Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PE
1/5
1
JPA.BK(S)26/4/4 Jld.3 (14) No. Siri
KERAJAAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9
TAHUN 2013
PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGIPEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan
keputusan Kerajaan yang membenarkan pemakaian two/three - piece suit pants
bagi pegawai awam wanita semasa bekerja.
LATAR BELAKANG
2. Peraturan mengenai etiket pakaian pegawai awam semasa bertugas
dinyatakan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang dijelaskan melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan
Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.
Perenggan 2.2.1 pekeliling ini menyatakan "slacks" atau pakaian seluar tidak
dibenarkan pemakaiannya bagi pegawai wanita semasa bekerja atau
menghadiri upacara rasmi.
7/27/2019 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PE
2/5
2
DASAR BARU
3. Bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh kaum
wanita dalam perkhidmatan awam ketika ini, maka Kerajaan membenarkan
pemakaian two/three - piece suit pants bagi pegawai awam wanita semasa
bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah
menetapkan pakaian tertentu. Contoh two/three - piece suit pants adalah seperti
di Lampiran A dan B.
TARIKH KUATKUASA
4. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ia
dikeluarkan.
PEMAKAIAN
5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semuaPerkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan
Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
Oktober 2013
7/27/2019 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PE
3/5
3
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
7/27/2019 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PE
4/5
Two Piece Suit Pants
LAMPIRAN A
7/27/2019 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PE
5/5
Three Piece Suit Pants
LAMPIRAN B