Syariat dan Hakikat (Tasawwuf Perbandingan)

Post on 13-Apr-2017

133 views 6 download

Transcript of Syariat dan Hakikat (Tasawwuf Perbandingan)

TASAWWUF PERBANDINGANIUS 4163Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar

ISTILAH SUFI DALAM ILMU TASAWWUF

والحقيقة الشريعةSYARIAT DAN HAKIKAT

1) APA ITU SYARIAT?2) APA ITU HAKIKAT?3) HUBUNGAN SYARIAT DAN HAKIKAT

TOPIK PERBINCANGAN

APA ITU SYARIAT?

▪ Undang-undang ataupun hukum yang telah ditentukan.

▪ Terbahagi kepada dua:–Ta’abbudi–Ta’aqquli

Ta’abbudi

• Bersifat ibadat semata-mata.

• (Perkara yang wajib dikerjakan dan tidak boleh diubah-ubah, tidak perlu kepada pertanyaan kenapa dan mengapa disyarikatkan begitu)

Contoh : Solat Zohor empat rakaat, puasa wajib pada bulan Ramadhan

Ta’aqquli

• Perkara yang dapat difikirkan dengan akal.

• Hukum-hukum yang memberi peluang dan kemungkinan kepada akal untuk memikirkan, baik sebab maupun illah ditetapkan hokum tersebut.

• Contoh : Membersihkan anggota badan dari najis, kerana jika terdapat najis pada anggota badan seseorang maka harus dibersihkan terlebih dahulu jika hendak menunaikan solat.

APA ITU HAKIKAT?

▪ Kebenaran yang mutlak.

▪ Destinasi yang dituju oleh ahli tarekat untuk mencapai maqam yang tertentu.

PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HAKIKAT

▪ a. Asy-Syekh Abu Bakar Al-Ma'ruf mengatakan :

"Hakikat adalah (suasana kejiwaan) seorang Saalik (Sufi) ketika iamencapai suatu tujuan ...sehingga ia dapat menyaksikan (tanda-tanda) ketuhanan dengan mata hatinya".

b. Imam Al-Qusyairiy mengatakan:

"Hakikat adalah menyaksikan sesuatu yang telah ditentukan,ditakdirkan, disembunyikan (dirahasiakan) dan yang telah dinyatakan oleh Allah kepada hamba-Nya".

HUBUNGAN SYARIAT DAN HAKIKAT DALAM TASAWWUF

▪ Menurut Shaikh Najm al-Din Kubra:“SYARIAT adalah seperti KAPALTARIQAH adalah seperti LAUTANHAKIKAT itu seperti MUTIARA…”

▪ “…sesiapa yang mahukan MUTIARA itu, dia mesti menaiki KAPAL, kemudian dia berlayar mengharungi LAUTAN itu. Kemudian, barulah dia sampai kepada MUTIARA tersebut…”

CONTOH:TAHARAH(BERSUCI)

▪ SYARIAT – BERSUCI DENGAN MENGGUNAKAN AIR

▪ TARIQAT – MEMBUANG SEMUA DORONGAN HAWA NAFSU

▪ HAKIKAT – BERSIH HATI DARI SEGALA PERKARA SELAIN ALLAH

KESIMPULAN

▪ SYARIAT ialah anda memperhambakan diri kepada Allah.

▪ HAKIKAT ialah anda menyaksikan (hakikat Allah) dengan mata hati.

**melalui jalan tarikat, iaitu dengan cara senantiasa mengingati Allah.

RUJUKAN

▪ Shaikh Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidik Al-Khalidi. (2014). Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Nilai : Al-falah Publications

▪ Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amirullah. (1984). Tasauf Perkembangan & Pemurniannya. Jakarta : Yayasan Nurul Islam

Disediakan oleh:

MUHAMMAD SYUKRI BIN AHMAD JAMILI

035672

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING

SEMESTER 7 (2016)