Post on 06-Feb-2018
ISSN 1985-0220 JUN - SEPTEMBER 2015
Bil.2/2015
olume ccuracy peed
ms33
Sekitar Sekitar PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 ms30
Adobe LightroomBantu LancarkanAliran KerjaAhli Fotografi
MeriahnyaRaya Di BumiMERDEKA
ms07
Menarik Edisi JUN - SEPTEMBER 2015
ms12
ms26
Anjung SinggahAlternatif TanganiMasalah Sosial
taati ikrarperkhidmatanawam
SEHATI SEJIWASEHATI SEJIWAPamer KesepaduanPamer Kesepaduan
ms 28
Buletin ICU JPMJun - September 20152
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV)pada 17 Jun 2015
di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya
(PICC), Presint 5,
Putrajaya.
Foto oleh
Aizat Asyraf Abdul Ghafaraizat.ghafar@icu.gov.my
SIDANG REDAKSI PENGURUSAN ICU JPM | IBU PEJABAT
PENGURUSAN ICU JPM | NEGERI
Ketua Pengarah :: YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) :: YBhg. Datuk Hj. Nor Rizan Mohd Thani
Timbalan Ketua Pengarah (Pusat Transformasi Penyampaian) :: YBhg. Dato' Hj. Hadzir Md. Zain
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas) :: YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan
Pasukan Petugas Pemantauan Projek :: YBhg. Dato’ Nazirruddin Abd Rahman
Pengurus Pasukan BPR Projek BLESS :: Musalmiah Hj. Asli
Pusat Bank Data Negara & Inovasi :: YBhg. Dato' Rosni Abdul Malek
Bahagian Infrastruktur :: Mohd Hatta Nordin
Bahagian Ekonomi :: Dr. Shahrazat Hj. Ahmad
Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal :: Wan Ahmad Shukiman Wan Jaafar
Bahagian Khidmat Pengurusan :: Mohamad Azhan Md Amir
Bahagian Projek Khas :: Ismail Haron
Bahagian Badan Berkanun & Pembangunan Institusi :: Mokhtar Mohamad
Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang :: Mohd Noor Rejab
Bahagian Susun Semula Masyarakat :: Salhah Salleh
Bahagian Kesejahteraan Rakyat :: Md. Azhan Samat@Limat
Bahagian Sosial :: Afandi Nordin
Bahagian Penilaian Outcome :: Mohd Khidir Majid
Bahagian Keselamatan :: Hanani Sapit
PPPN Sarawak :: YBhg. Dato Kamal Husin
JPP Kelantan :: YBhg. Dato' Makhtar Mustapha
PPPN Perak :: YBhg. Dato’ Hasim Hasan
PPPN Sabah :: YBhg. Datuk Hj. Matusin Sunsang
PPPN Selangor :: YBhg. Dato' Mohd Rosli Ramli
PPPN Pahang :: YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Roslan Harun
PPPN Johor :: Datuk Hj. Aziz Mohd Akil
PPPN Pulau Pinang :: YBrs. Tn. Syed Shaari Syed Abdullah
PPPN Wilayah Persekutuan :: YBhg. Datuk Hj. Ariffi n Imat
PPPN Terengganu :: YBhg. Dato' Nik Nasarudin Mohd Zawawi
PPPN Kedah :: Ibrahim Abdullah
PPPN Melaka :: Mohamad Azhar Saleh
PPPN Negeri Sembilan :: Wan Razali Wan Awang
PPPN Perlis :: Mohd Zaki Abdul Rahman
PERDA :: Kosong
JUN-SEPTEMBER 2015Bil.2/2015
PENAUNG YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof
PENASIHAT YBhg. Datuk Hj. Nor Rizan Mohd Thani
YBhg. Dato' Hj. Hadzir Md. Zain
YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan
KETUA EDITOR Mohamad Azhan Md Amir
EDITOR Raymie Amiril
URUS SETIA PENERBITAN Azleen Suzana Zakaria
SIDANG PENULIS Ainnul Dzhamira Mohd Soffi
Azleen Suzana Zakaria
Fazura Yahya
Hanizah Fauzi
Haniza Mohamed Hanippon
Nor Amly Ibrahim
Puteh Soraya A. Rahman
Raymie Amiril
Salhah Salleh
Yuhanis Muliati Mohamed Yusoff
REKALETAK & GRAFIK Mohd Yaziz Sulaiman
JURUFOTO Aizat Asyraf Abdul Ghafar
Amir Afi q Jamaludin
BANTUAN/SOKONGAN Ainnul Dzhamira Mohd Soffi
Razilah Radzi
Mohd Yusri Mohd Lazin
Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan
sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk
keluaran akan datang.
Hubungi Sekretariat Azleen Suzana Zakaria
Penerbitan Email: azleen.zakaria@icu.gov.my
Telefon: 03 8872 6413
Diterbit dan dicetak:
Seksyen Perhubungan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.
Telefon : 03 8872 6407
Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)
KULIT EDISI JUN - SEPTEMBER 2015
Buletin ICU JPMJun - September 2015 3
A ssalamualaikum.Salam Sejahtera dan Salam 1ICU.
Pertama sekali mari kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi, dengan rahmat-Nya kita masih mampu menjalani kehidupan aman makmur selepas negara mencapai kemerdekaan. Betapa bertuahnya kita sebagai warganegara yang menikmati keamanan ini hasil daripada perjuangan generasi terdahulu.
Semangat patriotik yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Rasa cintakan negara akan menjadikan setiap rakyatnya berasa bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang sama ada sosial, ekonomi, politik, agama, budaya, atau pendidikan.
Dari kecil dan saban tahun kita disemaikan semangat dan perasaan cintakan negara. Persoalannya, sebagai penjawat awam adakah kita telah sepenuhnya menghayati erti sebenar kemerdekaan? Sejauh mana aspek sahsiah dan pembangunan jiwa telah terlaksana ke arah mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kita?
Perlu kita sedar bahawa dalam era globalisasi sekarang ini, penjajahan sebenar bukan lagi penjajahan berbentuk fi zikal yang memerlukan kekuatan tenaga dan senjata tajam, tetapi ianya lebih merupakan penjajahan minda yang berupaya mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa.
Justeru, dalam menghayati erti kemerdekaan, kita sebagai penjawat awam perlu melihat cabaran-cabaran yang akan kita hadapi khususnya dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan
negara kita sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri.
Walau apapun pendekatan yang diguna pakai dalam peningkatan perkhidmatan awam, kita mesti menerima hakikat bahawa asas utama adalah jiwa dan kepercayaan kepada diri sendiri. Kesedaran ke atas tanggungjawab bagi menyempurnakan amanah yang diberi serta kesediaan untuk berubah merupakan asas kecemerlangan kita. Kalau kita dapat menyahut setiap seruan pemimpin kita selaras dengan semangat kemerdekaan jiwa yang menitik beratkan kecemerlangan, integriti, amanah dan bersyukur, semestinya kita mampu mewujudkan sebuah organisasi yang disegani.
Sekian untuk kali ini. Selamat Membaca. Wassalam.
Ketua Editor
Hayati Kemerdekaan SYUKURI NIKMATSYUKURI NIKMAT
ILHAM BICARA KETUA EDITOR
JUN - SEPTEMBER 2015Penjawat Awam Perlu Beri Fokus Utama Kepada RMK-11 05
Kerjasama Demi Kesejahteraan Negara 06
Penjawat Awam DimintaTidak Bocor Rahsia Kerajaan 07
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 08
Kunjungan Hormat ICU JPM Ke Seri Mutiara, Pulau Pinang 09
Lawatan Turun PadangKetua Pengarah Ke Pulau Pinang 10
Anjung Singgah Alternatif TanganiMasalah Sosial 12
Lawatan Ketua Pengarah Ke ProjekAkuakultur Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak 14
Mesyuarat Majlis Sosial Bil. 2/2015 15
Rampaian Peristiwa 16
Bahaya Fitnah Di Laman Sosial 24
Program Ambang Aidilfi tri 25
Meriahnya Raya Di Bumi Merdeka 26
Sehati Sejiwa Pamer Kesepaduan 28
Hari Terbuka Sumber Manusia ICU JPM 29
Pertandingan Koir ICU JPM 2015 30
Lawatan Kerja Dari Kementerian Pengajian Tinggi ke Unit Integriti 32
Adobe Lightroom Bantu Lancarkan Aliran Kerja Ahli Fotografi 33
Ehwal Perkhidmatan 34
Apresiasi Perkhidmatan 36
Buletin ICU JPMJun - September 20154
Agensi Pusat yang Unggul dalam Penyelarasan dan
Pemantauan Pembangunan Negara
Agensi Pusat yang Memacu Pembangunan Negara
Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan
dan Penilaian Dasar, Program dan Projek dengan
Mengamalkan Tadbir Urus yang Baik dan Budaya
Kerja yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti
ä Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan
dan outcome Program/Projek Pembangunan
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
ä Mengurus Peruntukan serta melaksana dan
memantau Program/Projek Khas
YAB Perdana Menteri
ä Menyelaras, memantau dan menilai Program/
Projek Kesejahteraan Rakyat
Semasa bekerja di Menara Berkembar KLCC sebelum dilan k menjadi seorang penjawat awam, saya menerima kehadiran ga orang ahli mesyuarat daripada negara Perancis. Kesemuanya lelaki, baka nggi, pu h dan kacak belaka. Mesyuarat diadakan
secara santai dan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Semasa mereka hendak pulang, saya hantarkan sehingga ke kereta dan secara spontan saya mengucapkan ”Au Revoir”, (cara sebutan O-Rev-War) yang bermaksud selamat nggal semoga berjumpa lagi. Jacques, ekseku f lelaki yang kedua paling kacak terus memandang saya dengan kagum sambil berkata “beau!” (katanya sebutan saya jelas dan berlenggok Perancis) lantas bertanya adakah saya sebenarnya tahu berbahasa Perancis tetapi cuba merendah diri? Saya jawab, dak. Saya hanya belajar beberapa perkataan Perancis sahaja, itupun melalui novel yang saya baca.
Itu cerita tujuh tahun yang lalu. Hanya dengan sepotong ayat saya dipandang nggi dan turut membuatkan ha pegawai atasan saya gembira dengan maklum balas posi f yang mereka terima atas a li le contribu on yang saya berikan. The French was happy and the company closed a deal (namun saya yakin sumbangan saya hanya 0.001% dan sememanganya majikan tempat saya bekerja dahulu layak diberikan kontrak atas kehebatan prestasi mereka). Jika diimbau kembali, semasa di sekolah dahulu, saya mengambil Bahasa Arab dan Bahasa Sepanyol sebagai bahasa kedua. Kelebihan bersahabat dengan rakan-rakan pelbagai bangsa mengizinkan saya untuk menguasai Bahasa Inggeris sedari darjah empat lagi. Bahasa Melayu pula bagaimana?
Bahasa Melayu beraja nggi di ha . Biar tutur Inggeris penuh bunyi Mat Saleh, namun dak sesekali Bahasa Melayu dipinggir. Kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa dak menjadikan seseorang itu kurang Melayu, kurang semangat kebangsaan. Penguasaan lebih daripada satu bahasa hanya batu loncatan untuk aspek-aspek kepen ngan kerja sebagai warna tambahan di dalam CV dan perantara perhubungan sosial, bukan berniat mendabik dada. Betapa hebat pun individu itu, bahasa ibunda tentunya dak pernah lekang di bibir. Pilihan radio untuk didengar masih lagi yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, pilihan lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bilik karaoke dak pernah lagu Melayu ter nggal. Berbahasa roman k bersama si dia walau dalam bahasa asing namun ‘sayang’ tetap menjadi pilihan penggan ‘darling’, ‘sweetheart’ dan sebagainya.
Jacques dan rakan-rakan mereka walau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris namun jika terdapat perbincangan kecil di antara mereka ber ga, lidah secara automa k akan bertukar ke Bahasa Perancis membiarkan kami ahli mesyuarat saling terpinga. Jika anda bertanya saya di mana indahnya Bahasa Melayu kita, indahnya dari segi penyampaian maksudnya. Jika berada di tengah kota Prague dan bertemu rakan yang boleh berbahasa Melayu alangkah bahagianya dunia. Bahasa ini menjadikan kita lebih rapat, lebih mesra. Bahasa Melayu itu bahasa cinta. Baitnya indah penuh pui s. Boleh melerai lelah, boleh menyapu sedih mengundang tawa. Ada apa dengan cinta? Cintalah yang menyatukan semua rakyat Malaysia. Salam penuh kemerdekaan, salam hari kebangsaan, salam seha sejiwa.
daridariKacaMataKacaMata
Ada Apa DenganC INTA?
ACCURACY
SPEED
VOLUME
Perkhidmatan Teras Utama
VisiProfil Jabatan
P r o f i l J a b a t a n
Misi
Moto
KOLUM BICARA
Buletin ICU JPMJun - September 2015 5PEMBANGUNAN NEGARA
Dataran Perdana Putra, Putrajaya : YAB Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
mahu semua penjawat
awam memberi fokus utama kepada
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
yang dibentangkan 21 Mei lalu
bagi memastikan negara mencapai
matlamat yang disasarkan menjelang
2020. Dalam RMK-11, kerajaan
akan lebih berpaksikan rakyat serta
menumpukan kepada peningkatan
produktiviti dan kecekapan
perkhidmatan awam. Beliau berkata
demikian ketika berucap pada
Perhimpunan Bulanan Jabatan
Perdana Menteri di Perdana Putra,
Putrajaya pada 1 Jun 2015.
Antara fokus utama ialah
meningkatkan taraf hidup serta
potensi rakyat untuk menyertai
aktiviti ekonomi dan seterusnya
menikmati kekayaan negara. RMK-11
mengandungi enam teras strategik
dan enam pemacu perubahan dalam
usaha untuk merealisasikan matlamat
Malaysia menjadi negara maju dan
inklusif selaras dengan Wawasan
2020. Enam teras berkenaan
ialah memperkukuh inklusiviti ke
arah masyarakat yang saksama,
meningkatkan kesejahteraan rakyat,
meningkatkan pembangunan modal
insan untuk negara maju dan menuju
ke arah pertumbuhan hijau bagi
meningkatkan kemampanan dan
daya tahan.
Selain itu, enam teras berkenaan
turut merangkumi aspek untuk
memperkukuh infrastruktur bagi
menyokong pertumbuhan ekonomi
dan merekayasa pertumbuhan
ekonomi untuk peningkatan
kemakmuran. Justeru, RMK-11
adalah penting kerana ia dilihat akan
menjadi transformasi terakhir dalam
matlamat menjadikan Malaysia
negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020. Cabaran semasa
mengharuskan penyampaian
perkhidmatan terus dipertingkat dan
dilaksanakan dengan cepat dan tepat
menerusi pendekatan kreatif dan
inovatif di samping memantapkan
integriti.❚
PENJAWAT AWAM PERLU BERI
Oleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
FOKUS UTAMARMK-11KEPADA
Buletin ICU JPMJun - September 20156 PEMBANGUNAN NEGARA
Dataran Perdana Putra, Putrajaya : Anggota
pentadbiran negara
perlu fokus kepada
usaha meningkatkan
kesejahteraan rakyat, ekonomi
dan aspek sosial serta memulihkan
keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak berkata demikian semasa
Perhimpunan Bulanan Jabatan
Perdana Menteri pada 3 Ogos 2015
di Putrajaya.
Beliau berkata selepas rombakan
kabinet, banyak tugasan dan
penelitian perlu dilakukan antaranya
memberi keutamaan tinggi kepada
rakyat terutama bagi mengurangkan
beban sara hidup dalam semua
aspek. Perkara itu, menurut beliau
telah digariskan dalam dasar
transformasi nasional dan ia diberi
penekanan dalam Rancangan
Malaysia Ke-11.
Dalam aspek sosial, Datuk Seri Najib
berkata kerajaan perlu menangani
media sosial dimana paradigma
media sosial adalah berbeza.
Kehadiran media sosial telah
membawa banyak perubahan ke arah
penyertaan masyarakat secara dalam
talian. Kesan penggunaan media
sosial yang meluas menyebabkan
fitnah mudah berlaku.
Justeru, penjawat awam perlu
mengurus persepsi menerusi
hikmah dan kebijaksanaan apabila
berhadapan dengan mereka yang
menggunakan media sosial untuk
menyebarkan maklumat palsu atau
pandangan yang tidak benar.
Jika ini tidak dilakukan, maka segala
usaha penjawat awam dalam
melaksanakan dasar kerajaan tidak
akan peroleh kepercayaan rakyat
sekali gus mencalarkan imej Kerajaan.
Datuk Seri Najib berkata beliau
yakin dan percaya kabinet sebagai
satu pasukan yang dibantu anggota
pentadbiran dan pegawai kerajaan di
semua peringkat mampu menangani
segala cabaran atas jalinan kerjasama
yang padu dan kukuh.❚
BEKERJASAMA DEMIKESEJAHTERAAN
NEGARA
Oleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
Buletin ICU JPMJun - September 2015 7
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya : Perdana
Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak meminta penjawat
awam mentaati ikrar perkhidmatan
awam untuk tidak membocorkan
rahsia kerajaan. Berucap pada Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam ke-14
(MAPPA XIV) beliau berkata, insiden
kebocoran rahsia kerajaan sebelum
sesuatu pengumuman rasmi dibuat
boleh memberi implikasi kepada
keputusan kerajaan.
Turut hadir pada majlis di Pusat
Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) itu ialah Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin, menteri-menteri kabinet
dan Ketua Setiausaha Negara
Tan Sri Dr Ali Hamsa. MAPPA
yang dianjurkan sejak tahun 2000
bertujuan membolehkan Perdana
Menteri menerangkan strategi
serta perancangan kerajaan bagi
meningkatkan perkhidmatan kepada
rakyat.
Turut diumumkan Perdana Menteri
adalah kadar baharu terendah
imbuhan tetap perumahan
dinaikkan kepada RM300 sebulan
berbanding RM180 buat masa ini.
Penyelarasan kenaikan itu dibuat
secara berperingkat, sehingga Gred
41 berkuat kuasa November ini. Ia
melibatkan 1.1 juta penjawat awam
dengan implikasi kewangan RM1.04
bilion setahun.
Selain itu, penjawat awam Gred 54
ke bawah bakal menerima bantuan
khas kewangan RM500 bagi
meringankan beban mereka membuat
persiapan menyambut Ramadan
dan Hari Lebaran. Bantuan khas
ini turut dinikmati 700,000 pesara
kerajaan yang menerima pencen
dengan bayaran RM250. Kedua-dua
pembayaran akan dibuat pada
25 Jun ini melibatkan peruntukan
RM1 bilion.❚
PEMBANGUNAN NEGARA
Oleh Fazura Yahya fazura.yahya@icu.gov.my
PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK BOCOR RAHSIA
KERAJAAN
PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK BOCOR RAHSIA
KERAJAAN
tolong jaga rahsia kerajaan, sebab mana-mana kerajaan pun mesti jaga rahsia. Kalau kita belum sedia buat pengumuman janganlah bocor sebab kalau bocor boleh jadi keputusan itu berlainan nanti."
"Ini belum apa-apa lagi tol dah kata kita nak naikkan. Sepatutnya kita ada kaedah tertentu. Inilah saya harap sangat penjawat awam kita sudah angkat sumpah jangan main-mainkan sumpah sebab ini untuk kebaikan negara kita,"
YAB Perdana Menteri
Buletin ICU JPMJun - September 20158 PEMBANGUNAN ORGANISASI
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya : Sambutan
Hari Wanita Kebangsaan
2015 telah secara rasminya
disempurnakan oleh YAB Dato'
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia bertempat
di Pusat Konvensyen Antarabangsa,
Putrajaya. Dengan tema 'Raikan
Kegemilangan', sambutan ini
diadakan bertujuan memberikan
pengiktirafan kepada golongan
wanita di atas sumbangan kepada
pembangunan negara. Antara
pengisian program yang diadakan
sempena sambutan ini ialah Forum
Bicara Wanita dengan tema 'Wanita
Gemilang Penjana Peradaban
Cemerlang' bersama YBrs. Dr.
Madeline Berma dan Pn. Rozita
Ibrahim, serta pameran daripada
agensi Kerajaan, Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan gerai jualan
produk daripada usahawan-usahawan
wanita yang berjaya.
Pada sambutan kali ini, Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan
Perdana Menteri (ICU JPM) amat
berbesar hati kerana telah diberikan
pengiktirafan sebagai 'Juara Wanita'
di bawah sub sektor Dasar Wanita
Negara (DWN) iaitu Kemiskinan
Dalam Kalangan Wanita sekaligus
membuka ruang untuk ICU JPM
bersama-sama terlibat di dalam
pameran tersebut. Penyertaan ICU
JPM adalah untuk mengetengahkan
segala usaha ICU JPM dalam
membasmi kemiskinan dalam
kalangan wanita serta meningkatkan
taraf kehidupan khususnya kepada
mereka dan keluarga, amnya.
Dalam sambutan ini, seramai
18 orang wanita gemilang telah
terpilih untuk menerima watikah
pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat
dan Perundingan Wanita (MPPW).
Antara ahli MPPW yang dilantik
ialah YB Senator Pn. Bathmawati
Krisnan, Pn. Low Ngai Yuen dan
Pn. Ainon Kuntum. Majlis ini akan
dijadikan satu platform untuk
mengintegrasikan perspektif wanita
dalam pelbagai aspek. YAB Perdana
Menteri juga turut menganugerahkan
pelantikan watikah Penyandang Kursi
Kepimpinan Wanita bagi fasa kedua
kepada YBhg. Tan Sri Datuk Dr.
Rafi ah Salim.
Turut hadir pada sambutan ini ialah
isteri kepada YAB Perdana Menteri
Malaysia, YABhg. Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor, YABhg.
Puan Sri Dato' Hajah Jamilah Haji
Anu, isteri kepada Ketua Menteri
Sarawak serta kira-kira 3,000 orang
tetamu jemputan. ICU JPM sangat
menghargai kerjasama yang diberikan
oleh pihak urus setia pameran,
KPWKM, Pejabat Pembangunan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Selangor serta lain-lain pihak
yang membantu dalam menjayakan
pameran ini.❚
SambutanHARI WANITA KEBANGSAAN 2015Oleh Hanisah Fauzi hanisah.fauzi@icu.gov.my
Buletin ICU JPMJun - September 2015 9
Pulau Pinang : Rombongan
Ketua Pengarah ICU
JPM telah membuat
kunjungan hormat kepada
Tuan Yang Terutama,
Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul
Rahman Hj. Abbas, Yang Di Pertua
Negeri Pulau Pinang di kediaman
rasmi Seri Mutiara. Kunjungan
ini merupakan kunjungan hormat
pertama selepas Dato' Ahmad Zaki
Ansore Mohd Yusof dilantik sebagai
Ketua Pengarah ICU JPM.
Turut serta dalam rombongan
tersebut termasuklah Tuan Syed
Shaari Syed Abdullah, Pegawai
Kemajuan Negeri Pulau Pinang,
Tuan Hj. Saringat Hj. Hassan,
Pengurus Besar PERDA, Tuan
Hj. Mohd Noor Rejab, Pengarah
Bahagian Penyelarasan Penyertaan
Bumiputera Pulau Pinang dan Cik
Salhah Salleh, Pengarah Bahagian
Susun Semula Masyarakat, ICU JPM
Putrajaya.❚
KUNJUNGANHORMAT ICU JPM KE SERI MUTIARA,PULAU PINANGOleh Raymie Amiril raymie.amiril@icu.gov.my
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 201510
Pulau Pinang : YBhg. Dato'
Ketua Pengarah ICU
JPM telah mengadakan
lawatan turun padang
ke Pulau Pinang pada
3-5 Jun 2015. Lawatan kerja ini
melibatkan beberapa buah pejabat
termasuklah Lembaga Kemajuan
Wilayah Pulau Pinang atau PERDA,
Pejabat Bahagian Penyelarasan
Bumiputera Pulau Pinang dan Pejabat
Kemajuan Negeri Pulau Pinang.
Lawatan ini adalah lawatan pertama
ke negeri ini selepas YBhg. Dato'
Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof
dilantik sebagai Ketua Pengarah
ICU JPM.
YBhg. Dato' Ketua Pengarah dalam
ucapannya meminta supaya semua
pegawai dan kakitangan perlu
mempunyai dan mengamalkan
budaya keseronokan bekerja agar
dapat mewujudkan persekitaran kerja
yang kondusif. Setiap kerja yang
dilakukan hendaklah bersungguh
sungguh agar dapat membuahkan
hasil yang berkualiti.
Justeru, dalam hal ini rasa cepat
berpuas hati hendaklah dihindari
bagi mempastikan prestasi kerja
sentiasa dipertingkatkan dari semasa
ke semasa. Beliau juga menyeru
agar setiap kakitangan sentiasa
mempunyai fikiran yang positif ketika
melaksanakan tugas sesuai dengan
moto ICU JPM. Apa yang penting
sikap bekerjasama harus ada agar
penyampaian perkhidmatan kepada
stakeholders sentiasa berada di tahap
terbaik.
Pada 4 Jun, Ketua Pengarah telah
mengadakan lawatan ke PERDA-
TECH. Selepas mendengar taklimat
daripada Mohd Asri Baharum,
Oleh Raymie Amiril raymie.amiril@icu.gov.my
LAWATAN TURUN PADANG KETUA PENGARAH ICU JPM KE PULAU PINANG
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 2015 11
Pengarah PERDA-TECH, rombongan
turut melawat dan melihat bagaimana
pelatih menjalani latihan praktikal
yang menekankan aspek kemahiran
yang tinggi antaranya pembikinan
kompenan kecil untuk jentera dan
juga bengkel jahitan.
Selain dari itu rombongan Ketua
Pengarah berkesempatan menaiki
keretapi dari stesen keretapi Nibong
Tebal ke Stesen Keretapi Bukit
Mertajam sambil mendengar taklimat
mengenai Projek Double Track
Pulau Pinang. Projek keretapi laju
yang bermula dari Kuala Lumpur
sampai ke Perlis ini menelan belanja
lebih RM12 bilion, bukan saja dapat
mempercepatkan perjalanan malah
mempertingkatkan lagi kegiatan sosio
ekonomi negara.
Pada sebelah malamnya, rombongan
Ketua pengarah turut melawat
tapak pameran Ekspo Usahawan
Bumiputera Pulau Pinang atau
PENBEX anjuran Focus Group
Pembangunan Usahawan & Koperasi
Bumiputera Pulau Pinang. Ekspo
tahunan ini yang berlangsung mulai
30 Mei hingga 7 Jun bertujuan untuk
memperkenalkan produk produk
keluaran IKS Bumiputera Pulau
Pinang serta menggalakkan orang
ramai membeli barangan keluaran
Bumiputera yang dijamin halal.
Sebanyak 381 gerai pameran yang
menyertainya.❚
Buletin ICU JPMJun - September 201512 KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kuala Lumpur: Tanggungjawab selaku
Urus Setia kepada Majlis
Sosial, Unit Penyelarasan
Pelaksanaan Jabatan
Perdana Menteri (ICU JPM) sentiasa
memastikan peranan pemantauan
dilakukan secara berterusan agar
dapat menyumbang secara aktif
dalam usaha menangani masalah
sosial negara.
YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore
Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU
JPM telah turut serta di dalam
lawatan kerja ke Anjung Singgah,
Kuala Lumpur bagi melihat
sendiri situasi semasa masyarakat
gelandangan di Wilayah Kuala
Lumpur. Lawatan dimulakan pada
jam 11.00 malam.
Turut serta dalam lawatan ini ialah
Timbalan Ketua Pengarah Sektor
Pembangunan Strategik, YBhg. Datuk
Haji Nor Rizan Mohd Thani, Timbalan
Ketua Pengarah Sektor Penyelarasan
Projek Khas, YBhg. Datuk Zolkopli
Dahalan, Pegawai Kemajuan Negeri
Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk
Haji Ariffin Imat, Pengarah-pengarah
daripada Ibu Pejabat iaitu Pengarah
Bahagian Kesejahteraan Rakyat,
Pengarah Bahagian Sosial, Pengarah
Bahagian Penilaian Outcome
dan Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan.
Taklimat ringkas mengenai Anjung
Singgah telah disampaikan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Kebajikan Negara, YBhg. Dato' Rafek
Reshidullah. Beliau turut menyatakan
penghargaan kepada pihak ICU JPM
di atas kesudian jabatan meninjau
dan melihat sendiri kondisi Anjung
Singgah.
AnjungSinggahAlternatifTanganiMASALAHSOSIAL
Oleh Nor Amly Ibrahim amly.ibrahim@icu.gov.my
Buletin ICU JPMJun - September 2015 13
Selain melihat kemudahan yang
disediakan di bangunan Anjung
Singgah, pelawat juga telah dibawa
meninjau gelandangan di beberapa
lokasi sekitar Jalan Hang Lekiu, Jalan
Silang dan Bangunan Cahaya Suria.
Turut serta memberi penerangan
sepanjang tinjauan dilakukan ialah
Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar
Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM), Chua Choon
Hwa, Ketua Penolong Pengarah
Kanan, Bahagian
Perancangan dan Pembangunan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
Fatimah Zuraidah Salleh dan Ketua
Unit Projek Khas, Yayasan Kebajikan
Negara (YKN), Nordina Haron.
Secara keseluruhannya objektif
lawatan ini tercapai seterusnya dapat
membantu pihak ICU JPM untuk
bekerjasama bersama jabatan dan
agensi lain bagi mencari alternatif
atau kaedah dalam menangani
isu gelandangan seterusnya
membantu
memulihkan isu sosial di negara kita.
Lawatan berakhir pada jam 2.00 pagi.
ICU JPM merakamkan penghargaan
di atas kerjasama yang diberikan
oleh pihak KPWKM, JKM, YKN serta
lain-lain pihak yang membantu dalam
merealisasikan lawatan ini.❚
dan Pembangunan,
ajikan Masyarakat (JKM),
aidah Salleh dan Ketua
Khas, Yayasan Kebajikan
Buletin ICU JPMJun - September 201514
Lubok Antu, Sarawak : Ketua Pengarah ICU JPM
YBhg. Dato' Ahmad Zaki
Ansore Mohd Yusof telah
mengadakan lawatan turun
padang ke Projek Akuakultur Batang
Ai, Lubok Antu Sarawak pada
5-6 Ogos 2015.
Projek Akuakultur Batang Ai
merupakan salah satu projek perintis
dalam Government Transformation
Programme (GTP) di bawah Program
Khas Golongan Bumiputera Minoriti
(PKGBM) Sarawak yang dilaksanakan
oleh Kerajaan di dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10) bermula
pada tahun 2012. Objektif projek
ini adalah untuk membangunkan
ekonomi pengusaha akuakultur
tempatan sedia ada dan baru
secara komersial bagi menyokong
pembangunan Zon Industri
Akuakultur di Empangan Hidro
Batang Ai. Aktiviti yang dilaksanakan
adalah ternakan ikan tilapia merah di
dalam sangkar.
Di bawah projek ini, bantuan yang
diberikan kepada peserta adalah
merangkumi sangkar, anak ikan dan
makanan ikan (starter dan grower)
serta kemudahan hatchery. Seramai
108 peserta menyertai projek ini di
mana 68 orang peserta sedia ada dan
baru sejak tahun 2012 hingga 2014
manakala seramai 40 orang peserta
baru akan menyertai projek ini pada
penghujung tahun 2015. Secara keseluruhannya, projek ini
boleh meningkatkan pendapatan
peserta. Terdapat juga peserta yang
telah menambah bilangan sangkar
sedia ada secara sendiri daripada
keuntungan hasil jualan ternakan
ikan masing-masing. Semasa
perbincangan dengan peserta, YBhg.
Ketua Pengarah telah mengingatkan
mereka agar bijak menguruskan
kewangan hasil daripada jualan
ternakan masing-masing bagi
memastikan kelangsungan projek ini.❚
Lawatan Ketua PengarahKe PROJEKAKUAKULTURBATANG AI, LUBOK ANTU, SARAWAK
Oleh Salhah Salleh salhah.salleh@icu.gov.my
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Buletin ICU JPMJun - September 2015 15
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Mesyuarat Majlis Sosial
Bil. 2/2015 telah diadakan
pada 30 Jun 2015 pada
jam 3.00 petang bertempat di Dewan
Persidangan, Bangunan Perdana
Putra, Putrajaya. Mesyuarat yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri turut dihadiri oleh
barisan menteri, wakil NGO, dan juga
pegawai tinggi kerajaan.
Mesyuarat pada hari ini
membincangkan tiga (3) kertas yang
dibentangkan oleh:
1 Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) bertajuk "Pendekatan
Holistik Membanteras Dadah Di
Malaysia";
2 Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN)
iaitu "Projek Rintis Pusat
Mediasi Komuniti (PMK): Kolaborasi
Strategi Lautan Biru Antara Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional, Klinik Bantuan Guaman
Dan Mediasi, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Perbadanan
Putrajaya"; dan
3Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) iaitu "Pelaksanaan Projek
Angkat Dan Upaya (PADU)".
Sehubungan dengan itu, kerajaan
bersetuju dengan cadangan holistik
membanteras dadah di Malaysia yang
dicadangkan oleh pihak Agensi Anti
Dadah Kebangsaan memandangkan
statistik bilangan penagih dadah
yang semakin meningkat sama ada
kes penagihan baru mahupun kes
penagihan berulang bermula dari
peringkat umur remaja (13-18 tahun)
sehinggalah kepada peringkat dewasa
(≥40 tahun). Strategi menyeluruh
yang dicadangkan oleh pihak AADK
termasuklah program pencegahan,
rawatan serta pemulihan dan
penguatkuasaaan dadah secara lebih
bersepadu bersama dengan agensi
kerajaan dan juga pihak badan bukan
kerajaan (NGO) yang lain.
Kerajaan juga akan turut menekankan
elemen mengutamakan perpaduan
di antara kaum, masyarakat dan
komuniti setempat. Sehubungan itu,
melalui Projek Perintis Pusat Mediasi
Komuniti yang merupakan kolaborasi
secara National Blue Ocean Strategy
(NBOS) antara Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional,
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Perbadanan Putrajaya
akan menyediakan perkhidmatan
mediasi bagi menyelesaikan kes-kes
konfl ik komuniti setempat. Pusat
ini akan beroperasi di Kompleks
Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Melalui
pelaksanaan projek ini, kerajaan
berharap agar penjimatan kos
perundangan dapat dilaksanakan
serta menggalakkan masyarakat/
komuniti untuk menguruskan konfl ik
di peringkat komuniti tanpa perlu
ke mahkamah seterusnya dapat
mengurangkan bilangan kes yang
dibawa ke mahkamah.
Memandangkan golongan belia
adalah kelompok yang signifi kan
dalam sesebuah negara, maka
kerajaan amat serius dalam
memastikan golongan ini mendapat
perhatian yang sewajarnya. Golongan
belia pada hari ini merupakan
generasi yang akan memimpin negara
di masa hadapan. Sehubungan itu,
melalui Kementerian Belia dan Sukan,
kerajaan telah mewujudkan Projek
Angkat dan Upaya (PADU) bagi
mengasah lagi bakat dan potensi
positif yang ada dalam diri belia serta
membimbing belia agar tidak terjebak
dalam sebarang masalah sosial.❚
MESYUARATMAJLIS SOSIALBil. 2/2015Oleh Puteh Soraya A.Rahman puteh.arahman@icu.gov.my
PEMBANGUNAN NEGARA
Buletin ICU JPMJun - September 201516
1 Julai 2014 : Program Ihya Ramadan 2014 @ Surau Bangunan Perdana Putra
7-8 Julai 2014 : Sesi Penilaian Anugerah Inovasi JPM @ Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Blok B1, Kompleks JPM
7-10 Jun 2015 : Lawatan Anugerah AIPDT tahun 2015 (Besut/Marang) @ Pejabat Daerah dan Tanah Besut/Marang
18-30 Jun 2015 : Ihya Ramadan 1436H/2015 @ Surau Bangunan Perdana Putra
RAMPAIAN PERISTIWA
Buletin ICU JPMJun - September 2015 17
22 Jun 2015 : Majlis Iftar Ramadan & Terawih ICU JPM 2015 @ Surau dan Dewan Banquet Bangunan Perdana Putra
4 Julai 2015 : Mesyuarat NBOS @ Dewan Persidangan Bangunan Perdana Putra
Buletin ICU JPMJun - September 201518 RAMPAIAN PERISTIWA
9 Julai 2015 : Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas @ Pulau Meranti, Puchong
10 Julai 2015 : AIPDT Selangor @ Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Buletin ICU JPMJun - September 2015 19
27 Julai 2015 : Majlis 100 Hari KP ICU JPM @ Bilik Mesyuarat Gerakan Khas, Bangunan Perdana Putra
29 Julai 2015 : Workcamp SDSI @ RHR Hotel UNITEN, Bangi
Buletin ICU JPMJun - September 201520 RAMPAIAN PERISTIWA
3 Ogos 2015 : Mesyuarat SDO @ Bilik Mesyuarat Gerakan Khas
3 Ogos 2015 : Kursus Berskala Besar Kenali Anak Kita @ Dewan D, MAEPS Serdang
Buletin ICU JPMJun - September 2015 21
6 Ogos 2015 : Sambutan Hari Raya JPM @ PICC
7 Ogos 2015 : Lawatan Kerja KP ke Projek Tangki Air 1Malaysia @ Kampung Indrasabah, Tawau, Sabah
Buletin ICU JPMJun - September 201522 RAMPAIAN PERISTIWA
7 Ogos 2015 : Lawatan Kerja KP ke tapak Hospital Tawau
22 Jun 2015 : Kursus Pengenalan Pemakaian Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 @ Dewan Teater
Buletin ICU JPMJun - September 2015 23
3 September 2015 : Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Tapak Projek Mahkamah Anak Negeri Kudat, Sabah
24 Ogos 2015 : Majlis Pelancaran Buku Mengurus Ekspektasi Pengurusan Awam @ Dewan Persidangan
Buletin ICU JPMJun - September 201524 PEMBANGUNAN ORGANISASI
BAHAYA FITNAH DI LAMAN SOSIAL
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Kecanggihan dunia
teknologi pada masa ini
tidak dapat disangkal
lagi. Banyak ciptaan teknologi baru
muncul, ditambah lagi dengan
penaik tarafan barisan teknologi
yang sedia ada. Kemunculan sistem
teknologi tanpa wayar menjadikan
dunia semakin kecil, kerana
maklumat mengenai global dapat
diperolehi dengan hanya menekan
komputer atau telefon bimbit pintar.
Komunikasi antara satu dengan
yang lain menjadi semakin mudah.
Penggunaannya menjadi satu trend
kehidupan masyarakat masa kini.
Segenap lapisan masyarakat daripada
golongan pemimpin, para professional
malahan golongan kanak-kanak pun
kini menjadikan teknologi ini sebagai
medium informasi dan perhubungan
dalam perkara harian. Teknologi
maklumat dan komunikasi dikatakan
banyak memberi manfaat kepada
dunia moden ini.
Sejak akhir-akhir ini, muncul
banyak penulisan, imej dan video
yang diposkan menerusi teknologi
maklumat dan komunikasi melalui
laman-laman sosial dan aplikasi
tertentu seperti Whatsapp, Facebook
dan yang seumpamanya. Maklumat
atau berita tersebar dengan pantas
tanpa sempadan.
Maklumat atau berita yang
tersebar kadangkala langsung tidak
mendatangkan manfaat kepada
orang-orang yang dikirimkan, hanya
sebagai hiburan dan jadi bahan
ketawa semata-mata. Perkara
membimbangkan ialah jika terdapat
antara maklumat atau berita yang
disampaikan berupa pembohongan
semata-mata, dan lebih dahsyat lagi
jika pembohongan itu menjadi fitnah,
seterusnya mengaibkan mana-mana
pihak atau individu tertentu.
Pada Isnin, 3 Ogos 2015 bertempat
di Dewan Teater Bangunan Perdana
Putra telah diadakan Perjumpaan
Pegawai Gred 41-44 Bersama Ketua
Pengarah ICU JPM, YBhg. Dato'
Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.
Beliau berkata penjawat awam
sepatutnya mematuhi setiap garis
panduan yang telah ditetapkan
kerajaan selain menjalankan tugas
dengan amanah. Penjawat awam
perlu berhati-hati ketika ingin
mengeluarkan kenyataan atau
berkongsi maklumat di laman sosial.
YBhg. Dato' Ketua Pengarah berkata
laman sosial seharusnya digunakan
sebagai pemudahcara kepada
kelangsungan kehidupan seharian.
Walaupun kebanyakan insiden
berlaku di luar sektor awam, ada
kalanya juga ia melibatkan integriti
dan imej agensi-agensi kerajaan, dan
adalah menjadi tanggungjawab setiap
penjawat awam untuk menyampaikan
maklumat sebenar situasi tersebut.
Oleh itu, sebelum berkongsi apa-
apa jua maklumat anda perlu tahu
bahawa maklumat tersebut diyakini
kebenaran dan kesahihannya terlebih
dahulu. Sebarang maklumat yang
menyeleweng serta bahan-bahan
paparan yang memberi kesan negatif
kepada fikiran perlulah dihindarkan.❚
Oleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
Buletin ICU JPMJun - September 2015 25
Kita harus sentiasa bersyukur atas nikmatnya kerana dikurniakan kekayaan. Kekayaan itu bukan setakat wang ringgit tetapi juga dikurniakan keluarga yang bahagia, kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan."kata Dato' Ahmad Zaki Ansore, Ketua Pengarah ICU JPM kepada warga ICU JPM ketika berucap dalam Program Ambang Aidilfitri - Nikmat Dikongsi Bersama di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra.
Program ini adalah bertujuan
membantu sedikit sebanyak
menyediakan keperluan kepada
mereka yang lebih memerlukan
selain mengeratkan hubungan
silaturrahim. Ramadan mengajar
kita tentang kesederhanaan dan
melihat kehidupan melalui mata
mereka yang serba kekurangan.
Sebagai umat Islam, kita perlu
sentiasa bersederhana dalam
banyak perkara. Sepanjang bulan
Ramadan kita hendaklah melipat
gandakan amalan dan seterusnya
menunaikan zakat fitrah yang
wajib ke atas kita. Pengumuman
bantuan khas RM500 kepada
kakitangan awam oleh YAB
PM adalah untuk menunjukkan
komitmen kerajaan membantu
kakitangan awam meringankan
bebanan kita dalam menyambut
Hari Raya Aidilfitri.
Justeru itu, dalam program ini
seramai 45 orang kakitangan
ICU JPM menerima sumbangan
duit raya dari YBhg Dato' Ketua
Pengarah ICU JPM. Bantuan itu
diharapkan membantu mereka
menyambut hari lebaran dengan
tema Program Ambang Aidilfitri -
Nikmat Dikongsi Bersama.
Turut hadir pada program ini
adalah YBhg. Datuk Haji Nor
Rizan Mohd Thani, Timbalan
Ketua Pengarah (Sektor
Pembangunan Strategik),
YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan,
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor
Penyelarasan Projek Khas), YBhg.
Dato' Haji Hadzir Md. Zain,
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor
Pusat Transformasi Penyampaian),
Pengarah-pengarah Bahagian dan
warga ICU JPM.❚
PROGRAM AMBANG
Oleh Ainnul Dzhamira Mohd Soffi dzhamira.soffi @icu.gov.my
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 201526 PEMBANGUNAN ORGANISASI
MAEPS, Serdang : Nazam lebaran merupakan lagu pembuka tirai Majlis
Sambutan Hari Raya ICU JPM dengan tarian gemalai daripada warga kerja Sektor PTP ICU JPM. Majlis jalinan mesra dengan tema Meriahnya Raya Di Bumi Merdeka telah diadakan pada Isnin, 3 Ogos 2015 di Dewan C, MAEPS Serdang.
Seramai 400 orang telah hadir ke majlis ini yang telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua PengarahICU JPM Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof. Ucapan ringkas beliau berkata semua warga kerja ICU JPM umpama sebuah keluarga yang besar. Justeru, majlis seperti ini merupakan salah satu platform yang ideal kepada semua atas semangat kerjasama untuk terus mengekalkan keharmonian serta mengeratkan silaturahim.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan pertandingan gerai terbaik yang menyediakan pelbagai aneka juadah. Sebanyak 17 buah gerai berhias cantik dan unik mewakili Ibu Pejabat dan pejabat cawangan ICU
JPM seluruh negara. Gerai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut, tempat kedua JPP Kelantan dan tempat ketiga PPPN Selangor. Hadiah pertandingan telah
Meriahnya RAYAOleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
Buletin ICU JPMJun - September 2015 27
disampaikan oleh Ketua Pengarah ICU JPM. YBhg. Ketua Pengarah turut tidak melepaskan peluang melawat gerai serta menikmati hidangan di setiap gerai yang bertanding.
Nyanyian artis undangan iaitu Zamani Slam, artis Pentarama serta bakat nyanyian daripada warga kerja ICU JPM telah menjadi halwa telinga kepada setiap pengunjung yang hadir. Perkongsian cerita dan pengalaman daripada Pengasas dan Pengetua Pengurusan Rumah Pengasih, Datuk Yunus Pathi Mohd dan warga Pengasih iaitu penyanyi Zamani telah memberi ilmu tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Turut berkongsi fakta dan kesan penyalahgunaan dadah ialah Pengarah Pencegahan Pengasih Malaysia, Tn. Hj. Ramli Abd. Samad serta Pengarah Unit Kesihatan Reproduksi LPPKN, Dr. Hamizah Hassan.
Bermula dari persiapan sehingga hari majlis berlangsung semua warga ICU JPM telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan majlis berlangsung dengan sempurna.❚
TEMPAT PERTAMA GERAI TERBAIK
PPPN PAHANG
TEMPAT KEDUA GERAI TERBAIK
JPP KELANTAN
TEMPAT KETIGA GERAI TERBAIK
PPPN SELANGOR
1
2
3
Buletin ICU JPMJun - September 201528
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur : Sambutan Hari
Kebangsaan 2015 di
Dataran Merdeka telah
berlangsung dengan
penuh semangat patriotik. Sambutan
pada tahun ini lebih menekankan
kepada semangat kejiwaan dan
bersatu hati rakyat Malaysia apabila
Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kebangsaan tahun
2015.
Sehati Sejiwa mencerminkan
kesefahaman, kekitaan dan
kemanusiaan seluruh rakyat di negara
ini selain melambangkan semangat
kesepaduan yang dimiliki oleh semua
rakyat tidak kira di mana mereka
berada. Semangat kesepaduan itu
ditunjukkan melalui persembahan
bertenaga dan perbarisan oleh hampir
13,000 peserta pelbagai kontinjen
termasuk daripada sektor awam
dan swasta, pelajar serta anggota
pasukan keselamatan.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU
JPM) selaku urusetia penyelaras
telah mengumpulkan seramai
534 kakitangan Jabatan-jabatan
Persekutuan dan Negeri di kesemua
14 Negeri di Malaysia bagi menyertai
acara Perarakan Hari Kebangsaan
ke-58. Peserta kontinjen negeri-
negeri pimpinan Timbalan Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik
Muhammad Faizaruddin Jamaludin
telah memakai pakaian tradisional
mewakili semua suku kaum dan
etnik seluruh Malaysia. Penyertaan
mereka sekaligus mempamerkan
kepelbagaian dengan matlamat
utama ialah perpaduan nasional.
Warga kerja ICU JPM pula perlu
menterjemahkan erti kemerdekaan
dengan meningkatkan prestasi dan
semangat patriotisme, dan pada
masa yang sama menyematkan
kesepaduan dan juga perpaduan
untuk semua.
Dalam pada itu, turut berangkat
pada acara perbarisan dan
perarakan sambutan di dataran
penuh bersejarah itu ialah Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri
Agong Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin
Seri Rosmah Mansor, Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin
Seri Hamidah Khamis dan barisan
menteri Kabinet serta perwakilan
asing.❚
SEHATI SEJIWAPamer Kesepaduan
Oleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 2015 29
Hari Terbuka SUMBER MANUSIAICU JPM
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Hari
Terbuka Sumber Manusia
ICU JPM 2015 telah
diadakan pada Khamis,
25 Jun 2015 di Dewan Taklimat.
Pelbagai pengisian menarik diadakan
sepanjang hari antaranya Menyemak
Buku Perkhidmatan, Semakan Kursus
oleh unit latihan, kaunter HRMIS,
Khidmat Kaunseling dan khidmat
nasihat kesihatan.
Seawal jam 8.30 pagi warga kerja
ICU JPM telah berkumpul di dewan
bagi menyaksikan acara perasmian
seterusnya mendengar ucapan
daripada Ketua Pengarah ICU JPM
YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore
Mohd Yusof.
Video pelancaran Hari Terbuka
Sumber Manusia ICU JPM yang
memaparkan transformasi Human
Resource Management Information
System (HRMIS) turut ditayangkan.
HRMIS atau Sistem Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia
adalah sistem yang bersepadu,
dimudahcarakan oleh teknologi yang
menggabungkan amalan terbaik
pengurusan sumber manusia global.
Pelaksanaan HRMIS menjadi
landasan bagi membolehkan semua
data dan maklumat berkaitan sumber
manusia sektor awam disepadukan
sepenuhnya melalui pelaksanaan
proses sumber manusia. Ciri-ciri
utama HRMIS, antaranya adalah
dipacu oleh proses, kemudahan layan
diri dan berasaskan web. HRMIS
membolehkan setiap anggota sektor
awam mengemaskinikan rekod
peribadi, dan memohon pelbagai
kemudahan yang disediakan
dalam perkhidmatan seperti cuti,
tuntutan perjalanan dan kursus yang
bersesuaian.
Hari Terbuka Sumber Manusia
ICU JPM membantu warga kerja
memahami dengan lebih mendalam
tentang perkhidmatan awam dan ini
turut memberi isyarat kepada warga
kerja untuk berkhidmat dengan lebih
baik bagi mengekalkan rekod prestasi
yang cemerlang.❚
Oleh Azleen Suzana Zakaria azleen.zakaria@icu.gov.my
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 201530
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Setelah lama menghitung,
akhirnya pengisian
Program Semarakkan
Bulan Kebangsaan Peringkat ICU JPM
bagi tahun 2015 melabuhkan tirainya
dengan pelaksanaan Pertandingan
Koir yang diadakan pada
14 September 2015 bertempat di
Dewan Teater, Bangunan Perdana
Putra dan telah dirasmikan oleh YBhg.
Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd.
Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM.
Program ini dilaksanakan berdasarkan
keperluan Pelan Tindakan ICU
2015 di bawah inisiatif Program
Komunikasi Pembangunan. Agenda
pemantapan sambutan kebangsaan
ini telah dimulakan lebih awal
dengan pelancaran Sambutan Hari
Kebangsaan ICU JPM pada
26 Ogos 2015 diikuti dengan
Perbarisan Kontinjen Sabah, Sarawak
dan Negeri Semenanjung semasa
Hari Kebangsaan 31 Ogos 2015 yang
lalu.
Pertandingan Koir pada tahun ini
menyaksikan sebanyak 17 kumpulan
mengambil bahagian yang terdiri
daripada Ibu Pejabat dan Pejabat-
pejabat Cawangan ICU. Sebanyak 34
lagu didendangkan untuk diadili oleh
panel juri profesional yang diketuai
oleh Encik Mohd Hafiz Askiak,
pensyarah muzik dan teknik vokal di
UiTM Shah Alam dengan dibantu
oleh Encik Yusrizan Usop (Bob
AF), Puan Siti Hajar (bekas tenaga
pengajar Akademi Fantasia) dan
Puan Nurul Hazwannie, individu yang
berpengalaman luas dalam bidang
muzik yang juga merupakan pemilik
Purple Studio.
Oleh Ainnul Dzhamira Mohd Soffi dzhamira.soffi @icu.gov.my
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Buletin ICU JPMJun - September 2015 31
Raptai penuh telah diadakan sehari
sebelum pertandingan dan walau
dalam keadaan keletihan, kesemua
kumpulan yang bertanding tidak
mudah patah semangat dan berjaya
memberikan komitmen yang terbaik
bagi memastikan agenda semasa hari
pertandingan berjalan dengan
lancar. Lagu ‘Nyalakan
Tekad’ ditetapkan
sebagai lagu wajib
untuk didendangkan
disamping sebuah
lagu pilihan mengikut
ketetapan yang
diberikan pihak
Urusetia.
Setiap kumpulan
bertanding telah memberikan
persembahan memukau yang
mengundang tepukan gemuruh
penonton yang hadir. Bukan
sahaja dengan gubahan lagu yang
mengasyikkan, paduan suara yang
harmoni dan lantang menjadikan
setiap bait-bait indah lirik menjadi
lebih bermakna untuk didengar. Turut
menggamit suasana ialah gelagat
bersahaja setiap konduktor yang
mengiringi kumpulan koir, penuh
humor dan tersendiri.
Setelah kiraan markah dibuat dan
segala pertimbangan mereka yang
arif dalam bidang muzik dihitung,
panel juri sebulat suara memilih
kumpulan Simfoni Mutiara daripada
PERDA sebagai juara Pertandingan
Koir ICU JPM 2015. Mereka
membawa pulang hadiah wang tunai
RM3000, hamper, sijil kejuaraan
dan Trofi Kreatif ICU, sebuah
Piala Pusingan yang pertama kali
diperkenalkan.
Tempat kedua dimenangi oleh
PPPN Sarawak yang menggelarkan
kumpulan mereka sebagai Voice of
Phantera 2015 diikuti tempat ketiga
oleh La Fortissimo Chorale daripada
PPPN Sabah. Semua sijil dan hadiah
disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor
Rizan Mohd Thani, Timbalan Ketua
Pengarah (Pembangunan Strategik).❚
JOHAN
PERDA
SIMFONIMUTIARA
Kumpulan
NAI
B JOHAN
PPPN SARAWAK
VOICE of
PHANTERAKumpulan
2015
KETIGA
PPPN SABAH
Kumpulan
Buletin ICU JPMJun - September 201532
LAWATAN KERJA dariKementerian Pengajian Tinggike Unit IntegritiOleh Yuhanis Muliati Mohamed Yusoff yuhanis.yusoff@icu.gov.my
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya :AIR SETITIK DILAUTKAN, TANAH SEKEPAL
DIGUNUNGKAN. Ilmu yang sedikit apabila dikongsi mencambahkan yang banyak. Perkongsian yang dibuat atas dasar kerjasama antara kementerian amatlah digalakkan. Memetik kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang lalu, beliau berkata silo di antara Kementerian serta Jabatan dan agensi dapat dipecahkan dengan terhasilnya kerjasama berpasukan yang saling membantu.
Kata-kata tersebut telah diterjemahkan oleh Unit Integriti ICU JPM apabila menerima kunjungan sempena Lawatan Kerja daripada Unit Integriti Kementerian Pengajian Tinggi pada 10 September 2015 yang lalu.
Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman antara dua agensi dan bagi mendapatkan informasi berkaitan fungsi Unit Integriti di ICU JPM. Pada lawatan kerja tersebut,
para tetamu yang hadir telah diberikan taklimat oleh Cik Waheeda Mohd Idris, Ketua Unit Integriti ICU JPM. Lawatan kerja tersebut dihadiri oleh Ketua Unit Integriti Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Encik Norazhar Anas bersama-sama dengan dua orang pegawai beliau, Encik Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman dan Puan Nik Azieyati Nik Aziz. Lawatan tersebut
sedikit sebanyak telah menghasilkan percambahan ilmu yang bermanfaat di antara kedua-dua agensi berkenaan.
Unit Integriti ICU JPM juga dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi baru sahaja menubuhkan Unit Integritinya sendiri berkuatkuasa pada 1 September 2015. Penubuhan unit baru tersebut dibuat setelah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipecahkan kepada dua kementerian yang berbeza iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penubuhan tersebut juga adalah selaras dengan arahan yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 6 Ogos 2013 di mana Kerajaan telah menetapkan agar Unit Integriti ditubuhkan di setiap Kementerian/jabatan/agensi bagi menjadi focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
Lawatan kerja selama satu hari tersebut diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada terjalin, membentuk kerjasama dalam menangani isu-isu integriti serta mencambahkan lagi idea-idea baru dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi memastikan hasrat murni Kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang cemerlang tercapai.❚
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Buletin ICU JPMJun - September 2015 33
Adobe LightroomBantu Lancarkan AliranKerja AHLI FOTOGRAFIOleh Haniza Mohamed Hanippon haniza_m@icu.gov.my
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi:Setelah berjaya mengendalikan Kursus Asas
Fotografi di Terengganu dan Kursus Fotografi
dan Kewartawanan di ILIM, Bangi, sekali
lagi Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian
Khidmat Pengurusan berjaya menganjurkan kursus
lanjutan iaitu Kursus Suntingan dan Pengurusan
Foto: Adobe Lightroom 2015. Kursus yang
berlangsung selama empat hari bermula dari
7 sehingga 10 Jun 2015 telah diadakan di Institut
Latihan Islam Malaysia, ILIM, Bangi.
Masih mengekalkan tenaga pengajar daripada
Sifoo.com iaitu Encik Ahmad Rithauddin Che Mat,
kursus kali ini lebih kepada kerja-kerja suntingan
serta pengurusan foto secara pukal. Penggunaan
Adobe Lightroom ini juga membantu melancarkan
aliran kerja ahli fotografi dalam membuat
suntingan foto serta penyimpanan pustaka foto.
Selain peserta belajar bagaimana untuk
mengendalikan proses suntingan foto, peserta
juga turut diajar teknik penggunaan kamera
yang betul bagaimana untuk mengambil gambar
berbentuk panorama, brekecting, HDR dan
sebagainya. Peserta juga diberi tugasan amali
untuk mengambil gambar mengikut teknik yang
telah diajar dan diperlukan untuk menyunting foto
tersebut dengan menggunakan Adobe Lightroom.
Apa yang paling menyeronokkan ialah peserta
turut berpeluang mengambil gambar matahari
terbit (sunrise) di persekitaran Tasik Uniten pada
hari ketiga berkursus. Pelbagai ragam peserta dan
tidak kurang juga semua peserta menunjukkan
kesungguhan dan kerjasama dalam menjayakan
sesi tersebut.
Di akhir kursus, peserta dilihat mampu untuk
mengendalikan Adobe Lightroom sebagai
software yang memudahkan aliran kerja ahli
fotografi selain mampu menguruskan pustaka foto
sendiri, melakukan suntingan foto secara satu per
satu dan juga secara pukal dan mengeksport foto-
foto secara pukal mengikut kehendak pelanggan.
Rata-rata peserta kursus amat berpuas hati
dan berharap agar kursus seumpama ini dapat
diteruskan lagi di masa akan datang.❚
PEMBANGUNAN KOMPETENSI
Buletin ICU JPMJun - September 201534 EHWAL PERKHIDMATAN
PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Che Fuziah Binti Che Ali Pegawai Teknologi Maklumat Gred F54 Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM)BLESS 27 Julai 2015
Asmar Asmadi Bin Abdullah Sani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 Pejabat Timbalan Perdana Menteri Bahagian Projek Khas 29 Julai 2015
Sadim Bin Abdul Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 Jabatan Arkib Negara PPPN Sabah 14 September 2015
Mohd Hafiz Aswad Bin Nadzri Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan AirPPPN Pulau Pinang 30 Julai 2015
Azlinda Binti Mohd Jan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
Pusat Bank Data Negara dan
Inovasi (NADI)3 Ogos 2015
Mohamad Fadzil Bin Ismail Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamSeksyen Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan27 Julai 2015
Nuramalina Binti Ibrahim Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Susun Semula
Masyarakat30 Julai 2015
Murni Binti Mat Amin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Badan Berkanun dan
Pembangunan Institusi13 Ogos 2015
Zulkifli Bin Ani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan Awam PPPN Pulau Pinang 18 Ogos 2015
Mohd Rusydi Azfar Bin Abdul Kadir Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48Kementerian Sumber Asli & Alam
Sekitar
Pasukan Petugas
Pemantauan Projek1 September 2015
Norsuhada Binti Sahedan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Kementerian Kewangan PPPN Selangor 27 Julai 2015
Muhammad Nizam Bin Ab. Ghani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Kementerian Pendidikan Tinggi JPP Kelantan 3 Ogos 2015
Muhammad Saiful Bin Shofian Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Seksyen Pentadbiran,
Bahagian Khidmat Pengurusan1 September 2015
Nurizwan Bin Zainal Abidin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia (SPP)Bahagian Projek Khas 17 Ogos 2015
Nor Haslinda Binti Che Muda Perangkawan Gred E41 Jabatan Perangkaan Pahang PPPN Pahang 20 Julai 2015
Mohd Firdaus Akbar Bin Abdul Halim Perangkawan Gred E41 Lantikan Baru PPPN Sembilan 3 Ogos 2015
Noreha Binti Ismail Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan & Kerajaan Tempatan
Pusat Bank Data Negara dan
Inovasi (NADI)3 Ogos 2015
Azlina Binti Mat Zain Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan & Kerajaan TempatanBLESS 3 Ogos 2015
Mohd Hafizal Bin Yaakob Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan & Kerajaan TempatanBLESS 3 Ogos 2015
Hasnan Bin Othman Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Kementerian Pendidikan Tinggi BLESS 1 September 2015
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Siti Aishah Binti ZachariahPenolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gred F38
Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC)
Pusat Bank Data Negara dan
Inovasi (NADI)1 Ogos 2015
Shamsul Kamal Bin Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Pejabat Timbalan Perdana MenteriSeksyen Pentadbiran,
Bahagian Khidmat Pengurusan29 Julai 2015
Anuar Bin Kamaruddin Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Kementerian Belia dan Sukan PPPN Selangor 24 Ogos 2015
Azfa Nazirah Binti Yaakob Pembantu Akauntan Gred W17Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani
Seksyen Kewangan,
Bahagian Khidmat Pengurusan27 Julai 2015
Abdullah Faisal Bin Hilalluddin Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Pejabat Timbalan Perdana Menteri Bahagian Projek Khas 29 Julai 2015
Aisha Wahida Binti Abd Salam Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Jabatan Bantuan Guaman Terengganu PPPN Terengganu 10 Ogos 15
Mazlina Binti Ismail Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Pulau PinangPPPN Pulau Pinang 14 September 15
Kumpulan Sokongan
Buletin ICU JPMJun - September 2015 35
PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Siti Nazariah Binti Abdul Zalim Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 1 Julai 2015
Nasharuddin Bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Susun Semula MasyarakatKementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW)1 Ogos 2015
Yaacob Bin Harun Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN Perak Majlis Keselamatan Negara 24 Ogos 2015
Azura Binti Aziz Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52Seksyen Kewangan,
Bahagian Khidmat PengurusanJabatan Perkhidmatan Awam 7 September 2015
Wan Nur Asyikin Binti Wan Yaacob Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 PPPN Wilayah Persekutuan
Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
15 Julai 15
Shazwana Binti Buang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48Seksyen Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW)27 Julai 2015
Nurazlin Binti Abu Talib Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Pasukan Petugas Pemantauan ProjekKementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar1 September 2015
Mohd Suhaidi Bin Abdul Rais Perangkawan Gred E44 Bahagian Kesejahteraan Rakyat Jabatan Perangkaan 20 Julai 2015
Mohd Tarmizi Bin Ahmad Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 PPPN Selangor Jabatan Perkhidmatan Awam 27 Julai 15
Nurul Najwa Binti Abdul Jamil Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Bahagian Penyelarasan Penyertaan
Bumiputera Pulau PinangKementerian Kesihatan Malaysia 27 Julai 15
Borhan Bin Ab. Rahman Pegawai Teknologi Maklumat F44Pusat Bank Data Negara dan
Inovasi (NADI)Jabatan Perkhidmatan Awam 10 Ogos 2015
Azfa Lia Binti Fardes Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Seksyen Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan
Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran17 Ogos 2015
Rosnah Binti Abu Nasir Perangkawan Gred E41 PPPN Sembilan Jabatan Perangkaan Johor 3 Ogos 2015
Mohd Anwar Bin Sahul Hameed Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Infrastruktur Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015
Firdaus Bin Hayot Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015
Mohd Zammil Bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Susun Semula Masyarakat Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015
Mohd Suhaimi Bin Sapie Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015
PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Sarina Binti Kasim Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Timbalan Perdana Menteri 29 Julai 2015
Asmah Binti Omar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Bahagian Projek Khas Pejabat Timbalan Perdana Menteri 29 Julai 15
Rosliza Binti Ramli Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia 17 Ogos 2015
Siti Marlia Binti Abu Mansor Pembantu Akauntan Gred W17Seksyen Kewangan,
Bahagian Khidmat PengurusanMahkamah Melaka 17 Ogos 2015
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kumpulan Sokongan
PERTUKARAN DALAMANNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Nazaruddin Bin Abu Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Penilaian Outcome Bahagian Ekonomi 1 Ogos 2015
Jasmaliza Binti Hj Jamaluddin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Ekonomi Bahagian Penilaian Outcome 1 Ogos 2015
Mas Midyawan Bin Yahya Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN SelangorSeksyen Kewangan,
Bahagian Khidmat Pengurusan15 September 2015
Maslina Binti Azemin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 JPP KelantanBahagian Penyelarasan Penyertaan
Bumiputera Pulau Pinang27 Julai 2015
Luqman Bin Mohd Tasrib Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Unit Integriti Bahagian Projek Khas 24 Ogos 2015
Ahmad Khusainy Bin Mazalan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Ekonomi Bahagian Infrastruktur 24 Ogos 2015
PERTUKARAN DALAMANNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Norasiah Binti Omar Pembantu Operasi Gred N11 Bahagian Khidmat Pengurusan PPPN Pahang 14 September 2015
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kumpulan Sokongan
Buletin ICU JPMJun - September 201536
APRESIASI PERKHIDMATANSelamat Datang & Selamat Berkhidmat
PERTUKARAN DALAMANTahniah &Selamat Berkhidmat
Dato' Hj. Hadzir Md. ZainPTD Gred Utama B
Timbalan Ketua Pengarah(Pusat Transformasi Penyampaian)
bermula 1 Julai 2015
Afandi NordinPTD Gred M54
Pengarah Bahagian Sosialbermula 1 Julai 2015
Wan Razali Wan AwangPTD Gred M54
Pegawai Kemajuan Negeri, Negeri Sembilanbermula 8 Jun 2015
Ibrahim AbdullahPTD Gred Utama C
Pegawai Kemajuan Negeri Kedahbermula 1 Julai 2015
Dr. Shahrazat Hj. AhmadPTD Gred Utama C
Pengarah Bahagian Ekonomibermula 1 Ogos 2015
APRESIASI PERKHIDMATAN
PERSARAANNama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa
Samahah Binti Abu Hassan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 PPPN Perak 1 Julai 15
Saniah Binti Ahmad Penerbit Rancangan Gred B44 Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan 31 Ogos 2015
Jamaliah Binti Abdul Latif Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 PPPN Perak 18 Julai 2015
Al-Fatihah. Semoga diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan bersama orang yang soleh.
Juga ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Mardiana binti Mokhtar.
MENINGGAL DUNIA
Nama Jawatan Dari Tarikh
Mardiana Binti Mokhtar Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) 20 Julai 2015