Post on 06-Mar-2019
KANDUNGAN TAKLIMAT
Tanggungjawab Dan Kewajipan Pemegang Biasiswa JPA Setelah Tamat Pengajian - Melapor Diri
Permohonan Jawatan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
Program Pelajar Cemerlang (PPC)
Penggantungan Kontrak & Penangguhan Lapor Diri
Pemindahan & Pelepasan Kontrak
KLAUSA PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN
Fasal 5.3(a) Lapor Diri Setelah Tamat Pengajian
pelajar yang mengikuti pengajian di Universiti, Kolej atau Institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri dalam 30 hari selepas menamatkan pengajiannya dan kembali ke Malaysia sama ada dengan jayanya atau tidak.
Fasal 4(O) Tamat Pengajian
Pelajar dikehendaki:
• melapor diri dan mengemukakan satu salinan Diploma/Ijazah/Surat Pengesahan tamat pengajian kepada JPA sebaik sahaja memperolehi slip keputusan peperiksaan akhir; dan
• pelajar diwajibkan memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Namun, Kerajaan tidak menjamin sebarang pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian.
KLAUSA PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN
LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN
Bagaimana?
Mengisi borang-borang berikut: 1. Borang lapor diri online di http://esilav2.jpa.gov.my/
2. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian boleh dimuat turun di http://www.msaj.net/message-from-the-embassy/
3. Borang Tempahan Tiket Penerbangan
Seterusnya?
Hantar Borang Pendaftaran Tamat Pengajian & Borang Tempahan Tiket Penerbangan kepada:
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA
Kedutaan Besar Malaysia
20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku, Tokyo 150-0036 JEPUN
(u.p Pn Siti Zaharah binti Omar)
Bila?
Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum balik ke Malaysia atau
sebelum 31 Mac, mana yang terdahulu.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI LAPOR DIRI SECARA ONLINE
Borang Lapor Diri Online
Salinan Ijazah/Diploma
Salinan Transkrip Akademik
Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan
PROSES LAPOR DIRI
TINDAKAN BILA?
pemegang biasiswa lapor diri 30 hari selepas tamat pengajian
gagal lapor diri
surat peringatan lapor diri
15 hari
ingkar arahan lapor diri Tuntutan Ganti rugi
BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
Fasal 6: Berkhidmat dengan Kerajaan
Pelajar yang menamatkan pengajian dengan jayanya dan telah melapor diri, hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan Kerajaan
PIHAK BERKUASA MELANTIK PERSEKUTUAN
Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
Majlis Angkatan Tentera
PIHAK BERKUASA MELANTIK
Badan Berkanun Persekutuan
Kerajaan Negeri
Badan Berkanun Negeri
Pihak Berkuasa Tempatan
PROSES MEMOHON JAWATAN MELALUI PIHAK BERKUASA
MELANTIK
Mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM)
Permohonan secara online/bertulis
PBM akan menjalankan tapisan:
- Syarat Jawatan
- Peperiksaan/Ujian
- Temuduga
- Lantikan
PROGRAM PELAJAR CEMERLANG DI PERINGKAT SARJANA DAN PROFESIONAL
• Dibuka kepada pelajar yang ditaja oleh JPA di peringkat
Ijazah Pertama.
• Permohonan dibuka 2 kali setahun iaitu pada bulan
Februari dan Julai. Permohonan adalah secara online.
• Maklumat lanjut boleh didapati di laman web:
esilav2.jpa.gov.my
.
PENGGANTUNGAN KONTRAK &
PENANGGUHAN LAPOR DIRI
Pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat
Sarjana (Masters) dengan tajaan selain JPA atau
sendiri perlu mendapat kelulusan penangguhan lapor
diri daripada JPA.
Dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan
permohonan penangguhan lapor diri adalah: Surat permohonan rasmi daripada pelajar
Surat kebenaran penjamin perjanjian
Surat tawaran peringkat Sarjana (Masters) daripada pihak universiti
Surat penaja (sekiranya menerima tajaan selain JPA)
Setelah menamatkan pengajian, pelajar perlu melapor
diri semula dan JPA dan menyempurnakan kontrak
berkhidmat dengan kerajaan.
PENGGANTUNGAN, PEMINDAHAN & PELEPASAN KONTRAK
Permohonan perlu dihantar ke alamat berikut:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
(Unit Pengurusan Perjanjian)
Aras 4, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya
Tel: 03-8885 3299/3453/3450