Post on 25-Apr-2019
KEJOHANAN
SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018
28 - 31 MAC 2018
Pertandingan Ten Pin Bowling
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
2 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
PERATURAN/UNDANG – UNDANG DAN FORMAT
PERTANDINGAN BAGI ACARA TEN PIN BOWLING
1. NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN TEN PIN BOWLING SUKAN
GEMAPUTRA XV PERLIS 2018”.
2. PERATURAN AM
2.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Ten
Pin Bowling Malaysia (MTBC) yang terkini.
2.2. Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM
Kejohanan Sukan Gemaputera Ke XV Perlis 2018.
2.3. Pihak penganjur akan meminta PSTBPs untuk menamakan ”Technical
Delegate” bagi pertandingan ini.
2.4. Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat,
Jawatankuasa Pengelola Sukan Bowling berhak/berkuasa mengubahsuai
akan syarat-syarat tersebut mengikut keadaan semasa jika diperlukan.
3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN
3.1 Pada 28 hingga 31hb Mac 2018 (Rabu hingga Sabtu).
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018
ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
3 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
4. TEMPAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan Bowling akan diadakan di gelanggang ARENA BOWLING,
MM SUPER BOWL KANGAR, PERLIS.
5. KELAYAKAN PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan tetap
PKEN, Anak Syarikat, Syarikat Sekutu dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.
5.2 Pegawai dan kakitangan yang bertugas secara kontrak juga layak
menyertai pertandingan ini dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang
daripada satu (1) tahun.
5.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan semua pemain dengan
menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh pihak Penganjur.
6. PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN
6.1 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar hanya satu (1) pasukan ke
Kejohanan ini.
6.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 16 orang pemain iaitu 8 orang
pemain Lelaki + 1 orang pemain simpanan, 4 orang pemain
Perempuan + 1 orang pemain simpanan, 1 orang Pengurus dan 1
orang Jurulatih
6.3 Senarai pendaftaran ini hendaklah disertakan dengan butiran dan
maklumat seperti berikut :-
i. Nama penuh pemain dan pegawai (termasuk jawatan pegawai).
ii. Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai.
iii. Gambar pemain dan pegawai (bersaiz pasport).
iv. Acara yang akan diwakili oleh pemain.
4 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
7. FORMAT PERTANDINGAN
7.1 Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :
7.1.1 Perseorangan Lelaki (Men Singles) ~ 8 pemain
7.1.2 Perseorangan Wanita (Ladies Singles) ~ 4 pemain
7.1.3 Regu Lelaki (Men Doubles) ~ 4 regu (8 pemain)
7.1.4 Regu Wanita (Ladies Doubles) ~ 2 regu (4 pemain)
Regu Campuran (Mixed Doubles) ~ 2 regu (4 pemain)
(bukan pemain 7.1.3 & 7.1.4)
7.1.5 Berempat (Foursome)* ~ 2 pasukan (8 pemain)
(3 lelaki dan 1 wanita)
7.1.6 Masters Lelaki ~ 16 pemain terbaik
7.1.7 Masters Wanita ~ 10 pemain terbaik
8. PESERTA
8.1 Setiap pemain akan mewakili pasukan masing-masing mengikut acara
yang dipertandingkan seperti berikut :-
8.1.1 Acara Perseorangan
8 pemain lelaki dan 4 pemain wanita
8.1.2 Acara Regu
3 regu lelaki (6 pemain) dan 1 regu wanita (2 pemain)
8.1.3 Acara Regu Campuran
2 regu (2 pemain lelaki dan 2 pemain wanita)
8.1.4 Acara Berempat
2 pasukan (6 pemain lelaki dan 2 pemain wanita)
8.1.5 Acara Masters
16 pemain lelaki dan 10 pemain wanita
5 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
9. JUMLAH PERMAINAN
9.1 Setiap acara (kecuali Masters dan Step Ladder) akan bertanding
berdasarkan jumlah jatuhan pin dalam empat (4) permainan bagi setiap
pemain iaitu seperti berikut :-
9.1.1 Acara Perseorangan
Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan.
9.1.2 Acara Regu (Lelaki/wanita/campuran)
Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan iaitu 2 pemain X
4 permainan = 8 permainan
9.1.3 Acara berempat
Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan iaitu 4 pemain X
4 permainan = 16 permainan
9.1.4 Acara Masters Lelaki
Setiap pemain akan bermain enam (6) permainan.
9.1.5 Acara Masters Wanita
Setiap pemain akan bermain enam (6) permainan.
10. PENENTUAN KEMENANGAN
10.1 Acara Peseorangan/Regu/Berempat
Pemenang tempat pertama/kedua/ketiga/keempat akan ditentukan
berdasarkan jumlah jatuhan pin yang dipertandingkan mengikut acara
masing-masing.
10.2 Acara Masters
10.2.1 Kelayakan Masters
16 pemain Lelaki dan 10 pemain Wanita yang mendapat jumlah
jatuhan pin terbanyak dalam semua acara adalah layak untuk
menyertai acara Master.
10.2.2 Step Ladder
Tiga (3) pemain Lelaki dan tiga (3) pemain Wanita yang mendapat
jatuhan pin terbanyak dalam acara master akan layak ke pusingan
Step Ladder
6 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
Pusingan Pertama : Pemain yang menduduki tempat ketiga akan
bertarung dengan pemain yang menduduki tempat kedua dalam
satu permainan. Pemenang akan ditentukan melalui jatuhan pin
atas satu permainan.
Pusingan Kedua : Pemain yang menang dari pusingan pertama
akan bertarung dengan pemain yang menduduki tempat pertama
dipusingan kelayakan dalam dua (2) permainan. Kemenangan
akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin atas dua (2) permainan.
10.3 Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama
pemenang akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin pada permainan
terakhir dan seterusnya.
11. MATA KEJOHANAN
11.1 Mata kejohanan akan diberikan untuk menentukan kedudukan
keseluruhan pasukan seperti berikut :-
Juara : Emas =5 mata
Naib Juara : Perak =3 mata
Ketiga : Gangsa =2 mata
Keempat : =1 mata
11.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang tertinggi adalah Juara
Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA Ke-XV
Perlis 2018 dan akan dianugerahkan Trofi Pusingan Kejohanan.
11.3 Sekiranya terdapat “Tie Score” kemenangan akan ditentukan dengan
pungutan pingat yang diperolehi.
11.4 Sekiranya terdapat sekali lagi “Tie Score” maka penentuan kemenangan
akan diambil kira melalui jumlah jatuhan pin yang telah diperolehi dalam
semua acara.
7 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
12. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PENTANDINGAN
12.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017.
12.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM2,500.00 (Ringgit Malaysia : Dua
Ribu Lima Ratus Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan.
12.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan
resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan.
13. MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN
13.1 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan pada 27 Mac
2018 (Selasa).
13.2 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus
Pasukan adalah muktamad. Selepas taklimat Mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan sebarang permohonan, pertukaran atau gantian
adalah tidak dibenarkan.
13.3 Undian menentukan lorong permainan akan dibuat pada Mesyuarat
Pengurus-Pengurus Pasukan.
14. PIALA/HADIAH
14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin
Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis 2018.
14.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur juga menyediakan hadiah perseorangan
berupa medal seperti berikut :-
BIL. ACARA EMAS PERAK GANGSA
1. Perseorang Lelaki 1 1 1
2. Perseorangan Wanita 1 1 1
3. Regu Lelaki 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )
4. Regu Wanita 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )
5. Regu Campuran 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )
6. Berempat 1 ( 4 ) 1 ( 4 ) 1 ( 4 )
8 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
7. Masters Lelaki 1 1 1
8. Masters Wanita 1 1 1
9. Juara Keseluruhan 1 ( 16 ) 1 ( 16 ) 1 ( 16 )
JUMLAH 30 30 30
Tropi Juara Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling
Medal Acara All-Event (Lelaki & Wanita)
15. SYARAT-SYARAT LAIN
15.1 Melapor Diri
Pengurus-Pengurus Pasukan dipertanggungjawabkan untuk melapor
pemain-pemain mereka bagi semua acara kejohanan iaitu setengah jam
(30 minit) sebelum setiap acara bermula.
15.2 Pakaian
Semua pemain dalam satu pasukan dikehendaki memakai pakaian
seragam dan kemas. Pemain tidak dibenarkan memakai seluar „Jeans‟
atau pendek. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan
penyertaan pemain berkenaan terbatal.
15.3 Nombor Kod Pemain
Setiap pemain mestilah mempunyai nombor kod pemain yang dipinkan
dibelakang baju masing-masing.
15.4 Skor
Kesalahan dalam pengiraan skor atau bantahan terhadap keputusan skor
mestilah dilaporkan dengan serta-merta kepada pegawai kejohanan.
Setiap bantahan terhadap skor akan hanya diterima sekiranya bantahan
dibuat sebelum balingan berikut dibuat. Sekiranya balingan berikut telah
dibuat maka skor yang tertera dikira sah.
15.5 Kehilangan Skor
Sekiranya terdapat kehilangan skor yang dsebabkan kerosakan Monitor
10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
TV dan skor-skor itu tidak dapat dikesan maka pemain-pemain yang
terlibat mestilah bermain semula permainan tersebut. Akan tetapi
permainan terdahulu yang skornya telah dicatat tidak boleh diubah.
15.6 Penipuan
Sekiranya terdapat dikalangan pemain cuba menipu dengan mengubah
skor atau tidak mempunyai kelayakan yang dimestikan maka secara
automatik penyertaan akan ditarik balik.
15.7 Permainan Tergendala
Pegawai yang bertugas mempunyai kuasa untuk mengarahkan
pertukaran lorong sekiranya terdapat kerosakan mesin. Pemain yang
tergendala dan tidak boleh diselesaikan akan disambung dilorong lain.
15.8 Menarik Diri
Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah
dijadualkan bermain akan dianggap sebagai menarik diri dan tidak akan
dibenarkan memulakan permainan. Jika ada pasukan atau pemain yang
menarik diri dari mana-mana satu acara maka pasukan atau pemain akan
dianggap menarik diri dari mana-mana satu acara itu sahaja.
16. BANTAHAN DAN DISIPLIN
16.1 Sebarang bantahan selain daripada skor hendaklah dibuat melalui
Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Penganjur dalam
masa lima belas (15) minit selepas acara tamat dengan bayaran
RM2,000.00 tunai sebagai pertaruhan. Wang cagaran ini tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan itu ditolak oleh Jawatankuasa,
sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 6.1, Undang-Undang dan
Peraturan Am, Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
16.2 Keahlian Jawatankuasa Kecil Bantahan dan Displin adalah sepertimana
yang dinyatakan dalam Perkara 6.3. Undang-undang dan Peraturan AM,
Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
17. KEMALANGAN DAN KEHILANGAN
17.1 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kecederaan atau kemalangan yang berlaku sepanjang kejohanan
diadakan.
17.2 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan harta benda peserta, pegawai atau pasukan yang berlaku
sepanjang kejohanan diadakan.
18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN
18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau
soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan
Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 di mana
keputusannya adalah muktamad.
SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH
DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP
1 Pengurus
2 Jurulatih
BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI
PERMAINAN NO. PEKERJA/
KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan
Bowling & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.
** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017
Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang
kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam
borang pendaftaran individu
Pengurus Pasukan Disahkan oleh
Nama :
No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua
No. Tel : Jabatan/Eksekutif)
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN BOWLING GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
PERMAINAN/SUKAN : TEN PIN BOWLING
PASUKAN : _
Sediakan 2 Keping
gambar berukuran
passport dan 1 keping
dilekatkan di sini
BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU
KEJOHANAN BOWLING
GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
NAMA PENUH :
NO. K/P :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
(Tempat Bertugas) :
NO. PEKERJA :
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :
NO. TEL :
Tarikh :
PENGURUS
JURULATIH
PEMAIN
Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua
maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Penyata KWSP/KWAP
Gambar dua (2) keping berukuran passport