Tanaman Hiasan Thn 4

Post on 22-Nov-2014

5.951 views 6 download

description

Tanaman Hiasan

Transcript of Tanaman Hiasan Thn 4

TANAMAN BUNGA SEMUSIM

PENGENALAN

Sejenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat kurang daripadasetahun. Ianya merupakan tanaman hiasan yang sangat populardi negara beriklim sederhana dan semakin digemari di Malaysia.

Antara jenis bunga semusim yang popular di Malaysia

Celosia

Petunia

Celosia

BegoniaGomphrena

Aster

Chrysanthemum sp.

Salvia sp.

Cosmos

Dianthus chinensis(mini-carnation)

Catharanthus roseus(Kemunting cina)

Impatiens

Tagetes erectaMarigold afrika

Platycodon sp.

Impatiens

Keistimewaan Bunga Semusim

1. Memberi kesan warna yang serta merta2. Mempunyai jangkamasa warna yang panjang3. Memudahkan penukaran kesan landskap4. Mempunyai pelbagai kegunaan dan mudahalih

Kepelbagaian Spesies Bunga Semusim

Bunga Semusim yang boleh ditanam di tanah rendah disenaraikandalam jadual di bawah:

Spesies Cara

pembiakan

Masa

cambah

Warna bunga Tinggi Pokok

(cm)

Callistephus chinensis (Aster)

biji 8-10 Putih, ungu, merah jambu, kuning

20-30

Verbena hybrida Biji/keratan 10-15 Putih, merah, merah jambu, ungu

15-20

Impatiens balsamina

(Keembong)

Biji/keratan 10-15 Merah, merah jambu, putih, ungu,

Merah tua

30-50

Impatiens walleriana (Impatiens)

Biji/ keratan 10-15 “ 15-30

Zinnia elegans (Zinnia)

biji 5-10 Merah, kuning, jingga

30-45

Tagetes erecta (Marigold Afrika)

biji 3-7 Kuning, jingga 30-45

Tagetes patula (Marigold Perancis)

biji 3-7 “ 15-40

Spesies Cara Pembiakan

Masa cambah

Warna bunga Tinggi pokok (cm)

Portulaca grandiflora

(ros jepun)

Biji/ keratan 7-10 Merah, kuning, putih, merahjambu, ungu

10-30

Petunia x grandiflora (petunia)

Biji 3-7 Ungu, biru, merah, merah jambu, putih

24-45

Gomphrena globosa (Globe amaranth/bunga butang)

biji 3-7 Putih, ungu, merah jambu

20-70

Dianthus chinensis (mini carnation)

Biji/keratan 5-7 Putih, merah jambu, merah

10-45

Celosia spp. (Balong ayam) biji 5-10 Kuning, jingga, merah jambu, ungu

15-70

Salvia splendens biji 10-14 Merah, putih 30

Catharanthus roseus (vinca/ kemunting cina)

biji 8-10 Merah jambu, putih, ungu,

20-45

Chrysanthemum moriflolium (kekwa)

keratan - Kuning, putih, merah jambu, merah, ungu

25-40

Bunga Peringkat berbunga (minggu selepas semai)

Jangkamasa pokok berbunga (minggu)

Impatiens balsamina 8 2

Zinnia spp. 6 2 1/2

Tagetes erecta (africa) 10 5

Tagetes patula (french) 10 5

Portulaca grandiflora 12 8

Petunia spp. 10 4

Gomphrena globosa 7 8

Dianthus spp. 10 8

Celosia spp. 8 6

Catharanthus roseus 12 8

Peringkat berbunga dan jangkamasa pokok berbunga

Pembiakan dan Semaian

•Biasanya disemai secara tradisional dalam kotak semaian

•Semasa menabur hendaklah seragam untuk pertumbuhan anak benih yang baik

•Benih yang disemai perlu ditmbus nipis dan diletakkan di bawah lindungan (50%)

•Penyiraman secara percikkan halus untuk mengekalkan kelembapan

•Biji benih akan bercambah dalam masa satu hingga dua minggu

Beberapa contoh pek biji benih dari syarikat tertentu.

Medium Semaian

•Media yang mempunyai saliran yang baik, seragam dan ringan digunakan

•Ianya mestilah bebas dari masalah rumpai, serangga dan penyakit. Mempuyai nilai pH 5.5 dan 6.5

•Campuran media yang kerap digunakan adalah berasaskan gambut yang dicampur dengan lain-lain komponen media seperti pasir dan habuk kelapa (cocopeat)

•Bagi mengalakkan pertumbuhan anak benih 2 kg GML (ground magnesium limestone), 1 kg TSP (triple superphosphate) dan 1 kg baja NPK 15:15:15 hendaklah dicampurkan pada setiap meterpadu media.

Anak benih di dalam bakul semaian

Pemindahan anak benih

•Anakbenih boleh dipindahkan ke dalam polibeg atau pasu setelah pokok tersebut mempunyai 2 helai daun sebenar.

•Penggunaan media semaian yang ringan menyenangkan proses pengalihan anak benih dan meminimumkan kerosakan akar

•Semasa pemindahan dibuat pastikan persentuhan antara akar dan medium penanaman diperolehi dengan menekan media disekeliling pangkal.

Anak pokok yang telah dipindahkan ke dalam poligbeg

Dalam pasuDalam dulang semaian`plug tray’

Media Tanaman

•Berupaya tumbuh dengan baik dan memuaskan dalam pelbagai media asalkan media tersebut mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.

•Penggunaan tanah biasanya dicampur dengan bahan organik lain untuk mendapat pengudaraan yang baik:- gambut, habuk kelapa atau sekam padi- Tanah sekitar 30-50%

-Media daripada 100% bahan bukan tanah juga boleh disediakan seperti habuk kelapa, gambut, pasir dan sekam padi (70- 80%). Ianya lebih ringan dan memudahkan untuk diangkut dan dikendalikan.

Pembajaan

Tujuan pembajaan- memperbaiki pH media-- membekalkan nutrien

•Bunga semusim memerlukan jumlah N dan K yang sama banyak oleh itu baja seimbang sesuai digunakan.

•Baja mudah larut atau baja larut perlahan boleh digunakan. Baja mudah larut diberi 2 minggu selepas anak benih dipindahkan.

•Baja larut perlahan boleh dicampurkan terus kedalam media iaitu dengan kadar 5 kg bagi setiap meter padu

Penyiraman

Untuk mendapatkan pokok yang segar dan baik ketegasan air perlu di elakkan.

Kekerapan penyiraman bergantung kepada :- Cuaca- Saiz pokok-- Saiz bekas tanaman-- Jenis media.

-Dalam keadaan cuaca panas penyiraman sebanyak 2 kali diperlukan.

Pembungaan dan penjualan pokok

•Jangkamasa yang diperlukan bagi setiap jenis tanaman semusim berbeza-beza mengikut spesies.

•Apabila pokok sudah mula menampakkan kudup bunga ianya juga sudah sedia untuk dipasarkan.

•Kecantikan bunga semusim bergantung kepada bilangan dan saiz bunga yang dikeluarkan

•Impak yang dihasilkan dalam landskap juga berkait rapat dengan jangkahayat spesies bunga tersebut.

Pokok yang telah sedia mengeluarkan bunga telah dimuatkanke dalam lori untuk diangkut ke lokasi penanaman.

Gabungan bunga semusimdan tanaman hiasan yang lainsebagai landskap tumpuan.

Bunga semusim Cosmos dan Celosia menambah nilai kecerian rekabentuk landskap.

Sunflower F1 Hybrid “Sun Series”

Sunflower F1 Sunbean Sunflower F1 Sunbright

Amaranthus sp.

Illumination Tri Splendens

Torenia Extra Dwarf “ Panda Series”

Torenia Blue & Pink Panda