menggunakan Borang Pendaftaran ID Pengguna
Sistem ePROPER seperti di LAMPIRAN B;
(iii) memastikan Pegawai Bertanggungjawab menggunakan ID Pengguna
dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab di atas
kerahsiaannya;
(iv) memaklumkan kepada SPP melalui e-mel sekiranya terdapat pegawai
yang tidak lagi menjalankan peranan sebagai Pegawai
Bertanggungjawab dan mengenal pasti Pegawai Bertanggungjawab
yang baharu bagi menggantikan peranan tersebut;
(v) memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePROPER
adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai;
(vi) memuat turun dan mencetak surat kelulusan pegawai yang terdapat di
portal SPP bagi tujuan pemakluman dan disimpan dalam fail peribadi
pegawai;
(vii) memastikan kelulusan urusan pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan
tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian
taraf berpencen direkodkan dalam buku perkhidmatan Kerajaan
pegawai; dan
(viii) memastikan fail peribadi pegawai dikemaskini dan segala perakuan
berkaitan dengan urusan pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan
tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian
taraf berpencen pegawai disimpan dengan teratur dan selamat.
7
NAZIRAN URUSAN PERKHIDMATAN
11. SPP akan melaksanakan naziran ke atas semua perakuan urusan
perkhidmatan yang dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem ePROPER. Ini
bertujuan bagi memastikan perakuan tersebut lengkap dan teratur berdasarkan
maklumat yang direkodkan dalam buku perkhidmatan Kerajaan dan dokumen yang
disimpan dalam fail peribadi pegawai.
12. Ketua Jabatan diingatkan supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan
semasa membuat perakuan urusan perkhidmatan kepada SPP melalui Sistem
ePROPER bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan kecuaian.
PENGECUALIAN
13. Penggunaan Sistem ePROPER hendaklah dilaksanakan sepenuhnya bagi
APP yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP kecuali bagi kes-kes berikut dimana
perakuan hendaklah dikemukakan secara manual:
(i) urusan pengesahan pelantikan tetap bagi pegawai baharu yang
diperiksa dan diperakui sebagai tidak sihat oleh pengamal perubatan
berdaftar dalam borang pemeriksaan kesihatan;
(ii) urusan pengesahan pelantikan tetap bagi pegawai yang mempunyai
mana-mana masalah seperti yang termaktub dalam Surat Akuan
Berkanun (Akta Akuan Berkanun 1960);
(iii) urusan pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan dalam
perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen, mengikut mana-mana
yang berkenaan, bagi pegawai yang sedang dalam prosiding
tatatertib atau telah dikenakan hukuman tatatertib; dan
(iv) pegawai yang terlibat dengan opsyen pertukaran pelantikan,
penambahbaikan skim yang belum disahkan dalam perkhidmatan
terdahulu dan belum memenuhi syarat skim perkhidmatan baharu.
8
14. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling ini
hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan SPP.
PEMAKAIAN
15. Pekeliling ini terpakai untuk semua APP yang dilantik oleh SPP mulai 1
Januari 2014. Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama Pekeliling Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran seperti berikut:
(i) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun
2017 – Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Kesihatan Oleh
Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan
Pendidikan;
(ii) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun
2018 – Tatacara Pengesahan Pelantikan Tetap;
(iii) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun
2018 – Tatacara Pelanjutan Tempoh Percubaan;
(iv) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 3 Tahun
2018 – Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan
(v) Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun
2018 – Tatacara Pemberian Taraf Berpencen.
PERTANYAAN
16. Sebarang pertanyaan mengenai sistem ini boleh dirujuk kepada:
Ibu Pejabat Putrajaya
Unit Sistem ePROPER
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Aras 2, Blok B3, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 Putrajaya
(i) Bahagian Perkhidmatan
No. Tel : 03-8871 7425/ 7421/ 7429
No. Faks : 03-8871 7492
E-mel : eproperhq@spp.gov.my
9
(ii) Bahagian Pengambilan Guru
No. Tel : 03-8871 7401/ 7467
No. Faks : 03-8871 7485
E-mel : eproperhq@spp.gov.my
(iii) Bahagian Pengambilan Bukan Guru
No. Tel : 03-8871 7412/ 7413
No. Faks : 03-8871 7485
E-mel : eproperhq@spp.gov.my
Urusetia Cawangan Sabah
Jawatankuasa Kecil Sistem ePROPER Negeri Sabah
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Urusetia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Peti Surat 11359, Jalan UMS-Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Tel : 088 - 488 521/ 522/ 523/ 524
No. Faks : 088 – 487 257
E-mel : epropersabah@spp.gov.my
Urusetia Cawangan Sarawak
Jawatankuasa Kecil Sistem ePROPER Negeri Sarawak
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Urusetia Cawangan Sarawak
Aras 3 & 4, Bangunan Lee Onn
Lot 1546, Blok 17, KCLD
Jalan Lapangan Terbang
93250 Kuching, Sarawak
No. Tel : 082 – 537 000/ 029
No. Faks : 082 – 528 971/ 972
E-mel : epropersarawak@spp.gov.my
11
EDARAN:
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengarah Politeknik/ Kolej Komuniti/ Kolej Matrikulasi
LAMPIRAN A
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
Manual Pengguna Sistem ePROPER
2
KANDUNGAN 1. TUJUAN ............................................................................................................................................. 3 2. KATEGORI PENGGUNA SISTEM ........................................................................................................ 3 3. PENDAFTARAN ID PENGGUNA......................................................................................................... 4 4. CAPAIAN SISTEM .............................................................................................................................. 4 5. LOG MASUK KALI PERTAMA ............................................................................................................ 4
i) Profil Pengguna ..................................................................................................................... 5 ii) Maklumat Profil Pengguna ................................................................................................... 6
iii) Kemaskini Profil Pengguna…………………………………………………………………………………………..…. 6 iv) Tukar Kata Laluan Pengguna ................................................................................................. 7
6. LOG MASUK ...................................................................................................................................... 7 i) Lupa Kata Laluan ................................................................................................................... 8
7. MODUL PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP .................................................................................... 8 7.1 Pegawai Penyedia ...................................................................................................................... 8
i) Kemasukan……………………………………………………………………………………………………………………………… 9 ii) Kemaskini…………………………………………………………………………………………………………………..………… 11 iii)Peti Pinda……………………………………………………………………………………………………………………………….13
7.2 Pegawai Penyemak .................................................................................................................. 15
7.3 Pegawai Peraku ......................................................................................................................... 18
8. MODUL PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN .......................................................................... 21 8.1 Pegawai Penyedia ..................................................................................................................... 21
i) Kemasukan……………………………………………………………………………………………………………………… 22 ii) Kemaskini………………………………………………………………………………………………………………………..26 iii) Peti Pinda……………………………………………………………………………………………………………………….28
8.2 Pegawai Penyemak ................................................................................................................... 30
8.3 Pegawai Peraku ......................................................................................................................... 33
9. MODUL PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN ................................................................................ 36 9.1 Pegawai Penyedia ..................................................................................................................... 36
i) Kemasukan……………………………………………………………………………………………………………………… 37 ii) Kemaskini……………………………………………………………………………………………………………………… 39 iii) Peti Pinda……………………………………………………………………………………………………………………….41
9.2 Pegawai Penyemak ................................................................................................................... 44
9.3 Pegawai Peraku ......................................................................................................................... 47
10. MODUL PEMBERIAN TARAF BERPENCEN ...................................................................................... 50 10.1 Pengawai Penyedia ................................................................................................................. 50
i) Kemasukan ....................................................................................................................... 51 ii) Kemaskini ......................................................................................................................... 52 iii) Peti Pinda .......................................................................................................................... 53
10.2 Pegawai Penyemak ................................................................................................................. 55
10.3 Pegawai Peraku ....................................................................................................................... 57
11. LOG KELUAR.................................................................................................................................... 60
3
1. TUJUAN
Manual ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara penggunaan Sistem ePROPER
bagi melaksanakan modul Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), Pengesahan
Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan
Pemberian Taraf Berpencen (PTB) bagi memudahkan Pegawai
Bertanggungjawab menggunakan sistem ini.
2. KATEGORI PENGGUNA SISTEM
Pelaksanaan urusan perkhidmatan secara dalam talian melalui Sistem
ePROPER melibatkan pengguna-pengguna berikut :-
Kategori Peranan Pegawai
Pegawai
Penyedia
Bertanggungjawab memasukkan
maklumat perkhidmatan pegawai ke
dalam Sistem ePROPER dengan
memastikan semua dokumen yang
dikemukakan oleh pegawai adalah
lengkap dan disimpan di dalam fail
pegawai.
Pembantu Tadbir
(Perkeranian/
Operasi)
Pegawai
Penyemak
Bertanggungjawab menyemak
maklumat perkhidmatan yang
dimasukkan oleh Pegawai Penyedia ke
dalam Sistem ePROPER. Sekiranya
Pegawai Penyemak berpuas hati,
maklumat pegawai akan disahkan
lengkap dan dihantar kepada Pegawai
Peraku.
Ketua Sektor/
Penolong Kanan/
Penolong Pegawai
Tadbir/ Ketua
Pembantu Tadbir
Pegawai
Peraku
Bertanggungjawab memperakukan
pegawai berdasarkan maklumat yang
telah disediakan dan disemak bagi
memastikan pegawai yang
diperakukan untuk urusan
Ketua Jabatan
sepertimana
ditakrifkan di
perenggan 5,
Pekeliling
4
Kategori Peranan Pegawai
perkhidmatan ke SPP adalah betul dan
teratur.
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Pelajaran Bilangan
5 Tahun 2018
3. PENDAFTARAN ID PENGGUNA
Ketua Jabatan perlu mendaftarkan nama pegawai yang akan bertindak sebagai
Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku. Senarai nama
pegawai hendaklah dikemukakan kepada SPP berdasarkan kepada Borang
Pendaftaran ID Pengguna Sistem ePROPER di Lampiran B, Pekeliling
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 5 Tahun 2018
4. CAPAIAN SISTEM
Sistem ePROPER boleh dicapai melalui URL https://teratai.spp.gov.my.
5. LOG MASUK KALI PERTAMA
a. Taip alamat URL https://teratai.spp.gov.my/eproper/ pada ruangan alamat pada
pelayan internet.
b. Paparan log masuk dipaparkan.
c. Jika berjaya log masuk, menu halaman utama sistem akan dipaparkan.
Rajah 1 : Log Masuk
1. Klik pautan ini untuk memuat turun Pekeliling SPP Bilangan 5 Tahun 2018 ‘Pelaksanaan Sistem ePROPER ; atau
2. Klik pautan ini untuk memuat turun Manual Pengguna Sistem ePROPER
3.Klik pautan ini untuk memuat turun Borang Pendaftaran ID Pengguna Sistem ePROPER
4.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
5.Masukkan Kata laluan
6. Klik “Log Masuk” 7.Klik “Terlupa Kata Laluan” sekiranya terlupa kata laluan
5
Rajah 2 : Halaman Utama
PERHATIAN : Sila kemaskini profil dan menukar kata laluan anda sebelum melakukan aktiviti pengesahan urusan perkhidmatan. i) Profil Pengguna
Rajah 3 : Profil Pengguna
1. Nama dan kategori pengguna dipaparkan.
2. Klik “Profil Pengguna” untuk mengemaskini
3. Klik “Tukar Kata Laluan” untuk menukar kata laluan
Klik pautan ini untuk ke menu: 1. Halaman Utama 2. Statistik 3. Cetakan Surat Pengesahan Perkhidmatan 4. Rakan SPP 5. Soalan Lazim 6. Log Keluar
Informasi adalah ruangan untuk pemberitahuan, perakuan yang boleh dikecualikan dari menggunakan Sistem eProper;
6
ii) Maklumat Profil Pengguna
Rajah 4 : Profil Pengguna
iii) Kemaskini Profil Pengguna
Rajah 5 : Kemaskini Profil
1. Maklumat pengguna dipaparkan
2. Klik “Kemaskini” untuk mengemaskini ; atau
3. Klik “Tukar Kata Laluan” menukar kata laluan
1. Kemaskini maklumat yang berkaitan
2. Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini; atau
3. Klik “Kembali” untuk ke skrin profil
7
iv) Tukar Kata Laluan Pengguna
Rajah 6 : Tukar Kata Laluan
6. LOG MASUK
a. Taip alamat URL https://teratai.spp.gov.my/eproper/ pada ruangan alamat pada
pelayan internet.
b. Paparan log masuk dipaparkan.
c. Jika berjaya log masuk, menu halaman utama sistem akan dipaparkan.
Rajah 1 : Log masuk
2. Klik pautan ini untuk memuat turun Manual Pengguna Sistem ePROPER ; atau
3.Klik pautan ini untuk memuat turun Borang Pendaftaran ID Pengguna Sistem ePROPER
4.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
5.Masukkan Kata laluan
6.Klik “Log Masuk” 7.Klik “Terlupa Kata
Laluan” sekiranya terlupa kata laluan
1. Klik pautan ini untuk memuat turun Pekeliling SPP Bilangan 5 Tahun 2018 ‘Pelaksanaan Sistem ePROPER; atau
2. Klik “Simpan” untuk menyimpan kata laluan; atau
3.Klik”Kembali” untuk ke skrin halaman utama
Masukkan Kata Laluan yang baru
8
i) Lupa Kata Laluan
Rajah 2 : Set Semula Kata Laluan
7. MODUL PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP
7.1 Pegawai Penyedia
1. Log masuk sistem ePROPER dan halaman utama dipaparkan apabila berjaya masuk.
Rajah 1 : Log Masuk
1. Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
2. Klik “Hantar” dan kata laluan baru akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan dalam sistem
2. Masukkan Kata laluan Pengguna
3. Klik “Log Masuk”
1.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
9
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 2 : Halaman Utama
3. Carian rekod pegawai berdasarkan kemasukan Nombor Kad Pengenalan.
i) Kemasukan
Rajah 3 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Carian Rekod
Klik butang “Klik Di Sini”
1. Masukkan No Kad Pengenalan
2. Klik butang senarai dan
pilih Jawatan/Gred
3. Klik “Teruskan”
10
4. Paparan profil pegawai berkenaan.
Rajah 4 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Profil Pegawai
5. Paparan senarai dokumen yang diperlukan.
Rajah 5 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Dokumen yang Diperlukan
4.Klik “Simpan”. Rekod
berjaya disimpan akan ditambah di peti kemaskini
2.Masukkan maklumat dikehendaki. Mesej “Sila masukkan…” dipaparkan sekiranya maklumat bertanda (*) tidak dimasukkan (MANDATORI) 3.Klik pada kalendar
untuk memasukkan Tarikh Lapor Diri
1. Masukan Nombor rujukan Kem/ Jab/ Sekolah
2. Klik “Dokumen yang Diperlukan”
1. Paparan Maklumat “Profil” pegawai
11
6. Paparan rujukan tentang Tarikh Lapor Diri.
Rajah 6 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Rujukan Tarikh Lapor Diri/Tarikh Lantikan
7. Paparan untuk melihat semula rekod atau mengemaskini maklumat pegawai.
ii) Kemaskini
Rajah 7 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Senarai Rekod Kemaskini
1. Klik peti “Kemaskini”
2. Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1.Klik“Rujukan” untuk panduan dan penerangan yang lebih lanjut tentang Tarikh Lapor Diri.
12
a) Profil Pegawai
Rajah 7 (a) : Pengesahan Pelantikan Tetap – Kemaskini
b) Senarai Dokumen
Rajah 7 (b) : Pengesahan Pelantikan Tetap – Kemaskini
3.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat yang
dimasukkan
1.Profil pegawai
2.Klik “Senarai Dokumen ”
1.Klik “Senarai Dokumen”
2.Kemaskini maklumat yang berkaitan
5.Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
4.Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini ; atau
13
8. Paparan untuk meminda maklumat pengawai yang dihantar semula oleh Pegawai
Penyemak.
iii) Peti Pinda
Rajah 8 : Pengesahan Pelantikan Tetap - Peti Pinda
a) Profil Pegawai
Rajah 8 (a) : Pengesahan Pelantikan Tetap - Pindaan
1. Klik “Peti Pinda”
2. Klik ikon pensel untuk tindakan kemaskini maklumat ; atau
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1. Profil pegawai
2. Klik “Senarai Dokumen”
14
b) Senarai Dokumen
Rajah 8 (b) : Pengesahan Pelantikan Tetap - Pindaan
4.Catatan pegawai penyemak untuk tindakan pindaan oleh pegawai penyedia
5.Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini ; atau
6.Klik “Hantar Semula kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
3. Kemaskini maklumat berdasarkan catatan pegawai penyemak untuk pindaan
15
7.2 Pegawai Penyemak
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 9 : Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 10: Halaman Utama
Klik butang “Klik Di Sini”
Masukkan Kata laluan
Klik “Log Masuk”
1.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
16
3. Paparan untuk melihat rekod atau mengemaskini maklumat pegawai yang telah
disediakan oleh pegawai penyedia.
Rajah 11 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Peti Semak
a) Profil Pegawai
Rajah 11 (a) : Pengesahan Pelantikan Tetap - Semakan Pegawai Penyemak
1. Klik “Peti Semak”
2. Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
2. Klik “Senarai Dokumen”
1.Profil Pegawai
17
b) Senarai Dokumen
Rajah 11 (b) - Pengesahan Pelantikan Tetap : Perakuan Pengawai Penyemak
3.Maklumat yang dimasukkan oleh Pegawai penyedia, kemaskini jika perlu
6.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat
yang disediakan oleh
Pegawai Penyedia
7.Klik “Kemaskini” untuk
menyimpan maklumat yang
telah dikemaskini; atau
8.Klik “Kembalikan kepada
Penyedia” untuk tindakan
Pegawai Penyedia; atau
8.Klik “Hantar kepada
Peraku” untuk tindakan
pengesahan perakuan
4.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan penyemak (jika ada)
5.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat yang
dimasukkan
7.Klik “Kembalikan kepada Penyedia” untuk tindakan Pegawai Penyedia
6.Klik “Kemaskini” untuk mengemaskini maklumat ; atau
18
7.3 Pegawai Peraku
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 12: Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 13: Halaman Utama
Klik butang “Klik Di Sini”
2. Masukkan Kata laluan
3. Klik “Log Masuk”
1.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
19
3. Paparan untuk melihat rekod pegawai untuk perakuan
Rajah 14 : Pengesahan Pelantikan Tetap – Peti Peraku
a) Profil Pegawai
Rajah 14 (a) : Pengesahan Pelantikan Tetap – Semakan Pegawai Peraku
1. Klik “Peti Peraku”
2. Klik ikon pensel untuk peraku maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1. Maklumat pegawai
2. Klik “Senarai Dokumen”
20
b) Senarai Dokumen
Rajah 14 (b) : Pengesahan Pelantikan Tetap – Perakuan Pegawai Peraku
3.Maklumat yang dimasukkan oleh Pegawai penyedia dan pegawai penyemak
4.Maklumat perakuan pegawai penyedia
5.Maklumat perakuan
pegawai penyemak
9. Klik “Kembalikan kepada Penyemak” untuk tindakan pindaan
10. Klik “Hantar ke SPP” untuk perakuan dihantar kepada SPP
8. Klik “Kemaskini” untuk kemaskini maklumat dikemaskini
6.Masukan catatan bagi pindaan oleh Peraku 7.Tandakan (√) untuk
perakuan dokumen
‘Memperaku”
21
8. MODUL PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
8.1 Pegawai Penyedia
1. Log masuk sistem ePROPER dan halaman utama dipaparkan apabila berjaya masuk.
Rajah 1 : Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 2 : Halaman Utama
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
3.Klik “Log Masuk”
Klik butang “Klik Di Sini”
22
3. Carian rekod pegawai berdasarkan kemasukan Nombor Kad Pengenalan.
Rajah 3 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Carian Rekod
4. Paparan Profil Pegawai dan Senarai dokumen Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP)
Rajah 4 (a) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Kemasukan Maklumat Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP)
1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
2. Klik butang
senarai dan pilih Jawatan/ Gred
3. Klik “Teruskan”
1.Masukkan nombor
rujukan kem/ jab/ sekolah
23
Rajah 4 (b) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Kemasukan Maklumat Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP)
4.Mesej maklumat perlu dilengkapkan dipaparkan sekiranya maklumat bertanda (*) tidak dimasukkan (MANDATORI)
3.Klik “Sila Pilih” untuk membuat pilihan maklumat yang berkaitan
2.Masukkan maklumat yang mana berkaitan
6.Rekod berjaya disimpan akan ditambah di peti kemaskini
5.Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini; atau
24
5. Paparan rujukan Tarikh Perakuan Ketua Jabatan, Contoh Rujukan Pengecualian
KPM/JPM dan Tarikh Menduduki Peperiksaan.
Rajah 5 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Paparan Rujukan Kemasukan Maklumat
Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP)
1.Sila pastikan opsyen skim KWSP/Pencen dipilih
dengan tepat seperti Jadual Kelima P.U(A) 1/2012
2. Klik “KPM / JPN” untuk Contoh Rujukan Pengecualian
3. Klik “Rujukan” untuk Rujukan Tarikh Menduduki
25
6. Paparan rujukan Tempoh kursus dan Maklumat Peperiksaan
Rajah 6 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Kemasukan Maklumat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
1. Sila pastikan tempoh kursus yang dihadiri bagi Transformasi Minda tidak melebihi 8 hari
4.Rekod berjaya disimpan akan ditambah di peti kemaskini
3.Mesej maklumat perlu dilengkapkan dipaparkan sekiranya maklumat bertanda (*) tidak dimasukkan (MANDATORI)
2.Sila pastikan Maklumat Peperiksaan yang dimasukkan adalah tidak sama
5.Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini; atau
26
7. Paparan untuk melihat semula rekod atau mengemaskini maklumat pegawai.
ii) Kemaskini
Rajah 7 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Senarai Rekod Kemaskini
a) Profil Pegawai
Rajah 7(a) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Kemaskini
1. Klik peti “Kemaskini”
2. Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
27
b) Senarai Dokumen
Rajah 7 (b) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Kemaskini
2.Klik ‘+’ untuk masukkan maklumat yang berkaitan
4.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat yang
dimasukkan
6. Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
5. Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini ; atau
3.Klik ‘-’ untuk keluarkan maklumat yang berkaitan
28
8. Paparan untuk meminda maklumat pengawai yang dihantar semula oleh Pegawai
Penyemak.
iii) Peti Pinda
Rajah 8 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Peti Pinda
a) Profil Pegawai
Rajah 8 (a) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Pindaan
1. Klik “Peti Pinda”
2. Klik ikon tindakan untuk kemaskini maklumat ; atau
3. Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
29
b) Senarai Dokumen
Rajah 8(b) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Pindaan
1. Kemaskini maklumat berdasarkan catatan pegawai penyemak untuk pindaan
30
Rajah 8(c) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Pindaan
8.2 Pegawai Penyemak
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 9 :Log Masuk
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No. Kad Pengenalan Baru
3.Klik “Log Masuk”
4. Klik “Hantar Semula kepada Penyemak”untuk semakan Pegawai Penyemak
3. Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini ; atau
2.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat yang
dimasukkan
31
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik DiSini”.
Rajah 10 : Halaman Utama
3. Paparan untuk melihat rekod atau mengemaskini maklumat pegawai yang telah
disediakan oleh pegawai penyedia.
Rajah 11 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Peti Semak
Klik butang “Klik DiSini”
1.Klik “Peti Semak”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
32
a) Profil Pegawai
Rajah 11 (a) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Semakan Pegawai Penyemak
b) Senarai Dokumen
Rajah 11(b) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Semakan Pegawai Penyemak
1.Semak maklumat pegawai
1.Semak dan kemaskini maklumat dokumen yang dimasukan oleh Pegawai Penyedia
33
Rajah 11(c) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Perakuan Pegawai Penyemak
8.3 Pegawai Peraku
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 12 :Log Masuk
3. Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat
yang disediakan oleh
Pegawai Penyedia
4.Klik “Kemaskini” untuk
menyimpan maklumat
yang telah dikemaskini;
atau
5. Klik “Kembali kepada
Penyedia” untuk
tindakan Pegawai
Penyedia; atau
6.Klik “Hantar kepada
Peraku” untuk tindakan
pengesahan perakuan
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan Baru
3.Klik “Log Masuk”
2. Masukkan catatan pindaan untuk tindakan penyemak (jika ada)
34
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 13: Halaman Utama
3. Paparan untuk melihat senarai rekod pegawai untuk perakuan.
Rajah 14 : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Peti Peraku
Klik butang “Klik Di Sini”
1.Klik “Peti Peraku”
2.Klik ikon pensel untuk tindakan peraku maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
35
a) Profil Pegawai
Rajah 14 (a) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Semakan Pegawai Peraku
b) Senarai Dokumen
1.Semak maklumat pegawai
2.Semak maklumat pegawai dan kemaskini yang mana berkaitan
36
Rajah 14 (b) : Pengesahan Dalam Perkhidmatan – Perakuan Pegawai Peraku
9. MODUL PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
9.1 Pegawai Penyedia
1. Log masuk sistem ePROPER dan halaman utama dipaparkan apabila berjaya masuk.
Rajah 1 : Log Masuk
8.Klik “Kembalikan kepada Penyemak” untuk tindakan pindaan
9. Klik “Hantar ke SPP” untuk perakuan dihantar kepada SPP
7.Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dikemaskini
6.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan pegawai penyemak
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
3.Klik “Log Masuk”
3.Maklumat
perakuan pegawai penyedia
4.Maklumat perakuan pegawai penyemak
5.Tandakan (√) untuk
perakuan dokumen
“Memperaku”
37
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 2 : Halaman Utama
Rajah 3 : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Carian Rekod
Klik butang “Klik Di Sini”
1.Masukkan No. Kad Pengenalan
2.Klik butang senarai
dan pilih Jawatan/ Gred
3.Klik “Teruskan”
38
4. Paparan profil pegawai berkenaan.
Rajah 4(a): Pelanjutan Tempoh Percubaan – Profil Pegawai
3.Masukkan maklumat diperlukan yang mana berkaitan
1.Masukkan Rujukan
Jabatan (mandatori)
2.Mesej akan dipaparkan sekiranya maklumat bertanda (*) tidak dimasukkan (mandatori)
39
Rajah 4(b) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Kemasukan Maklumat
5. Paparan untuk melihat semula rekod atau mengemaskini maklumat pegawai.
ii) Kemaskini
Rajah 5 : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Senarai Rekod Kemaskini
1.Klik peti “Kemaskini”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
4. Klik “Simpan” dan rekod berjaya disimpan akan ditambah di peti kemaskini
40
Rajah 5 (a) : Pelanjutan Tempoh Percubaan –Kemaskini
1.Kemaskini maklumat yang mana berkaitan
41
Rajah 5 (b) : Perlanjutan Tempoh Percubaan –Kemaskini
6. Paparan untuk meminda maklumat pengawai yang dihantar semula oleh Pegawai
Penyemak.
iii) Peti Pinda
Rajah 6 : Pelanjutan Tempoh Percubaan - Peti Pinda
4.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat
yang dimasukkan
1.Klik “Peti Pinda”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
5.Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk tindakan seterusnya
3.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan pegawai penyemak
2.Kemaskini maklumat yang mana berkaitan
42
Rajah 6 (a) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Pindaan
1. Kemaskini maklumat berdasarkan catatan pegawai penyemak untuk pindaan
2. Kemaskini maklumat berdasarkan catatan pegawai penyemak untuk pindaan
43
Rajah 6 (b) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Pindaan
3.Klik “Kemaskini” untuk kemaskini maklumat ; atau
4.Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
44
9.2 Pegawai Penyemak
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 7: Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 8: Halaman Utama
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
3.Klik “Log Masuk”
Klik butang “Klik Di Sini”
45
3. Paparan untuk melihat rekod atau mengemaskini maklumat pegawai yang telah
disediakan oleh pegawai penyedia.
Rajah 9 : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Peti Semak
Rajah 10 (a) : Pelanjutan Tempoh Percubaan : Semakan Pegawai Penyemak
1.Klik “Peti Semak”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1.Semak maklumat pegawai
46
Rajah 10 (b) : Pelanjutan Tempoh Percubaan : Perakuan Pegawai Penyemak
3.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan penyemak (jika ada)
4.Tandakan (√) jika berpuas hati dengan maklumat yang disediakan oleh Pegawai Penyedia
5.Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini; atau
6.Klik “Kembali kepada Penyedia” untuk tindakan Pegawai Penyedia; atau
7.Klik “Hantar kepada Peraku” untuk tindakan pengesahan perakuan
2. Semak maklumat yang dimasukkan oleh pegawai penyedia dan kemaskini maklumat yang mana berkaitan
47
9.3 Pegawai Peraku
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 11 : Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 12: Halaman Utama
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
Klik butang “Klik Di Sini”
3.Klik “Log Masuk”
48
3. Paparan untuk melihat rekod pengawai untuk perakuan.
Rajah 13 : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Peti Peraku
Rajah 14 (a) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Maklumat perakuan
1.Klik “Peti Peraku”
2.Klik ikon pensel untuk peraku maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
4.Semak maklumat dan kemaskini maklumat (jika perlu)
49
Rajah 14 (b) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Maklumat perakuan
Rajah 14 (c) : Pelanjutan Tempoh Percubaan – Perakuan Pegawai Peraku
5.Semak maklumat dan kemaskini maklumat jika perlu
6.Maklumat perakuan
pegawai penyedia
7.Maklumat perakuan pegawai penyemak
11.Klik “Kembalikan kepada Penyemak” untuk tindakan pindaan
9.Tandakan (√) untuk
perakuan dokumen
“Memperaku”
12. Klik “Hantar ke SPP” untuk perakuan dihantar kepada SPP
10.Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dikemaskini
8.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan pegawai penyemak
50
10. MODUL PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
10.1 Pengawai Penyedia
1. Log masuk sistem ePROPER dan halaman utama dipaparkan apabila berjaya masuk.
Rajah 1 : Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 2 : Halaman Utama
2.Masukkan Kata laluan
Klik butang “Klik Di Sini”
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
3.Klik “Log Masuk”
51
3. Carian rekod pegawai berdasarkan kemasukan Nombor Kad Pengenalan.
i) Kemasukan
Rajah 3 : Pemberian Taraf Berpencen – Carian Rekod
4. Paparan Profil Pegawai dan Maklumat Permohonan
Rajah 4(b) : Pemberian Taraf Berpencen – Kemasukan Maklumat
1.Masukkan Nombor Kad Pengenalan
2.Klik butang senarai
dan pilih Jawatan/ Gred
3.Klik “Teruskan”
1.Masukkan Rujukan Jabatan (mandatori)
3.Mesej akan dipaparkan sekiranya maklumat bertanda (*) tidak dimasukkan (mandatori)
4.Kemaskini maklumat cuti jika berkaitan
5.Klik “Simpan” dan rekod berjaya disimpan akan ditambah di peti kemaskini
52
5. Paparan untuk melihat semula rekod atau mengemaskini maklumat pegawai
ii) Kemaskini
Rajah 5 : Pemberian Taraf Berpencen – Senarai Rekod Kemaskini
a) Profil Pegawai
Rajah 5 (a): Pemberian Taraf Berpencen – Senarai Rekod Kemaskini
1.Klik peti “Kemaskini”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1.Semak maklumat pegawai
2.Kemaskini maklumat cuti jika berkaitan
53
Rajah 5 (b): Pemberian Taraf Berpencen – Senarai Rekod Kemaskini
6. Paparan untuk meminda maklumat pengawai yang dihantar semula oleh Pegawai
Penyemak
iii) Peti Pinda
Rajah 6 : Pelanjutan Tempoh Percubaan : Peti Pinda
3.Tandakan (√) jika berpuas
hati dengan maklumat
yang dimasukkan
4.Klik “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini ; atau
5.Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
1.Klik “Peti Pinda”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat ; atau
3.Klik ikon tindakan untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
54
Rajah 7 (a) : Pemberian Taraf Berpencen – Pindaan
Rajah 7 (b) : Pemberian Taraf Berpencen – Pindaan
1. Kemaskini maklumat berdasarkan catatan pegawai penyemak untuk pindaan
3.Klik “Kemaskini” untuk kemaskini maklumat ; atau
4.Klik “Hantar kepada Penyemak” untuk semakan Pegawai Penyemak
2. Kemaskini maklumat cuti jika berkaitan
55
10.2 Pegawai Penyemak
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 8 : Log Masuk
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 9 :Halaman Utama
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
3.Klik “Log Masuk”
Klik butang “Klik Di Sini”
56
3. Paparan untuk melihat rekod atau mengemaskini maklumat pegawai yang telah
disediakan oleh pegawai penyedia.
Rajah 10 : Pemberian Taraf Berpencen – Peti Semak
4. Paparan profil pegawai dan maklumat permohonan.
Rajah 11(a) : Pemberian Taraf Berpencen : Semakan Pegawai Penyemak
1.Klik “Peti Semak”
2.Klik ikon pensel untuk kemaskini maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
1.Semak maklumat yang dimasukkan oleh pegawai penyemak dan kemaskini maklumat yang mana berkaitan
57
Rajah 11(b) : Pemberian Taraf Berpencen : Perakuan Pegawai Penyemak
10.3 Pegawai Peraku
1. Log masuk sistem ePROPER dan menu halaman utama dipaparkan apabila berjaya
masuk.
Rajah 12 : Log Masuk
2.Maklumat perakuan oleh pegawai penyedia
3.Masukkan catatan pindaan untuk tindakan penyemak (jika ada)
4.Tandakan (√) jika berpuas hati dengan maklumat yang disediakan oleh Pegawai Penyedia
5.Klik “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini; atau
6.Klik “Kembali kepada Penyedia” untuk tindakan Pegawai Penyedia; atau
7.Klik “Hantar kepada Peraku” untuk tindakan pengesahan perakuan
2.Masukkan Kata laluan
1.Masukkan No.Kad Pengenalan
3.Klik “Log Masuk”
58
2. Di menu halaman utama, klik butang “Klik Di Sini”.
Rajah 13: Halaman Utama
3. Paparan untuk melihat senarai rekod pengawai untuk perakuan.
Rajah 14 : Pemberian Taraf Berpencen – Peti Peraku
Klik butang “Klik Di Sini”
1.Klik “Peti Peraku”
2.Klik ikon pensel untuk peraku maklumat; atau pegawai“Kemaskini”
3.Klik ikon kanta untuk memaparkan maklumat pegawai“Kemaskini”
59
Rajah 15 (a) – Pemberian Taraf Berpencen – Maklumat Perakuan
Rajah 15(b) : Pemberian Taraf Berpencen – Perakuan Pegawai Peraku
1.Semak maklumat dan kemaskini maklumat jika perlu
7.Klik“Kembalikan kepada Penyemak” untuk tindakan pindaan
8. Klik “Hantar ke SPP” untuk perakuan dihantar kepada SPP
6.Klik“Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dikemaskini
5.Masukan catatan pindaan
4.Tandakan (√)
untuk perakuan
dokumen
2.Maklumat perakuan pegawai penyedia
3.Maklumat perakuan pegawai penyemak
60
11. LOG KELUAR
Rajah 1 : Log Keluar
1. Klik “Log Keluar”; atau
2. Klik “Log Keluar”
URUS SETIA
SEMENANJUNG
SABAH
SARAWAK
B O R A N G P E N D A F TA R A N I D P E N G G U N A S I S T E M e P R O P E R
LAMPIRAN B
Sila lengkapkan Borang Pendaftaran ID Pengguna dan kemukakan kepada Urus Setia Sistem ePROPER.
KOD
PTJ/PPD/SEKOLAH:
A. JENIS PERMOHONAN:
Pendaftaran ID
Baharu
Pertambahan ID
Sedia Ada
Pertukaran ID
Pengguna
Pembetulan Maklumat
Permohonan
Ini akan membatalkan ID Pengguna
yang pernah didaftarkan
NAMA KEMENTERIAN/
JABATAN/ AGENSI/ SEKOLAH
B. MAKLUMAT PENGGUNA
NAMA
NO. K.P.
JAWATAN DAN GRED
E-MEL
NO. TELEFON
BUTIRAN PEGAWAI PENYEDIA PEGAWAI PENYEMAK PEGAWAI PERAKU
C. PENGESAHAN KETUA JABATAN
D. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA ePROPER, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
Diluluskan Tidak Diluluskan Tarikh Didaftarkan:Tarikh Diterima:
i. NAMA
ii. NO. K.P.
iii. JAWATAN
iv. GRED
:
:
:
:
TANDA TANGAN
KETUA JABATAN
TARIKH:
COP JABATAN
eproperhq@spp.gov.my
epropersabah@spp.gov.my
epropersarawak@spp.gov.my
:
:
: