Post on 24-Feb-2018
1 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
TASKA IDAMAN BAIDURI
NO 278, LORONG PINGGIRAN 1A,
BANDAR SEREMBAN SELATAN,
71450 SG GADUT,
NEGERI SEMBILAN
PN NORRASIDA - 017 664 9307
2 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
FALSAFAH TASKA IDAMAN BAIDURI
VISI
� Ingin menjadi “One Stop Centre” pusat pendidikan awal kanak-kanak yang mampu
menyediakan perkhidmatan untuk semua peringkat umur kanak-kanak dari bayi hingga
12 tahun.
MISI
Untuk menyediakan penjagaan dan program yang berkualiti bagi semua kanak-kanak
kurniaan Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita.
Untuk menjadi pusat asuhan dan pendidikan yang menjadi pilihan utama semua dalam
industri perkembangan kanak-kanak yang berkualiti dengan biaya yang munasabah dan
fleksibel menurut cara-cara yang sebaiknya.
KEUTAMAAN
Memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada pelanggan,
ibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang
berkualiti merangkumi ilmu rohani dan duniawi demi perkembangan yang menyeluruh.
Mengutamakan kepentingan kanak-kanak daripada diri sendiri dalam apa jua situasi.
Melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya tanpa ada sikap pilih kasih serta tidak
menggunakan 3 K- Kekasaran Fizikal, Kekasaran Bahasa dan Kekasaran Suara.
MEMAHAMI KONSEP
Setiap Anak Adalah Khalifah Allah,
Setiap Anak Adalah Permata Negara,
Setiap Anak Adalah Unik,
Setiap Anak Adalah Berbeza.
3 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
KEUNGGULAN TASKA IDAMAN BAIDURI
� Ditubuhkan pada Januari 2014
� Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, dengan menggunapakai
kurikulum PERMATA.
� Nisbah guru dan anak yang kecil bagi menjamin kualiti pengasuhan & pendidikan yang
berkualiti
TASKA :- Bayi 0-1 tahun (1 : 3),
Toddlers 1-2 tahun (1 : 5)
TRANSIT TADIKA / SEKOLAH :- maksimum 9 orang
� Pencapaian anak-anak yang telah diasuh dan dididik boleh berdikari dan berjati diri,
bijak mengurus diri serta cerdik berketerampilan, mahir berkomunikasi dan berinteraksi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa ternyata berbeza daripada anak yang berada di
rumah dengan penjagaan pembantu rumah, nenek, ahli keluarga lain , pengasuh atau ke
Taska lain.
� Aktiviti perkembangan menyeluruh berpusatkan kanak-kanak (child-centred) menjadikan
setiap aktiviti adalah melalui bermain dan menyeronokkan berlandaskan kurikulum
PERMATA Negara.
� Aktiviti main air,main pasir serta nature-walk adalah aktiviti yang menyebabkan anak-
anak Taska IDAMAN BAIDURI terus seronok meneroka, mencuba, menjalankan
eksperimen membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi
merangsang minda dan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi, disamping
membina sosio emosi yang ceria dan tenang.
� Pendedahan yang digarap telah membekalkan diri anak-anak Taska IDAMAN BAIDURI
untuk terus cintakan ilmu,mendapatkan kemahiran dan mempunyai sikap, adab dan
akhlak sebagai seorang anak yang mendengar kata serta jati diri yang mantap, cekal dan
berani ke alam prasekolah yang sebenar.
� Penerapan nilai-nilai murni : Pemurah, Rahmah, Ehsan, Redha, Jujur, Adil, Penyayang,
Siddiq, Ikhlas, Amanah, Mawaddah dan Tawakal.
� Pemberian pemakanan yang berkhasiat dan seimbang diberi keutamaan kepada anak-
anak. Anak-anak juga dididik untuk mengambil berat untuk menjaga kebersihan serta
kesihatan diri agar pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara optima.
4 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(1) KEHADIRAN
a. Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada
sering tidak hadir ke taska.
b. Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum jam 7.00 pagi) hendaklah
dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan PA.
c. Ibubapa hendaklah memastikan anak-anak telah siap di mandikan semasa hadir ke taska.
d. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan
anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah
dijalankan. Anak yang dihantar selepas jam 8.30 pagi mestilah telah siap bersarapan.
e. Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi. Anak-anak yang
mengidap penyakit berjangkit seperti cecair, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit,
kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan, kaki dan mulut atau apa saja berjangkit tidak
dibenarkan hadir ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Ibu bapa/penjaga haruslah merancang dari
sekarang masalah penjagaan anak semasa anak mengidap penyakit ini. Anak yang berkutu
ibu bapa/penjaga perlulah mengambil tindakan yang segera dengan mencuci rambut anak
menggunakan syampu berubat untuk mengatasi masalah anak yang berkutu.
f. Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5’C tidak dibenarkan hadir ke TASKA
IDAMAN BAIDURI.
g. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlu di maklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir
di atas sebarang sebab.
h. Kedatangan anak-anak akan dicatit sewaktu datang dan balik di buku kedatangan.
5 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(2) MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK
a. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil inisiatif atau seboleh mungkin menghantar dan
mengambil sendiri anaknya dari/ke TASKA IDAMAN BAIDURI.
b. Untuk keselamatan anak anda, adalah digalakkan anak dihantar sehingga ke pintu masuk
premis atau lebih baik hingga ke dalam premis sampai ke tangan PA dan begitu juga waktu
mengambil anak. Dengan cara ini ibu bapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak
seperti ubat, pakaian, bekal atau apa yang perlu diambil perhatian atau pun bertanyakan
perkembangan harian anak di TASKA IDAMAN BAIDURI.
c. PA yang bertugas menyambut anak akan hanya menunggu kedatangan anak sehingga jam
8.30 pagi. Anak-anak yang datang lewat hendaklah dihantar terus ke dalam premis dan
diserahkan kepada PA.
d. Jika anak hendak diambil pulang oleh orang lain selain dari ibu bapa/penjaga sendiri, ibu
bapa /penjaga hendaklah memberitahu kepada PA atau pihak Pengurusan TASKA IDAMAN
BAIDURI. Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari ibu bapa anak
tersebut.
e. Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) mesti pastikan :-
- Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan TASKA IDAMAN
BAIDURI.
- Jika ada tanda-tanda tercedera sila bertanyakan terus kepada PA.
- Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor
dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.
- Kasut atau selipar ada pada anak.
- Buku pesanan dan surat pekeliling (jika ada) dibaca untuk tindakan lanjut.
Dengan ini adalah penting pihak ibu bapa/penjaga mengamalkan komunikasi dan
hubungan yang baik dengan PA.
(3) KEPERLUAN ANAK
A. TASKA
1. 4 keping gambar anak bersaiz pasport.
2. 1 salinan sijil kelahiran anak.
3. 1 salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
4. 1 salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan)
5. Pakaian : Pakaian persalinan yang telah dilabel nama anak.
6. Lampin / diapers ( telah dilabel nama anak) secukupnya bagi anak yang memerlukan.
7. Bekalan susu ibu perlu diletakkan nama dan tarikh susu dibekalkan untuk simpanan
dalam peti sejuk.
8. 1 botol susu disimpan di Taska (untuk bayi dan Toddlers).
6 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
9. 1 beg pakaian kotor( Laundry bag ) .
10. Tuala mandi yang nipis dibawa seminggu sekali.
11. Kanak-kanak 1-4 tahun perlu bawa botol air minuman untuk aktiviti luar.
12. Bekal makanan untuk rehat jam 10.00 pagi (jika perlu).
13. Buku Log Harian (dibeli mengikut keperluan.)
14. Keperluan bersih diri : mandian, syampu, berus gigi, ubat gigi,sikat.
15. 1 helai tuala lap tangan atau napkin. Dibawa balik bila perlu untuk dicuci.
16. 1 helai pelapik dada (Bib) untuk anak bayi.
17. Cadar tilam , dibawa balik seminggu sekali atau jika kotor.
18. Baju renang bila perlu.
*PERHATIAN
Ibu bapa/penjaga mesti melabel nama pada semua peralatan dan pakaian anak-anak.
B. TRANSIT (Afterschool Care)
1. Pakaian seragam Sekolah/ Kafa.
2. Keperluan persalinan seperti pakaian dan tuala.
3. Plastik untuk mengisi kasut sekolah/ pakaian sekolah
4. 2 keping gambar anak.
5. 1 salinan kad pengenalan Ibu / bapa / penjaga
KEPERLUAN MANDIAN (di tinggalkan)
- Mandian dan syampu
- Ubat gigi
- Berus gigi
- Sikat
- Bedak
- Penyangkut baju - untuk tuala / telekung / pakaian seragam
* Setiap pakaian dan hak milik anak hendaklah dilabel nama nama. Pihak TASKA
IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pertukaran atau
kehilangan jika nama tidak dilabel.
** Jika beg pakaian kotor (laundry bag) tidak dibawa, pakaian kotor / basah akan
dimasukkan terus ke dalam beg.
ii) BUKU LOG HARIAN (Taska)
Buku ini adalah untuk kegunaan PA mencatit aktiviti, rutin harian, menu sebarang pesanan
kepada ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga juga perlu mencatit barang dan keperluan
harian, pemeriksaan fizikal badan anak-anak dan sebarang pesanan kepada PA. Pastikan Buku
Log Harian ini sentiasa berada di dalam beg/ fail anak untuk tindakan kedua-dua pihak. Sila
baca dan tandatangan setiap pesanan dari PA agar dapat disegerakan tindakan susulan bagi
memudahkan tugas-tugas pengurusan.
7 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(4) HAL-HAL PERIBADI DAN KESELAMATAN
a) Makanan ringan (junk food)
Makanan ringan (junk-food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop dan sebagainya
adalah tidak dibenarkan kerana makanan tersebut akan merosakkan kesihatan gigi,
menjejaskan kesihatan dan perkembangan otak serta menggemukkan tubuh badan anak-
anak. Makanan tersebut TIDAK DIBENARKAN di bawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI sebagai
bekalan harian.
b) Alat-alat permainan dan barang kemas
Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit dan peralatan
elektronik tidak dibenarkan dibawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Pihak TASKA IDAMAN
BAIDURI tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan barang
tersebut.
c) Alahan makanan
Anak-anak yang alah dengan menu makanan yang disediakan oleh TASKA IDAMAN
BAIDURI perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. Ibu bapa / penjaga hendaklah
memaklumkan kepada PA makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak.
d) Wang berlebihan
Anak-anak tidak dibenarkan membawa wang berlebihan untuk mengelakkan sebarang
kehilangan.
(5) PENGESAHAN KESIHATAN
A. Ibu bapa atau penjaga perlu menyerahkan surat pengesahan kesihatan anak dari doktor
untuk rujukan pihak TASKA IDAMAN BAIDURI.
B. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat
yang tidak diberi oleh ibu bapa tentang kesihatan anak.
(6) RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN
Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan
menghubungi ibu bapa / penjaga / saudara terdekat sepejabat dahulu, tetapi jika tidak
dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak TASKA akan mengambil langkah keselamatan
seperti:-
a. Hantar anak ke klinik terdekat.
b. Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan terus menghubungi pihak ibu bapa /
penjaga. Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibu bapa.
Peringatan : Adalah penting bagi setiap ibu bapa/ penjaga memberitahu nombor telefon
jika berlaku kecemasan. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi
memastikan pihak pengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak
8 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(7) POLISI MEMBERI UBAT
Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti berikut:-
a. Sebagai langkah keselamatan ibu bapa / penjaga diminta mengisi borang pemberian ubat
yang di sediakan di premis untuk panduan PA dan bukti pemberian ubat. Borang tersebut
boleh didapati di setiap premis.
b. Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan
arahannya sekali. PA tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak.
c. Ubat mestilah diberi terus ke tangan PA. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab jika ubat
disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan PA.
d. Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari
tertumpah.
e. Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan
anak.
(8) INSURANS
Setiap kanak-kanak 2 tahun -12 tahun wajib menyertai skim insuran berkelompok yang telah
disediakan oleh pihak TASKA IDAMAN BAIDURI. Kanak-kanak dibawah 2 tahun digalakkan
mengambil insuran persendirian.
(9) PENGLIBATAN IBU BAPA
a. Buku Log Harian
Ibu bapa perlu memastikan Buku Log Harian anak dicatit setiap hari.
b. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA. Aktiviti
sepanjang tahun juga akan dirancang dari masa ke semasa.
c. Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:
- Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang
tahun seperti membantu dalam menyiapkan persiapan acara sambutan Ulangtahun
Kelahiran Anak, Hari Taska dan lain-lain.
- Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.
- Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk
aktiviti anak-anak.
- Menjadi pakar rujuk , penasihat dalam bidang kemahiran masing-masing.
- Membantu membuat alat bantu mengajar bersama.
d. Menyertai perjumpaan, mesyuarat, seminar dan kursus pendidikan keibubapaan yang
dianjurkan.
e. Mematuhi segala peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.
f. Bersikap terbuka terhadap PA dan kakitangan sokongan serta menerima kehadiran
mereka.
9 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
g. Memberi kerjasama dan melibatkan diri dengan aktiviti premis seperti menyertaan
aktiviti Picnic Day, Sandwich Day,Fruit Salad Day ,Bubble Day dan lain-lain
h. Lawatan ibu bapa / penjaga, perkembangan anak & rekod prestasi Ibu bapa / penjaga
digalakkan hadir memerhati dan mengetahui perkembangan anak-anak pada bila-bila
waktu operasi dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Segala rekod dan
permasalahan anak adalah rahsia.
Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak akan diserahkan kepada ibu bapa
mengikut jadual yang ditetapkan.
i. Penyusuan susu ibu
Ibu-ibu amat digalakkan untuk hadir ke Taska bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.
(10) BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN
Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. Bayaran hendaklah dibayar
melalui akaun yang telah ditetapkan atau bayar terus kepada pengusaha TASKA IDAMAN
BAIDURI.
A. YURAN PENDAFTARAN
a. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup adalah bayaran yang tetap dan tidak
dikembalikan kecuali tempat tidak ditawarkan. Pendaftaran ini menjamin tempat anak
tuan puan sepanjang masa
B. YURAN BULANAN
1. Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap bulan. Yuran mesti
dijelaskan di premis TASKA IDAMAN BAIDURI dengan menandatangani kad bayaran
yuran yang disediakan dan pastikan slip bayaran diserahkan dan resit TASKA IDAMAN
BAIDURI dikeluarkan.
2. Bayaran yuran anak-anak TASKA masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak
mengambil cuti sebulan (1 bulan) penuh atau lebih.
a. Anak-anak yang bercuti atas sebarang sebab bagi tempoh kurang atau melebihi
satu bulan, yuran penuh di kenakan bagi cuti bulan yang pertama dan yuran
separuh bagi bulan-bulan yang berikutnya dan tempat tidak akan
dikosongkan.
b. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis adalah dikehendaki membayar
yuran penuh bagi satu bulan dan tempatnya dianggap kosong bagi bulan-bulan
berikutnya.
c. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis atau tanpa notis dan ingin
menyambung semula bagi mendapatkan perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI
dikehendaki membayar BAYARAN KEMASUKAN SEMULA dan jumlah bayaran
10 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
bergantung kepada yuran bulanan anak tersebut dan segala jenis yuran kecuali
pendaftaran.
A. YURAN TAMBAHAN
1.PERKHIDMATAN TAMBAHAN
1. 1 Anak-anak TASKA IDAMAN BAIDURI yang hadir sepenuh hari pada cuti
persekolahan perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10.00 seorang, setiap
hari.
1.2 Kepada ibu bapa / penjaga yang memerlukan perkhidmatan tambahan disebabkan
sekolah rendah cuti seperti cuti peristiwa dan cuti UPSR, ibu bapa perlu membayar
RM 10.00 seorang setiap hari.
B. TUNGGAKAN YURAN
Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan mengambil tindakan undang- undang
kepada ibu bapa / penjaga yang gagal menjelaskan segala jenis yuran yang tertunggak.
C. Yuran bulanan dan lain-lain yuran tidak akan dikembalikan jika TASKA diarah tutup oleh
pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam.
(11) PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI
Isnin - Jumaat - 7.00 pagi – 6.00 petang (sepenuh hari)
Sabtu - 7.00 pagi – 1.00 petang ( Atas permintaan )
(12) PERKHIDMATAN OVERTIME
Perkhidmatan overtime dan bayaran perkhidmatan overtime adalah tidak digalakkan sama
sekali. Pada bulan Ramadhan tiada perkhidmatan overtime.
a) PA perlukan rehat yang mencukupi untuk persediaan bekerja pada hari berikutnya dan
Ibu bapa dinasihatkan mengambil anak-anak mereka seawal mungkin supaya quality
time dapat diluangkan bersama keluarga.
b) Bayaran overtime hendaklah dijelaskan kepada PA pada hari berkenaan.
c) Bayaran overtime TASKA
i) Waktu over-time skim sepenuh hari hanya dikira selepas jam
6.15 petang seperti kadar berikutnya:-
a) 6.01 -7.00 petang RM 5.00
b) 7.00 ke atas RM 10.00 sejam
11 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(13) BIMBINGAN SUSULAN
1. Ibu bapa / penjaga diharapkan dapat memberikan bimbingan (follow up) terhadap anak-
anak ketika di rumah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam proses
pendidikan dan perkembangan anak-anak.
2. Ibu bapa /penjaga diharap dapat memastikan bahawa anak-anak sentiasa berada di
dalam persekitaran atau suasana yang baik dan soleh di mana jua bagi mengelakkan
berlakunya konflik dalam diri anak-anak berhubung dengan persoalan didikan dan
asuhan yang diterima.
3. Sebarang bentuk perlakuan dan kata-kata negatif yang keluar daripada anak-anak ketika
di rumah hendaklah dimaklumkan kepada PA untuk tindakan pembetulan dan
pemulihan.
(14) CUTI
Perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI dibuka sepanjang tahun kecuali:
1. Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
2. Cuti yang telah ditetapkan oleh TASKA IDAMAN BAIDURI (Cuti Raya dan Cuti Hujung
Tahun)
3. Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabak penyakit di
Premis.
4. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana alam dan lain-
lain.
(15) HUBUNGAN IBU BAPA / PENJAGA / PA / PIHAK PENGURUSAN
Bagi menjamin pengasuhan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak antara perkara
yang terpenting ialah hubungan ibu-bapa / penjaga dengan PA. Hubungan dan interaksi ibu
bapa / penjaga dengan PA perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga.
(16) NOTIS BERHENTI
1. Ibu bapa / penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada
perkhidmatan di TASKA IDAMAN BAIDURI hendaklah memberi sebulan notis bertulis.
Sekiranya tidak ada notis bertulis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di TASKA
IDAMAN BAIDURI dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.
2. Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan tidak akan
dikembalikan.
12 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
(17) HUBUNGAN KEJIRANAN
1. Semasa menghantar dan mengambil anak-anak, ibu bapa/penjaga hendaklah
meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai tanpa menganggu aliran.
2. Ketika menghantar dan mengambil anak perbuatan membunyikan hon perlu dielakkan.
Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak boleh menghalang pintu pagar jiran-jiran
berdekatan. Ini adalah untuk menjaga kelangsungan operasi TASKA.
(18) RAKAMAN GAMBAR
1. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman
video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau di luar premis .Pihak
TASKA IDAMAN BAIDURI juga dibenarkan untuk menyiarkan gambar dalam media cetak
dan media elektronik.
(19) LAIN-LAIN HAL
Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat
rumah, nombor telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk
dihubungi, sekiranya berlaku kecemasan.
PERATURAN & KETETAPAN TASKA IDAMAN BAIDURI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
13 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
LAMPIRAN A
TASKA IDAMAN BAIDURI
278 LORONG PINGGIRAN 1A,
BANDAR SEREMBAN SELATAN
71450 SG GADUT
NEGERI SEMBILAN
BORANG UBAT
Nama Anak : ___________________________________________________________
Premis : ____________________________ Tarikh: ________________________
Penyakit : __________________________________________________________
Penerima Ubat : ____________________________________(Guru / PA)
Waktu
Jenis / Warna Pg Tghr Ptg Mlm Peraturan
Sebelum/selepas makan
Sebelum/selepas makan
Sebelum/selepas makan
Sebelum/selepas makan
Sebelum/selepas makan
_______________________
_______________________
_______________________
_______________________
_______________________
Nama Ibu /Bapa:______________________________________________________
No.Telefon kecemasan: ________________________________________________
Tandatangan: ________________________________________________________
14 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
PROGRAM TAHUNAN DAN TARIKH CUTI PERKHIDMATAN
TASKA IDAMAN BAIDURI
*PERKHIDMATAN AKAN DITUTUP PADA SETIAP SABTU MINGGU KE 2 DAN KE 4 JIKA KAKITANGAN
TASKA IDAMAN BAIDURI DIJADUALKAN PERLU MENGIKUTI SEBARANG KURSUS, BENGKEL,
SEMINAR DLL
*PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI AKAN DITUTUP PADA SETIAP CUTI UMUM KERAJAAN
NEGERI DAN PERSEKUTUAN.
TARIKH PROGRAM DAN JADUAL CUTI
15 TASKA IDAMAN BAIDURI
Handbook
SAMBUTAN KELAHIRAN ANAK-ANAK TASKA IDAMAN BAIDURI 2015
Jan, Feb & Mac 27 Mac 2015
April, May & Jun 26 Jun 2015
Jul, Ogos & Sept 30 Sept 2015
Okt, Nov & Dis 31 Dis 2015
TARIKH CUTI SEMESTER PERSEKOLAHAN
14 HINGGA 22 MAC 2015
30 MEI HINGGA 14 JUN 2015
19 HINGGA 27 SEPTEMBER 2015
21 NOVEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2015