Post on 29-Sep-2015
description
1Ketibaan vipMengumumkan ketibaan Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman,
2PENDAHULUANYang berusaha ,Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman,
Yang dihormati, YDP PIBG SMK Datuk Muhammad Yusof,
Yang dihormati
1. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Datuk Muhammad Yusof, En.Shafie Bin Haji Mohd Nor
2. Penolong kanan hal ehwal murid En. Abdul Rahim Bin Endut
3. Pengerusi kelab guru en. Shazni bin mohd daud
Guru-guru kanan dan rakan rakan seperjuangan sekalian.
3Pembuka majlisMelayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara
Assalamualaikaum w.h.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
Alhamdulillah. Bersyukurkita kehadratilahi,kerana di petang yang berbahagia dan penuh keberkatan ini, dapat kita bersama-samaberkumpul bagi memeriahkan majlis jamuan akhir tahun 2014.hadirin sekaliantujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makan-makan ,iajuga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesamakita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dlm pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang 2014 ini.
Ibarat pantun yang berbunyi
anak monyetanak kera
anak siangbernamatahim
sambil berkumpul beramah mesra
mempereratkan lagi silaturrahim
Selamat datang diucapkan kepada hadirin sekalian
4Bacaan DoaBunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa dirahmati
Bagi memberkati perjalanan majlis pada hari ini, dengan segala hormatnya dipersilakan
Untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Amin amin Ya rabbal alamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang telah memimpin bacaan doa sebentar tadi.
5Ucapan Pengerusi Kelab GuruPa ra hadirin sekalian.seterusnya,majlis dengan segala hormatnya menjemput
En. Muhammad Shazni Bin Daud selaku pengerusi kelab guru SMK Datuk
Muhammad Yusof 2014 untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada En. Muhammad Shazni Bin
Daud di atas ucapan itu tadi.
6Ucapan Pengerusi PengetuaMajlis seterusnya, dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berusaha,
Tuan Pengetua Tuan Haji Ramli Bin Othman ke pentas untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Begitulah ucapan yang berusaha Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof Tuan Haji
Ramli Bin Othman. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
7Cabutan bertuah sesi pertamaHadirin yg dihormati sekalian
Majlis dihangatkan lagi acara cabutan bertuah pusingan yang pertama.dengan ini majlis
mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua Tuan Haji Ramli Bin Othmnan Untuk
membuat 10 cabutan. Dipersilakan.
8Makan Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
doa sudah ucapan pun sudah
tiba masa menjamu selera
Tanpa melengahkan masa majlis sekali lagi mempersilakan ______________________ utk membacakan doa makan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kpd ______________________________________________
9Cabutan bertuah sesi keduaUntuk makluman para hadirin sekalian
ACARA cabutan bertuah sesi kedua akan diteruskan
sebentar lagi. Dengan itu majlis mempersilakan pengerusi Kelab Guru En. Muhammad Shazni untuk membuat 10 cabutan bertuah
10Cabutan bertuah sesi ketigaAcara cabutan bertuah akan diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dipertua PIBG
Untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah. Dengan itu, majlis mempersila kan.
11Cabutan bertuah sesi keempatSeterusnya majlis menjemput Penolong Kanan Pentadbiran
Encik. Shafie Bin Haji Mohd Nor untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah.
Majlis mempersilakan
Cabutan bertuah sesi kelimaACARA cabutan bertuah sesi terakhir diteruskan
Dengan i mempersilakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Rahim Bin Endot untuk membuat 10 cabutan bertuah
Majlis mempersilakan
Penyampaian Hadiah..Hadirin sekalian
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kelas Terbersih bagi
sesi persekolahan 2014. Majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMK Datuk
Muhammad Yusof Tuan Haji Ramli Bin Othman diiringi oleh Encik Rahim Bin
Othman untuk menyampaikan hadiah ..
Dipersilakan ..
Tempat ketiga dimenangi oleh
Tempat kedua dimenangi oleh kelas
Johan Kelas Terbersih Bagi tahun 2014 dimenangi oleh
Penyampaian hadiah PerpisahaanHadirin dan hadirat sekalian majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang- kenangan buat rakan rakan yang yang akan berpindah ..
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang berusaha Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata buat kenang-kenangan kepada:
1. En .Muhammad Shazni Bin Daud
2. Pn.Woon Pei Poo
Dan
3. Pn. Nor Azariah Hassan
Kain Songket Cantik Kilauan
Ditenun oleh orang Kenamaan
Tak terbalas budimu kalian
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi
Cenderamata kepada VVIP / YDP Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada yang Dipertua PIBG
Majlis mempersilakan Tuan Pengetua En.Rahim Bin Othman diiriingi oleh En,.Muhammad Shazni Bin Daud untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang dipertua PIBG ________________________________________________
. Dipersilakan.
Seterusnya majlis mempersilakan En.Muhammad Shazni Bin Daud untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada yang berusaha Tuan Pengetua Tuan. Haji Ramli Bin Othman.
Dipersilakan
Majlis mengucapakan ribuan terima kasih
Penutup Hadirin sekalian
Dengan berakhirnya penyampaian cendermata itu tadi, maka berakhirlah Jamuan Akhir Tahun SMK Datuk Muhammad Yusof sesi 2014. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMK kerana sudi memeriahkan majlis ini.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan juga kami pohonkan.
Kalau ada suur di lading
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insya Allah tahun depan jumpa lagi
Sekianwabilla