Post on 29-Jun-2018
TAHAP KREATIVITI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL
DAN KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI NORNI ASMA BINTI ABDUL SALAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP KREATIVITI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SOSIALDAN KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya SITI NORNI ASMA BINTI ABDUL SALAM(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Pepustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.3. Pepustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi
Pengajian Tinggi4. Sila tandakan ( / ) **
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
_______________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.**Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengari menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
/
SIMPANG EMPAT SALAM,,17200 RANTAU PANJANG,KELANTAN DARUL NAIM.
PROF.MADYA DR. MOHAMMAD YUSOFBIN ARSHAD
TAHAP KREATIVITI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN
KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
SITI NORNI ASMA BINTI ABDUL SALAM
Laporan projek ini dikemukakan bagi memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM. DR MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD
Tarikh : 30 APRIL 2008
iv
DEDIKASI
UNTUK
IBU YANG DISANJUNGI
ABANG-ABANG YANG DIKASIHI
SERTA KAKAK YANG DISAYANGI
SEGALA PENGORBANAN,
KESABARAN
DAN DOA KALIAN
AMAT DIHARGAI
SERTA BESAR ERTINYA…..
KEJAYAAN INI
ADALAH MILIK KITA BERSAMA
TERIMA KASIH
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya,
dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Madya Dr Mohammad Yusof Bin
Arshad selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan
nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyelidik menjalankan
kajian ini. Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang
hayat.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga terutamanya bonda
yang disayangi kerana banyak memberi bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya
kajian ini. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan
yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah
sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kreativiti pelajar program Pendidikan
Sains Sosial dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor Darul Takzim. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar program
Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
di mana Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) digunakan sebagai alat kajian untuk
mengumpulkan data. Penganalisaan data dibuat menggunakan program SPSS secara
statistik deskriptif dan statistik inferensi yang melibatkan Ujian ANOVA Sehala pada
aras keyakinan 0.05 untuk menguji kesignifikanan perbezaan kreativiti yang wujud di
kalangan pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Hasil kajian
mendapati pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup yang dikaji
mempunyai tahap kreativiti yang sederhana (min 2.03) berdasarkan empat kriteria iaitu
kriteria penghuraian, kefasihan, keaslian dan juga ketelenturan. Analisis statistik
ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap
kreativiti antara pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup dari segi
pengkhususan (p=0.280), tahun pengajian (p=0.528) dan CGPA (p=0.193). Ini bermakna
faktor pengkhususan, tahun pengajian dan CGPA tidak mempengaruhi tahap kreativiti
pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Kajian ini juga
mendapati secara keseluruhannya, tahap kreativiti di kalangan pelajar program
Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia adalah sederhana iaitu seramai (52.5%) responden dalam julat
kreatif.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the level of creativity among the Social
Science and Living Skills students’ in the Faculty of Education, University Technology
Malaysia, Skudai, Johor. One hundred and twenty Social Science and Living Skills
students’ were involved in this study. This study used the survey method using Torrance
Test for Creativity Thinking (TTCT). The data obtained were analyzed using SPSS
program involving descriptive statistics and inferential statistics such as One-way
ANOVA at 0.05 significance level to determine significant differences in creativity
among the Social Science and Living Skills students’. The finding of the study showed
that the Social Science and Living Skills students’ involved in the study had a moderate
creativity level (mean 2.03) which is refer to four criteria of creativity such as
elaboration, flexibility, originality and fluency. Statistical analysis of One-way ANOVA
showed that there was no significant difference in creativity level among Social Science
and Living Skills student’ in terms of program of study (p=0.280), year of study
(p=0.528) and CGPA (p=0.193). It means that the program of study; year of study and
CGPA did not influence the Science Social and Living Skills students’ creativity level.
The finding of the study also showed that as a whole, the level of creativity among
Science Social and Living Skills students’ in Education Faculty of University
Technology Malaysia was moderate which has 52% of them are in creative level.
viii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
RUJUKAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1. Kreativiti Dalam Kehidupan 3
1.2.2. Kreativiti Dalam Pendidikan 4
1.2.3. Kreativiti Dalam Proses Pembelajaran 5
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
ix
1.9.1 Kreativiti 11
1.9.2 Pengajian Sains Sosial 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pemikiran Kreatif 13
2.3 Gaya Pemikiran Kreatif 14
2.3.1 Gaya Lateral 15
2.3.2 Gaya Projektif 15
2.3.3 Gaya Konstruktif 16
2.3.4 Gaya Positif 16
2.3.5 Gaya Emotif 17
2.3.6 Gaya Intuitif 17
2.3.7 Gaya Imaginatif 18
2.4 Pengukuran Tahap Kreativiti 18
2.5 Kepentingan Kreativiti Dalam Proses Pembelajaran 20
2.6 Faktor-Faktor Yang Menghalang Pemikiran Kreatif Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran 20
2.7 Cara Meningkatkan Kreativiti 22
2.7.1 Berfikir Dan Bertindak Secara Bilazim 22
2.7.2 Menbuat Imaginasi Kendiri 23
2.7.3 Membaca Komik Humor 23
2.7.4 Bermain Dengan Teka-Teki 23
2.7.5 Menghadiri Kursus 24
2.7.6 Berkawan Dengan Orang Kreatif 24
2.8 Kelebihan Menggunakan Pemikiran Kreatif 25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Sampel Kajian 27
x
3.3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Sampel 27
3.4 Limitasi Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Prosedur Mentadbir Kajian 29
3.7 Pengumpulan Data 30
3.8 Kajian Rintis 30
3.9 Analisis Data 31
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial (SPI, SPL, SPS)
Dan Kemahiran Hidup (SPH) Berdasarkan Kriteria Yang Di Nilai 45
4.2.1 Kriteria Penghuraian 47
4.2.2 Kriteria Kefasihan 52
4.2.3 Kriteria Kelenturan 56
4.2.4 Kriteria Keaslian 61
4.3 Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial (SPI, SPL, SPS)
Dan Kemahiran Hidup (SPH) Secara Keseluruhan. 70
4.4 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Dengan Kursus Yang Dipelajari 71
4.5 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Dengan Tahun Pengajian Responden 72
4.6 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Dengan CGPA Responden 73
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Rumusan 74
5.3 Implikasi Kajian 75
5.4 Cadangan Kajian Akan Datang 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Sampel 27
3.2 Pemarkahan Dan Kriteria Ujian 32
3.3 Taburan Butiran Item Berdasarkan Kriteria 33
4.1 Skor Yang Dicapai Oleh Responden Mengikut Soalan 46
4.2 Skor Yang Dicapai Oleh Responden Mengikut Kriteria Yang Diuji 46
4.3 Skor Keseluruhan Soalan 7 Bagi Menguji Kriteria Penghuraian 48
4.4 Skor Keseluruhan Soalan 8 Bagi Menguji Kriteria Penghuraian 51
4.5 Skor Keseluruhan Soalan 2 Bagi Menguji Kriteria Kefasihan 53
4.6 Skor Keseluruhan Soalan 3 Bagi Menguji Kriteria Kefasihan 54
4.7 Skor Keseluruhan Soalan 9 Bagi Menguji Kriteria Kefasihan 55
4.8 Skor Keseluruhan Soalan 5 Bagi Menguji Kriteria Kelenturan 57
4.9 Skor Keseluruhan Soalan 6 Bagi Menguji Kriteria Ketelenturan 60
4.10 Skor Keseluruhan Soalan 1 Bagi Menguji Kriteria Keaslian 62
4.11 Skor Keseluruhan Soalan 4 Bagi Menguji Kriteria Keaslian 65
4.12 Skor Keseluruhan Soalan 10 Bagi Menguji Kriteria Keaslian 68
4.13 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kreativiti Responden 70
4.14 Hubungan Perbezaan Signifikan Diantara Tahap Kreativiti Dan Kursus
Yang Diikuti Oleh Responden 71
4.15 Hubungan Perbezaan Signifikan Antara Tahap Kreativiti Dengan
Tahun Pengajian Responden 72
4.16 Hubungan Perbezaan Signifikan Antara Tahap Kreativiti Dan CGPA
Responden 73
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum
guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti (Mohd. Ali, 1994). Guru merupakan agen pelaksana yang penting dalam
mengeluarkan lepasan sekolah yang berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea
dan rekaan baru untuk membagunkan industri berasaskan produk dan perhidmatan
bernilai tambahan (Rohani, 1999). Perkembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-
aktviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi
pandangan merupakan fokus pengisian abad ke-21 selain daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas (Noor Azmi, 1998).
Kreativiti merupakan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di
dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan
kebolehan kreatif pelajar. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti
Amabile (1989), Buzan (2002), de Bono (1996),Leong (1998) dan ramai yang lain.
Amabile (1989) misalnya menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling
penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam
konteks prasekolah.
Selanjutnya, Cropley (2001),menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran
yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa.
2
Namun begitu, menurut de Bono (1970), tanpa prime mover (dibaca sebagai pendidik)
yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti maka sukar untuk
para pelajar berkreasi dengan selesa dan selamat. Sungguhpun begitu, prime mover
yang dimaksudkan oleh de Bono itu ialah pendidik yang dibekali dengan pengetahuan
dan kemahiran kreativiti. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan
kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam
pengajaran dan pembelajarannya. Tidak hairanlah Guru dalam pengurusan dan
pemasaran, Peter Drucker (1996) dalam bukunya ”On The Proffesession of
Management” menyatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan kreativiti dan
inovasi sebagai kemampuan sesebuah organisasi untuk berjaya dan berdaya saing dalam
dunia globalisasi.
Dalam konteks realiti masa kini, kreativiti, dan inovasi masih belum benar-benar
diaplikasikan dan dimasyarakatkan. Apatah lagi untuk membumikannya dalam budaya
masyarakat Malaysia. Namun ia tidak mustahil untuk dilakukan. Cara terbaik untuk
melaksanakannya adalah bermula pada peringkat sekolah lagi iaitu dengan menyuburkan
budaya kreativiti dan inovasi di kalangan para pelajar. Hal ini amat penting bagi
pembangunan sumber daya manusia pada masa depan seperti mana yang dinyatakan
oleh Zaharuddin (2001) yang bermaksud bahawasanya penghasilan seseorang tenaga
mahir yang serba lengkap dengan pelbagai kebolehan sebenarnya adalah bermula dari
peringkat sekolah lagi.
Kreatif sesungguhnya amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu
melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society) dan seterusnya
menghasilkan sebuah negara kreatif (creative nation). Tempat terbaik untuk memupuk
semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelabagai tahap pelajar
adalah menerusi pembelajaran dan pengajaran, sama ada dalam pembelajaran formal
mahu pun bukan formal. Di Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif
dan inovatif ini terpancar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran (Abd. Rahim, 1999).
3
Seperti yang kita sedia maklum, kreativiti ialah suatu konsep yang bersifat
pelbagai, multi dimensi dan inter disiplin. De Bono (2000); Buzan (2001); Amabile
(1999); Leong (2001); dan Ayan, (1997) menggambarkan bahawa kreativiti, dan inovasi
amat penting kepada mana-mana individu, masyarakat dan negara terutamanya pada era
ICT dan globalisasi ini. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah
bertujuan untuk menguji Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Kreativiti Dalam Kehidupan
Kemahiran berfikir adalah satu kemahiran yang amat berguna dalam kehidupan
seharian. Ia bolehlah dianggap sebagai cara yang paling berkesan bagi individu untuk
membuat keputusan seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan lagi, cara
manusia berfikir secara kreatif adalah salah satu pertahanan diri yang diperlukan dalam
menghadapi dunia yang tanpa batasan kini.
Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki sumber-sumber alam semula jadi
yang begitu banyak dan belum dieksploitasi sepenuhnya. Sumber-sumber asli yang
amat banyak ini akan lebih memberi manfaat dan bermakna kepada negara sekiranya ia
dieksploitasi sepenuhnya oleh anak watan. Sejarah telah membuktikan kepada kita
betapa sumber-sumber asli seperti bijih timah, emas, bauksit, getah dan sebagainya telah
dimonopoli sepenuhnya oleh penjajah terutamanya Inggeris. Tanah Melayu pada ketika
itu tidak memiliki pengetahuan, budaya sains dan teknologi mahupun daya sumber
manusia yang terdidik untuk mengeksploitasi sumber-sumber yang ada. Hanya selepas
1970-an barulah Malaysia mula bergerak sebagai sebuah negara bebas yang memiliki
iltizam untuk membangun dan maju.
4
Tegasnya, Malaysia begitu jauh tertinggal dalam banyak perkara khsusnya yang
berkait repat dengan kreativiti dan inovasi. Lihatlah Jepun, bagaimana sebuah negara
yang tidak memiliki sumber-sumber asli seperti kita tetapi mampu menjadi sebuah
negara yang digeruni oleh Barat khususnya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.
Jepun telah berjaya melahirkan individu yang memiliki bakat kreatif yang tinggi seperti
Sochiro Honda, Masaru Ibuka, Akio Morita dan Yoshiro Nakamatsu. Jepun yang
terkenal dengan miniature technology dan robotics telah boleh mengatakan ‘NO’ kepada
Barat kerana kemajuan ekonomi, sains dan teknologi yang dimilikinya. Menurut
Drucker (1996), Jepun bukanlah sebuah negara pengeluar bahan mentah yang utama,
tetapi disebabkan sikap kreatif dan inovasi rakyatnya, mereka mampu menghasilkan
segala-galanya. Sehinggakan keadaan ini telah membuktikan kepada dunia bahawa
Jepun adalah antara pemacu utama ekonomi dunia.
1.2.2 Kreativiti Dalam Pendidikan
Kita sering terdengar tentang budaya membaca, budaya ilmu, budaya sains dan
budaya sastera. Kita amat jarang mendengar budaya kreativiti dan inovasi. Sebahagian
besar daripada kita beranggapan kreativiti dan inovasi adalah milik saintis dan individu
yang memiliki ijazah tinggi dalam bidang sains dan teknikal semata-mata. Menurut
inventor terhebat di dunia, Dr. Yoshiro Yakamatsu, untuk menjadi sebuah negara kreatif,
organisasi kreatif dan individu kreatif budaya kreativiti dan inovasi haruslah dipupuk
dan diberi penekanan pada pelbagai peringkat. Selama ini penekanan banyak diberikan
terhadap penguasaan ilmu eksplisit seperti matematik, fizik, kimia dan biologi.
Penguasaan dan kemahiran ilmu yang berkaitan dengan kretiviti dan invensyen kurang
diberi galakan. Oleh yang demikian budaya kreativiti dan inovasi ini haruslah dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi, selain penekanan yang menyeluruh diberikan pada
peringkat universiti.
5
Walau pun reformasi pendidikan negara kita menyarankan amat penting
membangunkan pelajar yang boleh berfikir, namun setakat ini masih tidak terdapat
tanda-tanda jelas wujudnya budaya kreativiti dan inovasi yang menyeluruh pada
peringkat nasional. Kesedaran yang agak lewat ini, berlaku akibat daripada penekanan
sistem pendidikan yang lebih mementingkan ‘kebolehan berfikir’ tetapi kurang
penekanan diberikan terhadap kebolehan reka cipta dan eksperimentasi, seterusnya
membantut kebolehan pelajar untuk berfikir dan mengeluarkan idea secara kreatif.
Buzan (2001) menyatakan bahawasanya sesuatu idea itu tidak akan bermakna selagi ia
tidak digunakan. Justeru, untuk membuktikan nilai sesebuah idea, kite seharusnya tidak
takut untuk mengaplikasikanya. Oleh yang demikian, kebolehan berfikir ini hanya
mampu menerbitkan individu atau masyarakat yang berfikiran kreatif secara konseptual,
tetapi tidak mampu melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki kebolehan
kreatif dalam erti kata yang sebenarnya, terutamanya dalam pengaplikasian kebolehan
tersebut dalam kehidupan.
Pendidikan bertujuan sebagai alat yang mampu menggerak dan menjana daya
fikir manusia. Pendidikan memberi perhatian kepada akal , rohani, jasmani dan emosi
seseorang. Manusia yang terdidik adalah manusia yang berkualiti akalnya, sihat rohani
dan jasmani serta seimbang emosinya. Pendidikan rendah, menengah dan tertiari yang
menjangkau lebih kurang 15 hingga 16 tahun seharusnya mampu melahirkan insan yang
kritis dan kreatif mindanya. Tidak jumud dan dikongkong pemikirannya, berdaya maju,
proaktif serta boleh berdikari.
1.2.3 Kreativiti Dalam Proses Pembelajaran
Kemahiran berfikir bukanlah satu perkara yang baru kerana ia sudah lama
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi kebanyakan guru tidak sedar
tentang kemahiran berfikir yang digunakan dan tidak memberi tumpuan kepada
perkembangan daya intelek pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Low
6
(1993), kebanyakan guru memberi lebih tumpuan hanya kepada penghafalan, ingat
kembali isi kandungan dan berfikir secara logik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mereka kurang memberi penekanan kepada pemikiran berfikir secara kreatif yang
diperlukan untuk membuat keputusan, memahami seterusnya menyelesaikan masalah.
Abdul Fatah Hasan (1998) menyatakan guru yang kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam penigkatan pencapaian di
sekolah. Dalam pendekatan pengajaran, guru yang kreatif menekankan pembelajaran
melalui kaeadah penemuan (discovery method). Kaedah ini mementingkan kaedah
penakulan induktif. Guru yang kreatif menggalakkan pelajar untuk membuat ekplorasi
dari pelbagai sumber dan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Dari
maklumat-maklumat itu pelajar digalakkan membuat kesimpulan sendiri atau membuat
konsep terhadap pembelajaran yang dipelajari.
Selain daripada itu, guru yang kreatif juga amat menggalakkan pelajar supaya
berusaha sendiri untuk mendapatkan jawapan atau membuat penyelesaian kepada
sesuatu masalah disamping sering mengemukakan soalan-soalan yang merangsang dan
mencabar pelajarnya untuk berfikir. Soalan yang dikemukakan biasanya memupuk
pemikiran secara kreatif dan bukan jenis mengingat kembali data, konsep atau maklumat
yang telah diajar. Guru seharusnya bertindak sebagai fasilitator untuk memudahkan
proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kreativiti seharusnya diutamakan dan
dipentingkan oleh setiap insan yang bergelar dan bakal bergelar guru demi memastikan
falsafah pendidikan yang telah digariskan akan terlaksana bukan hanya sekadar tercatat
dalam kertas semata-mata. Sebaliknya semua guru dan pelajar perguruan sama-sama
berusaha untuk lebih memantapkan lagi diri dengan pelbagai kaedah pengajaran yang
kreatif demi memastikan segala proses pembelajaran dapat diterima seteruskan akan
menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan jua terbilang.
7
1.3 Penyataan Masalah
Kreativiti yang produktif diperlukan untuk membina atau mengubahsuai program
serta kurikulum secara efisen dan efektif. Keadaan ini bertepatan dengan matlamat
Fakulti Pendidikan UTM dalam usaha untuk membudayakan pembelajaran sepanjang
hayat disamping mempelopori dan menghasilkan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu.
Kita sedar dan tahu bahawa guru-guru pada masa kini akan membentuk generasi
yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa hadapan. Masa depan pelajar yang
berfikiran bijak bergantung kepada kepimpinan dan tunjuk ajar guru. Pelajar tidak akan
menjadi pemikir yang baik sekiranya mereka tidak dilatih dengan aktiviti yang menjurus
kearah pemikiran yang baik.
Justeru itu, kreativiti amat diperlukan dalam kehidupan seharian, terutamanya
oleh bakal-bakal guru yang akan dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan UTM. Terdapat
banyak kelebihan akan diperolehi sekiranya kita mengamalkan corak pemikiran secara
kreatif. Dengan kreativiti yang ada, kita akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang
baru, memecahkan dan menyelesaikan masalah dengan teratur dan juga dapat menolong
kita menjadi lebih tenang sepanjang kita sedang berfikir dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi.
Memandangkan belum terdapat kajian tentang tahap kreativiti di kalangan
pelajar perguruan lepasan UTM terutamanya pelajar Program Pendidikan Sains Sosial
dan Kemahiran Hidup dilakukan, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui
tahap pemikiran kreatif di kalangan mereka. Diharap hasil daripada kajiaan ini dapat
memberi idea dan panduan kepada pelajar perguruan, pihak fakulti dan seterusnya
Kementerian Pelajaran dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk
i. mengenal pasti tahap kreativiti pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup berdasarkan kriteria yang dinilai.
ii. mengenal pasti tahap kreativiti pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup bagi program Pendidikan di UTM secara keseluruhan.
iii. mengkaji hubungan antara tahap kreativiti dengan kursus yang dipelajari
responden.
iv. mengkaji hubungan antara tahap kreativiti dengan tahun pengajian responden.
v. mengkaji hubungan antara tahap kreativiti dengan CGPA responden .
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut :
i. Apakah tahap kreativiti pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup berdasarkan kriteria yang dinilai?
ii. Apakah tahap kreativiti pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan UTM secara keseluruhan ?
9
iii. Apakah terdapat hubungan antara tahap kreativiti dengan kursus yang
dipelajari responden?
iv. Apakah terdapat hubungan antara tahap kreativiti dengan tahun pengajiaan
responden?
v. Apakah terdapat hubugan antara tahap kreativiti dengan CGPA responden?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
H01 : Tidak terdapat hubungan antara tahap kreativiti dengan kursus yang dipelajari
responden.
H02 : Tidak terdapat hubungan antara tahap kreativiti dengan tahun pengajian responden.
H03 : Tidak terdapat hubugan antara tahap kreativiti dengan CGPA responden.