Post on 06-Feb-2016
WATAK UTAMA
HAFIZ/BUJEI
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Hafiz Penduduk kampung melihat Hafiz sebagai pemuda yang tidak berakal,
bodoh, dungu
Bapanya seorang tentera
Bercita-cita untuk menjadi seperti bapanya
Bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya
Kayak
Ibunya berkahwin lain dengan Harun
Seorang murid yang cemerlang
Sering dibuli oleh Alias
Tinggal di rumah neneknya
Boleh menyanyi dengan baik
Suka mendengar radio
Tidak memilih pekerjaan
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Bangga dengan ayahnya Dia sering kali bercerita tentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia
bercita-cita ingin menjadi seperti bapanya
Berani Hafiz menerkam ke arah bapa tirinya, Harun setelah melihat ibunya diterajang
sehingga pengsan. Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam
kebakaran
Hafiz menyerang Alias dan menumbuk perut Alias apabila Alias enggan
menyerahkan radio sebaliknya menjatuhkan radio itu ke lantai
Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila
berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak
menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Penyayang Dengan kudrat yang ada, Hafiz bangun menuju ke bilik untuk menyelamatkan ibunya
tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia hanya sempat mendengar
batukan ibunya beberapa kali
Hafiz menahan kesediahan apabila bercerita tentang peristiwa yang menimpa
emaknya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dia menjadi penyebab kepada
kebakaran rumahnya
Hafiz berat hati meninggalkan Adila bersama dengan Alias. Dia mengintai di celah-
celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila
akan tertarik kepada Alias
Patuh Hafiz sering mematuhi arahan Alias seperti terjun ke dalam sungai dengan
membenam-benamkan dirinya di dalam air
Hafiz akan mandi, menggosok giri dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan
oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya.
Bertanggungjawab Hafiz tinggal di rumah neneknya. Walaupun rumah tersebut kurang sempurna,
tetapi dia membaiki sendiri rumah itu dan menjaganya dengan baik. Dia menyusun
peralatan di dalam rumah itu dengan kemas.
Suka berangan Sambil berbaring, Hafiz berangan-angan. Dia kerap kali mengingati keadaan dirinya
yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan,
bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan
menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah dia akan
berkahwin dengan Same’ah.
Rajin/ tidak memilih
pekerjaan
Hafiz bersedia melakukan apa-apa pekerjaan asalkan perutnya terisi. Dia menunggu-
nunggu orang yang ingin meminta pertolongannya di simpang jalan berhampiran
jambatan. Buktinya Hafiz membawa beg sekolah Kasim dan Sulaiman dan sebagai
upah dia diberi minuman dan kuih.
Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah
diterangkan. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah
digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam
sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.
Suka menasihati Hafiz sempat menasihati rakan-rakannya seperti Kasim, Sulaiman dan Husin semasa
dia membawa beg rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh
Mempunyai harga diri Ketika Hafiz singgah di kedai Pak Sulong, dia bertekad tidak akan meminta-minta
daripada orang yang berada di kedai itu kerana dia mempunyai harga diri, tetapi jika
ada antara mereka mempelawanya dia tidak akan menolak
Tabah/ cekal Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai
yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya
Suka menuntut janji Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias
mengarahkan Hafiz supaya pergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak
dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan
sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa supaya janji itu ditunaikan.
Jujur Mak Usu Bakyah menyatakan bahawa lelaki yang jujur ialah Hafiz. Mak Usu Bakyah
membantah apabila Same’ah menyatakan bahawa kejujuran yang ada pada Hafiz
tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya.
Berjimat-cermat Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak
pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi
tembaga dan menyorok di bawah rumah
Sedar akan kekurangan diri Sebaik sahaja Samsul memberitahu Hafiz bahawa Adila ingin berjumpa dengannya,
dia berasa malu kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila. Dia bimbang
akan pendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu.
Beradab ketika makan Hafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan keluarganya
Yakin diri Hafiz melihat jiwa dan perasaannya sudah kembali terbentuk setelah dia bersama-
sama Adila. Dia melihat suatu kesempurnaan. Hafiz menjadi lebih yakin untuk
berhadapan dengan kebenaran. Adila telah memberi satu pengharapan kepadanya
supaya berubah.
Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera
Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna
sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam.
Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi.
Berani menegakkan hak Hafiz sudah berani untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika
berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk
mendapatkan tandatangannya.
Hafiz menumbuk perut Alias. Hafiz mencapai parang panjang. Sambil menghayun-
hayun parang panjang itu, Hafiz meminta Alias menggantikan radio yang
dirosakkannya itu. Hafiz ingin membakar motor Alias.
Bijaksana Hafiz menyedari kebaikan Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu
jarinya pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang
diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak
memberikan apa-apa makna.
Same’ah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan-rakannya kepada
Adila. Hafiz yang menyedari perbuatan Alias itu, mencapai sebutir bom lalu
mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaan menjadi
kelam-kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam
poket seluarnya dan berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai Pak Sulong, Hafiz
menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong apabila Pak Sulong memujuknya. Benda
yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Same’ah berasa geli hati kerana
Hafiz dapat membodohkan orang kampung.
Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias dengan
memberitahu bahawa jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila keluar
daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian
rupa.
Tidak berdendam Walaupun Harun telah menamparnya kerana dia telah merosakkan borang yang
dibawanya, tetapi Hafiz tetap membantu Harun keluar daripada lumpur akibat
tersadung akar pokok ketika mengejar Hafiz.
Mengenang jasa Hafiz memberitahu Samsul bahawa keluarga Sidang Saman baik terhadapnya. Orang
lain hanya mahu membodoh-bodohkannya sahaja
Penyabar Hafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan
yang ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.
Suka mengemas rumah Hafiz mula mengemas rumah kerana perubahan perlu dilakukannya.Televisyen dan
radio lama telah dibuang. Kawasan rumah juga telah dibersihkan. Setelah selesai,
dia duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio.
Yakin diri Hafiz dengan penuh yakin memberitahu Sidang Saman bahawa Alias merosakkan
radio yang baru dibeli dengan harga RM80.
Sensitif Orang kampung sudah mengetahui Alias meminang Adila. Hafiz juga mengetahui
berita tersebut. Hafiz agak kecewa dan dia melihat Adila sebagai seorang penipu dan
telah memperdayakan dirinya. Keesokan hari dia tidak lagi pergi ke rumah Sidang
Saman
Teguh pendirian Hafiz menyedari bahawa kehidupan mesti diteruskan walaupun dia tidak bersama
Adila. Dia menyambung semula kerjanya membersihkan kawasan untuk berkebun.
Ringan tulang Hafiz pergi ke rumah Sidang Saman untuk membantu menyiapkan pelamin Same’ah.
Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya
menyiapkan pelamin tersebut. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah datang ke
rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja.
Baik hati Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah
neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan
dituntut oleh orang lain.
Mudah percaya kepada kata-
kata orang lain
Hafiz mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila mempunyai penyakit AIDS. Baginya
Alias telah menyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu
membencinya kini dengan rela hati memberitahu akan bahaya yang mungkin akan
dihadapi jika dia rapat dengan Adila.
Berterus terang Hafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuh Adila sepanjang dia
berkenalan dengan Adila. Hafiz juga memberitahu bahawa dia suka kepada Adila
kerana Adila baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu bagaimana
hendak membalas jasa Adila.
Mengenang jasa Hafiz memberitahu bahawa Adila banyak membantunya dengan mengajar pelbagai
perkara. Dia mengenang jasa baik yang telah ditaburkan oleh Adila. Hafiz tidak tahu
cara hendak membalas budi baik Adila.
WATAK SAMPINGAN
ADILA
PERWATAKAN LUA RAN
WATAK PERNYATAAN
Sepupu Same’ah
Bercinta dengan Faizal sebelum melanjutkan pelajaran
Belajar di England
Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus
Menjadi mangsa fitnah Alias
Jatuh cinta kepada Hafiz
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Simpati Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila
memberitahu Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya
Penakut Adila memberitahu Same’ah bahawa dia betul-betul cemas pada hari dia mula-mula
berjumpa dengan Hafiz yang dalam keadaan basah kuyup dan badannya berlumpur.
Keadaan Hafiz pada masa itu betul-betul menakutkannya
Perahsia Sepanjang dua bulan lebih Adila berada di kampung, dia tidak menceritakan sebab
dia datang ke situ. Persoalan ini menjadi tanda tanya Same’ah kerana sebagai
graduan biasanya mereka akan mencari pekerjaan tetapi tidak berlaku kepada Adila
Teguh pendirian Adila mengenali Faizal sebelum dia menuntut di England lagi. Mereka berjanji untuk
setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang
kepadanya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan
keputusannya tidak akan menerima kembali Faizal.
Adila menyambut baik saranan ayahnya supaya bekerja untuk menghilangkan beban
yang ditanggungnya. Adila bertekad untuk menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu
yang masih belum selesai. Dia ingin menyelesaikan beberapa perkara dengan Hafiz.
Berterus terang Adila mula menceritakan rahsia sehingga dia datang ke kampung dan tinggal
bersama keluarga Same’ah. Sebenarnya dia ingin menenangkan fikiran akibat
dipermainkan oleh Faizal yang tidak setia dalam perhubungan mereka. Faizal telah
beristeri apabila Adila pulang ke tanah air.
Adila memberi jawapan kepada Mak Lamah bahawa dia belum bersedia berumah
tangga lagi
Lemah-lembut Hafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila
mendengar suara serta ucapan yang lemah lembut dan hormat Adila terhadapnya
Bijak mempengaruhi Hafiz mampu bercerita tentang ibu bapanya yang telah meninggal dunia dan
neneknya. Hafiz dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan
kesediahan ketika menceritakan peristiwa yang menimpa ibunya dan berkali-kali dia
menafikan bahawa dialah yang menyebabkan rumanya terbakar
Mudah mempercayai kata-
kata orang
Adila mempercayai kata-kata Alias bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang
boleh berjangkit dan mempunyai penyakit maniac
Sukar untuk dipujuk Adila memberitahu bahawa keputusan Faizal menceraikan isterinya tidak dapat
mengubah keputusannya untuk tidak menerima kembali Faizal
Yakin diri Adila begitu yakin bahawa Hafiz berada di pihak yang benar apabila penduduk
kampung bercakap tentang peristiwa perbalahan antara Hafiz dengan Alias. Adila
yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya akan menyebabkan Hafiz akan
kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan
Tidak mementingkan diri Adila kesepian apabila Same’ah mengikut suaminya. Timbul rasa ingin pulang ke
kota. Adila memikirkan Hafiz jika dia meninggalkan kampung itu. Mungkin Hafiz
menganggap Adila ingin meninggalkannya. Hafiz sudah berubah tetapi tidak boleh
dibiarkan sendirian.
Tabah Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang
menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu
mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz
dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan
Hafiz nanti.
Sedia berkorban/ ikhlas Sidang Saman memberitahu bahawa Sahak kekurangan darah dan Adila bersedia
menderma darahnya kerana kebetulan dia juga mempunyai darah jenis AB. Adila
menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia
tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Teguh pendirian Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya
walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman.Akhirnya Sidang Saman
sekeluarga menerima pilihan Adila.
ALIAS
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Cucu kepada Opah Arah
Berkawan dengan Sahak dan Sani
Meminang Adila
Pembuli
Suka kepada Adila
Terlibat dalam perlumbaan motor
Cuba menculik Adila
Cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila
PERW ATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Suka membuli Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan
membenam-benamkan dirinya di dalam air dan dia ketawa melihat perbuatan Hafiz
itu
Alias datang ke rumah Hafiz lalu mengambil radio yang baharu dibeli oleh Hafiz.
Alias melambung-lambungkan radio itu dan akhirnya Alias menjatuhkan radio itu ke
lantai. Hafiz sedih dan Alias ketawa sepuas-puasnya.
Kejam/tidak
berperikemanusiaan
Alias sering mengarahkan Hafiz supaya melakukan perkara-perkara mengikut
kesukaannya seperti turun ke dalam sungai dan mengarahkan Hafiz membasahkan
dan mengotorkan badannya. Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan
menerajangnya
Mungkir janji Hafiz mendapatkan Alias selepas membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan
supaya Hafiz pergi tanpa memberi satu senpun. Alias tidak menunaikan janjinya
kepada Hafiz setelah Hafiz selesai membasuh motosikalnya.
Suka menakut-nakutkan
orang
Hafiz ketakutan apabila mendengar Adila menyebut perkataan borang dan repot
kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang ingin membawanya kepada polis
untuk mengisi borang dan repot
Pendendam Alias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok
belimbing di halaman rumah Sidang Saman. Alias tidak senang melihat Hafiz rapat
dengan Adila
Suka membuat fitnah Alias memberitahu Adila bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh
berjangkit. Alias juga memberitahu bahawa Hafiz juga mempunyai penyakit yang
lebih teruk iaitu penyakit maniac sehingga Adila menjadi cemas apabila
mendengarnya
Berterus-terang Alias memberitahu Adila bahawa tiada guna dia bercakap dengan Hafiz kerana dia
mempunyai IQ yang rendah. Alias memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah lama
berhajat untuk berkenalan dengan Adila
Alias datang ke rumah Hafiz untuk memberitahu bahawa dialah yang meminta Hafiz
menyanyi pada malam itu. Tujuannya berbuat demikian adalah kerana ingin
memalukan Hafiz tetapi dia tidak menyangka bahawa Hafiz pandai menyanyi.
Mudah perasan Same’ah memarahi Adila kerana melayan Alias. Pada Same’ah, Alias pantang kalau
perempuan suka berbual dengannya kerana mudah timbul perasaan bahawa orang
perempuan hendakkannya
Suka merendahkan
keupayaan orang
Alias memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak percaya Adila belajar di
seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia menganggap fail
yang tertulis perkataan England itu telah dibeli di kedai.
Penipu Alias memberitahu orang kampung bahawa memiliki bom sehingga orang kampung
gempar dan lari bertempiaran
Alias memberitahu orang kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin
mencederakan dirinya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz.
Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada
penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya
kerana penyakit tersebut. Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia
meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk
Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.
Suka diampu Dengan pujian kawan-kawannya, Alias sudah berani mengaku bahawa Adila bakal
menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa dia akan bahagia bersama-
sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan
ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk
menyenangkan hati Alias sahaja.
Suka membuat fitnah Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan
terkutuknya semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu
Adila mempunyai penyakit AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.
Angkuh Di sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias.
Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak
adalah kerana keangkuhannya yang ingin berlawan dengannya.
Memiliki sifat kebencian yang
tebal
Perubahan Hafiz telah mencabar ego Alias. Orang suruhan yang dapat dijadikan
hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi. Penolakan
pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan
kebenciannya mutlak
Jahat Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya.
Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga
menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila
tunduk kepadanya.
FATIMAH
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Ibu Hafiz
Janda beranak satu
Berkahwin semula dengan Harun
Menjadi mangsa penderaan Harun
Berperwatakan sederhana dan tidak tahu melawan
Menjadi mangsa kekejaman suami
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Yakin diri Fatimah tidak mempedulikan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun
tetapi dia tetap meneruskan hajatnya kerana terpengaruh dengan kebaikan Harun
Tabah Fatimah tabah menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan
secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun
Perahsia Fatimah berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangganya
bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku
Bertanggungjawab Menyimpan wang peninggalan arwah suami kerana ingin mengerjakan haji dan
menampung pelajaran anak
HARUN
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Harun Mengahwini Fatimah, ibu Hafiz
Seorang duda
Menjadi mandur di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Pandai memujuk Harun memujuk Fatimah supaya menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta
Harun memujuk supaya Hafiz tidak takut kepadanya kerana kedatangannya adalah
semata-mata untuk mendapatkan tandatangan Hafiz sahaja. Hafiz merasakan
bahawa bapa tirinya itu sudah berubah.
Tidak ikhlas Harun mengahwini Fatimah kerana Fatimah memiliki rupa yang menarik dan
memiliki wang yang banyak hasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak
lain serta memiliki sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya
Kejam/ganas Harun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan
apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai
Harun sangat marah kepada Hafiz kerana telah merosakkan borang yang dibawanya.
Harun menampar muka Hafiz. Apabila Hafiz membantu Harun keluar daripada
lumpur, Harun mengambil kesempatan menumbuk perut Hafiz dan menerpa serta
menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgap di belakang badan Hafiz sehingga
dia tidak sedarkan diri.
Tidak bertanggungjawab Harun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga kerana banyak menghabiskan
masa dengan berjudi
Pandai membuat helah Harun memberitahu orang kampung bahawa Hafizlah yang bermain dengan pelita
sehingga bilik terbakar dan orang kampung seolah-olah percaya dengan kata-kata
Harun
Suka menyogok Harun ingin menyogok Sidang Saman supaya mambantunya mendapatkan semula
haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah
Tidak jujur Harun menjual tanah tapak rumah kepada Wak Senen dnegan harga RM4 ribu tanpa
sebarang surat dan resit. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar
balik RM4 ribu dan ditambah RM2 ribu lagi kepada Wak Senen
SAME’AH
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Same’ah Anak Sidang Saman
Sudah bertunang
Sepupu Adila
Berkahwin dengan pemuda dari kota
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Penyayang Hafiz merasakan Same’ah melayannya dengan kasih sayang dan tidak pernah
menganggapnya sama seperti orang anggap kepadanya
Mengambil berat Same’ah sering menasihati Hafiz supaya menjaga kebersihan diri
Baik hati Sering mengambil berat akan diri Hafiz
SIDANG SAMAN
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Penghulu
Mempunyai 3 orang anak
Sering menjadi tempat rujukan anak buah
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Berani Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk
mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam
Sidang Saman mempersoalkan hak yang mana lagi ingin dituntut oleh Harun kerana
tanah dusun yang masih ada itu masih nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah pula
telah dijual oleh Harun.
Bijaksana Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun
meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan
tapak rumah yang telah dijualnya itu.
Sidang Saman sengaja menanyakan Harun tentang harga semasa tapak rumah jika
ingin menjualnya. Sidang Saman menyarankan supaya Harun memujuk Hafiz dan
mendapatkan tandatangannya. Sidang Saman mempunyai muslihat lain apabila
membuat cadangan itu.
Berpandangan jauh Sidang Saman memberitahu Mak Lamah supaya tidak membuat sangkaan buruk
terhadapnya kerana dia tahu cara hendak menguruskan hal Harun. Sidang Saman
menyedari bahawa tindakan Harun tidak akan berjaya.
Mengambil berat Sidang Saman pergi ke rumah Hafiz untuk mencarinya. Sidang Saman mengambil
berat terhadap Hafiz setelah Adila menunjukkan perhatiannya kepada Hafiz.
Setengah jam kemudian, Sidang Saman membawa pulang Hafiz bersama-samanya
Prihatin/simpati Mak Lamah menyedari beban yang terpaksa dihadapi oleh Adila akibat fitnah yang
dilemparkan melalui surat layang. Mak Lamah meminta Adila supaya bersabar dan
bertawakkal atas apa yang berlaku. Mak Lamah tetap akan menyokong Adila.
MAK LAMAH
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Isteri Sidang Saman
Emak saudara Adila
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Memahami perasaan orang Mak Lamah menyokong apa-apa perkara yang dilakukan oleh Adila asalkan Adila
lain boleh melupakan kisah pahitnya.
Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal yang datang ke
kampung untuk bertemu dengan Adila.
Berprasangka buruk Mak Lamah tidak dapat tidur kerana memikirkan hal perbuatan suaminya dengan
Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba
membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim
Baik hati Mak Lamah mempelawa Hafiz makan sebelum Hafiz berjumpa dengan Adila
Suka menasihati Mak Lamah mengingatkan Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz
kerana Hafiz seorang lelaki. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk berlaku
kepada Adila.
Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias
melakukan perkara buruk kepada Adila
Memahami perasaan orang
lain
Mak Lamah menyedari kegelisahan yang dihadapi oleh Adila. Mak Lamah menasihati
Adila supaya tidak memikirkan Hafiz sebaliknya memikirkan diri sendiri dan masa
depan Adila. Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu
Adila merosakkan masa depannya.
SAMSUL
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Adik Same’ah
Masih bersekolah
10 tahun lebih muda daripada Hafiz
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Suka mempermain-mainkan
orang
Samsul pernah mempermain-mainkan Hafiz dengan menyuruhnya naik pokok betik
tetapi apabila Hafiz sampai di pertengahan, dia meminta Hafiz turun kerana
menuduhnya ingin mencuri
Bertanggungjawab Samsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Samsul
meminta Hafiz memberishkan dirinya kerana dia tidak dapat menahan loya apabila
melihat parut yang berair dan lendir yang berbau.
Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya semasa mereka
berjalan-jalan di bandar kerana Hafiz tidak pernah pergi ke bandar sebelum ini
Baik hati Samsul membantu Hafiz yang kelemahan apabila Sidang Saman membawa pulang
ke rumah. Selepas meletakkan Hafiz di bangsal, dia datang semula membawa
makanan kepada Hafiz
Penakut Samsul tidak masuk ke rumah Hafiz ketika mencari Hafiz kerana takut
Amanah Samsul memberitahu Adila bahawa Alias akan menunggunya di hilir jambatan pada
pukul 9 pagi esok kerana ingin mengajak Adila ke pekan
Mudah bersimpati Samsul serba salah melihat Hafiz menangis di hadapannya. Belum pernah dia
melihat Hafiz menangis sebelum ini. Samsul meminta maaf dan terharu melihat
Hafiz.
Insaf Selepas berbual dengan Hafiz di bangsal, perasaan Samsul terganggu kerana dia
menyedari bahawa dia juga merupakan salah seorang yang pernah mempermainkan
dan mengabaikan Hafiz
Patuh Setelah menyedari Hafiz tiada di bangsal Samsul pergi ke rumah Hafiz apabila
diarahkan oleh emaknya.
Penyayang Samsul tidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan
Hafiz dan berpatah balik untuk mencari Hafiz tetapi tidak menjumpainya. Apabila
berjumpa mereka berpelukan sehingga menjadi perhatian orang ramai
Pandai mencungkil rahsia Samsul mencari jalan untuk mengetahui rahsia bagaimana berita fitnah terhadap
Adila daripada Hafiz. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz pernah menyentuh
Adila walaupun dia menyedari bahawa Hafiz tidak akan berbuat perkara sedemikian.
FAIZAL
PERWATAKAN LUARAN
WATAK PERNYATAAN
Tampan
Bahasa yang digunakan mudah terpikat
Bekas tunang Adila
Telah beristeri
PERWATAKAN DALAMAN
PERNYATAAN HURAIAN
Berani berterus-terang Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk berjumpa dengan Adila dan memujuk
Adila supaya kembali kepadanya semula.
Penyayang Faizal memberitahu bahawa dirinya masih menyintai Adila dan sudah menceraikan
isterinya semata-mata ingin kembali kepada Adila.
Tidak mudah putus asa Faizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak akan
menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami.