Surat Rasmi PIBG

Post on 17-Jan-2016

39 views 0 download

description

Surat Rasmi PIBG

Transcript of Surat Rasmi PIBG

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SKSM.TR(HP)0029/Jld.2( )

Tarikh : 20 Mei 2013

Kepada,En Ramli Bin DeramanPengerusi PIBG, SK Sultan Mizan, 26700 Muadzam Shah,Pahang Darul Makmur

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA KARNIVAL PERMAINAN ANTARA RUMAH SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 2013 SK SULTAN MIZAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Sultan Mizan akan mengadakan karnival permainan antara rumah sukan yang akan berlansung pada

Tarikh : 27 JUN 2013Hari : KhamisMasa : 7.40 pagi – 5.30 petangTempat : SK Sultan Mizan

3. Bersandarkan program tersebut, saya bagi pihak SK Sultan Mizan ingin memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi untuk menjayakan program ini. Perbelanjaan yang diperlukan ialah sebanyak RM 1,892.00 untuk hadiah, alat-alat permainan tambahan, banner, makanan dan minuman seperti yang dilampirkan dalam kertas kerja.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja karnival permainan antara rumah sukan peringkat sekolah 2013 SK Sultan Mizan.

SK SULTAN MIZAN,

26700 MUADZAM SHAH,

PAHANG DARUL MAKMUR

+609-5398050+609-5398051http://www.sksm.edu.my@ email: pagurubesar@sksm.edu.my

5. Keprihatinan dan sumbangan pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..(ABDULLAH BIN MOHAMAD)Guru besar,SK Sultan Mizan,26700 Muadzam Shah,Pahang Darul Makmur