Tamadun Islam

Post on 25-Dec-2015

254 views 7 download

description

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun

Transcript of Tamadun Islam

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA DAN CHINA

Menurut rekod sejarah China, interaksi antara Tamadun India dan Tamdun China berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 SM.

Jalan Sutera adalah saluran interaksi yang menjadi laluan para pedagang.

Agama Buddha juga merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China.

Para kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan-kesan

1. Penyebaran Agama Buddha

Dibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi.

Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran.

Agama Buddha disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina.

Sami dari China menetap di India & mempelajari kitab Buddha. (Bahasa Sanskrit & Pali)

Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi. (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi

Teknologi pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas dari China.

Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India.

Teknologi India untuk menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke dalam bahasa Cina dan ahli astronomi India pernah berkhidmat di China.

Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam Bahasa Cina.

3. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

Ilmu fonetik Cina mengguna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme.

Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina.

Alat muzik Cina yang berasal dari India seperti Pipa dan konghou.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA

Bermula seawal abad ke-3 SM.

Bahan bertulis dari India ada menyebut tentang “Malayadvipa”. (Semenanjung Melayu)

Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan emas.

Gelaran Suvarnabhumi (tanah emas) diberi kepada Tanah Melayu.

Kesan-kesan

1. Penyebaran Agama

Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2. Sistem Pemerintahan

Konsep “Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King) adalah konsep ketuhanan agama hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.

Upacara pertabalan adalah untuk mengekalkan status tinggi Raja.

Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3. Struktur Masyarakat

Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat), terdapat pemisahan jelas golongan atasan dan bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa.

Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat “feudal” dalam kehidupan masyarakat Melayu.

4. Adat Resam & Budaya

Kedatangan agama Hindu telah mempengaruhi kehidupan dan adat resam masyarakat melayu seperti amalan jampi dan mentera.

Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.

Masyarakat “India Chittyan” memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu.

5. Bahasa

Pengaruh bahasa Sanskrit.

Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M), Batu Bersurat Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692M) buktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu .

Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit.

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu lama dengan baru)

Bhakti = baktiBhumi = bumiDrohaka = derhakaMaharddhika = merdekaPrakara = perkaraSamicra = mesraTathapi = tetapiVela = bila

6. Kesusasteraan

Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata.

Karya sastera Melayu tradisional mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta menyelitkan unsur epik dan mitos.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA

Rekod rasmi China bertarikh 648M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China.

Kedah merupakan pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250M.

Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh.

Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China.

Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.

Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” atau “Peranakan”.

Pada awal abad ke-19, setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang China yang terdiri daripada golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai “Cina Selat” atau Straits Chinese.

Kesan-kesan

1. Penyebaran Agama

- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan.

- Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan

- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.

- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

- Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkataan Hokkien.

- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan.

- Pakaian kebaya dan kain sarong.

3. Kebudayaan

- Pertukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik memperkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.

- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’.

4. Perubatan dan Teknologi

- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan mengeimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’.

- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.

- Teh Cina atau ‘green tea’.

- Teknologi perlombangan, pertanian dan pertukangan.

- Teknologi baru seperti menghasilkan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DAN TAMADUN JEPUN

Berlaku secara aman.

Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.

Kesan-kesan

Dari segi agama dan tulisan:

Agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)

Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Perkembangan intelektual dan kesusasteraan

Upacara seperti upacara minum teh dan seni tanam.

Struktur pembinaan bandar.Ajaran falsafah Konfusianisme seperti

penekanan kepada institusi keluarga.Konsep mandat dari Syurga telah

memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.

Sistem pemerintahan berpusat.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.

Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:Alam sekitar – hidup harmoni dengan alam.Keluarga – asas pembentukan masyarakat.Komuniti – menentukan personaliti dan identiti manusia.Ekonomi – moral semesta.Pendidikan – pembinaan sifat-sifat manusia.Kesihatan – pandangan dan pendekatan holistik.

Sekian