Syukur

Post on 06-Jul-2015

490 views 7 download

description

manusia

Transcript of Syukur

Kita patut bersyukur

Ucapkan lah Alhamdulillah….

untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila

mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,

kerana itu bermakna kita masih mempunyai

pekerjaan.

untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna

kita cukup makan.

untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu

dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai

tempat tinggal.

untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

untuk jam loceng yang berdering

pada waktu pagi, kerana itu bermakna

kita masih hidup untuk meneruskan

kuliah kimia organik pada hari

ini (Isnin 15/12/08)...

Oleh Itu Belajarlah Bersyukur!!