Post on 04-Dec-2015
description
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PAHANG
Pantai cherating Pantai Cherating terletak berhampiran bandar
Kuantan, Pahang, Malaysia, merupakan tempat perkelahan yang popular.
Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong. Ada penyu bertelur di sini.
Kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai, pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini. Pantai Cherating ini juga terkenal dengan aktiviti luncur air dan sering menjadi tumpuan pelancong barat untuk datang ke sini.
Hutan endau rompinTaman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan denganPahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutanserta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung(bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Romp
Pulau tiomanPulau Tioman merupakan sebuah pulau yang
terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan
39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah
timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau
Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor.Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin diPahang.
Tasik chiniTasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia
selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk
mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan menggangguekologi
semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.