Surat Pelepasan Sekolah Agama

Post on 10-Aug-2015

786 views 10 download

Transcript of Surat Pelepasan Sekolah Agama

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT

77300 MERLIMAU, MELAKA

TEL & FAKS : 06-2633672

_____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKSM.KOKU.900-12

Tarikh : 26 Februari 2013

Kepada :

Guru besar SRA JAIM FELCRA SERI MENDAPAT,

77300 MERLIMAU,

MELAKA.

Assalamualaikum.

Tuan / puan

Mohon Pelepasan Sekolah Agama

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan , pertandingan bola sepak bagi kawasan Merlimau akan

diadakan mengikut ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 4-9 Mac 2013

2.2 Hari : Isnin - Sabtu

2.3 Tempat :Sk Serkam Darat, Sk Sungai Rambai (peringkat akhir)

3. Sehubungan dengan itu, beberapa murid daripada tahun 6 dan 5 akan terlibat

dalam pertandingan bola sepak ini. Walaubagaimanapun jika pada hari tersebut mereka

tiada perlawanan mereka akan menghadirkan diri ke sekolah agama.

4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan / puan untuk memberi

pelepasan sekolah agama kepada murid-murid tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan

senarai nama murid yang terlibat semasa pertandingan tersebut.

5. Sekian, untuk makluman tuan / puan. Kerjasama dan perhatian tuan / puan saya

dahului dengan ucapan terima kasih.

‘’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menurut perintah,

BIL NAMA TAHUN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15