Post on 12-Jan-2016
description
TAKSONOMI BLOOM
1. ARAS PENGETAHUAN Item menguji kebolehan calon untuk mengingat kembali fakta spesifik,
istilah, prosefdur, konsep asas dan prinsip. Soalan yang lazimnya bermula dengan nyatakan, sebutkan, namakan,
senaraikan …
2. ARAS KEFAHAMAN Item jenis ini menguji kebolehan calon mentafsir fakta dan konsep.
Lazimnya, calon dikehendaki mengemukakan contoh spesifik yang dapat menunjukkan kefahaman fakta/konsep.
Soalan yang lazimnya bermula dengan terangkan, huraikan, berikan contoh
3. ARAS APLIKASI Item ini menguji kebolehan calon menggunakan konsep, hokum dan
prinsip dalam situasi baru iaitu situasi yang berlainan daripada yang digunakan sebagai contoh pengajaran dan pembelajaran.
Soalan yang lazimnya bermula dengan meramalkan, menunjukkan, menyediakan…
4. ARAS ANALISIS Item jenis ini menguji kebolehan calon mencerakinkan idea yang besar
kepada bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.
Soalan yang biasanya bermula dengan bincangkan dengan kritis, bandingkan …..
5. ARAS SINTESIS Item jenis ini memerlukan calon membina atau mengatur (merekacipta)
sesuatu dalam bentuk Bahasa atau fizikal. Soalan yang lazim bermula dengan reka, lengkapkan, lukis/tulis, bina …
6. ARAS PENILAIAN Item jenis ini memerlukan calon membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu keadaan, pandangan atau perlakuan. Soalan yang lazimnya bermula dengan tentukan, sejauh mana, huraikan,
…yang paling …